Monday, April 23, 2012

Bercakap Dengan Jin - Buku 4

74. Perempuan Cantik Koyak Kain

DATUK terus mengangkat kaki kiri. Dengan tangan kiri, dia terus menepuk tapak kaki lima kali herturut-turut. Kucing hitam terus mengiau sekuat hati sambil berdiri di kaki. Mulutnya terbuka luas. Mata merah bagaikan seketul bara api dari kayu bakau.

Perlahan-lahan datuk menjatuhkan kaki kirinya sambil menahan nafas. Bila dia menghembuskan nafas, tangan kiri terus diluruskan. Sebaik sahaja tapak kaki kiri bertemu dengan batu jalan. Kucing hitam terus menjerit serta melompat separas kepala saya. Kucing hitam terus ghaib.

Sekujur tubuh saya dibasahi peluh. Panas bagaikan menyengat menggigit kulit muka. Mulut Tajuddin dan Maniam terlopong. Muka mereka bertambah pucat. Datuk menatap muka Maniam dan Tajuddin. Deru kenderaan yang lalu di dada jalan raya menyumbat lubang telinga.

Debu-debu dan kenderaan yang bergerak dalam suasana panas amat membosankan. Beberapa orang anggota polis yang bertugas di balai merenung ke arah kami. Ganjil bagi mereka melihat kami bercakap dalam panas yang amat membahang.

“Ular, ularr..” suara itu datang dari arah pasar. Perhatian terus ditumpukan ke arah pasar. Suasana di situ kelihatan kelam-kabut, penjual dan pembeli bertempiaran keluar dari pasar. Mereka berlari tidak tentu arah. Jerit mereka sambung-menyambung.

Dua orang penjual ikan dengan pisau pemotong ikan di tangan, melintasi jalan raya. Sebuah kereta terpaksa melakukan brek kecemasan. Sebuah lori membawa durian yang berada dalam jarak dekat dengan kereta itu, tidak dapat melakukan brek kecemasan. Akibatnya, lori itu terus menyondol punggung kereta.

Pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami kecederaan. Begitu juga dengan pemandu dan kelindan lori yang membawa durian. Suasana menjadi bertambah kacau. Cerita ular muncul dalam pasar terus merebak dengan cepatnya.

Penjual ikan yang selamat dari dilanggar kereta kecil terus masuk ke kawasan depan balai polis. Datuk segera menangkap tangannya. Datuk merampas pisau pemotong ikan darinya. Manakala yang seorang lagi terus lari ke arah belakang pekan. Tidak muncul-muncul lagi.

Mungkin penjual ikan bangsa Cina itu pulang ke rumahnya, fikir saya. Bila saya menoleh ke arah Maniam dan Tajuddin saya dapati mereka sudah pun meninggalkan saya. Mereka lari masuk ke balai polis.
Beberapa orang anggota polis segera pergi ke tempat kejadian. Mereka mengawal keadaan supaya perjalanan kenderaan di jalan raya berjalan dengan lancar. Beberapa orang anggota polis yang tidak bertugas segera mencari kayu dan buluh untuk pergi ke pasar.

“Jangan,” kata datuk pada anggota polis itu. Mereka patuh dengan cakap datuk. Sarjan 1000 segera mendapatkan datuk. Mereka bercakap-cakap sebentar. Sarjan 1000 segera meyuruh anggota-anggota polis yang membawa kayu dan buluh pulang ke balai.

“Macam mana rupanya ular tu?” Tanya datuk pada penjual ikan yang berasal dari Kedah.

“Hitam besar, sebesar pinang dara, menjilat darah ikan lantai pasar.”

“Kamu tahu dari mana dia datang?”

“Tak tahu, yang saya ingat sebelum tu ada seorang lelaki tua, bau badannya busuk masuk pasar.”

“Apa yang dicarinya?”

“Dia berjalan dalam pasar, bila saya kata ada bau busuk lelaki itu hilang, lima minit kemudian tempat lelaki itu hilang, muncul ular besar, lidahnya menjilat bangkai ikan dan darah.”

“Hummmmmmmmmm...,” datuk mengeluh pendek.

Sarjan 1000 yang mendengar perbualan antara datuk dengan penjual ikan itu menggigit bibir. Dahinya terus dikedutkan. Sementara itu kereta dan lori yang berlanggar segera diubahkan ke tepi jalan.

“Mari kita pergi tengok,” datuk menarik tangan penjual ikan.

“Minta maaf,” penjual ikan itu menolak.

“Tak apalah kalau kamu tak mahu.”

“Saya takut.”

“Tak apa, kamu pergi ke balai,” sebaik sahaja selesai datuk bercakap, penjual ikan itu terus menuju ke balai polis. Datuk terus bercakap dengan Sarjan 1000. Datuk tidak dapat menenma cadangan dan Sarjan 1000 untuk menembak ular tersebut.

“Kalau tidak dibunuh, ular tu boleh mengancam keselamatan orang ramai,” kata Sarjan 1000.

“Saya tahu Sarjan, kita cari jalan lain.”

“Apa caranya?”

“Begini saja, kita tunggu di sini, awak suruh orang yang ada dua tiga orang tepi jalan ni pulang, jangan suruh mereka tunggu di situ.”

“Baik.”

PULANG

Sarjan segera menyuruh orang-orang itu pulang. Keadaan kembali tenang. Beberapa orang suri rumah yang masuk ke pasar disuruh pulang. Keadaan dalam pasar sunyi sepi. Panas tengah hari kian mencengkam, batu di jalan kelihatan seperti ada air.

“Sekarang awak berdiri di belakang saya dalam jarak sepuluh kaki, Tamar pula berdiri di belakang awak dalam jarak yang sama,” datuk mengeluarkan perintah pada saya dan Sarjan 1000. Perintah itu segera kami patuhi. Kenderaan kian berkurangan melalui jalan raya di depan pasar.

Datuk terus memeluk tubuh sambil merenung ke arah pasar. Saya lihat sebuah teksi berhenti mengejut di jalan raya. Di depan teksi tersebut kelihatan seekor ular hitam sebesar batang pinang dara, berwarna hitam melintasi jalan raya dalam panas tengah hari yang membahang.

Bila teksi itu bergerak semula, ular hitam sebesar batang pinang dara sudah pun berada di depan datuk. Ular itu mengelilingi datuk. Dalam sinar matahari yang keras itu, saya lihat mulut itu mengeluarkan asap nipis.

Datuk angkat kaki kanan, melangkah tiga tapak ke depan. Datuk membuka tangan yang memeluk tubuh dan undur tiga tapak ke belakang akhirnya datuk membuka silat. Serentak dengan itu terdengar satu ledakan yang kuat macam suara petir. Dari sebelah kanan datuk memancar cahaya kilat yang memanjang menuju ke arah pucuk kelapa.

Suara ledakan di tengah bandar itu didengar oleh para penduduk beberapa buah kampung sekitar pekan kecil tersebut. Bila ledakan itu berakhir, ular hitam sebesar pinang dara itu terus ghaib.

Saya lihat tubuh datuk dibasahi peluh. Nafasnya tercuogap-cungap. Rumput hijau yang berada tidak jauh dari datuk nampak hangus. Manakala batu jalan menuju ke balai polis, tempat ular hitam sebesar pinang dara itu bergerak, kelihatan merkah.

Datuk meletakkan hujung jari telunjuknya di hujung dahi. Dari hujung dahi, dia menjatuhkan jarinya perlahan-lahan hingga ke pangkal dagu. Peluh yang disapu oleh jari telunjuk berjatuhan atas dada.

“Masih belum selesai lagi,” rungut datuk. Sarjan 1000 menarik nafas panjang sambil merenung muka saya dengan seribu macam persoalan.

“Sekarang orang yang berniaga bolehlah pulang ke tempat berniaga,” datuk beritahu Sarjan 1000. Dan Sarjan 1000 segera menghebahkan perkara itu pada orang-orang yang berada di situ. Sepuluh minit kemudian, pasar ikan dan sayur berdenyut kembali dengan manusia. Mereka seolah-olah lupa dengan apa yang berlaku.

Beberapa orang kampung yang berdekatan, datang ke balai polis. Mereka mahu mengetahui punca ledakan yang mereka dengar. Mereka kecewa, tidak seorang pun anggota polis di balai tersebut dapat memberi penjelasan dengan terperinci.

“Tidak ada sesuatu yang ganjil dan saya sendiri tidak dapat menerangkannya, kalau awak mahu tahu tanyalah pada penjual ikan dan sayur di market,” itulah jawapan yang datuk berikan pada salah seorang lelaki yang bertanya padanya berhubung dengan perkara aneh itu. Orang yang bertanya menggigit bibir lain meninggalkan datuk.

Kerana waktu Zuhur sudah tiba, saya dan datuk menuju ke masjid. Setelah menunaikan fardu Zuhur serta berwirid pendek, kamipun meninggalkan masjid yang letaknya tidak berapa jauh dari Sungai Perak.

Sebabnya saya beranggapan demikian, kerana pakaian lelaki itu bertampung di sana, bertampung di sini, tidak jauh darinya terdapat tongkat dan tempurung.

Datuk berhenti melangkah. Dia terus menyeluk saku bajunya. Bersedia untuk mencampakkan seringgit dua ke dalam tempurung peminta sedekah. Saya sudah masak benar dengan perangai datuk. Terlalu murah hati dengan peminta sedekah, sanggup berlapar asalkan peminta sedekah diberi wang.

“Berikan padanya” datuk hulurkan wang kertas lima ringgit pada saya.

“Banyak sangat ni tuk.”

“Berikan saja, jangan banyak cakap,” datuk membeliakkan biji mata. Saya terkejut dan terus melangkah mendapatkan peminta sedekah.

Bila saya berdiri di depan peminta sedekah, bulu tengkuk saya terus berdiri. Perasaan saya terus berdebar, macam ada sesuatu yang kurang menyenangkan. Saya rasa sepasang mata lelaki itu begitu tajam menyorot tiap langkah saya. Badan saya terus menggeletar.

“Apa lagi yang kau tunggu Tamar,” jerit datuk.

“Saya takut tuk?”

“Apa yang kamu takutkan, bukankah dia makhluk macam kamu juga.”

“Saya tak mahu tuk,” saya segera berpatah balik ke arah datuk yang berdiri tidak jauh dan saya.

Tidak saya duga, perbuatan saya itu menimbulkan rasa marah pada datuk. Dia segera mengheret saya ke arah peminta sedekah di bawah pokok. Sebaik sahaja saya dan datuk berdiri di depan peminta sedekah tersebut, tanpa diduga peminta sedekah itu segera bangun.

Dia melemparkan tempurung dan tongkatnya arah utara. Perbuatannya itu memang aneh sekali. Saya dan datuk merenung ke arah kawasan dia melemparkan tongkat dan tempurung. Bila kami merenung kembali ke arahnya. Peminta sedekah itu, sudah tiada lagi di situ. Saya dan datuk terhidu bau busuk yang amat kuat.

“Sudahlah, kita dipedaya lagi.”

“Siapa yang mempedayakan kita tuk?”

“Nantilah, aku terangkan kemudian.”

“Saya boleh agak orangnya tuk.”

“Sudahlah, jangan nak merepek.”

Nada suara datuk yang keras itu, membunuh hasrat saya untuk menunjukkan sebarang pertanyaan. Tetapi, otak saya segera memikirkan tentang Kamal. Semua gerak-gerinya timbul dalam kepala. Dua tiga kali, saya menggosok kelopak mata, saya bagaikan terpandang-pandang tubuh Kamal dan kakinya yang tokak wujud di depan saya.

“Berusaha melupakannya, bila kau ingat atau terkenangkan dirinya, dia datang dekat kamu,” kata-kata datuk it membuat seluruh bulu roma saya tegak berdiri. Saya tidak berjaya melupakannya, makin kuat saya mahu melupakannya, makin kuat pula ingatan itu berlegar-legar dalam kepala.

Datuk segera mengeluarkan sapu tangan. Muka saya digosoknya dengan saputangan dua warna iaitu hitam dan kuning, bentuknya tiga segi. Dua kali muka saya digosok dengan saputangan. Kepala saya terasa berdesing sebentar kemudian terasa cukup lapang. Bayang Kamal terus hilang.

MAKAN

Saya dan datuk singgah di kedai makan, tidak jauh dari tebing sungai. Saya minta nasi dan gulai tempoyak ikan baung. Datuk hanya meminta segelas air sejuk. Sebelum, air itu diteguk datuk membaca sesuatu.

Sementara menanti saya selesai makan, datuk terus termenung. Sesekali dia menggaru batang lehernya. Dua orang lelaki yang duduk tidak jauh dan meja kami, bercerita dengan rancaknya tentang buaya putih yang dilihat o1e beberapa penduduk di kampung seberang.

Menurut cerita kedua lelaki itu, buaya putih tersebut muncul di tengah sungai waktu bulan mengambang penuh. Buaya itu mengekor sampan yang digalah oleh orang-orang yang pulang malam dari pekan Parit. Setakat ini belum ada orang yang diganggu oleb buaya putih itu.

Buaya itu sekadar memperlihatkan dirinya sahaja. Bila ada orang memaki hamunnya, buaya putih akan membuka mulutnya luas-luas sambil ekornya memukul air sungai.

“Buaya putih tu, buaya keramat, malam esok orang-orang kampung aku akan mengadakan jamuan untuk buaya putih,” saya menjeling ke arah lelaki yang bercakap itu. Orangnya berbadan kurus, ada misai nipis melintang di bibir. Di dagunya tergantung sejemput janggut. Saya menyebut janggut jenis itu sebagai janggut kambing.

“Buaya putih itu berasal dan manusia, kalau tak dibuat jamuan atau semahan akan mendatangkan bala pada kita,” sambung lelaki itu. Kawannya yang tertonggok di depan anggukkan kepala. Datuk segera mencuit bahu saya. Dia suruh saya makan cepat. Datuk tidak begitu minat mendengar perbualan kedua orang lelaki itu.

Dari cara kedua lelaki itu bercakap (dengan nada suara yang keras), seolah-olah mahu menanik perhatian pelanggan-pelanggan lain yang berada dalam kedai makan. Saya tidak tahu tujuan sebenar kedua-dua orang lelaki itu.

“Bangun,” kata datuk. Saya anggukkan kepala dan terus bangun. Saya terus menuju ke meja penerima wang. Saya jelaskan bayaran makan dan minuman yang dipesan. Kami tinggalkan kedai makan.

“Memuja dan membuat jamuan tu kerja khurafat, mana ada buaya keramat,” bisik datuk pada saya.

“Habis buaya itu, buaya apa tuk.”

“Boleh jadi memang ada buaya putih, boleh jadi itu kerja syaitan.”

“Sudahlah, jangan tanya perkara macam tu pada aku Tamar.”

Kerana patuh dengan permintaannya, saya tidak mengajukan sebarang pertanyaan pada datuk. Kami menuju ke arah stesen minyak. Dan situ kami bergerak menuju ke kedai menjual kain baju. Berdiri di situ menanti bas. Hampir sepuluh minit berdiri bas yang ditunggu tidak juga datang.

“Kita cari teksi Tamar,” kata datuk.

“Elok juga tu, kalau tak dapat teksi betul, kita baik teksi sapu tuk.”

“Mana-mana pun boleh.”

Saya dan datuk menuju ke tempat teksi. Nasib kami cukup baik. Malik Cina (kawan datuk) yang membawa teksi sapu bersedia untuk menghantar saya dan datuk pulang dengan percuma.

Pada mulanya, datuk enggan menerima tawaran itu tetapi setelah dipujuk beberapa kali oleh Malik Cina datuk menerimanya.

Datuk memberitahu saya, sebab kawannya itu dipanggil Malik Cina kerana wajahnya mirip orang Cina serta boleh bercakap bahasa Cina dengan lancar sekali.

“Ini cucu awak,” tanya Malik Cina pada datuk.

“Ya,” datuk anggukkan kepala. Malik Cina senyum lalu mempersilakan saya dan datuk masuk ke keretanya.

“Setahu aku, kamu dulu pindah ke Kelantan, habis macam mana kamu boleh bawa teksi di sini.”

“Betul, itu dulu, malah aku sudah mengambil keputusan nak menetap di Kuabang Kerian,” Malik Cina meraba batang lehernya.

“Habis kenapa balik ke sini?”

“Bila anak perempuan sulung aku kahwin, nasib buruk menimpa keluarga kami.”

“Nasib buruk macam mana? Rumah kamu terbakar, harta benda kamu dirampas orang atau kamu dapat menantu orang jahat.”

“Bukan itu,” jawab Malik Cina pendek.

Saya lihat muka Malik Cina gusar. Sesekali dia menarik nafas panjang sambil memandu kereta dengan tenang. Datuk menggigit bibir sambil merenung ke arah pepohon yang tumbuh subur di kaki kiri kanan jalan. Kereta yang dipandu oleh Malik Cina melalui liku jalan yang tajam.

Angin terasa memukul wajah saya. Rambut saya mengerbang tidak tentu arah. Terpaksa disikat dengan rapi tetapi, rambut yang disikat itu mampu bertahan untuk beberapa minit sahaja.

“Menantu kamu tu orang mana?” tanya datuk.

“Orang Mersing, sama-sama kerja satu pejabat dengan anak perempuan aku.”

“Apa kerjanya?”

“Kedua-duanya kerja di Jabatan Parit dan Taliair,” Malik Cina menjeling datuk dengan ekor mata.

Datuk mengkepal-kepal kedua belah tangannya. Sesekali meraba hujung mata dengan jari kelingking. Saya sandarkan badan ke kusyen berlagak macam orang kaya. Bergerak ke sana, bergerak ke sini dengan bebas maklumlah duduk seorang diri di belakang.

“Tiga minggu lepas nikah, anak perempuan aku buat perangai, masuk saja waktu asar, dia terus menjerit dan mengoyak pakaiannya hingga hancur. Dah puas aku bawa jumpa doktor pakar jiwa, sakitnya tak juga berubah.”

“Berubat cara kampung kau tak cuba.”

“Sudah, berpuluh pawang dan bomoh yang lari lintang pukang.”

“Kenapa jadi macam tu?”

“Bila dia tengok pawang atau bomoh, sakitnya menjadi jadi kekuatannya macam orang lelaki, tiga orang tak mampu memegangnya, api bara dipijak dan dimakan.” Malik Cina menelan air liur.

Saya tumpukan seluruh perhatian pada cerita yang disampaikan oleh Malik Cina pada datuk. Menarik tetapi tetap terasa seram. Saya terus menyikat rambut yang menutup dahi. Bila tayar kereta melanggar lopak, badan dan kereta terasa bergegar, bagaikan dinding dan pintu mahu tercabut rasanya maklumlah kereta tua.

"Setelah berfikir panjang, semua tanah dan rumah saya di Kubang Kerian saya jual dan menantu saya pula mengizinkan saya membawa isterinya dengan tujuan nama berubat, dah lima bulan aku menetap di Sungai Siput,” sambung Malik Cina.

“Jauh sungguh kamu cari penumpang sampai ke sini.”

“Pagi tadi, ada orang sewa kereta aku ke Teluk Intan. Dari Teluk Intan, aku dapat penumpang nak ke Parit, supaya jangan pulang kosong aku cari penumpang untuk ke Kuala Kangsar, dari Kuala Kangsar aku cari penumpang untuk ke Sungai Siput, tiba-tiba aku jumpa kamu,” Malik Cina ketawa berdekah-dekah.

“Lepas kamu hantar aku ni, kamu nak cari penumpang lagi?” tanya datuk.

“Tidak, aku nak terus balik,” jawab Malik Cina.

Malik Cina memberhentikan teksi sapunya di tepi jalan. Datuk hulurkan wang sewa teksi sapu. Malik Cina meno1ak dengan alasan apa yang dilakukan itu sebagai tanda persahabatan. Menurutnya, dia bersyukur kerana dapat berjumpa dengan datuk. Perjumpaan itu tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit.

“Aku cuma nak minta tolong pada kau satu saja,” suara Malik Cina mendatar masuk ke lubang telinga datuk.

“Apa dia Malik?”

“Kalau kau ada kenal bomoh atau pawang handal, sila beritahu aku. Aku nak berikhtiar nak ubat anak aku.”

“Tak usahlah, kau berubatlah ke hospital.”

“Aku bukan tak percaya dengan doktor tapi, aku dah berusaha ke arah itu, hasilnya kurang berkesan, aku juga tak percaya pada bomoh dan pawang, banyak bomoh dan pawang menipu tapi, aku mencuba,” Malik Cina menelan air liur.

Datuk termenung panjang. Dia renung muka saya sejenak. Angin petang di bawah sinar matahari yang redup terasa menampar-nampar kulit muka saya. Perlahan-lahan saya menarik nafas dalam-dalam.

Nantilah aku tanya orang-orang kampung kalau ada yang tahu pawang atau bomoh,” datuk memberikan jawapan. Cepat-cepat Malik Cina menyambar tangan datuk. Dipegangnya erat-erat. Mukanya kelihatan berseri-seri.

“Aku ingin nak tengok penyakit anak kamu tu Malik?” tambah datuk.

“Bila, kamu nak datang bagi tahu, biar aku ambil kamu.”

“Tak tentu, boleh jadi dalam minggu depan.”

“Macam tu susahlah.”

“Tak susah, kau lukis rajah ke rumah kamu Malik,”

“Ya, tunggu sekejap,” Malik Cina mengambil sekeping kertas dan pensel dari dalam kereta.

Kemudian Malik Cina melukis rajah jalan ke rumahnya. Setelah siap dilukis kertas itu diserahkan pada datuk. Datuk meneliti rajah yang dibuat oleh Malik Cina dengan teliti. Datuk anggukkan kepala dua tiga kali.

“Aku tahu, tanah dan rumah yang kamu beli tak jauh dari Kampung Bahagia.”

“Betul, tapi kena lalu Kampung Bahagia dulu baru sampai ke rumah aku, pada hal jaraknya dengan jalan raya Kuala Kangsar - Ipoh tak jauh, kerana tak ada jalan pintas semuanya jauh.”

“Tanah siapa yang kamu beli?”

“Tanah Cina, jangan terkejut bila kamu datang ke rumah aku, kamu melihat anak perempuan aku berpakaian tak senonoh, macam orang separuh bogel dan memaki hamun kamu.”

“Itu perkara biasa,” balas datuk.

Datuk mempelawa Malik Cina ke rumah untuk menikmati kopi petang. Malik Cina menolak dengan alasan dia mahu pulang segera. Lagi sekali datuk dan Malik Cina bersalam-salaman. Beberapa saat kemudian teksi sapu milik Malik Cina meninggalkan saya dan datuk di bibir jalan.

Sampai di rumah datuk memberitahu saya, umurnya dengan Malik Cina berbeza hampir lapan tahun. Tetapi, Malik Cina nampak lebih tua dari datuk. Datuk juga memberitahu saya, Abang Malik dikenali maka Suhaimi Jepun, jadi kawan rapat datuk ketika menuntut ilmu silat.

Tetapi, Suhaimi Jepun mati gantung diri kerana malu isterinya dilarikan oleh orang. Malu dengan peristiwa yang dilakukan oleh abangnya yang bertentangan dengan ajaran agama Islam itu, Malik Cina pindah ke tempat lain. Itulah latar belakang keluarga Malik Cina yang dinyatakan oleh datuk pada saya.

BERJALAN

Saya terkejut bila datuk menyatakan dia mahu pergi ke rumah Malik Cina. Saya termenung panjang, padahal semalam datuk memberitahu Malik Cina dia mahu pergi ke tempat tersebut dalam minggu depan.

“Kenapa mendadak saja tuk nak pergi?”

“Itu soal aku, bukan soal kamu,” tebal rasa kulit muka saya.

“Pukul berapa kita nak pergi tuk.”

“Sekejap lagi, aku mahu sampai ke rumahnya sebelum waktu Asar, kau pergi dulu naik bas,” terkejut lagi saya mendengar kata-kata dari datuk.

Belum pernah datuk menyuruh saya pergi ke sesuatu tempat seorang diri. Ke mana-mana kami tetap bersama barang kali datuk mahu menguji saya? Apakah saya mampu pergi ke mana-mana seorang diri. Cabaran ini mesti dijawab. Saya anak jantan bukannya pondan, timbul azam dalam diri saya.

“Datuk pula macam mana?”

“Itu urusan aku, kamu pergi dulu, nanti aku dekat simpang masuk ke Kampung Bahagia.”

“Baiklah tuk,” balas saya.

Datuk memberikan wang tambang. Dia juga memilih pakaian yang perlu dibawa dan memasukkan ke dalam beg sandang. Nenek tidak dapat berbuat apa-apa.

Saya terpaksa naik bas sendirian. Terasa bosan kerana tidak ada kawan untuk dilawan bercakap. Semuanya saya hadapi dengan perasaan yang tenang dan tabah. Saya beruntung dalam perjalanan itu, saya bertemu dengan seorang pemuda yang sebaya dengan saya. Namanya, Zainuddin dan nama bapanya Ismail.

Saya bertemu dengan Zainuddin di perhentian bas Kuala Kangsar. Dia dalam perjalanan ke Ipoh. Dari Ipoh dia akan meneruskan perjalanannya dengan bas ekspres ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur dia naik has untuk ke Melaka menziarahi ayah saudaranya yang bertugas sebagai tentera di Terendak Kem.

Akhirnya saya sampai juga ke simpang masuk ke Kampung Bahagia. Saya tersentak bila melihat datuk sudah ada di situ. Dia menyambut saya dengan wajah yang manis. Dia bertanya pengalaman saya naik bas. Semuanya saya ceritakan. Bila saya bertanya, bagaimana datuk boleh berada di situ. Apakah dia naik teksi atau bas? Datuk tidak mahu menjawab.

Bila saya tanya berulang kali, datuk jadi marah. Dia jegilkan biji mata ke arah saya. Saya dan datuk terus berjalan kaki melalui kawasan perumahan. Lebih kurang 200 meter mahu sampai ke rumah Malik Cina, kami bertemu dengannya.

"Naik kereta saya, kenapa semalam tak mahu cakap, kalau cakap siang-siang bukankah mudah,” Malik Cina menyatakan nasa kesalnya. Datuk hanya ketawa sahaja sambil masuk ke kereta (teksi sapu).

“Kamu tak cari penumpang hari ni, Malik?”

“Hari ini cuti, semalam dapat lebih.”

“Ini kerja orang malas namanya.”

“Kerja sendiri.”

“Betul cakap kamu, kerja sendiri tak ada siapa yang marah kalau tak buat, kalau tak ada beras di rumah pun orang tak marah,” usik datuk, serentak kami ketawa.

DADA

Setelah menunaikan sembahyang Asar, datuk mengajak saya melihat keadaan anak perempuan Malik Cina. Orangnya cantik, berkulit putih, hidung mancung tinggi lampai dengai rambut panjang separas dada. Usianya sekitar dua puluhan. Saya merasa kasihan melihat gadis secantik itu tidur dalam keadaan kakinya dirantai.

Saya dan datuk kembali ke ruang anjung rumah. Datuk mencungkil rahsia dari Malik Cina. Tanpa berselindung-selindung Malik Cina memberitahu, bila perempuan cantik itu terjaga dari tidur dia akan menjerit, untuk memberhentikan dirinya dari menjerit, terpaksa diberi kain. Kain itu akan dikoyaknya hingga hancur.

“Sekarang ni, saya menggantikan kain itu dengan kertas nampaknya dia dapat menerima kertas tu, saya terpaksa menyediakan lima enam kati kertas sehari, kalau tak diadakan, dia akan menjerit sambil mencubit kulit badannya dan membuka pakaian,” sebaik sahaja Malik Cina habis berkata kami terdengar suara perempuan menjerit. Bulu roma saya terus berdiri.

Malik Cina meninggalkan kami. Dia membuka rantai kaki anak perempuannya. Isteri Malik Cina segera membawa setimbun kertas dan diletakkan di bawah pokok manggis di belakang rumah. Bila rantai kakinya dibuka perempuan cantik itu segera mendapatkan timbunan kertas.

Dia terus mengoyak kertas sesuka hati, ketika itu kalau dibersihkan makanan atau air minuman, semuanya habis dicampakkan ke mana sahaja mengikut sesuka hatinya.

Jiran-jiran yang berdekatan, segera mengerumuni perempuan cantik itu. Mereka merasa terhibur melihat perempuan cantik mengoyak kertas, malah ada yang datang itu membawa kertas dan kain untuk diberikan padanya.

Saya merasa perbuatan jiran-jiran itu sudah keterlaluan, mereka mencari hiburan dari orang yang sedang sakit. Sepatutnya mereka bersimpati dengan penderitaan gadis tersebut.

“Mari Tamar, kita lihat lebih dekat lagi perangainya,” kata datuk.

“Boleh juga tuk,” balas saya. Kami terus melangkah ke arah pokok manggis. Malik Cina dan isterinya yang ada di situ kelihatan sugul melihat kedatangan kami.

Datuk berhenti di depan gadis cantik. Datuk bertinggung di depannya. Perempuan itu terus mengoyak-nyoyak kertas. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

75: Telan Darah Dan Nanah

DATUK terus batuk di depannya. Perempuan cantik itu berhenti mengoyak-ngoyak kertas. Matanya merenung muka datuk. Matanya kelihatan bersinar-sinar.

“Siapa nama kamu,” tanya datuk. Perempuan cantik terus membisu. Orang yang ada di situ terus mengetawakan datuk. Mereka mengira perbuatan datuk itu, satu perbuatan yang bodoh kerana bercakap dengan orang gila.

Saya lihat air muka datuk berubah. Tanpa diduga perempuan cantik itu terus menampar muka datuk. Suara ketawa dari orang-orang yang mengelilingi perempuan cantik kian kuat. Muka datuk jadi merah, saya kira datuk terasa malu. Perempuan cantik itu terus meludah muka datuk.

Saya lihat datuk menggigit bibir. Saya mula cemas, bila kedua-dua belah daun telinga datuk bergerak-gerak. Saya tahu bila daun telinga datuk bergerak, ertinya dia sudah berada dalam tahap kemarahan yang amat hebat. Orang-orang yang ada di situ terus mengetawakan datuk.

Beberapa orang pemuda yang kurang ajar mengeboo-boo diri datuk. Datuk toleh kiri, toleh kanan. Dia sudah dapat mengawal rasa marahnya.

“Eh, syaitan, kamu buat apaaa...,” pekik datuk sekuat hati.

Suaranya dapat didengar oleh seluruh penduduk kampung. Orang yang mengetawakan dirinya terkejut dan ada yang bertempiaran lari tidak tentu hala. Dalam sekelip mata sahaja datuk sudah berdiri sambil mencekak pinggang.

Perempuan cantik, anak Malik Cina jatuh terlentang dan terus pengsan. Terkapar di perdu manggis macam mayat. Orang yang berkumpul terus hilang entah ke mana. Datuk masih lagi berdiri, Malik Cina dan isterinya tergamam, tidak berkata sepatah apa pun, macam orang kena pukau.

“Anak kamu disihir, bawa dia ke tempatnya, jangan dirantai kakinya,” ujar datuk pada Malik Cina. Tanpa membuang masa sepasang suami isteri itu mengusung anak kesayangan mereka ke bilik khas.

Ketika tubuh perempuan cantik itu diusung, di kaki langit mula kelihatan awan kemerah-merahan. Sebentar lagi, matahari akan menyelesaikan tugasnya.
Datuk kembali ke ruang anjung rumah. Datuk minta segelas air dan tujuh biji beras dari Malik Cina. Barang yang diminta itu segera diadakan. Datuk masukkan tujuh biji beras ke dalam gelas yang berair. Datuk membaca sesuatu pada air tersebut.

“Sapukan air ini ke mukanya, dan separuh lagi beri dia minum, kalau ada lebih lagi, sapukan pada pergelangan tangan dan kakinya,” datuk menyerahkan gelas berisi air dan tujuh biji beras pada Malik Cina. Malik Cina pun membawa gelas itu ke bilik anaknya.

Saya pun menyandarkan badan ke dinding sambil memicit jejari di kaki. Datuk meluruskan kedua belah tangan lantas diletakkan atas sepasang kepala lututnya. Mata datuk terus menikam tikar mengkuang yang terbentang menutup lantai.

Sinar matahari yang lembut menjalani lantai rumah. Angin pun menghantar rasa dingin. Tetapi, hati saya masih panas dengan sikap orang-orang kampung yang mengejek-ngejek datuk. Tidak ada budi bahasa, tidak ada timbang rasa.

Mereka mencari kepuasan dan hiburan dari penderitaan orang lain. Mereka ketawa melihat anak perempuan Malik Cina yang suka mengoyakkan kain dan kertas. Mereka ketawa, bila anak perempuan Malik Cina menampar muka datuk. Mulut mereka melahirkan rasa simpati sedangkan hati tidak begitu.

Semua persoalan itu berlegar-legar dalam tempurung kepala saya. Bibir terus saya gigit. Datuk masih lagi tunduk merenung lantai. Saya alihkan pandangan ke halaman rumah Malik Cina yang bersih. Angin lembut terasa menampar wajah.

Datuk batuk, bagaikan kilat saya merenung kearahnya. Saya lihat datuk masih lagi tunduk dengan sepasang tangan berada atas tempurung lutut. Saya mula bosan berhadapan dengan suasana begini. Terasa jemu tidak menentu.

“Tamar.”

“Ya tuk.”

“Apa yang kau fikirkan.”

“Tak ada apa-apa tuk.”

“Betul, kau tak fikir apa-apa?”

“Betul tuk.”

Datuk terus menegakkan badannya. Lengan yang berada atas tempurung lutut berubah tempat. Kedua belah telapak tangan datuk menekan tikar mengkuang. Saya lihat datuk berada dalam keadaan yang aman sekali. Wajahnya kelihatan tenang dan damai.

Saya segera mendekati datuk. Saya berharap dalam keadaan yang bosan dan menjemukan itu, datuk mahu bercakap-cakap atau bercerita apa sahaja.
Kalau datuk meluahkan nasihat. Saya sanggup menerimanya. Andainya, datuk menceritakan tentang zaman kanak-kanak hingga ke zaman remaja, saya sanggup mendengarnya. Asalkan rasa jemu dan bosan hilang dari hati.

Datuk jeling saya bersama senyum nipis. Bahu saya ditepuknya. Datuk bersedia untuk mengungkapkan sesuatu.

Mulutnya nampak seakan-akan bergerak-gerak. Saya kesal, gerakan bibirnya tidak mengeluarkan suara. Diganggu oleh jeritan yang memanjang dan nyaring.

“Dia menjerit lagi,” kata datuk dengan wajah yang resah. Saya terdengar bunyi keras dan kain dikoyak berturut-turut. Datuk segera berdiri. Malik Cina keluar dari bilik khas anaknya menemui datuk.

“Dia mengamuk lagi, dia menendang emaknya dan mengoyakkan kain gebar dan cadar katil,” beritahu Malik Cina sambil menelan air liur. Keresahan dan kebimbangan jelas terpamer di mukanya. Malik Cina tidak tentu arah. Sekejap garu batang leher, sekejap garu telinga capangnya.

“Apa yang mesti saya buat? Bagaimana kalau kakinya saya rantaikan semula,” Malik Cina renung muka saya dan saya hadiahkan senyum untuknya.

Suara jeritan kian lantang diikuti dengan bunyi tapak kaki orang berlari. Terdengar bunyi kaca pecah berderai. Dinding rumah terus ditendang bertalu-talu. Malik Cina memulakan langkahnya menuju ke bilik khas anaknya. Datuk terus memegang tangan kirinya.

Malik Cina agak terkejut, bibir bawahnya yang tebal nampak bergerak. Keningnya agak terangkat sedikit. Suara jeritan anak perempuannya terus menguasai kampung.

“Jangan rantai dia,” kata datuk.

“Bagaimana, kalau dia lari dari rumah dan mengacau orang kampung?”

“Bersabar, sekejap lagi dia berhenti, air yang aku berikan tadi, ada lagi atau dah habis?”

“Air tadi, dah habis.”

“Tak apa, ambil air lain, cepat sikit,” desak datuk. Malik Cina anggukkan kepala.

Datuk terus melagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali. Kemudian melangkah dengan tenang di ruang anjung. Kedua belah tangannya disilangkan ke belakang. Datuk sedang memikirkan sesuatu. Malik Cina segera meninggalkan kami menuju ke ruang dapur.

Setelah puas bergerak ke sana ke sini, datuk terus duduk bersila sambil sandarkan badan ke dinding. Lutut kanan didirikan dan dahinya terus bertemu dengan tempurung lutut Saya kurang senang melihat datuk dalam keadaan demikian. Saya segera menghampirinya.

“Ada apa-apa masalah tuk?”

“Tak ada apa-apa, kalau ada pun kau tak boleh menolongnya,” jawab datuk tanpa memandang wajah saya. Datuk menyindir saya. Tetapi, saya masih tersenyum. Suara jeritan anak Malik Cina terus berlanjutan. Beberapa orang jiran tetangga mula datang.

“Kurang elok kalau ramai sangat jiran-jiran datang,” rungut datuk sambil menjatuhkan lutut kanannya. Matanya tertumpu pada wajah saya yang tidak dapat menangkap maksud dari kata-katanya itu.

“Boleh menganggu kerja aku, lagipun yang datang ni cuma nak tengok, kemudian jadikan bahan cenita pada orang lain yang tak sempat datang,” tambah datuk lagi. Saya lihat buah halkum di batang lehernya bergerak-gerak, bila datuk menelan air liur.

Malik Cina datang. Segelas air sejuk diserahkan pad datuk. Saya lihat datuk memperhatikan air dalam gelas dengan teliti. Malik terus duduk bersila di depan datuk. Perlahan-lahan datuk menjentik lantai tiga kali berturut-turut. Suara jeritan anak Malik Cina beransur kurang dan lemah akhirnya
hilang terus.

Dengan wajah yang tenang datuk mendekatkan gelas berisi air sejuk ke bibir. Saya lihat bibir datuk bergerak agak perlahan-lahan sekali. Dari gerak bibirnya itu, saya dapat meneka bahawa datuk sedang membaca Fatihah dengan khusyuk sekali. Malik Cina hanya melihat semua gerak-geri datuk dengan teliti.

KELAM

Saya renung ke halaman rumah. Keadaan hari sudah beransur kelam. Tetapi, langit dan awan kelihatan cerah sekali. Angin tidak sekencang tadi bertiup.
Beberapa orang jiran tetangga mula meninggalkan rumah Malik Cina. Meraka agak kecewa kerana tidak dapat menyaksikan kelakuan aneh Malik Cina.

“Sudah tak menjerit lagi?” Bisik saya pada Malik Cina. Tidak ada jawapan yang saya terima tetapi, ekor mata datuk menikam ke wajah saya. Dia dengar dengan jelas apa yang saya bisikkan pada Malik Cina. Anak telinga datuk cukup tajam.

“Agaknya, dia dah letih,” kata datuk. Saya dan Malik Cina segera merenung ke arah datuk. Dan tanpa membuang masa, datuk terus menyerahkan gelas berisi air sejuk pada Malik Cina. Air dalam gelas kelihatan bergerak serta berkocak kecil tetapi gelas bertukar tangan dari datuk ke Malik Cina.

“Lagi apa yang mesti saya buat?”

“Buat macam air pertama yang aku berikan pada kamu tadi.”

“Saya ingat”

“Bagus, aku ingatkan lagi sekali, air pertama untuk basuh muka, untuk minum, sapu pergelangan tangan dan kaki tetapi, air ini ditambahkan sedikit caranya iaitu menyapu pangkal dagunya,” datuk mengulanginya dengan harapan Malik Cina tidak akan melakukan kesilapan.

“Baik-baik air tu berkocak,” saya terus menudingkan jari telunjuk ke arah gelas yang ditatang oleh Malik Cina. Cepat-cepat Malik Cina memperlahankan langkah dan mengurangkan goyang tangan hingga air dalam gelas tidak berkocak dan meleleh di bibir gelas. Malik Cina meneruskan langkahnya menuju ke bilik khas anaknya.

“Dengan izin Allah penyakitnya hilang,” suara datuk lembut dan ditujukan pada saya. Sebagai jawapan, saya anggukkan kepala dengan harapan apa yang diingini oleh datuk bakal menjadi kenyataan.

Datuk terus merenung ke halaman datuk. Dahi luasnya dikerutkan. Datuk menggerakkan lehernya ke kiri dan ke kanan hingga rasa lenguh terus hilang. Datuk menggeliat.

“Waktu Maghrib dah nak masuk Tamar,”

“Ya, kita nak sembahyang di rumah atau di masjid tuk?”

“Aku fikir berjemaah lebih baik, pahalanya lebih, jum kita ke masjid”

“Saya mengikut saja.”

Datuk membetulkan baju yang dipakai. Meraba kaki seluar dan membetulkan letak songkok. Kain pelekat yang tersangkut di bahu datuk raba dua tiga kali. Saya menarik nafas terhibur mendengar kicau burung yang terbang pulang sarang.

Malik Cina mendekati datuk. Saya lihat pakaian Malik Cina agak kemas. Rasa cemas tidak terpamer di wajahnya. Sesekali ia melepaskan senyum bila terpandangkan diri saya yang merenung ke arah dedahan pokok di halaman, tempat murai dan merbah melompat.

“Aku nak ke masjid Malik.”

“Kenapa tak sembahyang di sini?”

“Biarlah aku berjemaah, dapat juga aku berkenalan dengan orang orang di sini,” datuk meraba misai nipisnya dengan jari telunjuk. Malik Cina termenung sejenak. Ada sesuatu yang di fikirkannya.

“Bagaimana dengan anak kamu” Malik Cina bagaikan tersentak mendengar pertanyaan dari datuk. Ia terus mengigit kuku di ibu jari kanan.

“Nampaknya dia letih dan terus tidur.”

“Bagus tapi jangan biarkan dia tidur senja, bila kau dengar suara azan, kau kejutkan dari tidur, kalau dia melawan atau mahu menjerit simbahkan air yang aku berikan pada kamu ke mukanya.”

“Tapi,” Malik Cina berhenti bercakap.

“Apa lagi Malik?”

“Siapa yang nak buat semuanya tu.”

“Kamulah, siapa lagi,” nada suara datuk meninggi.

“Saya nak ikut berjemaah ke masjid.”

“Tak payah, kau sembahyang di rumah, jaga anak kamu. Kalau kamu mahu dia elok,” datuk jegilkan biji mata. Mukanya nampak merah.

Malik Cina tidak berkata apa-apa. Akhirnya, anggukkan kepala. Setuju dengan cadangan datuk. Mereka berbalas senyum penuh mesra.

TINGGAL

Malik Cina kami tinggalkan. Sampai di masjid datuk terus bersalaman dengan para jemaah yang lain. Mereka melayani datuk dan saya penuh mesra. Bila sampai waktu Maghrib, beduk ke kepala tangga masjid pun dipukul orang bertalu-talu.

“Boleh cucu saya mulakan azan,” begitu sopan datuk mengajukan pertanyaan pada lelaki yang memakai serban, menyimpan janggut yang sudah putih.
Terasa sedikit kesal di hati saya atas sikap datuk. Hatinya mahu berbudi tetapi diri saya yang jadi sasaran. Kenapa dia sendiri tidak mahu mengeluarkan suara untuk berazan? Timbul pertanyaan dalam diri saya.

“Silakan, cara kebetulan pula bilal masjid tak datang, tak payahlah saya cari orang lain,” sahut orang itu. Datuk pun menolak saya ke arah lelaki tua tersebut. Dan akhirnya saya mendapat tahu bahawa orang tua itu adalah imam besar masjid tersebut.

“Silakan,” ucap lelaki tua itu.

“Jangan segan-segan Tamar, mulakan,” tingkah datuk.

Saya tidak ada pilihan. Dengan keyakinan pada diri sendiri, saya terus melaungkan azan. Saya tidak tahu bagaimana penerimaan orang-orang di situ terhadap suara saya.

Apakah mereka menganggap suara saya baik atau sebaliknya? Apakab mereka merasakan laungan azan saya macam orang baru belajar. Sesungguhnya saya tidak tahu. Hanyalah Allah sahaja yang mengetahui hati mereka.

“Boleh tahan juga suara cucu awak,” puji imam. Saya lihat datuk tersengih. Matanya merenung ke arah saya dengan penuh rasa bangga. Saya kira datuk sengaja melakukan perkara tersebut.

Dia mahu menguji diri saya. Apakah saya mengalami perasaan darah gemuruh bila disuruh melakukan azan di tempat lain. Ternyata saya lulus dalam ujian.
Saya kira datuk tentu gembira. Pasti bila pulang nanti datuk akan menceritakan kemampuan diri saya pada nenek. Saya juga berharap ujian yang baru dilalui akan juga jadi pembuka hati pada datuk untuk mencurahkan serba sedikit ilmunya pada saya.

Mungkin esok, mungkin bulan depan atau tahun depan datuk akan menurunkan petua dan pengetahuan tradisional pada saya. Timbul harapan yang berbunga dalam diri.

Selepas menunaikan fardu Maghrib, datuk terus berborak dengan imam. Mereka berhenti berborak ketika masuk waktu Isyak. Dalam waktu yang amat singkat itu, datuk memperolehi beberapa orang kenalan baru yang sehaluan.

Kawan-kawan baru datuk itu terus membuat ramalan kedatangannya ke kampung tersebut untuk mengubatkan gadis Malik Cina. Datuk cuma tersenyum sahaja dan datuk memberitahu mereka Malik Cina adalah kawan lamanya.

Kunjungannya adalah kunjungan seorang sahabat. Tidak lebih dari itu dan tidak ada kena mengena untuk mengubat anak gadis Malik Cina.

“Saya bukan bomoh,” kata datuk.

“Agaknya awak pawang,” celah seorang.

“Tidak.”

“Agaknya dukun,” sahut satu suara.

“Dukun, pawang, bomoh adalah sama tetapi, saya bukan dari golongan itu, saya adalah hamba Allah macam awak semua, tidak ada yang istimewa pada diri saya, kenapa tuan mahu mahu bertanya sesuatu yang bukan pada tempatnya,” begitu lantang suara datuk.

Kata-kata datuk itu dapat diterima oleh mereka. Tidak ada pertanyaan yang diajukan pada datuk dan saya tidak lagi jadi perhatian mereka.

Kami sampai ke rumah Malik Cina kira-kira pukul sembilan lebih. Malik Cina menyambut kami di muka pintu. Senyumnya tetap bermain di bibir. Malik Cina terus bertanya pada datuk tentang pengalamannya bersama para jemaah di inasjid. Datuk terus memberitahu, ia mengalami pengalaman yang sungguh menggembirakan hatinya.

“Siapa yang laungkan azan tadi?” Malik Cina bertanya.

“Kenapa?” Sambut datuk.

“Suara orang baru, kalau Bilal Halim saya kenal, saya yakin suara yang saya dengar tadi bukan suaranya.”

“Si Tamar cucu aku nak cuba.”

“Haaa...,” Malik Cina terkejut.

“Suaranya lantang dan nafasnya panjang,” sambung Malik Cina.

Datuk terus ketawa. Bangga cucunya menenima pujian. Tanpa segan-segan datuk menepuk bahu kanan saya berkali-kali. Senyumnya, terus berbunga. Rasa bangga menyelinap dalam hati. Siapa tidak bangga menerima pujian.

“Cucu kamu memang hebat,” bersama senyum Malik Cina memuji.

“Betuk ke?” Datuk pura-pura terkejut.

“Betul,” wajah Malik Cina nampak serius. Senyum datuk terus meniti di bibir. Saya menggaru pangkal dagu beberapa kali.

“Mari kita makan,” ajak Malik Cina. Bau tumis petai, bilis terus menyumbat lubang hidung. Rasa lapar mula terasa. Saya dan datuk mengikut Malik Cina ke ruang makan. Kami duduk bersila. Makanan yang dihidangkan memang sesuai dengan selera saya.

“Silakan,” jemput Malik Cina. Nasi terus ditaruh dalam pinggan saya dan datuk. Entah mengapa malam itu saya makan dengan lahap tanpa silu dan segan. Tetapi, datuk tetap macam biasa iaitu menghadkan makanan.

“Cepat benar berhenti makan?” Malik Cina renung muka datuk.

“Dah kenyang,” datuk terus membasuh tangan.

“Agaknya, awak mengira suap nasi awak?”

“Ya, ada hadnya, kalau lebih dari had amalan saya, boleh mendatangkan mudarat,” balas datuk lalu menyandarkan badan ke dinding.

Saya terkejut, malam itulah baru saya tahu bahawa datuk menghitung nasi yang disuapnya. Dia tidak makan sebarangan atau mengikut kemahuan nafsu. Saya berharap Malik Cina akan mengemukakan pertanyaan pada datuk.

Biar Malik Cina tanya berapa suap nasi untuk makan malam dan berapa suap pula untuk makan tengah hari. Sayang, Malik Cina tidak mengemukakan pertanyaan itu pada datuk dan harapan saya untuk mengetahui rahsia tersebut turut musnah. Tidak mengapa, satu ketika yang baik akan saya tanyakan petua itu.

Dari ruang makan saya dan datuk berubah ke ruang anjung. Suara katak dan cengkerik jelas kedengaran. Dalam saat-saat tertentu terdengar bunyi kucing jantan mengiau mencari kucing betina.

Bulu roma saya mula tegak dalam desiran angin malam yang lembut itu saya terdengar suara burung jampuk dan salakan anjing mendayu-dayu.

“Macam mana dengan anak kamu Malik?”

“Masa awak tinggalkan rumah ni tadi, dia terus tidur, waktu Isyak tadi dia terjaga tapi dia nampak lemah benar,” terang Malik Cina.

Gegendang telinga saya menangkap bunyi desiran angin yang menyentuh dedaun di halaman rumah. Langit nampak cerah. Beberapa ekor kelawar berterbangan mencari mangsanya. Dari anjung rumah juga saya dapat melihat lampu minyak tanah berkelip-kelip, bergerak arah ke utara.

Saya kira jumlahnya lebih dari sepuluh. Barangkali orang kampung berjalan malam. Mereka bertandang ke rumah jiran untuk menghabiskan masa malam dengan bercerita apa sahaja. Tetapi, kenapa bawa pelita terlalu banyak, timbul pertanyaan dalam hati saya.

Suara burung jampuk kian ramah berbunyi bersama salakan anjing. Anjing terus menyentuh dedaun. Kelawar kian kerap berterbangan. Badan saya mula terasa dingin. Rasa mengantuk mula menyerang. Tetapi Malik Cina dan datuk masih ghairah bercerita.

“Jangan ganggu dia, biar dia tidur, kalau dia minta nasi berikan nasi, aku tahu dia tu lapar, sebelum nasi diberikan padanya kau kepalkan nasi itu sambil membaca sebelas kali ayat fatihah,” datuk lunjurkan kedua belah kakinya.

“Kalau dia tak mahu makan, bila tengok nasi dah dikepalkan macam mana?”

“Insya-Allah, dia mahu, aku tahu dia lapar.” Datuk raba pangkal hidung.

“Ya, dah lama anak saya tu tak makan nasi, cuma dia makan kulit pisang dan bulu jagung, kalau tak ada benda benda tu dia tak mahu makan.”

“Ganjil sungguh sakit anak kamu Malik.”

“Entahlah, saya sendiri tak tahu nak kata apa.”

“Sah, anak kamu kena buatan orang, anak kamu disihir, agaknya dia ni pernah berkasar dengan orang, sekarang orang tu balas dendam.”

“Entahlah, saya pun tak tahu,” Malik Cina melepaskan sebuah keluhan.

Wajahnya nampak hampa dan kecewa sekali. Dari gerak gerinya ia memang mengharapkan pertolongan dari datuk. Saya mula menguap panjang. Datuk tepuk bahu kiri saya kerana menguap dengan membuka mulut lebar-lebar.

“Tak baik menguap macam tu, macam mulut buaya lapar,” sergah datuk. Saya tersipu-sipu malu. Malik Cina nampak tersengih. Tidak sanggup saya menentang wajah mereka. Saya tunduk merenung lantai dengan perasaan yang serba salah.

“Bolehkah sakit anak saya itu baik,” Malik Cina menggantungkan harapan pada datuk. Dua tiga kali datuk menggigit bibir. Dua tiga kali ia meraba-raba ibu jari kanannya. Sesekali ia menarik nafas panjang bersama renungan yang tajam ke arah halaman rumah. Kegelapan malam sunggul pekat.

“Kita berusaha, kalau diizinkan Allah sakitnya akan sembuh,” suara datuk dalam nada yang lembut, penuh harapan. Malik Cina tunduk sambil menelan air liur. Saya terdengar jam dinding di rumah Malik Cina berdenting dua belas kali. Badan saya kian sejuk. Dua tiga kali saya tersengguk-sengguk.

Bagi menghilangkan rasa mengantuk, saya merenung ke luar anjung rumah. Biji mata saya terbeliak, saya terlihat berpuluh puluh pelita mmyak tanah bergerak sendin dalam jarak kira 400 meter dari rumah. Saya teringat, siang tadi kawasan itu saya lihat penuh dengan hutan. Tidak ada sebuah rumahpun terdapat di situ.

Saya mula resah. Apakah saya sedang melihat manusia atau melihat syaitan berpesta. Tambul pertanyaan dalam hati saya. Seluruh badan mula terasa seram sejuk. Lolongan anjing, kian nyaring.

