74. Perempuan Cantik Koyak Kain
DATUK terus mengangkat kaki kiri. Dengan tangan kiri, dia terus menepuk
tapak kaki lima kali herturut-turut. Kucing hitam terus mengiau sekuat
hati sambil berdiri di kaki. Mulutnya terbuka luas. Mata merah bagaikan
seketul bara api dari kayu bakau.
Perlahan-lahan datuk
menjatuhkan kaki kirinya sambil menahan nafas. Bila dia menghembuskan
nafas, tangan kiri terus diluruskan. Sebaik sahaja tapak kaki kiri
bertemu dengan batu jalan. Kucing hitam terus menjerit serta melompat
separas kepala saya. Kucing hitam terus ghaib.
Sekujur tubuh saya
dibasahi peluh. Panas bagaikan menyengat menggigit kulit muka. Mulut
Tajuddin dan Maniam terlopong. Muka mereka bertambah pucat. Datuk
menatap muka Maniam dan Tajuddin. Deru kenderaan yang lalu di dada jalan
raya menyumbat lubang telinga.
Debu-debu dan kenderaan yang
bergerak dalam suasana panas amat membosankan. Beberapa orang anggota
polis yang bertugas di balai merenung ke arah kami. Ganjil bagi mereka
melihat kami bercakap dalam panas yang amat membahang.
“Ular,
ularr..” suara itu datang dari arah pasar. Perhatian terus ditumpukan ke
arah pasar. Suasana di situ kelihatan kelam-kabut, penjual dan pembeli
bertempiaran keluar dari pasar. Mereka berlari tidak tentu arah. Jerit
mereka sambung-menyambung.
Dua orang penjual ikan dengan pisau
pemotong ikan di tangan, melintasi jalan raya. Sebuah kereta terpaksa
melakukan brek kecemasan. Sebuah lori membawa durian yang berada dalam
jarak dekat dengan kereta itu, tidak dapat melakukan brek kecemasan.
Akibatnya, lori itu terus menyondol punggung kereta.
Pemandu dan
penumpang kereta tidak mengalami kecederaan. Begitu juga dengan pemandu
dan kelindan lori yang membawa durian. Suasana menjadi bertambah kacau.
Cerita ular muncul dalam pasar terus merebak dengan cepatnya.
Penjual
ikan yang selamat dari dilanggar kereta kecil terus masuk ke kawasan
depan balai polis. Datuk segera menangkap tangannya. Datuk merampas
pisau pemotong ikan darinya. Manakala yang seorang lagi terus lari ke
arah belakang pekan. Tidak muncul-muncul lagi.
Mungkin penjual
ikan bangsa Cina itu pulang ke rumahnya, fikir saya. Bila saya menoleh
ke arah Maniam dan Tajuddin saya dapati mereka sudah pun meninggalkan
saya. Mereka lari masuk ke balai polis.
Beberapa orang anggota polis
segera pergi ke tempat kejadian. Mereka mengawal keadaan supaya
perjalanan kenderaan di jalan raya berjalan dengan lancar. Beberapa
orang anggota polis yang tidak bertugas segera mencari kayu dan buluh
untuk pergi ke pasar.
“Jangan,” kata datuk pada anggota polis
itu. Mereka patuh dengan cakap datuk. Sarjan 1000 segera mendapatkan
datuk. Mereka bercakap-cakap sebentar. Sarjan 1000 segera meyuruh
anggota-anggota polis yang membawa kayu dan buluh pulang ke balai.
“Macam mana rupanya ular tu?” Tanya datuk pada penjual ikan yang berasal dari Kedah.
“Hitam besar, sebesar pinang dara, menjilat darah ikan lantai pasar.”
“Kamu tahu dari mana dia datang?”
“Tak tahu, yang saya ingat sebelum tu ada seorang lelaki tua, bau badannya busuk masuk pasar.”
“Apa yang dicarinya?”
“Dia
berjalan dalam pasar, bila saya kata ada bau busuk lelaki itu hilang,
lima minit kemudian tempat lelaki itu hilang, muncul ular besar,
lidahnya menjilat bangkai ikan dan darah.”
“Hummmmmmmmmm...,” datuk mengeluh pendek.
Sarjan
1000 yang mendengar perbualan antara datuk dengan penjual ikan itu
menggigit bibir. Dahinya terus dikedutkan. Sementara itu kereta dan lori
yang berlanggar segera diubahkan ke tepi jalan.
“Mari kita pergi tengok,” datuk menarik tangan penjual ikan.
“Minta maaf,” penjual ikan itu menolak.
“Tak apalah kalau kamu tak mahu.”
“Saya takut.”
“Tak
apa, kamu pergi ke balai,” sebaik sahaja selesai datuk bercakap,
penjual ikan itu terus menuju ke balai polis. Datuk terus bercakap
dengan Sarjan 1000. Datuk tidak dapat menenma cadangan dan Sarjan 1000
untuk menembak ular tersebut.
“Kalau tidak dibunuh, ular tu boleh mengancam keselamatan orang ramai,” kata Sarjan 1000.
“Saya tahu Sarjan, kita cari jalan lain.”
“Apa caranya?”
“Begini
saja, kita tunggu di sini, awak suruh orang yang ada dua tiga orang
tepi jalan ni pulang, jangan suruh mereka tunggu di situ.”
“Baik.”
PULANG
Sarjan
segera menyuruh orang-orang itu pulang. Keadaan kembali tenang.
Beberapa orang suri rumah yang masuk ke pasar disuruh pulang. Keadaan
dalam pasar sunyi sepi. Panas tengah hari kian mencengkam, batu di jalan
kelihatan seperti ada air.
“Sekarang awak berdiri di belakang
saya dalam jarak sepuluh kaki, Tamar pula berdiri di belakang awak dalam
jarak yang sama,” datuk mengeluarkan perintah pada saya dan Sarjan
1000. Perintah itu segera kami patuhi. Kenderaan kian berkurangan
melalui jalan raya di depan pasar.
Datuk terus memeluk tubuh
sambil merenung ke arah pasar. Saya lihat sebuah teksi berhenti mengejut
di jalan raya. Di depan teksi tersebut kelihatan seekor ular hitam
sebesar batang pinang dara, berwarna hitam melintasi jalan raya dalam
panas tengah hari yang membahang.
Bila teksi itu bergerak semula,
ular hitam sebesar batang pinang dara sudah pun berada di depan datuk.
Ular itu mengelilingi datuk. Dalam sinar matahari yang keras itu, saya
lihat mulut itu mengeluarkan asap nipis.
Datuk angkat kaki kanan,
melangkah tiga tapak ke depan. Datuk membuka tangan yang memeluk tubuh
dan undur tiga tapak ke belakang akhirnya datuk membuka silat. Serentak
dengan itu terdengar satu ledakan yang kuat macam suara petir. Dari
sebelah kanan datuk memancar cahaya kilat yang memanjang menuju ke arah
pucuk kelapa.
Suara ledakan di tengah bandar itu didengar oleh
para penduduk beberapa buah kampung sekitar pekan kecil tersebut. Bila
ledakan itu berakhir, ular hitam sebesar pinang dara itu terus ghaib.
Saya
lihat tubuh datuk dibasahi peluh. Nafasnya tercuogap-cungap. Rumput
hijau yang berada tidak jauh dari datuk nampak hangus. Manakala batu
jalan menuju ke balai polis, tempat ular hitam sebesar pinang dara itu
bergerak, kelihatan merkah.
Datuk meletakkan hujung jari
telunjuknya di hujung dahi. Dari hujung dahi, dia menjatuhkan jarinya
perlahan-lahan hingga ke pangkal dagu. Peluh yang disapu oleh jari
telunjuk berjatuhan atas dada.
“Masih belum selesai lagi,” rungut
datuk. Sarjan 1000 menarik nafas panjang sambil merenung muka saya
dengan seribu macam persoalan.
“Sekarang orang yang berniaga
bolehlah pulang ke tempat berniaga,” datuk beritahu Sarjan 1000. Dan
Sarjan 1000 segera menghebahkan perkara itu pada orang-orang yang berada
di situ. Sepuluh minit kemudian, pasar ikan dan sayur berdenyut kembali
dengan manusia. Mereka seolah-olah lupa dengan apa yang berlaku.
Beberapa
orang kampung yang berdekatan, datang ke balai polis. Mereka mahu
mengetahui punca ledakan yang mereka dengar. Mereka kecewa, tidak
seorang pun anggota polis di balai tersebut dapat memberi penjelasan
dengan terperinci.
“Tidak ada sesuatu yang ganjil dan saya
sendiri tidak dapat menerangkannya, kalau awak mahu tahu tanyalah pada
penjual ikan dan sayur di market,” itulah jawapan yang datuk berikan
pada salah seorang lelaki yang bertanya padanya berhubung dengan perkara
aneh itu. Orang yang bertanya menggigit bibir lain meninggalkan datuk.
Kerana
waktu Zuhur sudah tiba, saya dan datuk menuju ke masjid. Setelah
menunaikan fardu Zuhur serta berwirid pendek, kamipun meninggalkan
masjid yang letaknya tidak berapa jauh dari Sungai Perak.
Sebabnya
saya beranggapan demikian, kerana pakaian lelaki itu bertampung di
sana, bertampung di sini, tidak jauh darinya terdapat tongkat dan
tempurung.
Datuk berhenti melangkah. Dia terus menyeluk saku
bajunya. Bersedia untuk mencampakkan seringgit dua ke dalam tempurung
peminta sedekah. Saya sudah masak benar dengan perangai datuk. Terlalu
murah hati dengan peminta sedekah, sanggup berlapar asalkan peminta
sedekah diberi wang.
“Berikan padanya” datuk hulurkan wang kertas lima ringgit pada saya.
“Banyak sangat ni tuk.”
“Berikan
saja, jangan banyak cakap,” datuk membeliakkan biji mata. Saya terkejut
dan terus melangkah mendapatkan peminta sedekah.
Bila saya
berdiri di depan peminta sedekah, bulu tengkuk saya terus berdiri.
Perasaan saya terus berdebar, macam ada sesuatu yang kurang
menyenangkan. Saya rasa sepasang mata lelaki itu begitu tajam menyorot
tiap langkah saya. Badan saya terus menggeletar.
“Apa lagi yang kau tunggu Tamar,” jerit datuk.
“Saya takut tuk?”
“Apa yang kamu takutkan, bukankah dia makhluk macam kamu juga.”
“Saya tak mahu tuk,” saya segera berpatah balik ke arah datuk yang berdiri tidak jauh dan saya.
Tidak
saya duga, perbuatan saya itu menimbulkan rasa marah pada datuk. Dia
segera mengheret saya ke arah peminta sedekah di bawah pokok. Sebaik
sahaja saya dan datuk berdiri di depan peminta sedekah tersebut, tanpa
diduga peminta sedekah itu segera bangun.
Dia melemparkan
tempurung dan tongkatnya arah utara. Perbuatannya itu memang aneh
sekali. Saya dan datuk merenung ke arah kawasan dia melemparkan tongkat
dan tempurung. Bila kami merenung kembali ke arahnya. Peminta sedekah
itu, sudah tiada lagi di situ. Saya dan datuk terhidu bau busuk yang
amat kuat.
“Sudahlah, kita dipedaya lagi.”
“Siapa yang mempedayakan kita tuk?”
“Nantilah, aku terangkan kemudian.”
“Saya boleh agak orangnya tuk.”
“Sudahlah, jangan nak merepek.”
Nada
suara datuk yang keras itu, membunuh hasrat saya untuk menunjukkan
sebarang pertanyaan. Tetapi, otak saya segera memikirkan tentang Kamal.
Semua gerak-gerinya timbul dalam kepala. Dua tiga kali, saya menggosok
kelopak mata, saya bagaikan terpandang-pandang tubuh Kamal dan kakinya
yang tokak wujud di depan saya.
“Berusaha melupakannya, bila kau
ingat atau terkenangkan dirinya, dia datang dekat kamu,” kata-kata datuk
it membuat seluruh bulu roma saya tegak berdiri. Saya tidak berjaya
melupakannya, makin kuat saya mahu melupakannya, makin kuat pula ingatan
itu berlegar-legar dalam kepala.
Datuk segera mengeluarkan sapu
tangan. Muka saya digosoknya dengan saputangan dua warna iaitu hitam dan
kuning, bentuknya tiga segi. Dua kali muka saya digosok dengan
saputangan. Kepala saya terasa berdesing sebentar kemudian terasa cukup
lapang. Bayang Kamal terus hilang.
MAKAN
Saya dan datuk
singgah di kedai makan, tidak jauh dari tebing sungai. Saya minta nasi
dan gulai tempoyak ikan baung. Datuk hanya meminta segelas air sejuk.
Sebelum, air itu diteguk datuk membaca sesuatu.
Sementara menanti
saya selesai makan, datuk terus termenung. Sesekali dia menggaru batang
lehernya. Dua orang lelaki yang duduk tidak jauh dan meja kami,
bercerita dengan rancaknya tentang buaya putih yang dilihat o1e beberapa
penduduk di kampung seberang.
Menurut cerita kedua lelaki itu,
buaya putih tersebut muncul di tengah sungai waktu bulan mengambang
penuh. Buaya itu mengekor sampan yang digalah oleh orang-orang yang
pulang malam dari pekan Parit. Setakat ini belum ada orang yang diganggu
oleb buaya putih itu.
Buaya itu sekadar memperlihatkan dirinya
sahaja. Bila ada orang memaki hamunnya, buaya putih akan membuka
mulutnya luas-luas sambil ekornya memukul air sungai.
“Buaya
putih tu, buaya keramat, malam esok orang-orang kampung aku akan
mengadakan jamuan untuk buaya putih,” saya menjeling ke arah lelaki yang
bercakap itu. Orangnya berbadan kurus, ada misai nipis melintang di
bibir. Di dagunya tergantung sejemput janggut. Saya menyebut janggut
jenis itu sebagai janggut kambing.
“Buaya putih itu berasal dan
manusia, kalau tak dibuat jamuan atau semahan akan mendatangkan bala
pada kita,” sambung lelaki itu. Kawannya yang tertonggok di depan
anggukkan kepala. Datuk segera mencuit bahu saya. Dia suruh saya makan
cepat. Datuk tidak begitu minat mendengar perbualan kedua orang lelaki
itu.
Dari cara kedua lelaki itu bercakap (dengan nada suara yang
keras), seolah-olah mahu menanik perhatian pelanggan-pelanggan lain yang
berada dalam kedai makan. Saya tidak tahu tujuan sebenar kedua-dua
orang lelaki itu.
“Bangun,” kata datuk. Saya anggukkan kepala dan
terus bangun. Saya terus menuju ke meja penerima wang. Saya jelaskan
bayaran makan dan minuman yang dipesan. Kami tinggalkan kedai makan.
“Memuja dan membuat jamuan tu kerja khurafat, mana ada buaya keramat,” bisik datuk pada saya.
“Habis buaya itu, buaya apa tuk.”
“Boleh jadi memang ada buaya putih, boleh jadi itu kerja syaitan.”
“Sudahlah, jangan tanya perkara macam tu pada aku Tamar.”
Kerana
patuh dengan permintaannya, saya tidak mengajukan sebarang pertanyaan
pada datuk. Kami menuju ke arah stesen minyak. Dan situ kami bergerak
menuju ke kedai menjual kain baju. Berdiri di situ menanti bas. Hampir
sepuluh minit berdiri bas yang ditunggu tidak juga datang.
“Kita cari teksi Tamar,” kata datuk.
“Elok juga tu, kalau tak dapat teksi betul, kita baik teksi sapu tuk.”
“Mana-mana pun boleh.”
Saya
dan datuk menuju ke tempat teksi. Nasib kami cukup baik. Malik Cina
(kawan datuk) yang membawa teksi sapu bersedia untuk menghantar saya dan
datuk pulang dengan percuma.
Pada mulanya, datuk enggan menerima tawaran itu tetapi setelah dipujuk beberapa kali oleh Malik Cina datuk menerimanya.
Datuk
memberitahu saya, sebab kawannya itu dipanggil Malik Cina kerana
wajahnya mirip orang Cina serta boleh bercakap bahasa Cina dengan lancar
sekali.
“Ini cucu awak,” tanya Malik Cina pada datuk.
“Ya,” datuk anggukkan kepala. Malik Cina senyum lalu mempersilakan saya dan datuk masuk ke keretanya.
“Setahu aku, kamu dulu pindah ke Kelantan, habis macam mana kamu boleh bawa teksi di sini.”
“Betul, itu dulu, malah aku sudah mengambil keputusan nak menetap di Kuabang Kerian,” Malik Cina meraba batang lehernya.
“Habis kenapa balik ke sini?”
“Bila anak perempuan sulung aku kahwin, nasib buruk menimpa keluarga kami.”
“Nasib buruk macam mana? Rumah kamu terbakar, harta benda kamu dirampas orang atau kamu dapat menantu orang jahat.”
“Bukan itu,” jawab Malik Cina pendek.
Saya
lihat muka Malik Cina gusar. Sesekali dia menarik nafas panjang sambil
memandu kereta dengan tenang. Datuk menggigit bibir sambil merenung ke
arah pepohon yang tumbuh subur di kaki kiri kanan jalan. Kereta yang
dipandu oleh Malik Cina melalui liku jalan yang tajam.
Angin
terasa memukul wajah saya. Rambut saya mengerbang tidak tentu arah.
Terpaksa disikat dengan rapi tetapi, rambut yang disikat itu mampu
bertahan untuk beberapa minit sahaja.
“Menantu kamu tu orang mana?” tanya datuk.
“Orang Mersing, sama-sama kerja satu pejabat dengan anak perempuan aku.”
“Apa kerjanya?”
“Kedua-duanya kerja di Jabatan Parit dan Taliair,” Malik Cina menjeling datuk dengan ekor mata.
Datuk
mengkepal-kepal kedua belah tangannya. Sesekali meraba hujung mata
dengan jari kelingking. Saya sandarkan badan ke kusyen berlagak macam
orang kaya. Bergerak ke sana, bergerak ke sini dengan bebas maklumlah
duduk seorang diri di belakang.
“Tiga minggu lepas nikah, anak
perempuan aku buat perangai, masuk saja waktu asar, dia terus menjerit
dan mengoyak pakaiannya hingga hancur. Dah puas aku bawa jumpa doktor
pakar jiwa, sakitnya tak juga berubah.”
“Berubat cara kampung kau tak cuba.”
“Sudah, berpuluh pawang dan bomoh yang lari lintang pukang.”
“Kenapa jadi macam tu?”
“Bila
dia tengok pawang atau bomoh, sakitnya menjadi jadi kekuatannya macam
orang lelaki, tiga orang tak mampu memegangnya, api bara dipijak dan
dimakan.” Malik Cina menelan air liur.
Saya tumpukan seluruh
perhatian pada cerita yang disampaikan oleh Malik Cina pada datuk.
Menarik tetapi tetap terasa seram. Saya terus menyikat rambut yang
menutup dahi. Bila tayar kereta melanggar lopak, badan dan kereta terasa
bergegar, bagaikan dinding dan pintu mahu tercabut rasanya maklumlah
kereta tua.
"Setelah berfikir panjang, semua tanah dan rumah saya
di Kubang Kerian saya jual dan menantu saya pula mengizinkan saya
membawa isterinya dengan tujuan nama berubat, dah lima bulan aku menetap
di Sungai Siput,” sambung Malik Cina.
“Jauh sungguh kamu cari penumpang sampai ke sini.”
“Pagi
tadi, ada orang sewa kereta aku ke Teluk Intan. Dari Teluk Intan, aku
dapat penumpang nak ke Parit, supaya jangan pulang kosong aku cari
penumpang untuk ke Kuala Kangsar, dari Kuala Kangsar aku cari penumpang
untuk ke Sungai Siput, tiba-tiba aku jumpa kamu,” Malik Cina ketawa
berdekah-dekah.
“Lepas kamu hantar aku ni, kamu nak cari penumpang lagi?” tanya datuk.
“Tidak, aku nak terus balik,” jawab Malik Cina.
Malik
Cina memberhentikan teksi sapunya di tepi jalan. Datuk hulurkan wang
sewa teksi sapu. Malik Cina meno1ak dengan alasan apa yang dilakukan itu
sebagai tanda persahabatan. Menurutnya, dia bersyukur kerana dapat
berjumpa dengan datuk. Perjumpaan itu tidak dapat dinilaikan dengan wang
ringgit.
“Aku cuma nak minta tolong pada kau satu saja,” suara Malik Cina mendatar masuk ke lubang telinga datuk.
“Apa dia Malik?”
“Kalau kau ada kenal bomoh atau pawang handal, sila beritahu aku. Aku nak berikhtiar nak ubat anak aku.”
“Tak usahlah, kau berubatlah ke hospital.”
“Aku
bukan tak percaya dengan doktor tapi, aku dah berusaha ke arah itu,
hasilnya kurang berkesan, aku juga tak percaya pada bomoh dan pawang,
banyak bomoh dan pawang menipu tapi, aku mencuba,” Malik Cina menelan
air liur.
Datuk termenung panjang. Dia renung muka saya sejenak.
Angin petang di bawah sinar matahari yang redup terasa menampar-nampar
kulit muka saya. Perlahan-lahan saya menarik nafas dalam-dalam.
Nantilah
aku tanya orang-orang kampung kalau ada yang tahu pawang atau bomoh,”
datuk memberikan jawapan. Cepat-cepat Malik Cina menyambar tangan datuk.
Dipegangnya erat-erat. Mukanya kelihatan berseri-seri.
“Aku ingin nak tengok penyakit anak kamu tu Malik?” tambah datuk.
“Bila, kamu nak datang bagi tahu, biar aku ambil kamu.”
“Tak tentu, boleh jadi dalam minggu depan.”
“Macam tu susahlah.”
“Tak susah, kau lukis rajah ke rumah kamu Malik,”
“Ya, tunggu sekejap,” Malik Cina mengambil sekeping kertas dan pensel dari dalam kereta.
Kemudian
Malik Cina melukis rajah jalan ke rumahnya. Setelah siap dilukis kertas
itu diserahkan pada datuk. Datuk meneliti rajah yang dibuat oleh Malik
Cina dengan teliti. Datuk anggukkan kepala dua tiga kali.
“Aku tahu, tanah dan rumah yang kamu beli tak jauh dari Kampung Bahagia.”
“Betul,
tapi kena lalu Kampung Bahagia dulu baru sampai ke rumah aku, pada hal
jaraknya dengan jalan raya Kuala Kangsar - Ipoh tak jauh, kerana tak ada
jalan pintas semuanya jauh.”
“Tanah siapa yang kamu beli?”
“Tanah
Cina, jangan terkejut bila kamu datang ke rumah aku, kamu melihat anak
perempuan aku berpakaian tak senonoh, macam orang separuh bogel dan
memaki hamun kamu.”
“Itu perkara biasa,” balas datuk.
Datuk
mempelawa Malik Cina ke rumah untuk menikmati kopi petang. Malik Cina
menolak dengan alasan dia mahu pulang segera. Lagi sekali datuk dan
Malik Cina bersalam-salaman. Beberapa saat kemudian teksi sapu milik
Malik Cina meninggalkan saya dan datuk di bibir jalan.
Sampai di
rumah datuk memberitahu saya, umurnya dengan Malik Cina berbeza hampir
lapan tahun. Tetapi, Malik Cina nampak lebih tua dari datuk. Datuk juga
memberitahu saya, Abang Malik dikenali maka Suhaimi Jepun, jadi kawan
rapat datuk ketika menuntut ilmu silat.
Tetapi, Suhaimi Jepun
mati gantung diri kerana malu isterinya dilarikan oleh orang. Malu
dengan peristiwa yang dilakukan oleh abangnya yang bertentangan dengan
ajaran agama Islam itu, Malik Cina pindah ke tempat lain. Itulah latar
belakang keluarga Malik Cina yang dinyatakan oleh datuk pada saya.
BERJALAN
Saya
terkejut bila datuk menyatakan dia mahu pergi ke rumah Malik Cina. Saya
termenung panjang, padahal semalam datuk memberitahu Malik Cina dia
mahu pergi ke tempat tersebut dalam minggu depan.
“Kenapa mendadak saja tuk nak pergi?”
“Itu soal aku, bukan soal kamu,” tebal rasa kulit muka saya.
“Pukul berapa kita nak pergi tuk.”
“Sekejap
lagi, aku mahu sampai ke rumahnya sebelum waktu Asar, kau pergi dulu
naik bas,” terkejut lagi saya mendengar kata-kata dari datuk.
Belum
pernah datuk menyuruh saya pergi ke sesuatu tempat seorang diri. Ke
mana-mana kami tetap bersama barang kali datuk mahu menguji saya? Apakah
saya mampu pergi ke mana-mana seorang diri. Cabaran ini mesti dijawab.
Saya anak jantan bukannya pondan, timbul azam dalam diri saya.
“Datuk pula macam mana?”
“Itu urusan aku, kamu pergi dulu, nanti aku dekat simpang masuk ke Kampung Bahagia.”
“Baiklah tuk,” balas saya.
Datuk
memberikan wang tambang. Dia juga memilih pakaian yang perlu dibawa dan
memasukkan ke dalam beg sandang. Nenek tidak dapat berbuat apa-apa.
Saya
terpaksa naik bas sendirian. Terasa bosan kerana tidak ada kawan untuk
dilawan bercakap. Semuanya saya hadapi dengan perasaan yang tenang dan
tabah. Saya beruntung dalam perjalanan itu, saya bertemu dengan seorang
pemuda yang sebaya dengan saya. Namanya, Zainuddin dan nama bapanya
Ismail.
Saya bertemu dengan Zainuddin di perhentian bas Kuala
Kangsar. Dia dalam perjalanan ke Ipoh. Dari Ipoh dia akan meneruskan
perjalanannya dengan bas ekspres ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur dia
naik has untuk ke Melaka menziarahi ayah saudaranya yang bertugas
sebagai tentera di Terendak Kem.