Suara burung hantu dan jampuk tingkah-meningkah. Desiran dedaun yang berlaga sama sendiri kian kuat. Saya bertambah terkejut melihat jumlah pelita minyak tanah kian bertambah. Semuanya menuju ke arah utara.

“Tuk tengok tu,” kata saya lalu menunjukkan ke arah pelita minyak tanah. Datuk dan Malik Cina segera melihat ke arah tersebut. Mereka berpandangan sesama sendiri. Tidak ada sesuatu yang mereka lihat.

“Kami tak nampak apa-apa Tamar,” kata datuk.

“Ada pelita minyak tanah berjalan sendiri.”

“Mustahil di situ kawasan hutan, masa Jepun dulu dijadikan tempat memancung kepala orang. Kau mengarut,” kata Malik Cina. Datuk gelengkan kepala.

Saya masih melihat pelita minyak tanah berbaris serta bergerak sendiri. Anehnya, datuk dan Malik Cina tidak dapat melihat cahaya pelita tersebut. Sukar untuk saya menyakinkan diri mereka. Saya terus tarik nafas.

“Sudahlah Tamar, pergi tidur. Bilik kamu dan datuk sudah aku kemaskan.” Malik Cina menepuk bahu saya. Arahannya segera saya patuhi. Datuk dan Malik Cina saya tinggalkan di ruang anjung. Bilik yang disediakan untuk saya menempatkan dua buah katil bujang.

Bila saya letakkan kepala atas bantal, badan mula terasa geram. Macam ada sesuatu yang berkeliaran dalam bilik tersebut. Pada papan dinding saya rasakan ada sepasang mata merah merenung saya. Badan saya menggeletar. Bila saya membaca ayat Kursi, rasa takut itu hilang dan saya terlelap.

Masa terlelap itu, saya bermimpi menemui seorang lelaki yang ganjil. Berpakaian serba hitam. Saya lihat kelopak mata kirinya berlapis tiga. Tiap-tiap lapisan kelopak matanya itu ada tahi lalat yang sekejap mengembang dan sekejap mengecil. Matanya bagaikan mahu tersembul, macam mata udang berwarna merah.

Daging pipinya kelihatan lembik dan berlendir. Ada air jernih di celah-celah daging pipinya yang lembik itu. Air itu bercampur nanah meleleh perlahan-lahan ke mulutnya. Lelaki ganjil itu menelan air jernih bercampur nanah dengan penuh ghairah dan bernafsu sekali. Lelaki itu menyuruh saya menjilat daging pipinya yang lembik.

Saya menolak permintaannya. Lelaki itu jadi marah dan dia mula menghampiri saya. Kedua belah tangannya yang berkuku panjang menghala ke batang leher saya. Denga sedaya upaya saya cuba mengelak. Usaha saya gagal. Saya tidak berdaya menentangnya dan terus menjerit dengan sekuat hati.

Bila saya terjaga, saya terlihat datuk sedang membaca Quran kecil di katil sebelah. Datuk renung ke arah saya.

“Kau mengigau?”

“Saya mimpi, ada orang nak cekik tengkuk saya.”

“Kau tidak membaca surah al-farihah. Bukankah sudah aku pesan sebelum tidur, baca surah al-farihah dua puluh satu kali, lepas tu jangan cakap dan terus tidur.”

“Saya terlupa tuk.”

“Patutlah kamu diganggu syaitan, kau abaikan pesanan aku Tamar.”

“Saya terlupa sungguh tuk.”

“Sudah, tidur semula.”

Saya rebahkan badan atas katil. Kali mi saya tidak dapat tidur. Kerana takut datuk marah, saya pura-pura tidur dengan memejamkan kedua belah kelopak mata saya. Desiran angin malam di luar, jelas kedengaran. Suara burung hantu dan lolongan anjing tetap kedengaran.

Saya buka mata separuh, saya lihat datuk masih lagi kedengaran membaca Quran. Kemudian saya lihat dia melakukan sembahyang dua rakaat dan terus berwirid panjang. Rasa takut terus hilang dari hati saya. Tiba-tiba, saya dikejutkan oleh suara orang perempuan yang sedang marah-marah.

Serentak dengan itu juga saya terdengar bilik saya ditendang bertalu-talu. Beberapa ketul bateri lampu suluh yang diletakkan atas meja dekat katil jatuh bertaburan atas lantai. Datuk berhenti dari melakukan wirid. Dia termenung.

“Ayah, saya dahaga cepat ambil saya air,” suara perempuan meminta sesuatu. Dituruti dengan bunyi tapak kaki memijak lantai menuju ke dapur.

“Malik, jangan berikan air itu terus kepadanya, berikan pada aku dulu,” suara datuk meninggi.

“Ya, saya buat dengan apa yang awak mahu,” itu suara Malik Cina.

“Kenapa, bagi dengan jantan tua tu,” suara perempuan meningkah, tentu suara anak Malik Cina. Dinding bilik terus ditendang bertalu-talu.

Saya bangun. Duduk di sisi datuk. Suara perempuan merungut dan mengetuk sesuatu tetap kedengaran. Saya resah, tetapi saya lihat datuk masih berada dalam keadaan tenang.

Datuk ambil gelas air dari tangan Malik Cina. Datuk tatang air dalam gelas di tapak tangan kanannya. Datuk membaca sesuatu dan menghembus pemukaan gelas dengan mulut.

“Berikan padanya, sekarang.”

“Ya,” sahut Malik Cina lalu menyambut gelas itu dari tangan datuk di bawa ke bilik anaknya. Dan saya tidak lagi mendengar suara anaknya menjerit atau merungut sesuatu. Datuk terus membaca Quran. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

76: Uji Ilmu Pada Isteri Orang

MATAHARI pagi memancar indah. Sinarnya jatuh pada dedaun dan rerumput di halaman. Sekawan itik air berlari di tanah lapang menuju ke arah danau nan terbentang membiru. Dan kabus kelihatan kian menipis di puncak bukit.

Saya masih lagi berdiri di muka jendela. Datuk yang sudah selesai mandi embun terus melakukan senaman Harimau Bangun Tidur. Saya terus menggeliat sambil melebarkan kedua belah tangan. Saya tarik nafas panjang. Angin pagi yang menyentuh kulit tubuh, membuat saya terasa seram dan sejuk.

Datuk terus bersenam. Dari arah dapur saya terdengar batuk Malik Cina. Sesekali terdengar suara isterinya merungut sesuatu. Tidak tahu apa yang dirungutkan, kerana suaranya tidak berapa jelas.

Datuk berhenti melakukan senaman. Ia mengenakan seluar dan baju ke tubuh. Wajahnya nampak kemerah-merahan dan berseri. Seimbas pandang datuk kelihatan lebih muda dari usianya. Dengan tenang datuk turun ke tanah. Datuk berdiri sejenak di kaki tangga.

Macam ada sesuatu yang ganjil saya rasakan pagi itu. Selalunya, datuk mengajak saya turun atau memberitahu sesuatu yang akan dilakukannya. Tetapi, kenapa perkara seperti itu tidak datuk lakukan pagi ini? Timbul pertanyaan dalam hati saya.

Datuk bergerak meninggalkan kaki tangga. Ia menuju ke tengah halaman dan berdiri di situ sebentar. Kemudian datuk membongkokkan badannya lalu mencabut beberapa rumpun rumput hijau. Rumpun rumput itu datuk ramas dan datuk kenakan dengan air embun yang berada di dedaun mempelam dan bunga di sisinya.

Semua gerak-geri datuk saya perhatikan dengan penuh teliti. Datuk memasukkan rumpun rumput itu ke dalam sakunya. Ia terus juga mundar-mandir mengelilingi halaman rumah. Sampai di sudut kanan halaman, datuk berdiri di situ merenung ke arah matahari jatuh.

Perlahan-lahan datuk angkat kaki kanannya separas pusat. Badannya dipusingkan lebih dari sepuluh kaki. Saya kagum, kerana datuk mengimbangi badannya dengan sebelah kaki. Saya kira, apa yang datuk lakukan itu satu senaman untuk menegangkan kulit tubuh.

Senaman seperti itu, amat jarang sekali dilakukan oleh datuk. Dalam sebulan, ia cuma melakukan dua atau tiga kali sahaja di tempat yang berlainan. Kadang-kadang apa yang datuk lakukan, memang melucukan dan boleh jadi bahan ketawa atau dianggap sebagai kerja orang yang tidak siuman. Terutama pada orang yang tidak mengenali diri datuk.

Saya membiarkan wajah disentuh oleh sinar matahari yang ramah. Dalam saat-saat demikian, saya semacam terlibat satu lintasan bayangan di halaman. Bentuknya kurang jelas dan sukar untuk digambarkan. Saya jadi tidak tentu arah. Macam-macam perasaan timbul dalam hati. Tiba-tiba lintasan bayangan itu muncul kembali.

Badan saya mula berpeluh dalam hembusan angin pagi yang nyaman. Secara tidak sengaja saya mendongak ke langit. Saya menggigit ibu jari dan terus tersenyum. Saya sudah dapat mengesan dari mana lintasan bayangan itu muncul.

“Ya, dari pelepah kelapa dara yang ditiup angin.”

Bisik batin saya. Sepasang mata saya tertumpu ke pelepah kelapa yang bergoyang. Sinaran matahari yang mula keras tertumpu ke arah pelepah tersebut dan membentuk bebayang yang panjang di bumi.
Bila angin bertiup agak kencang pelepah kelapa itu tu bergerak dengan cepat, lantas membentuk lintasan bebayang yang panjang di bumi (untuk beberapa saat). Ternyata saya sudah ditipu oleh perasaan saya sendiri. Perlahan-lahan saya menarik nafas panjang dan senyum pun terukir di bibir. Keraguan dan kebimbangan yang merajai hati, sudah pun berakhir.

“Datuk kamu ke mana Tamar?”

Saya menoleh ke kanan. Malik Cina tersenyum ke arah saya. Ia memakai baju Melayu, berkain pelekat kotak berwama putih dan hijau serta berjalur merah. Songkok putihnya terserkup kemas di kepala. Rambut di bahagi pelipis kanannya, kelihatan memutih.

“Itu dia”

Jari telunjuk saya menuding ke arah datuk. Malik Cina tersenyum lalu melambaikan tangan ke arah datuk. Mereka berbalas senyum. Datuk bergerak menghampiri ke arah anak tangga. Malik Cina menggaru pangkal lehernya dua tiga kali.

“Buat apa di situ?” Tanya Malik Cina, matanya menatap wajah datuk. Biji mata saya juga tertikam ke muka datuk yang kelihatan kemerah-merahan. Tanda sihat.

“Bersenam,” suara datuk lembut.

“Dab tua-tua mahu jaga badan.”

“Bukan jaga badan, jaga kesihatan, tubuh badan perlu dijaga. Bila sihat mudah kita buat amal ibadah dan menolong orang, bukankah, menjaga kesihatan diri disuruh oleh Islam.”

“Saya setuju dengan awak,” Malik Cina menegakkan ibu jari kanannya.

Mereka ketawa serentak. Datuk terus memijak mata tangga. Sampai di ambang pintu ia berdiri sebentar. Renung kiri, renung kanan. Melangkah kembali menuju ke ruang anjung.

“Macam mana anak kamu Malik?”

“Alhamdulillah, sejak minum air yang awak beri tu, ia terus tidur nyenyak.”

“Aku harap, dia tidak menjerit lagi.”

“Saya juga harap begitu.” Malik Cina membetulkan songkok putihnya. Ia menggaru pipi kanannya dua kali. Malik Cina terus duduk bersila. Datuk juga berbuat demikian.

“Ke mari kamu,” Datuk renung ke arah saya. Tanpa buang masa saya terus duduk di sisinya. Malik Cina dengan tenang membalut rokok daun. Isterinya datang lalu menghidangkan kuih dan satu teko air kopi, berserta beberapa cawan.

“Cuma ini saja yang ada, kuih jemput,” Malik Cina terus menuangkan air kopi ke dalam cawan. Asap nipis berlegar-legar di permukaan cawan. Isteri Malik Cina meninggalkan kami.

“Ini pun sudah cukup baik,” kata datuk sambil mengenakan telapak tangan kanannya dengan asap nipis yang bermain di permukaan cawan.

Perbuatan itu segera disedari oleh Malik Cina. Air mukanya nampak berubah. Pelik juga, kenapa datuk melakukan perkara sedemikian? Ah, datuk mempenlihatkan perkara yang ganjil ketika berada di rumah sahabat lamanya. Timbul pertanyaan dalam diri saya.

“Kau terkejut dengan apa yang aku buat ni?” Datuk ajukan pertanyaan pada Malik Cina. Dengan sopan sekali Malik Cina anggukkan kepala sambil meletakkan piring kuih jemput di depan datuk. Saya menjeling ke arah datuk.

“Kau tak usah bimbang, apa yang aku buat ni hanyalah petua dan orang tua-tua. Menurut kata mereka, jika nak menguji sesuatu keluarga tu kena sihir, beginilah caranya,” datuk membuka rahsia.

“Tak kan minuman dan makanan yang dibuat sendiri pun disihir?” Malik Cina ragu-ragu.

“Kau sendiri tahu, kerja syaitan ini, selagi ada udara, selagi ada langit dan bumi serta air semuanya dimanfaatkan untuk menjahanam dan membinasakan anak adam,” terang datuk. Malik Cina terdiam.

KOPI

Datuk terus menghirup air kopi. Datuk menggerakkan bahu kanannya dua kali sambil mencuit kepala lutut saya dengan ibu jari kelengkengnya.

“Minum, semuanya selamat,” suara datuk tenang. Tanpa membuang masa saya terus minum kopi dan makan kuih jemput. Terasa cukup enak. Saya tidak pasti berapa banyak kuih jemput sudah masuk ke dalam perut.

Datuk tersenyum melihat kuih jemput yang kian berkurang di piring. Dan datuk pura-pura batuk. Mengingatkan saya supaya jangan lahap sangat makan. Tetapi, Malik Cina terus juga menyuruh saya makan kuih jemput. Katanya, di dapur masih ada kuih jemput yang panas dan baru.

“Ahhhhhhh.”

Mendadak sahaja datuk bersuara demikian. Tangkai cawan terpisah dari badan. Piring kuih jemput terus jadi retak seribu. Serentak dengan itu juga terdengar suara jeritan anak Malik Cina. Keras dan nyaring sekali.

Datuk terus bangun. Cawan, teko dan piring di depan terus ditendang. Semuanya hancur berkecai. Saya terkejut, bila melihat anak perempuan Malik Cina berdiri depan kami. Matanya kelihatan merah dan rambutnya mengerbang.

Anak perempuan Malik Cina terus menyambar langsir tingkap. Kain langsir itu dikoyaknya hingga hancur. Ia bersedia untuk mengoyak baju dan kain yang dipakainya. Sebelum perkara itu dilakukan, Malik Cina segera menyerah seberkas akhbar lama padanya.

Akhbar lama itu terus dikoyak. Tidak sampai sepuluh minit, naskhah akhbar lama itu habis dicarik-carik dan bersepah atas Iantai. Perlahan-lahan ia membuka sepuluh jarinya dan bersedia untuk mencakar muka datuk. Sebelum bergerak ke arah datuk. Ia membuka silat dan menyembah ke arah matahari.

Melihat keadaan yang agak cemas itu, saya terus melompat ke tanah untuk menyelamatkan diri. Saya mula menggigil ketakutan. Sesungguhnya, saya sendiri tidak sedar bagaimana saya boleh terjun dari rumah yang mempunyai tujuh anak tangga. Air kopi yang saya minum mdi terasa mahu keluar menerusi kemaluan saya.

Anehnya, dalam rasa takut itu timbul pula rasa berani dalam diri saya. Rasa ingin mengetahui apa yang terjadi mendorong saya berlindung di balik pohon bunga raya. Saya mengintai keadaan dalam rumah. Semuanya dapat saya ithat dengan jelas.

Malik Cina cuba memeluk tubuh anaknya. Tetapi, ia ditolak hingga terlentang. Isterinya cuba memegang tangan anaknya, ia juga ditendang hingga tersandar ke dinding. Anak Malik Cina terus menjerit, rambutnya yang terurai menutup ebahagian dan wajahnya. Ia melangkah ke arah datuk.

Datuk masih lagi duduk di tempatnya. Tiba-tiba datuk menepuk lantai dengan sekuat hati. Anak Malik Cina bagaikan terpaku di lantai. Tidak terdaya melangkah ke mana-mana. Tegak bagaikan patung. Datuk terus bangun melafazkan azan dengan suara yang amat lantang sekali. Seluruh penduduk kampung jadi gempar. Mereka dikejutkan dengan suara azan waktu pagi yang bening.

Selesai datuk melafazkan azan. Datuk membaca ayat Kursi dengan kuat sekali. Belum pernah datuk membaca ayat Kursi selantang itu. Bila pembacaan ayat suci itu berakhir, anak perempuan Malik Cina jatuh berdentum di lantai. Terkapar bagaikan mayat.

“Jangan sentuh tubuhnya.”

Suara datuk meninggi. Isteri Malik Cina tidak jadi menyentuh tubuh anaknya. Dari kerutan wajahnya, ternyata perempuan yang berusia hampir lima puluh tahun itu, kurang senang dengan perintah datuk.
Perempuan itu terus dipeluk rasa resah dan gelisah. Sesekali, ia meraba kelopak matanya yang terasa berair. Hatinya terasa amat sayu. Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Lebih lebih lagi melihat keadaan anak yang terlantar dengan keadaan pakaian yang tidak senonoh.

“Boleh saya selimutkan tubuhnya dengan kain, saya malu kalau ada orang yang datang dan nampak anak saya dalam keadaan begini,” rayu Malik Cina.

“Jangan, jangan disentuh dan jangan rapat dengannya.”

“Habis, awak mahu seksa anak saya begini,” jerit isteri Malik Cina.

“Kalau awak mahu saya selesaikan semuanya, ikut sahaja cakap saya, kalau awak tak setuju, saya tak marah,” datuk renung muka Malik Cina.

SEPI

Suasana dalam rumah menyepi. Deru angin yang melanggar dedaun dan reranting jelas kedengaran. Malik Cina dan isterinya saling berpandangan. Datuk terus meraba-raba pangkal telinganya macam ada sesuatu yang didengarnya.

“Kami mahu awak meneruskan hingga berjaya,” Malik Cina membuat keputusan. Isterinya terus membatu. Biji matanya terus menjilat batang tubuh anaknya yang terkapar.

Melihat keadaan dalam rumah sudah tenteram. Saya keluar dari tempat persembunyian. Naik ke rumah dan duduk dekat datuk.

“Kamu ke mana tadi Tamar?”

“Saya lari, saya takut.”

“Memanglah kamu ni pengecut,” suara datuk serak. Ia telan air liur. Saya tersengih, tebal rasa kulit muka, bila disoal begitu di depan Malik Cina dan isterinya. Bagi menutup rasa malu itu, saya cuba tersenyum pada Malik Cina. Malangnya senyuman yang saya berikan tidak dibalas.

“Kali ni, kamu jangan lari ke mana-mana walau apapun yang terjadi kau duduk di situ, hadap semua yang datang,” datuk mengeluarkan perintah. Wajahnya nampak serius. Sepasang tangannya terus memeluk tubuhnya kejap-kejap. Mata datuk tertumpu ke arah permukaan tikar mengkuang yang terbentang. Kedua belah pipinya kelihatan kembung dan daun telinganya nampak tegak, macam telinga arnab.

Datuk angkat punggungnya perlahan-lahan. Kedua belah tangannya dibuka. Udara yang ada dalam mulutnya dihembuskan. Kedua belah pipinya yang kembung terus jadi kempis. Datuk meluruskan tubuhnya macam batang kayu.

Saya perhatikan gerak-geri datuk dengan teliti. Di luar rumah, sinar matahari kian garang. Beberapa orang kampung yang terdengar jeritan anak Malik Cina segera menghampiri rumah. Kerana tidak ada sesiapa pun yang mempelawa mereka, mereka terus berdiri di hujung halaman rumah sambil memanjangkan leher. Mereka ingin mengetahui apa yang terjadi dalam rumah.

Rupanya, kedatangan orang-orang kampung itu, tidak menyenangkan hati Malik Cina. Ia minta kebenaran pada datuk untuk menutupkan pintu dan tingkap. Permintaannya tidak diperkenankan oleh datuk.

“Jangan pedulikan mereka, kau pergi carikan mayang pinang dan cendawan batang,” kata datuk pada Malik Cina.

“Kamu pula carikan aku kain putih dan bunga cengkih,” datuk renung muka isteri Malik Cina. Tanpa bersuara sepatah apa pun, pasangan suami isteri itu turun dan rumah.

Datuk meraba pangkal telinga kiri dengan tangan kanannya. Ia melangkah dua tapak ke depan. Urat-urat di batang lehernya narnpak menonjol. Datuk memusingkan badannya ke kanan dengan kaki kanannya terangkat dan badannya dibengkokkan sedikit. Kedua belah tangannya kelihatan bergerak lembut, macam mengikut irama muzik.

Sekali pandang, gerakan yang datuk lakukan itu macam orang mahu memulakan Tarian Inang Pulau Kampai. Saya terasa geli hati.

“Kamu tunggu budak perempuan ni,” suara datuk keras serentak dengan itu ia menghentakkan kakinya ke lantai rumah. Saya terpinga-pinga. Amat berat rasanya untuk memenuhi permintaannya.

Belum pun sempat saya menyampaikan bantahan pada nya. Datuk sudah meninggalkan saya sendirian. Ia melangkah tenang menuju ke halaman rumah dalam sinar matahari yan keras. Bayang tubuh datuk nampak memanjang di tanah.

Bila datuk hampir ke hujung halaman tempat orang-orang kampung berdiri, datuk pusingkan lehernya ke kanan. Tiba-tiba, orang-orang yang berdiri di situ lari lintang-pukang tidak tentu arah, macam terpandangkan sesuatu yang amat menakutkan.

“Datuk.”

Pekik saya sekuat hati. Datuk segera melihat ke arah saya. Ya Allah, wajah datuk berubah, jadi macam muka hanimau yang amat menakutkan. Badan saya menggeletar dan kepala lutut saya terasa amat lemah sekali. Saya berdoa dalam saat saat demikian, supaya datuk jangan datang ke rumah.

Doa saya diperkenankan oleh Allah, datuk tidak memandang ke arah saya. Ia meneruskan perjalanannya dalam panas terik membelah hutan kecil di hujung halaman. Orang-orang yang lari tadi menyampaikan berita pada kawan-kawan tentang keanehan yang terjadi pada datuk. Seluruh kampung jadi gempar.

Tidak sampai satu jam, cerita manusia berkepala harimau hauskan darah merebak ke seluruh kampung. Halaman rumah dan kaki tangga rumah Malik Cina mula dikerumuni oleh orang-orang kampung, mereka membawa parang, lembing serta senapang kampung berlaras satu. Mereka mahu menangkap manusia berkepala harimau.

“Eh, budak! Mana dia Malik Cina?” Salah seorang dari orang yang berada di kaki tangga mengajukan pertanyaan pada saya.

“Dia keluar cari ubat anaknya,” jawab saya.

“Bininya ke mana?”

“Cari ubat juga.”

“Orang tua yang baru datang tu ke mana perginya?”

“Keluar.”

“Sudah sahlah, rumah ni jadi punca manusia kepala harimau,” suara orang di kaki tangga kian meninggi. Saya jadi tidak tentu arah. Macam-macam yang saya fikirkan. Saya renung anak Malik Cina yang terbujur. Saya renung muka orang-orang kampung di halaman. Semuanya masam, tidak memperlihatkan rasa persahabatan.

Saya yakin, kalau orang-orang naik ke rumah dan menjentik hidung saya. Tentu saya mati kelemasan, jumlah mereka bukan sedikit. Inilah, saat yang paling genting dalam hidup saya. Pada siapa mahu saya sampaikan rasa cemas dan takut ini?

TAKUT

Rasa cemas dan takut yang menguasai diri saya terus berakhir. Malik Cina dan isterinya muncul di depan saya. Mereka masuk ke rumah menerusi pintu dapur. Semua barang-barang yang diingini oleh datuk mereka adakan. Mereka juga terkejut melihat orang berkumpul di kaki tangga dan di halaman rumah.

“Eh Malik ke mana orang tua itu kamu sembunyikan, dia bawa bencana,” tanya seorang penduduk pada Malik Cina.

“Aku tak sembunyikan dia, masa aku keluar rumah tadi, dia ada di sini?” tingkah Malik Cina.

“Kau tahu tak apa yang sudah terjadi?”

“Aku tak tahu.”

“Kami mahu tangkap dia, kalau dibiarkan seluruh kampung jadi huru-bara, dia tu bukan manusia, aku tengok badannya sahaja serupa kita tetapi, kepalanya tak serupa kita, dia berkepalakan harimau,” sambung orang itu bersungguh-sungguh. Air liurnya bersembur.

Malik Cina dan isterinya berpandangan sama sendiri, Orang yang berkumpul terus membisu. Seluruh wajah mereka kelihatan cemas. Tetapi, biji mata mereka tertumpu ke arah saya. Mereka bagaikan mahu mematahkan seluruh tulang temulang di anggota tubuh saya.

“Kamu cari aku, aku datang,” saya terdengar suara datuk dari arah belakang kumpulan orang kampung. Semu orang yang berkumpul kelihatan terkejut. Beberapa orang dari mereka terus merendahkan badan dan menyusup di bawah rumah, kemudian terus menghilangkan diri. Saya kembali bersemangat. Muka orang yang berdiri di halaman, saya renung satu-persatu.

Saya lihat datuk melangkah dengan gagahnya sambil membibit baldi yang berisi air. Dua orang cuba menghalang perjalanan datuk. Tetapi, usaha mereka gagal. Bila datuk berdehem, kedua-dua orang yang menahan datuk itu terus terjatuh, seolah-olah tulang kaki mereka tidak berguna sama sekali.

Anehnya, bila datuk meninggalkan mereka dalam jarak sepuluh langkah, mereka dapat bangun kembali, Tetapi, mereka terlupa dengan apa yang mereka alami. Datuk terus merempuh barisan orang ramai itu. Bila sampai di kaki tangga, datuk terus berdiri di situ. Baldi yang berisi air diletakkan di sebelah kanannya.

Saya berharap datuk tidak akan bertindak yang boleh menimbulkan seribu ketegangan dan haru-biru. Isteri Malik Cina terus menangis tersedu-sedu.

“Apa yang kamu mahu?” Tanya datuk pada orang ramai.

“Kamu tukang sihir dan kami mahu menghukum kamu,” jawab seorang lelaki. Badannya cukup tegak. Besar dan nampak gagah.

“Kenapa kamu cakap macam tu?” Soal datuk lagi.

“Tadi, kami nampak kepala kamu bertukar jadi kepala harimau.”

“Itu tandanya kamu tidak ikhlas, kamu mahu menganiayakan aku, kalau kamu jujur, kamu tak nampak semuanya itu.”

“Kamu berdalih.”

“Siapa yang berdalih, kamu atau aku cakap dengan jujur?” pekik datuk lalu menghentakkan kakinya ke mata anak tangga.

Orang itu terdiam. Mulutnya bagaikan terkunci. Datuk membaca sesuatu sambil melipatkan ibu jari kanannya dan jari kelengkengnya menekan ibu jari tersebut. Saya tahu, selagi datuk tidak menegakkan ibu jarinya, orang itu tidak kan boleh berkata-kata walau sepatah pun.

“Cakap dengan jujur,” ujar datuk. Ibu jari dan jari kelengkengnya ditegakkan. Muka orang itu berpeluh. Nafasnya jadi sesak. Tempurung lututnya menggeletar.

“Ya, saya mengaku, saya mahu menggunakan ilmu sihir saya yang boleh melumpuhkan seluruh badan awak,” orang itu memberikan pengakuan. Datuk tersenyum.

“Sekarang kamu dah mengaku, apa yang kamu mahu dari aku, kamu mahu bersahabat atau untuk menjadi lawan,” datuk renung muka orang itu.

“Aku mahu bersahabat.”

“Kalau mahu bersahabat, pulanglah ke rumah. Aku tahu, kamu tak suka orang mengubat anak Malik Cina, kau suka perempuan itu menjerit dan koyak kain, kemudian kau tumpangkan ilmu salah kamu. Aku tahu, kamu yang suruh orang-orang mengerumuni anak Malik Cina. Betul atau tidak?”

“Betul.”

“Kenapa kamu buat macam tu.”

“Saya sebenarnya sedang menuntut ilmu terlentang ke langit anak Malik Cma yang sakit ini mahu saya jadikan ujian.”

“Sudahlah, berhentikan perbuatan itu. Pulanglah ke rumah dan bertaubat, biar aku uruskan anak Malik Cina,” suara datuk keras.

Orang itu tundukkan kepalanya. Tanpa mengucapkan sesuatu ia meninggalkan rumah Malik Cina. Kawan kawannya yang lain menurut jejak langkahnya. Datuk menyorot langkah mereka hingga keluar dari kawasan halaman rumah Malik Cina.

Datuk terus duduk dekat anak Malik Cina. Ia minta barang,, barang yang dipesan dari Malik Cina isterinya. Semua barang-barang itu dimasukkan ke dalam baldi yang berisi air kecuali kain putih.

“Ikatkan kain putih itu pada buku lali anak kamu,” kata datuk pada isteri Malik Cina. Perintah itu segera dipatuhi.

“Ini usaha terakhir, aku hanya menjalankan ikhtiar. Allah yang akan menentukan untuk menyembuhkan penyakit atau sebaliknya. Cara ini tidak sesuai dengan perubatan moden tetapi inilah ikhtiar yang terdaya aku lakukan,” sambung datuk lagi dengan tenang.

Datuk tarik baldi ke depannya. Ia memperkemaskan silanya. Kedua belah lengan bajunya dilipat separas siku. Datuk terus membaca Al-Fatihah seribu kali. Bila sudah selesai, datuk berdiri di muka pintu.

Datuk melihat matahari yang memancar garang dengan wajah yang tenang dan penuh keyakinan. Mulutnya telap bergerak. Entah apa yang dibacanya, saya sendiri pun tidak tahu.

“Sekarang usung anak kamu ke tengah laman rumah, biarkan ia di situ,” beritahu datuk pada Malik Cina. Anak perempuan Malik Cina segera diusung. Saya hanya memegang bahagian buah betis dengan perasaan bimbang. Saya takut, ketika diusung nanti, anak perempuan Malik Cina tersedar dari pengsan dan terus menendang saya.

Syukur, apa yang saya bimbangkan tidak berlaku. Anak Malik Cina diletakkan di tengah halaman dalam sinaran matahari yang amat garang. Datuk terus membimbit baldi ke halaman rumah. Tanpa menegur Malik Cina dan saya, datuk terus menjiruskan air dalam baldi ke tubuh anak Malik Cina.

Anak Malik Cina tersedar dari pengsan. Saya merasa terkejut air yang membasahi tubuhnya kering dengan serta-merta. Kain dan baju terus kering.

“Pergi ambil kain, balutkan tubuhnya, ia sejuk tu,” datuk menujukan kata-kata itu untuk isteri Malik Cina. Isteri Malik Cina masuk ke rumah dan keluar dengan sehelai batik jawa. Tubuh anaknya segera dibalutkan dengan kain tersebut.

“Bangun nak,” kata datuk. Anak Malik Cina terus bangun. Ia duduk mencangkung. Matanya merenung ke arah datuk. Cahaya matanya cukup lembut.

“Kenapa saya ni,” tanyanya tersipu-sipu.

“Kau tak ada apa-apa, baliklah ke rumah.”

“Ya saya nak balik.”

MANDI

Anak Malik Cina terus menuju ke rumah. Kami mengekorinya dengan hati-hati. Sampai di rumah, anak Malik Cina terus mandi, kerana keadaannya agak lemah. Datuk menyuruh isteri Malik Cina mendampinginya. Anak Malik Cina terus menghias diri. Sikat rambut dengan rapi serta menaruh bedak ke pipi. Ia mula menyebut nama suaminya berkali.

“Kamu layan karenahnya, jangan dimarah, sebaiknya kau beri hatinya gembira hingga ia percaya pada diri sendiri. Dalam tempoh dua tiga hari ni, ia akan menghadapi tekanan perasaan yang hebat, susah untuknya membuang kebiasaan yang dialami masa ia sakit dulu,” datuk mengingatkan Malik Cina. Malik Cina anggukkan kepala.

“Aku terpaksa duduk di rumah kamu dua hari lagi, bila anak kamu sudah sihat dan pulih, aku pergi,” datuk renung muka Malik Cina.

“Itulah yang aku harapkan,” Malik Cina keriangan. Tetapi saya kurang senang mendengar kata-kata itu. Duduk di rumah memang membosankan. Apakan daya, kata-kata datuk tidak boleh dibantah.

Selama tiga hari berikutnya, datuk terus berikhtiar memulihkan sisa sakit yang dideritai oleh anak Malik Cina. Setiap pagi dan petang anak Malik Cina disuruh minum segelas air sejuk yang sudah dibacakan dengan Bismilah seratus kali. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

77. Akibat Malukan Orang

AKHIRNYA, anak Malik Cina terus pulih seperti sedia kala. Malik Cina terus menghubungi menantunya tentang keadaan isterinya yang sudah baik.

Tempoh yang dijanjikan sudah cukup. Saya dan datuk pun bersedia untuk meninggalkan rumah Malik Cina. Isterinya menangis melihat saya dan datuk berdiri di ambang pintu untuk melangkah pulang.

“Bagaimana,kalau saya hantarkan,” Malik Cina kemukakan cadangan. Datuk kerutkan dahi. Merenung ke kiri dan ke kanan halaman dengan wajah yang tenang.

“Tak payah, biar kami balik sendiri.”

“Bagaimana dengan kerja yang lalu, berapa upah dan pengerasnya.”

“Apa yang Allah kurniakan pada aku, adalah untuk kebaikan bagi menolong sesama manusia. Aku bukan mencari makan dengan kerja-kerja begini.”

“Maksudnya?”

“Tak ada apa-apa bayaran.”

Malik Cina termenung panjang. Saya terus mengikat tali kasut. Tiupan angin terasa memukul dedaun telinga dan pipi saya.

“Boleh saya tahu, siapa yang membuat anak saya jadi begini,” cara mendadak isteri Malik Cina mengajukan pertanyaan. Malik Cina kelihatan resah tidak keruan.

“Kenapa kamu tanya siapa yang membuatnya?”

“Saya nak balas dendam, kalau boleh saya minta awak buat kerja tu, kalau upahnya satu ekar tanah pun, saya sanggup mengadakannya.”

Membalas dendam dan ambil upah untuk merosakkan hidup orang lain itu bukan kerja saya,” suara datuk meninggi wajahnya nampak masam. Datuk terus menggenggam penumbuk.

“Malik,” pekik datuk dengan wajah yang marah.

“Ya, kenapa?”

“Banyakkan bersedekah pada anak-anak yatim dan orang susah, selalulah baca Yasin setiap malam Jumaat, pohon doa, pada Allah minta jauhkan dari segala bala.”

“Ya saya faham, saya nak tahu benarkah sakit anak saya dari buatan orang,” Malik Cma mengajukan pertanyaan.

“Itu aku tak tahu tetapi, aku rasa apa yang kau alami sekarang merupakan pembalasan dan Allah.”

“Ah, saya rasa, sepanjang hidup saya ni, says tak permah menganiayakan orang, saya tak pernah buat orang susah.”

“Kau tak boleh cakap begitu, mungkin masa muda kamu dulu kamu pernah menipu atau memberi malu pada seseorang,” datuk menarik nafas panjang. Isteri Malik Cina yang berdiam segera membenamkan pacak sanggul lintang pada sanggul yang seketul atas kepala.

“Itu saja yang nak saya katakan pada kamu berdua, terpulanglah pada kamu berdua memikirkannya sama ada kamu berdua nak ikut atau percaya dengan cakap aku,” selesai sahaja datuk berkata-kata. Ia terus menggeliat. Tangan saya ditariknya untuk menuruni anak-anak tangga yang dibuat dari kayu cengal.

Bila sahaja tapak kaki datuk memijak mata tangga terakhir. Malik Cina, menyebut nama datuk. Mereka berpandangan. Sinar mata Malik Cina redup tertampar ke wajah datuk.

“Ada apa lagi Malik?”

“Barangkali cakap kamu benar.”

“Maksud kamu.”

Malik Cina terdiam. Pandangannya dialihkan ke arah dinding rumah. Anak perempuannya yang datang cara mendadak di sisinya, renung muka saya, kemudian melangkah dengan tenang.

“Katakan apa saja Malik, aku bersedia mendengarnya,” pohon datuk. Malik Cina turun menghampiri datuk. Bahu datuk dipegangnya. Dadanya nampak berombak. Wajahnya juga kelihatan rasa tidak menentu.

Malik Cina memaksa datuk duduk di mata tangga terakhir. Saya berdiri dekat mereka. lsterinya mungkin tidak mahu campur dalam urusan datuk dan Malik Cina, segera menuruti jejak langkah anaknya menuju ke ruang belakang.

“Kau betul dalam hal ini, dulu aku meminang seorang perempuan, bila sampai waktu mahu menikah, aku tidak pergi ke rumahnya pada hal kedua orang tua gadis itu, sudah pun memanggil orang kampung, kaum kerabatnya sudah berkumpul,” Malik Cina membuka rahsia dirinya.

“Kenapa kamu buat macam tu Malik?”

“Saya cara mendadak tak sukakan dia, saya dah jatuh hati dengan isteri saya sekarang.”

“Lepas tu apa yang kau buat, kau tak minta maaf.”

“Tidak, saya takut pada keluarga perempuan tersebut, kalau saya pergi, tentu saya menerima padah yang buruk, saya buat tak tahu dan nikah dengan bini saya sekarang.”

LEMBUT

Cerita dari Malik Cina itu, membuat datuk menarik nafas panjang. Rasa kecewanya terhadap perangainya Malik Cina terbayang di wajahnya. Angin yang bertiup lembut terus menyentuh wajah saya dan datuk.

“Aku pernah dengar cerita macam tu, tapi aku tak menduga kau yang melakukannya,” kata datuk.

“Dari siapa dengar cerita tu?” Soal Malik Cina.

“Aku tak ingat dari siapa?” Jawab datuk dan terus bangun. Sarungkan kasut capal bertali dua ke kaki. Datuk melangkah dua tapak ke depan.

Datuk berhenti melangkah. Pusingkan badan dan berdiri berdepan dengan Malik Cina yang masih duduk di mata anak tangga terakhir. Bahagian tepi rambut Malik Cina nampak bergerak-gerak disentuh angin.

“Kalau dulu, kau pernah memalukan orang lain, sekarang kau sendiri merasakan balasannya. Ingat, kalau kita pernah menganiayakan orang satu hari kelak kita akan menerima padahnya, kalau tidak pada kita, mungkin pada anak cucu kita,” jelas datuk dengan tenang. Malik Cina segera berdiri. Biji mata datuk ditentangnya.

“Saya sedar dan faham semuanya,” balas Malik Cina lembut.

“Ingat mulai hari ini, bersibkan hatimu, jangan menganiayakan orang, jangan menjatuhkan maruah orang, buatlah baik sesama insan.”

“Ya saya berjanji.”

“Aku doakan kamu bahagia,” tenang sekali datuk bersuara.

Datuk bersalam dengan Malik Cina. Cepat-cepat Malik Cina memeluk tubuh datuk. Mereka berdakapan penuh mesra.

Saya hanya memerhatikan sahaja gerak-geri datuk dan Malik Cina.

“Biar saya hantar awak ke pekan Sungai Siput,” Malik Cina mengemukakan cadangan. Datuk segera menjatuhkan sepasang tangannya yang merangkum tubuh Malik Cina.

“Tak payah, biarlah kami berjalan kaki.”

“Kenapa pula? Naik kereta lagi bagus.”

“Terima kasih Malik, biar kami berjalan.”

Malik Cina garu hujung dagunya berkali-kali. Hatinya tidak berapa seronok mendengar alasan yang dikemukakan oleh datuk. Dua kali tawarannya ditolak oleh datuk.

“Terkilan rasa hati saya, datang dijemput, bila balik jalan kaki,” Malik Cina meluahkan rasa hatinya.

“Tak apalah ini permintaan tuan punya dir, kenapa kamu nak susah hati.”

“Saya tahu, tapi kurang seronok.”

“Tak apalah, aku cakap ikhlas,” jelas datuk.

Datuk menarik tangan saya untuk memulakan langkah.

Tiba-tiba isteri Malik Cina meluru ke arah kami. Di tangannya terselit sampul surat panjang berwarna kekuningan. Isteri Malik Cina hulurkan sampul surat itu pada datuk.

“Apa bendanya ni?” Datuk agak terkejut.

“Duit, ada dua ratus ringgit untuk upah mengubati anak saya,” jelas isteri Malik Cina. Datuk tergamam. Sampul surat di tangan isteri Malik ditepisnya. Wang bertaburan atas tanah.

Muka datuk serta-merta menjadi marah. Nafasnya tercunggap-cunggap. Badannya menggeletar menahan rasa marah. Muka isteri Malik Cina jadi pucat.

“Malik,” jerit datuk sekuat hati. Malik Cina segera menghampirinya. Wajah isteri Malik Cina yang pucat segera bertukar menjadi kemerah-merahan. Wang yang bertaburan atas tanah dikutipnya sehelai demi sehelai dan disumbat ke mulut sampul surat.

“Bukankah sudah aku katakan, aku bukan mencari rezeki dengan mengubati orang, aku sekadar berusaha yang menentukannya Allah, mengapa perkara yang aku benci ini kamu lakukan pada aku? Apa kamu mahu menguji aku,” datuk meledakkan apa yang ada dalam hatinya.

“Maafkan saya, saya terlupa beritahu bini saya, dia tak tahu, tak terniat untuk menguji awak,” sahut Malik Cina.

Mukanya nampak cemas.

Datuk termenung. Perlahan-lahan ia menatap wajah isteri Malik Cina yang keadaannya tidak tentu arah.

“Maafkan aku, aku tak berniat nak menjatuhkan air muka kamu, maafkan aku,” nada suara datuk dibalut rasa kesal yang memanjang. Datuk terus beristighfar beberapa kali.

“Maafkan aku,” ulang datuk.

“Saya maafkan,” balas isteri Malik Cina. Datuk gembira mendengar kata-kata yang diluahkan oleh isteri Malik Cina. Dan Malik Cina pula berkali-kali minta maaf pada datuk kerana kesalahannya tidak memberitahu isterinya, tentang pantang larang yang diamalkan datuk.

“Wang itu kau sedekah pada anak-anak yatim, pada fakir miskin atau hadiahkan pada masjid, barangkali dengan wang itu dapat digunakan untuk membaiki mana-mana bahagian masjid yang rosak,” dalam nada yang lembut datuk menyatakan pada Malik Cina dan isterinya. Mereka anggukkan kepala.

“Aku nak pesan pada kamu supaya mengamalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali, di antara sembahyang sunat Subuh dengan fardhu Subuh,” beritahu datuk pada Malik Cina.

“Apa faedahnya mengamalkannya?” Soal Malik Cina tidak sabar.

“Kalau orang itu makan gaji, mudah naik pangkat.”

“Lagi.”

“Kalau ia miskin akan jadi kaya, ada saja rezeki yang halal diberikan Allah untuknya.”

“Lagi?”

“Kalau ia banyak hutang, ada saja jalan diberikan Allah untuknya menyelesaikan hutang.”

Malik Cina renung muka isterinya yang khusyuk mendengar penerangan dan datuk. Saya hanya diam tetapi, apa yang saya dengar tetap saya sematkan dalam hati, Memang tidak mudah datuk mahu memberikan amalan pada seseorang. Entah apa mimpinya ia mahu memberikan pada Malik Cina.

“Lagi apa faedahnya amalan itu,” Malik Cina mencungkil rahsia.

“Kalau seseorang itu sakit dan amalkan membaca, dengan izin Allah sakitnya akan sembuh,” jelas datuk.

“Lagi?”

“Jika ia lemah, akan dikuatkan oieh Allah.”

“Lagi.”

“Jika orang itu berdagang atau merantau di negeri orang. Ia tetap dihormati dan dimuliakan, cita-citanya sampai dan orang itu tidak akan dimusuhi oleh sesiapa,” datuk terbatuk.

“Banyak faedahnya,” kata isteri Malik Cina.

“Ya, dengan syarat diamalkan, tidak meninggalkan sembahyang lima waktu, nampaknya mudah tetapi jarang orang dapat mengamalkannya dengan sempurna,” datuk meraba angkal dagu. Ia renung muka saya, memberi isyarat untuk memulakan perjalanan.

“Tapi, kamu sekeluarga harus mengamalkannya, terutama anak kamu, supaya sakitnya tidak berulang lagi,” datuk mengingatkan Malik Cina dan isteri.

Datuk bersalaman dengan Malik Cina. Kemudian saya pula bersalaman, Saya rasakan genggaman Malik Cina cukup erat, seolah-olah tidak mahu melepaskan saya pulang.

“Selamat jalan, semoga kamu dengan cucu selamat sampai ke tempat yang dituju,” ujar Malik Cina pada datuk.

“Semoga Allah memberkati dan menyelamatkan keluarga kamu dari sebarang bencana,” jawab datuk. Malik Cina tunduk tetapi, di kelopak mata isterinya tergenang air jernih.

Saya renung ke arah rumah Malik Cina. Saya lihat anaknya berdiri di muka pintu merenung ke arah saya. Memang, anak perempuan Malik cantik sungguh. Secara diam-diam saya tertarik dengan kecantikannya. Kalau saya disuruh menatap wajahnya selama dua tiga jam, saya sanggup melakukannya.

“Eh tengok apa tu, kamu tahu dia bini orang,” terdengar suara datuk memukul gegendang telinga saya.

Cepat saya menoleh ke kanan, Malik Cina tersenyum ke arah saya. Toleh ke kiri isteri Malik Cina juga tersenyum. Saya terasa malu dan untuk menghilangkan nasa malu itu, saya terus melangkah dengan cepat mendahului langkah datuk.

“Cucu awak dah besar, dah ada perasaan pada perempuan,” saya terdengar suara Malik Cina. Kata-kata itu menyindir diri saya. Saya terdengar ketawa datuk pendek. Ketawa itu juga saya rasakan menyindir diri saya. Menyesal saya renung ke rumah Malik Cina. Kalau saya renung tadi, tentu saya tidak diketawakan dan jadi bahan bualan mereka. Batin saya terus merungut, penuh nasa kesal.

LANGKAH

Saya terus melangkah. Saya tidak peduli sama ada datuk mengikuti saya dari belakang atau tidak. Soal yang penting bagi saya ialah tidak mahu pandang muka Malik Cina dan isterinya. Tidak mahu dengar suara mereka. Semuanya menyakitkan hati. Saya terus melangkah.

Bila sampai dekat pokok besar. Datuk terus memegang bahu saya. Ia menyuruh saya jalan bersaing dengannya. Tidak kuasa saya melihat wajahnya. Saya masih terasa malu kerana rahsia diri saya sudah diketahuinya. Saya berdoa semoga datuk tidak menimbulkan perkara itu pada saya. Sesungguhnya, saya tidak rela malu untuk kali kedua pada datuk. Hati saya terasa lega. Datuk tidak menimbulkan perkara tersebut. Kami terus melangkah seiring di bawah hembusan bayu yang datang dari arah sebuah bukit yang letaknya di pinggir Kampung Bahagia.

Kicau burung yang menyanyi di pepohon kiri kanan jalan amat menyeronokkan. Matahari pagi yang berada di paras pucuk kelapa dara bersinar lembut. Kabus nipis kelihatan bangkit perlahan-lahan di puncak banjaran Titiwangsa. Bayu pun menggerakkan dedaun menghijau.

Indahnya alam ciptaan Allah. Kata nenek, kalau kita mengkagumi keindahan alam ciptaan Allah, kita harus bersyukur dan memuji-Nya. Kemudian bandingkan betapa kerdilnya diri kita dalam keindahan alam itu.

Nenek juga berkata, orang-orang yang tinggal di kawasan alam semulajadi. Selalunya hidup aman dan panjang umur, Sentiasa tenang. Sebabnya mereka jadi demikian, kerana mereka selalu bersyukur pada Allah secara tidak langsung mereka mendekati diri dengan-Nya. Dan orang-orang yang selalu mendampingi dirinya dengan Allah, selalu merasa hahagia meskipun pada lahirnya mereka nampak susah dan sukar.

Kekayaan dan pangkat serta penghormatan tidak bererti, kalau batin manusia yang mewah itu tidak tenteram. Sebabnya kebahagiaan tidak terletak pada kekayaan. Kebahagiaan terletak pada had. Bila hati tenteram, jiwa pun bersih dan wajah pun berseri.

Itu pendapat nenek yang tidak pernah ke sekolah. Susah juga untuk saya mempercayainya tetapi, kata nenek lagi, bila saya bertambah tua dan sudah mengalami rempah-ratus kehidupan, barulah saya tahu, apakah cakapnya itu benar atau tidak. Macam-macam yang datang dalam kepala saya.

Tiba-tiba saya dan datuk sudah pun sampai ke bibir jalan raya Ipoh - Kuala Kangsar. Saya duduk di batu tepi jalan sambil mengusik-ngusik rumput semalu. Rumput yang kembang segar itu akan terus mengecut bila saya usik dengan hujung sepatu.

Datuk terus merenung ke arah kenderaan yang lalu lalang di jalan raya. Saya terus resah. Sudah berada di tepi jalan raya, datuk masih belum beritahu saya ke mana harus pergi? Ini yang susahnya mengikut datuk. Ia tidak mempunyai rancangan yang tertentu.

Saya segera mendekati datuk. Ia tersenyum sumbing memandang ke arah saya. Ia bagaikan tahu dengan apa yang bergolak dalam diri saya.

“Kita ni nak ke mana tuk?”

“Ke Bakap, dekat Batu Gajah.”

“Bukan nak pergi ke pekan Sungai Siput?”

“Kamu berjalan ikut aku, apa yang aku buat kamu ikut saja jangan banyak cakap. Belum apa apa dah nak mengajar orang tua.”

Perasaan saya tersentap mendengar kata-kata datuk itu. Ditanya jawapannya kena marah. Tidak ditanya hati resah. Memang serba salah jadi cucu pada datuk yang selalu beranggapan yang cucunya tudak pandai dan mesti patuh dengan cakapnya.

Datuk menahan bas yang mahu ke Ipoh. Saya disuruh naik dulu. Saya memilih tempat di bahagian belakang. Tetapi datuk tidak setuju dengan tempat yang saya pilih itu. Ia suruh saya pilih tempat duduk yang berhampiran dengan pemandu.

“Jangan biasakan bila naik bas duduk di belakang.”

“Kenapa tuk?”

“Tak bagus, kalau ada kejadian yang tak diingini kita susah bertindak, sebaik-baiknya pilih di bahagian tengah.”

“Sebabnya tuk?”

“Kalau diserang komunis dari depan kita dapat bersedia begitu juga kalau diserang dari arah belakang.”

“Tapi, kita duduk di bahagian depan sekarang tuk?”

“Tak apa kerana aku rasa perjalanan kali ini selamat.”

Saya diam. Tidak kuasa mengajukan sebarang pertanyaaan padanya. Bas terus meluncur. Saya terus terlelap. Saya terkejut bila bas berhenti dengan tiba-tiba. Saya gosok kedua belah mata dan renung kiri dan kanan. Apa yang saya lihat ialah kebun getah yang subur.

“Kita ni di mana tuk?”

“Kita baru meninggalkan Pekan Chemur.”

“Kenapa has ni berhenti di tengah hutan tuk.”

“Kamu tengok tu,” datuk meluruskan telunjuknya ke arah belukar kecil di kiri bas.

Saya terkejut, saya lihat lebih dari dua puluh orang lelaki memakai baju seragam dengan topi leper berbucu lima. Di tangan mereka lengkap dengan senjata api.

“Itu askar tuk,” kata saya.

“Bukan, itu komunis,” sebaik sahaja datuk mengakhiri kata-katanya. Tiga orang anggota komunis naik ke bas. Seorang berdiri di tangga bas. Seorang berdiri di bahagian tengah. Dan seorang di bahagian belakang bas.

Saya amati, yang berdiri di tangga bas. Orang India. Di tengah bas, orang Cina dan di bahagian belakang orang Melayu. Saya kira yang berdiri di tengah adalah ketua mereka. Manakala di luar bas kelihatan lebih dari dua puluh anggota komunis duduk dalam belukar. Mereka menghalakan muncung senapang ke arah bas.

Penumpang bas yang sebahagian besarnya terdiri dari orang Melayu dan Cina serta beberapa orang India kelihatan cemas. Pemandu bas diarahkan turun oleh komunis berbangsa India. Wang yang ada pada penjual tiket bas dirampas oleh komunis berbangsa Cina. Penjual tiket juga disuruh turun.

“Sekarang, semua orang bangun, letakkan duit, jam tangan, emas dan apa yang kamu bawa dekat pintu has, kalau kamu membantah kami tembak. Keluar satu-satu,” perintah komunis Melayu yang berada di bahagian belakang bas.