Akhirnya saya sampai juga ke
simpang masuk ke Kampung Bahagia. Saya tersentak bila melihat datuk
sudah ada di situ. Dia menyambut saya dengan wajah yang manis. Dia
bertanya pengalaman saya naik bas. Semuanya saya ceritakan. Bila saya
bertanya, bagaimana datuk boleh berada di situ. Apakah dia naik teksi
atau bas? Datuk tidak mahu menjawab.
Bila saya tanya berulang
kali, datuk jadi marah. Dia jegilkan biji mata ke arah saya. Saya dan
datuk terus berjalan kaki melalui kawasan perumahan. Lebih kurang 200
meter mahu sampai ke rumah Malik Cina, kami bertemu dengannya.
"Naik
kereta saya, kenapa semalam tak mahu cakap, kalau cakap siang-siang
bukankah mudah,” Malik Cina menyatakan nasa kesalnya. Datuk hanya ketawa
sahaja sambil masuk ke kereta (teksi sapu).
“Kamu tak cari penumpang hari ni, Malik?”
“Hari ini cuti, semalam dapat lebih.”
“Ini kerja orang malas namanya.”
“Kerja sendiri.”
“Betul
cakap kamu, kerja sendiri tak ada siapa yang marah kalau tak buat,
kalau tak ada beras di rumah pun orang tak marah,” usik datuk, serentak
kami ketawa.
DADA
Setelah menunaikan sembahyang Asar,
datuk mengajak saya melihat keadaan anak perempuan Malik Cina. Orangnya
cantik, berkulit putih, hidung mancung tinggi lampai dengai rambut
panjang separas dada. Usianya sekitar dua puluhan. Saya merasa kasihan
melihat gadis secantik itu tidur dalam keadaan kakinya dirantai.
Saya
dan datuk kembali ke ruang anjung rumah. Datuk mencungkil rahsia dari
Malik Cina. Tanpa berselindung-selindung Malik Cina memberitahu, bila
perempuan cantik itu terjaga dari tidur dia akan menjerit, untuk
memberhentikan dirinya dari menjerit, terpaksa diberi kain. Kain itu
akan dikoyaknya hingga hancur.
“Sekarang ni, saya menggantikan
kain itu dengan kertas nampaknya dia dapat menerima kertas tu, saya
terpaksa menyediakan lima enam kati kertas sehari, kalau tak diadakan,
dia akan menjerit sambil mencubit kulit badannya dan membuka pakaian,”
sebaik sahaja Malik Cina habis berkata kami terdengar suara perempuan
menjerit. Bulu roma saya terus berdiri.
Malik Cina meninggalkan
kami. Dia membuka rantai kaki anak perempuannya. Isteri Malik Cina
segera membawa setimbun kertas dan diletakkan di bawah pokok manggis di
belakang rumah. Bila rantai kakinya dibuka perempuan cantik itu segera
mendapatkan timbunan kertas.
Dia terus mengoyak kertas sesuka
hati, ketika itu kalau dibersihkan makanan atau air minuman, semuanya
habis dicampakkan ke mana sahaja mengikut sesuka hatinya.
Jiran-jiran
yang berdekatan, segera mengerumuni perempuan cantik itu. Mereka merasa
terhibur melihat perempuan cantik mengoyak kertas, malah ada yang
datang itu membawa kertas dan kain untuk diberikan padanya.
Saya
merasa perbuatan jiran-jiran itu sudah keterlaluan, mereka mencari
hiburan dari orang yang sedang sakit. Sepatutnya mereka bersimpati
dengan penderitaan gadis tersebut.
“Mari Tamar, kita lihat lebih dekat lagi perangainya,” kata datuk.
“Boleh
juga tuk,” balas saya. Kami terus melangkah ke arah pokok manggis.
Malik Cina dan isterinya yang ada di situ kelihatan sugul melihat
kedatangan kami.
Datuk berhenti di depan gadis cantik. Datuk bertinggung di depannya. Perempuan itu terus mengoyak-nyoyak kertas.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
75: Telan Darah Dan Nanah
DATUK terus batuk di depannya. Perempuan cantik itu berhenti
mengoyak-ngoyak kertas. Matanya merenung muka datuk. Matanya kelihatan
bersinar-sinar.
“Siapa nama kamu,” tanya datuk. Perempuan cantik
terus membisu. Orang yang ada di situ terus mengetawakan datuk. Mereka
mengira perbuatan datuk itu, satu perbuatan yang bodoh kerana bercakap
dengan orang gila.
Saya lihat air muka datuk berubah. Tanpa
diduga perempuan cantik itu terus menampar muka datuk. Suara ketawa dari
orang-orang yang mengelilingi perempuan cantik kian kuat. Muka datuk
jadi merah, saya kira datuk terasa malu. Perempuan cantik itu terus
meludah muka datuk.
Saya lihat datuk menggigit bibir. Saya mula
cemas, bila kedua-dua belah daun telinga datuk bergerak-gerak. Saya tahu
bila daun telinga datuk bergerak, ertinya dia sudah berada dalam tahap
kemarahan yang amat hebat. Orang-orang yang ada di situ terus
mengetawakan datuk.
Beberapa orang pemuda yang kurang ajar
mengeboo-boo diri datuk. Datuk toleh kiri, toleh kanan. Dia sudah dapat
mengawal rasa marahnya.
“Eh, syaitan, kamu buat apaaa...,” pekik datuk sekuat hati.
Suaranya
dapat didengar oleh seluruh penduduk kampung. Orang yang mengetawakan
dirinya terkejut dan ada yang bertempiaran lari tidak tentu hala. Dalam
sekelip mata sahaja datuk sudah berdiri sambil mencekak pinggang.
Perempuan
cantik, anak Malik Cina jatuh terlentang dan terus pengsan. Terkapar di
perdu manggis macam mayat. Orang yang berkumpul terus hilang entah ke
mana. Datuk masih lagi berdiri, Malik Cina dan isterinya tergamam, tidak
berkata sepatah apa pun, macam orang kena pukau.
“Anak kamu
disihir, bawa dia ke tempatnya, jangan dirantai kakinya,” ujar datuk
pada Malik Cina. Tanpa membuang masa sepasang suami isteri itu mengusung
anak kesayangan mereka ke bilik khas.
Ketika tubuh perempuan
cantik itu diusung, di kaki langit mula kelihatan awan kemerah-merahan.
Sebentar lagi, matahari akan menyelesaikan tugasnya.
Datuk kembali ke
ruang anjung rumah. Datuk minta segelas air dan tujuh biji beras dari
Malik Cina. Barang yang diminta itu segera diadakan. Datuk masukkan
tujuh biji beras ke dalam gelas yang berair. Datuk membaca sesuatu pada
air tersebut.
“Sapukan air ini ke mukanya, dan separuh lagi beri
dia minum, kalau ada lebih lagi, sapukan pada pergelangan tangan dan
kakinya,” datuk menyerahkan gelas berisi air dan tujuh biji beras pada
Malik Cina. Malik Cina pun membawa gelas itu ke bilik anaknya.
Saya
pun menyandarkan badan ke dinding sambil memicit jejari di kaki. Datuk
meluruskan kedua belah tangan lantas diletakkan atas sepasang kepala
lututnya. Mata datuk terus menikam tikar mengkuang yang terbentang
menutup lantai.
Sinar matahari yang lembut menjalani lantai
rumah. Angin pun menghantar rasa dingin. Tetapi, hati saya masih panas
dengan sikap orang-orang kampung yang mengejek-ngejek datuk. Tidak ada
budi bahasa, tidak ada timbang rasa.
Mereka mencari kepuasan dan
hiburan dari penderitaan orang lain. Mereka ketawa melihat anak
perempuan Malik Cina yang suka mengoyakkan kain dan kertas. Mereka
ketawa, bila anak perempuan Malik Cina menampar muka datuk. Mulut mereka
melahirkan rasa simpati sedangkan hati tidak begitu.
Semua
persoalan itu berlegar-legar dalam tempurung kepala saya. Bibir terus
saya gigit. Datuk masih lagi tunduk merenung lantai. Saya alihkan
pandangan ke halaman rumah Malik Cina yang bersih. Angin lembut terasa
menampar wajah.
Datuk batuk, bagaikan kilat saya merenung
kearahnya. Saya lihat datuk masih lagi tunduk dengan sepasang tangan
berada atas tempurung lutut. Saya mula bosan berhadapan dengan suasana
begini. Terasa jemu tidak menentu.
“Tamar.”
“Ya tuk.”
“Apa yang kau fikirkan.”
“Tak ada apa-apa tuk.”
“Betul, kau tak fikir apa-apa?”
“Betul tuk.”
Datuk
terus menegakkan badannya. Lengan yang berada atas tempurung lutut
berubah tempat. Kedua belah telapak tangan datuk menekan tikar
mengkuang. Saya lihat datuk berada dalam keadaan yang aman sekali.
Wajahnya kelihatan tenang dan damai.
Saya segera mendekati datuk.
Saya berharap dalam keadaan yang bosan dan menjemukan itu, datuk mahu
bercakap-cakap atau bercerita apa sahaja.
Kalau datuk meluahkan
nasihat. Saya sanggup menerimanya. Andainya, datuk menceritakan tentang
zaman kanak-kanak hingga ke zaman remaja, saya sanggup mendengarnya.
Asalkan rasa jemu dan bosan hilang dari hati.
Datuk jeling saya bersama senyum nipis. Bahu saya ditepuknya. Datuk bersedia untuk mengungkapkan sesuatu.
Mulutnya
nampak seakan-akan bergerak-gerak. Saya kesal, gerakan bibirnya tidak
mengeluarkan suara. Diganggu oleh jeritan yang memanjang dan nyaring.
“Dia
menjerit lagi,” kata datuk dengan wajah yang resah. Saya terdengar
bunyi keras dan kain dikoyak berturut-turut. Datuk segera berdiri. Malik
Cina keluar dari bilik khas anaknya menemui datuk.
“Dia mengamuk
lagi, dia menendang emaknya dan mengoyakkan kain gebar dan cadar
katil,” beritahu Malik Cina sambil menelan air liur. Keresahan dan
kebimbangan jelas terpamer di mukanya. Malik Cina tidak tentu arah.
Sekejap garu batang leher, sekejap garu telinga capangnya.
“Apa
yang mesti saya buat? Bagaimana kalau kakinya saya rantaikan semula,”
Malik Cina renung muka saya dan saya hadiahkan senyum untuknya.
Suara
jeritan kian lantang diikuti dengan bunyi tapak kaki orang berlari.
Terdengar bunyi kaca pecah berderai. Dinding rumah terus ditendang
bertalu-talu. Malik Cina memulakan langkahnya menuju ke bilik khas
anaknya. Datuk terus memegang tangan kirinya.
Malik Cina agak
terkejut, bibir bawahnya yang tebal nampak bergerak. Keningnya agak
terangkat sedikit. Suara jeritan anak perempuannya terus menguasai
kampung.
“Jangan rantai dia,” kata datuk.
“Bagaimana, kalau dia lari dari rumah dan mengacau orang kampung?”
“Bersabar, sekejap lagi dia berhenti, air yang aku berikan tadi, ada lagi atau dah habis?”
“Air tadi, dah habis.”
“Tak apa, ambil air lain, cepat sikit,” desak datuk. Malik Cina anggukkan kepala.
Datuk
terus melagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali. Kemudian
melangkah dengan tenang di ruang anjung. Kedua belah tangannya
disilangkan ke belakang. Datuk sedang memikirkan sesuatu. Malik Cina
segera meninggalkan kami menuju ke ruang dapur.
Setelah puas
bergerak ke sana ke sini, datuk terus duduk bersila sambil sandarkan
badan ke dinding. Lutut kanan didirikan dan dahinya terus bertemu dengan
tempurung lutut Saya kurang senang melihat datuk dalam keadaan
demikian. Saya segera menghampirinya.
“Ada apa-apa masalah tuk?”
“Tak
ada apa-apa, kalau ada pun kau tak boleh menolongnya,” jawab datuk
tanpa memandang wajah saya. Datuk menyindir saya. Tetapi, saya masih
tersenyum. Suara jeritan anak Malik Cina terus berlanjutan. Beberapa
orang jiran tetangga mula datang.
“Kurang elok kalau ramai sangat
jiran-jiran datang,” rungut datuk sambil menjatuhkan lutut kanannya.
Matanya tertumpu pada wajah saya yang tidak dapat menangkap maksud dari
kata-katanya itu.
“Boleh menganggu kerja aku, lagipun yang datang
ni cuma nak tengok, kemudian jadikan bahan cenita pada orang lain yang
tak sempat datang,” tambah datuk lagi. Saya lihat buah halkum di batang
lehernya bergerak-gerak, bila datuk menelan air liur.
Malik Cina
datang. Segelas air sejuk diserahkan pad datuk. Saya lihat datuk
memperhatikan air dalam gelas dengan teliti. Malik terus duduk bersila
di depan datuk. Perlahan-lahan datuk menjentik lantai tiga kali
berturut-turut. Suara jeritan anak Malik Cina beransur kurang dan lemah
akhirnya
hilang terus.
Dengan wajah yang tenang datuk
mendekatkan gelas berisi air sejuk ke bibir. Saya lihat bibir datuk
bergerak agak perlahan-lahan sekali. Dari gerak bibirnya itu, saya dapat
meneka bahawa datuk sedang membaca Fatihah dengan khusyuk sekali. Malik
Cina hanya melihat semua gerak-geri datuk dengan teliti.
KELAM
Saya
renung ke halaman rumah. Keadaan hari sudah beransur kelam. Tetapi,
langit dan awan kelihatan cerah sekali. Angin tidak sekencang tadi
bertiup.
Beberapa orang jiran tetangga mula meninggalkan rumah Malik
Cina. Meraka agak kecewa kerana tidak dapat menyaksikan kelakuan aneh
Malik Cina.
“Sudah tak menjerit lagi?” Bisik saya pada Malik
Cina. Tidak ada jawapan yang saya terima tetapi, ekor mata datuk menikam
ke wajah saya. Dia dengar dengan jelas apa yang saya bisikkan pada
Malik Cina. Anak telinga datuk cukup tajam.
“Agaknya, dia dah
letih,” kata datuk. Saya dan Malik Cina segera merenung ke arah datuk.
Dan tanpa membuang masa, datuk terus menyerahkan gelas berisi air sejuk
pada Malik Cina. Air dalam gelas kelihatan bergerak serta berkocak kecil
tetapi gelas bertukar tangan dari datuk ke Malik Cina.
“Lagi apa yang mesti saya buat?”
“Buat macam air pertama yang aku berikan pada kamu tadi.”
“Saya ingat”
“Bagus,
aku ingatkan lagi sekali, air pertama untuk basuh muka, untuk minum,
sapu pergelangan tangan dan kaki tetapi, air ini ditambahkan sedikit
caranya iaitu menyapu pangkal dagunya,” datuk mengulanginya dengan
harapan Malik Cina tidak akan melakukan kesilapan.
“Baik-baik air
tu berkocak,” saya terus menudingkan jari telunjuk ke arah gelas yang
ditatang oleh Malik Cina. Cepat-cepat Malik Cina memperlahankan langkah
dan mengurangkan goyang tangan hingga air dalam gelas tidak berkocak dan
meleleh di bibir gelas. Malik Cina meneruskan langkahnya menuju ke
bilik khas anaknya.
“Dengan izin Allah penyakitnya hilang,” suara
datuk lembut dan ditujukan pada saya. Sebagai jawapan, saya anggukkan
kepala dengan harapan apa yang diingini oleh datuk bakal menjadi
kenyataan.
Datuk terus merenung ke halaman datuk. Dahi luasnya
dikerutkan. Datuk menggerakkan lehernya ke kiri dan ke kanan hingga rasa
lenguh terus hilang. Datuk menggeliat.
“Waktu Maghrib dah nak masuk Tamar,”
“Ya, kita nak sembahyang di rumah atau di masjid tuk?”
“Aku fikir berjemaah lebih baik, pahalanya lebih, jum kita ke masjid”
“Saya mengikut saja.”
Datuk
membetulkan baju yang dipakai. Meraba kaki seluar dan membetulkan letak
songkok. Kain pelekat yang tersangkut di bahu datuk raba dua tiga kali.
Saya menarik nafas terhibur mendengar kicau burung yang terbang pulang
sarang.
Malik Cina mendekati datuk. Saya lihat pakaian Malik Cina
agak kemas. Rasa cemas tidak terpamer di wajahnya. Sesekali ia
melepaskan senyum bila terpandangkan diri saya yang merenung ke arah
dedahan pokok di halaman, tempat murai dan merbah melompat.
“Aku nak ke masjid Malik.”
“Kenapa tak sembahyang di sini?”
“Biarlah
aku berjemaah, dapat juga aku berkenalan dengan orang orang di sini,”
datuk meraba misai nipisnya dengan jari telunjuk. Malik Cina termenung
sejenak. Ada sesuatu yang di fikirkannya.
“Bagaimana dengan anak
kamu” Malik Cina bagaikan tersentak mendengar pertanyaan dari datuk. Ia
terus mengigit kuku di ibu jari kanan.
“Nampaknya dia letih dan terus tidur.”
“Bagus
tapi jangan biarkan dia tidur senja, bila kau dengar suara azan, kau
kejutkan dari tidur, kalau dia melawan atau mahu menjerit simbahkan air
yang aku berikan pada kamu ke mukanya.”
“Tapi,” Malik Cina berhenti bercakap.
“Apa lagi Malik?”
“Siapa yang nak buat semuanya tu.”
“Kamulah, siapa lagi,” nada suara datuk meninggi.
“Saya nak ikut berjemaah ke masjid.”
“Tak payah, kau sembahyang di rumah, jaga anak kamu. Kalau kamu mahu dia elok,” datuk jegilkan biji mata. Mukanya nampak merah.
Malik Cina tidak berkata apa-apa. Akhirnya, anggukkan kepala. Setuju dengan cadangan datuk. Mereka berbalas senyum penuh mesra.
TINGGAL
Malik
Cina kami tinggalkan. Sampai di masjid datuk terus bersalaman dengan
para jemaah yang lain. Mereka melayani datuk dan saya penuh mesra. Bila
sampai waktu Maghrib, beduk ke kepala tangga masjid pun dipukul orang
bertalu-talu.
“Boleh cucu saya mulakan azan,” begitu sopan datuk
mengajukan pertanyaan pada lelaki yang memakai serban, menyimpan janggut
yang sudah putih.
Terasa sedikit kesal di hati saya atas sikap
datuk. Hatinya mahu berbudi tetapi diri saya yang jadi sasaran. Kenapa
dia sendiri tidak mahu mengeluarkan suara untuk berazan? Timbul
pertanyaan dalam diri saya.
“Silakan, cara kebetulan pula bilal
masjid tak datang, tak payahlah saya cari orang lain,” sahut orang itu.
Datuk pun menolak saya ke arah lelaki tua tersebut. Dan akhirnya saya
mendapat tahu bahawa orang tua itu adalah imam besar masjid tersebut.
“Silakan,” ucap lelaki tua itu.
“Jangan segan-segan Tamar, mulakan,” tingkah datuk.
Saya
tidak ada pilihan. Dengan keyakinan pada diri sendiri, saya terus
melaungkan azan. Saya tidak tahu bagaimana penerimaan orang-orang di
situ terhadap suara saya.
Apakah mereka menganggap suara saya
baik atau sebaliknya? Apakab mereka merasakan laungan azan saya macam
orang baru belajar. Sesungguhnya saya tidak tahu. Hanyalah Allah sahaja
yang mengetahui hati mereka.
“Boleh tahan juga suara cucu awak,”
puji imam. Saya lihat datuk tersengih. Matanya merenung ke arah saya
dengan penuh rasa bangga. Saya kira datuk sengaja melakukan perkara
tersebut.
Dia mahu menguji diri saya. Apakah saya mengalami
perasaan darah gemuruh bila disuruh melakukan azan di tempat lain.
Ternyata saya lulus dalam ujian.
Saya kira datuk tentu gembira. Pasti
bila pulang nanti datuk akan menceritakan kemampuan diri saya pada
nenek. Saya juga berharap ujian yang baru dilalui akan juga jadi pembuka
hati pada datuk untuk mencurahkan serba sedikit ilmunya pada saya.
Mungkin
esok, mungkin bulan depan atau tahun depan datuk akan menurunkan petua
dan pengetahuan tradisional pada saya. Timbul harapan yang berbunga
dalam diri.
Selepas menunaikan fardu Maghrib, datuk terus
berborak dengan imam. Mereka berhenti berborak ketika masuk waktu Isyak.
Dalam waktu yang amat singkat itu, datuk memperolehi beberapa orang
kenalan baru yang sehaluan.
Kawan-kawan baru datuk itu terus
membuat ramalan kedatangannya ke kampung tersebut untuk mengubatkan
gadis Malik Cina. Datuk cuma tersenyum sahaja dan datuk memberitahu
mereka Malik Cina adalah kawan lamanya.
Kunjungannya adalah
kunjungan seorang sahabat. Tidak lebih dari itu dan tidak ada kena
mengena untuk mengubat anak gadis Malik Cina.
“Saya bukan bomoh,” kata datuk.
“Agaknya awak pawang,” celah seorang.
“Tidak.”
“Agaknya dukun,” sahut satu suara.
“Dukun,
pawang, bomoh adalah sama tetapi, saya bukan dari golongan itu, saya
adalah hamba Allah macam awak semua, tidak ada yang istimewa pada diri
saya, kenapa tuan mahu mahu bertanya sesuatu yang bukan pada tempatnya,”
begitu lantang suara datuk.
Kata-kata datuk itu dapat diterima
oleh mereka. Tidak ada pertanyaan yang diajukan pada datuk dan saya
tidak lagi jadi perhatian mereka.
Kami sampai ke rumah Malik Cina
kira-kira pukul sembilan lebih. Malik Cina menyambut kami di muka
pintu. Senyumnya tetap bermain di bibir. Malik Cina terus bertanya pada
datuk tentang pengalamannya bersama para jemaah di inasjid. Datuk terus
memberitahu, ia mengalami pengalaman yang sungguh menggembirakan
hatinya.
“Siapa yang laungkan azan tadi?” Malik Cina bertanya.
“Kenapa?” Sambut datuk.
“Suara orang baru, kalau Bilal Halim saya kenal, saya yakin suara yang saya dengar tadi bukan suaranya.”
“Si Tamar cucu aku nak cuba.”
“Haaa...,” Malik Cina terkejut.
“Suaranya lantang dan nafasnya panjang,” sambung Malik Cina.
Datuk
terus ketawa. Bangga cucunya menenima pujian. Tanpa segan-segan datuk
menepuk bahu kanan saya berkali-kali. Senyumnya, terus berbunga. Rasa
bangga menyelinap dalam hati. Siapa tidak bangga menerima pujian.
“Cucu kamu memang hebat,” bersama senyum Malik Cina memuji.
“Betuk ke?” Datuk pura-pura terkejut.
“Betul,” wajah Malik Cina nampak serius. Senyum datuk terus meniti di bibir. Saya menggaru pangkal dagu beberapa kali.
“Mari
kita makan,” ajak Malik Cina. Bau tumis petai, bilis terus menyumbat
lubang hidung. Rasa lapar mula terasa. Saya dan datuk mengikut Malik
Cina ke ruang makan. Kami duduk bersila. Makanan yang dihidangkan memang
sesuai dengan selera saya.
“Silakan,” jemput Malik Cina. Nasi
terus ditaruh dalam pinggan saya dan datuk. Entah mengapa malam itu saya
makan dengan lahap tanpa silu dan segan. Tetapi, datuk tetap macam
biasa iaitu menghadkan makanan.
“Cepat benar berhenti makan?” Malik Cina renung muka datuk.
“Dah kenyang,” datuk terus membasuh tangan.
“Agaknya, awak mengira suap nasi awak?”
“Ya, ada hadnya, kalau lebih dari had amalan saya, boleh mendatangkan mudarat,” balas datuk lalu menyandarkan badan ke dinding.
Saya
terkejut, malam itulah baru saya tahu bahawa datuk menghitung nasi yang
disuapnya. Dia tidak makan sebarangan atau mengikut kemahuan nafsu.
Saya berharap Malik Cina akan mengemukakan pertanyaan pada datuk.
Biar
Malik Cina tanya berapa suap nasi untuk makan malam dan berapa suap
pula untuk makan tengah hari. Sayang, Malik Cina tidak mengemukakan
pertanyaan itu pada datuk dan harapan saya untuk mengetahui rahsia
tersebut turut musnah. Tidak mengapa, satu ketika yang baik akan saya
tanyakan petua itu.
Dari ruang makan saya dan datuk berubah ke
ruang anjung. Suara katak dan cengkerik jelas kedengaran. Dalam
saat-saat tertentu terdengar bunyi kucing jantan mengiau mencari kucing
betina.
Bulu roma saya mula tegak dalam desiran angin malam yang
lembut itu saya terdengar suara burung jampuk dan salakan anjing
mendayu-dayu.
“Macam mana dengan anak kamu Malik?”
“Masa
awak tinggalkan rumah ni tadi, dia terus tidur, waktu Isyak tadi dia
terjaga tapi dia nampak lemah benar,” terang Malik Cina.
Gegendang
telinga saya menangkap bunyi desiran angin yang menyentuh dedaun di
halaman rumah. Langit nampak cerah. Beberapa ekor kelawar berterbangan
mencari mangsanya. Dari anjung rumah juga saya dapat melihat lampu
minyak tanah berkelip-kelip, bergerak arah ke utara.
Saya kira
jumlahnya lebih dari sepuluh. Barangkali orang kampung berjalan malam.
Mereka bertandang ke rumah jiran untuk menghabiskan masa malam dengan
bercerita apa sahaja. Tetapi, kenapa bawa pelita terlalu banyak, timbul
pertanyaan dalam hati saya.
Suara burung jampuk kian ramah
berbunyi bersama salakan anjing. Anjing terus menyentuh dedaun. Kelawar
kian kerap berterbangan. Badan saya mula terasa dingin. Rasa mengantuk
mula menyerang. Tetapi Malik Cina dan datuk masih ghairah bercerita.