Semua penumpang bas patuh. Semua barang yang mereka bawa diserahkan pada pihak komunis. Bila sudah turun dari bas. Kami disuruh berbaris. Seorang anggota komunis melakukan pemeriksaan pada diri penumpang. Semua kad pengenalan bas dirampas dan dikumpulkan di tanah lapang untuk dibakar.

Dua orang pemuda Melayu dihentak oleh anggota komunis dengan buntut senapang. Sebabnya, kedua pemuda Melayu itu tidak mahu menyerahkan rantai leher yang dipakai. Saya lihat pemuda Melayu itu jatuh terlentang dan mulut mereka berlumuran darah.

Datuk hanya melihat peristiwa itu dengan tenang. Dahinya nampak berpeluh dipanah sinar matahari yang garang. Saya kira ketika itu, lebih kurang pukul sebelas pagi.

“Ingat siapa tak mahu dengar cakap kami inilah padahnya,” kata anggota komunis berbangsa Melayu. Anggota komunis bangsa India dan Cina menegakkan ibu jarinya memuji tindakan anggota komunis bangsa Melayu itu.

“Ini hari gua kasi power sama lu, lu boleh bikin apa saja,” kata anggota komunis Cina (ketua) pada anggota komunis bangsa Melayu. Sedangkan anggota komunis bangsa India ketawa. Matanya merenung tajam pada gadis India berkulit cerah. Berusia sekitar 18 tahun.

Gadis India yang memakai sari itu nampak gelisah. Berkali-kali ia merenung wajah ibunya. Tetapi, anggota komunis bangsa India itu terus melihatnya terutama di bahagian perut gadis India yang dibalut oleh kain sari.

“Lu suka sama dia, kalau suka ambil bawa masuk hutan,” ujar ketuanya.

“Nanti dulu,” jawab anggota komunis bangsa India. Keadaan ketika itu memang mencemaskan. Pemandu kenderaan yang lalu-lalang di situ, buat tidak kisah dengan apa yang terjadi. Mungkin mereka menyangka bas yang berhenti itu rosak.

“Eh budak, kenapa kamu tak serahkan cincin yang kamu pakai,” anggota komunis menghampiri saya.

“Ini bukan emas, ini suasa, orang lelaki haram pakai emas,” kata saya.

“Sekarang kasi sama kami.”

“Tak boleh,” saya berkeras.

“Kuranggg ajjjjar punya budak.”

Muka saya ditampar dan perut saya ditendang. Saya berguling-guling dibumi menahan kesakitan. Saya melolong minta tolong pada datuk. Saya lihat datuk tidak juga bertindak. Dan anggota komunis Melayu itu mengangkat buntut senapangnya untuk menghentak kepala saya.

Belum pun sempat buntut senapang itu hinggap di kepala saya. Datuk menerpa ke arah anggota komunis tersebut. Ia menendang senapang ditangan anggota komunis tersebut. Senapang itu terpelanting dan terus meletup. Salah seorang anggota komunis yang berdiri tidak jauh dari situ menjerit dan terus rebah.

Perutnya yang ditembusi peluru mengeluarkan darah yang banyak. Tendengan datuk itu disusuli dengan penumbuk. Anggota komunis itu tersandar di pangkal getah. Bila ia cuba bangun, datuk bagaikan terbang menerkam ke arahnya. Satu tendangan hinggap dibahagian kiri perutnya. Anggota komunis itu terus lembik di situ.

Suasana menjadi tegang. Dalam beberapa saat sahaja anggota komunis terus mengerumuni datuk. Mereka menghalakan muncung senapang ke arah datuk. Saya menjadi cemas dan datuk menjadi kaku. Tetapi, ekor matanya terus mengawasi anggota komunis di sekilingnya.

Anggota komunis berbangsa India menghampiri datuk. Tanpa berkata apa-apa, ia melepaskan penumbuk ke arah datuk. Cepat-cepat datuk mengelak dan terus menyambar pergelangan tangannya.

Dengan sekuat hati, datuk menolaknya ke kanan, Ia terperosok dalam perdu nanas. Pistol yang terselit di pinggangnya terpelanting lalu jatuh di depan datuk. Tanpa membuang masa datuk terus memijak pistol itu hingga terbenam dalam tanah.

“Tangkap dia dan tembak,” ketua komunis yang berbangsa Cina mengeluarkan perintah. Belum pun sempat datuk menoleh ke kanan, tiga orang anggota komunis memeluk tubuhnya dengan kejap. Anggota komunis bangsa India yang terperosok dalam perdu nanas segera bangun. Wajahnya nampak bercalar.

“Ikat dan tembak dia,” katanya marah sambil melempar tali sabut pada kawannya. Datuk kelihatan tenang. Ia membiarkan anggota-anggota komnunis itu membelitkan tali sabut ke tubuhnya. Datuk ditarik macam lembu menuju ke pangkal pokok Petai. Datuk terus diikat di situ.

“Sekarang suruh orang-orang yang turun dari bas naik ke bas semula, suruh diaorang tengok kita tembak orang tua yang nak mampus ni,” ketua komunis bangsa Cina mengeluar arahan pada anggota komunis bangsa Melayu.

Arahan itu segera dipatuhi. Penumpang bas kembali ke tempat duduk masing-masing. Tetapi, pemandu bas dan penjual tiket tidak dibenarkan naik bas. Mereka disuruh berdiri tidak jauh dari pintu bas.

“Eh kamu budak, mari sini, kamu duduk sini, kamu tengok macam mana orang tuani mampus,” anggota komunis bangsa India bersuara lalu menarik tengkuk baju saya. Saya disuruh duduk bertinggung menghadap ke arah datuk. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa cemas dan takutnya saya ketika itu.

BAKAR

Ditengah suasana tengah hari yang terik dan perit itu, saya rasa kulit muka saya bagaikan mahu terbakar. Baju saya basah diresapi peluh. Saya menangis tersedu di depan datuk.

“Tamar, jangan menangis, tidak ada manusia yang boleh memisahkan roh dari jasad seseorang, jika tidak diizinkan oleh Allah, janganlah kamu takut pada mereka,” kata datuk berpandangan sama sendiri. Dua tiga orang daripada mereka menjuihkan bibir dan sebahagian yang lain senyum dan ketawa kecil.

“Sekejap lagi kamu tahu, siapa besar, Allah kamu atau peluru senapang, masa itu kamu boleh minta tolong dengan Allah,” sindir anggota komunis bangsa Melayu. Datuk hanya diam sahaja. Wajahnya kelihatan aman tenang sekali.

Saya terus mengesat air mata, ketika itu juga saya terdengar suara jeritan burung helang, panjang dan amat nyaring sekali. Saya lihat ke langit, saya lihat burung helang itu terbang berlegar-legar di atas kepala kami.

Menurut petua orang tua-tua, bila burung helang berbunyi di atas kepala dan berpusing-pusing waktu tengah hari, itu tandanya orang yang berada di bawahnya akan menemui kesusahan, bagi mengelakkan perkara itu terjadi, orang yang mendengarnya harus memukul pangkal pokok besar sekuat hati, dengan harapan dapat didengar oleh burung helang, dengan itu burung helang tersebut akan terbang ke tempat lain. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

78. Kakinya Dipaut Bumi

DALAM keadaan begini, tentu sahaja saya tidak dapat melakukan petua dari orang tua-tua yang pernah saya dengar itu. Saya hanya berserah pada Allah sahaja. Tiba-tiba ketua komunis itu memerintah tiga orang komunis berdiri di depan datuk dalam jarak dua puluh kaki. Mereka juga diarah menyediakan peluru dalam senapang.

“Semua mesti tembak tepat di kepalanya,” kata ketua komunis itu.

“Baik,” serentak anggota komunis itu menjawab.

“Kalau sesiapa tidak tembak tepat di kepalanya, orang itu saya tembak dengan pistol ini,” ketua kornunis itu memusingkan pistolnya di tangan. Langkahnya tidak ubah macam seorang koboi.

“Sedia,” kata ketua komunis. Tiga anggota komunis halakan muncung senapang ke arah datuk. Dada saya berdebar. Datuk nampaknya menyerahkan dirinya pada Allah. Ia tidak bimbang. Sesekali terdengar ia membaca ayat At-Fatihah dengan agak lantang.

“Hei Melayu tua, sekarang kita tengok siapa kuat, senapang orang aku atau kamu punya Allah,” sindir ketua komunis itu.

“Allah Hu Akbar,” jawab datuk perlahan.

“Dia panggil dia punya Tuhan,” ketua komunis itu ketawa terkekeh. Kemudian ia memerintah tiga orangnya melepaskan tembakan pada datuk.

Semua orang yang berada dalam bas menekup muka. Tidak sampai hati melihat peristiwa yang amat menyeramkan. Badan saya menggigil dalam gema tembakan yang bertalu-talu itu. Tiba-tiba tembakan itu berhenti. Saya membuka mata.

Saya gembira, bila melihat datuk tidak apa-apa. Ia berdiri dengan tenang di pangkal pokok. Tali sabut yang membalut tubuhnya sudah hancur dimamah peluru. Datuk terus meluru ke arah saya. Anggota komunis yang ada di situ bagaikan terpaku, tidak berani menyapa atau menahan datuk memeluk tubuh saya.

“Tuk kebal,” tanya saya padanya.

“Tidak, cuma peluru tidak kena tubuh aku, aku mohon Allah melindungi diriku, syukur permintaanku telab diperkenankan oleh Allah yang maha besar,” bisik datuk dan segera menarik tangan saya untuk menuju ke bas. Ternyata datuk tidak mahu bergaduh dengan anggota komunis yang jumlahnya bukan sedikit.

Tiba-tiba ketua komunis itu menghampiri datuk. Wajahnya cukup bengis. Ia merasa kecewa kerana datuk tidak menemui ajal di hujung senapang anak buahnya. Ketua komunis itu menekan muncung pistolnya ke telinga datuk. Datuk menahan nafas kemudian menjatuhkan badannya ke bumi lalu memaut lutut ketua komunis tersebut.

Ketua komunis itu terjatuh. Tetapi bangun dengan cepat, sebelum Ia melakukan sesuatu pada datuk. Saya lihat datuk sudah pun berdiri. Sandarkan badan ke pangkal getah. Datuk terus memeluk tubuhnya. Matanya mula kelihatan kemerah-merahan.

“Tangkap dia lagi sekali, kali ni kita sumbat dia dalam sangkar babi, kemudian rendam dalam telaga,” secara mendadak anggota komunis Melayu bersuara dengan nyaring.

Anggota komunis yang lain segera patuh. Tetapi, sebelum mereka memulakan langkah pertama. Datuk segera menghentakkan telapak kaki kanannya ke bumi. Tiba-tiba anggota komunis Melayu itu menjerit. Ia tidak terdaya melangkah kakinya bagaikan terbenam dalam tanab. Begitu juga dengan anggota komunis yang lain.

Datuk terus menghampiri auggota komunis bangsa lndia dan Cina. Datuk terus menjentik hidung mereka. Mereka terpekik terlolong, macam kena sengat tebuan.

“Sekarang pulangkan barang-barang yang kamu rampas pada tuannya, kalau tidak kamu dan orang-orang kamu susah nanti,” kata datuk pada komunis.

“Baik, sekarang saya pulangkan,” jawabnya.

Tetapi, ia menghadapi masalah yang lain pula, orang-orangnya tidak boleh bergerak, walaupun diperintah berkali-kali dengan suara yang nyaring. Datuk tahu di mana silapnya perkara itu. Ia segera membongkok dan menepuk muka bumi dengan tangan kanannya. Bila semuanya dilakukan oleh datuk, baru anggota komunis itu boleh bergerak.

“Sekarang kasi balik orang punya barang,” ketua komunis mengeluarkan perintah lagi. Tidak ada sesiapa yang membantah. Semua barang-barang yang dirampas diletakkkan atas tanah lapang. Kemudian ketua komunis itu menyuruh orang yang berada dalam bas turun untuk mengambil barang-barang mereka.

Tidak sampai setengah jam, upacara memulangkan barang-barang yang dirampas pada tuannya pun selesai. Datuk menyuruh mereka naik ke bas semula. Datuk juga menyuruh pemandu bas menghidupkan enjin bas.

“Siapa suruh lu kasi tahu driver bas, hidup enjin bas?” Ketua komunis mula marah. Suaranya cukup garang dan matanya tertumpu ke wajah datuk.

“Saya kesian dengan dia orang, hidup mesti tolong-menolong,” balas datuk.

“Apa awak cakap, ini awak kenal?” Ketua komunis halakan muncung pistol ke batang hidung datuk. Datuk tarik nafas panjang. Ia merasakan dirinya tercabar dan terhina.

Datuk menggigit bibir. Matanya tidak berkedip merenung ke arah saya. Dadanya nampak berombak menarik dan melepaskan nafas.

“Biadap,” pekik datuk.

Dan cara tiba-tiba pistol di tangan ketua komunis itu terlucut. Mukanya kelihatan pucat. Dan datuk terus jengkal mukanya dengan jari. Ketua komunis itu terdiam. Ia terkejut dengan apa yang dilakukan oleh datuk.

“Biadap, memang tak tahu mengenang budi,” rungut datuk. Ia renung semua anggota komunis yang berdiri di sisinya. Saya terdim, tidak berani berkata sesuatu apa pun.

“Kamu balik ke hutan, kalau kamu mahu selamat,” pekik datuk lagi. Anggota-anggota komunis yang berdiri itu, segera bergerak dan menghilangkan diri dalam hutan.

Tetapi, tiga orang anggota komunis tidak mempedulikan kata-kata datuk. Mereka ini dianggap orang kanan dan ada kuasa dalam pasukan komunis yang berjumlah hampir tiga puluh orang itu. Datuk renung muka komunis Melayu, kemudian komunis India dan akhir sekali komunis Cina.

“Sekarang bas boleh jalan,” jerit datuk ke arah pemandu bas. Beberapa minit kemudian bas Ipoh-Kuala Kangsar terus bergerak. Meninggalkan kami berlima di pinggir hutan iaitu tiga orang anggota komunis, diri saya dan datuk.

Tanpa saya duga anggota komunis Melayu itu menyeluk sakunya. Ia mengeluarkan tangkal dan seketul kemenyan. Ia membakar kemenyan dengan mancis api. Saya rasa seluruh kawasan saya berdiri penuh dengan asap tebal. Saya terdengar bunyi orang bercakap tetapi, orangnya tidak kelihatan.

Memang tidak lojik, asap kemenyan yang sedikit itu boleh menguasai seluruh kawasan belukar. Saya dan datuk terbatuk dua tiga kali.

“Mereka dah hilang tuk,” kata saya pada datuk.

“Aku tahu, mereka hilangkan diri dari kita.”

“Apa yang patut kita buat tuk?”

“Sabarlah.”

Saya dan datuk mendiamkan diri kira-kira lima minit, asap kemenyan terus menipis dan hilang. Datuk mengajak saya menuju ke bibir jalan raya. Bila kami melangkah, anggota komunis Melayu muncul dari balik pokok getah. Ia tidak merenung ke arah saya dan datuk.

“Ikut kami, bersatu dengan kami untuk membebaskan tanahair dari penjajah,” katanya dengan suara yang lembut.

“Kita sudah merdeka, bukan kau tak tahu, kita merdeka pada 1957, sekarang sudah enam tahun lebih kita merdeka,” jelas datuk.

“Kite tidak benar-benar merdeka, kamu harus membantu kami, ini tawaran paling balk untuk kamu, kalau kamu mahu hidup, kalau tidak kamu dua beranak kami bunuh di sini.”

“Tidak, perjuangan kamu perjuangan sia-sia,” balas datuk tegas.

Kali ini komunis Melayu itu merenung ke arah datuk. Ia menghilangkan dirinya beberapa saat di celah daun keladi liar. Kemudian Ia memunculkan dirinya di antara saya dengan datuk.

“Apa fasal kamu kata perjuangan kami sia-sia, kami berjuang untuk kemerdekaan tanahair, untuk kebebasan berfikir,” komunis Melayu itu bersuara lagi.

“Kamu komunis yang tidak percayakan kewujudan Allah,” sanggah datuk. Dan kali ini datuk kelihatan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Komunis Melayu itu mencampakkan seutas tangkal atas tanah. Kawasan tempat tangkal itu jatuh terus dikuasai oleh api. Anggota komunis itu tepuk tangan. Api yang marak itu terus padam.

“Kau memang handal,” kata datuk.

“Kalau tak cukup syarat, aku tak jadi komunis,” jawabnya.

“Aku tak boleh bekerjasama dengan kamu,” kata datuk.

“Jangan menyesal”

“Tidak.”

Komunis Melayu itu menghilangkan diri. Saya dan datuk meneruskan perjalanan. Tiba-tiba komunis Melayu dan dua orang kawannya muncul di depan kami. Mereka bersedia untuk menangkap kami. Datuk masih tenang. Ia tidak merasa bimbang, walaupun muncung senapang menghala ke arah perutnya.

“Sekarang, mahu ikut atau mahu mati,” ketua komunis (Cina) terus bersuara. Kali ini, muncung senapangnya ditekan ke pusat datuk. Saya lihat ketua komunis cukup hati-hati. Ia tidak mahu peristiwa yang dialaminya sebentar tadi berulang pada dirinya.

“Tidak mahu,” jawab datuk.

“Tidak mahu, ertinya awak mati,” suara ketua komunis keras. Ia cuba menarik pemetik senapang. Cepat-cepat datuk memegang muncung senapang itu menjadi lembut macam timah dibakar.

Ketua komunis itu terus juga menarik pemetik senapang. Anehnya, senapang itu tidak meletup tetapi, kelongsong pelurunya terus keluar. Ketua komunis itu mendapati seluruh tangannya terbakar dan melecur.

Komunis Melayu itu jadi marah, kerana ketuanya dipermainkan. Ia mengeluarkan sejambak tangkal dari sakunya. Mulutnya mula bergerak membaca mantera dan jampi. Datuk terus membaca Fatihah dengan lancar sebanyak 41 kali.

Semua tangkal yang dikeluarkan oleb komunis Melayu tu hancur menjadi abu. Telapak tangannya kelihatan merah macam terbakar. Semua tangkal yang dipasang di tangan, di pinggang dan leher habis jatuh ke tanah. Semuanya menjadi abu dan debu.

“Pulanglah, aku tak mahu apa-apakan kamu, cuma nasihat aku pada kamu jangan menuntut ilmu dari syaitan.” kata datuk pada komunis Melayu itu.
Rupanya, komunis Melayu itu tidak mampu melangkah. Kedua belah kakinya macam lumpuh. Komunis Cina dan India terus menghampirinya.

Komunis berbangsa India terus menembak komunis Melayu dengan pistol. Perbuatan itu amat mengejutkan datuk.

“Kenapa kamu bunuh dia?” Tanya datuk.

“Dia lumpuh, orang lumpuh dan tidak sihat, memang tidak dikehendaki oleh pasukan kami,” jelas ketua komunis. Datuk terdiam. Tidak dapat berbuat apa-apa.

Datuk menarik nafas dalam-dalam sambil merenung ke arah saya. Perlahan-lahan datuk gelengkan kepala, bila melihat mereka mengusung mayat komunis Melayu ke dalam hutan. Saya menggaru pangkal leher. Sedih rasa hati melihat bangsa sendiri dipikul macam binatang.

“Hei, nanti dulu.”

Datuk meluru ke arah anggota komums yang memikul kawannya. Mereka berhenti melangkah. Mayat yang diikat kaki dan tangan diletakkan atas tanah. Kayu pengandar dibiarkan berada di mayat tersebut.

“Kenapa?” Tanya ketua komunis.

“Dia orang Melayu dan beragama Islam, serahkan pada saya, biar saya kebumikan cara hukum Islam. Awak tahu, cara yang awak lakukan ini menyeksa mayat, perbuatan begini tidak baik menurut agama kami. Islam mahu setiap penganutnya yang mati mesti segera ditanamkan.”

“Itu urusan agama kamu, tapi dia ini dah jadi ahli kami dan apa yang berlaku adalah urusan kami,” jawab ketua komunis.

Datuk terdiam. Ketua komunis terus mengarahkan orang-orangnya memikul mayat komunis Melayu itu dalam hutan. Kumpulan komunis itu meninggalkan kami. Mereka melepaskan tembakan ke udara bertalu-talu.

“Sudahlah Tamar, aku tak berani bertindak lebih jauh dari apa yang kamu lihat, kalau aku berkeras bereti aku menempah bahaya,” datuk bagaikan merungut. Ia terus mengajak saya keluar dari kawasan hutan menuju ke tepi jalan raya. Kami berdiri di situ sambil menahan kenderaan yang lalu.

Tidak ada sebuah kenderaan pun yang mahu berhenti. Badan saya terus berpeluh. Sinar matahari bertambah garang. Dada jalan raya dibahangi kepanasan kelihatan macam ada air bertakung. Beberapa lori tentera terus melintas di depan kami. Anggota tentera yang ada di dalamnya lengkap dengan senjata. Mereka merenung ke arah kami dengan renungan yang tajam.

Tiba-tiba sebuah jeep polis yang berdindingkan besi waja berhenti di depan kami. Dua orang anggota polis yang memakai topi bulat dan berjambul di tengah menghampiri kami dengan raifel yang tersedia di tangan.

Kedua-dua anggota itu menghampiri datuk. Segera datuk terangkan apa yang telah terjadi. Kedua-dua anggota polis agak terkejut. Saya dan datuk disuruh masuk ke perut jeep. Lemas rasanya berada dalam perut jeep yang tidak bertingkap.

“Nak bawa kami ke mana?” Tanya datuk.

“Ke Balai Polis Cemur, buat laporan,” jelas anggota polis yang duduk di sisi datuk.

”Jangan bimbang awak tak apa-apa cuma melaporkan apa yang terjadi,” tambahnya. Datuk anggukkan kepala. Jeep yang kaml tumpangi berpatah balik ke Pekan Cemur.

Datuk dan saya diperkenalkan dengan ketua Balai Polis. Datuk menceritakan apa yang dialami. Seorang anggota polis mencatatkan apa yang diterangkan oleh datuk.

“Kawasan tempat kejadian itu, namanya Kantan dan saya yakin pemandu bas itu membuat laporan di Balai Polis Ipoh,” terang ketua Balai Polis pada datuk. Ia menjeling ke arah saya. Kemudian ketua Balai Polis itu menyuruh anggota polis yang bertugas di bahagian semboyan menghubungi Pejabat Polis Negeri untuk melaporkan apa yang terjadi.

“Saya yakin, pihak pasukan keselamatan akan mengesan jejak anggota-anggota komunis itu,” terang ketua Balai Polis. Datuk anggukkan kepala.

“Kalau begitu biarlah kami balik dulu,” kata datuk.

“Awak berdua nak ke mana?”

“Ke Batu Gajah”

“Kalau begitu awak berdua tumpang jeep yang awak naik tadi sampai ke Ipoh.”

“Tak payahlah, biar kami naik teksi.”

“Jangan begitu, awak berdua naiklah, jeep itu memang nak pergi ke Balai Polis Pusat di Ipoh.”

“Tapi.”

“Tak ada tapinya.”

“Saya minta maaf, biarlah kami naik teksl dari sini,” datuk menolak dengan wajah yang manis.

Jawapan datuk itu kurang memuaskan hati ketua Balai Polis. Ia macam merasakan keselamatan diri saya dan datuk tidak begitu terjamin. Ia minta seorang anggota polis menemani datuk dan saya ke tempat teksi.

“Pastikan mereka naik teksi,” pesan ketua Balai polis itu pada anggota polis yang akan menemani ke tempat teksi. Saya lihat anggota polis itu mengangguk.

Akhirnya, kami naik teksi menuju ke Ipoh. Says tahu, kalau datuk ada masa, tentu ia tidak mahu terus ke Ipoh. Mungkin Ia mahu berada lebih lama di Cemur. Ramai saudara-maranya di situ terutama di Ulu Kuang.

“Kalau tak diganggu oleh komunis, mahu pergi ke Ulu Kuang,” ujar datuk sebaik sahaja turun dari teksi. Saya senyum, datuk memang agak aneh orangnya.

Kalau hatinya tergerak untuk singgah di mana-mana dalam perjalanan Ia akan turun di tempat yang diingininya, sedangkan ia sudah pun membayar tambang perjalanan terus.

SEGAMAT

Saya masih ingat, satu waktu datuk mengajak saya pergi ke Kluang, naik keretapi dari Taiping. Bila sampai di Segamat ia terus turun untuk ke Jemantah menemui kawan lamanya, padahal datuk sudah membayar tambang Taiping - Kluang. Inilah keganjilan datuk, kerana itu nenek tidak suka mengikutnya berjalan ke mana-mana.

“Apa yang kamu menungkan, mari kita pergi stesen bas”, jerkah datuk. Apa yang bermain dalam kepala terus hilang. Kami naik beca menuju ke bas stesen. Sampai di stesen bas, datuk jumpa kawan dan kawannya itu mengajak Ia minum kopi.

Hampir dua puluh minit saya termangu di kedai kopi, mendengar datuk bercerita dengan kawannya. Perkara yang diceritakan fasal kebun pisang, fasal kebun dan musuh-musuh yang merosakkan tanaman mereka. Kemudian cerita fasal anak cucu. Memang bosan mendengar cerita seperti itu.

Bila saya memperlihatkan wajah kurang senang, barulah datuk sedar tentang kesilapan kecil yang dilakukannya. Ia segera membayar air minuman dan bangun. Bersalaman dengan kawannya dan terus keluar dari kedai. Saya gembira dengan tindakan yang dilakukan oleh datuk.

“Dia tu aku kenal sepuluh tahun yang lalu, orang kuat politik menentang Inggeris, dia tu bekas anggota Angkatan Pemuda Insaf yang diketuai oleh Boestamam,” beritahu datuk pada saya.

“Macam mana tuk boleh kenal dengannya?” Saya cungkil rahsia.

“Dulu, aku pergi ke hospital Ipoh tengok anak buah aku yang kerja atendan di situ, aku terjumpa dia mengambil ubat. Aku tegur dia, kemudian dia menceritakan pada aku, dia orang tahanan politik di jalan Asby, dia juga kirim salam pada ayah saudara kamu yang jadi anggota API macamnya,” jelas datuk. Saya anggukkan kepala.

(Boestamam yang dimaksudkan oleh datuk ialah Datuk Ahmad Boestamam yang meninggal dunia pada 18 November 1983 di Kuala Lumpur. Angkatan Pemuda Insaf atau API adalah parti politik yang dipimpinnya untuk memperjuangkan kemerdekaan tanahair).

“Kamu puas hati dengan keterangan aku ni Tamar?”

“Puas hati tuk.”

“Lain kali kamu mesti ingat, kalau aku jumpa dengan sesiapa dan bercakap panjang, itu tandanya orang yang aku lawan bercakap tu, bukan sebarang orang.”

”Ada juga orang yang tuk kenal di tepi jalan tapi datuk bercakap panjang,” saya lihat datuk bagaikan tersentak mendengar kata-kata saya itu.

Mungkin datuk tidak terdaya menafikan kata-kata saya itu. Saya lihat datuk tersenyum sambil merenung ke arah manusia yang mundar-mandir di bas stesen. Bunyi enjin bas menderu-deru mengganggu anak telinga saya.

“Barangkali itu kelemahan datuk kamu Tamar, aku suka bercakap dengan siapa saja,” datuk semacam mengeluh. Bahu saya ditepuknya berkali-kali. Saya dan datuk menuju ke bas yang akan menuju ke bandar Batu Gajah. Sebaik sahaja penjual tiket menghampiri datuk dan enjin bas dihidupkan datuk segera bangun dan turun dari bas.

“Kenapa tuk?”

“Habis kite nak naik apa tuk.”

“Aku rasa tak sedap hati naik bas.”

“Mari kita ke tempat teksi, kita naik teksi.”

Meluat rasa hati dengan sikap datuk. Mahu sahaja saya membangkang rancangannya. Tetapi, bila mengingatkan perangai datuk yang pantang dibantah atau dihalang itu, saya menurut sahaja. Hati kecil saya tetap membebel berjalan di tengah panas menuju ke perhentian teksi yang letaknya agak jauh dari stesen bas.

Kami sampai ke bandar Batu Gajah dan singgah di masjid untuk sembahyang Zuhur. Datuk berkenalan dengan seorang penjual sayur di pasar Batu Gajah yang cara kebetulan menunaikan fardhu Zuhur di situ.

Saya yang duduk bersandar di dinding masjid dalam jarak kira-kira sepuluh kaki dari mereka, tidak dapat mendengar dengan jelas perbualan mereka. Dari raut wajah datuk, saya dapat meneka yang penjual sayur ini menyampaikan sesuatu yang menarik minat hati datuk.

Mereka bersalaman dan berpisah. Sebelum keluar dari masjid penjual sayur berkulit hitam dengan tahi lalat sebesar biji betik di bibir kanan tersenyum ke arah saya. Senyuman mesra itu saya balas.

Saya dan datuk meninggalkan masjid. Kami menyusur kaki lima bangunan kedai. Bandar Batu Gajah terbahagi dua, sebelah selatan disebut Pekan Lama dan sebelah utara disebut Pekan Baru. Saya dan datuk sedang menuju ke arah Pekan Baru.

“Ke mana?” Seorang lelaki berkulit cerah, berbadan gempal menegur datuk. Raut wajahnya tampan ada mirip aktor Allahyarham Nordin Ahmad.

“Ha kamu, kamu anak Haji Alwi,” suara datuk riang.

Datuk segera menarik tangan anak muda itu ke dalam sebuah restoran milik India Muslim. Haji Alwi memang saya kenal. Ia orang kampung saya berasal dari Kerinci, Pulau Sumarera Barat.

Kami duduk di meja tepi sebelah kanan kedal. Tersorok dari pandangan orang ramai.

“Kamu buat apa di sini Zamri?” Tanya datuk.

“Sejak saya tinggalkan kampung, saya terus masuk polis, nama saya juga sudah bertukar, bukannya Zamri lagi.”

“Habis, kamu pakai nama apa? Nama orang putih?”

“Pakai nama Islam, nama saya sekarang Mat Noor, sekarang ni nak ke mana?” Soal Mat Noor.

“Aku nak ke Bakap nak jumpa kawan.”

“Hum,” Mat Noor tersenyum.

Minuman yang dipesan oleh Mat Noor pun diletakkan atas meja. Sambil minum, Mat Noor menceritakan sebab utama meninggalkan kampung kerana takut diberkas oleb lnggeris. Ketika ia menjadi orang kuat parti Boestamam.

Mat Noor berhijrah ke Kajang. Bila kerajaan lnggeris memerintahkan setiap rakyat Tanah Melayu mesti memiliki kad pengenalan dan setiap yang mahu membuat kad pengenalan mesti membawa surat tarikh lahir atau surat beranak. Kesempatan itu digunakan dengan sebaik mungkin oleh Mat Noor untuk masa depannya.

Ia memberitahu Pegawai Daerah surat lahirnya sudah hilang. Ia diperintah membuat surat sumpah di depan hakim dengan membawa dua orang saksi. Perintah itu dipatuhi oleh Mat Noor. Sejak hari itu, nama Zamri yang diberikan oleh orang tuanya tidak digunakan lagi. Di mana-mana orang mengenalinya sebagai Mat Noor.

“Kalau saya pakal nama lain, sudah tentu saya kena masuk kem tahanan, saya tak boleh ingat , saya buat kad pengenalan masa saya dah berumur dua puluh tahun,” Mat Noor mengenangkan kisah lalu.

“Kamu dah berumur dua puluh empat tahun, aku pula lagilah tua, dah dekat lima puluh, orang kampung jadi takut, maklumlah itulah kali pertama kad pengenalan diperkenalkan pada kita, aku ingat masa nak ambil gambar kad pengenalan ayah kamu pakai serban, masa tu dia baru balik dari Mekah,” kata datuk dan mereka terus ketawa serentak.

Pertemuan yang tidak diduga antara datuk dengan Mat Noor, sedikit sebanyak memberikan pengetahuan pada saya bagaimana anak-anak kampung berjuang menentang penjajah untuk kebebasan tanahair tercinta.

Ini membuktikan anak-anak Melayu di kampung, memang manusia yang berjiwa besar, tahu menilai dan menghargai erti kebebasan dan kemerdekaan tanahair.
Selain dari itu, saya juga mendapat tahu bahawa penggunaan kad pengenalan mula digunakan di tanahair sejak zaman Inggeris lagi.

“Bia balik dari Bakap nanti, singgahlah di rumah saya, duduk semalam dua, boleh jumpa anak bini saya,” pelawa Mat Noor ketika keluar dari restoran tersebut.

“Tengok keadaan dulu, kalau ada masa boleh singgah.”

“Kalau mahu mesti ada masa,” jawab Mat Noor yang berusia sekitar 39-40-an. Ia senyum ke arah saya. Kami meninggalkan Mat Noor di kaki lima restoran.

JUMPA

Datuk amat gembira, ia dapat bertemu dengan kawan lamanya di Kampung Bakap. Melihat bentuk tubuh dan wajah kawan datuk itu, saya dapat menduga yang usia tidak jauh berbeza dengan datuk. Kalau datuk tua cuma beberapa tahun sahaja. Begitu juga dengan dirinya, kalau Ia muda, cuma dalam jarak beberapa tahun.

Sementara datuk dan kawannya itu berborak panjang di anjung rumah, saya terus berdiri di bawah pohon kelapa dalam sinaran matahari petang yang redup.

Saya merenung ke sebuah kapal korek yang berada dalam danau yang luas. Kapal Korek itu sedang mengeluarkan bijih timah dari perut bumi.

Ingin sekali saya menghampiri kapal korek yang besar itu. Tetapi, datuk melarangnya dengan alasan takut saya jatuh ke dalam lombong yang airnya cukup dalam. Kawan datuk juga tidal menggalakkan saya pergi ke tempat tersebut. Katanya ada budak yang jatuh dan mati kerana tanah tempat mereka
berdiri rebak dan mereka jatuh dalam lombong.

Sedang asyik memerhatikan kapal korek tersebut, seorang budak lelaki menghampiri saya. Saya kira usianya sama dengan saya kerana tinggi kami hampir sama. Dengan wajah yang ramah Ia memperkenalkan dirinya sebagai Ramli.

Dalam beberapa minit sahaja kami jadi begitu mesra. Ayah Ramli menjadi buruh kapal korek yang saya lihat. Ramli yang ramah itu menceritakan pada saya, dulu kawasan yang menjadi lombong itu adalah perkampungan dan penuh dengan rumah orang Melayu. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

79. Wanita Tanpa Wajah Jalan Malam

PEMILIK lombong itu membeli tanah milik orang Melayu dengan harga yang mahal. Dan orang Melayu yang menjual tanah itu diberi tapak rumah yang terletak di satu kawasan lain. Tidak lama lagi tulang mayat yang ada di tanah perkuburan tersebut akan dipindahkan ke tempat lain. Segala perbelanjaan ditanggung oleh pihak tuan punya lombong.

“Tidak lama lagi kampung kami tinggal nama saja, semua rumah yang ada ini, paling lama boleh bertahan lima enam bulan saja lagi, lepas tu terpaksa pindah. Di bawah tempat kita berdiri ini penuh dengan bijih,” kata Ramli.

“Macam mana kalau mereka tak mahu pindah?”

“Mana boleh semuanya sudah dijual duit pun dah ambil dari tauke lombong,” jawab Ramli.

“Rugi mereka jual tanah,” kata saya.

“Awak tak boleh cakap macam ini, kalau mereka tak jual tanah, mereka juga tak boleh kaya, takkan nak cangkul tanah cari bijih, lagipun tawaran yang datang ni memang tinggi,” kata Ramli. Bila saya fikirkan dengan halus cakapnya itu memang ada benarnya.

Rupanya Ramli yang hampir sebaya dengan saya itu, terlalu pintar bercakap. Ia boleh bercerita tentang apa sahaja yang ada hubung kait dengan Kampung Bakap. Kami terus bercerita panjang. Kami berpisah ketika azan Maghrib dilaungkan.

Ramli kini menjadi pelombong Melayu yang berjaya, setelah ia meletakkan jawatan sebagai Pengarah Galian Negeri Perak. Anak sulungnya menuntut ilmu kedoktoran di England.

Kawan datuk itu namanya, Alang Abdul Rauf. Datuk memanggilnya Rauf sahaja. Sebagai orang kampung yang sederhana, ia mempunyai dua ekar tanah dusun dan tiga ekar ladang getah. Hasil dari tanah miliknya itu menjadi sumber pendapatannya.

Sejak enam bulan kebelakangan ini, ia membuat kerja tambahan menggali kubur lama waktu malam. Tulang-temulang dari kubur lama itu dikumpulkan lalu ditanam di kawasan perkuburan yang baru. Semua pembiayaan kerja itu diuruskan oleh pihak tuan punya lombong yang mahu mencari bijih di kawasan tersebut.

Alang Rauf dibantu oleh empat orang lain. Mereka menjalankan kerja selepas waktu Isyak hingga ke Subuh. Sepanjang tugas itu dilaksanakan mereka tidak menghadapi sebarang kejadian aneh. Semua kerja berjalan dengan lancar.

“Bagaimana, kalau kamu dengan cucu kamu ikut kami malam ini,” Alang Abdul Rauf membuat tawaran pada datuk setelah selesai sembahyang Isyak. Bulu tengkuk saya jadi meremang mendengar pelawaan itu. Ah, itu kerja gila, pergi kubur waktu malam dan menggalinya pula, rungut saya dalam hati.

“Minta maaf, malam ni saya ada berjanji dengan orang yang berniaga di pasar Batu Gajah,” ajar datuk tenang.

“Nak ke mana pula?”

“Orang tu beritahu saya, di kampung tempat dia menyewa rumah dikawal oleb satu lembaga putih, sesiapa yang datang ke kampungnya dengan niat nak mencuri atau mengambil sesuatu lembaga putih akan menganggunya.”

“Aku tahu cerita tu kalau tak silap di Kampung Dhobi di Pekan Lama.”

“Agaknya, begitulah,” datuk menelan air liur. Alang Abdul Rauf menggaru pipi kiri. Kemudian menyedut rokok daun dengan penuh nafsu. Suara cengkerik jelas kedengaran menendang gegendang telinga.

Alang Abdul Rauf pun terus bercerita pada datuk. Kira-kira tiga bulan yang latu, waktu musim buah durian gugur. Tiga orang pemuda India yang nakal telah datang ke kampung tersebut untuk mencuri buah durian waktu malam.

Sedang mereka mengutip buah durian, tiba-tiba mereka terpandang lembaga putih memakai kain telekung. Pada sangkaan pemuda-pemuda India itu, orang-orang kampung cuba menakutkan mereka.

Mereka terus membalingkan kulit durian dan dahan kayu ke arah lembaga tersebt. Lembaga itu tidak bersuara malah terus duduk di tunggul buruk. Kerana memikirkan yang bertelekung itu orang perempuan, ketiga-tiga pemuda India ini terus rapat ke arah lembaga tersebut.

Bila sahaja lembaga itu merenung ke arah mereka. Ketiga-tiga pemuda India itu terus menjerit dan lari lintang-pukang. Dua hari kemudian seorang daripada pemuda India itu mati gantung diri. Manakala yang dua orang terus gila dan dihantar ke hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

“Apa yang mereka lihat.” tanya datuk.

“Entahlah,aku pun tak tahu.”

“Pelik juga ceritanya.”

“Kalau kamu nak tahu, kamu pergi sendiri. Aku nak mulakan kerja, kawan-kawan aku dah menunggu,” Alang Abdul Rauf segera bangun menuju ke pintu.

“Tak apalah Rauf, aku juga nak pergi ke tempat yang aku janjikan dengan peniaga tu,” datuk terus bangun.

“Kamu balik atau tidak malam ni?”

“Belum tahu lagi.”

“Tak apalah, kalau kamu balik dan aku tak ada di rumah kamu ketuk aja pintu, nanti orang rumah aku bukakan pintu.”

Alang Abdul Rauf terus melangkah menuju ke tempat kerjanya. Saya dan datuk juga mengatur langkah.

Sampai sahaja di depan Masjid Batu Gajah, kenalan datuk sudah pun menunggu. Di situ kami menuju ke rumahnya. Isterinya menghidangkan kopi dan biskut kering.

“Awak ni berminat sangat nampaknya, apa awak seorang pawang dan nak menghalaunya,” tanya peniaga tersebut pada datuk. Ketika itu jam sudah pun hampir pukul dua belas malam.

“Bukan apa-apa, saya cuma nak tengok, apakah cerita betul atau sengaja diada-adakan.”

“Kalau awak tak mahu, biar kami pergi berdua.”

“Tak apalah. saya hantarkan awak ke hujung kampung.”

“Boleh juga,” jawab datuk.

Tepat pukul dua belas malam. Kami meninggalkan rumah. Peniaga tersebut cuma menghantar kami hingga sampai ke pohon jejawi yang besar. Ia membekalkan lampu suluh pada datuk. Saya mula resah. Angin malam yang bertiup lembut terus menjamah wajah saya.

“Saya setakat sini saja, awak tahu menuju rumah saya,” lembut benar suara peniaga. Membayangkan rasa cemas.

“Saya tahu menuju rumah awak, terima kasih.”

“Sebenarnya, saya tak pula suruh awak buat macam ni, saya sekadar bercerita saja di masjid tadi, saya fikirkan awak olok-olok aje nak datang rupa-rupanya awak sungguh-sungguh.”

“Saya memang suka buat kerja macam ni,” jawab datuk. Dan peniaga itu meninggalkan kami di bawah pepohon jejawi yang besar itu.

Dua tiga kali saya meraba pangkal dagu bila terdengar lolongan anjing bersahut-sahutan dari bahagian tengah dan hujung kampung. Lolongan anjing itu disertai dengan salakan yang tidak putus-putus macam menyalak sesuatu. Saya lihat ke langit, saya nampak awan putih bersih bergerak lemah ke selatan.

Suara katak dan cengkerik menambahkan rasa seram. Beberapa helai daun jejawi yang tua gugur lalu menyentuh kepala saya. Datuk tetap tenang menyuluh ke kiri dan ke kanan dengan lampu picitnya. Melihat dari langkah dan gerak tangan datuk, menggambarkan yang dirinya tidak perlu membuat apa-apa persiapan.

Datuk tidak membaca ayat-ayat suci. Ia kelihatan tenang dan adakalanya ia tersenyum panjang. Datuk duduk bersila di pangkal jejawi. Akar-akar yang bergayutan di pohon jejawi bergerak sendiri macam ada orang yang menolaknya. Akar-akar itu memukul belakang datuk dan adakalanya memukul bahagian punggung saya. Terasa juga sakitnya tetapi, saya diamkan sahaja.

“Suluh baik-baik,” datuk mengingatkan saya. Arahan datuk saya patuhi.

Saya terdengar kicau burung murai. Pelik juga macam mana murai boleh berkicau malam. Bila kicau mural itu berhenti. Ada titik air jatuh dari dahan jejawi, macam air dari perahan kain yang dibasuh. Air itu turun berjuntai. Salakan anjing beransur perlahan begitu juga dengan lolongannya.

Terdengar bunyi kaki orang memijak reranting dan dedaun kering dalam gelap malam. Bila disuluh dengan lampu picit. Tidak ada sesuatu yang dapat dilihat. Bulu tengkuk saya meremang. Badan saya terasa seram sejuk.

Beberapa ekor tikus liar. Entah dari mana datangnya melintas di depan saya dan datuk. Seekor anjing yang bertompok hitam putih melompat di depan datuk dan terus hilang. Beberapa saat kemudian terdengar suara anjing menderam macam menegur sesuatu.

“Dia tidak datang kerana kita tidak mengambil sesuatu di sini,” kata datuk pada saya sambil bangun. Ia menggeliat.

“Apa yang kita nak ambil tuk?”

“Ikut aku Tamar.”

Saya lihat datuk menyuluh ke kanan. Dari suluhan lampu picit ternampak beberapa batang pokok delima yang berdaun lebat. Datuk mengajak saya menuju ke pohon delima itu. Datuk serahkan lampu picit pada saya.

“Suluh, biar aku petik sebiji dua,” beritahu datuk pada saya.

“Baik tuk.”

Datuk memetik dua biji delima yang masak ranum. Dia masukkan ke dalam sakunya dan datuk melangkah ke arah pohon kelapa yang berada di depannya.

Tiba-tiba dari balik pohon kelapa itu muncul lembaga manusia, memakai kain putih menutup seluruh tubuh hingga ke kaki. Hujung kain putihnya mengheret dedaun dan ranting yang melekat dan mengeluarkan bunyi macam bunyi pinggan yang ditarik atas meja tanpa alas.

Ia berjalan di depan kami dalam jarak lima belas kaki. Bila datuk dan saya berhenti berjalan. Ia juga turut berhenti. B11a datuk mengalihkan perjalanan ke arah lain. Ia hilang untuk beberapa minit dan akhirnya muncul di depan kami.

Perbuatannya itu seolah-olah menyekat perjalanan saya dan datuk. Lebih dari satu jam kami berlegar-legar di situ. Ke mana sahaja kami pergi lembaga putih tetap berada di depan. Ia tidak menoleh ke arah saya dan datuk. Bagaikan ia mahu menyembunyikan wajahnya dari kami.

Ia juga tidak mengganggu atau cuba menakutkan saya dan datuk. Saya mengajak datuk pulang. Malangnya datuk tidak mahu mendengar cakap saya.

“Dia tidak berkasar, susah aku nak menduganya,” beritahu datuk pada saya dengan wajah sedikit kecewa. Dan datuk cuba mendekatinya. Lembaga putih itu bagaikan tahu ape yang tersirat di hati datuk. Ia tidak bergerak, tertegun dengan membelakangi kami.

Datuk terus menepuk bahu lembaga putih. Dengan pantas lembaga itu memusingkan badannya. Menentang wajah saya dan datuk. Badan saya menggeletar dan lembik. Saya jatuh tanpa berkata apa-apa. Datuk tidak berganjak, Ia tetap menentang wajah lembaga putih itu.

Macam mana badan saya tidak lembik dan jatuh. Lembaga putih itu tidak berwajah. Bahagian muka yang tidak ditutup dengan kain putih itu sebenarnya kosong, nampak berlubang dan hitam pekat tetapi ada kilau cahaya yang amat kecil yang menyebabkan mata jadi silau bila ditentang. Kepala terasa pening.

“Aku cuma nak tengok kamu saja, apa yang aku ambil aku pulangkan ke tempatnya,” kata datuk pada lembaga itu. Perlahan-lahan lembaga itu memusingkan badannya ke arah depan. Datuk membangunkan saya. Lembaga putih masih berdiri di tempatnya.

“Kita mengambil hak orang,” beritahu datuk pada saya. Tangan saya ditariknya menuju ke pohon delima. Datuk mengeluarkan buah delima dari koceknya dan diletakkan di pangkal pokok delima. Bila kami toleh ke arah lembaga putih, lembaga itu sudah pun hilang.

Salakan dan lolongan anjing kedengaran bertalu-talu dari arah selatan. Datuk menarik tangan saya menuju ke rumah peniaga. Saya terkejut, peniaga itu menunggu kami di kaki tangga. Jam tua di tengah rumahnya berdenting dua kali.

“Jumpa?” Tanyanya.

“Jumpa, saya dah jumpa,” balas datuk.

“Apa katanya?”

“Dia mengawal kampung awak,” jawab datuk. Peniaga itu agak terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh datuk.

Ia termenung. Dengan nada suara yang lembut ia berkata; “Ramai orang yang berkata, seperti yang awak katakan itu.” Datuk tersenyum panjang. Datuk terus duduk di sisinya. Saya masih berdiri.

Peniaga itu mengajak datuk tidur di rumahnya dengan alasan ia mahu datuk bercerita, bagaimana lembaga putih itu boleh berkeliaran di kampungnya. Ia juga ingin tahu betulkah lembaga itu menjelma untuk mengawal kampung tersebut.

Datuk menolak permintaannya. Datuk juga berjanji padanya, satu hari nanti, datuk akan menceritakan padanya bagaimana lembaga putih tu boleh muncul. Peniaga itu puas hati dengan penjelasan datuk dan merestui perjalanan kampung ke rumah Alang Abdul Rauf.

Along Abdul Rauf sudah pun pulang kerja ketika kami tiba di rumahnya. Ia sudah menyediakan tilam dan bantal untuk kami. Macam selalu, sebelum tidur datuk akan melakukan sembahyang sunat. Mungkin kerana terlalu letih, Along Abdul Rauf tidak mahu bercerita panjang.

“Esok kamu ceritakan pada aku apa yang kamu alami,” kata Along Abdul Rauf. Saya merasa senang hati. Saya dapat tidur cepat. Sudah tidak tahan rasa menahan kelopak mata.

“Tak apalah Rauf, esok saja.”

“Tidurlah.” Alang Abdul Rauf meninggalkan kami.

GORENG

Pagi itu, kami sarapan pagi di anjung rumah Along Abdul Rauf. Goreng pisang yang disediakan oleh isterinya membuat saya makan dengan penuh selera sekali.

“Kamu jumpa?” Along Rauf memulakan ceritanya.

“Jumpa dan bercakap dengannya.”

“Apa katanya?”

“Aku saja yang bercakap tetapi dia diam juga.”

“Ah, kamu mempermainkan aku.” balas Along Abdul Rauf sambil ketawa panjang. Saya cuma tersenyum lebar. Seronok juga melihat orang tua berjenaka.

Tanpa diminta oleh datuk, Along Abdul Rauf terus bercerita berhubung dengan lembaga putih. Menurutnya, lembaga itu sudah lama muncul di tempat tersebut.

Beberapa orang pawang telah dipanggil untuk menghalaunya tetapi tidak berjaya. Penduduk di tempat tersebut terpaksa bertindak demikian kerana ramai penduduk yang terserempak dengan lembaga putih bila pulang malam. Malah, ada yang jatuh sakit.

“Saya rasa susah nak mencari orang yang boleh menghalaunya,” tercetus suara datuk.

“Kalau macam tu susahlah.”

“Tak susah satu masa nanti lembaga ini akan hilang dengan sendirinya, asalkan penduduk di situ selalu mengadakan pembacaan yasin secara beramai-ramai di masjid atau surau pada setiap malam Jumaat,” jelas datuk dengan tenang.

Datuk terus memberitahu Alang Abdul Rauf, lembaga putih itu ada hubungannya dengan orang kaya atau orang yang mula meneroka kampung tersebut. Orang kaya atau peneroka kampung tersebut memelihara sejenis makhluk untuk jadi pengapit dirinya atau untuk menjaga hartanya.

“Ilmu itu apa namanya?” Mendadak sahaja Alang Abdul Rauf bertanya.

“Setengah orang menyebutnya Pengapit dan setengah orang pula menyebutnya sebagai kembar” jelas datuk.

“Tujuannya baik, tentu tak salah?”

“Sebagal orang islam kenapa kita mesti minta pertolongan dari makhluk lain seperti syaitan atan jin, kenapa kita tidak memohon pertolongan dari Allah? Perbuatan begini sudah salah boleh memesongkan iktikad kita.”

“Tapi, kita mohon sesuatu yang baik untuk keselamatan diri dan Allah perkenankan,” Alang Abdul Rauf tidak puas hati.

“Bukankah Allah itu pemurah, apa yang diminta akan diberi tetapi, Allah memberikan fikiran pada kita untuk berfikir bagi memilih mana yang baik, Allah suka pada orang berfikir.” Sanggah datuk. Dan datuk bersedia melanjutkannya kalau Alang Abdul Rauf mahu berhujah tentang perkara itu.

“Kamu tahu tak, apakah makhluk pengapit dari jin dan syaitan atau sebagainya,” tanya Alang Abdul Rauf lagi.

“Boleh jadi kedua-duanya sekali,” pendek datuk menjawab.

“Hum,” keluh Alang Abdul Rauf.

Datuk terus menerangkan pada Alang Abdul Rauf, bila orang yang mengamalkan ilmu pengapit itu meninggal dunia. Pengapitnya akan berkeliaran mencari kerabat si mati yang mahu membelanya.

Andainya keluarga si mati itu tidak tahu simpati membela pengapit atau tidak mahu menyambung usaha si mati, pengapitnya berkeliaran ke mana sahaja di kawasan kampung yang pernah jadi tempat tinggal si mati. Pengapit itu akan menjadi penunggu kampung secara sukarela dengan harapan ada orang yang bersimpati untuk mengambilnya menjadi pengapit.

“Kamu tahu macam mana cara orang itu membela pengapitnya?” Cungkil Alang Abdul Rauf.

“Dia mengadakan kenduri, membaca doa tetapi, lebihan dari jamuan kenduri itu diambil diletakkan dalam niru lalu dicampakkan ke dalam hutan atau di bawah pokok besar.”

“Mana kamu tahu semuanya ni?”

“Aku pernah berdamping dengan orang yang membela pengapit tetapi, aku tak mengamalkannya kerana perbuatan ini bertentang dengan ajaran Agama Islam.”

“Hebat juga kamu ni?”

“Bagi aku, kita harus menyerahkan diri pada Allah minta perlindungan pada-Nya, buat apa yang disuruh, jauh dari kerja yang ditegahnya. Ajaran Islam kalau diikut dengan betul, kita selamat dunia akhirat.”

“Tetapi, ada orang campur-adukkan ajaran agama dengan ilmu dunia, campur dengan perkara tahyul, bagaimana pendapat kamu.”