“Jangan
ganggu dia, biar dia tidur, kalau dia minta nasi berikan nasi, aku tahu
dia tu lapar, sebelum nasi diberikan padanya kau kepalkan nasi itu
sambil membaca sebelas kali ayat fatihah,” datuk lunjurkan kedua belah
kakinya.
“Kalau dia tak mahu makan, bila tengok nasi dah dikepalkan macam mana?”
“Insya-Allah, dia mahu, aku tahu dia lapar.” Datuk raba pangkal hidung.
“Ya,
dah lama anak saya tu tak makan nasi, cuma dia makan kulit pisang dan
bulu jagung, kalau tak ada benda benda tu dia tak mahu makan.”
“Ganjil sungguh sakit anak kamu Malik.”
“Entahlah, saya sendiri tak tahu nak kata apa.”
“Sah,
anak kamu kena buatan orang, anak kamu disihir, agaknya dia ni pernah
berkasar dengan orang, sekarang orang tu balas dendam.”
“Entahlah, saya pun tak tahu,” Malik Cina melepaskan sebuah keluhan.
Wajahnya
nampak hampa dan kecewa sekali. Dari gerak gerinya ia memang
mengharapkan pertolongan dari datuk. Saya mula menguap panjang. Datuk
tepuk bahu kiri saya kerana menguap dengan membuka mulut lebar-lebar.
“Tak
baik menguap macam tu, macam mulut buaya lapar,” sergah datuk. Saya
tersipu-sipu malu. Malik Cina nampak tersengih. Tidak sanggup saya
menentang wajah mereka. Saya tunduk merenung lantai dengan perasaan yang
serba salah.
“Bolehkah sakit anak saya itu baik,” Malik Cina
menggantungkan harapan pada datuk. Dua tiga kali datuk menggigit bibir.
Dua tiga kali ia meraba-raba ibu jari kanannya. Sesekali ia menarik
nafas panjang bersama renungan yang tajam ke arah halaman rumah.
Kegelapan malam sunggul pekat.
“Kita berusaha, kalau diizinkan
Allah sakitnya akan sembuh,” suara datuk dalam nada yang lembut, penuh
harapan. Malik Cina tunduk sambil menelan air liur. Saya terdengar jam
dinding di rumah Malik Cina berdenting dua belas kali. Badan saya kian
sejuk. Dua tiga kali saya tersengguk-sengguk.
Bagi menghilangkan
rasa mengantuk, saya merenung ke luar anjung rumah. Biji mata saya
terbeliak, saya terlihat berpuluh puluh pelita mmyak tanah bergerak
sendin dalam jarak kira 400 meter dari rumah. Saya teringat, siang tadi
kawasan itu saya lihat penuh dengan hutan. Tidak ada sebuah rumahpun
terdapat di situ.
Saya mula resah. Apakah saya sedang melihat
manusia atau melihat syaitan berpesta. Tambul pertanyaan dalam hati
saya. Seluruh badan mula terasa seram sejuk. Lolongan anjing, kian
nyaring.
Suara burung hantu dan jampuk tingkah-meningkah. Desiran
dedaun yang berlaga sama sendiri kian kuat. Saya bertambah terkejut
melihat jumlah pelita minyak tanah kian bertambah. Semuanya menuju ke
arah utara.
“Tuk tengok tu,” kata saya lalu menunjukkan ke arah
pelita minyak tanah. Datuk dan Malik Cina segera melihat ke arah
tersebut. Mereka berpandangan sesama sendiri. Tidak ada sesuatu yang
mereka lihat.
“Kami tak nampak apa-apa Tamar,” kata datuk.
“Ada pelita minyak tanah berjalan sendiri.”
“Mustahil
di situ kawasan hutan, masa Jepun dulu dijadikan tempat memancung
kepala orang. Kau mengarut,” kata Malik Cina. Datuk gelengkan kepala.
Saya
masih melihat pelita minyak tanah berbaris serta bergerak sendiri.
Anehnya, datuk dan Malik Cina tidak dapat melihat cahaya pelita
tersebut. Sukar untuk saya menyakinkan diri mereka. Saya terus tarik
nafas.
“Sudahlah Tamar, pergi tidur. Bilik kamu dan datuk sudah
aku kemaskan.” Malik Cina menepuk bahu saya. Arahannya segera saya
patuhi. Datuk dan Malik Cina saya tinggalkan di ruang anjung. Bilik yang
disediakan untuk saya menempatkan dua buah katil bujang.
Bila
saya letakkan kepala atas bantal, badan mula terasa geram. Macam ada
sesuatu yang berkeliaran dalam bilik tersebut. Pada papan dinding saya
rasakan ada sepasang mata merah merenung saya. Badan saya menggeletar.
Bila saya membaca ayat Kursi, rasa takut itu hilang dan saya terlelap.
Masa
terlelap itu, saya bermimpi menemui seorang lelaki yang ganjil.
Berpakaian serba hitam. Saya lihat kelopak mata kirinya berlapis tiga.
Tiap-tiap lapisan kelopak matanya itu ada tahi lalat yang sekejap
mengembang dan sekejap mengecil. Matanya bagaikan mahu tersembul, macam
mata udang berwarna merah.
Daging pipinya kelihatan lembik dan
berlendir. Ada air jernih di celah-celah daging pipinya yang lembik itu.
Air itu bercampur nanah meleleh perlahan-lahan ke mulutnya. Lelaki
ganjil itu menelan air jernih bercampur nanah dengan penuh ghairah dan
bernafsu sekali. Lelaki itu menyuruh saya menjilat daging pipinya yang
lembik.
Saya menolak permintaannya. Lelaki itu jadi marah dan dia
mula menghampiri saya. Kedua belah tangannya yang berkuku panjang
menghala ke batang leher saya. Denga sedaya upaya saya cuba mengelak.
Usaha saya gagal. Saya tidak berdaya menentangnya dan terus menjerit
dengan sekuat hati.
Bila saya terjaga, saya terlihat datuk sedang membaca Quran kecil di katil sebelah. Datuk renung ke arah saya.
“Kau mengigau?”
“Saya mimpi, ada orang nak cekik tengkuk saya.”
“Kau
tidak membaca surah al-farihah. Bukankah sudah aku pesan sebelum tidur,
baca surah al-farihah dua puluh satu kali, lepas tu jangan cakap dan
terus tidur.”
“Saya terlupa tuk.”
“Patutlah kamu diganggu syaitan, kau abaikan pesanan aku Tamar.”
“Saya terlupa sungguh tuk.”
“Sudah, tidur semula.”
Saya
rebahkan badan atas katil. Kali mi saya tidak dapat tidur. Kerana takut
datuk marah, saya pura-pura tidur dengan memejamkan kedua belah kelopak
mata saya. Desiran angin malam di luar, jelas kedengaran. Suara burung
hantu dan lolongan anjing tetap kedengaran.
Saya buka mata
separuh, saya lihat datuk masih lagi kedengaran membaca Quran. Kemudian
saya lihat dia melakukan sembahyang dua rakaat dan terus berwirid
panjang. Rasa takut terus hilang dari hati saya. Tiba-tiba, saya
dikejutkan oleh suara orang perempuan yang sedang marah-marah.
Serentak
dengan itu juga saya terdengar bilik saya ditendang bertalu-talu.
Beberapa ketul bateri lampu suluh yang diletakkan atas meja dekat katil
jatuh bertaburan atas lantai. Datuk berhenti dari melakukan wirid. Dia
termenung.
“Ayah, saya dahaga cepat ambil saya air,” suara
perempuan meminta sesuatu. Dituruti dengan bunyi tapak kaki memijak
lantai menuju ke dapur.
“Malik, jangan berikan air itu terus kepadanya, berikan pada aku dulu,” suara datuk meninggi.
“Ya, saya buat dengan apa yang awak mahu,” itu suara Malik Cina.
“Kenapa,
bagi dengan jantan tua tu,” suara perempuan meningkah, tentu suara anak
Malik Cina. Dinding bilik terus ditendang bertalu-talu.
Saya
bangun. Duduk di sisi datuk. Suara perempuan merungut dan mengetuk
sesuatu tetap kedengaran. Saya resah, tetapi saya lihat datuk masih
berada dalam keadaan tenang.
Datuk ambil gelas air dari tangan
Malik Cina. Datuk tatang air dalam gelas di tapak tangan kanannya. Datuk
membaca sesuatu dan menghembus pemukaan gelas dengan mulut.
“Berikan padanya, sekarang.”
“Ya,”
sahut Malik Cina lalu menyambut gelas itu dari tangan datuk di bawa ke
bilik anaknya. Dan saya tidak lagi mendengar suara anaknya menjerit atau
merungut sesuatu. Datuk terus membaca Quran.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
76: Uji Ilmu Pada Isteri Orang
MATAHARI pagi memancar indah. Sinarnya jatuh pada dedaun dan rerumput di
halaman. Sekawan itik air berlari di tanah lapang menuju ke arah danau
nan terbentang membiru. Dan kabus kelihatan kian menipis di puncak
bukit.
Saya masih lagi berdiri di muka jendela. Datuk yang sudah
selesai mandi embun terus melakukan senaman Harimau Bangun Tidur. Saya
terus menggeliat sambil melebarkan kedua belah tangan. Saya tarik nafas
panjang. Angin pagi yang menyentuh kulit tubuh, membuat saya terasa
seram dan sejuk.
Datuk terus bersenam. Dari arah dapur saya
terdengar batuk Malik Cina. Sesekali terdengar suara isterinya merungut
sesuatu. Tidak tahu apa yang dirungutkan, kerana suaranya tidak berapa
jelas.
Datuk berhenti melakukan senaman. Ia mengenakan seluar dan
baju ke tubuh. Wajahnya nampak kemerah-merahan dan berseri. Seimbas
pandang datuk kelihatan lebih muda dari usianya. Dengan tenang datuk
turun ke tanah. Datuk berdiri sejenak di kaki tangga.
Macam ada
sesuatu yang ganjil saya rasakan pagi itu. Selalunya, datuk mengajak
saya turun atau memberitahu sesuatu yang akan dilakukannya. Tetapi,
kenapa perkara seperti itu tidak datuk lakukan pagi ini? Timbul
pertanyaan dalam hati saya.
Datuk bergerak meninggalkan kaki
tangga. Ia menuju ke tengah halaman dan berdiri di situ sebentar.
Kemudian datuk membongkokkan badannya lalu mencabut beberapa rumpun
rumput hijau. Rumpun rumput itu datuk ramas dan datuk kenakan dengan air
embun yang berada di dedaun mempelam dan bunga di sisinya.
Semua
gerak-geri datuk saya perhatikan dengan penuh teliti. Datuk memasukkan
rumpun rumput itu ke dalam sakunya. Ia terus juga mundar-mandir
mengelilingi halaman rumah. Sampai di sudut kanan halaman, datuk berdiri
di situ merenung ke arah matahari jatuh.
Perlahan-lahan datuk
angkat kaki kanannya separas pusat. Badannya dipusingkan lebih dari
sepuluh kaki. Saya kagum, kerana datuk mengimbangi badannya dengan
sebelah kaki. Saya kira, apa yang datuk lakukan itu satu senaman untuk
menegangkan kulit tubuh.
Senaman seperti itu, amat jarang sekali
dilakukan oleh datuk. Dalam sebulan, ia cuma melakukan dua atau tiga
kali sahaja di tempat yang berlainan. Kadang-kadang apa yang datuk
lakukan, memang melucukan dan boleh jadi bahan ketawa atau dianggap
sebagai kerja orang yang tidak siuman. Terutama pada orang yang tidak
mengenali diri datuk.
Saya membiarkan wajah disentuh oleh sinar
matahari yang ramah. Dalam saat-saat demikian, saya semacam terlibat
satu lintasan bayangan di halaman. Bentuknya kurang jelas dan sukar
untuk digambarkan. Saya jadi tidak tentu arah. Macam-macam perasaan
timbul dalam hati. Tiba-tiba lintasan bayangan itu muncul kembali.
Badan
saya mula berpeluh dalam hembusan angin pagi yang nyaman. Secara tidak
sengaja saya mendongak ke langit. Saya menggigit ibu jari dan terus
tersenyum. Saya sudah dapat mengesan dari mana lintasan bayangan itu
muncul.
“Ya, dari pelepah kelapa dara yang ditiup angin.”
Bisik
batin saya. Sepasang mata saya tertumpu ke pelepah kelapa yang
bergoyang. Sinaran matahari yang mula keras tertumpu ke arah pelepah
tersebut dan membentuk bebayang yang panjang di bumi.
Bila angin
bertiup agak kencang pelepah kelapa itu tu bergerak dengan cepat, lantas
membentuk lintasan bebayang yang panjang di bumi (untuk beberapa saat).
Ternyata saya sudah ditipu oleh perasaan saya sendiri. Perlahan-lahan
saya menarik nafas panjang dan senyum pun terukir di bibir. Keraguan dan
kebimbangan yang merajai hati, sudah pun berakhir.
“Datuk kamu ke mana Tamar?”
Saya
menoleh ke kanan. Malik Cina tersenyum ke arah saya. Ia memakai baju
Melayu, berkain pelekat kotak berwama putih dan hijau serta berjalur
merah. Songkok putihnya terserkup kemas di kepala. Rambut di bahagi
pelipis kanannya, kelihatan memutih.
“Itu dia”
Jari
telunjuk saya menuding ke arah datuk. Malik Cina tersenyum lalu
melambaikan tangan ke arah datuk. Mereka berbalas senyum. Datuk bergerak
menghampiri ke arah anak tangga. Malik Cina menggaru pangkal lehernya
dua tiga kali.
“Buat apa di situ?” Tanya Malik Cina, matanya
menatap wajah datuk. Biji mata saya juga tertikam ke muka datuk yang
kelihatan kemerah-merahan. Tanda sihat.
“Bersenam,” suara datuk lembut.
“Dab tua-tua mahu jaga badan.”
“Bukan
jaga badan, jaga kesihatan, tubuh badan perlu dijaga. Bila sihat mudah
kita buat amal ibadah dan menolong orang, bukankah, menjaga kesihatan
diri disuruh oleh Islam.”
“Saya setuju dengan awak,” Malik Cina menegakkan ibu jari kanannya.
Mereka
ketawa serentak. Datuk terus memijak mata tangga. Sampai di ambang
pintu ia berdiri sebentar. Renung kiri, renung kanan. Melangkah kembali
menuju ke ruang anjung.
“Macam mana anak kamu Malik?”
“Alhamdulillah, sejak minum air yang awak beri tu, ia terus tidur nyenyak.”
“Aku harap, dia tidak menjerit lagi.”
“Saya
juga harap begitu.” Malik Cina membetulkan songkok putihnya. Ia
menggaru pipi kanannya dua kali. Malik Cina terus duduk bersila. Datuk
juga berbuat demikian.
“Ke mari kamu,” Datuk renung ke arah saya.
Tanpa buang masa saya terus duduk di sisinya. Malik Cina dengan tenang
membalut rokok daun. Isterinya datang lalu menghidangkan kuih dan satu
teko air kopi, berserta beberapa cawan.
“Cuma ini saja yang ada,
kuih jemput,” Malik Cina terus menuangkan air kopi ke dalam cawan. Asap
nipis berlegar-legar di permukaan cawan. Isteri Malik Cina meninggalkan
kami.
“Ini pun sudah cukup baik,” kata datuk sambil mengenakan
telapak tangan kanannya dengan asap nipis yang bermain di permukaan
cawan.
Perbuatan itu segera disedari oleh Malik Cina. Air mukanya
nampak berubah. Pelik juga, kenapa datuk melakukan perkara sedemikian?
Ah, datuk mempenlihatkan perkara yang ganjil ketika berada di rumah
sahabat lamanya. Timbul pertanyaan dalam diri saya.
“Kau terkejut
dengan apa yang aku buat ni?” Datuk ajukan pertanyaan pada Malik Cina.
Dengan sopan sekali Malik Cina anggukkan kepala sambil meletakkan piring
kuih jemput di depan datuk. Saya menjeling ke arah datuk.
“Kau
tak usah bimbang, apa yang aku buat ni hanyalah petua dan orang tua-tua.
Menurut kata mereka, jika nak menguji sesuatu keluarga tu kena sihir,
beginilah caranya,” datuk membuka rahsia.
“Tak kan minuman dan makanan yang dibuat sendiri pun disihir?” Malik Cina ragu-ragu.
“Kau
sendiri tahu, kerja syaitan ini, selagi ada udara, selagi ada langit
dan bumi serta air semuanya dimanfaatkan untuk menjahanam dan
membinasakan anak adam,” terang datuk. Malik Cina terdiam.
KOPI
Datuk
terus menghirup air kopi. Datuk menggerakkan bahu kanannya dua kali
sambil mencuit kepala lutut saya dengan ibu jari kelengkengnya.
“Minum,
semuanya selamat,” suara datuk tenang. Tanpa membuang masa saya terus
minum kopi dan makan kuih jemput. Terasa cukup enak. Saya tidak pasti
berapa banyak kuih jemput sudah masuk ke dalam perut.
Datuk
tersenyum melihat kuih jemput yang kian berkurang di piring. Dan datuk
pura-pura batuk. Mengingatkan saya supaya jangan lahap sangat makan.
Tetapi, Malik Cina terus juga menyuruh saya makan kuih jemput. Katanya,
di dapur masih ada kuih jemput yang panas dan baru.
“Ahhhhhhh.”
Mendadak
sahaja datuk bersuara demikian. Tangkai cawan terpisah dari badan.
Piring kuih jemput terus jadi retak seribu. Serentak dengan itu juga
terdengar suara jeritan anak Malik Cina. Keras dan nyaring sekali.
Datuk
terus bangun. Cawan, teko dan piring di depan terus ditendang. Semuanya
hancur berkecai. Saya terkejut, bila melihat anak perempuan Malik Cina
berdiri depan kami. Matanya kelihatan merah dan rambutnya mengerbang.
Anak
perempuan Malik Cina terus menyambar langsir tingkap. Kain langsir itu
dikoyaknya hingga hancur. Ia bersedia untuk mengoyak baju dan kain yang
dipakainya. Sebelum perkara itu dilakukan, Malik Cina segera menyerah
seberkas akhbar lama padanya.
Akhbar lama itu terus dikoyak.
Tidak sampai sepuluh minit, naskhah akhbar lama itu habis dicarik-carik
dan bersepah atas Iantai. Perlahan-lahan ia membuka sepuluh jarinya dan
bersedia untuk mencakar muka datuk. Sebelum bergerak ke arah datuk. Ia
membuka silat dan menyembah ke arah matahari.
Melihat keadaan
yang agak cemas itu, saya terus melompat ke tanah untuk menyelamatkan
diri. Saya mula menggigil ketakutan. Sesungguhnya, saya sendiri tidak
sedar bagaimana saya boleh terjun dari rumah yang mempunyai tujuh anak
tangga. Air kopi yang saya minum mdi terasa mahu keluar menerusi
kemaluan saya.
Anehnya, dalam rasa takut itu timbul pula rasa
berani dalam diri saya. Rasa ingin mengetahui apa yang terjadi mendorong
saya berlindung di balik pohon bunga raya. Saya mengintai keadaan dalam
rumah. Semuanya dapat saya ithat dengan jelas.
Malik Cina cuba
memeluk tubuh anaknya. Tetapi, ia ditolak hingga terlentang. Isterinya
cuba memegang tangan anaknya, ia juga ditendang hingga tersandar ke
dinding. Anak Malik Cina terus menjerit, rambutnya yang terurai menutup
ebahagian dan wajahnya. Ia melangkah ke arah datuk.
Datuk masih
lagi duduk di tempatnya. Tiba-tiba datuk menepuk lantai dengan sekuat
hati. Anak Malik Cina bagaikan terpaku di lantai. Tidak terdaya
melangkah ke mana-mana. Tegak bagaikan patung. Datuk terus bangun
melafazkan azan dengan suara yang amat lantang sekali. Seluruh penduduk
kampung jadi gempar. Mereka dikejutkan dengan suara azan waktu pagi yang
bening.
Selesai datuk melafazkan azan. Datuk membaca ayat Kursi
dengan kuat sekali. Belum pernah datuk membaca ayat Kursi selantang itu.
Bila pembacaan ayat suci itu berakhir, anak perempuan Malik Cina jatuh
berdentum di lantai. Terkapar bagaikan mayat.
“Jangan sentuh tubuhnya.”
Suara
datuk meninggi. Isteri Malik Cina tidak jadi menyentuh tubuh anaknya.
Dari kerutan wajahnya, ternyata perempuan yang berusia hampir lima puluh
tahun itu, kurang senang dengan perintah datuk.
Perempuan itu terus
dipeluk rasa resah dan gelisah. Sesekali, ia meraba kelopak matanya yang
terasa berair. Hatinya terasa amat sayu. Ibu mana yang tidak sayangkan
anak. Lebih lebih lagi melihat keadaan anak yang terlantar dengan
keadaan pakaian yang tidak senonoh.
“Boleh saya selimutkan
tubuhnya dengan kain, saya malu kalau ada orang yang datang dan nampak
anak saya dalam keadaan begini,” rayu Malik Cina.
“Jangan, jangan disentuh dan jangan rapat dengannya.”
“Habis, awak mahu seksa anak saya begini,” jerit isteri Malik Cina.
“Kalau
awak mahu saya selesaikan semuanya, ikut sahaja cakap saya, kalau awak
tak setuju, saya tak marah,” datuk renung muka Malik Cina.
SEPI
Suasana
dalam rumah menyepi. Deru angin yang melanggar dedaun dan reranting
jelas kedengaran. Malik Cina dan isterinya saling berpandangan. Datuk
terus meraba-raba pangkal telinganya macam ada sesuatu yang didengarnya.
“Kami
mahu awak meneruskan hingga berjaya,” Malik Cina membuat keputusan.
Isterinya terus membatu. Biji matanya terus menjilat batang tubuh
anaknya yang terkapar.
Melihat keadaan dalam rumah sudah tenteram. Saya keluar dari tempat persembunyian. Naik ke rumah dan duduk dekat datuk.
“Kamu ke mana tadi Tamar?”
“Saya lari, saya takut.”
“Memanglah
kamu ni pengecut,” suara datuk serak. Ia telan air liur. Saya
tersengih, tebal rasa kulit muka, bila disoal begitu di depan Malik Cina
dan isterinya. Bagi menutup rasa malu itu, saya cuba tersenyum pada
Malik Cina. Malangnya senyuman yang saya berikan tidak dibalas.
“Kali
ni, kamu jangan lari ke mana-mana walau apapun yang terjadi kau duduk
di situ, hadap semua yang datang,” datuk mengeluarkan perintah. Wajahnya
nampak serius. Sepasang tangannya terus memeluk tubuhnya kejap-kejap.
Mata datuk tertumpu ke arah permukaan tikar mengkuang yang terbentang.
Kedua belah pipinya kelihatan kembung dan daun telinganya nampak tegak,
macam telinga arnab.
Datuk angkat punggungnya perlahan-lahan.
Kedua belah tangannya dibuka. Udara yang ada dalam mulutnya dihembuskan.
Kedua belah pipinya yang kembung terus jadi kempis. Datuk meluruskan
tubuhnya macam batang kayu.
Saya perhatikan gerak-geri datuk
dengan teliti. Di luar rumah, sinar matahari kian garang. Beberapa orang
kampung yang terdengar jeritan anak Malik Cina segera menghampiri
rumah. Kerana tidak ada sesiapa pun yang mempelawa mereka, mereka terus
berdiri di hujung halaman rumah sambil memanjangkan leher. Mereka ingin
mengetahui apa yang terjadi dalam rumah.
Rupanya, kedatangan
orang-orang kampung itu, tidak menyenangkan hati Malik Cina. Ia minta
kebenaran pada datuk untuk menutupkan pintu dan tingkap. Permintaannya
tidak diperkenankan oleh datuk.
“Jangan pedulikan mereka, kau pergi carikan mayang pinang dan cendawan batang,” kata datuk pada Malik Cina.
“Kamu
pula carikan aku kain putih dan bunga cengkih,” datuk renung muka
isteri Malik Cina. Tanpa bersuara sepatah apa pun, pasangan suami isteri
itu turun dan rumah.
Datuk meraba pangkal telinga kiri dengan
tangan kanannya. Ia melangkah dua tapak ke depan. Urat-urat di batang
lehernya narnpak menonjol. Datuk memusingkan badannya ke kanan dengan
kaki kanannya terangkat dan badannya dibengkokkan sedikit. Kedua belah
tangannya kelihatan bergerak lembut, macam mengikut irama muzik.
Sekali pandang, gerakan yang datuk lakukan itu macam orang mahu memulakan Tarian Inang Pulau Kampai. Saya terasa geli hati.
“Kamu
tunggu budak perempuan ni,” suara datuk keras serentak dengan itu ia
menghentakkan kakinya ke lantai rumah. Saya terpinga-pinga. Amat berat
rasanya untuk memenuhi permintaannya.
Belum pun sempat saya
menyampaikan bantahan pada nya. Datuk sudah meninggalkan saya sendirian.
Ia melangkah tenang menuju ke halaman rumah dalam sinar matahari yan
keras. Bayang tubuh datuk nampak memanjang di tanah.
Bila datuk
hampir ke hujung halaman tempat orang-orang kampung berdiri, datuk
pusingkan lehernya ke kanan. Tiba-tiba, orang-orang yang berdiri di situ
lari lintang-pukang tidak tentu arah, macam terpandangkan sesuatu yang
amat menakutkan.
“Datuk.”
Pekik saya sekuat hati. Datuk
segera melihat ke arah saya. Ya Allah, wajah datuk berubah, jadi macam
muka hanimau yang amat menakutkan. Badan saya menggeletar dan kepala
lutut saya terasa amat lemah sekali. Saya berdoa dalam saat saat
demikian, supaya datuk jangan datang ke rumah.
Doa saya
diperkenankan oleh Allah, datuk tidak memandang ke arah saya. Ia
meneruskan perjalanannya dalam panas terik membelah hutan kecil di
hujung halaman. Orang-orang yang lari tadi menyampaikan berita pada
kawan-kawan tentang keanehan yang terjadi pada datuk. Seluruh kampung
jadi gempar.