“Itu cara yang salah dan tanggungjawab orang itu untuk berhadapan dengan Allah,” datuk tersenyum.

Biji mata Alang Abdul Rauf terbeliak bila datuk memberitahunya, jika datuk memasukkan segenggam tanah ke arah muka lembaga putih yang kosong itu, pasti lembaga itu akan mengikutnya dan akan menjadi hamba datuk sampai datuk mati.

“Bukan itu tujuan aku mencarinya, aku sekadar nak tahu saja. kalau aku tanya orang-orang kampung tersebut, aku mesti dapat tahu pengapit siapa lembaga putih itu, tapi kena makan masa yang panjang.”

“Tak usab buat kerja salah tu,” tahan Alang Abdul Rauf.

“Kalau kamu tak cakap pun, aku tak akan membuatnya.”

“Bagus, malam esok ikut aku ke kubur korek mayat,” pelawa Alang Abdul Rauf.

“Boleh juga,” jawab datuk pantas. Saya menarik nafas panjang.

Saya tinggalkan datuk dan Alang Abdul Rauf yang rancak berbual. Saya duduk berjuntai kaki di tangga, melihat pepohon yang berdaun lebat di halaman rumah Alang Abdul Rauf. Dari radio jiran tetangga Alang Abdul Rauf, saya menikmati lagu ‘Tak Mengapa’ dendangan A. Rahman Hassan yang popular ketika itu.

Hati saya jadi terhibur lalu menepuk tangan perlahan-lahan mengikut rentak irama lagu tersebut. Sesekali saya menyebutkan senikatanya. Memang, semua senikata lagu itu tidak dapat saya ingati. Tetapi, iramanya memang menarik, sambil mendengar lagu tersebut, saya cuba mengkhayalkan dalam kepala yang saya sedang mendendangkan lagu itu di atas pentas di hadapan ribuan para peminat.

Saya tersenyum bila menerima tepukan yang bergemuruh. Saya lalu menundukkan badan dan kepala membalas penghormatan itu. Saya bayangkan, ketika turun dari pentas saya terus dikerumuni oleh para peniinat, mereka hulurkan tangan untuk bersalaman, mereka lari beri autograf untuk ditandatangani. Ada yang beri baju dan sapu tangan untuk ditandatangani. Saya jadi lemas di tengah para peminat yang terdiri dari para belia.
Saya juga membayangkan gambar saya jadi bahan siaran majalah hiburan. Di mana-mana saya pergi, saya tetap disanjungi dan dihormati. Setiap hari saya membalas beratus-ratus surat perninat. Oh, seronoknya.

“Eb, kamu ini tak habis-habis dengan menung, berangan-angan,” datuk terus menepuk bahu kanan saya. Semua khayalan indah yang berbunga dalam kepala hancur punah. Saya renung mukanya dengan rasa kesal. Bukannya senang mahu membina satu khayalan yang menyeronokkan.

“Kamu ikut Alang Abdul Rauf pergi ke Kota Baru,” kata datuk.

“Tuk nak ke mana?”

“Aku nak jumpa dengan peniaga di pasar Batu Gajah.”

“Kalau macam tu, saya ikut tuk saja, tak seronok dengan Alang Rauf, saya tak begitu kenal dengannya tuk.”

“Jangan bantah cakap aku.” suara datuk mula keras. Dan Alang Abdul Rauf segera mendekati saya. Perlahan-lahan saya lagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali.

“Mari,” kata Alang Abdul Rauf. Saya tak ada pilihan. Terpaksa ikut cakap datuk dan mematuhi ajakan datuk.

Datuk, saya dan Alang Abdul Rauf meninggalkan rumah. Jalan bersaingan hingga sampai kepala simpang. Dari situ kami berpecah. Datuk menuju ke pasar Batu Gajah. Alang Abdul Rauf dan saya menuju ke tempat yang dirancangkan.

Seronok juga ikut Alang Abdul Rauf. Saya dapat pengalaman baru yang amat menyeronokkan. Melintasi ladang getah dan kawasan perlombongan yang amat luas. Tidak saya sangka Alang Abdul Rauf yang sudah tua, (saya kira usianya sekitar lima puluh tujuh) masih bertenaga mengayuh basikal
berbatu-batu. Saya yang membonceng di belakangnya perlu mengimbangkan badan supaya tidak berat sebelah.

Sesekali terpaksa angkat punggung, bila tayar basikalnya melanggar akar-akar getah yang berselirat di jalan kampung. Alang Abdul Rauf memberitahu, dia sengaja membawa saya melalui jalan tersebut, kerana jalan kampung itu merupakan jalan pintas yang terdekat untuk sampai ke Kota Baru, sebuah pekan kecil dalam daerah Kinta.

Sejam kemudian, kami sampai ke pekan kecil itu. Alang Abdul Rauf sandarkan basikal di pangkal pokok jati depan kedai kopi. Bahagian belakang baju Melayunya, saya lihat dibasahi peluh. Daging punggung saya terasa kebas dan sengal-sengal.

“Kita minum, rumah adik aku tak jauh Lagi,” kata Alang Abdul Rauf.

“Saya tak dahaga pakcik.”

“Tak dahaga pun, apa salahnya minum.”

“Tak payahlah pakcik.”

“Jangan begitu, datuk kamu tak marah, dia suruh aku bawa kamu, biar kamu tahu tentang keadaan orang di sini.”

“Hummmm,” ketuh saya lalu mengikutnya masuk kekedai kopi.

Alang Abdul Rauf minta dua cawan kopi. Sementara menanti kopi yang dipesan, Alang Abdul Rauf menatap akhbar Utusan Melayu yang memang disediakan okh pihak pekedai untuk para pelanggan yang datang minum. Saya lihat tidak berapa ramai orang yang minum dalam kedai tersebut.

Kebanyakannya sudab tua-tua belaka. Tetapi, mereka tetap bersikap ramah pada saya dan Alang Abdul Rauf. Mereka tidak kedekut untuk memberikan senyuman pada kami. Sikap mereka itu membuat saya gembira dan senang hati. Kopi yang dipesan pun sampai.

“Minumlah” kata Alang Abdul Rauf pada saya. Cepat-cepat saya anggukkan kepala lalu mendekatkan piring dan cawan ke tepi meja. Saya kacau air dalam cawan dengan sudu. Biar gula, kopi dan susu jadi sebati. Alang Abdul Rauf masih lagi menatap akhbar. Seolah-olah buat tidak kisah dengan air kopi yang dipesannya.

“Pak cik kenapa tak minum?” Tanya saya. Alang Abdul Rauf jatuhkan suratkhabar atas meja. Muka saya ditentangnya sambil menolak suratkhabar Utusan Melayu ke tepi. Saya terus mendermakan senyum padanya sambil mengangkat cawan untuk menghirup air kopi.

“Tamar.”

Cawan kopi saya letakkan atas meja kembali. Saya lihat Alang Abdul Rauf menekup kedua belah telinganya dengan telapak tangan. Matanya tertatap pada dada meja. Memang saya, tidak mengerti kenapa Alang Abdul Rauf berbuat demikian. Mungkin itu kebiasaan yang sering dilakukannya atau dia mengalami sakit telinga, saya membuat andaian yang tersendiri.

Alang Abdul Rauf terus menghirup kopi. Bahu kanan saya dicuitnya, menyuruh saya minum. Tanpa membuang masa, air kopi terus saya hirup. Rasa kering di anak tekak terus berakhir.

“Makan kuih,” kata Alang Abdul Rauf. Ia terus mengambil pulut udang dalam piring. Pembalut pulut udang dikoyakkannya dengan berhati-hati.

Sebelum pulut udang disumbat ke dalam mulut, pembalut bahagian atas dan bawah terus dibuang. Alang Abdul Rauf terus mengunyah pulut udang dan kemudian ditelan.

Saya terus mengambil kuih Seri Muka, bila kuih itu saya dekatkan ke mulut. Alang Abdul Rauf terus berdehem. Saya segera memandang padanya dengan ragu-ragu. Kenapa setiap kali saya mahu minum dan makan, Alang Abdul Rauf melakukan sesuatu.

“Kau tak baca bismillah,” Alang Abdul Rauf mengingatkan.

“Oh. terima kasih.”

Saya terus membaca bismillah. Kuih Seri Muka saya kunyah dengan rakus sekali. Alang Abdul Rauf tersenyum memandang pada saya. Beberapa orang pelanggan, masuk dan keluar dari kedai kopi. Matahari yang memancar garang di luar menghantar bahang panas ke dalam kedai.

Badan saya jadi berpeluh. Alang Abdul Rauf menghabiskan sisa-sisa kopi di cawan. Ia minta lagi secawan kopi. Jumlah pulut udang dalam piring terus berkurangan. Saya kira kopi dan pulut udang merupakan makanan dan minuman yang amat digemari olch Alang Abdul Rauf.

“Tamar, kau mahu mengamalkan petua orang tua-tua.”

‘Mahu pakcik.”

Alang Abdul Rauf kacau kopi dengan sudu berkali-kali. Sudu yang berlaga dengan bibir cawan melahirkan bunyi yang amat menyeronokkan bagi diri saya. Sebelum minum kopi, Alang Abdul Rauf menggosok-gosok rambutnya dengan telapak tangan. Kemudian baru ia minum dengan tenang.

“Apa petua yang pakcik nak cakapkan dengan saya?” 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

80. Mayat Berbau Wangi

"Begini," Alang Abdul Rauf menggosok-gosok badan cawan dengan jari kelingkingnya. Lagi sekali ia merenung ke kiri dan ke kanan. Ia menarik nafas panjang. Kesan air kopi yang melekat di bibir bawahnya terus dikesat dengan hujung jari telunjuk. Saya masih menanti, apakah petua-petua yang akan diucapkannya kepada saya.

"Begini Tamar, orang tua-tua kita dulu, banyak mengamalkan petua terutama bila berdepan dengan minuman dan makanan," Alang Abdul Rauf memulakan," petua tu digunakan untuk menjaga diri, mungkin makanan atau minuman yang diberi atau dihidangkan oleh orang lain pada kita, ada benda-benda bisa yang termasuk secara tidak sengaja," tambahnya dengan nada suara yang lembut.

Wajahnya nampak tenang sekali. Saya anggukkan kepala beberapa kali sambil merenung tangkai cawan.

"Apa dia petuanya pak cik?"

"Selalunya, orang menaruh guna-guna dalam minuman, juga makanan dengan tujuan untuk menjadikan seseorang tu bodoh, ada juga yang cuba menaruh racun," Alang Abdul Rauf membetulkan duduknya, supaya selesa.

"Cara pertama gunakan lidah untuk menjolok lelangit, kalau terasa geli, bolehlah minum dan makan benda yang dihidangkan, kalau tidak terasa apa-apa semacam kebas jangan makan atau minum, itu merbahaya," Alang Abdul Rauf meluahkan petua pertama. Saya mendengar dengan penuh minat.

"Lagi petua yang ketiga macam mana pula?"

"Sebelum makan atau minum, gosok rambut dengan telapak tangan, biasanya, jika rambut digosok terasa kesat dan mengeluarkan bunyi, jika tak dengan bunyi, jangan minum dan makan barang yang dihidangkan di depan kamu," Alang Abdul Rauf meluahkan semua petua yang diketahuinya pada saya.

Saya mengaru-garu batang leher yang gatal. Mata terus merenung ke setiap sudut kedai kopi. Saya kira petua-petua yang dikatakan oleh Alang Abdul Rauf itu memang baik untuk diamalkan.

"Tetapi, orang-orang muda sekarang mana mahu amalkan semua petua, Bismillah pun jarang dibaca bila mahu makan atau minum," kata Alang Abdul Rauf dan saya merasakan kata-kata itu, bagaikan menyindir diri saya sendiri. Muka Alang Abdul Rauf saya pandang sejenak.

"Tapi, aku yakin kamu selalu baca Bismillah setiap kali minum dan makan, bukan begitu Tamar?"

"Insya-Allah pak cik," balas saya dengan segaris senyum.

"Mari kita pergi Tamar."

Alang Abdul Rauf terus bangun. Ia menuju ke meja tuan punya kedai kopi. Alang Abdul Rauf bayar harga kopi dan kuih. Kedai kopi kami tinggalkan dan saya terus duduk di pelantar basikal menuju ke rumah adiknya yang terletak kira-kira sebatu dari kedai kopi tersebut.

ADIK

Tujuan utama Alang Abdul Rauf menemui adiknya untuk membincangkan tanah pusaka peninggalan orang tua mereka. Alang Abdul Rauf mahu menjual tanah pusaka itu pada orang lain.

Tetapi adiknya tidak setuju dengna alasan tanah pusaka itu mahu ditanam dengna pokok durian dan langsat. Sedangkan Alang Abdul Rauf berpendapat cara yang mahu dilakukan oleh adiknya itu tidak sesuai kerana kedudukan tanah itu jauh dan tidak pernah dijaga.

"Dari tanah tu terbiar ada baiknya kita jual, duitnya kita bagi sama, selama ni duit cukai tanah aku yang membayar hasilnya tak ada apa-apa," ujar Alang Abdul Rauf pada adiknya.

"Saya tak mahu jual, kalau abang jual juga, kita bukan lagi adik beradik," suara adiknya keras.

"Kalau sudah begitu kata kamu, tak jadilah aku nak jual tapi, cukainya kita bayar sama-sama."

"Abang saja yang bayar, saya mana ada duit, anak-anak saya ramai, bila saya ada duit nanti saya bayar."

"Itulah yang selalu kamu cakapkan, bila aku datang minta duit kamu lari," suara Alang Abdul Rauf meninggi. Adiknya terus membisu.

Mungkin kerana sifat penyabarnya, Alang ABdul Rauf tidak mahu menyebut-nyebut soal tanah pusaka dalam perbincangan berikut dengan adiknya. Anehnya, sebelum Alang Abdul Rauf pulang, adiknya meminta wang darinya. Alang Abdul Rauf hulurkan wang dua puluh ringgit pada adiknya.

"Itulah adik aku Tamar, namanya Mat Judin, susah mahu diajak berunding," bisik Alang Abdul Rauf pada saya, ketika turun dari rumah.

"Adik nombor berapa pak cik."

"Adik bongsu, yang dia tahu minta duit tak beri tarik muka, kerana tak mahu bergaduh dengan adik-beradik, terpaksa aku ikut cakapnya," terang Alang Abdul Rauf.

"Apa pendapat kamu tentangnya."

"Tak ada apa-apa pak cik," balas saya dengan senyum pendek. Saya tidak mahu melibatkan diri dalam urusan keluarga orang lain.

Kami tinggalkan rumah Mat Judin, ketika matahari sudah condong. Seronok naik basikal di bawah lindungan pokok-pokok getah. Terasa cukup redup dan selesa sekali. Peluh tidak sehebat tadi mercik di dahi dan tubuh. Alang Abdul Rauf cukup rancak bercerita tentang keluarganya. Saya cuma anggukkan kepala. Sesekali, saya ketawa, bila terdengar peristiwa lucu terjadi antara Alang Abdul Rauf dengan adik bongsunya.

Tiba-tiba, Alang Abdul rauf brek basikalnya dengan mengejut. Saya terpelanting ke tanah. Siku kiri saya berdarah kena tunggul getah. Dengan susah payah saya bangun. Pada mulanya saya mahu marahkan Alang Abdul Rauf tetapi, bila saya lihat dirinya terkial-kial ditindih basikal dan baju Melayu cekak musangnya koyak, saya tidak jadi marah.

"Kenapa pak cik," tanya saya.

"Tengok tu,"

"Ha," mulut saya ternganga. Kepala lutut saya terasa lemah. Seekor ular tedung sela memanggungkan kepalanya separas dada saya. Ular itu kelihatan seperti berdiri atas ekornya.

"Kamu jangan bergerak, Tamar," perintah Alang Abdul Rauf. Saya mematikan diri. Tegak macam patung.

Ular tedung selar itu menggerakkan kepalanya ke kanan mengikut gerakan tubuh Alang Abdul Rauf yang cuba mendirikan basikalnya. Ular tedung sela itu terus mematuk ke arah tubuh Alang Abdul Rauf. Anehnya patukan ular itu bagaikan tidak sampai ke tubuh Alang Abdul Rauf, macam ada sesuatu yang menghalangnya.

Ular tedung sela berhenti mematuk tubuh Alang Abdul Rauf . Basikal tua berjaya ditegakkan. Ular tedung sela masih berdiri dengan kepala yang terkembang.

Perlahan-lahan Alang Abdul Rauf membongkokkan badannya. Ular tedung sela turut merendahkan badannya dan bersedia untuk melepaskan patukan pada ubun-ubun kepala Alang Abdul Rauf.

Belum pun sempat ular tedung sela membenamkan siungnya yang bisa ke kulit Alang Abdul Rauf, saya lihat Alang Abdul Rauf terus melompat dengan sekelip mata sahaja, bahagian bawah kepala ular tedung sudah berada dalam genggamannya. Cepat-cepat Alang Abdul Rauf menekan siung ular tedung pada besi galang basikal.

"Kau ambil mangkuk getah dan tadah," perintah Alang Abdul Rauf. Saya segera mengambil mangkuk yang tersangkut pada pohon getah lalu menadah bisa ular tedung yang keluar. Badan ular terus melilit lengan Alang Abdul Rauf. Pada mulanya lilitan itu cukup kuat dan kejap. Sepuluh minit kemudian, lilitan ular tedung menjadi lemah dan badannya terus lurus ke bawah, tidak bermaya.

"Balik ke tempat kamu," kata Alang Abdul Rauf meletakkan ular tedung sela atas tanah. Beberapa minit kemudian, ular tedung sela itu menggerakkan ekornya beberapa kali. Panggungkan kepala separas lutut Alang Abdul Rauf untuk beberapa saat. Badannya direndahkan lalu melata atas bumi masuk ke dalam semak di sebelah kanan jalan.

"Buat apa bisa ular ni pak cik, tanya saya. Alang Abdul Rauf terus mengeluarkan botol kecil yang dibawanya. Ditutup dengan sapu tangan bewarna merah.

"Jarang-jarang dapat bertemu dengan ular tedung, entah macam mana petang ni, dia datang serah diri," Mukanya kelihatan kemerah-merahan.

"Buat apa bisa ular ni pak cik?" ulang saya lagi.

"Untuk menawarkan bisa ular," balasnya tersenyum.

"Naik, kita balik," gesa Alang Abdul Rauf pada saya. Ia terus menolak basikalnya atas jalan tanah merah. Tanpa membuang masa saya terus melompat atas lanting basikal. Kali ini Alang Abdul Rauf kayuh basikal dengan laju sekali. Rambut saya terus mengerbang ditolak angin.

"Pak cik saya nak tanya sikit?"

"Apa dia tamar."

"Tadi saya nampak ular tu patuk ke badan pak cik tapi macam tak sampai."

"Betul ke?" Alang Abdul Rauf macam terkejut.

"Ya, pak cik."

Alang Abdul Raud tidak menjawab, ia terus membongkok kayuh basikal. Langgar akar dan tanah keras. Saya terpaksa angkat punggung. Kalau tak buat macam itu, daging punggung saya terasa sakit dan mungkin juga lebam. Angin yang memukul tubuh membekalkan kesegaran.

"Lain kali saja perkara tu aku ceritakan pada kamu Tamar."

"Kenapa?"

"Tak usahlah kamu tanya kenapa."

"Bisa ular tu nak buat apa pula?"

"Kamu terlalu banyak bertanya," suara Alang Abdul Rauf mula meninggi. Saya tahu ia kurang senang dengan sikap saya. Buat beberapa ketika kami tidak bercakap. Bunyi rantai basikal tua yang tidak pernah ditaruh minyak menyakitkan anak telinga saya.

"Bisa ular itu, aku campurkan dengan minyak kelapa tulin kemudian aku hangatkan ke api hingga mendidih, isi dalam botol," tidak saya duga Alang Abdul Rauf mahu membuka rahsia kegunaan bisa ular yang diambilnya sebentar tadi. Saya tersenyum dan memasang telinga untuk mendengar keterangan lanjut darinya.

"Lepas tu pak cik buat apa?"

"Aku jadikan minyak untuk menyapu seluruh badan, bila mahu tidur malam, dengan izin Allah jika kita kena patuk ular bisanya terus tawar, kadang-kadang ular tidak mahu mematuk kita, kecuali ular yang betul-betul ganas."

"Macam ular tadi."

Alang Abdul Rauf terus anggukkan kepala. Badannya terus membongkok kayuh basikal.

"Selain dari itu, apa khasiatnya lagi."

"Boleh menghilangkan sakit-sakit lenguh sendi, terkehel dan penawar bisa binatang."

"Macam tu, barulah saya tahu."

"Datuk kau tak cakap dengan kau."

"Tidak."

Alang Abdul Rauf terbatuk. Basikal terus dikayuh dengan tenaga tuanya. Bau peluhnya terasa hangit menyucuk lubang hidung saya. Baju dibahagian ketiaknya basah dengan peluh. Dedaun getah yang tua terus berguguran. Melayang-layang di udara sebelum tersadai di tanah.

"Kalau macam tu, kenapa pak cik tak tangkap ular dan ambil bisa untuk dijadikan ubat, jual pada orang ramai macam tukang-tukang ubat kaki lima buat," soal saya. Alang Abdul Rauf memperlahankan laju basikalnya.

"Tak boleh, kita tak boleh tangkap sebarang ular bisa, kecuali ular yang betul-betul garang dan menyerang kita, macam ular tadi. Kalau sengaja kita tempah cari ular bisa, perkara tu tak mahu menjadi," terang Alang Abdul Rauf dalam keadaan yang mengah.

Ia terus menyapu peluh di dahi dengan telapak tangannya. Saya terus melihat pepohon getah yang kaku. Dua tiga ekor kera berlompatan di dahan getah, memulas dan membuang buah getah muda.

"Lagi satu ubat macam tu, tak boleh dijual, kalau dijual mujarabnya kurang, malah tak datang kesan langsung, kita boleh menyimpannya dan menggunakannya untuk orang yang benar-benar memerlukan pertolongan, kalau dijadikan punca rezeki, ia tak mahu menjadi, silap-silap caranya kita dituduh orang, jadi penipu." lanjut Alang Abdul Rauf penuh semangat. Saya terus diam.

Apa yang saya fikirkan dalam kepala, macam mana Alang Abdul Rauf tahu kegunaan bisa ular itu. Apakah sebelum itu ia pernah kena patuk ular bisa atau memang sejak dulu lagi, ia ada ilmu ular.

"Agaknya pak cik ada ilmu ular?" Saya memberanikan diri bertanya. Soalan saya tidak dijawabnya untuk beberapa minit. Saya tidak berani mengulanginya, saya takut kena marah. Saya biarkan ia mengayuh basikal dengan tenang.

"Tak ada ilmu, memang aku tak tahu ilmu ular, cuma setiap kali berhadapan dengan ular aku baca Bismillah, kemudian amalkan petua orang tua-tua bersama dengan rasa yakin dan berani, tidak melupai kebesaran ALLAH."

"Apa dia petuanya."

"Bila kamu jumpa kulit ular mahu bersalin kulit, ambil kulitnya itu, bawa pulang dan bakar, abunya kamu isi dalam buluh kecil, bila kamu masuk hutan yang kamu fikirkan terdapat ular bisa bawalah buluh tu, dengan izin Allah, ular datang ke kaki kamu menyerah diri. Kamu jangan buat apa-apa, bacalah Bismillah dan tangkap ular itu, letakkan ke tanah sebelah kanan tempat kamu berdiri." Alang Abdul Rauf berhenti bercakap. Ia menelan air liur dua tiga kali. Bau peluhnya bertambah hebat.

"Biarkan ular itu pergi, kalau ular tu tak mampu bergerak kerana terkena sumpah kulitnya, kau mesti meletakkan di tempat yang kamu fikirkan ia boleh bergerak. sebaik-baiknya cari pucuk gelenggang letakkan atas kepalanya, kamu dapat tengok ular itu lari macam pelesit," tokok Alang Abdul Rauf sambil batuk.

"Berani kamu membuatnya Tamar?"

"Tak berapa yakin."

"Kalau tak yakin, jangan cuba-cuba melakukannya nanti kamu terima padah, lagipun petua ni ada ujiannya, bila kamu bawa kulit ular dalam buluh, macam-macam ular yang tak pernah kamu lihat akan kamu lihat."

"Ular macam mana tu pak cik?"

"Ular kepala dua, kadang kepala tiga, ada masanya kamu jumpa ular bertanduk, kalau kamu takut, petua tu tak akan menjadi."

"Kalau saya berjaya macam mana pak cik?"

"Kamu boleh jadi macam aku, bila jumpa ular yang garang macam tadi ambil bisanya dan buat seperti apa yang aku katakan," Alang Abdul Rauf menoleh ke arah saya bersama senyum sinis.

Saya tahu, ia semacam memperkecilkan kemampuan diri saya. Sesungguhnya, saya tidak minat sama sekali untuk jadi macam dirinya. Tetapi saya seronok melihat kejadian-kejadian yang aneh dalam hidup saya. Saya bercadang minta kebenaran dari datuk untuk tinggal lebih lama dengan Alang Abdul Rauf, saya mahu berkongsi pengalaman dengannya. Saya yakin tidak ramai orang-orang tua yang ada ilmu dan petua dalam dada seperti Alang Abdul Rauf.

Kalau saya tidak mahu mengambil petua darinya, apa salahnya melihat dirinya mengamalkan petua itu. Setidak-tidaknya akan jadi bahan cerita anan cucu saya, betapa orang-orang tua terdahulu mempunyak keistimewaan yang tersendiri.

RUMAH

Lebih kurang pukul empat petang, saya dan Alang Abdul Rauf sampai ke rumah. Saya lihat datuk duduk menongkat lutut atas pelantar di bawah pohon mempelam membaca akhbar dengan tenang.

"Macam mana, semuanya berjalan dengan selamat." tanya datuk pada Alang Abdul Rauf yang sedang menyandarkan basikal tuanya di tiang rumah.

"Semuanya selamat, kalau tak selamat aku dan cucu kamu tak sampai ke sini," sahut Alang Abdul Rauf dalam nada suara yang meninggi. Datuk melipatkan akhbar yang dibaca. Saya terus menghampirinya dan duduk disisinya.

Beberapa minit kemudian Alang Abdul Rauf datang ke pelantar dan duduk di sebelah kanan saya. Datuk terus meraba-raba dagunya.

"Apa yang cucu aku dapat ikut kamu Alang?"

"Banyak yang dia dapat, kamu tak percaya cubalah tanya dirinya sendiri."

"Betul ke ni Alang atau nak bergurau saja," tingkah datuk dan mereka ketawa berderai di bawah sinar matahari petang yang cerah.

"Eh Tamar kau cakapkan pada datuk kamu, apa yang kamu tengok dan masa kamu ikut aku," Alang Abdul Rauf merenung mata saya. Datuk menggaru-garu pangkal telinganya.

"Cakaplah Tamar," Alang Abdul Rauf seperti mendesak.

"Tak payah Tamar cakap pun aku dah tahu, kamu bawa balik bisa ular tedung Alang," Saya lihat muka Alang Abdul Rauf berubah. Ia terkejut besar. Memang ia tidak menduga yang datuk tahu apa yang telah terjadi.

"Mana kamu tahu?" tanyanya cemas.

"Hidung aku dapat menciumnya," balas datuk.

"Bukan hidung, tetapi pancaindera yang kelima memberitahu aku."

"Kamu memang manusia aneh."

"Tak aneh, tetapi aku mengamalkan pantang larang dan petua orang tua-tua," suara datuk merendah. Alang Abdul Rauf termenung panjang. Membiarkan angin petang menyentuh wajahnya. Saya mengeliat dua tiga kali.

"Sengaja aku suruh si Tamar ikut kamu, biar dia tahu setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya, aku tak suruh dia ikut saja, semuanya sudah aku kira dan perhitungkan," datuk membuka rahsia.

"Jadi, semuanya sudah kamu rancang." tanya Alang Abdul rauf.

"Ya, bila kamu sebut kamu nak pergi jauh, aku segera terfikir untuk menyuruh Tamar menemani kamu, aku tahu kamu bukan sebarang orang, setidak-tidaknya Tamar dah tahu kamu memang handal melemahkan ular berbisa.

"Kamu memang bijak, cara kamu mengajar cucu kamu supaya menghargai kehebatan orang tua-tua memang tidak terasa."

"Entahlah," datuk terus menepuk pangkal pahanya berkali-kali.

Saya terus bangun dan menggeliat, tidak lama kemudian terdengar suara azan asar. Kami bertiga segera bangun. Menuju ke rumah. Saya basuh muka dan kepala. Datuk tukar baju dan Alang Abdul Rauf tergesa-gesa mandi.

Kami pun menuju ke masjid untuk berjemaah. Selesai berjemaah Alang Abdul Rauf mengajak saya dan datuk meninjau ke kawasan tanah perkuburan yang sudah dikosongkan. Tidak lama lagi kawasan itu akan menjadi kolam lombong.

"Kawasan sebelah sana, kubur-kuburnya masih belum diubah."

Alang ABdul Rauf berdiri di bawah pohon gajus. Tangannya mengarah ke kawasan perkuburan yang penuh dengan susunan batu nisan dalam pelbagai aneka bentuk. Pokok-pokok yang tumbuh di situ, seolah-olah menjadi payung pada perkuburan dan batu nisan. Sinar matahari bagaikan tidak menyentuh tanah kubur.

"Kubur yang kamu korek tu sebelah mana?" Tanya datuk pada Alang Abdul Rauf, saya lihat Alang Abdul Rauf membetulkan songkok putihnya yang senget di kepala. Ia menarik nafas panjang.

"Saya korek sebelah kiri kawasan kubur yang kita nampak ni, lepas tu baru sebelah kanan. Semua kawasan kubur orang Islam ini penuh dengan bijih," tangan kanan Alang Abdul Rauf terus cekak pinggang merenung kawasan-kawasan yang disebutnya.

"Sejak kamu korek kubur, kamu tak jumpa dengan perkara-perkara yang ganjil Alang?" Saya lihat Alang Abdul Rauf tersenyum sumbing mendengar pertanyaan dari datuk. Saya terus garu kepala dalam keresahan yang tidak menentu.

"Setakat ini, dengan izin Allah tak ada perkara buruk yang aku alami," jawab Alang Abdul Rauf.

"Syukur, tetapi sikit-sikit tu ada," datuk buat serkap jarang.

Saya terus menggosok-gosok pangkal hidung. Alang Abdul Rauf merenung wajah datuk.

"Perkara tu ada juga, umpamanya jumpa perempuan cantik berjalan dekat pokok besar, jumpa musang yang bertukar menjadi kucing," satu pengakuan dari Alang Abdul Rauf yang tidak berselindung. Tidak saya duga serkap jarang datuk menjadi tepat.

"Itu syaitan nak menguji kamu," celah datuk.

"Aku pun fikir begitu juga, aku dan kawan-kawan buat tak kisah, harimaukah, perempuan burukkah, kami tak peduli akhirnya benda-benda tu semuanya terus hilang," Alang Abdul Rauf terus ketawa.

Dari pinggir kawasan kubur, kami menyusur ke kanan menuju ke kaki bukit, melihat kebun-kebun getah yang bakal jadi lombong. Bergerak lagi melalui kawasan dusun yang penuh dengan pohon kelapa, durian dan langsat, semuanya tidak boleh bertahan lama di situ. Dalam sedikit masa lagi kawasan durian itu akan menjadi lombong yang memuntahkan bijih dari perut bumi.

Saya dapat membayangkan dalam tempoh dua tiga tahun lagi, kawasan sekitar akan menjadi lapang. Penuh dengan pepasir dan saujana mata memandang. Dan kawasan tempat yang kami lalui sekarang, tidak mungkin dapat dikesan. Kami terus berjalan. Terasa segar dan menyenangkan kerana hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa.

"Ke mana lagi kamu nak bawa aku Alang?" Tanya datuk.

"Tak ke mana-mana, kita pergi ke sungai dari situ kita terus pulang.

"Sungai tu ada ikan tak?"

"Ada, kenapa? Kau nak memancing," Alang Abdul Rauf renung muka datuk. Mereka berbalas senyum.

"Kalau ada ikan, aku nak menjala," ujar datuk.

"Itu satu cadangan yang baik, aku juga nak ikut kamu menjala."

"Bila kita nak menjala?" Datuk renung muka Alang Abdul Rauf yang sedang mengerutkan dahinya.

"Nanti dua tiga malam lagi."

"Boleh juga, kalau aku tak ubah rancangan, memanglah aku nak duduk dua tiga hari di sini," datuk menelan air liur. Kami terus melangkah. Akhirnya sampai ke rumah.

Seronok rasa hati, setelah penat berjalan. Isteri Alang Abdul Rauf menyediakan kopi dan goreng pisang panas. Saya terus makan dengan lahapnya. Lepas makan dan minum kopi, datuk terus berborak dengan Alang Abdul Rauf di serambi rumah hingga menjelang waktu Maghrib. Entah apa yang mereka cakapkan saya tidak berminat mahu mendengarnya. Bukannya menarik sangat cerita orang tua-tua.

KUBUR

Malam itu lepas sembahyang Isyak, datuk dan Alang Abdul Rauf terus berwirid hingga jam sepuluh malam. Sebaik sahaja wirid berhenti, kawan-kawan Alang Abdul Rauf yang mengorek kubur terus datang dan duduk di serambi. Saya kira jumlahnya lebih kurang enam orang. Semuanya berbadan tegap tetapi, wajah mereka nampak tenang dan berani untuk menghadapi dugaan dan rintangan.

Datuk dan Alang Abdul Rauf berbincang, sejenak, tanpa saya duga perbincangan mereka, kerana mahu membawa saya ikut sama rombongan menggali kubur. Alang Abdul Rauf menggalakkan datuk supaya membenarkan saya ikut serta dalam rombongan menggali kubur. Datuk patuh dengan cadangan Alang Abdul Rauf.

Pukul sepuluh lebih, kami meninggalkan rumah menuju ke tanah perkuburan yang sunyi dan seram. Saya terdengar bunyi suara burung hantu sayup-sayup, saya juga terdengar desiran angin malam menyentuh dedaun getah yang memagari kawasan perkuburan.

Bunyi dedaun yang disentuh angin itu melahirkan suara yang menakutkan, ada masa terdengar seperti orang menangis dan ada masa pula terdengar macam bunyi orang ketawa yang tidak putus-putus.

Dari sinaran lampu picit, saya melihat batu-batu nisan tegak kaku. Malah ada yang nampak berkilau-kilau kena cahaya lampu picit. Katak-katak puru melompat di kaki membuat saya terperanjat. Bagi saya tidak menghadapi masalah yang sukar berjalan di situ kerana saya di barisan tengah.

Kepala jalan Alang Abdul Rauf, dituruti oleh orang kanannya. Kemudian datuk, diri saya dan kawan-kawan Alang Abdul Rauf. Menurut Alang Abdul Rauf yang jadi pembantunya cuma tiga orang sahaja yang lain cumma ikut-ikut sahaja, mereka mahu menggeletar kerana kesejukan.

"Kita korek dua kubur malam ni, kau sebelah kanan dan aku korek kubur ini," Alang Abdul Rauf memberitahu kawannya yang sedang berusaha menyalakan api gasolin. Seluruh kawasan yang mahu dikorek terang-benderang tetapi, cahaya gasolin tidak mampu menghalau nyamuk yang memang dahagakan darah manusia.

Suasana di situ mula dikuasai dengan bunyi cangkul dan menyebak membongkar tanah kubur. Tanah-tanah yang segar bertimbun sedikit demi sedikit lalu membentuk sebuah bukit kecil. Suara jampuk dan burung hantu bersahut-sahutan, angin menjatuhkan reranting kering yang bunyinya macam orang berjalan. Terdengar juga salakan anjing yang bertalu-talu dan berpanjangan. Saya melihat malam yang pekat bersama titik-titik embun dari langit.

Ada seribu macam bunyi yang datang ke telinga saya. Semuanya membuatkan bulu tengkuk saya tegak. Terdengar juga suara seakan-akan orang menangis. Bila saya renung ke arah yang tidak kena cahaya lampu gasolin. Saya lihat nisan yang tadi kaku, macam bergerak-gerak. Saya lihat datuk masih duduk dengan tenang.

Bila kubur yang digali oleh Alang Abdul Rauf sampai separuh, saya mula terhidu bau wangi macam kasturi. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

81. Dicakar Kucing Hutan.

DI bawah sinar lampu gasolin yang cerah, saya tatap wajah datuk. Datuk nampak tenang menarik dan melepaskan nafas. Alang Abdul Rauf terus menggosok batang cangkul dengan sepasang telapak tangannya. Kawan-kawannya terus menggali kubur dengan rancak sekali. Bau wangi terus menguasai tanah perkuburan.

Saya terus mendekati datuk.

“Bau apa yang wangi tu tuk?”

“Ada mata tengok, ada telinga dengar.”

Jawapan yang datuk hamburkan itu amat mengecewakan diri saya. Suara cengkerik dan katak terus berlarutan. Angin yang bertiup membekalkan rasa dingin ke seluruh tubuh. Bunyi mata pencebak dan cangkul berlaga dengan tanah jelas kedengaran. Suara burung hantu dan jampuk sayup-sayup kedengaran.

Salah seorang dari kawan Alang Abdul Rauf menghampiri kami. Badannya nampak peluh dan saya terhidu bau hangit yang meloyakan tekak. Saya paling hidung saya ke arah lain. Tetapi bau hangit itu tetap memburu hidung saya.

“Lap peluh kamu.”

Alang Abdul Rauf mencampakkan kain padanya. Orang itu terus menyapu peluh yang melekat di badan. Ia tersenyum ke arah saya. Ia bagaikan tahu yang saya tidak menyenangi dirinya.

“Dah jumpa tulang orang mati?” Alang Abdul Rauf mengajukan pertanyaan padanya. Orang itu tidak menjawab, Ia mencapai botol air sejuk di hujung lutut Alang Abdul Rauf.

Saya lihat buah halkumnya bergerak kencang ketika ia meneguk air dari dalam botol. Kulit perutnya juga turun bergerak-gerak. Sebahagian dari air yang tidak masuk ke mulutnya terus jatuh atas dada bidangnya yang berbulu lebat. Ia berhenti minum. Botol diletakkan kembali dekat hujung lutut Alang Abdul Rauf.

“Kali ni bukan jumpa tulang,” katanya sambil menyapu kesan air yang melekat di bibirnya. Saya angkat kepala merenung muka datuk yang kelihatan terkejut. Alang Abdul Rauf menujah-nujah permukaan tanah dengan ranting kayu.

“Kalau bukan tulang, kamu jumpa apa?” tanya datuk.

“Mayat tak reput.”

“Mayat tak reput?” Alang Abdul Rauf terus berdiri.

“Ya bau wangi ini, datangnya dari mayat tu,” orang itu tersenyum. Muka Alang Abdul Rauf nampak resah. Datuk terus menggigit kuku di jari. Saya teraba-raba batang leher beberapa kali. Badan terasa seram.

“Aku dah agak bau wangi tu dari kubur yang digali, waktu aku menolong kamu menggali tadi, makin jauh dikorek makin kuat bau tu menyumbat hidungku,” Alang Abdul Rauf bersuara lemah. Ia merenung muka datuk sejenak.

“Aku berhenti mengorek tadi kerana pinggang aku terasa sakit, dan terus duduk dekat kawan aku ni tapi, bau wangi tu sampai ke sini,” tambah Alang Abdul Rauf sambil menggeliat beberapa kali.

“Eloklah kita tengok Alang,” datuk mengeluarkan cadangan. Alang Abdul Rauf mengekori langkah mereka yang tenang menuju ke kubur yang jaraknya dari tempat saya dan datuk, kira-kira sepuluh kaki. Datuk dan Abdul Rauf jengok ke lubang kubur. Kawan Abdul Rauf yang berbadan tegap bercekak pinggang merenung ke arah kawannya yang sedang berhempas-pulas mengorek kubur yang lagi satu.

Tiba-tiba saya bagaikan dipaksa untuk melihat ke dalam kubur. Tanpa memberitahu datuk dan Alang Abdul Rauf saya jenguk lubang kubur. Saya menarik nafas. Apa yang saya lihat ialah mayat seorang lelaki dalam keadaan yang baik. Wajahnya nampak bersih dalam keadaan yang tersenyum. Alang Abdul Rauf segera menyuruh kawannya mengambil kain untuk menutup mayat dalam lubang kubur. Perintah Alang Abdul Rauf segera dipatuhi.

“Sekarang kamu pergi ke balai polis, laporkan perkara ni pada tuk sarjan,” kara Alang Abdul Rauf pada kawannya. Tanpa sebarang bantahan kawannya terus meninggalkan kami, meredah malam menuju ke arah jalan raya pergi ke balai polis. Embun jantan yang gugur dari langit terasa menyentuh muka.

Saya mula menguap, bau tanah kubur yang baru dikorek memang kurang menyenangkan hidung saya. Sesekali saya tercium bau kapur barus dan bau air mawar. Saya tidak tahu, apakah bau tersebut tercium oleh datuk dan Alang Abdul Rauf. Bunyi dedaun yang disentuh angin bagaikan bunyi tapak kaki orang memijak daun getah di musim kemarau. Bunyinya bersambung-sambung.

“Dah kurang bau wanginya,” ujar Alang Abdul Rauf pada datuk yang sedang meraba-raba misainya. Mulut datuk tetap bergerak. Entah apa yang dibacanya saya sendiri pun tidak tahu.

“Ya, tapi bau ni takkan hilang terus,” sanggah datuk.

“Mana awak tahu?”

“Bukankah bau tu datang dari mayat, waktu begini bau kurang, menjelang subuh dan pagi baunya bertambah harum dan kuat,” jelas datuk lagi.

“Eh, macam mana awak tahu semuanya ni?” Alang Abdul Rauf tatap muka datuk di bawah sinar lampu gasolin yang memancar terang. Saya terus merenung ke arah kawan Alang Abdul Rauf yang sedang menggali kubur yang lagi satu.

Sesekali saya terdengar suara mereka ketawa berselang seli dengan suara batuk. Barang kali kawan Alang Abdul Rauf yang itu tidak menghadapi masalah. Kalau ada masalah terus mereka datang ke sini, kata hati saya sambil menggaru pangkal leher yang gatal akibat digigit nyamuk.

“Awak tahu makin terasa cuaca sejuk, makin kuat baunya, saya dah tahu, sebabnya dalam cuaca yang sejuk udara tidak dapat bergerak dengan lancar, sentiasa berpusing-pusing sebelum bergerak lebih jauh,” saya lihat datuk bersuara dengan tenang dan penuh keyakinan.

Apakah cakap datuk itu memang benar atau sengaja di ada-adakan bagi menyenangkan hati Alang Abdul Rauf. Saya lihat Alang Abdul Rauf anggukkan kepala. Setuju dengan apa yang diucapkan oleh datuk. Saya menggeliat, menghilangkan rasa lenguh di pinggang. Rasa seram tetap menguasai seluruh badan saya.

“Pak Alang ke mari.”

Serentak kami memandang ke arah suara memanggil nama Alang Abdul Rauf. Dua orang lagi kawan Alang Abdul Rauf yang bersandar pada sebatang pokok terus mendekati datuk. Saya lihat muka keduanya sangat pucat.

“Kamu ke mana? Diam tak bercakap,” Alang Abdul Rauf menyoal kedua-dua orang kawannya dengan wajah bersahaja.

PUTUS

Suara burung hantu dan jampuk masih berterusan. Laungan anjing tidak pernah putus. Tetapi, deru angin malam bertambah lemah.

“Kamu tengok apa yang dia orang mahu. Tolong dia orang, kalau ada apa-apa masalah datang bagi tahu aku di sini,” Alang Abdul Rauf mengeluarkan penintah.

“Baiklah Pak Alang,” kedua-duanya meninggalkan kami.

“Mari kita duduk di sana,” Alang Abdul Rauf meluruskan jari kelingkingnya ke arah sebatang pokok kayu condong.

“Boleh juga, datuk.

“Mari.”

Kami bertiga terus menuju ke pokok condong. Duduk di situ. Datuk dan Alang Abdul Rauf duduk berdekatan hingga berlaga bahu. Saya duduk berdepan dengan mereka. Saya lihat datuk resah tidak menentu.

Dalam saat yang sama saya bagaikan terasa ada sesuatu yang bergerak di ruang kosong, antara saya dengan Alang Abdul Rauf. Saya rasa benda yang bergerak dan tidak dapat dilihat itu seperti kaki gajah. Dedaun kering dan reranting kecil nampak bergerak dan terbenam di bumi macam dipijak sesuatu. Meninggalkan tapak yang besar. Bentuknya macam tapak kaki manusia yang berjari empat.

Alang Abdul Rauf segera bangun. Sebaik saja Alang Abdul Rauf berdiri. Ia terus jatuh terlentang macam ditolak sesuatu, baju Melayu yang dipakainya terkoyak bagaikan kena rentap oleh tangan manusia. Saya segera menghampiri Alang Abdul Rauf. Dadanya bercalar bagaikan dicakar oleh kuku kucing hutan. Muka Alang Abdul Rauf berkerut menahan kesakitan.

Datuk segera bertindak, merentap daun gelenggang yang berbunga tunggal di kanannya. Daun itu digosoknya dengan kedua belah telapak tangan hingga hancur dan mengeluarkan air. Kemudian, air dan daun gelenggang itu disapu ke dada Alang Abdul Rauf. Darah berhenti keluar dan bekas kena cakar itu nampak kering.

“Aduh!”

Saya terus berguling di tanah. Bahu kanan saya bagaikan ditikam dengan pisau belati. Pedih dan sakitnya hingga tidak terkata. Dalam pandangan yang berpinar-pinar itu, saya lihat datuk bergerak ke sana dan ke sini sambil mengembangkan tangannya. Menepis ke kiri dan ke kanan. Tidak tahu apa yang datuk tepiskan. Saya tidak nampak ada orang yang menyerangnya. Pokok-pokok kecil sekitar pokok condong jadi rata akibat dipijak oleh datuk.

Alang Abdul Rauf mula bertenaga. Duduk bersila di tanah sambil melagakan jari telunjuk dengan ibu jari berkali-kali seperti orang membilang tasbih. Pandangan saya jadi gelap dan saya terdengar suara orang membaca Quran. Saya mengikut pembacaan itu dalam hati sambil menyerahkan diri pada Allah yang maha besar. Saya terdaya membuka kelopak mata. Saya toleh ke kanan, saya lihat Alang Abdul Rauf sedang membaca ayat-ayat suci.

Datuk yang tertiarap di bumi bangun perlahan-lahan. Sekujur tubuhnya berpeluh dan baju yang dipakainya penuh dengan tanah kubur. Alang Abdul Rauf berhenti membaca ayat-ayat suci dan membantu datuk. Saya masih lagi terkapar menahan rasa sakit. Datuk menghampiri saya lalu menampar bahu saya yang sakit. Lagi sekali saya terus pengsan. Tidak tahu berapa lama saya tidak sedarkan diri. Bila saya sedar saya rasa bahu saya tidak sakit lagi.

Datuk terus mengikat ranting kering dengan kain hitam. Ranting kering itu ikat bersusun. Ranting kering yang sudah diikat itu terus dipijak hingga terbenam dalam bumi. Suasana terasa amat sepi sekali.

“Syaitan kacau kita,” Alang Abdul Rauf.

“Saya tahu,” balas Alang Abdul Rauf.

“Apa ikhtiar kita?”

“Usah bimbang, kuasa Allah tak ada sesiapa yang dapa menentangnya,” balas Alang Abdul Rauf penuh keyakinan.

“Aghhhhh”

Serentak saya dan Alang Abdul Rauf serta datuk menoleh ke kanan. Kami terbangun. Dari celah pepohon di atas perkuburan kami terlihat satu lembaga yang amat menggerunkan, lembaga tanpa badan itu bagaikan muncul dari pohon. Kami berpandangan sama sendiri. Mata saya kembali tertumpu pada lembaga tersebut. Keadaannya amat menakutkan.

Mulutnya cukup lebar hingga bertemu dengan telinga. Bibir bawahnya nipis di pagar dengan gigi yang halus dan putih, macam gigi ikan haruan. Biji matanya agak tersorok jauh ke dalam, memancarkan sinar yang garang.

Datuk menarik nafas dengan kencang sekali. Alang Abdul Rauf toleh kiri dan toleh kanan. Kulit mukanya nampak pucat. Perhatian saya masih tertumpu pada lembaga tanpa badan. Rambutnya yang kusut masai menutup dahinya yang luas dan terdapat bekas jahitan hingga ke pangkal leher.

Kulit pipinya nampak lembik ke kanan dan ke kiri bersama gerak darah segar. Hidungnya rasa sama dengan kulit pipi. Bila matanya yang kebiru-biruan menatap muka saya seluruh badan saya menggeletar.
Bibir Alang Abdul Rauf membaca ayat Qursi lembaga itu membuka mulutnya lebar-lebar serta menjelirkan lidahnya yang panjang macam lidah cicak. Setiap kali lidahnya bergerak, keluar air lendir berwarna putih.

Alang Abdul Rauf terus membaca ayat-ayat suci. Saya terdengar bunyi ombak yang kuat. Aneh sekali, macam mana suara ombak boleh terdengar di tanah kubur sedangkan laut berpuluh-puluh batu jaraknya. Dalam gemuruh bunyi ombak itu lembaga yang berada di depan kami terus hilang.

Suasana kembali tenang. Tiada deru ombak, tiada lembaga putih tanpa kepala di depan mata. Tetapi, keresahan tetap terbayang di wajah Alang Abdul Rauf dan datuk. Mata mereka sentiasa saja mengawasi kiri dan kanan. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk.

“Rasanya tak ada apa-apa yang nak ganggu kita,” datuk renung muka Alang Abdul Rauf. Perlahan-lahan Alang Abdul Rauf anggukkan kepala.

“Tapi, rasanya ada baik kita tinggalkan tempat ini,” suara Alang Abdul Rauf lemah. Matanya tertumpu ke arah kawan-kawannya yang sudah berhenti menggali kubur.

“Kita ke sana, tengok apa yang dia orang dapat,” tambah Alang Abdul Rauf.

“Mari,” Alang Abdul Rauf cuit bahu datuk.

“Boleh juga,” balas datuk.

Sebelum melangkah saya merenung arah kubur yang sudah digali. Teringin rasa hati mahu melihat mayat yang tidak reput dan berbau wangi. Tidak mungkin saya pergi ke situ sendiri tanpa ditemani oleh datuk dan Alang Abdul Rauf.

“Mari,” datuk tarik tangan saya. Sinar lampu gasolin terus menerangi kawasan kubur. Sayang, sinar lampu tersebut tidak mampu menerangi jalan yang bakal kami lalui. Terpaksa menggunakan lampu picit.

Bila sudah hampir dengan kubur yang digali oleh kawan-kawan Alang Abdu Rauf lampu picit tidak perlu digunakan lagi kerana sinar lampu gasolin yang terpasang di tempat mereka bekerja cukup terang.

Apa yang menghairankan saya, kawan-kawan Alang Abdul Rauf yang berhenti rehat dan menggali kubur itu menutup hidung mereka dengan kain yang diikat ke belakang. Saya tersenyum melihat cara mereka yang sekaligus mengingatkan saya pada filem cowboy dalam adegan rompakan.

“Awak ada tercium bau busuk?” tanya datuk pada Alang Abdul Rauf.

“Ada, dahlah busuk hapak pula,” Alang Abdul Rauf seperti merungut.

LUBANG

Kian hampir dengan kawan-kawan Alang Abdul Rauf, makin kuat bau busuk itu menyucuk lubang hidung. Saya tidak dapat menggambarkan bau busuk itu. Saya bagaikan mahu muntah tetapi, saya berusaha menahannya dengan menekan ibu jari ke pangkal dagu hingga terasa sakit.

“Dari mana bau busuk ini?” Alang Abdul Rauf menyoal kawan-kawannya. Salah seorang dari kawan Alang Abdul Rauf meluruskan jari telunjuknya pada pada tanah kubur yang bertimbun.

“Dah jumpa tulang mayat?” tambah Alang Abdul Rauf.

Serentak kawan-kawannya gelengkan kepala. Datuk dan saya hanya berdiam diri saja.

“Kita tak boleh lambat, kita mesti selesaikan segera,” Alang Abdul Rauf bersuara dalam nada yang penuh kesal. Kawan-kawannya berpandangan sama sendiri. Angin tetap bertiup. Suara lolong anjing kian menjadi-jadi. Suara jampuk dan burung hantu tetap rancak bersenandung riang. Saya menggaru batang leher dua tiga kali. Datuk memetik beberapa daun pokok yang berdekatan. Saya tidak tahu kenapa datuk memetik dedaun tersebut.

“Mari kita korek,” Alang Abdul Rauf ambil cangkul dari salah seorang kawannya.

“Kami bukan tak mahu korek, kami tak tahan dengan bau busuk,” kawan Alang Abdul Rauf menerangkan dengan penuh jujur. Alang Abdul Rauf melepaskan ulu cangkul yang dipegangnya. Sepasang matanya merenung tajam pada datuk. Datuk segera menghampirinya dan menyerahkan daun pada Alang Abdul Rauf.

“Buat apa?” tanya Alang Abdul Rauf.

“Gulung dan sumbatkan dalam lubang hidung, tentukan nafas boleh keluar, kalau tidak awak mati lemas,” ujar datuk. Alang Abdul Rauf segera mematuhi cakap datuk.

“Memang, tak ada bau busuk,” katanya dengan suara yang meninggi. Kawan-kawannya segera menerkam ke arah datuk. Mereka mengambil daun dari datuk. Digulung dan disumbat ke lubang hidung. Kemudian Alang Abdul Rauf terus menggali kubur di bawah sinar lampu gasolin.

Saya berdiri di tepi kubur, entah apa malangnya daun yang saya sumbat ke lubang hidung kerap kali jatuh. Bila daun itu jatuh. Bau busuk segera masuk ke lubang hidung.

Tetapi entah mengapa saya tidak merasa jemu atau penat mengambil daun yang jatuh dari lubang hidung untuk disumbatkan kembali. Kalau tadi datuk tidak mahu melibatkan diri dalam urusan menggali kubur, kali ini ia terus ambil cangkul dan mengkais-kais tanah sekitar kubur. Alang Abdul Rauf dan kawan-kawannya menyambung kembali kerja yang terhenti.

Saya tetap berada di sisi datuk. Ke mana ia bergerak, di situlah saya berada. Saya tidak mahu bila ada kejadian buruk yang berlaku, saya terpisah dari datuk.

Saya kurang ilmu dan kurang pengalaman ditambah pula dengan usia yang masih hijau. Jadi saya memerlukan seseorang yang boleh jadi tempat saya berlindung. Buat saat ini, saya kira orang yang paling layak sekali ialah datuk.

Salab seorang dari kawan Alang Abdul Rauf melompat dari dalam kubur ke tebing. Tanpa berkata sesuatu ia terus mengambil lampu gasolin lalu diletakkan betul-betul di tepi lubang kubur. Cahaya dari lampu gasolin itu menyinari seluruh perut kubur.

“Mayatnya tak reput juga,” suara Alang Abdul Rauf lantang. Saya terus menerpa ke tebing kubur. Rasa takut hilang diatasi oleh rasa ingin melihat dengan apa yang dikatakan oleh Alang Abdul Rauf. Datuk juga mencangkung di tepi kubur melihat mayat yang dikatakan tidak reput itu.

Alang Abdul Rauf bersama dua orang kawannya naik ke tebing kubur. Manakala kawan yang lain berada dalam kubur. Orang yang berada dalam kubur segera mengangkat mayat tersebut dengan hati-hati sekali.

“Kita sambut mayat tu baik-baik,” Alang Abdul Rauf keluarkan arahan. Saya ditolak oleh datuk ke kanan. Saya tahu, datuk tidak mahu saya berdiri dekatnya. Boleh menghalang kerjanya dan kawan-kawan Alang Abdul Rauf yang mahu menyambut mayat itu.

Saya merasa beruntung, bila saya berubah tempat ke kanan, saya dapat melihat gerak-geri mereka dengan jelas sekali. Setiap pergerakan mereka tidak terlepas dari pandangan saya. Mereka mengangkat mayat itu dengan berhati-hati sekali. Begitu juga dengan pihak yang menyambutnya tetap berhati-hati dan berjaga. Mereka bagaikan tidak mengizinkan mayat yang tidak reput itu terjatuh atau sebagainya.

Mayat itu selamat sampai di atas. Dietakkan di tanah yang bersih dengan beralaskan kain bekas tepung gandum yang sudah dicantumkan. Ketika melihat mayat yang terbujur di depan mata, entah macam mana daun yang saya sumbatkan ke dalam kedua-dua lubang hidung terjatuh.

Saya jadi resah dan terus menekup mulut menahan rasa mahu muntah. Sekarang sudah pasti, bau busuk yang meloyakan tekak itu datangnya dari mayat yang terbujur di depan saya. Di bawah sinar lampu gasolin yang memancar itu, saya lihat kuku dan jejari mayat itu membelit bahagian dadanya. Wajah mayat itu amat menyeramkan.

“Jangan tengok,” salah seorang kawan Alang Abdul Rauf berbisik pada saya, “belum pernah saya tengok mayat macam ini, badan saya jadi seram sejuk, kalau orang dewasa macam saya rasa satu macam, apa lagi kamu,” tambah orang itu. Saya diam, cakapnya memang benar. Tetapi, keinginan saya yang tinggi tidak mengizinkan hati saya mematuhi cakapnya.

“Jangan tengok,” Tamar kata datuk.

“Tutup saja mayat itu dengan kain,” ujar Alang Abdul Rauf. Dan mayat yang menakutkan itu pun ditutup dengan kain. Datuk duduk dan sandarkan badan pada sebatang pohon. Alang Abdul Rauf dan kawan-kawannya terus mencari kayu untuk dijadikan pengusung untuk membawa mayat itu keluar dari kawasan perkuburan.

Tiba-tiba saya terpandangkan kain penutup mayat bergerak macam ditolak sesuatu dari dalam. Kemudian kain di hujung kaki mayat itu juga bergerak. Saya segera mendekati datuk. Saya lihat datuk tenang. Saya pandang ke arah mayat kembali. Kali ini saya lihat mayat itu terus duduk mencangkung dengan kain menutup tubuh. Saya jadi cemas.

“Mayat itu duduk tuk.”

“Kau jangan mengarut, orang dah mati macam mana boleh bangun atau bergerak.”

“Kalau tak percaya cuba tuk tengok.”

Datuk segera renung ke arah mayat tersebut. Datuk tersenyum lalu menepuk kepala saya beberapa kali. Perlahan-lahan datuk gelengkan kepala seraya berkata:

“Aku tak nampak mayat itu bangun, tetap baring maca tadi.”

“Saya nampak tuk.”

“Tengok mayat tu duduk mencangkung,” tambah saya sambil merenung ke arah mayat. Dua tiga kali saya gosok kelopak maca. Mayat itu tetap mencangkung.

Aneh kenapa pandangan datuk dan saya berbeza pada mayat itu. Apakah mata saya sudah rosak? Fikir saya sambil menggosok-gosok mata.

“Kamu mengantuk,” tambah datuk.

“Tidak,” balas saya.

“Renung muka aku, Tamar.”

Saya terus renung muka datuk. Saya terdengar suara datuk membaca Bismillah dan dituruti dengan pembacaan ayat Alhamdulillah hingga akhir. Sebaik saja pembacaan itu tamat, telapak tangan datuk menyapu sepasang kelopak mata saya tiga kali berturut-turut.

Pandangan saya jadi berpinar-pinar. Lampu gasolin yang tergantung saya lihat jadi dua, begitu juga dengan kawan-kawan Alang Abdul Rauf. Semuanya nampak kembar. Kelopak mata saya pejam celikkan berkali-kali.

“Kau nampak mayat tu duduk mencangkung lagi?”

Pertanyaan datuk itu tidak saya jawab. Saya arahkan sepasang mata pada mayat. Ternyata mayat yang saya lihat sebentar tadi duduk mencangkung tetap baring kaku. Muka datuk saya tatap sejenak.

“Pelik dah memang sah, saya nampak mayat tu duduk mencangkung macam mana pula sekarang dia baring,” kata saya dengan rasa takjub. Datuk menggaru pangkal keningnya berkali-kali.

“Apa yang kamu lihat tadi bukannya mayat tetapi syaitan yang menyerupai mayat,” jelas datuk.

“Kalau begitu kita balik saja tuk, saya tak suka melihat benda-benda yang ganjil.”

“Sabar, kita tunggu sampai semua urusan mereka selesai.”

Saya menarik nafas dalam-dalam. Kata-kata datuk itu terus saya patuhi. Kalau saya membantah, pasti datuk menyuruh saya pulang sendirian. Mana mungkin saya berani berjalan seorang diri di kawasan kubur yang telah membekalkan saya dengan berbagai-bagai peristiwa yang tidak menyenangkan.

Malam kian larut, rasa dingin kian hebat mencengkam kulit tubuh. Lolongan anjing sudah pun berhenti tetapi, suara jampuk dan burung hantu tetap kedengaran tetapi tidaklah serancak tadi.

Angin tidak lagi bertiup. Titisan embun tetap berlanjutan. Dedaun kering di permukaan tanah kubur melahirkan bunyi bila dirayapi oleh serangga liar yang berjalan malam.

Beberapa orang rakan Alang Abdul Rauf sandarkan badan ke pangkal pokok. Ada di antara mereka yang terlelap dan berdengkur. Suasana di tanah perkuburan lama itu terasa amat sepi sekali. Datuk dan Alang Abdul Rauf kelihatan tidak mengantuk.

CAKAP

Tiba-tiba suasana sepi dan hening di tanah perkuburan lama itu diganggu oleh bunyi ranting patah macam dipijak oleh manusia, serentak dengan itu juga terdengar bunyi suara orang bercakap yang sukar difahami maksudnya.

Ada cahaya menyuluh ke arah pepokok besar di kawasan perkuburan. Agak sukar menentukan dari arah mana cahaya itu datang. Saya lihat muka datuk dan datuk pandang muka Alang Abdul Rauf dengan rasa yang cemas.

Secara mendadak saja rakan-rakan Alang Abdul Rauf yang terlena di pangkal pokok segera bangun, mereka bagaikan digerakkan oleh sesuatu yang aneh. Mata mereka nampak merah dan muka membayangkan rasa takut.

“Kenapa?” tanya datuk.

“Saya mimpi mayat ini bangun dan mahu mencekik leher saya,” kata kawan Alang Abdul Rauf yang bertahi lalat di pipi kiri. Bila ditanya pada kawan-kawannya yang lain, semuanya mengakui mengalami mimpi yang sama. Bagaimana perkara macam ini boleh terjadi? Lima orang mengalami mimpi yang sama, hati kecil saya bersuara.

Alang Abdul Rauf menyuruh rakan-rakannya membasuh muka dengan air yang dibawa (air itu diisi dalam botol besar, yang bertujuan untuk dibuat air minuman). Cakap Alang Abdul Rauf segera dipatuhi. Suara orang bercakap dan bunyi tapak kaki memijak reranting kering kian kuat. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

82. Harta Karun Di Kaki Cangkat

“KITA berjaga-jaga, mungkin orang betul mungkin tidak,” datuk mengingatkan. Ia terus bangun. Bersedia menghadapi seribu kemungkinan. Rasa bimbang itu berakhir dengan kemunculan dua anggota polis serta kawan Alang Abdul Rauf yang telah diperintahkan pergi ke balai polis.

Saya ketawa sendirian, masalah yang menghantui diri saya dan orang-orang lain di tanah kubur sudah terjawab. Kedua anggota polis itu merungut kerana terhidu bau busuk. Setelah Alang Abdul Rauf mengadakan perbincangan dengan anggota polis kedua-dua mayat yang tidak reput itu terus diusung keluar dari kawasan tanah perkuburan.

“Pagi esok saya uruskan untuk ditanam di kawasan baru,” beritahu Alang Abdul Rauf pada ketua balai Polis. Tidak ada bantahan dari ketua balai tetapi, kedua-dua mayat itu terpaksa disimpan di hospital Batu Gajah sementara menanti hari siang.

Semua yang terlibat dengan kerja-kerja menggali mayat di tanah perkuburan lama terus pulang ke rumah masing-masing.

DATANG

Pagi itu, lebih kurang pukul lapan, kawan-kawan Alang Abdul Rauf yang menggali kubur malam tadi datang. Alang Abdul Rauf segera menyuruh pergi ke kawasan tanah perkuburan yang baru untuk menggali lubang bagi menanam mayat yang tidak reput yang ditemui malam tadi.

“Semuanya pergi dulu, aku ke balai dulu menyelesaikan semua urusan, tunggu di sana sampai mayat tiba, boleh jadi aku tumpang jeep polis yang bawa mayat ke situ,” terang Alang Abdul Rauf. Kawan-kawannya mengangguk tanda setuju mematuhi cakapnya.

Sebaik-baik saja kawan-kawan Alang Abdul Rauf pergi saya dan datuk serta Alang Abdul Rauf pun berangkat ke balai polis. Saya terkejut, bila melihat orang ramai berkumpul d depan balai.

Semuanya mahu melihat mayat tidak reput yang baru saja dikeluarkan dari hospital. Kebanyakkannya meninjau dari jauh kerana tidak sanggup menghidu bau busuk.

“Mana lagi satu mayat,” soal Alang Abdul Rauf pada ketua balai yang berdiri tidak jauh dari jeep.

“Yang lagi satu sekejap lagi sampailah, kami pakai dua jeep,” jelas ketua balai. Alang Abdul Rauf renung muka datuk. Saya beredar dari situ menuju ke tanah lapang. Hidu saya tidak tahan menghidu bau busuk dari mayat dalam jeep.

“Begini saja, boleh tak datuk sarjan hantar mayat ni ke masjid, di sana ada orang menanti untuk menguruskannya mayat ini mahu dimandikan dan dikafankan sebelum ditanam,” ujar Alang Abdul Rauf dengan wajah yang tenang.

“Kalau begitu, biar saya suruh drebar hantar mayat ke masjid.”

“Itulah yang baiknya, datuk sarjan.”

Waktu jeep itu mula bergerak, beberapa orang yang tidak menghiraukan bau busuk rapat ke jeep. Mereka menyelak kain penutup mayat, sebaik sahaja kain itu terbuka, muka mereka terus pucat tidak berdarah. Tanpa berkata sepatah pun mereka terus menjauhkkan diri dari jeep. Ada di antaranya yang muntah.

Jeep yang membawa mayat tidak reput dan berbau busuk itu meninggalkan kawasan balai menuju ke masjid. Datuk, Alang Abdul Rauf dan saya tidak ikut serta. Kami menanti mayat yang lagi satu. Orang ramai masih lagi menunggu di kawasan balai polis. Mereka bagaikan tahu ada mayat yang akan tiba.

Sepuluh minit kemudian jeep yang membawa mayat kedua pun tiba. Sebaik saja jeep itu berhenti, orang ramai terus menghampirinya. Semuanya bersuara mengatakan mayat yang baru sampai itu berbau wangi.

Dalam keadaan yang agak ketam-kabut itu ada tangan yang membuka kain penutup mayat. Mana yang sempat melihat rupa mayat itu terus memberitahu kawan-kawannya yang lain tentang wajah mayat yang bersih, tenang dalam keadaan tersenyum.

Cerita itu cukup cepat merebak. Orang kian ramai datang ke kawasan balai polis. Masing-masing mahu melihat rupa mayat yang tidak reput dan mengeluarkan bau wangi yang harum.

Dalam keadaan yang tidak menentu itu, ketua balai menyuruh Alang Abdul Rauf, datuk dan saya masuk ke perut jeep. Perintahnya itu segera kami patuhi. Sebelum jeep bergerak datuk dan Alang Abdul Rauf bersalaman dengan ketua balai polis yang berbadan tegap, memiliki raut muka yang agak garang, berkulit hitam tetapi, setiap kali bercakap nada suaranya lembut dan bersopan sekali.

Ketika jeep bergerak perlahan-lahan, keluar dari kawasan balai polis, orang ramai terus mengikutinya hingga sampai ke pintu pagar. Mereka bagaikan tidak puas menatap dan mencium bau wangi dari mayat yang tidak reput itu.

Dalam keghairahan orang ramai yang mahu melihat mayat tidak reput, pemandu jeep terus menekan minyak. Dan jeep terus meluncur laju. Orang ramai yang berkerumun di tepi pagar dan terus digayut rasa kecewa dan hampa yang memanjang.

SELESAI

Sebelum masuk waktu Zuhur, urusan mengkebumikan dua mayat yang tidak reput itu pun selesai. Tetapi, kisahnya menjadi buah bibir orang-orang sekitar Batu Gajah. Dan ceritanya pula berbeza dengan cerita yang sebenar. Sudah ditokok tambah untuk menyedapkan sesiapa saja yang mendengarnya.

Datuk sudah tahu cerita sebenarnya hanya tersenyum. Begitu juga dengan Alang Abdui Rauf. Seronoknya, ada di antara tukang-tukang cerita itu yang tidak tahu peristiwa tersebut telah dilalui oleh datuk dan Atang Abdul Rauf serta kawan-kawannya.

Mereka pun bercerita di depan datuk dan Alang Abdul Rauf, kononnya, kedua-dua mayat yang tidak reput itu telah memberitahu pada orang yang menemui mereka (mayat), tentang harta karun yang tertanam di satu tempat yang disebut sebagai Cangkat.

Cangkat yang dimaksudkan oleh mereka itu ialah sebuah kawasan tanah yang kedudukannya agak tinggi dengan keadaan tanah sekitarnya dan telah dibangunkan hospital, pejabat kerajaan, kem tentera serta kawasan perumahan. Di kawasan kaki Cangkat itulah kononnya ada harta karun yang nilainya berjuta-juta ringgit.

Akibat percayakan cakap-cakap yang tidak bertanggung jawab itu, beberapa orang telah masuk ke kawasan tersebut dan menggali tanah di kawasan kaki bukit itu, akibatnya mereka telah diberkas oleh polis kerana menceroboh tanah kerajaan yang sudah dipagar untuk dibangunkan beberapa projek yang berfaedah untuk orang ramai.

Walaupun ada yang ditangkap dan dikenakan denda tetapi, masih terdapat juga orang yang berani menceroboh dan menggali tanah dikawasan tersebut. Mereka cukup yakin dan percaya dengan cerita yang sengaja di adakan-adakan oleh pihak yang suka menyebar khabar-khabar angin.

“Satu hari nanti mereka sedar, apa yang mereka dengar bukannya cerita yang betul,” kata datuk pada Alang Abdul Rauf yang kurang senang dengan cerita-cerita yang sampai ke telinganya.

“Cerita mayat wangi dan busuk ini, dah merebak sampai ke Pulau Pinang, entah siapa yang menyebarnya,” keluh Alang Abdul Rauf.

“Mulut manusia tak ada sesiapa yang boleh menahannya,” sanggah datuk. Mereka ketawa sambil melihat matahari petang yang kian condong dari anjung rumah.

“Esok, aku balik Alang,” kata datuk. Alang Abdul Rauf sambil berhenti menggulung rokok daun bersama tembakau jawa. Muka datuk direnungnya. Hati saya cukup gembira dengan keputusan yang datuk buat. Saya sudah bosan tinggal di rumah orang lama-lama.

“Tak apalah, kalau dah begitu hajat awak, Maghrib ni kita berjemaah di masjid Batu Gajah,” tutur Alang Abdul Rauf sambil meletakkan rokok nipah ke bibir.

“Kenapa tak jemaah di surau kampung ni, Alang?”

“Ada guru agama dari Selekoh, Bagan Datuk nak bersyarah hal agama, aku rasa elok kita pergi,” balas Alang Abdul Rauf.

“Elok juga tu, kalau begitu elok kita mandi dan bersiap tak lama lagi sampailah waktu Maghnib,” suara datuk riang.

Datuk menyuruh saya mandi dulu. Kemudian dia pula menyusul dan diikuti oleh Alang Abdul Rauf. Akhirnya kami pun menuju ke masjid Batu Gajah. Sebaik saja sampai di masjid salah seorang para jemaah memberitahu datuk bahawa guru agama itu memang dijemput khas dari Selakoh dan namanya memang terkenal di negeri Perak.

Selepas menunaikan waktu Maghrib guru agama itupun menyampaikan ceramah agamanya hingga sampai waktu Isyak. Setelah menunaikan fardu Isyak para jemaah pun beransur pulang. Alang Abdul Rauf pun mengajak datuk pulang tetapi, permintaan Alang Abdul Rauf itu tidak dapat ditunaikan oleh datuk. Alang Abdul Rauf terkejut.

Setelah diterangkan oleh datuk tujuan sebenarnya. Alang Abdul Rauf segera faham dan masuk ke masjid kembali. Mereka duduk dekat guru agama yang sedang bersiap-siap untuk pergi ke rumah imam masjid tempat Ia bermalam.

“Ada apa hajat?” Tanya guru agama itu.

“Saya cuma nak bertanya tentang hal-hal agama dan macam-macam hal lain yang ada hubungannya dengan makhluk Allah,” ujar datuk.

“Silakan, mana yang saya tahu, saya terangkan, mana yang saya tak tahu, saya tanya pada orang yang lebih tahu kemudian saya beritahu pada awak,” terang guru agama itu dengan jujur dan ikhlas.

Datuk dan Alang Abdul Rauf berpandangan. Datuk pun memberikan syarat pada Alang Abdul Rauf untuk mengemukakan pertanyaan.

Alang Abdul Rauf pun menerangkan pada guru agama tentang peristiwa mayat yang ditemuinya - satu berbau busuk dan satu berbau wangi tetapi kedua-dua mayat itu tidak reput. Guru agama itu mendengar dengan khusyuk keterangan dari Alang Abdul Rauf.

“Kata orang, mayat yang tak reput tu menunjukkan masa hidupnya si mati hafiz Quran,” cara mendadak saja Imam masjid yang duduk di sebelahnya mengeluarkan pendapat. Guru agama terkenal itu diam. In merenung muka Alang Abdul Rauf dan datuk berkali-kali.

“Saya juga pernah dengar orang kata macam tu, seseorang yang boleh mengingati ayat Quran dari awal hingga akhir boleh membaca dengan betul masa hidupnya, bila mati mayatnya tak reput, itu kata orang-orang, entah benar entahkan tidak Allah saja yang menentukannya,” jelas guru agama terkenal dengan jujur. Tiba-tiba saja imam masjid yang berada di sebelahnya tersenyum memandang Alang Abdul Rauf.

“Rauf,” katanya “kau nak tanya tentang mayat yang aku kafankan pagi tadi?”

Alang Abdul Rauf anggukkan kepala. Imam masjid renung muka guru agama sambil berkata:

“Begini tuan guru, biar saya bercerita tetapi ini cerita saja, entahkan betul entahkan tidak, saya tak berani nak kata.”

“Ceritakan, barangkali cerita itu ada faedahnya untuk orang yang hidup, boleh dijadikan panduan,” guru agama itu memberikan kerjasama pada imam masjid.

Imam masjid itu bercerita, mayat yang tidak reput dan berbau wangi itu adalah mayat seorang lelaki yang buta tetapi boleh membaca Quran dengan lancar, semasa hayatnya menjadi guru agama pada anak-anak raja di istana serta menjadi kadi dan imam masjid, ketika kawasan Batu Gajah ini mula diterokai. Orang itu berasal dari Kelantan.

“Mana tuk Imam tahu semuanya ni?” tanya guru agama.

“Arwah ayah saya yang menceritakan pada saya, ayah saya adalah anak muridnya, masa ayah saya hidup dulu, ayah saya selalu menziarahi kuburnya,” jelas imam itu.

“Lagi apa cerita ayah awak tentangnya” Soal datuk.

“Kata ayah saya, orang tu masa mudanya belajar agama di tanah suci,” jelas imam itu sambil merenung wajah guru agama yang duduk di sisinya. Serentak Alang Abdul Rauf dan datuk anggukkan kepala.

“Macam mana dengan mayat yang lagi satu, berbau busuk dan mukanya menakutkan? Mayat siapa agaknya, Pak Imam tentu tahu ceritanya,” datuk mengajukan pertanyaan. Saya lihat Pak Imam terdiam sejenak, macam memikirkan sesuatu.

“Saya tak tahu,” katanya pendek.

Datuk dan Alang Abdul Rauf berpandangan. Rasa kecewa jelas terbayang di wajah mereka.

Saya lihat guru agama yang duduk di depan kami, meraba-raba hujung serbannya berkali-kali. Sesekali ia kelihatan merenung ke ruang masjid yang luas.

“Kata orang,” guru agama itu mula bersuara. Alang Abdul Rauf dan datuk memperkemaskan sila masing-masing.

Pak Imam juga menumpukan seluruh perhatiannya pada guru agama. Matanya tidak berkedip merenung ke arah bibir guru agama tersebut.

“Mayat tak reput, berbau busuk dan muka pula berbulu in pernah saya dengar ceritanya, kata orang mayat yang macam itu, menandakan si mati itu masa hidupnya orang yang alim tahu hal-hal agama, hafaz Quran tetapi, banyak mengamalkan perbuatan yang bertentangan dengan hukum agama,” sambung guru agama itu.

“Maksud tuan guru macam mana?” Tanya datuk.

“Begini, dia menjalankan semua yang disuruh agama tetapi, dia juga melakukan perkara yang ditegah, umpamanya dia jadi dukun atau bomoh dan bersahabat dengan syaitan.”

“Begitu,” sahut Alang Abdul Rauf.

“Ya, ada orang alim dan dihormati jadi tukang ramal memberi nombor ekor pada orang ramai dengan mengguna ayat-ayat Quran, jadi tukang tilik, ada juga yang memutuskan ubat dengan cara berjamu, pada hal dia tahu cara itu bertentangan dengan ajaran agama tetapi dilakukannya juga,” terang guru agama itu dengan wajah yang tenang. Kami semua termanggu mendengar kata-katanya.

“Mayat tak reput, berbau busuk, badan dan muka berbulu pernah saya dengar ceritanya. Kata orang yang terdahulu dari kita, mayat-macam itu menandakan yang si mati masa hidupnya orang berilmu, hafaz Quran tapi, banyak mengamalkan perbuatan yang ditegah oleh agama,” tokok guru agama itu dengan nada suara yang bersahaja, saya menggaru pangkal dagu yang gatal secara tiba-tiba.

“Perbuatan yang macam mana itu tuk guru?” Datuk mendesak.

“Begini,” ujar guru agama sambil membetulkan silanya supaya nampak kemas. Terdengar suara cicak menjerit dari tulang bumbung masjid. Bunyi dedaun yang berlaga sesama sendiri jelas kedengaran akibat dirempuh angin malam.

“Umpamanya,” guru agama menyambung cerita, “banyak mengamalkan ilmu dunia kebal dan senjata tajam, jadi dukun dan bomoh, berjamu pokok besar serta bersahabat dengan iblis.”

“Bukankah jadi dukun dan bomoh itu baik, menolong sesama manusia,” ungkah Alang Abdul Rauf. Sepasang mata guru agama tertancap ke wajah Alang Abdul Rauf. Datuk nampak resah dan saya mula menggeliat.

“Tengok caranya, kalau kita mengamalkan petua yang tidak bertentangan dengan agama, tidak menjadi salah, kalau sudah sampai menurun panggil roh datuk nenek, berjamu itu dan ini, tentu tak elok, apa lagi minta tolong pada keramat itu dan ini, syirik jadinya,” cukup tenang guru agama itu memberikan penjelasan. Senyum sentiasa bermain di bibirnya.

“Allah itu maha pemurah, yang baik kamu minta, yang baik diberinya, kalau yang jahat kamu minta yang jahat juga dibaginya tetapi, kita sebagai makhluk yang berakal tentu dapat memilih mana yang baik dan yang buruk,” makin ghairah guru agama itu meluahkan keterangan yang diketahuinya.

“Hum, begitu,” Alang Abdul Rauf bersuara sambil anggukkan kepala.

“Iblis, tidak pemah berhenti berusaha merosakkan anak Adam, janganlah terkejut, kaiau ada orang alim jadi tukang tilik, mencari nombor ekor dengan ayat Quran dan macam- macam lagi, pada hal mereka tahu apa yang mereka lakukan itu bertentangan dengan ajaran agama tetapi, kenapa perkara itu dilakukan juga?” Guru agama itu mengemukakan pertanyaan, matanya merenung muka saya, muka datuk dan Alang Abdul Rauf seolah-olah mengharapkan jawapan dari pertanyaan yang diajukannya itu.

Imam masjid duduk dekat guru agama tersebut tetap membatu seperti tadi. Sesekali kelihatan ia menguap panjang sambil memejam-celikkan matanya. Saya tahu imam masjid itu mula terasa mengantuk. Kerana tidak ada sesiapa pun yang mahu memberikan jawapan pada pertanyaannya itu, wajah guru agama itu nampak seakan-akan kecewa sedikit.

“Mereka dikuasai iblis,” mendadak saja imam masjid bersuara. Saya lihat guru agama itu anggukkan kepala. Ia senyum lagi, sinar matanya yang bersinar tertumpu ke wajah saya.

“Orang yang tidak terdaya melawan nafsu, selalu jadi mainan iblis, seorang dukun atau bomoh biasanya mempunyai keinginan dan nafsu yang tinggi, ingin memperlihatkan kebolehan diri sendiri pada orang lain, bila sudah ada orang percaya, mulalah kenakan bayaran, pada mulanya murah kemudian mahal bila sampai saat begini, iblis mencelah lalu memperkudakan keinginan dan nafsunya, kalau dia sedar betapa lemah dirinya dan betapa besar pula kuasa Allah, dia tidak akan melakukan semuanya,” satu keterangan dari guru agama yang amat mengesankan bagi saya. Apakah keberkesanan itu terpancar juga dalam hati datuk dan Alang Abdul Rauf. Hanya Allah saja yang tahu.

Entah mengapa malam itu, guru agama itu kian rancak mahu memberi semacam kursus agama singkat. Guru agama itu mengingatkan kami supaya setiap kali bangun dari tidur mengucap dua kalimah syahadat sebelum melakukan sesuatu.

“Kamu tahu, bila kita terjaga dari tidur, iblis sudahpun mengikat diri kita dengan tiga rantai dan kita perlu memutuskan rantai itu terlebih dahulu, sebelum kita meneruskan kehidupan, bila tidak diputuskan rantai iblis terus mengikat diri kita sepanjang hari yang boleh mendorongkan kita melakukan sesuatu yang dimurkai Allah,” tercetus kata-kata dari guru agama itu. Saya lihat imam masjid membeliakkan biji matanya. Datuk kemaskan silanya, begitu juga dengan Alang Abdul Rauf.

“Bagaimana caranya kita nak memutuskan rantai tu, tuk guru,” saya bagaikan mendapat satu kekuatan untuk mengajukan pertanyaan padanya. Datuk menjeling tajam pada saya tetapi Alang Abdul Rauf menepuk bahu saya sambil berbisik memuji keberanian saya itu.

“Rantai pertama diputuskan dengan mengucapkan dua kalimah syahadat, sebaik saja tenjaga dari tidur. Rantai kedua diputuskan dengan mengambil air sembahyang dan rantai ketiga diputuskan dengan mendirikan solat Subuh,” ujar guru agama itu, wajahnya nampak berseri-seri tanda kepuasaan. Matanya masih merenung ke arah saya.

Alang Abdul Rauf terus menegakkan ibu jari kelingkingnya, beri semangat pada saya untuk mengemukakan sebarang pertanyaan lagi pada guru agama tersebut. Saya gelengkan kepala sambil ekor mata melirik pada datuk yang tertunduk merenung lantai.

“Rantai tu ada di bahagian mana tubuh kita tuk guru?” Alang Abdul Rauf mengemukakan pertanyaan. Guru agama itu meraba-raba hujung hidungnya dengan jari kelingking berkali-kali.

“Pertama, iblis tu merantai hati dan niat kita, kemudian merantai fikiran dan mata kita, bila iktikad hidup dipesongkan sejak subuh, cubalah kita bayangkan bagaimana mudahnya iblis menguasai diri kita sepanjang hari,” guru agama itu menarik nafas dalam-dalam. Matanya merenung ke arah jam yang terlekap di tiang seri masjid.

Dua tiga kali saya menggosok kelopak mata hingga berair sambil menguap. Saya mula terasa mengantuk. Pak Imam yang duduk berdekatan dengan guru agama kelihatan tersengguk-sengguk dua tiga kali. Alang Abdul Rauf tersenyum panjang melihat telatah Pak Imam tersebut. Tiba-tiba Pak Imam membeliakkan biji matanya sambil menggeliat dan terus berdiri.

“Dah pukul sebelas,” terpancut kata-kata dari mulut guru agama.

“Ya,” tingkah Abdul Rauf.

“Kalau begitu eloklah kita balik,” Pak Imam terus memotong. Datuk dan saya berpandangan. Alang Abdul Rauf pula turut berdiri.

Guru agama masih lagi duduk bersila dengan sepasang tangannya bergerak lembut menyusun beberapa buah kitab yang berserak di depannya. Semua kitab tersebut disumbatkannya ke dalam beg bimbit yang dibuat dari kulit kambing.

“Dah mengantuk?” Guru agama itu mengajukan pertanyaan pada Alang Abdul Rauf.

“Macam mana tak mengantuk embun jantan pun dah turun,” sambung guru agama itu lagi bila melihat kami tidak menjawap pertanyaannya. Guru agama itu segera bangun dengan diikuti oleh datuk.

“Macam mana Pak Imam bolehkah saya balik?” Guru agama itu tujukan pertanyaan untuk Pak Imam yang selalu saja menggosok kelopak matanya.

“Boleh, tak salah asalkan tuk guru mahu.”

“Kalau begitu, lain kali saja, kita bercerita panjang, saya tak pandai cerita tentang politik dunia dan dalam negeri, saya cuma tahu cerita tentang agama saja, semua perkara yang dah ceritakan itu saya ambil dari hadis yang sahih dan ada juga dari hadis yang dhaif".

Walaupun sudah mahu pulang tetapi, guru agama itu seperti mahu melanjutkan ceramah yang tidak termasuk dalam jadualnya. Ia berdiri sambil merenung wajah-wajah kami yang ada di depannya.

“Terima kasih tuk guru, saya cuma nak tanya sikit saja tadi tak sangka boleh berpanjangan sampai pukul sebelas malam,” Alang Abdul Rauf melahirkan rasa terkilannya.

“Tak apa, saya memang suka begitu, orang tanya sikit saya jawab panjang-panjang, sebabnya bila ada orang bertanya saya menjawab secara tak langsung mempertajamkan ingatan saya pada ilmu yang saya pelajari, kalau saya tak dapat jawab ertinya ilmu saya tak cukup lagi dan saya mesti belajar lagi”

Guru agama itu terus merendah diri. Pak Imam tetap tersengih. Datuk dan Alang Abdul Rauf tunduk merenung lantai. Kagum dengan sikap guru agama yang mengamalkan resmi padi, makin tunduk makin berisi.

Saya terkejut bila saya melihat guru agama itu menghulurkan tangan pada datuk, pada Alang Abdul Rauf dan saya untuk bersalam. Memang, dia guru agama yang rendah diri dan hati, bisik hati saya kerana sebelum mi, saya pernah berhadapan dengan beberapa orang guru agama, mereka tidak akan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan orang lain, melainkan orang yang ingin bersalam itu menghulurkan tangan terlebih dahulu barulah mereka mahu bersalam.

“Kita jumpa lagi lain kali tuk guru, maaf lahir batin,” kata datuk. Guru agama tersenyum tangan datuk tetap digenggamnya erat-erat.

“Kalau diizinkan Allah dan umur kita panjang, kita tetap berjumpa, amalkan kata-kata saya yang baik dan buangkan mana yang difikirkan tidak baik.”

“Saya tak faham tuk guru.”

“Saya beritahu awak apa yang saya tahu, kemudian awak cari dan tambahlah ilmu, saya ni walaupun boleh memberi ceramah tetapi saya masih juga belajar, ilmu Allah tak ada sempadannya.”

“Saya faham tuk guru,” nada suara datuk merendah. Guru agama tersenyum kemudian merenung muka Alang Abdul Rauf. Mereka berbalas senyum.

“Rajin-rajin sembahyang dan ikut perintah Allah,” secara mendadak saja guru agama itu menjatuhkan telapak tangan kanannya ke bahu kiri saya, dituruti dengan tepukan yang bertalu-talu penuh kemesraan. Alang Abdul Rauf, datuk dan Pak Imam ketawa melihat keadaan saya yang tergamam.

“Anak awak ke?” Guru agama tujukan pertanyaan pada datuk.

“Tidak,” jawab datuk.

“Cucu?” Soal guru agama.

“Ya cucu saya,” datuk anggukkan kepala. Guru agama berhenti menepuk bahu saya. Ia terus mendekati datuk dan Pak Imam, kemudian ia mengajak kami keluar dari perut masjid.

“Dia budak yang cerdik, asuhlah dia dengan agama sebelum melepaskan dirinya ke mana-mana, bila dirinya sudah ada asas agama kita tidak bimbang, bila dia pergi ke mana, walaupun merantau ke kaki langit, dadanya sudah berisi dengan akidah islam,” demikian guru agama itu menyatakan pada datuk sebaik saja berada di luar masjid. Saya faham, ungkapan yang diluahkannya itu adalah untuk diri saya. Datuk mendengar penuh teliti dengan nasihat yang diluahkan oleh guru agama itu.

Angin yang bertiup membuat badan saya terasa dingin. Kepala saya dongakkan ke langit, melihat awan-gemawan dan bintang-bintang yang berserakkan. Dalam saat yang sama terdengar lolongan anjing sayup-sayup datangnya dari arah pekan Batu Gajah.

“Membentuk diri seseorang supaya teguh beramal dan mengingati Allah, mestilah bermula dari kecil, macam kata orang tua-tua membentuk buluh dari rebungnya,” lanjut guru agama itu dan semua yang mendengarnya anggukkan kepala, macam itik air bertemu kawan. Lagi sekali datuk, Alang Abdul Rauf dan saya bersalaman dengan guru agama itu.

Kami berpisah, guru agama dan Pak Imam menghala arah selatan, saya, Alang Abdul Rauf serta datuk menuju ke arah utara. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

83. Bunuh Jembalang

SEPANJANG jalan pulang, kami tidak banyak bercakap. Sekali-sekala datuk berdehem kecil dan Alang Abdul Rauf menguap. Lebih kurang dalam jarak lima batas kaki mahu sampai ke kaki tangga rumah Alang Abdul Rauf saya terdengar sesuatu dari sebelah kanan saya.

Saya segera menoleh, tidak ada sesuatu yang dapat saya lihat dengan jelas dalam suasana gelap itu, kecuali gerakan dedaun serunai laut dan senduduk yang melintuk-lintuk ke kiri dan ke kanan diusik angin malam.

Isteri Alang Abdul Rauf membuka pintu. Cahaya dalam lampu gasolin yang tergantung di tengah rumah melimpah di halaman. Isteri Alang Abdul Rauf yang memakai baju kurung labuh berdiri di muka pintu. Mukanya, kelihatan resah macam menyembunyikan sebuah kebimbangan yang amat sangat dalam hatinya.

“Lambat balik,” katanya sambil merenung ke kiri dan ke kanan halaman rumah. Alang Abdul Rauf terus menguap di kaki tangga dan buat tidak kisah dengan pertanyaan yang dihadapkan oleh isterinya.

“Oi, saya tanya kenapa lambat balik,” kali ini tekanan suara isterinya meninggi. Alang Abdul Rauf garu cuping telinga macam orang baru terbangun dari tidur. Perbuatannya itu membuat saya ketawa kecil.

Akibatnya, telinga saya dijentik oleh datuk. Pedihnya bukan kepalang. Saya segera mengerti, apa yang saya lakukan itu sudah agak keterlaluan.

“Belajarlah menghormati perasaan orang lain,” bisik datuk.

“Saya tak sengaja tuk,”

“Ajar diri, supaya lepas dari perbuatan tidak sengaja,” lanjut datuk. Sepasang matanya dijegilkan pada saya. Tidak berani saya menentangnya. Menentang mata datuk bererti membantah saranan yang diluahkannya. Boleh menjadikan datuk membebel sepanjang malam. Perkara macam itu tidak saya relakan berlaku.

“Ada guru agama, ceramahnya elok dan baik, kalau awak ikut sama tadi tentu beruntung,” Alang Abdul Rauf menjawab pertanyaan dari isterinya. Jawapan itu memuaskan hati isterinya. Saya dan datuk buka kasut lalu memijak mata anak tangga seperti yang dilakukan oleh Alang Abdul Rauf. Kami duduk di ruang rumah dengan pintu yang masih terbuka.

“Makan, nasi dan lauk dah siap,” beritahu isteri Alang Abdul Rauf.

“Mari kita makan,” jemput Alang Abdul Rauf. Ketika saya mahu bangun, mata saya memandang ke arah pintu yang masih terdedah.

“Tuk tengok tu,” suara saya separuh meninggi. Serentak Alang Abdul Rauf serta isteri dan datuk memandang keluar. Muka mereka nampak berubah. Saya duduk kembali. Badan saya menggeletar dengan tiba dan bulu roma seluruh badan segera dirapatkannya.

“Masa awak ke masjid tadi, ada orang ketuk pintu dan panggil nama awak berkali-kali, bila saya buka pintu tak ada satu pun yang saya nampak, agaknya jembalang itulah yang mengetuknya,” dari dalam bilik isteri Alang Abdul Rauf terus bersuara. Datuk renung muka Alang Abdul Rauf dan Alang Abdul Rauf yang mahu mendekati pintu segera dihalang. Disuruh berdiri sebelah kanannya.

“Jangan mengelabah, kita mesti tenang,” datuk bersuara.

“Inilah kali pertama saya berdepan dengan perkara ganjil macam ni, tolonglah saya,”

“Jangan minta tolong pada saya minta tolong dan perlindungan dari Allah.”

“Agaknya syaitan nak uji kita?”

“Boleh jadi juga,” datuk menjawab pendek.

Datuk maju setapak ke muka pintu. Alang Abdul Rauf juga melangkah setapak. Isteri Alang Abdul Rauf secara mengejut keluar dari bilik tidur dengan keris panjang terhunus di tangan. Rambutnya yang tadi bersanggul rapi mula mengerbang. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan.

“Mak cik nak ke mana?”

Saya bangun dan mendekatinya. Badan saya ditolaknya dengan sekuat tenaga hingga saya terdorong ke dinding dan terus jatuh. Datuk tidak pun mahu menoleh ke arah saya, kecuali Alang Abdul Rauf yang cuba menerkam ke arah saya. Tetapi, tidak berhasil kerana tangan datuk memaut bahu kirinya.

“Jangan pedulikan semuanya tu,” suara datuk parau tanpa memandang muka Alang Abdul Rauf. Alang Abdul Rauf merenung ke halaman rumah kembali.

“Biar aku tikam benda celaka tu dengan keris pesaka ni,” jerit isteri Alang Abdul Rauf lalu merempuh datuk dan Alang Abdul Rauf yang berdiri di muka pintu. Datuk berpusing ke kiri, bagaikan kilat tangannya menumbuk lengan kanan isteri Alang Abdul Rauf hingga keris jatuh terpacak di lantai. Ulu keris yang berbentuk paruh burung helang itu bergerak-gerak.

Isteri Alang Abdul Rauf jadi marah. Jeritnya makin keras lengan bajunya dilipat hingga melepasi bahagian siku. Ia tetap mahu terjun ke halaman rumah. Datuk dan Alang Abdul Rauf cuba menghalangnya. Dalam saat yang agak kelam-kabut itu, Alang Abdul Rauf cuba menghalangnya. Dalam saat yang agak kelam-kabut itu, isteri Alang Abdul Rauf yang tahu langkah silat itu melepaskan satu tendangan yang kencang ke arah kemaluan suaminya. Alang Abdul Rauf terbongkok-bongkok menahan kesakitan dan terus jatuh.

Isteri Alang Abdul Rauf yang seperti kemasukan syaitan itu, mula berhadapan dengan datuk yang cuba menghalang usahanya. Datuk kali ini, tidak mahu berlembut lagi. Kalau berlembut keadaan menjadi bertambah tidak tentu arah.

Saya pula memberanikan diri merenung ke halaman rumah. Ternyata saya tidak sanggup melihat ke arah tempat tersebut, siapa pun pasti menggeletar tubuhnya merenung sesuatu yang ganjil lebih-lebih lagi kalau benda yang dipandang itu tidak tentu bentuknya, boleh berubah dalam sekelip mata. Sebentar menjadi bentuk manusia yang diselimut dengan kain putih dari hujung kaki hingga ke kepala, sebentar jadi harimau atau gajah putih yang berbadan besar tertegun di halaman rumah.

“Tamar jangan tengok,” sergah datuk. Saya akur dengan cakapnya itu. Datuk angkat tangan kiri lalu melepaskan satu pukulan yang agak kencang ke bahagian belikat isteri Alang Abdul Rauf, wanita itu tersandar pada dinding dan tidak bergerak.

“Rawat pak cik tu,” datuk keluar perintah, saya terus mengurut-ngurut belakang Alang Abdul Rauf hingga rasa sengal dan sakit di kemaluannya hilang. Alang Abdul Rauf bangun dan cuba menyandarkan isterinya tetapi datuk melarangnya. Alang Abdul Rauf mencabut keris yang terpacak di lantai.

“Nak buat apa Alang?”

“Biar aku bunuh jambalang tu.”

“Jangan, bukan masanya.”

“Kita perlu bertindak.”

“Aku kata bukan masanya, faham tak?” Suara datuk mula keras. Alang Abdul Rauf terus meletakkan keris atas lantai kembali. Saya diam tidak terkata. Tidak tahu, apa yang harus saya lakukan. Hati kecil saya terus berdoa, semoga tidak akan terjadi perbalahan antara datuk dengan Alang Abdul Rauf.

“Kau duduk bersila dekat Tamar, biar aku selesaikan kerja” itu perintah datuk dan Alang Abdul Rauf sedia mematuhinya, ”apa yang aku buat jangan ditegur,” tambah datuk lagi. Serentak saya dan Alang Abdul Rauf anggukkan kepala. Kami (saya dan Alang Abdul Rauf) berpandangan sama sendiri. Saya tidak tahu apa yang dirasai oleh Alang Abdul Rauf tetapi, hati kecil saya tetap gementar dan cemas.

Datuk berdiri di muka pintu. Kedua belah kakinya dikangkangkannya sedikit. Sepasang tangannya diluruskan untuk beberapa minit saja. Kemudian, sepasang tangannya itu terus memeluk tubuhnya dengan kejap. Matanya, tidak merenung halaman rumah.

Angin dinihari yang berputar di ruang pintu menggerakkan bahagian tepi baju yang dipakai oleh datuk. Isteri Alang Abdul Rauf masih belum sedarkan diri, kerana rasa dingin yang beransur kuat membuat saya menegakkan sepasang lutut dan terus memeluknya. Datuk melangkah memijak mata tangga pertama hingga ke lima. Saya dan Alang Abdul Rauf merangkak perlahan-lahan ke muka pintu. Duduk di situ. Datuk memijak bumi dan terus mara ke arah lembaga berkain putih.

Datuk berdiri berdepan dengan lembaga berkain putih dalam jarak yang cukup dekat. Andainya, datuk meluruskan tangannya ke depan sudah pasti ia boleh menyentuh tubuh lembaga itu. Tetapi, datuk tidak akan berbuat demikian. Ia tetap memeluk tubuhnya. Saya terdengar suara datuk menyebut Bismillah.... dan disambut dengan beberapa ayat dan al quran.

Selesai saja datuk menamatkan pembacaannya, saya terdengar deru angin yang amat kuat, lembaga berkain putih terus berpusing perlahan-lahan, kemudian bertukar dengan cepat dan ligat macam gasing dalam deru angin itu juga terdengar bunyi suara orang berkata-kata yang sukar difahami maknanya.

Lembaga berkain putih itu jadi pipis dan memanjang tanpa berhenti berpusing. Pakaian datuk nampak bergerak-gerak dengan hebatnya. Tetapi, tubuhnya tidak bergerak walau satu inci pun dan tempat ia berdiri.

Saya tersentak bila terpandangkan lembaga yang berkain putih itu menjadi seketul, macam batang kayu sebesar pemeluk dan bergolek ke kiri dan kanan. Semuanya tidak dipedulikan oleh datuk. Ia tetap terpacak di situ, macam paku terlekat di pipi.

Dari bentuk batang kayu lembaga berkain putih itu bertukar lagi. Tegak memanjang dan tidak berhenti berpusing sambil mengeluarkan suara yang menderu seperti angin. Makin lama. lembaga itu makin tinggi melepasi bumbung rumah dan pepokok yang ada di sekitar halaman rumah.

Bentuknya juga turut bertukar, menjadi nipis macam asap. Bahagian bawahnya mengecil dan tajam, macam kayu yang sudah dipertajamkan untuk dibuat turus pagar, bahagian yang tajam itu bagaikan tidak menyentuh bumi dan tetap berpusing dengan ligatnya.

Bahagian atasnya tetap dalam bentuk asal. Terus menjulang bagaikan mahu bercantum dengan dada langit. Cukup tinggi dan sayup mata memandangnya, tidak berhenti dan berpusing sambil mengeluarkan angin dan bunyi dengung yang amat, kuat, memekakkan anak telinga. Datuk menundukkan kepalanya merenung bumi, bunyi dengung itu beransur perlahan dan lemah.

Muka saya dan Alang Abdul Rauf terasa panas macam terkena bahang api, muka kami berpeluh. Isteri Alang Abdul Rauf masih tidak bergerak. Saya tidak tahu apakah rasa dan bahang panas itu dialami juga oleh datuk atau tidak. Datuk tetap tertegun di tengah halaman macam tadi, bagaikan tidak terasa apa-apa.

Alang Abdul Rauf dan saya dikejutkan oleh satu ledakan yang amat kuat. Seluruh kawasan halaman terang-benderang. Lembaga berkain putih yang meninggi separas langit terus ghaib, saya lihat datuk terlentang di atas bumi untuk beberapa saat. Datuk bangun dan masuk ke rumah seluruh badannya
berpeluh, macam orang jatuh dalam danau.

“Apa dia benda tu?” Tanya Alang Abdul Rauf.

“Syaitan, sengaja mengusik kita,” balas datuk selamba lalu duduk mencangkung di depan isteri Alang Abdul Rauf. Datuk menyuruh Alang Abdul Rauf menyentap kaki isterinya dengan sekuat hati. Isteri Alang Abdul Rauf terjaga dan cuba menerpa ke arah keris yang terlentang di atas lantai. Alang Abdul Rauf menghalangnya.

Isterinya termenung. Datuk hembus muka isteri Alang Abdul Rauf dua kali berturut-turut. Isteri Alang Abdul Rauf sandarkan badannya ke dinding. Ia kelihatan letih dan seperti orang hilang akal. Alang Abdul Rauf resah melihat keadaan isterinya itu.

“Biarkan di situ, kejap lagi dia pulih macam biasa,” ujar datuk.

“Kenapa dia jadi macam tu?” Alang Abdul Rauf minta kepastian dari datuk. Saya lihat datuk termenung sejenak, “tiba-tiba saja bini saya jadi berani, saya tahu dia memang penakut,” sambung Alang Abdul Rauf dengan wajah yang agak gusar.

Datuk mengeluh kecil sambil matanya merayap ke tiap sudut dinding. Datuk menyuruh saya merapatkan daun pintu. Saya enggan melakukannya, bila didesak untuk kali yang kedua saya terpaksa mematuhi dengan perasaan yang kecut. Bila daun pintu selesai saya rapatkan, saya terus duduk kembali dekat Alang Abdul Rauf.

“Seseorang yang terlalu takut, biasanya tenggelam punca dan perhitungan, bila sampai pada tahap ini, dia akan menjadi berani membabi buta, masa itulah syaitan meresap ke tubuhnya, akibatnya apa yang kamu lihat sekarang,” terang datuk sambil merenung muka saya dan Alang Abdul Rauf berulang kali.

Bagaimana mahu mengatasinya, bila dah jadi macam tu?” soal Alang Abdul Rauf.

“Kita bacalah ayat-ayat suci yang boleh menghalau syaitan, minta bantuan dan pertolongan dari Allah, biasanya bila syaitan dah masuk, kita jadi lupa, sebelum terjadi kita mesti bersedia.”

“Oh, begitu,” Alang Abdul Rauf menarik nafas dalam dalam, kemudian anggukkan kepalanya dua tiga kali.

Isteri Alang bergerak ke kiri dan ke kanan, mukanya yang jadi pucat, kelihatan kemerah-merahan. Ia menegur suami dan datuk dengan penuh sopan.

“Mengucap dua kalimah syahadat,” kata-kala itu ditujukan oleh datuk untuk isteri Alang Abdul Rauf. Isteri Alang Abdul Rauf terus mengucapkan berkali-kali. Datuk tersenyum panjang melihat isteri Alang Abdul Rauf bangun dan menuju ke dapur. Ia terus menjemput kami ke ruang dapur untuk makan malam.

“Sebelum tidur, suruh bini kamu sembahyang sunat dua rakaat, minta pada Allah supaya dijauhkan dari gangguan syaitan,” bisik datuk pada Alang Abdul Rauf, sebaik saja selesai makan malam. Alang Abdul Rauf memberi persetujuan untuk mematuhi apa yang dikatakan oleh datuk.

Saya dan datuk bersyukur pada Allah, sepanjang malam hingga fajar pagi, tidak ada perkara yang tidak diingini terjadi. Paling menggembirakan hati, seisi rumah dapat menunaikan sembahyang subuh bersama-sama datuk.

“Tengah hari sikit, kira-kira matahari di tengah pucuk kelapa dara, kami nak beransur ke tempat lain,” ujar datuk sambil menjamah kuih makanan pagi.

“Nak ke mana agaknya?”

“Nak balik ke tempat sendiri, dah lama benar tinggalkan orang rumah,” balas datuk lalu menghirup kopi. Alang Abdu Rauf dan isterinya berbalas senyum.