Tidak sampai satu jam, cerita manusia berkepala
harimau hauskan darah merebak ke seluruh kampung. Halaman rumah dan kaki
tangga rumah Malik Cina mula dikerumuni oleh orang-orang kampung,
mereka membawa parang, lembing serta senapang kampung berlaras satu.
Mereka mahu menangkap manusia berkepala harimau.
“Eh, budak! Mana dia Malik Cina?” Salah seorang dari orang yang berada di kaki tangga mengajukan pertanyaan pada saya.
“Dia keluar cari ubat anaknya,” jawab saya.
“Bininya ke mana?”
“Cari ubat juga.”
“Orang tua yang baru datang tu ke mana perginya?”
“Keluar.”
“Sudah
sahlah, rumah ni jadi punca manusia kepala harimau,” suara orang di
kaki tangga kian meninggi. Saya jadi tidak tentu arah. Macam-macam yang
saya fikirkan. Saya renung anak Malik Cina yang terbujur. Saya renung
muka orang-orang kampung di halaman. Semuanya masam, tidak
memperlihatkan rasa persahabatan.
Saya yakin, kalau orang-orang
naik ke rumah dan menjentik hidung saya. Tentu saya mati kelemasan,
jumlah mereka bukan sedikit. Inilah, saat yang paling genting dalam
hidup saya. Pada siapa mahu saya sampaikan rasa cemas dan takut ini?
TAKUT
Rasa
cemas dan takut yang menguasai diri saya terus berakhir. Malik Cina dan
isterinya muncul di depan saya. Mereka masuk ke rumah menerusi pintu
dapur. Semua barang-barang yang diingini oleh datuk mereka adakan.
Mereka juga terkejut melihat orang berkumpul di kaki tangga dan di
halaman rumah.
“Eh Malik ke mana orang tua itu kamu sembunyikan, dia bawa bencana,” tanya seorang penduduk pada Malik Cina.
“Aku tak sembunyikan dia, masa aku keluar rumah tadi, dia ada di sini?” tingkah Malik Cina.
“Kau tahu tak apa yang sudah terjadi?”
“Aku tak tahu.”
“Kami
mahu tangkap dia, kalau dibiarkan seluruh kampung jadi huru-bara, dia
tu bukan manusia, aku tengok badannya sahaja serupa kita tetapi,
kepalanya tak serupa kita, dia berkepalakan harimau,” sambung orang itu
bersungguh-sungguh. Air liurnya bersembur.
Malik Cina dan
isterinya berpandangan sama sendiri, Orang yang berkumpul terus membisu.
Seluruh wajah mereka kelihatan cemas. Tetapi, biji mata mereka tertumpu
ke arah saya. Mereka bagaikan mahu mematahkan seluruh tulang temulang
di anggota tubuh saya.
“Kamu cari aku, aku datang,” saya
terdengar suara datuk dari arah belakang kumpulan orang kampung. Semu
orang yang berkumpul kelihatan terkejut. Beberapa orang dari mereka
terus merendahkan badan dan menyusup di bawah rumah, kemudian terus
menghilangkan diri. Saya kembali bersemangat. Muka orang yang berdiri di
halaman, saya renung satu-persatu.
Saya lihat datuk melangkah
dengan gagahnya sambil membibit baldi yang berisi air. Dua orang cuba
menghalang perjalanan datuk. Tetapi, usaha mereka gagal. Bila datuk
berdehem, kedua-dua orang yang menahan datuk itu terus terjatuh,
seolah-olah tulang kaki mereka tidak berguna sama sekali.
Anehnya,
bila datuk meninggalkan mereka dalam jarak sepuluh langkah, mereka
dapat bangun kembali, Tetapi, mereka terlupa dengan apa yang mereka
alami. Datuk terus merempuh barisan orang ramai itu. Bila sampai di kaki
tangga, datuk terus berdiri di situ. Baldi yang berisi air diletakkan
di sebelah kanannya.
Saya berharap datuk tidak akan bertindak
yang boleh menimbulkan seribu ketegangan dan haru-biru. Isteri Malik
Cina terus menangis tersedu-sedu.
“Apa yang kamu mahu?” Tanya datuk pada orang ramai.
“Kamu tukang sihir dan kami mahu menghukum kamu,” jawab seorang lelaki. Badannya cukup tegak. Besar dan nampak gagah.
“Kenapa kamu cakap macam tu?” Soal datuk lagi.
“Tadi, kami nampak kepala kamu bertukar jadi kepala harimau.”
“Itu tandanya kamu tidak ikhlas, kamu mahu menganiayakan aku, kalau kamu jujur, kamu tak nampak semuanya itu.”
“Kamu berdalih.”
“Siapa yang berdalih, kamu atau aku cakap dengan jujur?” pekik datuk lalu menghentakkan kakinya ke mata anak tangga.
Orang
itu terdiam. Mulutnya bagaikan terkunci. Datuk membaca sesuatu sambil
melipatkan ibu jari kanannya dan jari kelengkengnya menekan ibu jari
tersebut. Saya tahu, selagi datuk tidak menegakkan ibu jarinya, orang
itu tidak kan boleh berkata-kata walau sepatah pun.
“Cakap dengan
jujur,” ujar datuk. Ibu jari dan jari kelengkengnya ditegakkan. Muka
orang itu berpeluh. Nafasnya jadi sesak. Tempurung lututnya menggeletar.
“Ya,
saya mengaku, saya mahu menggunakan ilmu sihir saya yang boleh
melumpuhkan seluruh badan awak,” orang itu memberikan pengakuan. Datuk
tersenyum.
“Sekarang kamu dah mengaku, apa yang kamu mahu dari
aku, kamu mahu bersahabat atau untuk menjadi lawan,” datuk renung muka
orang itu.
“Aku mahu bersahabat.”
“Kalau mahu bersahabat,
pulanglah ke rumah. Aku tahu, kamu tak suka orang mengubat anak Malik
Cina, kau suka perempuan itu menjerit dan koyak kain, kemudian kau
tumpangkan ilmu salah kamu. Aku tahu, kamu yang suruh orang-orang
mengerumuni anak Malik Cina. Betul atau tidak?”
“Betul.”
“Kenapa kamu buat macam tu.”
“Saya sebenarnya sedang menuntut ilmu terlentang ke langit anak Malik Cma yang sakit ini mahu saya jadikan ujian.”
“Sudahlah, berhentikan perbuatan itu. Pulanglah ke rumah dan bertaubat, biar aku uruskan anak Malik Cina,” suara datuk keras.
Orang
itu tundukkan kepalanya. Tanpa mengucapkan sesuatu ia meninggalkan
rumah Malik Cina. Kawan kawannya yang lain menurut jejak langkahnya.
Datuk menyorot langkah mereka hingga keluar dari kawasan halaman rumah
Malik Cina.
Datuk terus duduk dekat anak Malik Cina. Ia minta
barang,, barang yang dipesan dari Malik Cina isterinya. Semua
barang-barang itu dimasukkan ke dalam baldi yang berisi air kecuali kain
putih.
“Ikatkan kain putih itu pada buku lali anak kamu,” kata datuk pada isteri Malik Cina. Perintah itu segera dipatuhi.
“Ini
usaha terakhir, aku hanya menjalankan ikhtiar. Allah yang akan
menentukan untuk menyembuhkan penyakit atau sebaliknya. Cara ini tidak
sesuai dengan perubatan moden tetapi inilah ikhtiar yang terdaya aku
lakukan,” sambung datuk lagi dengan tenang.
Datuk tarik baldi ke
depannya. Ia memperkemaskan silanya. Kedua belah lengan bajunya dilipat
separas siku. Datuk terus membaca Al-Fatihah seribu kali. Bila sudah
selesai, datuk berdiri di muka pintu.
Datuk melihat matahari yang
memancar garang dengan wajah yang tenang dan penuh keyakinan. Mulutnya
telap bergerak. Entah apa yang dibacanya, saya sendiri pun tidak tahu.
“Sekarang
usung anak kamu ke tengah laman rumah, biarkan ia di situ,” beritahu
datuk pada Malik Cina. Anak perempuan Malik Cina segera diusung. Saya
hanya memegang bahagian buah betis dengan perasaan bimbang. Saya takut,
ketika diusung nanti, anak perempuan Malik Cina tersedar dari pengsan
dan terus menendang saya.
Syukur, apa yang saya bimbangkan tidak
berlaku. Anak Malik Cina diletakkan di tengah halaman dalam sinaran
matahari yang amat garang. Datuk terus membimbit baldi ke halaman rumah.
Tanpa menegur Malik Cina dan saya, datuk terus menjiruskan air dalam
baldi ke tubuh anak Malik Cina.
Anak Malik Cina tersedar dari
pengsan. Saya merasa terkejut air yang membasahi tubuhnya kering dengan
serta-merta. Kain dan baju terus kering.
“Pergi ambil kain,
balutkan tubuhnya, ia sejuk tu,” datuk menujukan kata-kata itu untuk
isteri Malik Cina. Isteri Malik Cina masuk ke rumah dan keluar dengan
sehelai batik jawa. Tubuh anaknya segera dibalutkan dengan kain
tersebut.
“Bangun nak,” kata datuk. Anak Malik Cina terus
bangun. Ia duduk mencangkung. Matanya merenung ke arah datuk. Cahaya
matanya cukup lembut.
“Kenapa saya ni,” tanyanya tersipu-sipu.
“Kau tak ada apa-apa, baliklah ke rumah.”
“Ya saya nak balik.”
MANDI
Anak
Malik Cina terus menuju ke rumah. Kami mengekorinya dengan hati-hati.
Sampai di rumah, anak Malik Cina terus mandi, kerana keadaannya agak
lemah. Datuk menyuruh isteri Malik Cina mendampinginya. Anak Malik Cina
terus menghias diri. Sikat rambut dengan rapi serta menaruh bedak ke
pipi. Ia mula menyebut nama suaminya berkali.
“Kamu layan
karenahnya, jangan dimarah, sebaiknya kau beri hatinya gembira hingga ia
percaya pada diri sendiri. Dalam tempoh dua tiga hari ni, ia akan
menghadapi tekanan perasaan yang hebat, susah untuknya membuang
kebiasaan yang dialami masa ia sakit dulu,” datuk mengingatkan Malik
Cina. Malik Cina anggukkan kepala.
“Aku terpaksa duduk di rumah kamu dua hari lagi, bila anak kamu sudah sihat dan pulih, aku pergi,” datuk renung muka Malik Cina.
“Itulah
yang aku harapkan,” Malik Cina keriangan. Tetapi saya kurang senang
mendengar kata-kata itu. Duduk di rumah memang membosankan. Apakan daya,
kata-kata datuk tidak boleh dibantah.
Selama tiga hari
berikutnya, datuk terus berikhtiar memulihkan sisa sakit yang dideritai
oleh anak Malik Cina. Setiap pagi dan petang anak Malik Cina disuruh
minum segelas air sejuk yang sudah dibacakan dengan Bismilah seratus
kali.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
77. Akibat Malukan Orang
AKHIRNYA, anak Malik Cina terus pulih seperti sedia kala. Malik Cina
terus menghubungi menantunya tentang keadaan isterinya yang sudah baik.
Tempoh
yang dijanjikan sudah cukup. Saya dan datuk pun bersedia untuk
meninggalkan rumah Malik Cina. Isterinya menangis melihat saya dan datuk
berdiri di ambang pintu untuk melangkah pulang.
“Bagaimana,kalau
saya hantarkan,” Malik Cina kemukakan cadangan. Datuk kerutkan dahi.
Merenung ke kiri dan ke kanan halaman dengan wajah yang tenang.
“Tak payah, biar kami balik sendiri.”
“Bagaimana dengan kerja yang lalu, berapa upah dan pengerasnya.”
“Apa
yang Allah kurniakan pada aku, adalah untuk kebaikan bagi menolong
sesama manusia. Aku bukan mencari makan dengan kerja-kerja begini.”
“Maksudnya?”
“Tak ada apa-apa bayaran.”
Malik Cina termenung panjang. Saya terus mengikat tali kasut. Tiupan angin terasa memukul dedaun telinga dan pipi saya.
“Boleh
saya tahu, siapa yang membuat anak saya jadi begini,” cara mendadak
isteri Malik Cina mengajukan pertanyaan. Malik Cina kelihatan resah
tidak keruan.
“Kenapa kamu tanya siapa yang membuatnya?”
“Saya
nak balas dendam, kalau boleh saya minta awak buat kerja tu, kalau
upahnya satu ekar tanah pun, saya sanggup mengadakannya.”
Membalas
dendam dan ambil upah untuk merosakkan hidup orang lain itu bukan kerja
saya,” suara datuk meninggi wajahnya nampak masam. Datuk terus
menggenggam penumbuk.
“Malik,” pekik datuk dengan wajah yang marah.
“Ya, kenapa?”
“Banyakkan
bersedekah pada anak-anak yatim dan orang susah, selalulah baca Yasin
setiap malam Jumaat, pohon doa, pada Allah minta jauhkan dari segala
bala.”
“Ya saya faham, saya nak tahu benarkah sakit anak saya dari buatan orang,” Malik Cma mengajukan pertanyaan.
“Itu aku tak tahu tetapi, aku rasa apa yang kau alami sekarang merupakan pembalasan dan Allah.”
“Ah, saya rasa, sepanjang hidup saya ni, says tak permah menganiayakan orang, saya tak pernah buat orang susah.”
“Kau
tak boleh cakap begitu, mungkin masa muda kamu dulu kamu pernah menipu
atau memberi malu pada seseorang,” datuk menarik nafas panjang. Isteri
Malik Cina yang berdiam segera membenamkan pacak sanggul lintang pada
sanggul yang seketul atas kepala.
“Itu saja yang nak saya katakan
pada kamu berdua, terpulanglah pada kamu berdua memikirkannya sama ada
kamu berdua nak ikut atau percaya dengan cakap aku,” selesai sahaja
datuk berkata-kata. Ia terus menggeliat. Tangan saya ditariknya untuk
menuruni anak-anak tangga yang dibuat dari kayu cengal.
Bila
sahaja tapak kaki datuk memijak mata tangga terakhir. Malik Cina,
menyebut nama datuk. Mereka berpandangan. Sinar mata Malik Cina redup
tertampar ke wajah datuk.
“Ada apa lagi Malik?”
“Barangkali cakap kamu benar.”
“Maksud kamu.”
Malik
Cina terdiam. Pandangannya dialihkan ke arah dinding rumah. Anak
perempuannya yang datang cara mendadak di sisinya, renung muka saya,
kemudian melangkah dengan tenang.
“Katakan apa saja Malik, aku
bersedia mendengarnya,” pohon datuk. Malik Cina turun menghampiri datuk.
Bahu datuk dipegangnya. Dadanya nampak berombak. Wajahnya juga
kelihatan rasa tidak menentu.
Malik Cina memaksa datuk duduk di
mata tangga terakhir. Saya berdiri dekat mereka. lsterinya mungkin tidak
mahu campur dalam urusan datuk dan Malik Cina, segera menuruti jejak
langkah anaknya menuju ke ruang belakang.
“Kau betul dalam hal
ini, dulu aku meminang seorang perempuan, bila sampai waktu mahu
menikah, aku tidak pergi ke rumahnya pada hal kedua orang tua gadis itu,
sudah pun memanggil orang kampung, kaum kerabatnya sudah berkumpul,”
Malik Cina membuka rahsia dirinya.
“Kenapa kamu buat macam tu Malik?”
“Saya cara mendadak tak sukakan dia, saya dah jatuh hati dengan isteri saya sekarang.”
“Lepas tu apa yang kau buat, kau tak minta maaf.”
“Tidak,
saya takut pada keluarga perempuan tersebut, kalau saya pergi, tentu
saya menerima padah yang buruk, saya buat tak tahu dan nikah dengan bini
saya sekarang.”
LEMBUT
Cerita dari Malik Cina itu,
membuat datuk menarik nafas panjang. Rasa kecewanya terhadap perangainya
Malik Cina terbayang di wajahnya. Angin yang bertiup lembut terus
menyentuh wajah saya dan datuk.
“Aku pernah dengar cerita macam tu, tapi aku tak menduga kau yang melakukannya,” kata datuk.
“Dari siapa dengar cerita tu?” Soal Malik Cina.
“Aku
tak ingat dari siapa?” Jawab datuk dan terus bangun. Sarungkan kasut
capal bertali dua ke kaki. Datuk melangkah dua tapak ke depan.
Datuk
berhenti melangkah. Pusingkan badan dan berdiri berdepan dengan Malik
Cina yang masih duduk di mata anak tangga terakhir. Bahagian tepi rambut
Malik Cina nampak bergerak-gerak disentuh angin.
“Kalau dulu,
kau pernah memalukan orang lain, sekarang kau sendiri merasakan
balasannya. Ingat, kalau kita pernah menganiayakan orang satu hari kelak
kita akan menerima padahnya, kalau tidak pada kita, mungkin pada anak
cucu kita,” jelas datuk dengan tenang. Malik Cina segera berdiri. Biji
mata datuk ditentangnya.
“Saya sedar dan faham semuanya,” balas Malik Cina lembut.
“Ingat
mulai hari ini, bersibkan hatimu, jangan menganiayakan orang, jangan
menjatuhkan maruah orang, buatlah baik sesama insan.”
“Ya saya berjanji.”
“Aku doakan kamu bahagia,” tenang sekali datuk bersuara.
Datuk bersalam dengan Malik Cina. Cepat-cepat Malik Cina memeluk tubuh datuk. Mereka berdakapan penuh mesra.
Saya hanya memerhatikan sahaja gerak-geri datuk dan Malik Cina.
“Biar
saya hantar awak ke pekan Sungai Siput,” Malik Cina mengemukakan
cadangan. Datuk segera menjatuhkan sepasang tangannya yang merangkum
tubuh Malik Cina.
“Tak payah, biarlah kami berjalan kaki.”
“Kenapa pula? Naik kereta lagi bagus.”
“Terima kasih Malik, biar kami berjalan.”
Malik
Cina garu hujung dagunya berkali-kali. Hatinya tidak berapa seronok
mendengar alasan yang dikemukakan oleh datuk. Dua kali tawarannya
ditolak oleh datuk.
“Terkilan rasa hati saya, datang dijemput, bila balik jalan kaki,” Malik Cina meluahkan rasa hatinya.
“Tak apalah ini permintaan tuan punya dir, kenapa kamu nak susah hati.”
“Saya tahu, tapi kurang seronok.”
“Tak apalah, aku cakap ikhlas,” jelas datuk.
Datuk menarik tangan saya untuk memulakan langkah.
Tiba-tiba
isteri Malik Cina meluru ke arah kami. Di tangannya terselit sampul
surat panjang berwarna kekuningan. Isteri Malik Cina hulurkan sampul
surat itu pada datuk.
“Apa bendanya ni?” Datuk agak terkejut.
“Duit,
ada dua ratus ringgit untuk upah mengubati anak saya,” jelas isteri
Malik Cina. Datuk tergamam. Sampul surat di tangan isteri Malik
ditepisnya. Wang bertaburan atas tanah.
Muka datuk serta-merta
menjadi marah. Nafasnya tercunggap-cunggap. Badannya menggeletar menahan
rasa marah. Muka isteri Malik Cina jadi pucat.
“Malik,” jerit
datuk sekuat hati. Malik Cina segera menghampirinya. Wajah isteri Malik
Cina yang pucat segera bertukar menjadi kemerah-merahan. Wang yang
bertaburan atas tanah dikutipnya sehelai demi sehelai dan disumbat ke
mulut sampul surat.
“Bukankah sudah aku katakan, aku bukan
mencari rezeki dengan mengubati orang, aku sekadar berusaha yang
menentukannya Allah, mengapa perkara yang aku benci ini kamu lakukan
pada aku? Apa kamu mahu menguji aku,” datuk meledakkan apa yang ada
dalam hatinya.
“Maafkan saya, saya terlupa beritahu bini saya, dia tak tahu, tak terniat untuk menguji awak,” sahut Malik Cina.
Mukanya nampak cemas.
Datuk termenung. Perlahan-lahan ia menatap wajah isteri Malik Cina yang keadaannya tidak tentu arah.
“Maafkan
aku, aku tak berniat nak menjatuhkan air muka kamu, maafkan aku,” nada
suara datuk dibalut rasa kesal yang memanjang. Datuk terus beristighfar
beberapa kali.
“Maafkan aku,” ulang datuk.
“Saya maafkan,”
balas isteri Malik Cina. Datuk gembira mendengar kata-kata yang
diluahkan oleh isteri Malik Cina. Dan Malik Cina pula berkali-kali minta
maaf pada datuk kerana kesalahannya tidak memberitahu isterinya,
tentang pantang larang yang diamalkan datuk.
“Wang itu kau
sedekah pada anak-anak yatim, pada fakir miskin atau hadiahkan pada
masjid, barangkali dengan wang itu dapat digunakan untuk membaiki
mana-mana bahagian masjid yang rosak,” dalam nada yang lembut datuk
menyatakan pada Malik Cina dan isterinya. Mereka anggukkan kepala.
“Aku
nak pesan pada kamu supaya mengamalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 41
kali, di antara sembahyang sunat Subuh dengan fardhu Subuh,” beritahu
datuk pada Malik Cina.
“Apa faedahnya mengamalkannya?” Soal Malik Cina tidak sabar.
“Kalau orang itu makan gaji, mudah naik pangkat.”
“Lagi.”
“Kalau ia miskin akan jadi kaya, ada saja rezeki yang halal diberikan Allah untuknya.”
“Lagi?”
“Kalau ia banyak hutang, ada saja jalan diberikan Allah untuknya menyelesaikan hutang.”
Malik
Cina renung muka isterinya yang khusyuk mendengar penerangan dan datuk.
Saya hanya diam tetapi, apa yang saya dengar tetap saya sematkan dalam
hati, Memang tidak mudah datuk mahu memberikan amalan pada seseorang.
Entah apa mimpinya ia mahu memberikan pada Malik Cina.
“Lagi apa faedahnya amalan itu,” Malik Cina mencungkil rahsia.
“Kalau seseorang itu sakit dan amalkan membaca, dengan izin Allah sakitnya akan sembuh,” jelas datuk.
“Lagi?”
“Jika ia lemah, akan dikuatkan oieh Allah.”
“Lagi.”
“Jika
orang itu berdagang atau merantau di negeri orang. Ia tetap dihormati
dan dimuliakan, cita-citanya sampai dan orang itu tidak akan dimusuhi
oleh sesiapa,” datuk terbatuk.
“Banyak faedahnya,” kata isteri Malik Cina.
“Ya,
dengan syarat diamalkan, tidak meninggalkan sembahyang lima waktu,
nampaknya mudah tetapi jarang orang dapat mengamalkannya dengan
sempurna,” datuk meraba angkal dagu. Ia renung muka saya, memberi
isyarat untuk memulakan perjalanan.
“Tapi, kamu sekeluarga harus
mengamalkannya, terutama anak kamu, supaya sakitnya tidak berulang
lagi,” datuk mengingatkan Malik Cina dan isteri.
Datuk bersalaman
dengan Malik Cina. Kemudian saya pula bersalaman, Saya rasakan
genggaman Malik Cina cukup erat, seolah-olah tidak mahu melepaskan saya
pulang.
“Selamat jalan, semoga kamu dengan cucu selamat sampai ke tempat yang dituju,” ujar Malik Cina pada datuk.
“Semoga
Allah memberkati dan menyelamatkan keluarga kamu dari sebarang
bencana,” jawab datuk. Malik Cina tunduk tetapi, di kelopak mata
isterinya tergenang air jernih.
Saya renung ke arah rumah Malik
Cina. Saya lihat anaknya berdiri di muka pintu merenung ke arah saya.
Memang, anak perempuan Malik cantik sungguh. Secara diam-diam saya
tertarik dengan kecantikannya. Kalau saya disuruh menatap wajahnya
selama dua tiga jam, saya sanggup melakukannya.
“Eh tengok apa tu, kamu tahu dia bini orang,” terdengar suara datuk memukul gegendang telinga saya.
Cepat
saya menoleh ke kanan, Malik Cina tersenyum ke arah saya. Toleh ke kiri
isteri Malik Cina juga tersenyum. Saya terasa malu dan untuk
menghilangkan nasa malu itu, saya terus melangkah dengan cepat
mendahului langkah datuk.
“Cucu awak dah besar, dah ada perasaan
pada perempuan,” saya terdengar suara Malik Cina. Kata-kata itu
menyindir diri saya. Saya terdengar ketawa datuk pendek. Ketawa itu juga
saya rasakan menyindir diri saya. Menyesal saya renung ke rumah Malik
Cina. Kalau saya renung tadi, tentu saya tidak diketawakan dan jadi
bahan bualan mereka. Batin saya terus merungut, penuh nasa kesal.
LANGKAH
Saya
terus melangkah. Saya tidak peduli sama ada datuk mengikuti saya dari
belakang atau tidak. Soal yang penting bagi saya ialah tidak mahu
pandang muka Malik Cina dan isterinya. Tidak mahu dengar suara mereka.
Semuanya menyakitkan hati. Saya terus melangkah.
Bila sampai
dekat pokok besar. Datuk terus memegang bahu saya. Ia menyuruh saya
jalan bersaing dengannya. Tidak kuasa saya melihat wajahnya. Saya masih
terasa malu kerana rahsia diri saya sudah diketahuinya. Saya berdoa
semoga datuk tidak menimbulkan perkara itu pada saya. Sesungguhnya, saya
tidak rela malu untuk kali kedua pada datuk. Hati saya terasa lega.
Datuk tidak menimbulkan perkara tersebut. Kami terus melangkah seiring
di bawah hembusan bayu yang datang dari arah sebuah bukit yang letaknya
di pinggir Kampung Bahagia.
Kicau burung yang menyanyi di pepohon
kiri kanan jalan amat menyeronokkan. Matahari pagi yang berada di paras
pucuk kelapa dara bersinar lembut. Kabus nipis kelihatan bangkit
perlahan-lahan di puncak banjaran Titiwangsa. Bayu pun menggerakkan
dedaun menghijau.