Saya tunduk merenung lantai tetapi, mulut tidak berhenti mengunyah lepat pisang berinti kelapa. Kalau datuk rindukan nenek, saya juga rindukannya. Dan saya memang berharap datuk tidak menukarkan rancangannya. Kalau boleh saya mahu datuk berangkat segera. Saya berhenti minum kopi dan berhenti menjamah lepat pisang lalu membasuh tangan.

Tepat jam sepuluh pagi, rumah Alang Abdul Rauf kami tinggalkan, sambil melangkah menuju ke pekan Batu Gajah, ada serangkai, cerita yang tersusun dalam tempurung kepala untuk saya persembahkan pada nenek.

Saya dapat membayangkan bagaimana rupa wajah nenek bila mendengar cerita yang mengerikan. Nenek pasti mempamerkan gusi dan giginya bila mendengar cerita lucu.

Semuanya mendorong dan membangkitkan keinginan saya untuk melihat wajah nenek. Peluh terus mercik di dahi. Celah ketiak dan pangkal paha mula terasa bergetah. Perjalanan kali ini amat menyeronokkan. Datuk cukup ramah dan rajin bercerita.

“Saya terasa pening tuk,” saya mengadu padanya.

“Hum, kamu ni, kena panas sikit terus sakit kepala, bukankah dah aku cakapkan dengan kamu amalkan petua yang aku berikan dulu.”

“Petua?” Saya terkejut dan memperlahankan langkah.

“Ha, kamu dah lupa?” Nada suara datuk keras.

Saya terus mengkedutkan dahi. Mengingati apa yang pernah datuk tuturkan pada saya. Usaha saya tidak berhasil. Kalau saya nyatakan padanya. Pasti saya kena marah. Dari kena marah ada baiknya saya membisu dan terus melangkah dalam panas terik.

“Kamu ingat petua tu, Tamar,” pertanyaan itu membuat hati saya cemas.

“Tak ingat, saya tak ingat tuk.”

“Jadi, apa yang kamu ingat?” Sergah datuk. Langkahnya mati. Biji matanya terbeliak. Saya terus membatu.

“Bukankah sudah aku katakan pada kamu, bila mandi, tidak kira pagi atau malam, mesti dimulakan dari kaki, ke badan dan akhirnya ke kepala.”

“Saya baru ingat tuk.”

“Lagi apa pesan dan petua dari aku.”

“Dalam sebulan mesti makan pucuk manggis untuk dijadikan ulam, kurangkan makan cili api.”

“Ha tahu pun kamu. ada lagi petuanya, cuba kamu ingati Tamar.”

“Setiap kali bangun pagi, mesti duduk mencangkung memeluk lutut sambil merapatkan kepala ke kepala lutut kemudian tegakkan lima kali berturut-turut, hingga sendawa.”

“Hum tahu, amalkan. InsyaAllah kalau petua itu kamu amalkan setiap hari, kamu tak mudah kena sakit kepala atau pening.”

Saya anggukkan kepala sambil membuat wajah minta dikasihani. Datuk tersenyum melihat telatah saya yang melucukan itu. Dengan lembut sekali telapak tangannya menepuk bahu kanan saya berkali-kali. Penuh kemanjaan dan kemesraan. Saya tersengih panjang.

Langkah selanjutnya, adalah langkah yang cukup rancak. Peluh yang mengarisi dahi terus saya kesat dengan telapak tangan. Saya dan datuk sudah pun melintasi kawasan tanah lombong yang ditinggalkan. Pepasir nampak berkilau-kilau ditikam matahari yang amat terik. Tetapi, angin yang amat ramah membekalkan rasa sejuk ke seluruh badan.

Sesekali terlihat beberapa ekor burung gagak, mengkais-kais pepasir lombong. Secara diam-diam saya mengambil seketul batu lalu melemparkan ke arah beburung gagak itu. Saya tersenyum melihat beburung gagak itu berterbang sambil berbunyi. Datuk berdehem dua tiga kali berturut-turut. Tandanya, datuk kurang senang dengan apa yang saya lakukan.

Saya dan datuk sampai ke pekan Batu Gajah dan terus menuju ke stesen bas. Cara kebetulan bas yang dingini memang sudah ada menanti. Tanpa membuang masa kami terus naik bas berwarna biru gelap berjalur merah. Belum pun sempat tempat duduk jadi panas, bas pun bergerak.

Sampai di pekan kecil Pusing, turun lagi menanti bas lain yang akan membawa kami ke kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan. Kerana bas yang dikehendaki belum tiba datuk terus duduk di bangku kayu di kaki lima kedai. Saya minta kebenaran dari datuk untuk merayau sekitar pekan kecil itu. Permintaan saya diperkenankan. Saya amat gembira.

TUPAI

Saya terus menuju ke kedai yang menjual burung dan binatang. Saya terpikat dengan arnab, kucing, tupai dan musang. Dari situ saya masuk agak jauh ke perut kedai menuju ke tempat aneka jenis burung, sedang saya asyik memperhatikan beburung tersebut. Seorang lelaki berusia sekitar empat puluhan masuk ke kedai.

Lelaki itu berbincang dengan penjual burung. Lama juga mereka berbincang, bila saya amati ternyata mereka berbincang tentang harga burung. Terkejut juga hati saya bila lelaki Melayu itu sanggup membeli seekor burung dengan harga yang amat tinggi. Burung yang mahu dibeli bukanlah jenis burung yang baik, malah tidak diminati oleh orang langsung.

“Setuju,” tanya penjual burung.

“Saya setuju, kaau tujuh ratus pun saya sauggup bayar.”

“Orang Melayu tak suka burung tu, orang Melayu kata burung jenis ini, bawa sial.”

“Saya nak buat ubat, sudahlah jangan banyak cakap,” bentak orang yang mengingati burung tersebut. Penjual burung terus pergi ke bahagian belakang kedai.”

“Ini dia burungnya, awak tengok,” penjual buning segera menayangkan seekor burung bubut (setengah orang menyebutnya sebagai burung but-but) yang berbulu agak kekuning-kuningan dan bermata merah. Si pembeli membelek-belek burung itu seketika.

Penjual burung masukkan burung itu ke dalam karung kertas. Setelah menyelesaikan pembayarannnya. Pembeli terus membawa burung itu keluar.

Sebaik saja pembeli burung itu hilang di balik bangunan kedai, saya merasakan ada sesuatu yang aneh pada diri pembeli burung tersebut. Kenapa burung yang tidak berapa digemari oleh masyarakat Melayu dibeli dengan harga yang begitu mahal sekali.

Tidak sukar mencarinya, asalkan sanggup keluar masuk belukar kecil atau di kawasan sawah terutama setelah musim menuai padi. Mungkin si pembeli mempunyal maksud yang tertentu? Timbul pertanyaan dalam diri saya.

“Eh kamu”

Satu tepukan singgah di bahu kiri. Wajah si penjual burung nampak terkejut. Saya toleh ke belakang. Bola mata saya mencakup wajah datuk dalam keadaan yang kurang tenang.

“Nak beli burung encik,” si penjual burung aju pertanyaan pada datuk. Datuk gelengkan kepala. Telapak tangannya masih melekat di bahu saya.

“Kamu tahu, kerana kamu asyik tengok burung bas dah tinggalkan kita,” rungut datuk telapak tangannya tidak lagi berada di bahu saya. Tidak ada sesuatu yang dapat saya katakan padanya.

Datuk terus mengheret saya keluar dari kedai burung. Si penjual burung memandang perbualan datuk dengan mata yang terkebil-kebil dan terus tersenyum panjang. Saya disuruh duduk di bangku kayu dan tidak dibenarkan ke mana-mana. Saya menyesali diri sendiri kerana terlalu asyik memikirkan
diri si pembeli burung yang aneh.

“Tuk.”

“Hum kenapa Tamar?”

“Orang beli burung but-but nak buat apa tuk?”

“Manalah aku tahu! kenapa kau tak tanya sendiri,” datuk seperti melepaskan geram pada saya. Dan saya terima dengan kerdipan mata kecewa. Bunyi kenderaan yang lalu dijalan terus menyumbat lubang telinga. Bunyi kenderaan itu bagaikan menyorak diri saya sendiri.

“Setahu aku burung jenis itu diindungi oleh pihak Jabatan Mergastua, tak boleh ditangkap apa lagi dijual, burung jenis tu dah nak pupus,” kali ini nada suara datuk cukup lembut bersahaja, menghilangkan rasa sesal dalam diri saya.

“Burung jenis tu susah membelanya, biasanya orang tak suka membelanya, kata orang burung itu bawa padah buruk pada si pembelanya,” lanjut datuk. Keinginan saya untuk mengetahui cerita selanjutnya kian menjadi-jadi dalam hati.

“Kalau dah bawa sial buat apa dibeli?” Saya menyoal. Datuk menarik nafas panjang. Beberapa orang yang lalu di kaki lima kedai merenung ke arah datuk. Siapa pun akan merasa pelik melihat orang tua memakai baju butang lima yang dibuat dari kain keras, berseluar hitam dari kain kilat yang tidak sesuai dengan warna baju. Paling melucukan datuk memakai selipar kulit yang tapaknya senget sebelah.

“Biasanya, orang mencari burung tu untuk ubat patah, tapi burung yang ditangkap untuk dibuat ubat patah mestilah burung yang di hutan bukannya dibeli,” datuk seperti merungut.

“Kalau beli di kedai, tak boleh ke tuk?”

“Ada tujuan lain yang tak baik.”

“Saya tak faham cakap tuk.”

“Nak buat aniaya sesama manusia, ini kerja syaitan,” datuk mengeluh. Saya angguk kepala. Bas yang dinanti pun tiba.

“Cepat Tamar.”

Datuk tarus menarik tangan saya. Kami berlari ke pintu bas. Berhenti sebentar di situ memberi laluan pada orang yang mahu turun.

Bila orang habis turun, kami pun terus naik bas. Saya memilih bangku kosong di belakang pemandu.

Tidak ada bantahan dari datuk. Tidak ada perkara yang kami cakapkan dalam perut bas. Saya lebih banyak tidur dan memandang keindahan kiri-kanan jalan.

KISAH

Dari pukul dua petang hingga sampai waktu maghrib, bermacam-macam kisah saya sampaikan pada nenek di anjung rumah berbumbung limas. Kalau kisah lucu saya persembahkan, nenek ketawa terkekeh, kalau kisah seram yang dihidangkan wajah nenek nampak cemas.

Masuk saja waktu maghrib, datuk terus mengajak saya ke surau, Sampai di surau saya disuruh melaungkan azan. Berkumandang suara saya ke seluruh kampung. Selesai menunaikan fardhu maghrib dan isyak, barulah saya dan datuk pulang ke rumah. Sambung kembali cerita dengan nenek. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

84. Belah Perut Burung

TERASA lucu sekali, bila nenek yang sudah tua itu, masih bertanya pada saya, kalau datuk terpikat pada wanita lain atau bercerita mahu kahwin lain.

"Datuk tu baik, ke mana-mana dia tak pernah lupa dengan nenek, nama nenek selalu dipujinya di depan kawan-kawan," ujar saya pada nenek. Ia tersenyum. Pipinya yang sudah berkedut kelihatan berpelohong ke dalam dan bibirnya kelihatan seperti menajam, melindungi giginya yang sudah hampir separuh tercabut dari gusi.

"Kenapa nenek tanya macam tu?"

"Kamu tahu Tamar, orang lelaki kalau badannya sihat, sampai umur seratus tahun pun nafsu dan keinginannya tetap kuat," sanggah nenek. Saya diam, tidak kuasa melawan cakapnya. Kalau dilawan mungkin boleh melukakan perasaannya.

Malam itu, hampir pukul dua belas baru saya masuk ke bilik tidur. dan datuk tetap dengan kegemarannya membaca Quran dan melakukan sembahyang sunat tengah malam sebelum masuk tidur.

Kali ini, saya dengan datuk agak lama berada di kampung. Hampir enam bulan tidak ke mana-mana. Datuk tetap dengan kegemarannya memburu

binatang pada sebelah petang. Waktupagi dihabiskan di kebun getahnya. Menanam anak-anak getah di celah pepohon getah yang sudah tua.

Menurut datuk bila anak-anak getah itu membesar dan boleh ditoreh. Pokok-pokok getah yang tua dan tidak mengeluarkan susu akan ditebang. Dalam seminggu cuma dua pagi saja saya menolong datuk.

Saya ada tugas lain yang diberikan datuk, saya disuruh mengurus kebun pisang. Menjual buah pisang dan menjual getah dari para penoreh di kebunnya adalah urusan saya. Saya kira taraf saya dengan taraf seorang kerani.

Walaupun saya tidak dibayar gaji tetap tetapi, pada setiap bulan saya menerima wang antara tiga puluh hingga empat puluh sebulan, bergantung pada hasil penjualan getah dan pisang.

Dengan wang itu, sayaboleh ke mana-mana dan berjaya membeli sebuah basikal lumba.

Saya berhasrat mahu menjadi seorang jaguh lumba basikal yang terkenal. Demi hasrat tersebut, pada setiap petang saya kayuh basikal keliling kampung, berlagak sebagai seorang juara.

Kawan-kawan rapat dan karib terus mengkagumi dan memuji saya kerana berani kayuh basikal lumba dengan laju. Bila dipuji begitu, saya terasa yang diri saya ini memang benar-benar seorang juara.

Anehnya, kehebatan dan kebolehan saya setakat keliling kampung saja. Tidak berani masuk gelanggang. Mimpi untuk jadi juara tetap datang dalam tidur saya. Datuk kurang senang melihat saya keliling kampung dengan basikal lumba, dia bimbang kalau perbuatan saya itu boleh menimbulkan fitnah atau mendorong saya mengusik anak dara kampung.

Bagi menghindar kejadian yang tidak diingini terjadi, datuk mengesyorkan supaya saya mengikuti ilmu persilatan dengan seorang jaguh silat yang tinggal kira-kira sepuluh batu dari kampung kami. Apa yang datuk utarakan itu segera saya patuhi.

"Aku mahu kamu pergi ke tempat kamu belajar silat dengan basikal," kata datuk dengan senyum. Terasa agak berat mahu kayuh basikal lumba ke tempat silat. Belajar silat kira-kira pukul sembilan malam dan tamat kira-kira pukul sebelas atau dua belas. Kemudian, kayuh basikal sepuluh batu pulang ke rumah.

Bagaimana? Kalau sedang saya asyik kayuh basikal dalam gelap, tiba-tiba harimau muncul di tengah jalan. Apa yang mesti saya lakukan? Menentangnya atau lari saja. Macam-macam yang saya fikirkan bila datuk menyuruh saya kayuh basikal ke tempat belajar silat.

"Sulit tuk," saya membantah.

"Apa yang sulitnya Tamar," datuk beliakkan biji mata.

"Jumpa gajah atau harimau tengah malam, hancur tulang-tulang saya dipatah-patahkannya."

"Kerana itu aku suruh kamu belajar silat, biar berani dan boleh mempertahankan diri bila diserang binatang atau manusia."

"Cara datuk mengajar saya supaya jadi berani ganjil sekali," nada suara saya agak keras. Datuk terus menggosok pangkal hidungnya berkali-kali sambil merenung basikal lumba yang saya sandarkan ke perdu pokok kelapa.

"Bagaimana? kalau kau setuju aku belikan motosikal untuk kamu, asalkan kamu mahu belajar jadi manusia berani," satu peluang yang terbaik dari datuk, tidak wajar dilepaskan begitu saja.

"Saya setuju tuk."

"Ada syaratnya Tamar."

"Syarat? Apa syaratnya tuk," saya terkejut.

"Mudah saja, kau belajar dulu enam bulan, lepas itu baru aku belikan motorsikal, itu pun bila kamu dah lulus ujian memandu." tersenyum simpul datuk memandang ke arah saya. Mudah sungguh ia mengeluarkan syarat tetapi, bebannya terasa amat berat sekali untuk saya laksanakan.

Setelah difikirkan dengan teliti dan masak-masak, saya terima dengan syarat yang diajukan pada saya. Senyum datuk bertambah lebar. Petang itu juga, datuk membawa saya menemui guru silat. Melihat bentuk tubuhnya yang tegap, misai melintang dan penuh janggut serta jambang menghiasi wajah membuat saya gementar.

Saya membayangkan kalau pembukanya yang datang gagal saya tepis, pasti saya jatuh terlentang ke bumi. Kalau hinggap dirusuk, sudah pasti tulang rusuk patah. tetapi, kerana mahukan motosikal. Semua rintangan sanggup saya hadapi.

Tanpa diduga sedang asyik berborak di halaman rumah pendekar. Secara mengejut pendekar melepaskan satu penumbuk kencang ke arah saya, kerana pernah belajar beberapa langkah silat tumbukan itu berhasil saya tepiskan.

"Dah tahu rupanya," puji pendikar sambil memintal misai lebatnya. Telapak tangannya yang lebar itu terus menepuk bahu saya berkali-kali. Datuk tersenyum, datuk mana yang tidak merasa bangga bila cucu kesayangan dipuji di depan mata. Saya bersyukur pada Allah swt kerana menghadiahkan kegembiraan padanya.

Setelah berbincang lebih kurang setengah jam. Kami pun meninggalkan rumah pendekar tersebut. Dua hari kemudian, saya pun memulakan latihan. Saya berharap kali ini, datuk tidak akan pergi ke mana-mana. Biarlah datuk duduk terus di kampung meneruskan kebiasaan yang diminatinya. Saya sudah bosan mahu mengikuti datuk ke mana-mana.

Apa yang saya bimbangkan selama ini benar-benar terjadi. Ketika saya pulang dari belajar silat, saya terserempak dengan seekor harimau yang baring melintang di jalan raya. Saya terus melakukan brek kecemasan. Saya tercampak atas tanah. Harimau yang terkejut terus bangun, membuka mulutnya lebar-lebar sambil menjilat tubuhnya dengan tenang.

Saya cuba bangun tetapi, saya rasakan sepasang tempurung lutut saya jadi lemah. Saya jadi lembik dan jatuh lagi. Saya serahkan hidup atau mati saya pada keadaan. Entah macam mana, saya jadi berani dengan tiba-tiba. Saya berhasil bangun dan mengangkat basikal lumba yang tersadai atas rumput. Harimau liar itu bergerak di depan saya.

Saya ikuti pergerakannya dengan teliti. Saya tentang matanya yang bersinar dalam gelap. Bila harimau bergerak ke arah saya. Saya undur perlahan-lahan basikal lumba saya jadikan benteng pertahanan. Bila harimau itu menerkam ke arah saya terlebih dahulu terkena basikal lumba sebelum melakukan serangan ke atas saya.

Saya bersyukur bila harimau itu tidak menerkam ke arah saya. Harimau itu cuma mengaum panjang sebanyak dua kali. Kemudian masuk ke hutan di sebelah kanan.

Saya terus lompat atas basikal lumba dan mengayuhnya dengan laju tanpa menoleh ke belakang. Apa yang saya alami tidak saya ceritakan pada datuk, biarlah peristiwa itu menjadi kenangan diri yang paling berharga buat saya.

DATANG

Suatu hari guru silat datang menemui datuk. Saya jadi cemas kalau guru silat tersebut membawa berita yang kurang menyenangkan tentang diri saya pada datuk. Saya terus mengintip perbualan mereka dari bawah rumah.

"Saya nak mengajak awak ke Permatang Pauh," terdengar suara guru silat.

"Ada apa di sana?" Soal datuk.

"Adik ipar saya sakit, isterinya, adik saya menulis surat minta saya balik tengok keadaan suaminya yang teruk."

"Kalau kamu mengajak aku ke sana untuk mengubatnya, aku minta maaf, aku tak pandai."

"Tidak terniat dalam hati, saya cuma nak ajak awak berjalan sauja, adik ipar saya tu, sekarang ni diubat dan dijaga oleh bomoh, manalah tahu kalau awak nak berkenalan dengannya."

Mereka berhenti bercakap sebentar. Sama-sama menikmati, air kopi dan kuih yang dihidangkan. Saya masih tidak mahu bergerak dari bawah rumah. Saya mahu mengikuti dan mendengar keputusan yang bakal diambil oleh datuk. Saya yang berada di bawah rumah terus berdebar.

"Apa sakit adik ipar kamu tu?" Datuk minta penjelasan.

"Pada mulanya, dia demam, tidak berala lama lepas itu, perutnya terus buncit macam orang mengandung, sudah puas dibawa berubat ke mana-mana tapi tak mahu hilang."

"tak bawa ke hospital." soal datuk lagi.

"Sudah, doktor sendiri tidak tahu apa jenis penyakit yang ditanggungnya."

"Berubat dengan bomoh tu, macam mana?"

"Menurut isterinya ada kurang sikit, bomoh tu memang handal, namanya terkenal di tempat saya hingga ke Selatan Siam.

"Kalau begitu aku ingin nak belajar darinya. Bila kamu nak balik ke Permatang Pauh."

"Dua hari lagi."

"Kalau aku dengan cucu aku pergi, tak menyusahkan diri kamu," tambah datuk.

Saya yang berada di bawah ruma tergamam sejenak. Saya mengambil keputusan keluar dari bawah rumah. Naik ke atas rumah lalu berdiri di muka pintu. Guru silat angkat tangan pada saya bersama segaris senyum yang memanjang. Saya juga angkat tangan.

"Tak jadi hal, rumah peninggalan orang tua saya besar, sekarang ni kosong, awak boleh duduk di situ, setakat makan minum awak berdua selama dua tiga hari kamu kerabat saya boleh tanggung," balas guru silat penuh semangat. Datuk termenung. saya terus duduk di sisinya. Guru silat garu pangkal keningnya dua tiga kali.

"Biar kami bawa beras, ikan dan apa yang patut," dengan wajah selamba datuk menuturkan kata-kata. Guru silat gelengkan kepalanya dua tiga kali sambil tidak berkata.

"Untuk menyenangkan awak," balas datuk.

"Susah dengan awak ni, selalu memikirkan tentang diri orang lain, tidak mahu menyusahkan orang lain dalam hidup awak," guru silat bersuara diakhiri dengan ketawa memanjang. Datuk hanya tersenyum saja.

Guru silat minta diri untuk pulang. Datuk dan saya menghantarnya hingga ke kaki tangga. Terasa di hati ingin melarang datuk supaya jangan pergi ke Permatang Pauh. Tetapi, apa yang ada dalam hati saya, tidak terdaya mahu saya luahkan. Takut kena marah.

BERANGKAT

Masa yang dijanji pun tiba. Kami bertiga pun berangkat ke Permatang Pauh dengan menaiki bas. Sebelum sampai ke tempat yang dituju kami terpaksa singgah di beberapa buah bandar, bertukar bas.

Kami sampai di Permatang Pauh, kira-kira pukul dua petang. Kampung asal guru silat memang menarik. Dikelilingi sawah yang sayup maa memandang. Saya terpesona melihat matahari petang yang memancarkancahaya kekuningan ke atas bebuah padi yang sedang menguning emas.

Kali ini, saya merasa beruntung dan bertuah. Datuk tidak mengongkong kebebasan diri saya. Satu perubahan yang amat mengejutkan dari datuk. Saya boleh pergi ke mana-mana dalam kawasan kampung guru silat.

Dua hari berada di tempat tersebut, saya sudah berkenalan dengan beberapa orang pemuda yang sebaya dengan saya di kampung itu. Saya berkawan dengan Zubir, Usman dan Abdul Fatah. Mereka membawa saya melawat ke Bukit Bendera, Batu Feringgi dan beberapa tempat yang menarik.

Kadang-kadang mereka mengajak saya mandi laut di kawasan yang sekarang sudah didirikan hotel Rasa Sayang. Sebelum itu, di sekitar kawasan tersebut terdapat perkampungan dan rumah orang Melayu. Cara kebetulan pula ayah saudara Zubir tinggal di tempat tersebut, menjadi nelayan pantai.

Semua yang saya alami itu, merupakan satu pengalaman baru dan membuat saya ingin tinggal lebih lama di tempat tersebut. Abdul Fatah mencadangkan supaya saya bekerja di Pelabuhan Pulau Pinang seperti dirinya. Cadangan itu saya tolak, tetapi Zubir berjanji untuk mencarikan saya pekerjaan di Kebun Bunga yang selalu menjadi tumpuan para pelancong kerana bunga dan monyetnya yang jinak.

Cadangan Zubir memang menarik hati saya. Harapan untuk memperolehi kerja tersebut amat cerah kerana abangnya menjadi pegawai dan diberi kuasa memilih orang untuk bekerja di tempat tersebut.

Jawapan saya pada cadangan itu : "Nanti aku fikirkan, kemudian aku beritahu kamu keputusannya."

"Bila aku boleh dapat tahu?"

"Biar aku balik dulu ke kampung, kemudian aku tulis surat pada kamu."

"Kalau begitu aku daftarkan nama kamu dulu."

"Ya, kalau baik apa yang kamu fikirkan patut," balasku.

Jawapan itu memberikan kegembiraan pada tiga sahabat baru, awal-awal lagi mereka sudah bermuafakat untuk menyewa rumahdi sebuah kampung Melayu yang letaknya tidak jauh dari Persiaran Gurney. Kalau tidak silap saya, kampung itu disebut Kelawai. Kata mereka saya amat sesuai untuk tinggal di sebuah rumah sewa sama mereka.

Kebebasan yang diberikan oleh datuk itu, membuat saya tidak berminat untuk mengikuti datuk pergi ke rumah adik ipar guru silat yang terlantar sakit. Hal itu kurang menyenangkan hati datuk.

"Tamar, petang ni usah ke mana-mana ikut aku," ujar datuk dengan tenang di tengah rumah peninggalan orang tua guru silat. Saya berhenti dari menyikat rambut dan terus termenung.

Saya dapat membayangkan kehampaan kawan-kawan, bila saya tidak dapat menyertai mereka perti ke Padang Kota seperti yang dijanjikan. Saya terlepas peluang untuk berdiri di tepi feri sambik menikmati deru ombak dan melihat matahari hampir terbenam di permukaan laut seperti yang selalu kami lakukan ketika menyeberangi selat kecil yang memisahkan bumi Pulau Pinang dengan Tanah Besar.

"Saya dan janji dengan kawan tuk."

"Tuk nak ajak saya tengok orang sakit tu."

"Ya."

"Kalau begitu, biar saya beritahu kawan-kawan yang saya tak dapat pergi ke sana, nanti dia orang tertunggu-tunggu saya."

"Pergi cepat."

Saya terus menemui kawan-kawan. Ternyata mereka agak terkejut dengan berita yang saya sampaikan. Akhirnya, mereka dapat menerimanya setelah saya terangkan keadaan yang sebenar. Saya terharu bila mereka membatalkan hasrat yang sudah dirancang tanpa penyertaan saya. Kagum saya dengan semangat setia kawan yang diberikan itu.

LIHAT

Hasrat datuk saya tunaikan. Ia gembira dan malam itu lebih kurang pukul sepuluh saya sudah pun berada di rumah adik ipar guru silat. Terharu saya melihat seorang lelaki terlentang di lantai dengan perut yang membukit.

Di depan lelaki itu digantung tali belati yang diikat pada alang rumah. Bila lalaki itu mahu duduk ia terpaksa menggunakan tali belati itu sebagai tempat berpaut.

Satu pemandangan dan keadaan yang amat mengharukan perasaan saya. Bila lelaki itu sudah duduk, isterinya segera meletakkan tiga bantal di belakangnya untuk dijadikan tempat bersandar. Tanpa bantuan bantal dan tali tersebut, lelaki itu tidak mampu duduk.

Menurut isteri lelaki itu, suaminya jarang makan dan minum tetapi, perutnya tetap membesar. Bercakap tidak boleh banyak, kalau bercakap suaminya akan mengalami sesak nafas dan penat adakalanya terus pengsan.

"Sudah enam bulan lebih," kata bomoh yang merawat adik ipar guru silat pada datuk. Saya lihat datuk anggukkan kepala kemudian terus bertanya :

"Bagaimana, ada harapan nak sembuh."

"Entahlah, saya cuma berusaha kalau diizinkan Allah sembuhlah dia," bomoh itu merendah diri.

"Dah lama awak berikhtiar?" tanya datuk lagi.

"Baru lagi, perkara ini diberitahu pada saya dah lambat, kalau cepat, barangkali saya dapat berusaha lebih baik lagi." dengan tenang bomoh yang berusia lebih tua dari datuk memberi penerangan.

Datuk termenung panjang. Kemudian merenung ke arah adik ipar guru silat yang terlentang. Datuk menarik nafas panjang. Guru silat yang berada di sisinya terus membisu. Isteri suami malang menatap sayu ke arah suaminya.

"Minta maaf, masuk malam ni dah tiga malam saya ikut awak mengubat, orang sakit ni, macam mana kalau saya turut menolong awak," datuk cuba memberikan khidmatnya. Bomoh yang duduk disebelahnya terus tunduk.

Saya kira, permintaan datuk tidak akan diperkenankan. Mana ada bomoh yang suka kerjanya diganggu atau mahu bekerjasama dengan orang lain.

"Boleh," satu jawapan yang amat mengejutkan dari si Bomoh. Muka datuk nampak berubah. Begitu juga dengan muka guru silat. Datuk segera bangun dan mendekati si sakit. Datuk pegang tangan pesakit merasai denyut nadinya.Datuk kembali duduk di sisi bomoh. Buat beberapa minit, tidak ada percakapan yang terjadi di antara kami.

"Awak setuju tak, kalau saya katakan sakit orang ni memang teruk," datuk renung muka bomoh. Tiada jawapan yang datuk terima dari bomoh tersebut. Cara mendadak saja bomoh bangun lalu duduk bersandar di dinding sambil melunjurkan sepasang kakinya. Songkok hitam diletakkan atas lantai.

"Tentulah teruk, kalau dah sampai hospital sendiri tak tahu nak buat apa," tiba-tiba saja bomoh tersebut bersuara. Songkok atas lantai diambilnya lalu diletakkan atas kepalanya kembali. datuk segera menghampirinya. Saya perhatikan datuk memperlihatkan sikap mahu bersahabat dengannya.

"Apa pandangan tuk bomoh, saya memang jahil dalam hal macam ini," kata datuk merendah diri. Bomoh itu senyum. Dua tiga kali ia meraba bahagian tepi songkoknya.

"Awak memang sikit pun tak tahu? Bomoh itu bertanya lagi. Datuk anggukkan kepala.

"Hum, saya sangka awak tadi ada isi, berlagak macam orang pandai rupanya kosong," tambahnya lagi bersama senyum yang lebar. Datuk hanya diam sahaja.

"Kalau dah tak tahu apa-apa, jangan banyak cerita tenogk saya apa yang aku buat," Nada suara bomoh itu mula meninggi. Ia terus memicit-micit pangkal pahanya. Guru silat yang duduk dekat datuk tetap anggukkan kepala.

"Awak tahu, orang ni kena buatan manusia, dia disihir," tiba-tiba sahaja bomoh itu berdiri, sambil mengepal-ngepalkan penumbuk. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan dalam rumah.

"Kamu semua tahu puncanya?" tanya bomoh dengan suara keras biji matanya separuh terbuka. Kerana tidak ada sesiapa yang menjawab pertanyaannya, muka bomoh jadi merah. Ia terus menjerit :

"Kamu tahu puncanya?"

"Tak tahu," pekik datuk, pekikan datuk itu mengejutkan bomoh itu sendiri. Ia jadi tersentap. Tidak jegilkan biji mata. Tidak tunjuk wajah yang marah. Wajah dan gerakan tubuhnya serta-merta bertukar menjadi lembut dan sopan.

"Puncanya bukan apa-apa," bomoh tua memperkemaskan silanya. Guru silat dan datuk tumpukan perhatian ke arahnya.

"Puncanya, yang si sakit ni tak mahu dengar cakap dan nasihat orang. Itu saja sebabnya," sambung bomoh tua. Biji matanya bulat menatap wajah datuk.

Saya lihat guru silat renung ke arah datuk. Beberapa saat kemudian, guru silat terus merapati datuk. Mereka berbisik. Entah apa yang mereka bisikkan saya sendiri pun tidak tahu. Bomoh tua lunjurkan kaki kiri sambil menggaru pangkal telinganya berkali-kali.

"Kalau kamu tau sikit-sikit cara nak mengubatnya beritahu aku jangan sembunyi-sembunyi," kata-kata itu ditujukan untuk datuk oleh bomoh tua. Datuk seperti orang terkejut. Guru silat singgung pangkal paha datuk dengan kepala lutut.

"Saya tak tahu, saya cuma nak tengok saja, kalau boleh saya nak tumpang belajar," balas datuk dengan tenang. Bomoh tua tersenyum.

"Kalau begitu, kamu jadi pembantu aku, setuju?"

"Setuju," jawab datuk tegas.

"Bagus, ke mari dekat aku."

Datuk bangun lalu mendekati bomoh tua. Bomoh tua bangun lalu memegang tangan datuk erat-erat. Datuk ditarik mendekati orang yang sakit. Mereka duduk bersimpuh menghadapi orang sakit.

SILAT

Tiba-tiba bomoh tua itu membuka silat. Menendang ke kiri dan ke kanan. Tendangan itu semuanya mengarah ke arah datuk. Cepat-cepat datuk mengelak dan menepis dengan tangkasnya. Bomoh tua berhenti bersilat. Ia ketawa. Saya terasa macam ada sesuatu yang ganjil tentang cara bomoh tua itu mengubati orang.

"Maafkan aku, aku cuma menguji diri kamu," kata bomoh tua dengan wajah yang tenang. Tetapi, datuk tetap berwajah serius. Seolah-olah tidak dapat menerima dengan apa yang dilakukan oleh bomoh tua tersebut padanya.

"Bukan masanya untuk menguji, kita mengubat orang sakit," datuk membantah. Bomoh tua menarik wajah masam. Kurang senang dengan teguran datuk itu. Guru silat di sebelah saya juga nampak resah.

"Habis sekarang masa untuk apa?" Ia menyoal datuk dengan nada suara yang keras. Datuk tetap bersikap tenang.

"Masa untuk mengubat orang," balas datuk.

"Kamu bercakap perkara yang betul, tapi kamu harus tahu ini cara aku. Aku nak panggil roh datuk nenek membantu," jawab bomoh tua.

"Cara yang salah, bertentangan dengan agama," tiba-tiba saja guru silat bersuara. Datuk nampak resah.

"Ini urusan aku, kau jangan campur," bomoh tua jadi marah. Ia suruh datuk bangun dan beredar ke tempat lain. Datuk patuh pada permintaannya. Bomoh terus duduk bersila. Menabur kemenyan dalam tempat perasap. Kedua belah tanggannya diletakkan atas kedua kepala lututnya.

Bomoh tua goyangkan badan ke kiri dan ke kanan. Tiba-tiba ia jatuh terlentang atas lantai, macam nangka masak gugur dari pokok. Ia bangun perlahan-lahan. Ketika itu semua tingkap di rumah adik ipar guru silat terbuka sendiri. Langsir bergerak-gerak kencang ditolak angin. Saya mula cemas...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

85. Katak Ganjil

BIARKAN mereka datang,” kata bomoh dalam keadaan tidak sedar, saya merenung menerusi tingkap dan pintu yang terbuka sendiri.

“Beri jalan,” suara bomoh lembut. Saya terasa papan rumah seperti dipijak orang. Angin malam kian kuat terus masuk ke rumah. Beberapa helai daun mempelam melayang ke rumah.

Datuk tidak melakukan sesuatu. Ia melihat apa yang terjadi dengan perasaan tenang tetapi penuh persediaan kewaspadaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak baik. Guru silat bangun lalu berdiri tidak jauh dari arah rusuk kanan bomoh tua. Saya pula mengisut perlahan-lahan menuju ke tepi dinding.

Berusaha mahu menjarakkan diri dengan datuk, guru silat dan bomoh tua. Andainya, bomoh tua kemasukan roh datuk nenek dan tidak sedarkan diri, mengamuk atau membaling tempat bara api saya boleh mengelakkan diri dengan terjun menerusi pintu yang terbuka.

Bomoh tua yang bercakap seorang diri itu, memperlahankan suaranya, sesekali ia menumbuk lantai, suaranya seperti orang yang kena cekik. Lagi sekali bomoh tua itu rebah atas lantai.

Suasana dalam rumah menjadi sunyi. Bomoh tua terus bangun. Gosok kelopak matanya berkali-kali, macam orang baru bangun tidur. Renung kiri, kanan dengan sinar mata yang garang.

“Eh, kamu kenapa datang dekat aku, tengok sekarang datuk nenek aku dah lari, kamu tolak dia, sekarang dia dah merajuk,” bomoh terus marah-marah dengan guru silat. Saya tergamam, tidak ada sesiapa pun yang berdiri dekatnya, sebelum guru silat menghampirinya.

“Saya tak nampak apa-apa,” mulut celupar saya bertanya. “Kamu tahu, biji mata kamu semuanya tak nampak dia, kecuali aku, batin aku dengan batin roh datuk nenek aku sudah bersatu,” kemarahan bomoh tua meluap-luap. Tidak terduga oleh saya perkara tersebut boleh jadi begitu.

Supaya keadaan, tidak menjadi kacau-bilau, datuk segera minta maaf. Nasib baik bomoh tua mahu memaafkannya. Saya segera terfikir kenapa banyak sangat upacara yang mesti dijalankan untuk mengubati orang yang sedang sakit.

Apakah bomoh tua itu tidak terfikir cara yang dilakukannya itu menambahkan beban orang yang memang sudah sakit itu. Saya jadi bosan dengan keadaan yang sedang saya hadapi.

Saya juga terfikir, perkara itu sahaja dilakukan untuk melambat-lambatkan tugasnya. Bila sudah larut malam baru kerja itu dijalankan dengan sempurna. Ini satu taktik, kata hati saya. Bomoh itu, menjalankan upacaranya kembali. Kali ini isteri si sakit duduk di depannya.

“Akulah panglima raja Melayu,” suara bomoh berubah, parau dan garang. Isteri si sakit tunduk.

“Siapa nama panglima?” Soal isteri si sakit.

“Datuk Maharajalela, panglima Perak yang datang untuk menyempurnakan hajat anak cucu.”

“Terima kasih kerana panglima sudi datang ke rumah kami.”

“Hum...aku faham, aku dahaga dan lapar.”

“Tunggu, panglima.”

Isteri si sakit pun meletakkan setalam hidangan di depan bomoh tua yang menjelma menjadi Datuk Maharajalela. Saya segera rapat pada datuk yang duduk tidak jauh dari bomoh yang sudah berada di zaman lampau itu.

Saya lihat dalam talam itu ada dua butir telur ayam, sebutir sudah direbus dan sebutir tidak. Ada dua cawan, satu berisi kopi, satu berisi air biasa. Ada dua kepal pulut, satu berwarna kuning dan satu berwarna putih.

Asap kemenyan terus menguasai ruang rumah. Dalam berbisik guru silat memberitahu saya, barang-barang ini memang menjadi syarat setiap kali bomoh tua itu menjalankan tugasnya. Dan barang-barang itu sentiasa berubah, mengikut malam bomoh tua itu datang.

Isteri si sakit tahu, kalau bomoh tua datang malam Selasa, persediaannya cuma dua biji pisang. Satu masak dan satu tidak. Malam Jumaat, persediaannya seperti yang saya lihat sekarang.

Biasanya, setelah selesai menjalankan upacara tersebut, bomoh tua akan memberitahu pada orang yang diubatinya siapa pula yang akan mendampinginya pada malam berikut dan apa kegemaran orang yang mendampinginya itu mesti disediakan.

Semua makanan yang dihidangkan itu dimakan oleh bomoh tua yang sudah diresapi roh panglima itu. Semuanya dimakan separuh saja. Tekak saja menjadi loya bila melihat bomoh tua itu makan. Air liurnya meleleh, macam orang kena sawan babi. Sesiapa pun tidak sudi makan sisa makanan yang
ditinggalkannya itu.

Membazir dan jadi habuan ayam. Itupun kalau ayam tersebut sudi. Fikir saya. Datuk terus termenung sambil mengerutkan dahinya. Bomoh tua itu selesai makan.

“Apa hajat cucu,” bomoh tua bersuara.

“Suami saya sakit, sudah ramai panglima yang datang tapi sakitnya tak kurang juga, sekarang saya minta tolong pada Pahlawan Perak.”

“Hummmmmmm.,” bomoh tua itu tunduk, “Sakit suami kau kena buatan orang, dua tiga hari lagi sembuhlah dia, beri aku kemenyan dan daun kunyit.”

Isteri si sakit serahkan barang yang dikehendaki. Bomoh tua membelek-belek barang tersebut dan diserahkan pada isteri si sakit.

“Kemenyan tu usap ke muka tujuh senja, daun kunyit potong kecil dan diberikan ia makan pada setiap pagi, dan faham cakap aku.”

“Faham.”

“Ada apa-apa lagi yang nak minta.”

“Tak ada apa-apa, kalau tak kurang saya panggil panglima lagi.”

“Boleh, lain kali aku nak datang dengan Tok Janggut dari Kelantan, sediakan makanannya, ayam percik sama nasi dagang. Aku nak balik.”

Bomoh tua itu jatuh ke lantai kembali. Kemudian bangun dan tersenyum, seolah-olah tidak ada sesuatu yang dilakukan di depan kami. Ia bersalam dengan kami.

Bomoh tua itu bertanya pada isteri si sakit apa yang terjadi. Isteri si sakit pun menceritakan apa yang terjadi. Bomoh tua pun anggukkan kepala. Senyumnya bertambah lebar merenung ke arah kami.

“Kamu dah banyak kali tengok aku mengubat orang, tapi aku rasa pelik kenapa malam ini baru kamu nak tolong aku?” Bomoh tua ajukan pertanyaan pada datuk.

“Saya nak belajar,” jawab datuk.

“Hisss kamu, dah tua-tua nak belajar, hati dah tumpul otak tak boleh terima pelajaran lagi, aku belajar sejak kecil tahu.”

“Saya faham,” kata datuk menahan rasa malu yang amat sangat. Bomoh tua tersenyum. Pintu dan tingkap yang terbuka tertutup rapat kembali. Saya tidak sedar, waktu bila tingkap dan pintu rapat.

“Boleh saya sentuh tubuh si sakit,” datuk minta izin dari bomoh tua. Ia anggukkan kepala. Senyumnya tidak juga berakhir di kelopak bibir. Saya tahu, senyum itu tidak jujur. Senyum menyindir. Datuk rapat pada si sakit. Pergelangan tangan si sakit di rabanya berkali-kali. Datuk minta segelas air sejuk pada isteri si sakit.

Segelas air sejuk berada dalam tangan datuk. Mulut datuk bergerak lancar. Datuk serahkan gelas berisi air itu pada si sakit. Datuk suruh si sakit minum air tersebut. Baru sekali teguk saja, si sakit itu terus tersedak, air di mulut bersembur dan terkena muka bomoh tua.

“Ini semua kerja syaitan, si sakit disihir orang,” datuk renung muka bomoh tua. Saya lihat bomoh tua tersengih sambil mengesat kesan air di mukanya.

“Tidak ada harapan nak baik,” ujar bomoh tua.

“Jangan cakap macam tu, kalau Allah izinkan semuanya elok, kalau janjinya sudah sampai kita tak boleh buat apa-apa,” suara datuk merendah. Bomoh tua gelengkan kepala.

“Kalau kamu dah pandai sangat, kamu ubat sendiri. Aku tak mahu campur,” bomoh tua meledakkan kemarahannya.

“Jangan begitu sama sama kita berusaha menolong orang yang sakit,” datuk memujuk. Tetapi, pujukan itu tidak berjaya melembutkan hatinya.

“Minta maaf, kalau saya katakan yang kita boleh berusaha, marilah sama kita menolongnya,” rayu datuk.

“Tidak kamu uruskan aku nak tengok sejauh mana kamu sanggup”, bomoh tua itu seolah-olah mencabar datuk. Saya lihat datuk termenung panjang. Macam ada sesuatu yang difikirkannya.

“Minta maaf, menurut petua datuk nenek saya orang yang sakit ini disihir dengan menggunakan anak kucing hitam. Kemudian akan disusuli dengan menggunakan burung but-but. Orang yang mengambil upah membuat kerja ini bukan sebarang orang,” datuk mengeluarkan apa yang ia tahu, mengikut petua denyut nadi dan gerak darah dalam urat saraf. Bomoh tua menjuihkan bibirnya ke depan. Datuk tidak terhenti setakat itu saja. Ia terus melanjutkan kata-katanya:

“Kerja pertama dah berjalan, hasilnya perut si sakit bengkak, dalam dua tiga minggu lagi kerja kedua akan dijalankan, kalau kita tak sekat kerja kedua ini, hanya Allah yang dapat menentukan hidup mati si sakit,” ujar datuk. Suaranya kali ini bertambah keras penuh dengan keyakinan. Bomoh tua kerutkan dahi.

“Macam mana caranya, orang tu buat kerja,” tiba-tiba saja bomoh tua soal datuk. Mahu menguji sejauh mana kebolehan dan kemampuan datuk.

“Perut anak kucing hitam itu dibelah, isi perut anak kucing itu dibalutkan dengan kain putih dan dimasukkan ke dalam perutnya semula lalu ditanam sekitar kawasan rumah, bila terlangkah pada orang yang ditujukan, sebulan kemudian perut orang itu buncit, bila kain dalam perut anak kucing reput, orang yang kena tuju tu, tamat riwayat,” jelas datuk.

Guru silat menggaru pangkal dagunya berkali-kali. Wajahnya nampak resah. Ekor mata saya masih tertumpu ke arah bomoh tua yang menjentik-jentik lantai dengan jarinya. Isteri si sakit termenung sedangkan si sakit yang terbaring mengerdipkan kelopak matanya berkali-kali.

“Bagaimana dengan adik ipar saya?” Mendadak saja guru silat bertanya. Bomoh tua berdehem panjang, bagaikan memberitahu yang pertanyaan itu harus ditujukan pada dirinya, bukan pada datuk. Perbuatan guru silat itu menjatuhkan mariabat dirinya.

“Adik ipar awak baru dikenakan peringkat awal, saya yakin kain pembalut perut anak kucing hitam tu belum hancur lagi, kita masih boleh berusaha.”

“Kalau sudah sampai peringkat kedua bagaimana?” Desak guru silat. Datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali.

“Peringkat kedua, perut burung but-but dibelah, semua isi perutnya dikeluarkan, dimasukkan kembali bersama tanah biasa lalu dijahit, ini cukup merbahaya, bila perut burung but-but hancur, perut adik ipar awak juga pecah.”

“Dahsyat, bagaimana kita nak mengatasinya,” cemas sekali guru silat bersuara.

“Kita mohon pertolongan pada Allah,” jawab datuk menenangkan perasaan guru silat. Lagi, sekali saya merenung ke bomoh tua yang sikapnya agak berubah dari tadi. Tidak memperlihatkan sikap marah-marah dan sombong.

“Bagaimana kalau semua kerja ni awak ambil,” terdengar suara bomoh tua. Datuk segera mendekatinya. Perlahan-lahan datuk genggam tangannya erat-erat.

“Marilah kita bekerjasama untuk menolong orang yang sakit,” kata datuk. Bomoh tua gelengkanan kepala seraya berkata:

“Awak uruskan cara awak, saya cara saya, kita tengok siapa handal.”

“Bukan itu niat saya.”

“Sudahlahhhh...,” bomoh tua terus bangun. Meninggalkan rumah adik ipar guru silat. Hilang dalam kepekatan malam yang garang.

Saya terus mengerutkan dahi melihat sikap bomoh tua yang di luar dugaan. Guru silat merenung wajah datuk dan datuk membalas senyuman tersebut dengan segaris senyum. Tetapi, rasa cemas dan bimbang tergambar di wajah isteri si sakit.

“Agaknya, dia dah tak mahu nak mengubat aku,” tanya si sakit (adik ipar guru silat) dengan nada kehampaan. Guru silat menarik nafas panjang.

Datuk meraba dagunya berkali-kali. Isteri si sakit merenung lantai.

Di luar, terdengar sayup-sayup suara pungguk. Desiran angin yang melanggar dedaun jelas kedengaran. Sesekali terdengar lolongan anjing yang panjang. Saya melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali.

“Bersabarlah,” kata datuk sambil memandang muka guru silat dan si sakit. Isteri si sakit menarik nafas kelegaan. Sepasang mata hitamnya merauti paras saya.

“Berapa lama saya harus bersabar, tak tahan rasanya saya menderita begini,” tiba-tiba saja si sakit bersuara.

“Bersabarlah, saya cuba berusaha. Saya rasa, saya dapat tahu siapa yang membuatnya, beri saya masa tiga hari dan dengan izin Allah, saya berjaya,” datuk memberikan pengakuan.

Kata-kata yang datuk hamburkan itu membuat guru silat tersenyum lagi. Si sakit cuba tersenyum dan isterinya anggukkan kepala. Di wajahnya terpamer seribu harapan pada datuk.

“Saya cuma berusaha dan yang menentukan semuanya adalah Allah, kita mohon pertolongan pada Allah. Niat kita baik, setiap kerja yang balk diberkati Allah,” datuk menambah.

“Saya faham, kita cuma berusaha yang menentukan semuanya adalah kuasa Allah,” sahut guru silat. Datuk anggukkan kepala.

Saya terus menggosok mata dua tiga kali. Terasa amat mengantuk sekali. Guru silat terus menguap panjang.

“Bagaimana, kita balik dulu,” guru silat bersuara sambil melunjurkan kaki kanannya. Kemudian, ia terus memicit pangkal pahanya berkali-kali. Deru angin malam di luar bertambah kuat.

“Terpulang, kalau nak balik pun elok juga,” balas datuk.

“Kalau begitu, biarlah kami balik dulu,” guru silat memberitahu isteri si sakit. Isteri si sakit pun anggukkan kepala.

Guru silat segera bangun melangkah tenang menuju ke pintu dengan diikuti oleh datuk dan saya. Sebaik saja saya berdiri di halaman rumah terdengar bunyi kucing mengiau panjang. Dengan pertolongan cahaya lampu, saya cuba mencari kucing yang mengiau. Tidak nampak bayang kucing dan hati saya mula berdebar.

“Kenapa tercegat, macam patung,” guru silat menepuk bahu kiri saya dua kali. Datuk terus merenung ke arah saya. Guru silat melihat langit yang hitam.

“Macam nak hujan, tak ada sebiji bintang pun di langit,” guru silat seperti merungut. Datuk dongak ke langit.

“Langit gelap belum tentu nak hujan,” balas datuk sambil memulakan langkah pulang.

Baru dua puluh tapak melangkah, guru silat mematikan lampu picitnya. Perbuatannya itu menimbulkan keraguan dalam diri saya. Cepat-cepat saya memegang bahagian tepi baju datuk.

“Kenapa?” datuk bersuara.

“Saya macam terdengar benda terbang atas kepala” suara guru silat cemas.

“Angin,” kata saya.

“Bukan angin, macam ada benda lain,” sahut guru silat lalu menyerahkan lampu picit pada datuk.

BURUNG

Angin malam terus bertiup sesekali kilat memancarkan cahayanya dituruti dengan bunyi guruh. Datuk menyuluh ke kiri dan ke kanan. Saya terdengar bunyi benda terbang macam burung mengelilingi kepala saya berkali-kali.

“Burung keliling kepala saya tuk."

Datuk pun menyuluh ke arah kepala saya. Datuk terkejut melihat seekor burung berpusing-pusing atas kepala saya sambil mengeluarkan bunyi yang tidak pernah saya dengar. Guru silat segera mendekati saya dan bersedia untuk menangkap burung yang tidak diketahui jenisnya.

“Aduh burung cakar mata saya" jerit guru silat. Datuk suluh muka guru silat. Saya terkejut melihat pipi guru silat berdarah. Datuk kesat darah di pipi guru silat dengaa sapu tangan. Burung yang tidak diketahui jenisnya itu terus melakukan serangan pada guru silat. Tetapi, kali ini guru silat sudah bersedia untuk menepis serangan burung tersebut dengan tangannya.

“Jangan tahan dengan tangan, nanti lengan kamu dicakarnya, cari kayu,” datuk mengeluarkan arahan. Guru Silat segera mencapai dahan kayu dan bersedia untuk memukul burung aneh yang mahu menyerangnya. Buat beberapa saat, suasana menjadi tenang. Burung aneh, tidak melakukan sebarang serangan.

“Jalan, jangan tunggu, burung tu tak datang lagi,” suara datuk meninggi. Saya dan guru silat segera mematuhinya. Berjalan malam dalam keadaan cemas memang tidak menyeronokkan, setiap benda yang didengar membuat bulu roma berdiri. Dua tiga kali langkah saya terhenti akibat diganggu oleh bunyi ranting kering yang patah akibat dirempuh angin.

Dalam keadaan yang tidak begitu selesa, saya terasa pipi kanan ditampar oleh kepak burung dan dituruti dengan cakaran kilat. Saya mula terasa pipi pedih dan berdarah:

“Burung tu, serang saya tuk.”

“Padamkan lampu, agaknya dia tak boleh tengok cahaya,” kata guru silat. Datuk segera memadamkan lampu picit. Atas arahan datuk, kami berbuat demikian.

“Kita berjalan semula, agaknya burung tu tak ganggu kita lagi,” suara guru silat tertahan-tahan. Agaknya, ia sudah tidak sanggup lagi duduk bertinggung. Tidak ada bantahan dari datuk tetapi, datuk mengingatkan kami yang ia akan menyalakan lampu picit di tangan bila difikirkan perlu. Teryata perjalanan kami lancar sekali.