Indahnya alam ciptaan Allah. Kata nenek, kalau
kita mengkagumi keindahan alam ciptaan Allah, kita harus bersyukur dan
memuji-Nya. Kemudian bandingkan betapa kerdilnya diri kita dalam
keindahan alam itu.
Nenek juga berkata, orang-orang yang tinggal
di kawasan alam semulajadi. Selalunya hidup aman dan panjang umur,
Sentiasa tenang. Sebabnya mereka jadi demikian, kerana mereka selalu
bersyukur pada Allah secara tidak langsung mereka mendekati diri
dengan-Nya. Dan orang-orang yang selalu mendampingi dirinya dengan
Allah, selalu merasa hahagia meskipun pada lahirnya mereka nampak susah
dan sukar.
Kekayaan dan pangkat serta penghormatan tidak bererti,
kalau batin manusia yang mewah itu tidak tenteram. Sebabnya kebahagiaan
tidak terletak pada kekayaan. Kebahagiaan terletak pada had. Bila hati
tenteram, jiwa pun bersih dan wajah pun berseri.
Itu pendapat
nenek yang tidak pernah ke sekolah. Susah juga untuk saya mempercayainya
tetapi, kata nenek lagi, bila saya bertambah tua dan sudah mengalami
rempah-ratus kehidupan, barulah saya tahu, apakah cakapnya itu benar
atau tidak. Macam-macam yang datang dalam kepala saya.
Tiba-tiba
saya dan datuk sudah pun sampai ke bibir jalan raya Ipoh - Kuala
Kangsar. Saya duduk di batu tepi jalan sambil mengusik-ngusik rumput
semalu. Rumput yang kembang segar itu akan terus mengecut bila saya usik
dengan hujung sepatu.
Datuk terus merenung ke arah kenderaan
yang lalu lalang di jalan raya. Saya terus resah. Sudah berada di tepi
jalan raya, datuk masih belum beritahu saya ke mana harus pergi? Ini
yang susahnya mengikut datuk. Ia tidak mempunyai rancangan yang
tertentu.
Saya segera mendekati datuk. Ia tersenyum sumbing
memandang ke arah saya. Ia bagaikan tahu dengan apa yang bergolak dalam
diri saya.
“Kita ni nak ke mana tuk?”
“Ke Bakap, dekat Batu Gajah.”
“Bukan nak pergi ke pekan Sungai Siput?”
“Kamu berjalan ikut aku, apa yang aku buat kamu ikut saja jangan banyak cakap. Belum apa apa dah nak mengajar orang tua.”
Perasaan
saya tersentap mendengar kata-kata datuk itu. Ditanya jawapannya kena
marah. Tidak ditanya hati resah. Memang serba salah jadi cucu pada datuk
yang selalu beranggapan yang cucunya tudak pandai dan mesti patuh
dengan cakapnya.
Datuk menahan bas yang mahu ke Ipoh. Saya
disuruh naik dulu. Saya memilih tempat di bahagian belakang. Tetapi
datuk tidak setuju dengan tempat yang saya pilih itu. Ia suruh saya
pilih tempat duduk yang berhampiran dengan pemandu.
“Jangan biasakan bila naik bas duduk di belakang.”
“Kenapa tuk?”
“Tak bagus, kalau ada kejadian yang tak diingini kita susah bertindak, sebaik-baiknya pilih di bahagian tengah.”
“Sebabnya tuk?”
“Kalau diserang komunis dari depan kita dapat bersedia begitu juga kalau diserang dari arah belakang.”
“Tapi, kita duduk di bahagian depan sekarang tuk?”
“Tak apa kerana aku rasa perjalanan kali ini selamat.”
Saya
diam. Tidak kuasa mengajukan sebarang pertanyaaan padanya. Bas terus
meluncur. Saya terus terlelap. Saya terkejut bila bas berhenti dengan
tiba-tiba. Saya gosok kedua belah mata dan renung kiri dan kanan. Apa
yang saya lihat ialah kebun getah yang subur.
“Kita ni di mana tuk?”
“Kita baru meninggalkan Pekan Chemur.”
“Kenapa has ni berhenti di tengah hutan tuk.”
“Kamu tengok tu,” datuk meluruskan telunjuknya ke arah belukar kecil di kiri bas.
Saya
terkejut, saya lihat lebih dari dua puluh orang lelaki memakai baju
seragam dengan topi leper berbucu lima. Di tangan mereka lengkap dengan
senjata api.
“Itu askar tuk,” kata saya.
“Bukan, itu
komunis,” sebaik sahaja datuk mengakhiri kata-katanya. Tiga orang
anggota komunis naik ke bas. Seorang berdiri di tangga bas. Seorang
berdiri di bahagian tengah. Dan seorang di bahagian belakang bas.
Saya
amati, yang berdiri di tangga bas. Orang India. Di tengah bas, orang
Cina dan di bahagian belakang orang Melayu. Saya kira yang berdiri di
tengah adalah ketua mereka. Manakala di luar bas kelihatan lebih dari
dua puluh anggota komunis duduk dalam belukar. Mereka menghalakan
muncung senapang ke arah bas.
Penumpang bas yang sebahagian
besarnya terdiri dari orang Melayu dan Cina serta beberapa orang India
kelihatan cemas. Pemandu bas diarahkan turun oleh komunis berbangsa
India. Wang yang ada pada penjual tiket bas dirampas oleh komunis
berbangsa Cina. Penjual tiket juga disuruh turun.
“Sekarang,
semua orang bangun, letakkan duit, jam tangan, emas dan apa yang kamu
bawa dekat pintu has, kalau kamu membantah kami tembak. Keluar
satu-satu,” perintah komunis Melayu yang berada di bahagian belakang
bas.
Semua penumpang bas patuh. Semua barang yang mereka bawa
diserahkan pada pihak komunis. Bila sudah turun dari bas. Kami disuruh
berbaris. Seorang anggota komunis melakukan pemeriksaan pada diri
penumpang. Semua kad pengenalan bas dirampas dan dikumpulkan di tanah
lapang untuk dibakar.
Dua orang pemuda Melayu dihentak oleh
anggota komunis dengan buntut senapang. Sebabnya, kedua pemuda Melayu
itu tidak mahu menyerahkan rantai leher yang dipakai. Saya lihat pemuda
Melayu itu jatuh terlentang dan mulut mereka berlumuran darah.
Datuk
hanya melihat peristiwa itu dengan tenang. Dahinya nampak berpeluh
dipanah sinar matahari yang garang. Saya kira ketika itu, lebih kurang
pukul sebelas pagi.
“Ingat siapa tak mahu dengar cakap kami
inilah padahnya,” kata anggota komunis berbangsa Melayu. Anggota komunis
bangsa India dan Cina menegakkan ibu jarinya memuji tindakan anggota
komunis bangsa Melayu itu.
“Ini hari gua kasi power sama lu, lu
boleh bikin apa saja,” kata anggota komunis Cina (ketua) pada anggota
komunis bangsa Melayu. Sedangkan anggota komunis bangsa India ketawa.
Matanya merenung tajam pada gadis India berkulit cerah. Berusia sekitar
18 tahun.
Gadis India yang memakai sari itu nampak gelisah.
Berkali-kali ia merenung wajah ibunya. Tetapi, anggota komunis bangsa
India itu terus melihatnya terutama di bahagian perut gadis India yang
dibalut oleh kain sari.
“Lu suka sama dia, kalau suka ambil bawa masuk hutan,” ujar ketuanya.
“Nanti
dulu,” jawab anggota komunis bangsa India. Keadaan ketika itu memang
mencemaskan. Pemandu kenderaan yang lalu-lalang di situ, buat tidak
kisah dengan apa yang terjadi. Mungkin mereka menyangka bas yang
berhenti itu rosak.
“Eh budak, kenapa kamu tak serahkan cincin yang kamu pakai,” anggota komunis menghampiri saya.
“Ini bukan emas, ini suasa, orang lelaki haram pakai emas,” kata saya.
“Sekarang kasi sama kami.”
“Tak boleh,” saya berkeras.
“Kuranggg ajjjjar punya budak.”
Muka
saya ditampar dan perut saya ditendang. Saya berguling-guling dibumi
menahan kesakitan. Saya melolong minta tolong pada datuk. Saya lihat
datuk tidak juga bertindak. Dan anggota komunis Melayu itu mengangkat
buntut senapangnya untuk menghentak kepala saya.
Belum pun sempat
buntut senapang itu hinggap di kepala saya. Datuk menerpa ke arah
anggota komunis tersebut. Ia menendang senapang ditangan anggota komunis
tersebut. Senapang itu terpelanting dan terus meletup. Salah seorang
anggota komunis yang berdiri tidak jauh dari situ menjerit dan terus
rebah.
Perutnya yang ditembusi peluru mengeluarkan darah yang
banyak. Tendengan datuk itu disusuli dengan penumbuk. Anggota komunis
itu tersandar di pangkal getah. Bila ia cuba bangun, datuk bagaikan
terbang menerkam ke arahnya. Satu tendangan hinggap dibahagian kiri
perutnya. Anggota komunis itu terus lembik di situ.
Suasana
menjadi tegang. Dalam beberapa saat sahaja anggota komunis terus
mengerumuni datuk. Mereka menghalakan muncung senapang ke arah datuk.
Saya menjadi cemas dan datuk menjadi kaku. Tetapi, ekor matanya terus
mengawasi anggota komunis di sekilingnya.
Anggota komunis
berbangsa India menghampiri datuk. Tanpa berkata apa-apa, ia melepaskan
penumbuk ke arah datuk. Cepat-cepat datuk mengelak dan terus menyambar
pergelangan tangannya.
Dengan sekuat hati, datuk menolaknya ke
kanan, Ia terperosok dalam perdu nanas. Pistol yang terselit di
pinggangnya terpelanting lalu jatuh di depan datuk. Tanpa membuang masa
datuk terus memijak pistol itu hingga terbenam dalam tanah.
“Tangkap
dia dan tembak,” ketua komunis yang berbangsa Cina mengeluarkan
perintah. Belum pun sempat datuk menoleh ke kanan, tiga orang anggota
komunis memeluk tubuhnya dengan kejap. Anggota komunis bangsa India yang
terperosok dalam perdu nanas segera bangun. Wajahnya nampak bercalar.
“Ikat
dan tembak dia,” katanya marah sambil melempar tali sabut pada
kawannya. Datuk kelihatan tenang. Ia membiarkan anggota-anggota komnunis
itu membelitkan tali sabut ke tubuhnya. Datuk ditarik macam lembu
menuju ke pangkal pokok Petai. Datuk terus diikat di situ.
“Sekarang
suruh orang-orang yang turun dari bas naik ke bas semula, suruh
diaorang tengok kita tembak orang tua yang nak mampus ni,” ketua komunis
bangsa Cina mengeluar arahan pada anggota komunis bangsa Melayu.
Arahan
itu segera dipatuhi. Penumpang bas kembali ke tempat duduk
masing-masing. Tetapi, pemandu bas dan penjual tiket tidak dibenarkan
naik bas. Mereka disuruh berdiri tidak jauh dari pintu bas.
“Eh
kamu budak, mari sini, kamu duduk sini, kamu tengok macam mana orang
tuani mampus,” anggota komunis bangsa India bersuara lalu menarik
tengkuk baju saya. Saya disuruh duduk bertinggung menghadap ke arah
datuk. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa cemas dan takutnya saya
ketika itu.
BAKAR
Ditengah suasana tengah hari yang terik
dan perit itu, saya rasa kulit muka saya bagaikan mahu terbakar. Baju
saya basah diresapi peluh. Saya menangis tersedu di depan datuk.
“Tamar,
jangan menangis, tidak ada manusia yang boleh memisahkan roh dari jasad
seseorang, jika tidak diizinkan oleh Allah, janganlah kamu takut pada
mereka,” kata datuk berpandangan sama sendiri. Dua tiga orang daripada
mereka menjuihkan bibir dan sebahagian yang lain senyum dan ketawa
kecil.
“Sekejap lagi kamu tahu, siapa besar, Allah kamu atau
peluru senapang, masa itu kamu boleh minta tolong dengan Allah,” sindir
anggota komunis bangsa Melayu. Datuk hanya diam sahaja. Wajahnya
kelihatan aman tenang sekali.
Saya terus mengesat air mata,
ketika itu juga saya terdengar suara jeritan burung helang, panjang dan
amat nyaring sekali. Saya lihat ke langit, saya lihat burung helang itu
terbang berlegar-legar di atas kepala kami.
Menurut petua orang
tua-tua, bila burung helang berbunyi di atas kepala dan berpusing-pusing
waktu tengah hari, itu tandanya orang yang berada di bawahnya akan
menemui kesusahan, bagi mengelakkan perkara itu terjadi, orang yang
mendengarnya harus memukul pangkal pokok besar sekuat hati, dengan
harapan dapat didengar oleh burung helang, dengan itu burung helang
tersebut akan terbang ke tempat lain.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
78. Kakinya Dipaut Bumi
DALAM keadaan begini, tentu sahaja saya tidak dapat melakukan petua dari
orang tua-tua yang pernah saya dengar itu. Saya hanya berserah pada
Allah sahaja. Tiba-tiba ketua komunis itu memerintah tiga orang komunis
berdiri di depan datuk dalam jarak dua puluh kaki. Mereka juga diarah
menyediakan peluru dalam senapang.
“Semua mesti tembak tepat di kepalanya,” kata ketua komunis itu.
“Baik,” serentak anggota komunis itu menjawab.
“Kalau
sesiapa tidak tembak tepat di kepalanya, orang itu saya tembak dengan
pistol ini,” ketua kornunis itu memusingkan pistolnya di tangan.
Langkahnya tidak ubah macam seorang koboi.
“Sedia,” kata ketua
komunis. Tiga anggota komunis halakan muncung senapang ke arah datuk.
Dada saya berdebar. Datuk nampaknya menyerahkan dirinya pada Allah. Ia
tidak bimbang. Sesekali terdengar ia membaca ayat At-Fatihah dengan agak
lantang.
“Hei Melayu tua, sekarang kita tengok siapa kuat, senapang orang aku atau kamu punya Allah,” sindir ketua komunis itu.
“Allah Hu Akbar,” jawab datuk perlahan.
“Dia
panggil dia punya Tuhan,” ketua komunis itu ketawa terkekeh. Kemudian
ia memerintah tiga orangnya melepaskan tembakan pada datuk.
Semua
orang yang berada dalam bas menekup muka. Tidak sampai hati melihat
peristiwa yang amat menyeramkan. Badan saya menggigil dalam gema
tembakan yang bertalu-talu itu. Tiba-tiba tembakan itu berhenti. Saya
membuka mata.
Saya gembira, bila melihat datuk tidak apa-apa. Ia
berdiri dengan tenang di pangkal pokok. Tali sabut yang membalut
tubuhnya sudah hancur dimamah peluru. Datuk terus meluru ke arah saya.
Anggota komunis yang ada di situ bagaikan terpaku, tidak berani menyapa
atau menahan datuk memeluk tubuh saya.
“Tuk kebal,” tanya saya padanya.
“Tidak,
cuma peluru tidak kena tubuh aku, aku mohon Allah melindungi diriku,
syukur permintaanku telab diperkenankan oleh Allah yang maha besar,”
bisik datuk dan segera menarik tangan saya untuk menuju ke bas. Ternyata
datuk tidak mahu bergaduh dengan anggota komunis yang jumlahnya bukan
sedikit.
Tiba-tiba ketua komunis itu menghampiri datuk. Wajahnya
cukup bengis. Ia merasa kecewa kerana datuk tidak menemui ajal di hujung
senapang anak buahnya. Ketua komunis itu menekan muncung pistolnya ke
telinga datuk. Datuk menahan nafas kemudian menjatuhkan badannya ke bumi
lalu memaut lutut ketua komunis tersebut.
Ketua komunis itu
terjatuh. Tetapi bangun dengan cepat, sebelum Ia melakukan sesuatu pada
datuk. Saya lihat datuk sudah pun berdiri. Sandarkan badan ke pangkal
getah. Datuk terus memeluk tubuhnya. Matanya mula kelihatan
kemerah-merahan.
“Tangkap dia lagi sekali, kali ni kita sumbat
dia dalam sangkar babi, kemudian rendam dalam telaga,” secara mendadak
anggota komunis Melayu bersuara dengan nyaring.
Anggota komunis
yang lain segera patuh. Tetapi, sebelum mereka memulakan langkah
pertama. Datuk segera menghentakkan telapak kaki kanannya ke bumi.
Tiba-tiba anggota komunis Melayu itu menjerit. Ia tidak terdaya
melangkah kakinya bagaikan terbenam dalam tanab. Begitu juga dengan
anggota komunis yang lain.
Datuk terus menghampiri auggota
komunis bangsa lndia dan Cina. Datuk terus menjentik hidung mereka.
Mereka terpekik terlolong, macam kena sengat tebuan.
“Sekarang
pulangkan barang-barang yang kamu rampas pada tuannya, kalau tidak kamu
dan orang-orang kamu susah nanti,” kata datuk pada komunis.
“Baik, sekarang saya pulangkan,” jawabnya.
Tetapi,
ia menghadapi masalah yang lain pula, orang-orangnya tidak boleh
bergerak, walaupun diperintah berkali-kali dengan suara yang nyaring.
Datuk tahu di mana silapnya perkara itu. Ia segera membongkok dan
menepuk muka bumi dengan tangan kanannya. Bila semuanya dilakukan oleh
datuk, baru anggota komunis itu boleh bergerak.
“Sekarang kasi
balik orang punya barang,” ketua komunis mengeluarkan perintah lagi.
Tidak ada sesiapa yang membantah. Semua barang-barang yang dirampas
diletakkkan atas tanah lapang. Kemudian ketua komunis itu menyuruh orang
yang berada dalam bas turun untuk mengambil barang-barang mereka.
Tidak
sampai setengah jam, upacara memulangkan barang-barang yang dirampas
pada tuannya pun selesai. Datuk menyuruh mereka naik ke bas semula.
Datuk juga menyuruh pemandu bas menghidupkan enjin bas.
“Siapa
suruh lu kasi tahu driver bas, hidup enjin bas?” Ketua komunis mula
marah. Suaranya cukup garang dan matanya tertumpu ke wajah datuk.
“Saya kesian dengan dia orang, hidup mesti tolong-menolong,” balas datuk.
“Apa
awak cakap, ini awak kenal?” Ketua komunis halakan muncung pistol ke
batang hidung datuk. Datuk tarik nafas panjang. Ia merasakan dirinya
tercabar dan terhina.
Datuk menggigit bibir. Matanya tidak berkedip merenung ke arah saya. Dadanya nampak berombak menarik dan melepaskan nafas.
“Biadap,” pekik datuk.
Dan
cara tiba-tiba pistol di tangan ketua komunis itu terlucut. Mukanya
kelihatan pucat. Dan datuk terus jengkal mukanya dengan jari. Ketua
komunis itu terdiam. Ia terkejut dengan apa yang dilakukan oleh datuk.
“Biadap,
memang tak tahu mengenang budi,” rungut datuk. Ia renung semua anggota
komunis yang berdiri di sisinya. Saya terdim, tidak berani berkata
sesuatu apa pun.
“Kamu balik ke hutan, kalau kamu mahu selamat,”
pekik datuk lagi. Anggota-anggota komunis yang berdiri itu, segera
bergerak dan menghilangkan diri dalam hutan.
Tetapi, tiga orang
anggota komunis tidak mempedulikan kata-kata datuk. Mereka ini dianggap
orang kanan dan ada kuasa dalam pasukan komunis yang berjumlah hampir
tiga puluh orang itu. Datuk renung muka komunis Melayu, kemudian komunis
India dan akhir sekali komunis Cina.
“Sekarang bas boleh
jalan,” jerit datuk ke arah pemandu bas. Beberapa minit kemudian bas
Ipoh-Kuala Kangsar terus bergerak. Meninggalkan kami berlima di pinggir
hutan iaitu tiga orang anggota komunis, diri saya dan datuk.
Tanpa
saya duga anggota komunis Melayu itu menyeluk sakunya. Ia mengeluarkan
tangkal dan seketul kemenyan. Ia membakar kemenyan dengan mancis api.
Saya rasa seluruh kawasan saya berdiri penuh dengan asap tebal. Saya
terdengar bunyi orang bercakap tetapi, orangnya tidak kelihatan.
Memang
tidak lojik, asap kemenyan yang sedikit itu boleh menguasai seluruh
kawasan belukar. Saya dan datuk terbatuk dua tiga kali.
“Mereka dah hilang tuk,” kata saya pada datuk.
“Aku tahu, mereka hilangkan diri dari kita.”
“Apa yang patut kita buat tuk?”
“Sabarlah.”
Saya
dan datuk mendiamkan diri kira-kira lima minit, asap kemenyan terus
menipis dan hilang. Datuk mengajak saya menuju ke bibir jalan raya. Bila
kami melangkah, anggota komunis Melayu muncul dari balik pokok getah.
Ia tidak merenung ke arah saya dan datuk.
“Ikut kami, bersatu dengan kami untuk membebaskan tanahair dari penjajah,” katanya dengan suara yang lembut.
“Kita sudah merdeka, bukan kau tak tahu, kita merdeka pada 1957, sekarang sudah enam tahun lebih kita merdeka,” jelas datuk.
“Kite
tidak benar-benar merdeka, kamu harus membantu kami, ini tawaran paling
balk untuk kamu, kalau kamu mahu hidup, kalau tidak kamu dua beranak
kami bunuh di sini.”
“Tidak, perjuangan kamu perjuangan sia-sia,” balas datuk tegas.
Kali
ini komunis Melayu itu merenung ke arah datuk. Ia menghilangkan dirinya
beberapa saat di celah daun keladi liar. Kemudian Ia memunculkan
dirinya di antara saya dengan datuk.
“Apa fasal kamu kata
perjuangan kami sia-sia, kami berjuang untuk kemerdekaan tanahair, untuk
kebebasan berfikir,” komunis Melayu itu bersuara lagi.
“Kamu
komunis yang tidak percayakan kewujudan Allah,” sanggah datuk. Dan kali
ini datuk kelihatan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Komunis
Melayu itu mencampakkan seutas tangkal atas tanah. Kawasan tempat
tangkal itu jatuh terus dikuasai oleh api. Anggota komunis itu tepuk
tangan. Api yang marak itu terus padam.
“Kau memang handal,” kata datuk.
“Kalau tak cukup syarat, aku tak jadi komunis,” jawabnya.
“Aku tak boleh bekerjasama dengan kamu,” kata datuk.
“Jangan menyesal”
“Tidak.”
Komunis
Melayu itu menghilangkan diri. Saya dan datuk meneruskan perjalanan.
Tiba-tiba komunis Melayu dan dua orang kawannya muncul di depan kami.
Mereka bersedia untuk menangkap kami. Datuk masih tenang. Ia tidak
merasa bimbang, walaupun muncung senapang menghala ke arah perutnya.
“Sekarang,
mahu ikut atau mahu mati,” ketua komunis (Cina) terus bersuara. Kali
ini, muncung senapangnya ditekan ke pusat datuk. Saya lihat ketua
komunis cukup hati-hati. Ia tidak mahu peristiwa yang dialaminya
sebentar tadi berulang pada dirinya.
“Tidak mahu,” jawab datuk.
“Tidak
mahu, ertinya awak mati,” suara ketua komunis keras. Ia cuba menarik
pemetik senapang. Cepat-cepat datuk memegang muncung senapang itu
menjadi lembut macam timah dibakar.
Ketua komunis itu terus juga
menarik pemetik senapang. Anehnya, senapang itu tidak meletup tetapi,
kelongsong pelurunya terus keluar. Ketua komunis itu mendapati seluruh
tangannya terbakar dan melecur.
Komunis Melayu itu jadi marah,
kerana ketuanya dipermainkan. Ia mengeluarkan sejambak tangkal dari
sakunya. Mulutnya mula bergerak membaca mantera dan jampi. Datuk terus
membaca Fatihah dengan lancar sebanyak 41 kali.
Semua tangkal
yang dikeluarkan oleb komunis Melayu tu hancur menjadi abu. Telapak
tangannya kelihatan merah macam terbakar. Semua tangkal yang dipasang di
tangan, di pinggang dan leher habis jatuh ke tanah. Semuanya menjadi
abu dan debu.
“Pulanglah, aku tak mahu apa-apakan kamu, cuma
nasihat aku pada kamu jangan menuntut ilmu dari syaitan.” kata datuk
pada komunis Melayu itu.
Rupanya, komunis Melayu itu tidak mampu
melangkah. Kedua belah kakinya macam lumpuh. Komunis Cina dan India
terus menghampirinya.
Komunis berbangsa India terus menembak komunis Melayu dengan pistol. Perbuatan itu amat mengejutkan datuk.
“Kenapa kamu bunuh dia?” Tanya datuk.
“Dia
lumpuh, orang lumpuh dan tidak sihat, memang tidak dikehendaki oleh
pasukan kami,” jelas ketua komunis. Datuk terdiam. Tidak dapat berbuat
apa-apa.
Datuk menarik nafas dalam-dalam sambil merenung ke arah
saya. Perlahan-lahan datuk gelengkan kepala, bila melihat mereka
mengusung mayat komunis Melayu ke dalam hutan. Saya menggaru pangkal
leher. Sedih rasa hati melihat bangsa sendiri dipikul macam binatang.
“Hei, nanti dulu.”
Datuk
meluru ke arah anggota komums yang memikul kawannya. Mereka berhenti
melangkah. Mayat yang diikat kaki dan tangan diletakkan atas tanah. Kayu
pengandar dibiarkan berada di mayat tersebut.
“Kenapa?” Tanya ketua komunis.
“Dia
orang Melayu dan beragama Islam, serahkan pada saya, biar saya
kebumikan cara hukum Islam. Awak tahu, cara yang awak lakukan ini
menyeksa mayat, perbuatan begini tidak baik menurut agama kami. Islam
mahu setiap penganutnya yang mati mesti segera ditanamkan.”
“Itu urusan agama kamu, tapi dia ini dah jadi ahli kami dan apa yang berlaku adalah urusan kami,” jawab ketua komunis.
Datuk
terdiam. Ketua komunis terus mengarahkan orang-orangnya memikul mayat
komunis Melayu itu dalam hutan. Kumpulan komunis itu meninggalkan kami.
Mereka melepaskan tembakan ke udara bertalu-talu.
“Sudahlah
Tamar, aku tak berani bertindak lebih jauh dari apa yang kamu lihat,
kalau aku berkeras bereti aku menempah bahaya,” datuk bagaikan merungut.
Ia terus mengajak saya keluar dari kawasan hutan menuju ke tepi jalan
raya. Kami berdiri di situ sambil menahan kenderaan yang lalu.
Tidak
ada sebuah kenderaan pun yang mahu berhenti. Badan saya terus berpeluh.
Sinar matahari bertambah garang. Dada jalan raya dibahangi kepanasan
kelihatan macam ada air bertakung. Beberapa lori tentera terus melintas
di depan kami. Anggota tentera yang ada di dalamnya lengkap dengan
senjata. Mereka merenung ke arah kami dengan renungan yang tajam.
Tiba-tiba
sebuah jeep polis yang berdindingkan besi waja berhenti di depan kami.
Dua orang anggota polis yang memakai topi bulat dan berjambul di tengah
menghampiri kami dengan raifel yang tersedia di tangan.
Kedua-dua
anggota itu menghampiri datuk. Segera datuk terangkan apa yang telah
terjadi. Kedua-dua anggota polis agak terkejut. Saya dan datuk disuruh
masuk ke perut jeep. Lemas rasanya berada dalam perut jeep yang tidak
bertingkap.
“Nak bawa kami ke mana?” Tanya datuk.
“Ke Balai Polis Cemur, buat laporan,” jelas anggota polis yang duduk di sisi datuk.
”Jangan
bimbang awak tak apa-apa cuma melaporkan apa yang terjadi,” tambahnya.
Datuk anggukkan kepala. Jeep yang kaml tumpangi berpatah balik ke Pekan
Cemur.
Datuk dan saya diperkenalkan dengan ketua Balai Polis.
Datuk menceritakan apa yang dialami. Seorang anggota polis mencatatkan
apa yang diterangkan oleh datuk.
“Kawasan tempat kejadian itu,
namanya Kantan dan saya yakin pemandu bas itu membuat laporan di Balai
Polis Ipoh,” terang ketua Balai Polis pada datuk. Ia menjeling ke arah
saya. Kemudian ketua Balai Polis itu menyuruh anggota polis yang
bertugas di bahagian semboyan menghubungi Pejabat Polis Negeri untuk
melaporkan apa yang terjadi.
“Saya yakin, pihak pasukan
keselamatan akan mengesan jejak anggota-anggota komunis itu,” terang
ketua Balai Polis. Datuk anggukkan kepala.
“Kalau begitu biarlah kami balik dulu,” kata datuk.
“Awak berdua nak ke mana?”
“Ke Batu Gajah”
“Kalau begitu awak berdua tumpang jeep yang awak naik tadi sampai ke Ipoh.”
“Tak payahlah, biar kami naik teksi.”
“Jangan begitu, awak berdua naiklah, jeep itu memang nak pergi ke Balai Polis Pusat di Ipoh.”
“Tapi.”
“Tak ada tapinya.”
“Saya minta maaf, biarlah kami naik teksl dari sini,” datuk menolak dengan wajah yang manis.
Jawapan
datuk itu kurang memuaskan hati ketua Balai Polis. Ia macam merasakan
keselamatan diri saya dan datuk tidak begitu terjamin. Ia minta seorang
anggota polis menemani datuk dan saya ke tempat teksi.
“Pastikan
mereka naik teksi,” pesan ketua Balai polis itu pada anggota polis yang
akan menemani ke tempat teksi. Saya lihat anggota polis itu mengangguk.
Akhirnya,
kami naik teksi menuju ke Ipoh. Says tahu, kalau datuk ada masa, tentu
ia tidak mahu terus ke Ipoh. Mungkin Ia mahu berada lebih lama di Cemur.
Ramai saudara-maranya di situ terutama di Ulu Kuang.
“Kalau tak
diganggu oleh komunis, mahu pergi ke Ulu Kuang,” ujar datuk sebaik
sahaja turun dari teksi. Saya senyum, datuk memang agak aneh orangnya.
Kalau
hatinya tergerak untuk singgah di mana-mana dalam perjalanan Ia akan
turun di tempat yang diingininya, sedangkan ia sudah pun membayar
tambang perjalanan terus.
SEGAMAT
Saya masih ingat, satu
waktu datuk mengajak saya pergi ke Kluang, naik keretapi dari Taiping.
Bila sampai di Segamat ia terus turun untuk ke Jemantah menemui kawan
lamanya, padahal datuk sudah membayar tambang Taiping - Kluang. Inilah
keganjilan datuk, kerana itu nenek tidak suka mengikutnya berjalan ke
mana-mana.
“Apa yang kamu menungkan, mari kita pergi stesen bas”,
jerkah datuk. Apa yang bermain dalam kepala terus hilang. Kami naik
beca menuju ke bas stesen. Sampai di stesen bas, datuk jumpa kawan dan
kawannya itu mengajak Ia minum kopi.
Hampir dua puluh minit saya
termangu di kedai kopi, mendengar datuk bercerita dengan kawannya.
Perkara yang diceritakan fasal kebun pisang, fasal kebun dan musuh-musuh
yang merosakkan tanaman mereka. Kemudian cerita fasal anak cucu. Memang
bosan mendengar cerita seperti itu.
Bila saya memperlihatkan
wajah kurang senang, barulah datuk sedar tentang kesilapan kecil yang
dilakukannya. Ia segera membayar air minuman dan bangun. Bersalaman
dengan kawannya dan terus keluar dari kedai. Saya gembira dengan
tindakan yang dilakukan oleh datuk.
“Dia tu aku kenal sepuluh
tahun yang lalu, orang kuat politik menentang Inggeris, dia tu bekas
anggota Angkatan Pemuda Insaf yang diketuai oleh Boestamam,” beritahu
datuk pada saya.
“Macam mana tuk boleh kenal dengannya?” Saya cungkil rahsia.
“Dulu,
aku pergi ke hospital Ipoh tengok anak buah aku yang kerja atendan di
situ, aku terjumpa dia mengambil ubat. Aku tegur dia, kemudian dia
menceritakan pada aku, dia orang tahanan politik di jalan Asby, dia juga
kirim salam pada ayah saudara kamu yang jadi anggota API macamnya,”
jelas datuk. Saya anggukkan kepala.
(Boestamam yang dimaksudkan
oleh datuk ialah Datuk Ahmad Boestamam yang meninggal dunia pada 18
November 1983 di Kuala Lumpur. Angkatan Pemuda Insaf atau API adalah
parti politik yang dipimpinnya untuk memperjuangkan kemerdekaan
tanahair).
“Kamu puas hati dengan keterangan aku ni Tamar?”
“Puas hati tuk.”
“Lain
kali kamu mesti ingat, kalau aku jumpa dengan sesiapa dan bercakap
panjang, itu tandanya orang yang aku lawan bercakap tu, bukan sebarang
orang.”
”Ada juga orang yang tuk kenal di tepi jalan tapi datuk
bercakap panjang,” saya lihat datuk bagaikan tersentak mendengar
kata-kata saya itu.
Mungkin datuk tidak terdaya menafikan
kata-kata saya itu. Saya lihat datuk tersenyum sambil merenung ke arah
manusia yang mundar-mandir di bas stesen. Bunyi enjin bas menderu-deru
mengganggu anak telinga saya.
“Barangkali itu kelemahan datuk
kamu Tamar, aku suka bercakap dengan siapa saja,” datuk semacam
mengeluh. Bahu saya ditepuknya berkali-kali. Saya dan datuk menuju ke
bas yang akan menuju ke bandar Batu Gajah. Sebaik sahaja penjual tiket
menghampiri datuk dan enjin bas dihidupkan datuk segera bangun dan turun
dari bas.
“Kenapa tuk?”
“Habis kite nak naik apa tuk.”
“Aku rasa tak sedap hati naik bas.”
“Mari kita ke tempat teksi, kita naik teksi.”
Meluat
rasa hati dengan sikap datuk. Mahu sahaja saya membangkang
rancangannya. Tetapi, bila mengingatkan perangai datuk yang pantang
dibantah atau dihalang itu, saya menurut sahaja. Hati kecil saya tetap
membebel berjalan di tengah panas menuju ke perhentian teksi yang
letaknya agak jauh dari stesen bas.
Kami sampai ke bandar Batu
Gajah dan singgah di masjid untuk sembahyang Zuhur. Datuk berkenalan
dengan seorang penjual sayur di pasar Batu Gajah yang cara kebetulan
menunaikan fardhu Zuhur di situ.
Saya yang duduk bersandar di
dinding masjid dalam jarak kira-kira sepuluh kaki dari mereka, tidak
dapat mendengar dengan jelas perbualan mereka. Dari raut wajah datuk,
saya dapat meneka yang penjual sayur ini menyampaikan sesuatu yang
menarik minat hati datuk.
Mereka bersalaman dan berpisah. Sebelum
keluar dari masjid penjual sayur berkulit hitam dengan tahi lalat
sebesar biji betik di bibir kanan tersenyum ke arah saya. Senyuman mesra
itu saya balas.
Saya dan datuk meninggalkan masjid. Kami
menyusur kaki lima bangunan kedai. Bandar Batu Gajah terbahagi dua,
sebelah selatan disebut Pekan Lama dan sebelah utara disebut Pekan Baru.
Saya dan datuk sedang menuju ke arah Pekan Baru.
“Ke mana?”
Seorang lelaki berkulit cerah, berbadan gempal menegur datuk. Raut
wajahnya tampan ada mirip aktor Allahyarham Nordin Ahmad.
“Ha kamu, kamu anak Haji Alwi,” suara datuk riang.
Datuk
segera menarik tangan anak muda itu ke dalam sebuah restoran milik
India Muslim. Haji Alwi memang saya kenal. Ia orang kampung saya berasal
dari Kerinci, Pulau Sumarera Barat.
Kami duduk di meja tepi sebelah kanan kedal. Tersorok dari pandangan orang ramai.
“Kamu buat apa di sini Zamri?” Tanya datuk.
“Sejak saya tinggalkan kampung, saya terus masuk polis, nama saya juga sudah bertukar, bukannya Zamri lagi.”
“Habis, kamu pakai nama apa? Nama orang putih?”
“Pakai nama Islam, nama saya sekarang Mat Noor, sekarang ni nak ke mana?” Soal Mat Noor.
“Aku nak ke Bakap nak jumpa kawan.”
“Hum,” Mat Noor tersenyum.
Minuman
yang dipesan oleh Mat Noor pun diletakkan atas meja. Sambil minum, Mat
Noor menceritakan sebab utama meninggalkan kampung kerana takut diberkas
oleb lnggeris. Ketika ia menjadi orang kuat parti Boestamam.
Mat
Noor berhijrah ke Kajang. Bila kerajaan lnggeris memerintahkan setiap
rakyat Tanah Melayu mesti memiliki kad pengenalan dan setiap yang mahu
membuat kad pengenalan mesti membawa surat tarikh lahir atau surat
beranak. Kesempatan itu digunakan dengan sebaik mungkin oleh Mat Noor
untuk masa depannya.
Ia memberitahu Pegawai Daerah surat lahirnya
sudah hilang. Ia diperintah membuat surat sumpah di depan hakim dengan
membawa dua orang saksi. Perintah itu dipatuhi oleh Mat Noor. Sejak hari
itu, nama Zamri yang diberikan oleh orang tuanya tidak digunakan lagi.
Di mana-mana orang mengenalinya sebagai Mat Noor.
“Kalau saya
pakal nama lain, sudah tentu saya kena masuk kem tahanan, saya tak boleh
ingat , saya buat kad pengenalan masa saya dah berumur dua puluh
tahun,” Mat Noor mengenangkan kisah lalu.
“Kamu dah berumur dua
puluh empat tahun, aku pula lagilah tua, dah dekat lima puluh, orang
kampung jadi takut, maklumlah itulah kali pertama kad pengenalan
diperkenalkan pada kita, aku ingat masa nak ambil gambar kad pengenalan
ayah kamu pakai serban, masa tu dia baru balik dari Mekah,” kata datuk
dan mereka terus ketawa serentak.
Pertemuan yang tidak diduga
antara datuk dengan Mat Noor, sedikit sebanyak memberikan pengetahuan
pada saya bagaimana anak-anak kampung berjuang menentang penjajah untuk
kebebasan tanahair tercinta.
Ini membuktikan anak-anak Melayu di
kampung, memang manusia yang berjiwa besar, tahu menilai dan menghargai
erti kebebasan dan kemerdekaan tanahair.
Selain dari itu, saya juga mendapat tahu bahawa penggunaan kad pengenalan mula digunakan di tanahair sejak zaman Inggeris lagi.
“Bia
balik dari Bakap nanti, singgahlah di rumah saya, duduk semalam dua,
boleh jumpa anak bini saya,” pelawa Mat Noor ketika keluar dari restoran
tersebut.
“Tengok keadaan dulu, kalau ada masa boleh singgah.”
“Kalau
mahu mesti ada masa,” jawab Mat Noor yang berusia sekitar 39-40-an. Ia
senyum ke arah saya. Kami meninggalkan Mat Noor di kaki lima restoran.
JUMPA
Datuk
amat gembira, ia dapat bertemu dengan kawan lamanya di Kampung Bakap.
Melihat bentuk tubuh dan wajah kawan datuk itu, saya dapat menduga yang
usia tidak jauh berbeza dengan datuk. Kalau datuk tua cuma beberapa
tahun sahaja. Begitu juga dengan dirinya, kalau Ia muda, cuma dalam
jarak beberapa tahun.
Sementara datuk dan kawannya itu berborak
panjang di anjung rumah, saya terus berdiri di bawah pohon kelapa dalam
sinaran matahari petang yang redup.
Saya merenung ke sebuah kapal
korek yang berada dalam danau yang luas. Kapal Korek itu sedang
mengeluarkan bijih timah dari perut bumi.
Ingin sekali saya
menghampiri kapal korek yang besar itu. Tetapi, datuk melarangnya dengan
alasan takut saya jatuh ke dalam lombong yang airnya cukup dalam. Kawan
datuk juga tidal menggalakkan saya pergi ke tempat tersebut. Katanya
ada budak yang jatuh dan mati kerana tanah tempat mereka
berdiri rebak dan mereka jatuh dalam lombong.
Sedang
asyik memerhatikan kapal korek tersebut, seorang budak lelaki
menghampiri saya. Saya kira usianya sama dengan saya kerana tinggi kami
hampir sama. Dengan wajah yang ramah Ia memperkenalkan dirinya sebagai
Ramli.
Dalam beberapa minit sahaja kami jadi begitu mesra. Ayah
Ramli menjadi buruh kapal korek yang saya lihat. Ramli yang ramah itu
menceritakan pada saya, dulu kawasan yang menjadi lombong itu adalah
perkampungan dan penuh dengan rumah orang Melayu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
79. Wanita Tanpa Wajah Jalan Malam
PEMILIK lombong itu membeli tanah milik orang Melayu dengan harga yang
mahal. Dan orang Melayu yang menjual tanah itu diberi tapak rumah yang
terletak di satu kawasan lain. Tidak lama lagi tulang mayat yang ada di
tanah perkuburan tersebut akan dipindahkan ke tempat lain. Segala
perbelanjaan ditanggung oleh pihak tuan punya lombong.
“Tidak
lama lagi kampung kami tinggal nama saja, semua rumah yang ada ini,
paling lama boleh bertahan lima enam bulan saja lagi, lepas tu terpaksa
pindah. Di bawah tempat kita berdiri ini penuh dengan bijih,” kata
Ramli.
“Macam mana kalau mereka tak mahu pindah?”
“Mana boleh semuanya sudah dijual duit pun dah ambil dari tauke lombong,” jawab Ramli.
“Rugi mereka jual tanah,” kata saya.
“Awak
tak boleh cakap macam ini, kalau mereka tak jual tanah, mereka juga tak
boleh kaya, takkan nak cangkul tanah cari bijih, lagipun tawaran yang
datang ni memang tinggi,” kata Ramli. Bila saya fikirkan dengan halus
cakapnya itu memang ada benarnya.
Rupanya Ramli yang hampir
sebaya dengan saya itu, terlalu pintar bercakap. Ia boleh bercerita
tentang apa sahaja yang ada hubung kait dengan Kampung Bakap. Kami terus
bercerita panjang. Kami berpisah ketika azan Maghrib dilaungkan.
Ramli
kini menjadi pelombong Melayu yang berjaya, setelah ia meletakkan
jawatan sebagai Pengarah Galian Negeri Perak. Anak sulungnya menuntut
ilmu kedoktoran di England.
Kawan datuk itu namanya, Alang Abdul
Rauf. Datuk memanggilnya Rauf sahaja. Sebagai orang kampung yang
sederhana, ia mempunyai dua ekar tanah dusun dan tiga ekar ladang getah.
Hasil dari tanah miliknya itu menjadi sumber pendapatannya.
Sejak
enam bulan kebelakangan ini, ia membuat kerja tambahan menggali kubur
lama waktu malam. Tulang-temulang dari kubur lama itu dikumpulkan lalu
ditanam di kawasan perkuburan yang baru. Semua pembiayaan kerja itu
diuruskan oleh pihak tuan punya lombong yang mahu mencari bijih di
kawasan tersebut.
Alang Rauf dibantu oleh empat orang lain.
Mereka menjalankan kerja selepas waktu Isyak hingga ke Subuh. Sepanjang
tugas itu dilaksanakan mereka tidak menghadapi sebarang kejadian aneh.
Semua kerja berjalan dengan lancar.
“Bagaimana, kalau kamu dengan
cucu kamu ikut kami malam ini,” Alang Abdul Rauf membuat tawaran pada
datuk setelah selesai sembahyang Isyak. Bulu tengkuk saya jadi meremang
mendengar pelawaan itu. Ah, itu kerja gila, pergi kubur waktu malam dan
menggalinya pula, rungut saya dalam hati.
“Minta maaf, malam ni saya ada berjanji dengan orang yang berniaga di pasar Batu Gajah,” ajar datuk tenang.
“Nak ke mana pula?”
“Orang
tu beritahu saya, di kampung tempat dia menyewa rumah dikawal oleb satu
lembaga putih, sesiapa yang datang ke kampungnya dengan niat nak
mencuri atau mengambil sesuatu lembaga putih akan menganggunya.”
“Aku tahu cerita tu kalau tak silap di Kampung Dhobi di Pekan Lama.”
“Agaknya,
begitulah,” datuk menelan air liur. Alang Abdul Rauf menggaru pipi
kiri. Kemudian menyedut rokok daun dengan penuh nafsu. Suara cengkerik
jelas kedengaran menendang gegendang telinga.
Alang Abdul Rauf
pun terus bercerita pada datuk. Kira-kira tiga bulan yang latu, waktu
musim buah durian gugur. Tiga orang pemuda India yang nakal telah datang
ke kampung tersebut untuk mencuri buah durian waktu malam.
Sedang
mereka mengutip buah durian, tiba-tiba mereka terpandang lembaga putih
memakai kain telekung. Pada sangkaan pemuda-pemuda India itu,
orang-orang kampung cuba menakutkan mereka.
Mereka terus
membalingkan kulit durian dan dahan kayu ke arah lembaga tersebt.
Lembaga itu tidak bersuara malah terus duduk di tunggul buruk. Kerana
memikirkan yang bertelekung itu orang perempuan, ketiga-tiga pemuda
India ini terus rapat ke arah lembaga tersebut.
Bila sahaja
lembaga itu merenung ke arah mereka. Ketiga-tiga pemuda India itu terus
menjerit dan lari lintang-pukang. Dua hari kemudian seorang daripada
pemuda India itu mati gantung diri. Manakala yang dua orang terus gila
dan dihantar ke hospital Bahagia Tanjung Rambutan.
“Apa yang mereka lihat.” tanya datuk.
“Entahlah,aku pun tak tahu.”
“Pelik juga ceritanya.”
“Kalau
kamu nak tahu, kamu pergi sendiri. Aku nak mulakan kerja, kawan-kawan
aku dah menunggu,” Alang Abdul Rauf segera bangun menuju ke pintu.
“Tak apalah Rauf, aku juga nak pergi ke tempat yang aku janjikan dengan peniaga tu,” datuk terus bangun.
“Kamu balik atau tidak malam ni?”
“Belum tahu lagi.”
“Tak apalah, kalau kamu balik dan aku tak ada di rumah kamu ketuk aja pintu, nanti orang rumah aku bukakan pintu.”
Alang Abdul Rauf terus melangkah menuju ke tempat kerjanya. Saya dan datuk juga mengatur langkah.
Sampai
sahaja di depan Masjid Batu Gajah, kenalan datuk sudah pun menunggu. Di
situ kami menuju ke rumahnya. Isterinya menghidangkan kopi dan biskut
kering.
“Awak ni berminat sangat nampaknya, apa awak seorang
pawang dan nak menghalaunya,” tanya peniaga tersebut pada datuk. Ketika
itu jam sudah pun hampir pukul dua belas malam.
“Bukan apa-apa, saya cuma nak tengok, apakah cerita betul atau sengaja diada-adakan.”
“Kalau awak tak mahu, biar kami pergi berdua.”
“Tak apalah. saya hantarkan awak ke hujung kampung.”
“Boleh juga,” jawab datuk.
Tepat
pukul dua belas malam. Kami meninggalkan rumah. Peniaga tersebut cuma
menghantar kami hingga sampai ke pohon jejawi yang besar. Ia membekalkan
lampu suluh pada datuk. Saya mula resah. Angin malam yang bertiup
lembut terus menjamah wajah saya.
“Saya setakat sini saja, awak tahu menuju rumah saya,” lembut benar suara peniaga. Membayangkan rasa cemas.
“Saya tahu menuju rumah awak, terima kasih.”
“Sebenarnya,
saya tak pula suruh awak buat macam ni, saya sekadar bercerita saja di
masjid tadi, saya fikirkan awak olok-olok aje nak datang rupa-rupanya
awak sungguh-sungguh.”
“Saya memang suka buat kerja macam ni,” jawab datuk. Dan peniaga itu meninggalkan kami di bawah pepohon jejawi yang besar itu.
Dua
tiga kali saya meraba pangkal dagu bila terdengar lolongan anjing
bersahut-sahutan dari bahagian tengah dan hujung kampung. Lolongan
anjing itu disertai dengan salakan yang tidak putus-putus macam menyalak
sesuatu. Saya lihat ke langit, saya nampak awan putih bersih bergerak
lemah ke selatan.
Suara katak dan cengkerik menambahkan rasa
seram. Beberapa helai daun jejawi yang tua gugur lalu menyentuh kepala
saya. Datuk tetap tenang menyuluh ke kiri dan ke kanan dengan lampu
picitnya. Melihat dari langkah dan gerak tangan datuk, menggambarkan
yang dirinya tidak perlu membuat apa-apa persiapan.
Datuk tidak
membaca ayat-ayat suci. Ia kelihatan tenang dan adakalanya ia tersenyum
panjang. Datuk duduk bersila di pangkal jejawi. Akar-akar yang
bergayutan di pohon jejawi bergerak sendiri macam ada orang yang
menolaknya. Akar-akar itu memukul belakang datuk dan adakalanya memukul
bahagian punggung saya. Terasa juga sakitnya tetapi, saya diamkan
sahaja.
“Suluh baik-baik,” datuk mengingatkan saya. Arahan datuk saya patuhi.
Saya
terdengar kicau burung murai. Pelik juga macam mana murai boleh
berkicau malam. Bila kicau mural itu berhenti. Ada titik air jatuh dari
dahan jejawi, macam air dari perahan kain yang dibasuh. Air itu turun
berjuntai. Salakan anjing beransur perlahan begitu juga dengan
lolongannya.
Terdengar bunyi kaki orang memijak reranting dan
dedaun kering dalam gelap malam. Bila disuluh dengan lampu picit. Tidak
ada sesuatu yang dapat dilihat. Bulu tengkuk saya meremang. Badan saya
terasa seram sejuk.
Beberapa ekor tikus liar. Entah dari mana
datangnya melintas di depan saya dan datuk. Seekor anjing yang bertompok
hitam putih melompat di depan datuk dan terus hilang. Beberapa saat
kemudian terdengar suara anjing menderam macam menegur sesuatu.
“Dia tidak datang kerana kita tidak mengambil sesuatu di sini,” kata datuk pada saya sambil bangun. Ia menggeliat.
“Apa yang kita nak ambil tuk?”
“Ikut aku Tamar.”
Saya
lihat datuk menyuluh ke kanan. Dari suluhan lampu picit ternampak
beberapa batang pokok delima yang berdaun lebat. Datuk mengajak saya
menuju ke pohon delima itu. Datuk serahkan lampu picit pada saya.
“Suluh, biar aku petik sebiji dua,” beritahu datuk pada saya.
“Baik tuk.”
Datuk
memetik dua biji delima yang masak ranum. Dia masukkan ke dalam sakunya
dan datuk melangkah ke arah pohon kelapa yang berada di depannya.
Tiba-tiba
dari balik pohon kelapa itu muncul lembaga manusia, memakai kain putih
menutup seluruh tubuh hingga ke kaki. Hujung kain putihnya mengheret
dedaun dan ranting yang melekat dan mengeluarkan bunyi macam bunyi
pinggan yang ditarik atas meja tanpa alas.
Ia berjalan di depan
kami dalam jarak lima belas kaki. Bila datuk dan saya berhenti berjalan.
Ia juga turut berhenti. B11a datuk mengalihkan perjalanan ke arah lain.
Ia hilang untuk beberapa minit dan akhirnya muncul di depan kami.