Sebaik saja sampai di kaki rumah tempat saya dan datuk menginap, secara mendadak saja seekor burung puyuh hinggap di anak tangga ketiga, sambil mengembang-ngembangkan kepaknya. Sesekali membuka mulutnya macam minta makan. Guru silat menerpa ke arah burung puyuh tersebut untuk menangkapnya.

“Jangan,” datuk melarang.

“Kenapa? Bukankah dia nak datang menyerah diri.”

“Belum tentu burung puyuh tu betul betul burung puyuh barangkali benda lain yang menyerupainya”

“Ah ,” guru silat seperta mengeluh. Matanya merenung ke arah datuk dengan seribu tanda tanya. Datuk hanya menjawab dengan sebuah senyuman.

Burung puyuh terus meniti di anak tangga sambil melebarkan kedua belah kepaknya. Sesekali, berbunyi bertalu-talu. Suara burung puyuh itu ternyata berjaya memikat hati guru silat yang selama ini dikenali sebagai peminat burung puyuh. Matanya, tidak berkedip melihat telatah burung puyuh malam di anak tangga.

“Suaranya bagus, boleh jadi pemikat, gerak jalannya boleh jadi jaguh sabung puyuh,” guru silat seperti meratap kehebatan si puyuh malam yang dilihatnya.

“Aku tahu, aku juga pernah jadi peminat puyuh tapi, puyuh yang kita tengok ini, belum tentu puyuh betul,” datuk menahan keinginan yang bersarang dalam dada si guru silat.

Si guru silat yang mempunyai berpuluh-puluh anak murid itu kecewa dengan sikap datuk. Cepat-cepat datuk mengeluarkan kain ikat kepala berwarna merah dari dalam saku bajunya. Kain itu dikibaskannya ke arah burung puyuh malam tiga kali berturut-turut. Burung puyuh itu bersuara nyaring dan melawan kibasan kain ikat kepala datuk.

“Kau lihat sendiri,” kata datuk setelah burung puyuh itu hilang dengan serta-merta bila datuk mahu menyerkupnya dengan kain ikat kepala. Guru silat kedutkan dahi sambil menarik nafas panjang. Matanya merenung ke kiri dan ke kanan terasa sedikit rasa cemas dan bimbang.

“Sudah, mari kita naik,” datuk terus menarik tangan guru silat. Saya mengikutnya dari belakang. Bila pintu rumah dibuka, lagi sekali kami dikejutkan dengan kehadiran burung puyuh malam di tengah rumah. Saya lihat mata burung puyuh itu memandang tepat ke arah saya semacam ada cahaya
kemerah-merahan di biji matanya. Saya jadi cemas.

“Jangan diganggu biarkan di situ,” datuk mengingatkan saya dan guru silat. Serentak saya bersama guru silat anggukkan kepala. Saya terkejut bila burung puyuh malam itu menerkam ke arah kaki guru silat, tanpa mempedulikan ingatan datuk, guru silat terus menangkap burung puyuh tersebut.

“Biar kita tangkap dan pelihara, apa yang terjadi kita tanggung sendiri,” guru silat renung muka datuk.

“Terpulanglah pada kamu tapi, lagi sekali aku ingatkan, berhati-hatilah dengan burung itu.”

“Saya faham.”

Guru silat terus membawa burung puyuh ke ruang dapur. Dimasukkan ke dalam raga buluh dan ditutup dengan papan. Diletakkan atas para dapur. Datuk hanya menggeleng-gelengkan kepala takjub dengan keberanian guru silat yang sanggup menanggung apa saja kesusahan.

“Kita yakin, burung itu burung puyuh biasa,” bisik guru silat menyakinkan datuk. Tanpa mengucapkan sesuatu datuk tersenyum sambil meraba-raba misainya. Datuk mengambil air sembahyang dan terus membaca Quran. Guru silat duduk bersila di tengah ruang rumah.

KATAK

Di luar hujan mula turun dengan selebat-lehatnya bersama dengan bunyi halilintar dan petir. Saya yang kedinginan terus membungkus tubuh dengan kain pelekat. Bunyi jam tua yang tergantung di tiang seri rumah jelas kedengaran. Saya renung ke arah jam tua. Sudah pukul dua pagi.

“Ribut di luar,” kata guru silat.

“Ya, saya terdengar bunyi dahan patah,” kata saya.

“Jarang ribut kuat macam ni, saya bim...,” guru silat tdak dapat meneruskan kata-katanya diganggu oleh halilintar yang amat kuat. Telinga saya jadi berdesing.

Saya segera bangun. Datuk dekat guru silat. Gegaran dan halilintar dan petir membuat semua tingkap rumah terbuka. Tempias air hujan masuk mencurah-curah dalam rumah. Semua tikar basah tetapi, datuk tetap meneruskan pembacaan ayat-ayat suci dengan khusyuk sekali. Cahaya kilat terus menyambar ke dalam, membuat saya jadi resah tidak menentu.

“Burung puyuhku,” guru silat segera bangun dan saya bagaikan ditolak sesuatu kuasa mengikutnya ke ruang dapur. Guru silat membuka penutup raga perlahan-lahan. Saya yang menggigil kesejukan terus menjenguk ke raga.

“Ya, Allah,” guru silat bersuara, mukanya pucat.

“Kenapa?”

“Kau lihat sendiri Tamar.”

“Tak mahu, masa penutup dibuka tadi, saya dah perasan yang burung itu, bertukar menjadi katak.”

“Ajaib,” guru silat mengeluh.

Dan memang diduga sama sekali, di tengah suasana hujan yang menggila bersama petir dan halilintar, katak yang berada daiam raga terus melompat keluar. Bentuknya agak menakutkan, sepasang biji matanya tersembul, memancarkan cahaya kemerahan bercampur kebiru-biruan.

Di bawah bahagian mulutnya, terdapat warna hijau bercampur putih, kelihatan lembik dan bergerak tanpa berhenti. Mulutnya luas dan tapak kakinya macam tapak kaki itik serta berkuku panjang dan tajam. Kulit seluruh badannya lembik seolah-olah dagingnya berada di luar. Dari celah pelipat kakinya keluar air kental, tidak ubah macam air liur.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

86. Lidahnya Keluar

KATAK aneh terus membesarkan badannya. Sama besarnya dengan raga rotan di sisinya. Suaranya garang dan menakutkan sesekali suaranya kedengaran seperti suara budak yang berumur enam bulan menangis. Melihat keadaan yang tidak pernah saya lihat itu membuat saya ketakutan dan terus meninggalkan guru silat sendirian.

Saya terus memeluk tubuh datuk yang sedang membaca Quran. Entah apa malangnya diri saya. Datuk terus menolak hingga saya tersungkur di sisinya. Tanpa menghiraukan kesakitan yang saya tanggung, datuk terus membaca Quran tanpa mempedulikan tempias hujan yang sudah membasahi
sebahagian dari bajunya.

“Tolong, tolong katak serang aku.”

Suara guru silat bertempik dalam suasana gemuruh hujan dan angin malam yang amat hebat. Datuk merenung ke wajah saya sambil menutup Quran.

“Mari ikut aku, tengok apa yang jadi,” datuk terus bangun dan melangkah menuju ke ruang dapur. Tanpa banyak cakap saya menurut saja.

“Ya Allah, apa dah jadi,” kata saya dengan kedua belah kepala lutut menggigil. Biji mata saya terbeliak merenung ke arah guru silat yang terlentang di lantai. Mukanya terdapat kesan-kesan air kental yang berbuih. Selalunya air seperti itu hanya terdapat dari mulut katak. Guru silat menggolek ke kiri dan ke kanan macam orang kesakitan.

“Jangan pegang dia,” datuk melarang bila saya mahu menjamah bahu kiri guru silat. Saya terlihat bahagian depan baju guru silat terkoyak dan ada kesan kena cakar tapi, anehnya, bahagian yang kena cakar itu tidak mengeluarkan darah. Daging dan tulang dada guru silat jelas kelihatan.

“Kita mesti tolong dia tuk.”

“Biarkan di situ, dia sebenarnya tidak apa-apa, curna penglihatan kita saja yang nampak dirinya teruk.”

“Tapi, ini bukan main-main tuk.”

“Eb, Tamar kamu faham cakap aku tak?” Datuk terus memekik dan darah saya tersirap. Rupanya tindakan saya memanaskan darah datuk yang dingin di malam yang gemuruh dengan hujan, petir dan halilintar.

“Mana raga burungnya Tamar?” Tanya datuk.

“Itu,” jari telunjuk saya tertuju ke arah raga buluh di tepi tiang seri. Datuk terus menuju ke situ sambil menarik lengan kanan saya.

“Kau tengok, apa yang ada di dalam Tamar.”

Saya jenguk ke dalam raga. Apa yang menakjubkan hati dan perasaan saya bila terlihat burung puyuh duduk di tengah raga buluh dabm keadaan kesejukan. Matanya merenung lembut pada saya seolah-olah minta dikasihani.

“Apa yang kamu nampak di dalamnya Tamar?”

“Burung puyuh, tuk”

“Jadi, kau tak nampak katak? Bukan begitu Tamar.”

“Ya, tuk,” saya anggukkan kepala.

Saya mula merenung ke setiap sudut dapur, mencari katak aneh yang tidak diundang. Usaha saya tidak berhasil tetapi, saya masih dapat melihat kesan air liur katak yang melekat di lantai. Apa yang telah saya alami bersama guru silat sebentar tadi, saya ceritakan pada datuk.

Panas juga hati saya melihat sikap datuk. Dia seperti tidak kisah dengan apa yang saya katakan. Datuk seolah-olah menganggap apa yang saya sampaikan padanya satu cerita dongeng yang tidak wujud. Datuk lagi sekali mendekati raga rotan yang berisi burung puyuh. Kali ini, dia bertindak di luar apa yang saya fikirkan.

Datuk terus menangkap burung puyuh. Diangkat tinggi-tinggi melepasi kepalanya. Kemudian disusupnya ke celah kangkang sebanyak tiga kali berturut. Akhirnya,kepala burung puyuh diludah lima kali berturut-turut. Datuk terus mendekati tingkap. Berdiri di situ dalam rimbasan tempias hujan yang menggila, lampu dalam rumah terus padam.

Kilat terus mencabar dengan hebatnya. Dari pancaran cahaya kilat itu, saya dapat melihat wajah datuk yang serius, rambutnya agak mengerbang disentuh angin malam menggila. Bersama pancaran kilat dan tempias hujan serta hembusan angin, datuk mencampakkan burung puyuh keluar. Sebaik sahaja burung puyuh itu terlepas dari tangannya terdengar bunyi petir yang amat kuat, dituruti dengan bunyi suara orang ketawa dan menangis memanjang.

“Mana katak sial, biar aku lanyak sampai mampus,” guru silat terus bangun. Calar di wajah dan dadanya terus hilang. Bajunya yang koyak dibabagian dada sudah bercantum kembali. Lampu yang padam menyala semula.

“Bersabar, jangan turutkan perasaan,” datuk menenangkan perasaan guru silat. Saya menghela nafas panjang. Datuk mengajak guru silat duduk di ruang tengah rumah.

“Duduk di sini, kita ikhtiar untuk menyelesaikan semuanya,” tambah datuk. Guru silat terus anggukkan kepala. Setuju dengan apa yang dikatakan oleh datuk.

Hujan lebat, petir dan halilintar mula berkurangan tetapi rasa dingin tetap menguasai diri saya. Datuk memperkemaskan silanya. Datuk menyuruh saya merapatkan semua tingkap yang terbuka. Perintahnya, saya patuhi dengan perasaan cemas dan takut.

Megah juga rasa hati, bila semua daun tingkap berhasil saya rapatkan dengan baiknya. Saya terus mendekati datuk dan guru silat. Bersila macam mereka.

“Belum pernah saya mengalami perkara macam ini,” ujar guru silat. Matanya liar merenung ke kiri dan ke kanan.

“Ini juga satu pengalaman dalaxn hidup kamu.”

“Saya faham. Apa yang patut kita buat."

“Tak ada apa yang patut kita buat sekarang kita tidur dan lupakan semua yang terjadi.”

“Haaaaaaaa,” mulut guru silat terlopong dengan rasa cemas. Datuk tersenyum panjang.

Keadaan yang agak tenang itu berkocak kembali, diganggu oleh tendangan yang kuat. Bomoh tua terpacak di ambang pintu. Tidak terdapat kesan air hujan di pakaiannya meskipun hujan turun dengan lebat. Kedatangan bomoh tua yang tidak diduga itu mencemaskan perasaan kami.

“Ada apa hal datang waktu begini?” Soal datuk.

“Mencari burung puyuh saya yang hilang.” jawabnya.

“Burung puyuh?” Ulang guru silat dan bersedia untuk menyambung kata-katanya kembali tetapi, tidak diteruskan kerana datuk mengenyitkan mata ke arahnya dua kali berturut-turut.

“Kami tak nampak burung tu di sini,” datuk memberikan jawapan. Terbayang keraguan dan kesangsian di wajah bomoh tua. Tanpa mengucapkan sesuatu bomoh tua terus meninggalkan kami sambil menjeling ke arah daun pintu yang terkopak. Tugas membaiki pintu yang terkopak dilakukan oleh guru silat.

“Pelik juga saya memikirkan apa yang terjadi,” rungut guru silat. Datuk tidak memberikan sebarang pendapat berhubung dengan rungutan yang diluahkan oleh guru silat. Datuk terus menyandarkan badannya ke dinding sambil mengedutkan dahi. Hujan dan petir terus berhenti sama sekali. Kokok ayam mula terdengar sayup-sayup. Saya terus merebahkan badan dan kelopak mata terasa amat berat.

Bila saja mahu terlelap, saya terdengar suara guru silat dalam keadaan yang cemas. Kelopak mata segera saya buka lebar-lebar. Datuk saya lihat mash tersandar di dinding dengan kedua belah kelopak matanya tertutup rapat. Saya renung ke arah guru silat.

Tanpa mengucapkan sesuatu, guru silat meluruskan telunjuknya pada benda yang tergantung di tulang bumbung rumah. Apa yang saya lihat ialah sekujur tubuh manusia tergantung di situ dengan tali terjerut di lehernya. Saya lihat kaki orang yang tergantung itu bergerak-gerak, macam berjalan di awang-awangan. Bila saya renung ke mukanya, darah saya tersirap badan saya menggeletar.

Saya segera memejamkan mata, tidak sanggup saya melihat lidahnya yang terjelir keluar dengan sepasang biji matanya tersembul, bahagian mata hitamnya bagaikan mahu tercabut dan terbuai-buai sedangkan bahagian mata putihnya seperti melekat pada kedua belah pipinya. Sepasang tangannya bergerak ke kanan dan ke kiri.

Dalam keadaan yang serba tidak kena itu, saya terdengar bunyi benda jatuh, bila saya buka kelopak mata dan melihat ke arah benda yang jatuh itu, saya terlihat orang yang tergantung sudah berada di lantai. Bangun perlahan-lahan seperti menerkam ke arah guru silat. Dan guru silat yang selama ini saya kagumi kehandalannya mengatur langkah dan buah silat ternyata tidak sanggup menentang makhluk yang menuju ke arahnya.

Guru silat terus cabut dan melanggar dinding rumah, dinding rumah terkopak dan guru silat tercampak ke tanah bersama jeritan yang memanjang di malam yang sudah mendekati waktu subuh. Anehnya, bila guru silat jatuh ke tanah, manusia yang terjatuh di lantai terus hilang. Saya sudah tidak terdaya mahu bergerak, saya cuba menjerit tetapi suara saya tidak keluar.

Dalam keadaan yang berhempas-pulas untuk mendekati datuk itu, saya lihat datuk terjaga sambil mengucap beberapa kali.

“Aku tertidur dan mimpi yang bukan-bukan,” kata datuk lalu menggesel-gesel kelopak matanya. Renung kiri, renung kanan mencari guru silat.

“Mana dia guru silat Tamar?”

“Terjun ke tanah ikut dinding.”

“Kenapa ikut dinding, bukankah pintu ada,” datuk segera merenung ke arah dinding yang terlopong. Saya hampir mahu ketawa melihat telatah datuk yang agak terkejut dengan peristiwa tersebut.

Terdengar suara guru silat mengeluh di tanah. Datuk dan saya segera mendapatkan guru silat yang menggeliat menahan kesakitan. Waktu saya dan datuk menghampiri guru silat, terdengar azan subuh. Langit subuh kelihatan cerah dan bersih.

“Kau luka?” Tanya datuk.

“Tak ada, cuma pangkal paha saya yang sakit.”

“Kenapa kamu pecahkan dinding?”

“Entah,” guru silat menjawab pendek dan terus membongkok dan meluruskan badannya beberapakali hingga mulutnya mengeluarkan sendawa yang panjang macam orang kekenyangan. Saya ketawa dengan telatahnya.

Dengan terjengkut-jengkut guru silat melangkah mengikut datuk menuju ke perigi mengambil air sembahyang. Setelah sembahyang subuh, datuk terus mandi embun dan guru silat membuka beberapa langkah bunga silat dengan tujuan untuk menguatkan tubuhnya.

WARUNG

Lebih kurang pukul tujuh pagi, kami bertiga menuju ke sebuah warung untuk sarapan. Datuk hanya minum kopi pekat dan sepotong pulut udang. Beberapa orang pelanggan yang datang ke warung menegur guru silat. Salah seorang lelaki menegurnya berbadan tegap. Berjambang tanpa misai.

“Dah banyak malam kau dudak di rumah lama, pesaka orang tua kamu, wah kamu memang berani,” ujar lelaki itu sambil menepuk bahunya. Guru silat ketawa kecil.

“Rumah orang tua sendiri, apa yang ditakutkan,” guru silat membalas cakap kawannya. Datuk dan saya berpandangan saya merasakan macam ada sesuatu rahsia yang tersembunyi di rumah yang kami duduk. Muka kawan guru silat saya renung.

“Kalau sampai tiga orang duduk di situ, tak hairanlah kalau kami tak mengalami apa-apa kejadian buruk,” tambah guru silat dengan nada suara separuh meninggi. Ekor matanya menjeling lembut ke arah saya dan datuk. Saya meraba pinggir bibir yang mulai dirayapi tunggul misai sulung.

Sambil meraba itu, saya membayangkan bila misai saya tumbuh dengan suburnya, akan saya bentuk menjadi misai yang menarik macam misai seniman P Ramlee yang berbentuk huruf M. Bila saya tersenyum, misai saya akan mengembang cantik. Pasti, ada orang yang memuji dan mengagumi misai milik saya itu. Saya senyum sendirian melayani angan-angan yang bermain dalam tempurung kepala.

“Kau hati-hatilah, rumah lama memang ada penunggu. Lebih-lebih lagi kalau rumah tu ada orang mati berdarah,” sambung kawan guru silat dan membunuh angan-angan yang berlegar-legar dalam kepala saya. Hati saya bertambah yakin pasti ada sesuatu yang luar biasa berlaku di rumah tersebut tetapi, guru silat sengaja tidak mahu menceritakan pada saya dan datuk.

Perbuatannya itu membuat saya kurang percaya dan yakin atas kebaikan yang diperlihatkannya pada saya dan datuk. Siapa tahu, guru silat yang kelihatan baik itu sebenarnya berniat kurang baik terhadap saya dan datuk. Mungkin ia mengundang saya dan datuk datang ke kampungnya untuk mengubat adik iparnya hanya sebagai alasan untuk memperdayakan kami.

“Aku nak tengok berapa lama kamu boleh duduk di rumah orang tua kamu,” kawan guru silat ketawa kecil.

“Dengan izin Allah, aku boleh duduk beberapa lama yang aku suka,” balas guru silat sambil merenung muka datuk.

“Cakap dia betul, kalau diizinkan Allah tidak ada yang ganggu kami,” cara mengejut datuk meningkah cakap guru silat. Saya lihat wajah kawan guru silat segera berubah.

Mungkin perubahan itu terjadi, kerana ia tidak menduga datuk yang sejak tadi membatu mahu ikut campur dalam percakapan di warung. Kawan-kawan si guru silat menanti wajah datuk sejenak, macam mencari sesuatu di wajah datuk.

“Mungkin, pak cik betul, mungkin tidak, kadang-kadang manusia selalu bercakap macam pak cik untuk menutup kelemahan diri sendiri, cuba berlagak berani dalam takut.” dengan tenang kawan guru silat meluahkan kata-kata yang saya kira agak keterlaluan untuk seorang tua seperti datuk.

Kagum juga saya melihat telatah datuk, tidak memperlihatkan rasa marah. Malah dengan sopan bahu kawan guru silat itu ditepuknya berkali-kali. Guru silat terus meughirup kopi dengan tenang tanpa mahu merenung ke arah pelanggan yang masuk ke warung kopi.

Entah mengapa, guru silat bertindak demikian. Kebanyakan pelanggan yang datang menegurnya dengan hormat tetapi tidak dijawabnya. Sesekali guru silat itu melepaskan keluhan kecil dengan wajah yang tidak damai.

“Semua orang di sini kenal saya, maklumlah kampung halaman sendiri,” guru silat seperti mengeluh dan kata-katanya itu sampai ke telinga kawannya.

“Itu kenyataan,” sahut kawannya. Guru silat mengedutkan keningnya. Muka kawannya ditatap lagi dengan sinai mata yang garang. Kawannya terus menghulurkan tangan sambil berkata:

“Maafkan aku kalau apa yang aku katakan tadi menyinggung perasaan kamu, aku tahu kamu tak suka kisah lama diungkit-ungkit kembali.”

“Ya, tapi aku tak terdaya menutup mulut orang.”

“Kau hadapilah semuanya dengan tenang, aku nak balik.”

“Nanti sebelah petang kalau ada masa aku datang ke rumah kamu,” kawannya terus menepuk bahunya dua kali berturut-turut. Dan kawannya meninggalkan warung.

Guru silat melihat dengan tenang ke arah motosikal yang terletak di tepi jalan. Guru silat melambaikan tangan ketika kawannya memandu motosikal ke arah pekan Bukit Mertajam. Bila motor kawannya hilang dari pandangan, guru silat segera merenung ke arah datuk.

“Macam mana, kalan kita balik,” guru silat mengajukan pertanyaan pada datuk. Saya segera minum sisa air kopi dalam cawan.

“Ya, kita balik” sahut datuk.

“Pak Achin, tolong kira berapa semuanya,” teriak guru silat pada pemilik warung. Pemilik warung segera menghampirinya.

“Seringgit lima kupang semuanya,” kata pemilik warung.

Guru silat keluarkan wang dan saku. Dengan senyum pemilik warung menerima wang tersebut. Mereka berjabat tangan sejenak.

“Jangan lupa esok datang lagi minum di sini.”

“lnsya-Allah, kalau panjang umur kami datang,” datuk menjawab. Pemilik warung tersengih sambil merenung ke muka guru silat.

“Apa rumah lama tu dah tak buat kacau lagi?” Pemilik warung mengajukan pertanyaan. Muka guru silat yang tadi dihiasi dengan senyum segera bertukar menjadi resah dan cemas.

“Tak ada perkara lain yang Pak Achin nak tanya?”

“Bukan apa-apa, cuma nak tahu aje.”

“Entah, saya tak tahu,” suara guru silat keras. Pemilik warung tercengang.

Guru silat segera menarik tangan datuk keluar dari warung. Saya terpaksa mengikut. Lebih kurang sepuluh rantai meninggalkan waning, datuk segera menyoal guru silat.

“Apa rahsia yang ada di rumah kamu?”

“Hum,” guru silat berhenti melangkah.

“Tak ada apa-apa,” katanya selamba.

“Mustahil, kalau tak ada apa-apa tentu orang tak menyebutnya, usahlah merahsiakan semuanya dari aku.” tambah datuk lagi. Guru silat merenung ke arah kiri jalan raya agak sepi dengan sebarang kenderaan.

“Bapa saudara saya...,” guru silat berhenti bercakap, “Kenapa dengan bapa saudara kamu?”

“Gantung diri di rumah tu.” guru silat membuka rahsia.

“Puncanya?” Datuk mendesak.

“Saya sendiri, tak tahu.”

Hati saya terasa lapang. Guru silat sudah menyelesaikan keraguan yang menyelubungi diri saya. Tetapi perasaan seram tetap menguasai hati kecil saya membuat saya enggan melangkah pulang ke rumah arwah orang tua guru silat. Datuk terus menggosok pangkal telinga kanannya sambil mengedutkan dahi.

“Jangan berhenti, terus jalan,” kata datuk bila melihat guru silat mahu memberhentikan langkahnya. Saya terus meraba pangkal kening yang mula ditumbuhi peluh-peluh halus. Matahari terus bersinar garang. Langit cerah dengan gumpal awan yang putih bersih.

“Saya tak suka mengingati semua yang terjadi tetapi, orang lain yang memaksa saya untuk mengingati semua kisah pahit itu.” sepasang kelopak mata guru silat bergerak lemah. Air mukanya membayangkan rasa kesal yang amat pahit.

“Sudahlah, usah fikirkan semuanya itu,” datuk terus memujuknya.

“Saya cuba melupakannya tetapi, bila ada peristiwa macam ini, hati saya terasa sakit.”

“Sabarlah,” tingkah datuk. Setelah itu perjalanan jadi rancak. Tidak ada perkara yang mahu diperkatakan. Masing-masing melayani perasaan yang bersarang di tempurung kepala.

“Kita tak usah balik ke rumah,” satu cadangan yang tidak diduga datang dari guru silat. Mengejutkan hati dan perasaan saya serta datuk.

“Habis kita nak ke mana?” Soal saya tanpa sabar.

“Ke rumah adik saya,” jawab guru silat secepat kilat.

“Bagus juga, kalau begitu aku setuju,” balas datuk.

Kami pun berbelok ke kanan menuju ke rumah adik guru silat. Sebaik saja, sampai dekat pokok ara besar. Bomoh tua muncul di depan kami. Wajahnya nampak cemas tetapi dipaksanya tersenyum. Muka kami ditentangnya sejenak. Direnung ke atas, ke bawah berkali-kali, bagaikan meragui diri kami.

“Nak kemana?” Bomoh tua bertanya sambil melipat lengan baju kanannya separas siku. Hujung seliparnya menekan rerumput hijau di gigi jalan.

“Kamu dipanggil untuk mengubatnya?” Bomoh tua mengajukan pertanyaan. Biji matanya menatap tubuh datuk dan atas ke bawah, dan bawah ke atas macam mencari sesuatu di tubuh datuk yang terpaku di depannya.

“Kami tak dipanggil. Sebagai abang saya mesti menengok adik ipar saya,” jelas guru silat.

“Bukankah adik ipar awak dalam jagaan saya.”

“Ya saya tahu,” guru silat angguk kepala.

“Kau tahu pantang-larangnya?”

“Apa pantang-larangnya?” Guru silat seperti terkejut.

“Kamu tak boleh tengok adik ipar waktu matahari belum condong.”

“Hum...,” guru silat seakan-akan mengeluh dan terus merenung muka datuk dan saya.

Dari kerutan di dahi datuk, saya dapat menduga rasa hairan dan terkejut bersarang dalam dadanya. Saya kira belum pernah datuk menemui dukun dan bomoh yang ada pantang-larang untuk melihat orang sakit. Datuk menentang biji mata bornoh tua dengan tepat.

“Tengok saudara sendiri pun tak boleh,” datuk mengecilkan mata kanan. Guru silat terus termenung, terkejut dengan pantang-larang yang tidak pernah difikirkannya selama ini.

“Berubat dengan saya, ikut syarat saya,” suara bomoh tua bertambah keras. Datuk terus mendekati guru silat. Mereka berbisik sejenak. Bomob tua kelihatañ resah.

“Biarlah, saya langgar syarat, saya nak tengok adik ipar saya,” ternyata kata-kata yang diucapkan oleh guru silat it menimbulkan semacam kemarahan pada bomoh tua. Mukanya jadi merah dan nafasnya tercungap-cungap, bila melihat datuk dan guru silat meneruskan perjalanan.

“Eh, nanti dulu,” jerit bomoh tua.

Laungannya tidak diperhiraukan. Kami terus melangkah dalam panas yang kian terik. Angin ketika itu, tidak terasa bertiup. Badan saya terus berpeluh.

“Eh nanti dulu,” pekik bomoh tua lagi.

Laungannya tidak kami pedulikan. Kami terus melangkah.

“Padah buruknya, adik ipar kamu yang terima,” kata-kata itu membuat guru silat berhenti melangkah lalu menoleh belakang merenung bomoh tua yang sedang membuka sepasang tangannya dengan lebar, macam burung membuka sayap.

“Jangan pedulikan, teruskan hajat kita,” bisik datuk pada guru silat.

“Tapi, saya bimbang.”

“Jangan bimbang, dia manusia biasa macam kita,” datuk memberikan semangat dan memaksa guru silat meneruskan langkah yang terhenti. Guru silat menurut saja arahan datuk.

Dua tiga kali saya mengesat peluh yang mercik di dahi begitu juga dengan datuk yang tidak putus-putus melurut rambut di pangkal telinga kanannya dengan tapak tangan kiri. Suara bomoh tua sudah tidak kedengaran lagi dan kami merasakan perjalanan terasa aman dan damai. Tidak ada gangguan dari sesiapa.

Saya merasa bertuah dalam cuaca yang terik itu, terasa hembusan angin menyentuh kulit muka. Rambut yang terjuntai atas dahi terbuai-buai. Kami memasuki sebuah lorong kecil yang di kiri kanannya ditumbuhi dengan pepohon senduduk yang merimbun. Dari kanan lorong saya terdengar bunyi sesuatu yang bergerak aras dedaun kening. Bila di renung tidak ada sesuatu yang dapat saya lihat.

“Aduh,” jerit guru silat serentak dengan itu saya lihat guru silat terjatuh atas tanah. Saya jadi cemas tetapi, datuk bertindak cepat membangunkan guru silat serta memberi rawatan mengejut padanya.

Saya menjeling ke kanan sepasang kaki yang dibalut dengan seluar kelabu tegak kaku di depan saya. Dan bahagian atas lutut terdapat kain pelekat dua warna, putih dan biru dalam bentuk kotak kecil. Warna putih dalam kotak dikelilingj oleh garis-garis biru halus. Keadaan kain itu, seperti orang mengikat kain samping.

“Aku terpaksa bertindak untuk menjaga nama baik dan pantang-larang aku,” cepat-cepat saya dongakkan kepala. Mata saya dengan mata bomoh tua bertembung. Dengan tenang bomoh tua mengapit rokok daun ke bibir. Perlahan-lahan ia mengalih pandangan matanya pada guru silat.

“Kau jangan tunjuk pandai di sini,” bomoh tua seperti mengherdik datuk yang dalam keadaan terpinga-pinga.

“Apa salah dia tuk bomoh?” Tanya guru silat. Malang sungguh nasib guru silat, pertanyaan ikhlas dijawab dengan buah silat dari kanan tetapi, guru silat yang sudah bersedia terus membuang dan menepis buah silat dari bomoh tua. Tindakan itu memanaskan lagi hati bomoh tua yang memang sudah panas.

Mungkin, ia merasai dirinya tercabar. Bomoh tua terus membalas dengan pukulan buah silat yang kencang. Satu pergaduhan di bawah pancaran matahari pagi terjadi di depan mata saya dan datuk. Dua manusia yang memang handal dalam bidang mempertahankan diri bertarunng dengan hebat seolah-olah pertarungan itu tidak akan berhenti selagi salah seorang daripada yang bertarung itu rebah atau tewas.

“Ah,” jerit bomoh tua, serentak dengan itu rumput di kiri kanan lorong terus layu, macam terkena bahang api yang amat kuat. Guru silat masih dalam bentuk kekuda pertahanan silat yang cukup kejap. Siku kanannya rapat ke dada dengan genggaman penumbuk harimau jantan, manakala tangan kanannya ke depan dengan telapak tangan terkembang, macam ekor ikan menolak arus air. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

87. Tongkat Berukir Kepala Ular

DARI ilmu yang saya perolehi ternyata guru silat mempergunakan rentak dan buah silat mendinding diri sambil mencari tempat yang baik untuk melepaskan satu pukulan, biasanya pukulan begitu hanya akan digunakan bila keadaan sudah terdesak.

“Hai...,” pekik bomoh tua. Sekujur tubuhnya hilang dari pandangan saya. Bomoh tua muncul di belakang datuk dan saya. Wajahnya mula berpeluh.

Tanpa menoleh ke arah bomoh tua, datuk terus bersuara dengan lantang:

“Sudahlah, buat apa kita bergaduh sama sendiri, tak ada untungnya, rugi bangsa sendiri.”

“Ini urusan aku.”

“Ini nasihat, terpulanglah pada awak sama ada nak percaya atau tidak,” balas datuk lalu berpaling ke arah bomoh tua. Aneh bomoh tua sudah tidak berada di situ lagi.

Dalam beberapa detik saja bomoh tua munculkan diri di sebelah kanan guru silat. Kemudian terus hilang dan tempat yang ditinggalkannya kelihatan asap nipis mengembang atas permukaan rumput kiri kanan jalan. Datuk terus mendekati guru silat.

“Mari kita ke rumah adik ipar awak,” datuk tarik tangan guru silat. Kami meneruskan perjalanan ke rumah adik ipar guru silat. Bila kami sampai di halaman rumah, seekor katak puru melompat di depan kami dua tiga kali dan terus menghilang di bawah dedaun kering. Bomoh tua muncul di anak tangga pertama dan terus memijak anak tangga dan masuk ke rumah tanpa memanggil nama tuan rumah.

Kehadiran bomob tua yang mendadak itu, tidak diperhiraukan oleh datuk. Setelah memberi salam pada tuan rumah dan menerima jawapan kami dijemput ke dalam rumah.

“Mana bomoh tadi,” tanya guru silat dan adik iparnya yang terbaring tercengang. Renung kiri, renung kanan. Isterinya yang berada di sisinya berhenti menyuapkan nasi bubur ke mulutnya.

“Tak ada sesiapa yang datang,” ujar isteri si sakit pada abangnya si guru silat. Saya memandang ke arah datuk penuh, tanda tanya. Datuk bagaikan tahu dengan apa yang bergoak dalam dada segera memberi jawapan.

“Cuma sangkaan kita saja dia datang.”

“Tapi, kita nampak dia naik ke rumah,” kata guru silat.

“Itu hanya pandangan mata kita saja, maklumlah kita berpanas, pandangan kita juga boleh jadi bermacam-macam.”

“Hum...,” keluh guru silat dan terus duduk.

“Selepas kami balik, macam mana keadaannya,” datuk ajukan pertanyaan pada isteri si sakit.

“Tak boleh tidur, badan saya terasa bisa-bisa dan mahu marah tak tentu fasal,” si sakit menjawab.

“Saya juga tak boleh tidur, setiap kali mahu tidur saya rasa macam ada orang berjalan dalam rumah,” celah isteri Si sakit. Menurutnya, ia terpaksa berjaga hingga siang, kecuali waktu menjelang pagi baru terlelap.

Keterangan yang disampaikan oleh isteri si sakit membuat datuk dan guru silat termenung panjang. Bahang panas dari luar terasa amat perit di seluruh tubuh. Isteri si sakit bangun dan terus menuju ke dapur. Datang kembali membawa tiga cawan kopi bersama sepiring kuih.

“Begini saja, lupakan semuanya, mari kita berikhtiar ikut petua dan cara tradisional,” datuk menawarkan diri.

“Apa yang perlu saya buat” Tanya isteri Si sakit. Datuk termenung sejenak. Kedutkan dahi sambil meraba pangkal dagunya berkali-kali. Guru silat juga termenung.

“Saya ingat kita cuba buat ubat mengeluarkan panas dari badannya, sediakan pucuk pisang yang belum kembang dan mempulur batang pisang, satu baldi air dari kaki bukit” datuk mengeluarkan arahan.

“Lain-lain tak ada?” Tanya guru silat.

“Tak ada, cuma itu saja petua yang saya tahu.”

“Bila nak di mulakan?” Guru silat bertanya lagi.

“Lepas waktu Asar.”

“Kalau begitu, saya sediakan barang yang dihajati,” itu janji isteri Si sakit. Datuk anggukkan kepala tanda setuju.

Setelah memberikan syarat serta pesan, datukpun mengajak kami pulang dan berjanji pada isteri si sakit akan datang selepas waktu Asar. Perjalanan kali ini terasa tenang dan aman tidak ada sebarang gangguan yang tidak diingini.

Sebaik saja sampai di rumah pesaka, saya terus duduk berehat di bahagian anjung rumah, melihat dedaun kelapa yang bergerak lembut disentuh angin. Datuk kembali membaca Quran. Guru silat pula berkeadaan agak luar biasa. Seluruh bilik yang ada dalam rumah diperiksa.

Semua barang dalam bilik yang tidak digunakan terus dikeluarkan diletakkan di ruang tengah. Antara barang yang menarik minat saya ialah sebatang tongkat yang kepalanya diukir seperti ular berkepala dua.

“Cantik,” kata saya.

“Ya,” jawab guru silat, “tapi tongkat ini jarang digunakan oleh ayah saya,” tambah guru silat sambil membelek-belek bahagian hujung tongkat yang dibuat dari kayu keras dan tahan lama.

“Kalau tak digunakan, buat apa disimpan?” Saya terus merisik rahsia. Guru silat menggigit hujung kuku ibu jari kanan sambil tersenyum ke arah saya. Pada hemat saya orang yang membuat tongkat tersebut memang seorang yang teliti dan rajin. Bukanlah satu perkara mudah untuk mencari kayu keras yang berurat cantik.

Kemudian kayu itu dibentuk menjadi batang tongkat yang menarik, berkepalakan ukuran ular kepala dua. Di bahagian hujung dilekatkan dengan timah warna kuning. Di bahagian badan tongkat diukir dengan awan larat, lalu disapu dengan sejenis cecair untuk mengilatkannya.

“Sebenarnya, tongkat ni tongkat pesaka diwarisi oleh orang tua saya dari nenek,” ada sedikit kebanggaan dalan nada suara guru silat ketika menceritakan riwayat tongkat di depannya itu.

“Kalau begitu, sudah banyak keturunan yang menyimpannya?” Tanya saya.

“Kira-kiranya begitulah, kalau tak silap saya umurnya dah lebih dari tiga ratus tahun.”

“Hebat, kalau dah begitu, kenapa tak disimpan di tempat yang baik dan boleh dijadikan bahan sejarah keturunan tuk guru,” saya meluahkan pendapat yang ikhlas. Guru silat termenung, kemudian Ia mengeluh kecil macam ada sesuatu yang terbuku dalam kalbunya.

“Satu pendapat yang baik, says juga pernah terfikir macam tu, tapi...,” guru silat tidak meneruskan kata-katanya.

“Kenapa?” Saya terus mendesak.

“Tak ada waris yang mahu menyimpannya, kata mereka, tongkat ni keras ada pembawanya, kalau tak tahan orang yang menyimpannya, boleh jatuh sakit.”

“Huh...,” saya tersentak dengan keterangan itu.

Saya termenung, memikirkan kata-kata yang diluahkan oleh guru silat itu. Apakah dia bercakap benar atau sekadar mahu memperolok-olokkan saya. Guru silat segera mengambil sehelai kain dan terus menggosok batang tongkat. Badan tongkat nampak bersinar dan urat-urat kayu yang berselirat kelihatan terserlah.

“Sekarang, saya nak campakkan tongkat ni ke dalam sungai,” guru silat raba kepala tongkat dan terus berdiri. Saya terus menggigit lidah.

“Tak ada faedahnya menyimpan tongkat ni, buat menyusahkan hati kaum keluarga saja,” tambah guru silat dan terus sandarkan tongkat ke dinding. Ia mula mengemaskan barang-barang yang berselerak. Dimasukkan ke dalam peti kayu hitam dan terus ditempatkan di sudut ruang.

“Opppp” guru silat terus melompat dan buka silat. Ia terkejut besar kerana tongkat yang disandarkan tepi dinding jatuh sendiri. Datuk tersenyum berdepan dengan peristiwa yang amat melucukan itu. Guru sila matikan langkah silat dan ia turut senyun dan akhirnya ketawa kecil.

“Terkejut” katanya pada datuk menutup kelemahan diri sendiri.

“Hum,” datuk anggukkan kepala.

“Saya nak ajak Tamar buang tongkat ke sungai,” guru silat minta kebenaran dari datuk. Saya lihat datuk kedutkan kening kemudian sepasang matanya tertumpu ke arah saya sejenak, lepas itu datuk renung tongkat atas lantai berkali-kali.

“Macam mana boleh tak?” Guru silat minta kepastian.

“Boleh,” jawab datuk.

“Huh...,” batin saya bersorak riang.

“Apa kau tak sayang dengan tongkat lama tu,” soal datuk dengan tenang pada guru silat. Perlahan-lahan guru silat gelengkan kepala sambil bersuara:

“Tidak, tak ada faedahnya disimpan menyusahkan keturunan.”

“Kalau dah begitu keputusannya, terpulanglah pada kamu aku tak masuk campur,” ungkap datuk tenang.

“Mari,” guru silat tarik tangan saya. Tanpa buang masa saya terus bangun ikut langkah guru silat.

IKAN

Setelah melalui kawasan yang ditumbuhi dengan pokok dengan pepohon senduduk, kami sampai ke tebing sungai yang airnya mengalir jernih. Anak-anak ikan bagaikan berlari-lari di celah-celah bebatu yang tertegun menahan arus air sungai yang deras dan dalam itu.

“Di situ tempat kamu, bukan di rumah,” suara guru silat agak keras dan terus mengangkat tongkat berkepala ular separas dada. Tongkat itu terus dicampakkannya ke dalam sungai. Tongkat tenggelam timbul lalu melanggar bebatu besar. Akhirnya hilang dari penglihatan saya dan guru silat.

“Biar dihanyutkan air sungai hingga ke laut Selat Melaka,” guru silat bersuara penuh kepuasan. Ia tersenyum dan mencekak pinggang di tepi tebing sambil kaki kanannya memijak seketul batu yang berada di tepi tebing.

“Ini sebagai permulaan,” bisik guru silat pada saya ketika melintasi sebatang parit kecil yang mengalirkan air ke sawah.

“Lepas tu nak buat apa pula?”

“Semua yang ada dalam peti hitam nak aku buangkan ke laut.”

“Bukankah itu barang-barang lama yang berharga.”

“Pada orang lain mungkin berharga, pada aku tak ada nilainya,” suara guru silat meninggi sambil menyapu peluh di dahi dengan jari kelingkingnya. Saya tidak kuasa membantah cakapnya. Ternyata sikap saya itu menyenangkan hatinya. Guru silat terus bersiul-siul kecil.

“Semuanya dah selesai?” sambut datuk di kaki tangga dengan segaris senyum terpamer di bibir. Saya anggukkan kepala tetapi, guru silat terus mengedutkan dahi luasnya sepasang kening lebatnya turut bergerak macam ada sesuatu yang difikirkannya. Guru silat berhenti di kepala tangga menatap wajah datuk sejenak.

“Sudah,” katanya pendek.

“Baguslah, aku harap kamu tak menyesali perbuatan yang kamu buat ni,” sanggah datuk.

“Tidak,” satu ketegasan terungkap dari mulut guru silat. Penuh ketenangan dan yakin dengan apa yang dilakukannya itu memang kena pada tempatnya. Tanpa banyak cakap guru silat terus naik ke rumah dan duduk di ruang tengah lalu menyandarkan badan ke dinding. Saya juga turut berbuat demikian.

Setelah menunaikan sembahyang Asar, kami bertiga segera bersiap untuk pergi ke rumah si sakit. Tidak ada persediaan tertentu yang datuk lakukan. Saya menarik nafas dalam-dalam, bila terlihat di tangan datuk ada besi kecil sepanjang dua inci.

“Dari mana dapat besi itu,” secara spontan guru silat mengajukan pertanyaan. Matanya tertumpu pada besi di tangan kanan datuk. Perlahan-lahan datuk menatap besi tersebut, beberapa saat kemudian datuk menjelaskan, besi tersebut ditemuinya di bawah tangga. Ia tertarik lantas mengambilnya.

“Besi itu juga nak dibawa ke sana?” Guru silat minta kepastian.

“Rasanya, memang ada niat nak membawanya,” jawab datuk.

“Menyusahkan saja.”

“Kadang-kadang besi buruk macam ni ada juga gunanya.”

“Terpulanglah pada awak,” nada suara guru silat agak kecewa.

“Mari kita pergi,” ajak datuk. Saya dan guru silat segera memenuhinya.

MATAHARI

Kerana pancaran matahari tidak begitu keras, perjalanan ke rumah si sakit terasa seronok dan tenang. Datuk dan guru silat jalan bersaingan, saya mengekor dari belakang. Tidak ada perkara penting dan menarik yang dibualkan sepanjang perjalanan. Guru silat lebih suka menceritakan tentang sawah padi, tentang zaman kanak-kanaknya waktu di kampung.

Kadang-kadang datuk dan guru silat ketawa, bila berdepan dengan kisah-kisah yang lucu. Saya cuma tumpang senyum dari belakang tetapi, mata saya tetap liar merenung ke arah pepohon ke kiri kanan jalan. Seronok rasa hati melihat beburung melompat di ranting dan dahan kayu. Angin petang yang bertiup lembut menghantarkan sebuah kesegaran di tubuh.

“Apa pendapat awak tentang bomoh tua tu?” Terdengar pertanyaan dari guru silat. Datuk tidak menjawab pentanyaan tersebut tetapi, datuk memperlahankan langkahnya, matanya renung kiri kanan, macam mencari sesuatu.

“Bagaimana pendapat awak tentang bomoh tua tu?” Ulang guru silat minta sebuah kepastian yang jitu. Datuk tetap kelihatan tenang. Langkahnya kembali bertenaga dan penuh semangat. la seolah-olah merasakan pertanyaan itu tidak wajar dijawab. Satu pentanyaan yang sengaja diada-adakan untuk mengisi masa.

“Bagaimana?” Untuk kali ketiga guru silat minta kepastian.

“Tak ada apa-apa, dia hanya manusia biasa,” jawab datuk dalam nada suara yang merendah.

“Tapi, saya rasa dia tu lain macam aje, mahu cari musuh dengan kita.”

“Itu pendapat kamu, sudahlah. Pedulikan tentang dirinya, banyak hal lain yang nak kita fikirkan,” datuk terus tepuk belakang guru silat.

Rupanya tepukan datuk itu mematikan hasrat hati guru silat untuk memperkatakan tentang diri bomoh tua. Saya kira guru silat puas hati. Saya berharap, selepas ini tidak ada pertanyaan yang ada berhubung-kait dengan bomoh tua itu akan dibangkitkan oleh guru silat. Sesungguhnya saya sudah muak dan bosan dengan pertanyaan seperti itu. Ternyata harapan saya terkabul. Mereka tidak lagi memperkatakan perkara yang tidak saya senangi itu.

“Saya ingatkan tadi tak datang,” riang benar suara isteri Si sakit menyambut kami di muka pintu. Datuk tidak menjawab cuma tersenyum sambil meraba besi kecil yang berada dalam saku bajunya.

“Kalau dah janji tu, hujan ribut pun kami datang,” secara mendadak guru silat bersuara yang diakhiri dengan ketawa kecil. Saya dan datuk berpandangan lalu tersenyum. Kami pun naik ke rumah Si sakit.

Semua barang-barang yang dipesan oleh datuk sudah berada di ruang tengah rumah. Diisi dalam talam tembaga. Datuk dan guru silat terus duduk bersimpuh depan dulang tembaga. Isteri Si sakit terus ke dapur untuk membuat kopi. Saya sandarkan badan ke dinding sambil merenung ke arah dedaun di depan rumah yang melintuk-liuk disentuh angin petang.

Hembusan angin terasa menyentuh wajah saya. Datuk dengan tenang menggosok pucuk pisang dengan belakang tangan kirinya sebanyak tiga kali. Selepas itu ia menjentik mempulur batang pisang dengan ibu jari kaki kanan tiga kali berturut-turut. Kelopak bibirnya kelihatan bergerak perlahan-lahan.

“Bawa barang-barang ni ke tempat si sakit,” ujar datuk. Saya dan guru silat segera membawa pucuk pisang dan mempulurnya dekat si sakit. Beberapa saat kemudian, isteri Si sakit datang lalu meletakkan air kopi di tempat kami mula-mula duduk tadi. Datuk menyuruh isteri si sakit membentangkan tikar mengkuang di tengah ruang rumah. Perintah datuk dipatuhi.

“Bukakan, pucuk pisang tu, letakkan atas tikar, kemudian letakkan si sakit atas pucuk pisang itu,” mata datuk tajam merenung muka guru silat. Saya lihat guru silat mengangguk.

Tidak lama kemudian, isteri si sakit dan guru silat mengangkat si sakit dan terus diletakkan atas pucuk pisang. Datuk pula meletakkan mempulur batang pisang atas dada Si sakit, diatur memanjang hingga ke pergelangan kaki si sakit.

Si sakit tidak membantah, merelakan dirinya diperlakukan apa saja, asalkan sakitnya sembuh. Sepuluh minit sudah berlalu, si sakit kelihatan resah.
Mukanya berkerut, hujung hidungnya kelihatan merah macam udang kena bakar. Dari lubang hidungnya keluar air jernih. Perut buncit nampak berombak. Kulit perutnya juga jadi merah.

“Tunggu di sini, jangan ke mana-mana,” kata datuk lalu turun ke halaman rumah. Datuk berlari ke sebelah kanan rumah masuk dalam semak samun. Datuk keluar dari semak samun dengan sedahan daun gelenggang di tangan. Datuk naik ke rumah dan letak daun gelenggang atas perut Si sakit.

“Kenapa tak cakap awal-awal, kalau cakap tadi, saya boleh cari dan sediakan,” isteri si sakit bersuara dalam nada kesal. Sepasang matanya, merenung sayu ke wajah datuk yang begitu minta dengan kata-kata yang diluahkannya.

“Kalau cakap tadi tentu tak susah,” isteri si sakit berusaha menarik perhatian datuk. Kali ini perlahan-lahan datuk angkat muka lalu menentang wajah isteri si sakit. Datuk menarik nafas panjang-panjang.

“Bukan niat nak tunjuk pandai atau nak sakitkan hati tuan rumah, memang begitu caranya,” nada suara datuk lemah, terbayang rasa kesal dalam kerdipan matanya. Isteri si sakit termenung panjang. Guru silat segera mendekati isteri si sakit dan membisikkan sesuatu ke telinga isteri si sakit segera anggukkan kepala.

Pucuk pisang yang hijau segera kelihatan beransur kecut dan bertukar menjadi hitam, begitu juga dengan mempulur batang pisang. Apa yang menakjubkan saya getah yang terdapat pada mempulur tersebut tidak meleleh atau mengenai badan Si sakit, malah getah pisang itu terus beku dan menjadi seketul. Si sakit terus menggeliat ke kiri dan ke kanan. Dia terus berdengkur dan wajahnya berkerut bagaikan menahan rasa sakit yang amat sangat. Saya pandang muka datuk dan guru silat.

Kulit perut si sakit yang bengkak kelihatan bertambah merah macam buah tomato yang cukup masak. Saya jadi takut melihatnya. Pucuk pisang kelihatan seperti terbakar. Mempulur batang pisang yang ada atas badan si sakit terus menjadi hitam macam kayu arang dan kelihatan berasap.

Saya tidak sanggup merenung perut si sakit, kulit perutnya bertambah tegang dan merah. Urat-urat perutnya juga kelihatan mengeras dan menegang. Saya berdoa, semoga perut si sakit tidak akan meletup. Saya memejamkan mata.

Tiba-tiba saya terdengar si sakit bertempik, serentak dengan itu mempulur pisang yang berada di atas tubuhnya berterbangan lalu mengenai dinding rumah. Datuk segera menerkam ke arahnya dan mengambil daun gelenggang yang jatuh di sisinya.

Tiga helai daun gelenggang datuk aturkan sebaris atas dahi si sakit. Perlahan-lahan datuk tepuk dahi si sakit lima kali berturut-turut. Si sakit terus batuk bertalu-talu. Saya lihat kulit tubuhnya yang tadi merah menyala mula beransur pulih dan akhirnya kemerahan yang terdapat di tubuhnya terus ghaib.

“Air,” minta Si sakit.

“Berikan air, campurkan dengan air limau dan halia, sebelum diberikan padanya, serahkan pada saya dulu,” itu permintaan datuk.

“Baik.” Isteri Si Sakit segera bangun.

“Bagaimana, ada harapan panasnya keluar dari badan,” tiba-tiba saja guru silat bertanya pada datuk.

Datuk gosok batang hidungnya berkali-kali sambil menarik nafas. Saya terus merenung keluar dan sesekali menjeling ke arah si sakit yang terkapar menyerahkan dirinya pada keadaan.

Isteri si sakit datang lalu menyerahkan gelas yang berisi air pada datuk. Datuk meletakkan punggung gelas itu atas telapak tangan kirinya kira-kira dua minit. Kemudian saya terdengar datuk membaca surah Al-Fatihah tiga kali berturut-turut.

“Berikan padanya,” datuk serahkan gelas itu pada isteri si sakit, kemudian isteri si sakit terus membantu suaminya meneguk air dalam gelas. Saya lihat suaminya terus minum penuh nafsu. Seluruh badannya kelihatan seperti berasap. Datuk segera mendekati si sakit lantas memicit pergelangan kaki Si sakit. Si sakit mengeluh menahan kesakitan.