Perbuatannya
itu seolah-olah menyekat perjalanan saya dan datuk. Lebih dari satu jam
kami berlegar-legar di situ. Ke mana sahaja kami pergi lembaga putih
tetap berada di depan. Ia tidak menoleh ke arah saya dan datuk. Bagaikan
ia mahu menyembunyikan wajahnya dari kami.
Ia juga tidak
mengganggu atau cuba menakutkan saya dan datuk. Saya mengajak datuk
pulang. Malangnya datuk tidak mahu mendengar cakap saya.
“Dia
tidak berkasar, susah aku nak menduganya,” beritahu datuk pada saya
dengan wajah sedikit kecewa. Dan datuk cuba mendekatinya. Lembaga putih
itu bagaikan tahu ape yang tersirat di hati datuk. Ia tidak bergerak,
tertegun dengan membelakangi kami.
Datuk terus menepuk bahu
lembaga putih. Dengan pantas lembaga itu memusingkan badannya. Menentang
wajah saya dan datuk. Badan saya menggeletar dan lembik. Saya jatuh
tanpa berkata apa-apa. Datuk tidak berganjak, Ia tetap menentang wajah
lembaga putih itu.
Macam mana badan saya tidak lembik dan jatuh.
Lembaga putih itu tidak berwajah. Bahagian muka yang tidak ditutup
dengan kain putih itu sebenarnya kosong, nampak berlubang dan hitam
pekat tetapi ada kilau cahaya yang amat kecil yang menyebabkan mata jadi
silau bila ditentang. Kepala terasa pening.
“Aku cuma nak tengok
kamu saja, apa yang aku ambil aku pulangkan ke tempatnya,” kata datuk
pada lembaga itu. Perlahan-lahan lembaga itu memusingkan badannya ke
arah depan. Datuk membangunkan saya. Lembaga putih masih berdiri di
tempatnya.
“Kita mengambil hak orang,” beritahu datuk pada saya.
Tangan saya ditariknya menuju ke pohon delima. Datuk mengeluarkan buah
delima dari koceknya dan diletakkan di pangkal pokok delima. Bila kami
toleh ke arah lembaga putih, lembaga itu sudah pun hilang.
Salakan
dan lolongan anjing kedengaran bertalu-talu dari arah selatan. Datuk
menarik tangan saya menuju ke rumah peniaga. Saya terkejut, peniaga itu
menunggu kami di kaki tangga. Jam tua di tengah rumahnya berdenting dua
kali.
“Jumpa?” Tanyanya.
“Jumpa, saya dah jumpa,” balas datuk.
“Apa katanya?”
“Dia mengawal kampung awak,” jawab datuk. Peniaga itu agak terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh datuk.
Ia
termenung. Dengan nada suara yang lembut ia berkata; “Ramai orang yang
berkata, seperti yang awak katakan itu.” Datuk tersenyum panjang. Datuk
terus duduk di sisinya. Saya masih berdiri.
Peniaga itu mengajak
datuk tidur di rumahnya dengan alasan ia mahu datuk bercerita, bagaimana
lembaga putih itu boleh berkeliaran di kampungnya. Ia juga ingin tahu
betulkah lembaga itu menjelma untuk mengawal kampung tersebut.
Datuk
menolak permintaannya. Datuk juga berjanji padanya, satu hari nanti,
datuk akan menceritakan padanya bagaimana lembaga putih tu boleh muncul.
Peniaga itu puas hati dengan penjelasan datuk dan merestui perjalanan
kampung ke rumah Alang Abdul Rauf.
Along Abdul Rauf sudah pun
pulang kerja ketika kami tiba di rumahnya. Ia sudah menyediakan tilam
dan bantal untuk kami. Macam selalu, sebelum tidur datuk akan melakukan
sembahyang sunat. Mungkin kerana terlalu letih, Along Abdul Rauf tidak
mahu bercerita panjang.
“Esok kamu ceritakan pada aku apa yang
kamu alami,” kata Along Abdul Rauf. Saya merasa senang hati. Saya dapat
tidur cepat. Sudah tidak tahan rasa menahan kelopak mata.
“Tak apalah Rauf, esok saja.”
“Tidurlah.” Alang Abdul Rauf meninggalkan kami.
GORENG
Pagi
itu, kami sarapan pagi di anjung rumah Along Abdul Rauf. Goreng pisang
yang disediakan oleh isterinya membuat saya makan dengan penuh selera
sekali.
“Kamu jumpa?” Along Rauf memulakan ceritanya.
“Jumpa dan bercakap dengannya.”
“Apa katanya?”
“Aku saja yang bercakap tetapi dia diam juga.”
“Ah,
kamu mempermainkan aku.” balas Along Abdul Rauf sambil ketawa panjang.
Saya cuma tersenyum lebar. Seronok juga melihat orang tua berjenaka.
Tanpa
diminta oleh datuk, Along Abdul Rauf terus bercerita berhubung dengan
lembaga putih. Menurutnya, lembaga itu sudah lama muncul di tempat
tersebut.
Beberapa orang pawang telah dipanggil untuk
menghalaunya tetapi tidak berjaya. Penduduk di tempat tersebut terpaksa
bertindak demikian kerana ramai penduduk yang terserempak dengan lembaga
putih bila pulang malam. Malah, ada yang jatuh sakit.
“Saya rasa susah nak mencari orang yang boleh menghalaunya,” tercetus suara datuk.
“Kalau macam tu susahlah.”
“Tak
susah satu masa nanti lembaga ini akan hilang dengan sendirinya,
asalkan penduduk di situ selalu mengadakan pembacaan yasin secara
beramai-ramai di masjid atau surau pada setiap malam Jumaat,” jelas
datuk dengan tenang.
Datuk terus memberitahu Alang Abdul Rauf,
lembaga putih itu ada hubungannya dengan orang kaya atau orang yang mula
meneroka kampung tersebut. Orang kaya atau peneroka kampung tersebut
memelihara sejenis makhluk untuk jadi pengapit dirinya atau untuk
menjaga hartanya.
“Ilmu itu apa namanya?” Mendadak sahaja Alang Abdul Rauf bertanya.
“Setengah orang menyebutnya Pengapit dan setengah orang pula menyebutnya sebagai kembar” jelas datuk.
“Tujuannya baik, tentu tak salah?”
“Sebagal
orang islam kenapa kita mesti minta pertolongan dari makhluk lain
seperti syaitan atan jin, kenapa kita tidak memohon pertolongan dari
Allah? Perbuatan begini sudah salah boleh memesongkan iktikad kita.”
“Tapi, kita mohon sesuatu yang baik untuk keselamatan diri dan Allah perkenankan,” Alang Abdul Rauf tidak puas hati.
“Bukankah
Allah itu pemurah, apa yang diminta akan diberi tetapi, Allah
memberikan fikiran pada kita untuk berfikir bagi memilih mana yang baik,
Allah suka pada orang berfikir.” Sanggah datuk. Dan datuk bersedia
melanjutkannya kalau Alang Abdul Rauf mahu berhujah tentang perkara itu.
“Kamu tahu tak, apakah makhluk pengapit dari jin dan syaitan atau sebagainya,” tanya Alang Abdul Rauf lagi.
“Boleh jadi kedua-duanya sekali,” pendek datuk menjawab.
“Hum,” keluh Alang Abdul Rauf.
Datuk
terus menerangkan pada Alang Abdul Rauf, bila orang yang mengamalkan
ilmu pengapit itu meninggal dunia. Pengapitnya akan berkeliaran mencari
kerabat si mati yang mahu membelanya.
Andainya keluarga si mati
itu tidak tahu simpati membela pengapit atau tidak mahu menyambung usaha
si mati, pengapitnya berkeliaran ke mana sahaja di kawasan kampung yang
pernah jadi tempat tinggal si mati. Pengapit itu akan menjadi penunggu
kampung secara sukarela dengan harapan ada orang yang bersimpati untuk
mengambilnya menjadi pengapit.
“Kamu tahu macam mana cara orang itu membela pengapitnya?” Cungkil Alang Abdul Rauf.
“Dia
mengadakan kenduri, membaca doa tetapi, lebihan dari jamuan kenduri itu
diambil diletakkan dalam niru lalu dicampakkan ke dalam hutan atau di
bawah pokok besar.”
“Mana kamu tahu semuanya ni?”
“Aku
pernah berdamping dengan orang yang membela pengapit tetapi, aku tak
mengamalkannya kerana perbuatan ini bertentang dengan ajaran Agama
Islam.”
“Hebat juga kamu ni?”
“Bagi aku, kita harus
menyerahkan diri pada Allah minta perlindungan pada-Nya, buat apa yang
disuruh, jauh dari kerja yang ditegahnya. Ajaran Islam kalau diikut
dengan betul, kita selamat dunia akhirat.”
“Tetapi, ada orang campur-adukkan ajaran agama dengan ilmu dunia, campur dengan perkara tahyul, bagaimana pendapat kamu.”
“Itu cara yang salah dan tanggungjawab orang itu untuk berhadapan dengan Allah,” datuk tersenyum.
Biji
mata Alang Abdul Rauf terbeliak bila datuk memberitahunya, jika datuk
memasukkan segenggam tanah ke arah muka lembaga putih yang kosong itu,
pasti lembaga itu akan mengikutnya dan akan menjadi hamba datuk sampai
datuk mati.
“Bukan itu tujuan aku mencarinya, aku sekadar nak
tahu saja. kalau aku tanya orang-orang kampung tersebut, aku mesti dapat
tahu pengapit siapa lembaga putih itu, tapi kena makan masa yang
panjang.”
“Tak usab buat kerja salah tu,” tahan Alang Abdul Rauf.
“Kalau kamu tak cakap pun, aku tak akan membuatnya.”
“Bagus, malam esok ikut aku ke kubur korek mayat,” pelawa Alang Abdul Rauf.
“Boleh juga,” jawab datuk pantas. Saya menarik nafas panjang.
Saya
tinggalkan datuk dan Alang Abdul Rauf yang rancak berbual. Saya duduk
berjuntai kaki di tangga, melihat pepohon yang berdaun lebat di halaman
rumah Alang Abdul Rauf. Dari radio jiran tetangga Alang Abdul Rauf, saya
menikmati lagu ‘Tak Mengapa’ dendangan A. Rahman Hassan yang popular
ketika itu.
Hati saya jadi terhibur lalu menepuk tangan
perlahan-lahan mengikut rentak irama lagu tersebut. Sesekali saya
menyebutkan senikatanya. Memang, semua senikata lagu itu tidak dapat
saya ingati. Tetapi, iramanya memang menarik, sambil mendengar lagu
tersebut, saya cuba mengkhayalkan dalam kepala yang saya sedang
mendendangkan lagu itu di atas pentas di hadapan ribuan para peminat.
Saya
tersenyum bila menerima tepukan yang bergemuruh. Saya lalu menundukkan
badan dan kepala membalas penghormatan itu. Saya bayangkan, ketika turun
dari pentas saya terus dikerumuni oleh para peniinat, mereka hulurkan
tangan untuk bersalaman, mereka lari beri autograf untuk ditandatangani.
Ada yang beri baju dan sapu tangan untuk ditandatangani. Saya jadi
lemas di tengah para peminat yang terdiri dari para belia.
Saya juga
membayangkan gambar saya jadi bahan siaran majalah hiburan. Di mana-mana
saya pergi, saya tetap disanjungi dan dihormati. Setiap hari saya
membalas beratus-ratus surat perninat. Oh, seronoknya.
“Eb, kamu
ini tak habis-habis dengan menung, berangan-angan,” datuk terus menepuk
bahu kanan saya. Semua khayalan indah yang berbunga dalam kepala hancur
punah. Saya renung mukanya dengan rasa kesal. Bukannya senang mahu
membina satu khayalan yang menyeronokkan.
“Kamu ikut Alang Abdul Rauf pergi ke Kota Baru,” kata datuk.
“Tuk nak ke mana?”
“Aku nak jumpa dengan peniaga di pasar Batu Gajah.”
“Kalau macam tu, saya ikut tuk saja, tak seronok dengan Alang Rauf, saya tak begitu kenal dengannya tuk.”
“Jangan
bantah cakap aku.” suara datuk mula keras. Dan Alang Abdul Rauf segera
mendekati saya. Perlahan-lahan saya lagakan gigi atas dengan gigi bawah
berkali-kali.
“Mari,” kata Alang Abdul Rauf. Saya tak ada pilihan. Terpaksa ikut cakap datuk dan mematuhi ajakan datuk.
Datuk,
saya dan Alang Abdul Rauf meninggalkan rumah. Jalan bersaingan hingga
sampai kepala simpang. Dari situ kami berpecah. Datuk menuju ke pasar
Batu Gajah. Alang Abdul Rauf dan saya menuju ke tempat yang
dirancangkan.
Seronok juga ikut Alang Abdul Rauf. Saya dapat
pengalaman baru yang amat menyeronokkan. Melintasi ladang getah dan
kawasan perlombongan yang amat luas. Tidak saya sangka Alang Abdul Rauf
yang sudah tua, (saya kira usianya sekitar lima puluh tujuh) masih
bertenaga mengayuh basikal
berbatu-batu. Saya yang membonceng di belakangnya perlu mengimbangkan badan supaya tidak berat sebelah.
Sesekali
terpaksa angkat punggung, bila tayar basikalnya melanggar akar-akar
getah yang berselirat di jalan kampung. Alang Abdul Rauf memberitahu,
dia sengaja membawa saya melalui jalan tersebut, kerana jalan kampung
itu merupakan jalan pintas yang terdekat untuk sampai ke Kota Baru,
sebuah pekan kecil dalam daerah Kinta.
Sejam kemudian, kami
sampai ke pekan kecil itu. Alang Abdul Rauf sandarkan basikal di pangkal
pokok jati depan kedai kopi. Bahagian belakang baju Melayunya, saya
lihat dibasahi peluh. Daging punggung saya terasa kebas dan
sengal-sengal.
“Kita minum, rumah adik aku tak jauh Lagi,” kata Alang Abdul Rauf.
“Saya tak dahaga pakcik.”
“Tak dahaga pun, apa salahnya minum.”
“Tak payahlah pakcik.”
“Jangan begitu, datuk kamu tak marah, dia suruh aku bawa kamu, biar kamu tahu tentang keadaan orang di sini.”
“Hummmm,” ketuh saya lalu mengikutnya masuk kekedai kopi.
Alang
Abdul Rauf minta dua cawan kopi. Sementara menanti kopi yang dipesan,
Alang Abdul Rauf menatap akhbar Utusan Melayu yang memang disediakan okh
pihak pekedai untuk para pelanggan yang datang minum. Saya lihat tidak
berapa ramai orang yang minum dalam kedai tersebut.
Kebanyakannya
sudab tua-tua belaka. Tetapi, mereka tetap bersikap ramah pada saya dan
Alang Abdul Rauf. Mereka tidak kedekut untuk memberikan senyuman pada
kami. Sikap mereka itu membuat saya gembira dan senang hati. Kopi yang
dipesan pun sampai.
“Minumlah” kata Alang Abdul Rauf pada saya.
Cepat-cepat saya anggukkan kepala lalu mendekatkan piring dan cawan ke
tepi meja. Saya kacau air dalam cawan dengan sudu. Biar gula, kopi dan
susu jadi sebati. Alang Abdul Rauf masih lagi menatap akhbar.
Seolah-olah buat tidak kisah dengan air kopi yang dipesannya.
“Pak
cik kenapa tak minum?” Tanya saya. Alang Abdul Rauf jatuhkan
suratkhabar atas meja. Muka saya ditentangnya sambil menolak suratkhabar
Utusan Melayu ke tepi. Saya terus mendermakan senyum padanya sambil
mengangkat cawan untuk menghirup air kopi.
“Tamar.”
Cawan
kopi saya letakkan atas meja kembali. Saya lihat Alang Abdul Rauf
menekup kedua belah telinganya dengan telapak tangan. Matanya tertatap
pada dada meja. Memang saya, tidak mengerti kenapa Alang Abdul Rauf
berbuat demikian. Mungkin itu kebiasaan yang sering dilakukannya atau
dia mengalami sakit telinga, saya membuat andaian yang tersendiri.
Alang
Abdul Rauf terus menghirup kopi. Bahu kanan saya dicuitnya, menyuruh
saya minum. Tanpa membuang masa, air kopi terus saya hirup. Rasa kering
di anak tekak terus berakhir.
“Makan kuih,” kata Alang Abdul
Rauf. Ia terus mengambil pulut udang dalam piring. Pembalut pulut udang
dikoyakkannya dengan berhati-hati.
Sebelum pulut udang disumbat
ke dalam mulut, pembalut bahagian atas dan bawah terus dibuang. Alang
Abdul Rauf terus mengunyah pulut udang dan kemudian ditelan.
Saya
terus mengambil kuih Seri Muka, bila kuih itu saya dekatkan ke mulut.
Alang Abdul Rauf terus berdehem. Saya segera memandang padanya dengan
ragu-ragu. Kenapa setiap kali saya mahu minum dan makan, Alang Abdul
Rauf melakukan sesuatu.
“Kau tak baca bismillah,” Alang Abdul Rauf mengingatkan.
“Oh. terima kasih.”
Saya
terus membaca bismillah. Kuih Seri Muka saya kunyah dengan rakus
sekali. Alang Abdul Rauf tersenyum memandang pada saya. Beberapa orang
pelanggan, masuk dan keluar dari kedai kopi. Matahari yang memancar
garang di luar menghantar bahang panas ke dalam kedai.
Badan saya
jadi berpeluh. Alang Abdul Rauf menghabiskan sisa-sisa kopi di cawan.
Ia minta lagi secawan kopi. Jumlah pulut udang dalam piring terus
berkurangan. Saya kira kopi dan pulut udang merupakan makanan dan
minuman yang amat digemari olch Alang Abdul Rauf.
“Tamar, kau mahu mengamalkan petua orang tua-tua.”
‘Mahu pakcik.”
Alang
Abdul Rauf kacau kopi dengan sudu berkali-kali. Sudu yang berlaga
dengan bibir cawan melahirkan bunyi yang amat menyeronokkan bagi diri
saya. Sebelum minum kopi, Alang Abdul Rauf menggosok-gosok rambutnya
dengan telapak tangan. Kemudian baru ia minum dengan tenang.
“Apa petua yang pakcik nak cakapkan dengan saya?”
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
80. Mayat Berbau Wangi
"Begini," Alang Abdul Rauf menggosok-gosok badan cawan dengan jari
kelingkingnya. Lagi sekali ia merenung ke kiri dan ke kanan. Ia menarik
nafas panjang. Kesan air kopi yang melekat di bibir bawahnya terus
dikesat dengan hujung jari telunjuk. Saya masih menanti, apakah
petua-petua yang akan diucapkannya kepada saya.
"Begini Tamar,
orang tua-tua kita dulu, banyak mengamalkan petua terutama bila berdepan
dengan minuman dan makanan," Alang Abdul Rauf memulakan," petua tu
digunakan untuk menjaga diri, mungkin makanan atau minuman yang diberi
atau dihidangkan oleh orang lain pada kita, ada benda-benda bisa yang
termasuk secara tidak sengaja," tambahnya dengan nada suara yang lembut.
Wajahnya nampak tenang sekali. Saya anggukkan kepala beberapa kali sambil merenung tangkai cawan.
"Apa dia petuanya pak cik?"
"Selalunya,
orang menaruh guna-guna dalam minuman, juga makanan dengan tujuan untuk
menjadikan seseorang tu bodoh, ada juga yang cuba menaruh racun," Alang
Abdul Rauf membetulkan duduknya, supaya selesa.
"Cara pertama
gunakan lidah untuk menjolok lelangit, kalau terasa geli, bolehlah minum
dan makan benda yang dihidangkan, kalau tidak terasa apa-apa semacam
kebas jangan makan atau minum, itu merbahaya," Alang Abdul Rauf
meluahkan petua pertama. Saya mendengar dengan penuh minat.
"Lagi petua yang ketiga macam mana pula?"
"Sebelum
makan atau minum, gosok rambut dengan telapak tangan, biasanya, jika
rambut digosok terasa kesat dan mengeluarkan bunyi, jika tak dengan
bunyi, jangan minum dan makan barang yang dihidangkan di depan kamu,"
Alang Abdul Rauf meluahkan semua petua yang diketahuinya pada saya.
Saya
mengaru-garu batang leher yang gatal. Mata terus merenung ke setiap
sudut kedai kopi. Saya kira petua-petua yang dikatakan oleh Alang Abdul
Rauf itu memang baik untuk diamalkan.
"Tetapi, orang-orang muda
sekarang mana mahu amalkan semua petua, Bismillah pun jarang dibaca bila
mahu makan atau minum," kata Alang Abdul Rauf dan saya merasakan
kata-kata itu, bagaikan menyindir diri saya sendiri. Muka Alang Abdul
Rauf saya pandang sejenak.
"Tapi, aku yakin kamu selalu baca Bismillah setiap kali minum dan makan, bukan begitu Tamar?"
"Insya-Allah pak cik," balas saya dengan segaris senyum.
"Mari kita pergi Tamar."
Alang
Abdul Rauf terus bangun. Ia menuju ke meja tuan punya kedai kopi. Alang
Abdul Rauf bayar harga kopi dan kuih. Kedai kopi kami tinggalkan dan
saya terus duduk di pelantar basikal menuju ke rumah adiknya yang
terletak kira-kira sebatu dari kedai kopi tersebut.
ADIK
Tujuan
utama Alang Abdul Rauf menemui adiknya untuk membincangkan tanah pusaka
peninggalan orang tua mereka. Alang Abdul Rauf mahu menjual tanah
pusaka itu pada orang lain.
Tetapi adiknya tidak setuju dengna
alasan tanah pusaka itu mahu ditanam dengna pokok durian dan langsat.
Sedangkan Alang Abdul Rauf berpendapat cara yang mahu dilakukan oleh
adiknya itu tidak sesuai kerana kedudukan tanah itu jauh dan tidak
pernah dijaga.
"Dari tanah tu terbiar ada baiknya kita jual,
duitnya kita bagi sama, selama ni duit cukai tanah aku yang membayar
hasilnya tak ada apa-apa," ujar Alang Abdul Rauf pada adiknya.
"Saya tak mahu jual, kalau abang jual juga, kita bukan lagi adik beradik," suara adiknya keras.
"Kalau sudah begitu kata kamu, tak jadilah aku nak jual tapi, cukainya kita bayar sama-sama."
"Abang saja yang bayar, saya mana ada duit, anak-anak saya ramai, bila saya ada duit nanti saya bayar."
"Itulah
yang selalu kamu cakapkan, bila aku datang minta duit kamu lari," suara
Alang Abdul Rauf meninggi. Adiknya terus membisu.
Mungkin kerana
sifat penyabarnya, Alang ABdul Rauf tidak mahu menyebut-nyebut soal
tanah pusaka dalam perbincangan berikut dengan adiknya. Anehnya, sebelum
Alang Abdul Rauf pulang, adiknya meminta wang darinya. Alang Abdul Rauf
hulurkan wang dua puluh ringgit pada adiknya.
"Itulah adik aku
Tamar, namanya Mat Judin, susah mahu diajak berunding," bisik Alang
Abdul Rauf pada saya, ketika turun dari rumah.
"Adik nombor berapa pak cik."
"Adik
bongsu, yang dia tahu minta duit tak beri tarik muka, kerana tak mahu
bergaduh dengan adik-beradik, terpaksa aku ikut cakapnya," terang Alang
Abdul Rauf.
"Apa pendapat kamu tentangnya."
"Tak ada apa-apa pak cik," balas saya dengan senyum pendek. Saya tidak mahu melibatkan diri dalam urusan keluarga orang lain.
Kami
tinggalkan rumah Mat Judin, ketika matahari sudah condong. Seronok naik
basikal di bawah lindungan pokok-pokok getah. Terasa cukup redup dan
selesa sekali. Peluh tidak sehebat tadi mercik di dahi dan tubuh. Alang
Abdul Rauf cukup rancak bercerita tentang keluarganya. Saya cuma
anggukkan kepala. Sesekali, saya ketawa, bila terdengar peristiwa lucu
terjadi antara Alang Abdul Rauf dengan adik bongsunya.
Tiba-tiba,
Alang Abdul rauf brek basikalnya dengan mengejut. Saya terpelanting ke
tanah. Siku kiri saya berdarah kena tunggul getah. Dengan susah payah
saya bangun. Pada mulanya saya mahu marahkan Alang Abdul Rauf tetapi,
bila saya lihat dirinya terkial-kial ditindih basikal dan baju Melayu
cekak musangnya koyak, saya tidak jadi marah.
"Kenapa pak cik," tanya saya.
"Tengok tu,"
"Ha,"
mulut saya ternganga. Kepala lutut saya terasa lemah. Seekor ular
tedung sela memanggungkan kepalanya separas dada saya. Ular itu
kelihatan seperti berdiri atas ekornya.
"Kamu jangan bergerak, Tamar," perintah Alang Abdul Rauf. Saya mematikan diri. Tegak macam patung.
Ular
tedung selar itu menggerakkan kepalanya ke kanan mengikut gerakan tubuh
Alang Abdul Rauf yang cuba mendirikan basikalnya. Ular tedung sela itu
terus mematuk ke arah tubuh Alang Abdul Rauf. Anehnya patukan ular itu
bagaikan tidak sampai ke tubuh Alang Abdul Rauf, macam ada sesuatu yang
menghalangnya.
Ular tedung sela berhenti mematuk tubuh Alang
Abdul Rauf . Basikal tua berjaya ditegakkan. Ular tedung sela masih
berdiri dengan kepala yang terkembang.
Perlahan-lahan Alang Abdul
Rauf membongkokkan badannya. Ular tedung sela turut merendahkan
badannya dan bersedia untuk melepaskan patukan pada ubun-ubun kepala
Alang Abdul Rauf.
Belum pun sempat ular tedung sela membenamkan
siungnya yang bisa ke kulit Alang Abdul Rauf, saya lihat Alang Abdul
Rauf terus melompat dengan sekelip mata sahaja, bahagian bawah kepala
ular tedung sudah berada dalam genggamannya. Cepat-cepat Alang Abdul
Rauf menekan siung ular tedung pada besi galang basikal.