“Bawa dia ke tempat asalnya,” kata datuk sambil mengangkat tubuh si sakit dengan dibantu oleh guru silat dan isteri si skit. Saya segera mengambil pucuk pisang yang hangus itu dan dibuang melalui tingkap, begitu juga dengan mempulur batang pisang. Dalam beberapa saat saja keadaan rumah itu kembali bersih.

“Cuba petua saya ni, mudah-mudahan bengkak perutnya boleh hilang.”

“Cuba ambil daun gelenggang tua dan rebus, airnya diminum tiga kali sehari, kemudian daun yang direbus itu disapukan pada perutnya yang bengkak dan buncit, dengan izin Allah bengkak perutnya akan sembuh, cubalah. Ini ikhiar kita,” datuk memberikan panduan.

Cepat kilat guru silat renung ke arah saya. Kami berbalas senyum. Ibu jari tangan segera saya tegakkan. Guru silat anggukkan kepala. Di wajahnya terbayang kepuasan yang amat sangat kerana datuk sudi berikhtiar dan berusaha untuk mengubati si sakit.

“Lagi ada apa-apa yang mesti saya buat,” tanya isteri si sakit. Datuk gelengkan kepala sambil meraba-raba pangkal dagunya berkali-kali. Mata datuk tertumpu ke arah si sakit yang kelihatan tenang.

“Apa yang awak pesan, saya patuh,” itu janji isteri Si sakit.

“Buatlah itu dulu, saya masih berusaha,” janji datuk yang amat menyenangkan buat si sakit dan isterinya.

CONDONG

Matahari petang kian condong. Kicau burung terdengar riang. Beberapa ekor burung gagak liar berbunyi sambil hinggap di dahan mempelam dan cempaka.
Hembusan angin terasa amat lemah sekali. Saya lihat jam lama yang tersangkut di dinding rumah. Sudah hampir pukul enam setengah petang. Rasa bosan mula bersarang dalam dada saya. Mahu rasanya mengajak datuk pulang.

“Minum, air kopi dah sejuk,” guru silat mewakili isteri si sakit menjemput kami. Datuk cuma menghirup dua kali saja kopi panas yang sudah beransur sejuk itu. Datuk mintak diri dan isteri si sakit mengizinkannya dengan iringan senyum.

“Malam ni datang lagi?” Tanya isteri si sakit.

“Saya tak tahu nak kata apa, kena tanya dia,” guru silat menuding jari telunjuknya ke arah datuk yang berdiri di kaki tangga.

“Kalau tak ada apa-apa, lepas Isyak kami datang,” kata datuk lalu melangkah.

Baru tiga langkah datuk melangkah, dia segera kedutkan kening sambil meraba besi kecil dalam sakunya. Langkahnya terhenti, guru silat dan saya agak terkejut dan ragu dengan tindakan mengejut dari datuk itu.

Lebih mengejutkan lagi, bila datuk berpatah balik ke kaki tangga. Berhenti di situ, datuk keluarkan besi kecil dari sakunya. Datuk keliling rumah tiga kali berturut-turut, langkah pertama dimulainya dengan kaki kanan, menuju ke arah matahari naik.

Bila semuanya sudah selesai. Datuk terus menuju ke pohon rambai yang jaraknya lebih kurang tiga puluh kaki dari sudut sebelah kiri rumah. Datuk berdiri dekat perdu rambai. Dengan tenang datuk duduk membongkok lalu menggali tanah di situ dengan besi kecil yang dibawanya.

Saya dan guru silat segera berlari menghampirinya, tanpa menghiraukan kami, datuk terus menggali tanah di pangkai perdu rambai. Mukanya kelihatan merah dengan peluh-peluh halus meruap di kiri kanan pipinya.

“Apa yang dicari?” Tercungap-cungap guru silat menyoal.

“Hum...,” keluh datuk dan terus mengorek.

“Boleh saya tolong.”

“Tak payah, tunggu saja di sini, tengok dan perhati apa yang aku buat, bila aku minta tolong kamu tolong.”

“Saya faham,” guru silat mengalah.

“Hum...,” nada suara datuk terkulum. Ia terus menggali tanah di pangkal perdu rambai sedalam yang boleh.

“Lihat,” suara datuk separuh meninggi.

Datuk segera menatang satu bungkusan sebesar penumbuk. Saya dan guru silat berpandangan. Tidak berani mahu mengajukan sebarang pertanyaan pada datuk. Dengan hati-hati datuk letakkan bungkusan itu atas tanah. Sukar untuk mempastikan warna kain pembalut bungkusan tersebut akibat dilekati tanah yang tebal. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

88. Mayat Berdiri

KERANA kau waris terdekat pada si sakit, kau berhak mengambilnya dan berhak membuat keputusan,” datuk jeling ke arah guru silat. Muka guru silat terus jadi pucat. Dia seperti mahu mengelak dari menyentuh bungkusan tersebut.

“Tak payah,” katanya.

“Mana boleh cakap macam tu, awak ada hak, ambillah.”

“Eh, saya tak mahu, nanti bala datang pada saya.”

“Ambillah, tak mengapa.”

“Saya tak mahu,” guru silat undur tiga tapak ke belakang. Datuk jadi serba-salah.

“Kalau kau mahu aku berikhtiar menyembuhkan orang yang sakit, kau harus mendengar cakap aku,” nada suara datuk mula keras. Guru silat melangkah tiga tapak ke depan. Berdiri di sisi datuk.

“Macam mana? Kau setuju nak ambil bungkusan ni, kalau kau tak mahu biar aku tanam semula,” datuk minta satu kepastian yang muktamad. Kelopak mata guru silat terkebil-kebil. Dia masih buntu untuk membuat satu keputusan yang tegas. Dalam keadaan yang tidak menentu itu, datuk terus bersuara:

“Bagaimana? Mahu atau tidak.”

“Mahu,” jawab guru silat.

“Bagus,” datuk tersenyum.

“Boleh saya ambil sekarang?”

“Nanti dulu.”

“Hum, ah...,” guru silat bagaikan mengeluh.

Datuk terus mengambil sehelai daun rambai kering. Daun rambai itu diramasnya hngga hancur. Guru silat terpegun melihat gerak-geri datuk. Saya dongakkan kepala melihat putik rambai yang berjuntaian di dahan dan nampak terbuai-buai dirempuh angin.

“Ke mari,” datuk panggil guru silat.

“Kenapa?”

“Marilah, jangan banyak cakap.”

Guru silat segera menghampiri datuk. Saya agak terkejut, bila datuk terus menyambar tangan kiri guru silat lalu dipulas kebelakang, anehnya guru silat tidak bertindak. Menyerahkan diri pada keadaan seperti kena pukau.

Dalam keadaan diri guru silat berada antara sedar dengan tidak itu, datuk segera mengepal tanah lalu digaulkan dengan daun rambai yang sudah diramasnya itu. Kedua belah telapak tangan guru silat segera dilumurkannya dengan tanah dan daun rambai.

“Sekarang, kau ambillah bungkusan itu.”

Guru silat segera mendekati pangkal pokok rambai. Direnungnya bungkusan yang kelihatan seketul itu. Guru silat masib ragu-ragu untuk bertindak selanjutnya.

“Ambillah, jangan tangguh lagi,” perintah datuk.

“Saya takut.”

“Jangan takut, ambillah.”

“Tak ada bala yang dalang.”

“Tak ada, jangan buang masa lagi,” datuk mula marah. Direnungnya muka guru silat dengan renungan yang tajam.

Tanpa membuang masa lagi, guru silat terus ambil bungkusan tersebut. Datuk suruh guru silat letakkan bungkusan sebesar penumbuk itu atas daun rambai kering. Semuanya dipatuhi oleh guru silat dengan tenang dan teratur sekali.

“Sekarang kamu langkah bungkusan itu dua kali,” itu arahan datuk yang dipatuhi oleh guru silat. Datuk tersenyum dan terus menghampiri guru silat. Datuk membisikkan sesuatu ke telinga guru silat. Saya lihat guru silat tersenyum dan anggukkan kepala beberapa kali. Guru silat terus duduk mencangkung menghadapi bungkusan sebesar penumbuk.

Saya segera mendekati. Kain pembalut bungkusan itu ternyata berwarna hitam pekat dan diikat dengan tali guni yang juga dilumur dengan warna hitam. Tanah yang melekat pada bungkusan itu nampak lembap dan berair.

“Buka,” kata datuk.

Guru silat terus membukanya, saya terlihat kain berwarna kuning.

“Buka lagi, biasanya ada tiga lapis kain dan tiga warna,” lanjut datuk dengan penuh keyakinan.

Guru silat terus membukanya. Kain kuning terbentang atas daun kering. Saya renung kain putih yang membalut bungkusan itu. Saya kira kain putih itu adalah kain lapisan yang terakhir. Guru silat buka kain putih, saya terlihat kain warna biru dan bau hapak mula menusuk lubang hidung dan saya renung muka datuk. Dia kelihatan tersengih dan menyuruh guru silat membuka kain warna biru.

Bila kain warna biru dibuka dari ikatannya, darah gemuruh mula menguasai urat saraf saya. Dua tiga kali saya pejam celikkan kelopak mata. Saya terlihat bulu burung tersusun. Kepala burung dibalut dengan kain merah. Badan burung yang sudah dicabut bulunya kelihatan kering. Di bahagian paha burung yang sudab dicabut bulunya kelihatan kering. Di bahagian paha burung yang sudah kering itu terdapat beberapa bilah jarum di samping kulit limau nipis yang sudah kering.

“Ke tepi,” kata datuk.

Guru silat dan saya ke tepi memberi ruang untuk datuk bertinggung sambil melihat badan burung. Datuk ambil sebatang ranting. Badan burung ditolaknya hingga badan burung tersebut terlentang dengan kedua belah kakinya menghala ke dada langit. Saya terlihat pada bahagian burung itu, terdapat kesan jahitan.

“Perut burung ni dibelah kemudian dijahit semula,” kata datuk sambil menekan perut burung itu. Bau hapak kian terasa. Setiap kali datuk tekan hujung ranting, kelihatan air keluar dari celah jahitan. Datuk menyuruh saya mencari pucuk keladi rimba. Saya tidak dapat memenuhi permintaan datuk itu, mana mungkin mencari daun keladi rimba di tengah kampung.

“Tak apa, kau pergi ambil mengkuang di bawah rumah,” ujar datuk sambil menunjuk ke arah sesikat mengkuang dibawah rumah Si sakit. Saya segera ke situ. Datang kembali pada datuk dengan sehelai mengkuang berduri. Datuk ambil daun mengkuang. Tanpa minta pertolongan dari saya dan guru silat datuk terus ambil bangkai burung terus diletakkan atas daun mengkuang.

Bila daun mengkuang itu dilipatkan untuk dijadikan pembalut pada badan burung tersebut, saya lihat dun mengkuang menikam kulit burung ketika itu juga kami terdengar jeritan si sakit dari arah rumahnya. Suaranya lantang bagaikan menahan kesakitan yang amat sangat. Datuk tidak memperhiraukan jeritan itu.

Datuk terus membalut badan burung dengan daun mengkuang, dilipat jadi tiga segi macam kuih koci. Setelah itu datuk tindih dengan besi yang dibawanya. Suara jeritan si sakit terus sambung-menyambung. Datuk terus menutup bungkusan itu dengan daun-daun kering. Kemudian datuk bakar. Suara jeritan si sakit terus berkurangan. Tidak sampai sepuluh minit bulu dan badan burung terus menjadi abu.

Apa yang menghairankan saya, kain yang jadi pembalut badan burung tidak dibakar oleh datuk. Dilipat tiga segi dan dibalut dengan daun rambai muda. Datuk isi dalam saku seluarnya. Lubang yang dikorek oleh datuk segera ditimbus kembali, tanpa meninggalkan sebarang kesan, memang sukar untuk dijejaki oleh orang lain.

Datuk terus mengajak kami pulang. Tindakan datuk itu menimbulkan keraguan dalam diri guru silat. Pada sangkaan guru silat, tentulah datuk pergi ke rumah si sakit, bertanya khabar kenapa si sakit menjerit.

“Tak pergi ke rumah si sakit?” Guru silat memberanikan diri bertanya.

“Tak payah.”

“Kenapa?”

“Usah banyak tanya, mari kita balik,” kata-kata terakhir itu mematikan semangat guru silat untuk bertanya selanjutnya.

Waktu kami melintasi halaman rumah, isteri Si sakit sudahpun berdiri di muka pintu sambil melaung-laung nama guru silat dan datuk berkali-kali.

“Singgahlah dulu, tengok perangai suami saya yang lain macam ni” suara isteri si sakit lantang.

“Minta maaf, kami dah lambat,” sahut guru silat.

“Singgah sekejap aje, tengok muka suami saya yang hitam sebelah dan suka menjilat-jilat lantai.”

“Sabar, lepas senja, hitam di mukanya hilang dan dia berhenti menjilat lantai.” balas datuk tanpa memperlihatkan langkahnya.

Jawapan dari datuk itu amat menghampakan hati isteri si sakit. Dia tidak terdaya untuk melanjutkan kata-kata, hanya kelihatan kecil saja yang terungkap dari kedua belah kelopak bibirnya. Saya hanya tunduk merenung rerumput di tepi jalanan dalam warna hari yang beransur samar-samar itu. Di hujung langit sudah kelihatan warna kemerah-merahan.

Beburung kelihatan terbang sekawan demi sekawan pulang ke sarang. Bunyi gemersik angin yang menyentuh dedaun di hujung ranting jelas kedengaran. Sesekali terdengar pekik gagak yang pulang senjakala. Saya terus melangkah tanpa mahu merenung ke kiri dan ke kanan. Saya tahu pemandangan sekitar saya memang tidak menarik, penuh dengan pepohon yang tidak dapat memberikan sebarang keindahan.

Saya dapat mengesan yang perangai datuk berkeadaan lain macam. Kelihatan seperti keresahan yang tidak menentu. Macam ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Wajahnya, membayangkan rasa tidak aman yang memanjang. Bila datuk berada dalam keadaan demikian, saya rasa jalan paling selamat yang wajar saya pilih ialah membisu seribu bahasa dan patuhi dengan apa yang diperintahnya.

Kami terus melangkah dalam cuaca yang beransur gelap. Agas dan nyamuk terasa menyerang pipi dan batang hidung. Langkah kaki sering saja terhenti akibat tersepakkan akar dan tunggul kayu di tepi jalan. Kicau burung tidak kedengaran lagi.

“Ah sial, tak ada tempat lain kamu nak cari makan,” saya merungut lalu menampar pipi sebelah kiri. Aduh! Kepala sakitnya, nyamuk tak mati, pipi sendiri yang terasa pedih. Hati saya terus membara dan marah tidak tentu arah. Bagi melepaskan geram, saya sepak sepotong kayu di tepi jalan dengan sekuat hati. Guru silat segera menoleh ke arah saya.

“Kenapa?” Tanyanya perlahan.

“Jemu,” sahut saya perlahan.

“Kejap lagi kita sampai,” guru silat cuba menenangkan perasaan saya. Ketika itu juga, datuk berhenti me1angkah. Sepasang matanya merenung tajam ke arah saya, memancarkan rasa marah.

“Ada apa Tamar?”

“Tak ada apa-apa tuk.”

“Aku dengar kamu macam merungut, cakap apa yang kamu tak puas hati.”

“Tak ada apa-apa tuk.”

“Hum,” suara datuk parau dan terus berhenti merenung wajah saya. Apa yang dialami sebentar tadi, bagaikan mengingati diri saya supaya hati-hati. Jangan mengeluh tidak tentu fasal. Perbuatan begitu boleh mengganggu diri datuk.

“Oh uuuuuuuuppppppppppp.”

Guru silat segera melompat. Langkah saya dan datuk terus kaku. Mata kami tertumpu ke dada jalan, seekor katak puru merayap dengan tenang ke gigi jalan, kemudian menghilangkan diri dalam rimbunan rerumput di situ. Saya melihat datuk tersenyum. Hatinya terusik dengan telatah guru silat yang mudah terperanjat. Datuk segera menghampiri guru silat.

“Orang macam awak ni, sebaik-baiknya jangan mudah terkejut dan melatah. Cubalah kawal perasaan,” datuk memberikan nasihat. Guru silat terus menarik nafas dalam-dalam. Ekor matanya masih menjeling ke arah saya.

“Saya cuba mengatasinya.”

“Cubalah, pendekar kalau mudah melompat dan terkejut tak baik nanti pihak lawan tahu sejauh mana kekuatan kita.”

“Saya faham,” suara guru silat lemah.

Datuk terus melagakan gigi atas dengan gigi bawah dua tiga kali. Saya berhenti melangkah dan terus menggeliat dua tiga kali. Pangkal belikat dan pangkal paha mula terasa sakit. Guru silat segera menghampiri saya.

“Tak jauh lagi, tak usah berhenti, jalan saja,” bisiknya ke telinga saya.

“Paha saya sakit.”

“Tak apa, kejap lagi sampailah,” guru silat terus menarik tangan saya. Datuk menjeling tajam ke arah saya. Tidak ada pilihan lain untuk saya, melainkan meneruskan perjalanan.

Saya merenung tajam ke depan. Nampak berbalam bentuk rumah peninggalan arwah orang tua guru silat. Hati saya riang, pada hemat saya, lebih kurang lima minit lagi sampailah ke rumah tersebut dengan syarat tidak berhenti di mana-mana.

“Ha, langkah panjang-panjang biar cepat sampai,” usik guru silat.

“Langkah pendek pun sampai, dah dekat,” balas saya sambil tersenyum. Guru silat ketawa kecil sampai menepuk bahu kanan datuk dua tiga kali. Datuk segera merenung ke arahnya.

“Kenapa?” Tanya datuk.

“Tak ada apa-apa.”

“Kalau tak ada apa-apa, buat apa ditepuk?” Datuk seperti kesal tetapi, guru silat terus tersenyum lebar.

“Aku rasa malam ni, semuanya selesai,” cetus datuk ketika memasuki halaman rumah pesaka. Saya menelan air liur dan tertanya-tanya dalam hati maksud dari kata-kala yang diluahkan oleh datuk.

“Apa yang awak cakapkan tadi,” guru silat menyoal lalu merempuh saya yang berdiri tidak jauh dari datuk. Saya terdorong ke sebelah kiri. Marah juga rasa hati melihat sikap guru silat yang main langgar tanpa memikirkan tentang orang lain.

“Maafkan aku Tamar, aku tak sengaja terlanggaran kamu.”

“Tak apa,” balas saya dengan sedikit rasa kesal dalam hati. Guru silat terus mendekati datuk yang sudah hampir dengan kaki tangga. Muka datuk direnungnya.

“Apa yang awak katakan tadi? Saya tak dapat dengar jelas,” nada suara guru silat merendah. Datuk menarik nafas panjang. Matanya masih tertumpu ke wajah guru silat.

“Malam ni, semuanya selesai,” datuk senyum.

“Maksud awak.”

“Dengan izin Allah yang kuasa, orang yang sakit beransur sihat dan orang yang berbuat jahat akan menerima padahnya,” cukup tenang datuk melafazkan kata-kala itu.

“Awak bergurau?” Guru silat minta kepastian.

“Saya tak bergurau, dengan izin Allah semuanya berjaya.”

“Ha...” mulut guru silat terlopong.

“Dengan izin Allah,” ulang datuk. Guru silat segera mengatupkan mulutnya kembali, Wajahnya seperti orang dungu.

Geli rasa hati melihat telatahnya. Saya mengharapkan guru silat mengeluarkan berbagai-bagai pertanyaan. Apa yang saya harapkan tak menjadi kenyataan. Guru silat terus termenung. Bila guru silat tidak mahu bertanya, ertinya saya tidak ada peluang untuk menerima cerita dari datuk.

Guru silat terus duduk di anak tangga bongsu. Merenung ke arah pepohon di kiri kanan halaman yang kaku dalam suasana kelam yang kian mencengkam.

“Biar kita ke telaga dulu, mandi dan ambil air sembahyang,” datuk terus melangkah. Lagi sekali guru silat tergamam dan terkejut dengan apa yang datuk lakukan. Kenapa datuk tidak mahu menggunakan air paip seperti selalu? Kenapa mesti menggunakan air perigi? Timbul pertanyaan dalam diri saya. Cepat-cepat saya renung muka guru silat.

“Kenapa datuk kamu Tamar? Lain macam saja hari ini.”

“Entah, saya tak tahu sebabnya.”

“Pelik juga air paip ada, kenapa air telaga yang dicari.”

“Biarkan, datuk saya dengan caranya.”

“Ah, pelik, banyak perkara pelik yang dibuatnya,” keluh guru silat sambil merenung wajah saya sejenak. Kami berbalas senyum.

“Biar saya pergi ke bilik air dulu,” kata saya pada guru silat yang masih termenung panjang. Agaknya, ia masih memikirkan tentang tindak-tanduk datuk yang dianggapnya agak luar biasa.

“Pergilah Tamar.”

“Baiklah.”

PULAS

Saya pun terus menuju ke bilik air yang terletak di bahagian belakang rumah. Saya pulas kepala paip dan terus basuh muka. Dari basuh muka ada baik mandi terus, fikir saya dan terus membuka baju dan seluar. Beberapa saat kemudian seluruh badan saya dibasahi dengan air paip. Badan terasa segar dan bertenaga.

Sebaik sahaja saya keluar dari bilik air, guru silat pula masuk. Datuk masih lagi berada di perigi. Saya terus duduk di anak tangga bongsu, merenung hari yang kain gelap. Tidak lama lagi saya kira, suara azan pasti berkumandang menguasai seluruh kampung.

Saya tents mengelamun dan menyusun rancangan dalam kepala, saya bercadang petang esok, saya mahu minta izin dan datuk untuk ikut kawan-kawan ke Kuala Juru, melihat perahu nelayan.

Lamunan saya terganggu oleh suara guru silat di kamar mandi. Saya tidak tahu kenapa nada suara guru silat meninggi. Mungkin ada sesuatu yang kurang menyenangkan hatinya, fikir saya sendirian sambil memanjangkan leher meninjau ke arah bilik air. Tiba-tiba secara mendadak guru silat keluar dari bilik air. Berlari ke arah saya dengan wajah yang cemas.

“Kenapa?”

“Aku macam ternampak mayat orang berdiri dekat pintu bilik air, bila aku pandang lagi sekali, mayat itu hilang.”

“Ah, pandangan mata saja tu, maklumlah kita letih,” saya mententeramkan perasaan guru silat.

Ternyata perasaan guru silat tidak tenteram dengan kata-kata yang saya luahkan. Rasa takut masih dapat dikesan di wajahnya. Saya terus mengajak guru silat naik ke rumah. Sebaik saja, saya duduk di bangku usang, datuk pun sampai dengan wajah yang amat tenang.

“Kita jemaah di surau?” Datuk ajukan pertanyaan pada guru silat. Saya lihat guru silat mengerutkan dahi, buah halkumnya nampak bergerak bila ia menelan air liur.

“Saya nak sembahyang di rumah,” jawab guru silat.

“Kalau begitu, biar aku dengan Tamar ke surau, kau sembahyang seorang di rumah.”

“Eh, begini saja, biar saya dan Tamar sembahyang di rumah, awak seorang saja pergi ke surau.”

“Tak apa, saya ikut cakap awak,” jawapan datuk itu ternyata amat menggembirakan hati guru silat.

Datuk tukar pakaian. Tanpa mengucapkan sesuatu ia terus meninggalkan saya dan guru silat. Sebaik saja datuk sampai dekat pohon jati, suara Azan terus berkumandang. Datuk mempercepatkan langkahnya.

Saya dan guru silat sembahyang di rumah. Setelah selesai sembahyang, saya disuruh oleb guru silat ke dapur untuk memasak air panas. Hasrat guru silat itu tidak saya bantah, setelah menyalakan api dan meletakkan cerek atas tungku. Saya kembali duduk di sisi guru silat.

“Malam ni, kita makan di rumah, aku masak lauk dan nasi,” kata-kata yang amat menyenangkan dari guru silat. Saya segera terfikir, lauk apa yang mahu dimasaknya? Ikan bilis, ikan goreng? Semuanya bahan-bahan ini tidak ada dalam simpanan guru silat.

“Ikan tak ada, sayur tak ada, nak masak apa?” Tanya saya, guru silat menggigit bibir sambil memperkemaskan silanya.

“Ada Tamar.”

“Ada di mana?”

“Ada saya beli semalam, saya simpan dalam almari, saya beli ikan kurau kering, kita buat masak lemak, biar pecah perut kita malam ni. Dah kenyang makan baru kita pergi ke rumah si sakit. Kau setuju Tamar.”

“Setuju,” jawab saya cepat dan tegas.

“Bagus,” guru silat tegakkan ibu jari kanannya.

“Sekarang, kamu pergi basuh beras dan letakkan periuk nasi atas tungku,” satu arahan terkeluar secara spontan dari kedua belah kelopak bibir guru silat. Kali ini, saya agak keberatan untuk mematuhi perintahnya itu. Masak nasi kerja leceh. Guru silat bagaikan tahu apa yang ada dalam hati saya.

“Kau tak suka masak nasi, Tamar?”

“Ya, kerja leceh.”

“Tak apa, kau buat kopi sudahlah, masak nasi dan lauk biar saya buat. Kau setuju bukan?”

“Setuju,” suara saya riang dan terus bangun menuju ke ruang dapur untuk membuang kopi.

Baru lima langkah, saya melangkah guru silat segera mendekati saya. Cepat-cepat Ia menarik tangan saya. Perbuatannya itu amat mencemaskan hati saya.

“Kenapa?”

“Kau tengok tu,” guru silat meluruskan jari telunjuknya ke arah dinding. Saya kerutkan dahi. Dua tiga kali kelopak mata saya pejam celikkan. Saya yakin, apa yang saya lihat di depan mata bukannya hanya sekadar tersilap pandang, saya yakin, saya sedang melihat sesuatu yang benar. Dada saya jadi berdebar.

“Kau nampak Tamar?”

“Nampak.”

“Kau sendiri tengok aku membuangnya ke dalam sungai, siang tadi.”

“Ya, pelik macam mana tongkat yang dah dibuang ada dalam rumah semula. Siapa yang membawanya?”

“Itulah yang memeningkan kepala aku sekarang,” guru silat seperti mengeluh. Ia terus menarik tangan saya mendekati tongkat yang tersandar di dinding. Saya hanya menurut saja tetapi, saya rasa gementar dan cemas tetap berada dalam hati.

“Cuba kan tengok Tamar.”

Saya terus membongkok dan menatap tongkat tersebut. Memang itulah tongkat yang dicampakkannya ke dalam sungai. Anehnya, macam mana boleh berada di rumah kembali.

“Cuba kau pegang Tamar.”

“Tak mahu, pak gurulah pegang.”

“Cubalah Tamar.”

“Minta maaf, pak guru,” ujar saya dengan nada suara yang lembut bersama wajah yang minta dikasihi. Guru silat terus mengambil kain pelekat yang berada tidak jauh darinya.

Kain pekekat dicampakkan oleh guru silat ke arah tongkat tersebut. Kain pelekat terus melekat di kepala tongkat dan terus memberat ke kanan. Tongkat itu terus jatuh berdentum. Bunyinya cukup kuat tidak padan dengan bentuk dan berat tongkat.

“Kau berani pegang Tamar?”

“Minta maaf pak guru.”

“Kalau kau tak berani biar aku pegang tapi, kau mesti tunggu di situ.”'

“Baik pak guru.”

Guru silat terus mendekati tongkat yang berbalut dengan kain pelekat. Dalam jangkaan saya, sudah pasti guru silat terus memegang tongkat yang berada dalam kain itu. Jangkaan saya salah. Guru silat terus menyentap kain pelekat dengan sekuat hati hingga kain pelekat terpisah dengan tongkat.

Tongkat pun tergolek di tepi dinding kepalanya yang berbentuk dua kepala ular itu mengarah pada saya dan guru silat. Saya tiba-tiba merasa seram.

“Saya rasa tak ada apa-apa pak guru, cuba pegang,” saya terus mengajukan cadangan. Guru silat menggigit bibir. Ia masih bimbang dan ragu untuk melakukan dengan apa yang saya katakan. Guru silat menggenggam penumbuk. Matanya tertumpu ke wajah saya. Perlahan-lahan guru silat mendekati tongkat tersebut.

“Cubalah pak guru.”

“Ya, aku cuba, kalau syaitan kita binasa.”

“Nanti dulu.”

“Kenapa Tamar.”

“Cuba pak guru baca beberapa ayat dan Quran...,” kata saya mengingatkan guru silat. Saya jadi hampa dan agak kecewa kerana saranan saya tidak diterima oleh guru silat.

“Tak payah,” katanya pendek.

Saya tidak dapat berbuat apa-apa. Apa yang mampu saya buat ialah melihat dengan sepasang mata tindak-tanduk guru silat yang kian ghairah untuk memegang tongkat.

Guru silat terus menyambar tongkat tersebut. Dalam sekelip mata saja tongkat aneh itu sudah berada dalam tangan guru silat. Saya lihat wajahnya cukup riang.

“Memang benar, tongkat ini tongkat pesaka,” suara guru silat penuh keriangan. Ia terus menarik tangan saya untuk menjamah badan tongkat. Saya menolak, cepat-cepat saya menarik tangan saya yang dipegangnya.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

89. Cawan Bergerak Sendiri 

“KENAPA Tamar?”

“Saya tak mahu pak guru.”

“Kamu takut, kalau tongkat ni bukan tongkat sebenar, tongkat palsu.”

“Hum...” saya tertunduk merenung lantai.

Guru silat terus menggosok-gosok batang tongkat dengan secebis kain kuning. Saya hanya tersenyum merenung ke arah guru silat. Saya terus ke dapur membuat air kopi. Datang ke ruang tengah dengan dua cawan kopi yang masih panas.

Guru silat senang hati melihat dua cawan kopi yang berasap di depannya. Ia terus letak tongkat atas lantai. Dengan tenang guru silat menghirup kopi.
Bila guru silat berpusing ke kanan. Cawan kopi yalig dipegangnya terlepas dari tangan. Jatuh atas lantai. Air kopi melimpah dan serpihan tembikar cawan berserakan. Telinga saya mula diasak oleh bunyi deru angin yang amat kencang di luar. Muka guru silat terus menjadi pucat.

“Kenapa pak guru?”

“Tongkat tadi dah hilang, kau lihat sendiri.”

“Ya,” ungkap saya cemas sambil merenung ke arah lantai yang beberapa saat tadi terdapat sebatang tongkat berada di situ.

Saya jadi menggelabah, selera untuk minum kopi terus mati.

Badan terus terasa dingin, desiran angin bertambah hebat bunyinya di luar. Saya mula terlihat dedaun tingkap yang rapat seakan-akan bergerak-gerak seperti ada sesuatu yang menekannya dari luar.

“Aku rasa ada sesuatu yang tak kena di rumah ni. Sekarang kau tengok sendiri Tamar. Bukankah sudah aku katakan tongkat pesaka itu memang berpuaka.”

“Ya,” saya mengangguk dengan nasa gementar.

“Sepatutnya tadi, aku bakar saja tongkat sial itu,” sebaik guru silat berkata demikian, terasa seluruh rumah bergegar dan bergoyang. Cawan kopi jatuh dan air kopi terus melimpah di lantai. Saya dan guru silat terpaksa berpaut pada dinding.

Anehnya, gegaran itu cuma berlaku beberapa minit saja. Bila keadaan kembali tenang, saya pun terdengar suara Azan berkumandang. Bunyi deru angin yang hebat terus menyepi. Guru silat yang tersandar di dinding meluruskan kedua belah kakinya. Sepasang matanya merenung tajam ke arah lelangit rumah.

“Aku pening Tamar.” Sebaik saja guru silat mengakhiri kata-katanya, Ia terus terkulai di situ. Saya jadi cemas, tidak tahu apa yang harus saya lakukan untuk mengatasi keadaan yang agak gawat itu. Entah macam mana, saya merasai badan saya melayang-layang.

Tiba-tiba saya terasa ada sesuatu yang menghentak pangkal bahu sebelah kanan. Pandangan saya jadi berpinar-pinar. Sayup-sayup terdengar gema besi berlaga sama sendiri yang amat memekakkan.

Seluruh sendi saya terasa lemah. Saya tidak terdaya berdiri. Badan terasa melayang-layang. Ketika itu juga saya terasa berada di satu tanah yang lapang. Saya melihat bermacam-macam jenis binatang dari yang berkaki empat hingga berkaki dua dan termasuk dari jenis yang melata atas bumi.

Di hujung tanah lapang, saya melihat api yang cukup besar. Bahangnya terasa menyentuh kulit tubuh. Badan saya berpeluh dan api yang marak itu kian mendekati saya.

Cara yang paling baik dan terselamat dari hangus dimamah api ialah berlari ke mana-mana dengan sekuat hati. Saya pun berlari arah ke utara dengan sekuat hati. Tidak saya duga api yang marak itu terus memburu saya. Apa yang terdaya saya lakukan ialah berlari dan terus berlari hingga sampai ke kawasan pinggir gunung. Sebaik saja sampai di situ, seorang lelaki berbadan besar dengan rambut hitam lebat menutup kedua belah sayap bahunya, ketawa ke arah saya.

Lelaki berbadan besar itu mengambil seketul batu besar di kaki gunung. Batu itu dilemparkannya ke arah saya. Tidak ada kesempatan untnk saya menyelamatkan diri. Saya terpaksa menyerahkan diri pada keadaan. Batu itu terus menghempap badan saya.

Kesakitan yang dirasai membuat saya menjerit dengan sekuat hati. Mungkin kerana saya menjerit terlalu kuat membuat lelaki berbadan tegap itu menjadi marah. Mulut saya terus ditendangnya dengan sekuat hati.

QURAN

Sayup-sayup saya terdengar suara orang membaca Quran. Makin lama, makin jelas kedengaran. Saya amati pembacaan tersebut. Ternyata suara yang saya dengar itu sedang membaca ayat al-Kursi. Saya cuba mengikutinya dengan perlahan-lahan dalam hati.

Saya bagaikan digerakkan oleh tenaga ghaib untuk mengucap dua kalimah syahadat. Sebaik saja saya selesai mengucap, kelopak mata saya terus terbuka. Apa yang saya lihat wajah datuk yang sedang membaca ayat al-Kursi. Saya renung ke kanan, saya lihat di depan guru silat terletak satu baldi air. Di tepi baidi tersusun dua tiga biji buah limau nipis dan sehelai kain hitam. Guru silat terkapar di situ dengan mulut yang terbuka.

“Bangun Tamar.”

“Bila tuk balik dari surau?”

“Dah lama. Kamu berdua dirasuk syaitan. Waktu aku sampai tadi aku tengok kamu berlari dalam rumah. Si guru silat berenang atas lantai.”

“Ha...,” saya terkejut mendengar penjelasan dari datuk. Saya cuba mengingati apa yang telah berlaku.

Lagi sekali saya merenung ke arah guru silat. Perlahan-lahan saya kedutkan dahi, bila melihat kiri kanan bibirnya meleleh dengan air liur. Badan guru silat menggeletik macam ikan kena penukul. Datuk mengepal tangan kiri dan terus didekatkan ke hujung hidung. Mulutnya kelihatan bergerak-gerak macam membaca sesuatu.

“Huuuuppppp...,” pekik datuk lalu membuka buku limanya, kelima-lima jari kirinya terkembang dan mengarah kepada guru silat. Datuk terus menepuk lantai tiga kali berturut-turut.

Serentak dengan itu, guru silat terus melompat sambil melepaskan buah silat yang cukup kencang ke dinding. Kakinya terus menendang baldi air. Guru silat terus bersilat dengan semahu-mahunya. Gerakan dan tendangannya cukup pantas.

Datuk terus membongkok dan merangkak perlahan-lahan mengambil buah limau yang masih belum menjadi mangsa kaki guru silat. Dua kali datuk menepis tendangan guru silat yang hampir mengenai rusuk kirinya.

Datuk berjaya mencekup sebiji limau. Cepat-cepat datuk membalingkan ke arah saya. Dengan kepandaian tersendiri saya menyambut buah limau tersebut dengan penuh bergaya. Datuk memberi isyarat yang Ia memerlukan dua biji lagi limau nipis.

Saya lihat kedua-dua biji buah limau yang dikehendaki itu berada di hujung kaki guru silat, Bukan mudah untuk mendapatkannya. Silap langkah, bukan buah limau yang dapat tetapi, penendang dari guru silat yang boleh menghilangkan gigi dan membengkakkan pipi. Paling malang, kalau buah himau yang dikehendaki dipijak oleh guru silat yang sudah diresapi syaltan.

Perlahan-lahan datuk mengisut ke arah kaki guru silat. Tiba-tiba guru silat bertempik dan melompat lalu melepaskan satu tendangan yang kencang ke arah datuk.

Secepat kilat datuk menyambar telapak kaki guru silat lalu memusingkannya dengan sekuat hati, ditolak ke belakang hingga guru silat jatuh terlentang. Ketika itu, datuk terus sambar buah limau. Dicampakkan pada saya bagaikan penjaga pintu gol yang handal saya menyambut buah limau tersebut.

“Ah..."

Guru silat terus menyerang datuk. Macam tadi juga, datuk tetap bertahan dan mengelak. Memang bukan tujuan datuk mahu beradu kuat dengan guru silat. Matlamat utama datuk mengambil sebiji lagi buah limau nipis supaya jumlahnya menjadi tiga biji dalam tangan saya.

Memang sukar untuk datuk mengambil buah limau yang terakhir ini. Guru silat bagaikan tahu apa yang diingini oleh datuk. Ekor matanya, tetap merenung ke arah buah limau tersebut.

Hati saya berdebar bila guru silat mengangkat kaki kanannya untuk memijak buah limau. Saya berdoa supaya cita-citanya tidak dilaksanakannya. Doa saya diperkenankan oleh Allah. Guru silat menjauhkan kakinya beberapa inci dari buah limau.

Dengan hujung ibu jari kanannya ia mencuit buah limau. Buah limau itu bergolek ke arah tiang seri. Datuk tersenyum. Kerjanya menjadi mudah, saya kira, beberapa saat lagi limau yang sebiji itu pasti berada dalam tangan saya.

Datuk merendahkan badannya. Perlahan-lahan datuk golekkan badannya menuju arah buah limau. Malang sungguh nasib datuk, kali ini guru silat terus bertindak macam orang gila.

Dengan sebatang kayu di tangan, guru silat terus menikam ke arah datuk bertubi-tubi.

Mujurlah, datuk bergolek ligat macam gasing. Tikaman yang dilakukan oleh guru silat tidak kena badan datuk. Guru silat terus marah, ia cuba melepaskan tendangan yang bertalu-talu ke arah datuk.

Semuanya dapat ditepis oleh datuk dengan aman dan tenang. Dalam suasana yang berdentum-dentum dengan bunyi telapak kaki di lantai serta ditingkah dengan bunyi tepisan tangan dan kaki dari datuk menjadikan dengan guru silat.

Suara datuk dan guru silat saling tingkah-meningkah. Saya terlupa dengan keadaan di luar, terlupa pada malam, terlupa pada bunyi cengkerik dan katak. Antara terhibur dan cemas saya menyaksikan peristiwa datuk dengan guru silat.

“Wahhhhhh...”

Datuk menjerit dengan kuatnya. Saya lihat datuk berjaya menyambar tangan guru silat dan terus dipulas ke belakang sambil menekan ke kanan. Guru silat berusaha melepaskannya tetapi tidak terdaya. Pegangan datuk cukup kuat dan kejap.

Dengan lembut dan perlahan-lahan datuk menekan tangan guru silat ke bawah hingga badan guru silat melengkung dan akhirnya tersembab di lantai. Datuk segera mengambil buah limau di 1antai dan terus diserahkan pada saya.

“Basuh limau itu Tamar.”

Saya terus ke dapur dan membasuh buah limau. Datang kembali mendekati datuk. Guru silat tertiarap di lantai dengan kedua belah kaki dan tangannya terkedang. Bunyi nafasnya cukup kuat, macam nafas kerbau.

“Tamar.”

“Ya, ada apa tuk.”

“Kau belah dua semua limau tu, perah airnya dalam cawan. Campurkan dengan garam dan cabai. Lepas itu kau diangkan dekat api.”

“Baik tuk.”

“Buat sekarang jua.”

Saya segera mematuhi saranan yang datuk luahkan. Saya terus ke dapur. Menyediakan barang-barang yang dikehendakinya. Sepeninggalan saya ke dapur, saya tidak tahu apa yang datuk lakukan terhadap guru silat.

Satu perkara yang pasti bila saya datang ke ruang tengah kembali, saya lihat guru silat sudah berubah kedudukan. Kalau tadi ia tertiarap, kini ia terlentang mengandah ke tulang bumbung dengan sepasang kaki dan tangan rapat ke tubuh.

SILAT

Datuk terus merenung wajah guru silat. Kelopak mata guru silat dibukanya perlahan-lahan. Telinga kiri guru silat dihembusnya bertalu-talu. Badan saya mula terasa sejuk dan suara pungguk merayu bulan sayup-sayup kedengaran. Desiran angin mula tçrdengar.

“Ambilkan aku pisau Tamar.”

“Pisau tak ada, di mana saya nak cari tuk.”

“Ambil dalam beg kecilku. Bawah kain pelekat ada pisau belati cap kuda terbang. Pergi ambil sekarang.”

“Baiklah,”jawab saya lemah. Saya segera pergi ke beg kecil datuk yang terletak di sudut dinding. Saya punggah isinya hingga bertabur atas lantai. Akhirnya, saya jumpa dengan pisau belati yang dimaksudkan oleh datuk. Saya segera menyerahkan padanya.

Datuk keluarkan pisau belati dari sarungnya. Ditatapnya mata pisau itu dengan teliti. Datuk tegakkan badan dengan sepasang matanya tertumpu ke dinding. Saya hanya melibat gerak-geri datuk dengan hati-bati.Datuk terus menimang-nimang mata pisau belati di telapak tangan.

“Ke mari Tamar.”

Saya segera mendekati datuk.

“Tekan kedua belah kakinya.”

“Baik tuk,” saya terus menekan kedua belah kaki guru silat. Datuk angkat pisau belati tinggi-tinggi. Kemudian, badan pisau belati dilarikan pada buah betis guru silat.

“Tamar.”

“Ya tuk.”

“Aku mahu meluahkan kaki guru silat ini. Bila darahnya keluar kau terus taruh air limau di tempat lukanya. Bila dia menjerit kau tutup mulutnya dengan kain pelekat,” datuk mengeluarkan arahan. Datuk pun mengambil kain pelekat di atas lantai. Kain pelekat itu dilangkah dua kali.

“Nah kain pelekat ni, letak dekat kepala lutut kamu. Ingat, apa yang aku pesan Tamar.”

“Ingat tuk.”

“Kamu mesti tenang dan jangan takut.”

“Baik tuk.”

“Huhhhhhh..,” datuk menatap wajah saya sejenak. Bahu kanan saya ditepuknya tiga kali berturut-turut. Datuk melakukan semuanya itu untuk memperteguhkan dan menguatkan semangat saya.

Saya terkejut besar bila datuk membenamkan hujung belati ke buah betis guru silat. Saya lihat darah pekat meleleh di kulit betis dan menitik atas lantai. Saya bagaikan terpukau melihat semuanya itu. Saya lupa dengan pesan datuk.

“Hei apa lagi?” sergah datuk.

“Apa? Apa benda,” saya seperti orang bangun tidur, tidak tahu apa yang mesti saya lakukan. Muka datuk kelihatan merah padam. Saya mencampakkan pisau belati yang ada kesan darah ke dinding. Pisau belati terpancak di situ.

“Bodoh,” pekik datuk sambil merampas air limau dalam cawan. Tidak memadai dengan itu, datuk terus menolak saya hingga terjatuh. Saya terus membatu, tidak berani membantah. Semuanya kerana kelalaian dan kesalahan saya.

“Tak boleh harap,” kutuk datuk.

“Maafkan saya tuk, saya tak sengaja.”

“Hummmmmmmmmm...”

Datuk terus menuangkan air limau ke atas buah betis guru silat yang sudah dilukakan oleh datuk. Saya lihat seluruh badan guru silat bergerak ke kiri dan ke kanan.

Sepasang kakinya juga bergerak ke kiri ke kanan. Guru silat mengeruh macam lembu kena sembelih. Saya sudah bersedia dengan kain pelekat. Kalau ia menjerit, sudab pasti kain pelekat menutup mukanya.

Lama juga saya menanti. Guru silat tidak menjerit tidak mengeluh. Dia membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Merenung lelangit rumah. Datuk terus mengesat kesan darah di kaki. Air limau tidak lagi dituangkan pada tempat yang luka.

“Tamar?” Guru silat bersuara.

“Cuba mengucap pak guru.”

“Ashadu..” guru silat terus mengucap dengan tenang.

“Bagaimana pak guru,” saya menyoalnya kembali. Guru silat termenung macam ada sesuatu yang difikirkannya. Datuk terus mendiamkan diri.

“Datuk kamu tak balik lagi Tamar?”

“Dah balik,” sahut datuk lalu mendekati guru silat. Mereka berpandangan. Datuk memicit bahu kanan guru silat beberapa kali. Macam digerakkan oleh sesuatu, saya terus bangun mengambil cawan dan pisau belati.

Semua barang-barang itu saya letakkan di tempat di bahagian dapur.

Saya datang semula mendapatkan datuk dan guru silat. Kali ini guru silat sudah pun duduk. Ia bagaikan tidak terasa apa-apa yang terjadi pada kakinya.

“Saya baru berjumpa dengan orang besar, saya berlawan dengannya. Dia kalah tetapi dia berjanji nak mencari saya,” guru silat membuka rahsia dirinya. Datuk tersenyum.

“Kau sebenarnya tak ke mana-mana, kau pengsan,” datuk menjelaskan keadaan sebenar.

“Ya, saya ingat apa yang jadi patda saya dan Tamar, mana tongkat tadi, Tamar, agaknya dah hilang terus,” guru silat ajukan pertanyaan pada saya. Cepat-cepat saya mengangkat kedua belah sayap bahu sambil menggelengkan kepala.

“Kalau ikut langkah dan petua, kamu berdua dirasuk syaitan, ingatan dan fikiran kamu dipisahkan dari pancaindera kamu, kalau tidak ditolong, kamu boleh jadi lari ke hutan, masuk gunung atau gua,” terang datuk.

“Semuanya kerana tongkat sial,” sahut guru silat.

“Bukan kerana tongkat, kamu lalai, kamu lupa kuasa Allah, kamu tidak mengingatinya pada setiap saat,” sanggah datuk. Guru silat terdiam.

Datuk terus menarik balutan di kaki guru silat. Bila balut itu terbuka, saya tidak dapat melihat kesan luka atau parut. Kaki guru silat tetap berkeadaan seperti biasa. Cuma sesekali guru silat terasa sakit bila melipatkan kakinya.

Datuk segera menepuk bahagian kaki yang dikatakan sakit tu, dua kali tepuk, guru silat terus menyatakan tidak terasa sebarang sakit.

“Tak usah banyak cerita lagi, bersiap sekarang juga kita pergi rumah si sakit,” datuk keluarkan arahan. Matanya masih merenung ke setiap sudut ruang rumah.

“Dah jauh malam begini, tuk nak pergi juga?” Sanggah saya.

“Dah pukul sebelas malam,” guru silat menyokong pendapat saya.

“Tak usah banyak cakap, kalau terlalu banyak cakap satu kerja pun tak jadi, ingat, manusia dipegang pada janji, kerbau dipegang pada tali,” tekanan suara agak keras dan meninggi. Kedua-dua biji matanya dibeliakkan ke arah guru silat dan saya.

Dengan rasa kesal saya segera tukar seluar dan baju. Saya tidak tahu apa perasaan guru silat ketika itu. Dari gerak-geri dan riak wajahnya ternyata ia tidak menyimpan rasa kecewa atau hampa. Guru silat tetap mematuhi perintah datuk.

“Kita belum makan lagi tuk.”

“Tak usah gaduh fasal makan, kalau rezeki kita ada, kite makan di mana-mana, kalau tak ada. kita minum kopi saja,” datuk menyelesaikan masalah yang menghantui diri saya.

“Tak usah bimbang Tamar, bila semuanya sudah selesai kita balik nanti, aku masak nasi untuk kamu,” itu janji dari guru silat yang cukup menggembirakan.

LANGKAH

Sebelum membuka langkah menuju ke rumah si sakit,datuk mengambil masa sejenak untuk membaca surah Yasin. Selesai baca Yasin datuk balut kepala dengan kain merah. Pakai seluar hitam dan baju hitam tetapi, tidak memakai samping hitam seperti kebiasaannya.

Kali ini datuk mengenakan kain samping berwarna kuning. Cara ikatnya juga tidak seperti selalu. Ikatannya lebih banyak ke kanan.

“Tongkat tadi Tamar,” jerit guru silat.

Sepasang mata saya tertuju ke arah tongkat yang di dinding. Kepalanya yang terukir bentuk dua kepala ular nampak berkilau-kilau. Datuk juga merenung ke arah tongkat tersebut. Datuk tidak memperlihatkan rasa terkejut. Ia cuma tersenyum.

“Inilah tongkat yang berpuaka itu,” guru silat beritahu pada datuk. Saya lihat datuk tersenyum. Datuk menyuruh saya membuka tingkap sebelah kanan dengan seluas-luasnya. Cakap datuk saya patuhi.

Bila tingkap terdedah, apa yang saya lihat ialah kegelapan yang pekat. Pepohon kelihatan kaku tetapi, di lantai masih ada bintang mengerdip. Tiba-tiba saja saya terasa seram. Bulu tengkuk saya meremang dengan tiba-tiba.

Datuk membuka kain ikat kepalanya. Dengan hati-hati kain itu dililitkan ke hujung jari kelingking. Dan jari kelingking itu diarahkannya pada tongkat yang tersandar di tepi dinding. Ketika itu terasa angin masuk dengan deras ke dalam rumah melalui jendela yang terdedah.

Beberapa helal daun kering dan reranting kecil yang dibawa angin bertaburan atas lantai. Suara orang ketawa terdengar sayup-sayup ditingkah dengan bunyi lolongan anjing yang memanjang. Suara jampuk dan burung hantu bersahut- sahutan.

Tidak memadai dengan reranting dan daun kering, angin yang bergerak kencang itu membawa pasir dan tanah merah serta serpihan batu nisan. Semuanya bertabur di atas lantai. Saya lihat baju dan seluar datuk bergerak-gerak ikut rentak angin yang bertiup.

Guru silat macam ditolak sesuatu. Ia terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan macam orang mabuk. Datuk tidak peduli apa yang berlaku dalam rumah. Ia berdiri lurus. Jari kelingkingnya yang berbalut itu digerakkannya ke kanan dan ke kiri, membentuk sebuah bulatan di udara. Matanya tidak berkerdip merenung ke arah tongkat di dinding.

Urat-urat di mata datuk kelihatan merah dan seakan-akan timbul. Makin lama saya merenung mata datuk, saya seperti melihat bebunga api yang membara dalam kolam matanya. Wajah datuk kelihatan serius. Misainya kelihatan seakan-akan bergerak ke kanan. Datuk angkat jari kelingking hala ke barat daya. Tongkat di tepi dinding terus bergerak, terangkat antara lantai dan letangit rumah.

Muka datuk kelihatan berpeluh. Datuk terdorong ke belakang macam ada sesuatu yang menumbuk dadanya dengan kencang. Datuk melawan hingga ia kembali berdiri tegak. Mulut datuk kelihatan bergerak-gerak. Dengan kekuatan yang ada di tubuhnya datuk macam melemparkan sesuatu ke arah tingkap yang terdedah. Ketika itu juga saya melihat tongkat tersebut melayang sambil mengeluarkan cahaya.

Tongkat itu meluru keluar. Datuk masih tidak berganjak dari tempat ia berdiri. Biji mata guru silat terbeliak melihat peristiwa yang memang tidak pernah diduganya.

Saya terkejut bila terjadi ledakan kecil di tempat tongkat aneh itu berdiri sebentar tadi. Bila ledakan itu berhenti kelihatan asap hitam berkepul lalu menguasai ruang rumah.

Datuk terus menepuk tangan tiga kali berturut-turut. Tepuk pertama asap yang tebal beransur kurang. Tepuk kedua asap bentambah nipis dan tepuk ketiga asap yang ada terus hilang dan guru silat yang tadi kelihatan lemah mula bertenaga. Mukanya, jadi merah dan bersedia menghadapi apa saja.

“Kita diuji lagi, semuanya ada hubungan dengan si sakit,” kata datuk tenang sambil membuka lilitan kain di jari kelingking.

Kain itu terus dililitnya ke kepala. Datuk sapu mukanya dengan telapak tangan kiri berturut-turut.

“Apa kita akan diuji lagi?” Guru silat minta kepastian.

“Tak tahu, tak berani nak cakap, kalau ada ujian yang datang kita tentang.”

“Kalau kita kalah apa macam?”

“Segala-galanya kita serahkan pada Allah,” suara datuk merendah. Saya dan guru silat berpandangan.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------