"Kau
ambil mangkuk getah dan tadah," perintah Alang Abdul Rauf. Saya segera
mengambil mangkuk yang tersangkut pada pohon getah lalu menadah bisa
ular tedung yang keluar. Badan ular terus melilit lengan Alang Abdul
Rauf. Pada mulanya lilitan itu cukup kuat dan kejap. Sepuluh minit
kemudian, lilitan ular tedung menjadi lemah dan badannya terus lurus ke
bawah, tidak bermaya.
"Balik ke tempat kamu," kata Alang Abdul
Rauf meletakkan ular tedung sela atas tanah. Beberapa minit kemudian,
ular tedung sela itu menggerakkan ekornya beberapa kali. Panggungkan
kepala separas lutut Alang Abdul Rauf untuk beberapa saat. Badannya
direndahkan lalu melata atas bumi masuk ke dalam semak di sebelah kanan
jalan.
"Buat apa bisa ular ni pak cik, tanya saya. Alang Abdul
Rauf terus mengeluarkan botol kecil yang dibawanya. Ditutup dengan sapu
tangan bewarna merah.
"Jarang-jarang dapat bertemu dengan ular
tedung, entah macam mana petang ni, dia datang serah diri," Mukanya
kelihatan kemerah-merahan.
"Buat apa bisa ular ni pak cik?" ulang saya lagi.
"Untuk menawarkan bisa ular," balasnya tersenyum.
"Naik,
kita balik," gesa Alang Abdul Rauf pada saya. Ia terus menolak
basikalnya atas jalan tanah merah. Tanpa membuang masa saya terus
melompat atas lanting basikal. Kali ini Alang Abdul Rauf kayuh basikal
dengan laju sekali. Rambut saya terus mengerbang ditolak angin.
"Pak cik saya nak tanya sikit?"
"Apa dia tamar."
"Tadi saya nampak ular tu patuk ke badan pak cik tapi macam tak sampai."
"Betul ke?" Alang Abdul Rauf macam terkejut.
"Ya, pak cik."
Alang
Abdul Raud tidak menjawab, ia terus membongkok kayuh basikal. Langgar
akar dan tanah keras. Saya terpaksa angkat punggung. Kalau tak buat
macam itu, daging punggung saya terasa sakit dan mungkin juga lebam.
Angin yang memukul tubuh membekalkan kesegaran.
"Lain kali saja perkara tu aku ceritakan pada kamu Tamar."
"Kenapa?"
"Tak usahlah kamu tanya kenapa."
"Bisa ular tu nak buat apa pula?"
"Kamu
terlalu banyak bertanya," suara Alang Abdul Rauf mula meninggi. Saya
tahu ia kurang senang dengan sikap saya. Buat beberapa ketika kami tidak
bercakap. Bunyi rantai basikal tua yang tidak pernah ditaruh minyak
menyakitkan anak telinga saya.
"Bisa ular itu, aku campurkan
dengan minyak kelapa tulin kemudian aku hangatkan ke api hingga
mendidih, isi dalam botol," tidak saya duga Alang Abdul Rauf mahu
membuka rahsia kegunaan bisa ular yang diambilnya sebentar tadi. Saya
tersenyum dan memasang telinga untuk mendengar keterangan lanjut
darinya.
"Lepas tu pak cik buat apa?"
"Aku jadikan minyak
untuk menyapu seluruh badan, bila mahu tidur malam, dengan izin Allah
jika kita kena patuk ular bisanya terus tawar, kadang-kadang ular tidak
mahu mematuk kita, kecuali ular yang betul-betul ganas."
"Macam ular tadi."
Alang Abdul Rauf terus anggukkan kepala. Badannya terus membongkok kayuh basikal.
"Selain dari itu, apa khasiatnya lagi."
"Boleh menghilangkan sakit-sakit lenguh sendi, terkehel dan penawar bisa binatang."
"Macam tu, barulah saya tahu."
"Datuk kau tak cakap dengan kau."
"Tidak."
Alang
Abdul Rauf terbatuk. Basikal terus dikayuh dengan tenaga tuanya. Bau
peluhnya terasa hangit menyucuk lubang hidung saya. Baju dibahagian
ketiaknya basah dengan peluh. Dedaun getah yang tua terus berguguran.
Melayang-layang di udara sebelum tersadai di tanah.
"Kalau macam
tu, kenapa pak cik tak tangkap ular dan ambil bisa untuk dijadikan ubat,
jual pada orang ramai macam tukang-tukang ubat kaki lima buat," soal
saya. Alang Abdul Rauf memperlahankan laju basikalnya.
"Tak
boleh, kita tak boleh tangkap sebarang ular bisa, kecuali ular yang
betul-betul garang dan menyerang kita, macam ular tadi. Kalau sengaja
kita tempah cari ular bisa, perkara tu tak mahu menjadi," terang Alang
Abdul Rauf dalam keadaan yang mengah.
Ia terus menyapu peluh di
dahi dengan telapak tangannya. Saya terus melihat pepohon getah yang
kaku. Dua tiga ekor kera berlompatan di dahan getah, memulas dan
membuang buah getah muda.
"Lagi satu ubat macam tu, tak boleh
dijual, kalau dijual mujarabnya kurang, malah tak datang kesan langsung,
kita boleh menyimpannya dan menggunakannya untuk orang yang benar-benar
memerlukan pertolongan, kalau dijadikan punca rezeki, ia tak mahu
menjadi, silap-silap caranya kita dituduh orang, jadi penipu." lanjut
Alang Abdul Rauf penuh semangat. Saya terus diam.
Apa yang saya
fikirkan dalam kepala, macam mana Alang Abdul Rauf tahu kegunaan bisa
ular itu. Apakah sebelum itu ia pernah kena patuk ular bisa atau memang
sejak dulu lagi, ia ada ilmu ular.
"Agaknya pak cik ada ilmu
ular?" Saya memberanikan diri bertanya. Soalan saya tidak dijawabnya
untuk beberapa minit. Saya tidak berani mengulanginya, saya takut kena
marah. Saya biarkan ia mengayuh basikal dengan tenang.
"Tak ada
ilmu, memang aku tak tahu ilmu ular, cuma setiap kali berhadapan dengan
ular aku baca Bismillah, kemudian amalkan petua orang tua-tua bersama
dengan rasa yakin dan berani, tidak melupai kebesaran ALLAH."
"Apa dia petuanya."
"Bila
kamu jumpa kulit ular mahu bersalin kulit, ambil kulitnya itu, bawa
pulang dan bakar, abunya kamu isi dalam buluh kecil, bila kamu masuk
hutan yang kamu fikirkan terdapat ular bisa bawalah buluh tu, dengan
izin Allah, ular datang ke kaki kamu menyerah diri. Kamu jangan buat
apa-apa, bacalah Bismillah dan tangkap ular itu, letakkan ke tanah
sebelah kanan tempat kamu berdiri." Alang Abdul Rauf berhenti bercakap.
Ia menelan air liur dua tiga kali. Bau peluhnya bertambah hebat.
"Biarkan
ular itu pergi, kalau ular tu tak mampu bergerak kerana terkena sumpah
kulitnya, kau mesti meletakkan di tempat yang kamu fikirkan ia boleh
bergerak. sebaik-baiknya cari pucuk gelenggang letakkan atas kepalanya,
kamu dapat tengok ular itu lari macam pelesit," tokok Alang Abdul Rauf
sambil batuk.
"Berani kamu membuatnya Tamar?"
"Tak berapa yakin."
"Kalau
tak yakin, jangan cuba-cuba melakukannya nanti kamu terima padah,
lagipun petua ni ada ujiannya, bila kamu bawa kulit ular dalam buluh,
macam-macam ular yang tak pernah kamu lihat akan kamu lihat."
"Ular macam mana tu pak cik?"
"Ular kepala dua, kadang kepala tiga, ada masanya kamu jumpa ular bertanduk, kalau kamu takut, petua tu tak akan menjadi."
"Kalau saya berjaya macam mana pak cik?"
"Kamu
boleh jadi macam aku, bila jumpa ular yang garang macam tadi ambil
bisanya dan buat seperti apa yang aku katakan," Alang Abdul Rauf menoleh
ke arah saya bersama senyum sinis.
Saya tahu, ia semacam
memperkecilkan kemampuan diri saya. Sesungguhnya, saya tidak minat sama
sekali untuk jadi macam dirinya. Tetapi saya seronok melihat
kejadian-kejadian yang aneh dalam hidup saya. Saya bercadang minta
kebenaran dari datuk untuk tinggal lebih lama dengan Alang Abdul Rauf,
saya mahu berkongsi pengalaman dengannya. Saya yakin tidak ramai
orang-orang tua yang ada ilmu dan petua dalam dada seperti Alang Abdul
Rauf.
Kalau saya tidak mahu mengambil petua darinya, apa salahnya
melihat dirinya mengamalkan petua itu. Setidak-tidaknya akan jadi bahan
cerita anan cucu saya, betapa orang-orang tua terdahulu mempunyak
keistimewaan yang tersendiri.
RUMAH
Lebih kurang pukul
empat petang, saya dan Alang Abdul Rauf sampai ke rumah. Saya lihat
datuk duduk menongkat lutut atas pelantar di bawah pohon mempelam
membaca akhbar dengan tenang.
"Macam mana, semuanya berjalan
dengan selamat." tanya datuk pada Alang Abdul Rauf yang sedang
menyandarkan basikal tuanya di tiang rumah.
"Semuanya selamat,
kalau tak selamat aku dan cucu kamu tak sampai ke sini," sahut Alang
Abdul Rauf dalam nada suara yang meninggi. Datuk melipatkan akhbar yang
dibaca. Saya terus menghampirinya dan duduk disisinya.
Beberapa minit kemudian Alang Abdul Rauf datang ke pelantar dan duduk di sebelah kanan saya. Datuk terus meraba-raba dagunya.
"Apa yang cucu aku dapat ikut kamu Alang?"
"Banyak yang dia dapat, kamu tak percaya cubalah tanya dirinya sendiri."
"Betul ke ni Alang atau nak bergurau saja," tingkah datuk dan mereka ketawa berderai di bawah sinar matahari petang yang cerah.
"Eh
Tamar kau cakapkan pada datuk kamu, apa yang kamu tengok dan masa kamu
ikut aku," Alang Abdul Rauf merenung mata saya. Datuk menggaru-garu
pangkal telinganya.
"Cakaplah Tamar," Alang Abdul Rauf seperti mendesak.
"Tak
payah Tamar cakap pun aku dah tahu, kamu bawa balik bisa ular tedung
Alang," Saya lihat muka Alang Abdul Rauf berubah. Ia terkejut besar.
Memang ia tidak menduga yang datuk tahu apa yang telah terjadi.
"Mana kamu tahu?" tanyanya cemas.
"Hidung aku dapat menciumnya," balas datuk.
"Bukan hidung, tetapi pancaindera yang kelima memberitahu aku."
"Kamu memang manusia aneh."
"Tak
aneh, tetapi aku mengamalkan pantang larang dan petua orang tua-tua,"
suara datuk merendah. Alang Abdul Rauf termenung panjang. Membiarkan
angin petang menyentuh wajahnya. Saya mengeliat dua tiga kali.
"Sengaja
aku suruh si Tamar ikut kamu, biar dia tahu setiap orang ada kelebihan
dan kekurangannya, aku tak suruh dia ikut saja, semuanya sudah aku kira
dan perhitungkan," datuk membuka rahsia.
"Jadi, semuanya sudah kamu rancang." tanya Alang Abdul rauf.
"Ya,
bila kamu sebut kamu nak pergi jauh, aku segera terfikir untuk menyuruh
Tamar menemani kamu, aku tahu kamu bukan sebarang orang,
setidak-tidaknya Tamar dah tahu kamu memang handal melemahkan ular
berbisa.
"Kamu memang bijak, cara kamu mengajar cucu kamu supaya menghargai kehebatan orang tua-tua memang tidak terasa."
"Entahlah," datuk terus menepuk pangkal pahanya berkali-kali.
Saya
terus bangun dan menggeliat, tidak lama kemudian terdengar suara azan
asar. Kami bertiga segera bangun. Menuju ke rumah. Saya basuh muka dan
kepala. Datuk tukar baju dan Alang Abdul Rauf tergesa-gesa mandi.
Kami
pun menuju ke masjid untuk berjemaah. Selesai berjemaah Alang Abdul
Rauf mengajak saya dan datuk meninjau ke kawasan tanah perkuburan yang
sudah dikosongkan. Tidak lama lagi kawasan itu akan menjadi kolam
lombong.
"Kawasan sebelah sana, kubur-kuburnya masih belum diubah."
Alang
ABdul Rauf berdiri di bawah pohon gajus. Tangannya mengarah ke kawasan
perkuburan yang penuh dengan susunan batu nisan dalam pelbagai aneka
bentuk. Pokok-pokok yang tumbuh di situ, seolah-olah menjadi payung pada
perkuburan dan batu nisan. Sinar matahari bagaikan tidak menyentuh
tanah kubur.
"Kubur yang kamu korek tu sebelah mana?" Tanya datuk
pada Alang Abdul Rauf, saya lihat Alang Abdul Rauf membetulkan songkok
putihnya yang senget di kepala. Ia menarik nafas panjang.
"Saya
korek sebelah kiri kawasan kubur yang kita nampak ni, lepas tu baru
sebelah kanan. Semua kawasan kubur orang Islam ini penuh dengan bijih,"
tangan kanan Alang Abdul Rauf terus cekak pinggang merenung
kawasan-kawasan yang disebutnya.
"Sejak kamu korek kubur, kamu
tak jumpa dengan perkara-perkara yang ganjil Alang?" Saya lihat Alang
Abdul Rauf tersenyum sumbing mendengar pertanyaan dari datuk. Saya terus
garu kepala dalam keresahan yang tidak menentu.
"Setakat ini, dengan izin Allah tak ada perkara buruk yang aku alami," jawab Alang Abdul Rauf.
"Syukur, tetapi sikit-sikit tu ada," datuk buat serkap jarang.
Saya terus menggosok-gosok pangkal hidung. Alang Abdul Rauf merenung wajah datuk.
"Perkara
tu ada juga, umpamanya jumpa perempuan cantik berjalan dekat pokok
besar, jumpa musang yang bertukar menjadi kucing," satu pengakuan dari
Alang Abdul Rauf yang tidak berselindung. Tidak saya duga serkap jarang
datuk menjadi tepat.
"Itu syaitan nak menguji kamu," celah datuk.
"Aku
pun fikir begitu juga, aku dan kawan-kawan buat tak kisah, harimaukah,
perempuan burukkah, kami tak peduli akhirnya benda-benda tu semuanya
terus hilang," Alang Abdul Rauf terus ketawa.
Dari pinggir
kawasan kubur, kami menyusur ke kanan menuju ke kaki bukit, melihat
kebun-kebun getah yang bakal jadi lombong. Bergerak lagi melalui kawasan
dusun yang penuh dengan pohon kelapa, durian dan langsat, semuanya
tidak boleh bertahan lama di situ. Dalam sedikit masa lagi kawasan
durian itu akan menjadi lombong yang memuntahkan bijih dari perut bumi.
Saya
dapat membayangkan dalam tempoh dua tiga tahun lagi, kawasan sekitar
akan menjadi lapang. Penuh dengan pepasir dan saujana mata memandang.
Dan kawasan tempat yang kami lalui sekarang, tidak mungkin dapat
dikesan. Kami terus berjalan. Terasa segar dan menyenangkan kerana
hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa.
"Ke mana lagi kamu nak bawa aku Alang?" Tanya datuk.
"Tak ke mana-mana, kita pergi ke sungai dari situ kita terus pulang.
"Sungai tu ada ikan tak?"
"Ada, kenapa? Kau nak memancing," Alang Abdul Rauf renung muka datuk. Mereka berbalas senyum.
"Kalau ada ikan, aku nak menjala," ujar datuk.
"Itu satu cadangan yang baik, aku juga nak ikut kamu menjala."
"Bila kita nak menjala?" Datuk renung muka Alang Abdul Rauf yang sedang mengerutkan dahinya.
"Nanti dua tiga malam lagi."
"Boleh
juga, kalau aku tak ubah rancangan, memanglah aku nak duduk dua tiga
hari di sini," datuk menelan air liur. Kami terus melangkah. Akhirnya
sampai ke rumah.
Seronok rasa hati, setelah penat berjalan.
Isteri Alang Abdul Rauf menyediakan kopi dan goreng pisang panas. Saya
terus makan dengan lahapnya. Lepas makan dan minum kopi, datuk terus
berborak dengan Alang Abdul Rauf di serambi rumah hingga menjelang waktu
Maghrib. Entah apa yang mereka cakapkan saya tidak berminat mahu
mendengarnya. Bukannya menarik sangat cerita orang tua-tua.
KUBUR
Malam
itu lepas sembahyang Isyak, datuk dan Alang Abdul Rauf terus berwirid
hingga jam sepuluh malam. Sebaik sahaja wirid berhenti, kawan-kawan
Alang Abdul Rauf yang mengorek kubur terus datang dan duduk di serambi.
Saya kira jumlahnya lebih kurang enam orang. Semuanya berbadan tegap
tetapi, wajah mereka nampak tenang dan berani untuk menghadapi dugaan
dan rintangan.
Datuk dan Alang Abdul Rauf berbincang, sejenak,
tanpa saya duga perbincangan mereka, kerana mahu membawa saya ikut sama
rombongan menggali kubur. Alang Abdul Rauf menggalakkan datuk supaya
membenarkan saya ikut serta dalam rombongan menggali kubur. Datuk patuh
dengan cadangan Alang Abdul Rauf.
Pukul sepuluh lebih, kami
meninggalkan rumah menuju ke tanah perkuburan yang sunyi dan seram. Saya
terdengar bunyi suara burung hantu sayup-sayup, saya juga terdengar
desiran angin malam menyentuh dedaun getah yang memagari kawasan
perkuburan.
Bunyi dedaun yang disentuh angin itu melahirkan suara
yang menakutkan, ada masa terdengar seperti orang menangis dan ada masa
pula terdengar macam bunyi orang ketawa yang tidak putus-putus.
Dari
sinaran lampu picit, saya melihat batu-batu nisan tegak kaku. Malah ada
yang nampak berkilau-kilau kena cahaya lampu picit. Katak-katak puru
melompat di kaki membuat saya terperanjat. Bagi saya tidak menghadapi
masalah yang sukar berjalan di situ kerana saya di barisan tengah.
Kepala
jalan Alang Abdul Rauf, dituruti oleh orang kanannya. Kemudian datuk,
diri saya dan kawan-kawan Alang Abdul Rauf. Menurut Alang Abdul Rauf
yang jadi pembantunya cuma tiga orang sahaja yang lain cumma ikut-ikut
sahaja, mereka mahu menggeletar kerana kesejukan.
"Kita korek dua
kubur malam ni, kau sebelah kanan dan aku korek kubur ini," Alang Abdul
Rauf memberitahu kawannya yang sedang berusaha menyalakan api gasolin.
Seluruh kawasan yang mahu dikorek terang-benderang tetapi, cahaya
gasolin tidak mampu menghalau nyamuk yang memang dahagakan darah
manusia.
Suasana di situ mula dikuasai dengan bunyi cangkul dan
menyebak membongkar tanah kubur. Tanah-tanah yang segar bertimbun
sedikit demi sedikit lalu membentuk sebuah bukit kecil. Suara jampuk dan
burung hantu bersahut-sahutan, angin menjatuhkan reranting kering yang
bunyinya macam orang berjalan. Terdengar juga salakan anjing yang
bertalu-talu dan berpanjangan. Saya melihat malam yang pekat bersama
titik-titik embun dari langit.
Ada seribu macam bunyi yang datang
ke telinga saya. Semuanya membuatkan bulu tengkuk saya tegak. Terdengar
juga suara seakan-akan orang menangis. Bila saya renung ke arah yang
tidak kena cahaya lampu gasolin. Saya lihat nisan yang tadi kaku, macam
bergerak-gerak. Saya lihat datuk masih duduk dengan tenang.
Bila kubur yang digali oleh Alang Abdul Rauf sampai separuh, saya mula terhidu bau wangi macam kasturi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
81. Dicakar Kucing Hutan.
DI bawah sinar lampu gasolin yang cerah, saya tatap wajah datuk. Datuk
nampak tenang menarik dan melepaskan nafas. Alang Abdul Rauf terus
menggosok batang cangkul dengan sepasang telapak tangannya.
Kawan-kawannya terus menggali kubur dengan rancak sekali. Bau wangi
terus menguasai tanah perkuburan.
Saya terus mendekati datuk.
“Bau apa yang wangi tu tuk?”
“Ada mata tengok, ada telinga dengar.”
Jawapan
yang datuk hamburkan itu amat mengecewakan diri saya. Suara cengkerik
dan katak terus berlarutan. Angin yang bertiup membekalkan rasa dingin
ke seluruh tubuh. Bunyi mata pencebak dan cangkul berlaga dengan tanah
jelas kedengaran. Suara burung hantu dan jampuk sayup-sayup kedengaran.
Salah
seorang dari kawan Alang Abdul Rauf menghampiri kami. Badannya nampak
peluh dan saya terhidu bau hangit yang meloyakan tekak. Saya paling
hidung saya ke arah lain. Tetapi bau hangit itu tetap memburu hidung
saya.
“Lap peluh kamu.”
Alang Abdul Rauf mencampakkan kain
padanya. Orang itu terus menyapu peluh yang melekat di badan. Ia
tersenyum ke arah saya. Ia bagaikan tahu yang saya tidak menyenangi
dirinya.
“Dah jumpa tulang orang mati?” Alang Abdul Rauf
mengajukan pertanyaan padanya. Orang itu tidak menjawab, Ia mencapai
botol air sejuk di hujung lutut Alang Abdul Rauf.
Saya lihat
buah halkumnya bergerak kencang ketika ia meneguk air dari dalam botol.
Kulit perutnya juga turun bergerak-gerak. Sebahagian dari air yang tidak
masuk ke mulutnya terus jatuh atas dada bidangnya yang berbulu lebat.
Ia berhenti minum. Botol diletakkan kembali dekat hujung lutut Alang
Abdul Rauf.
“Kali ni bukan jumpa tulang,” katanya sambil menyapu
kesan air yang melekat di bibirnya. Saya angkat kepala merenung muka
datuk yang kelihatan terkejut. Alang Abdul Rauf menujah-nujah permukaan
tanah dengan ranting kayu.
“Kalau bukan tulang, kamu jumpa apa?” tanya datuk.
“Mayat tak reput.”
“Mayat tak reput?” Alang Abdul Rauf terus berdiri.
“Ya
bau wangi ini, datangnya dari mayat tu,” orang itu tersenyum. Muka
Alang Abdul Rauf nampak resah. Datuk terus menggigit kuku di jari. Saya
teraba-raba batang leher beberapa kali. Badan terasa seram.
“Aku
dah agak bau wangi tu dari kubur yang digali, waktu aku menolong kamu
menggali tadi, makin jauh dikorek makin kuat bau tu menyumbat hidungku,”
Alang Abdul Rauf bersuara lemah. Ia merenung muka datuk sejenak.
“Aku
berhenti mengorek tadi kerana pinggang aku terasa sakit, dan terus
duduk dekat kawan aku ni tapi, bau wangi tu sampai ke sini,” tambah
Alang Abdul Rauf sambil menggeliat beberapa kali.
“Eloklah kita
tengok Alang,” datuk mengeluarkan cadangan. Alang Abdul Rauf mengekori
langkah mereka yang tenang menuju ke kubur yang jaraknya dari tempat
saya dan datuk, kira-kira sepuluh kaki. Datuk dan Abdul Rauf jengok ke
lubang kubur. Kawan Abdul Rauf yang berbadan tegap bercekak pinggang
merenung ke arah kawannya yang sedang berhempas-pulas mengorek kubur
yang lagi satu.
Tiba-tiba saya bagaikan dipaksa untuk melihat ke
dalam kubur. Tanpa memberitahu datuk dan Alang Abdul Rauf saya jenguk
lubang kubur. Saya menarik nafas. Apa yang saya lihat ialah mayat
seorang lelaki dalam keadaan yang baik. Wajahnya nampak bersih dalam
keadaan yang tersenyum. Alang Abdul Rauf segera menyuruh kawannya
mengambil kain untuk menutup mayat dalam lubang kubur. Perintah Alang
Abdul Rauf segera dipatuhi.
“Sekarang kamu pergi ke balai polis,
laporkan perkara ni pada tuk sarjan,” kara Alang Abdul Rauf pada
kawannya. Tanpa sebarang bantahan kawannya terus meninggalkan kami,
meredah malam menuju ke arah jalan raya pergi ke balai polis. Embun
jantan yang gugur dari langit terasa menyentuh muka.
Saya mula
menguap, bau tanah kubur yang baru dikorek memang kurang menyenangkan
hidung saya. Sesekali saya tercium bau kapur barus dan bau air mawar.
Saya tidak tahu, apakah bau tersebut tercium oleh datuk dan Alang Abdul
Rauf. Bunyi dedaun yang disentuh angin bagaikan bunyi tapak kaki orang
memijak daun getah di musim kemarau. Bunyinya bersambung-sambung.
“Dah
kurang bau wanginya,” ujar Alang Abdul Rauf pada datuk yang sedang
meraba-raba misainya. Mulut datuk tetap bergerak. Entah apa yang
dibacanya saya sendiri pun tidak tahu.
“Ya, tapi bau ni takkan hilang terus,” sanggah datuk.
“Mana awak tahu?”
“Bukankah
bau tu datang dari mayat, waktu begini bau kurang, menjelang subuh dan
pagi baunya bertambah harum dan kuat,” jelas datuk lagi.
“Eh,
macam mana awak tahu semuanya ni?” Alang Abdul Rauf tatap muka datuk di
bawah sinar lampu gasolin yang memancar terang. Saya terus merenung ke
arah kawan Alang Abdul Rauf yang sedang menggali kubur yang lagi satu.
Sesekali
saya terdengar suara mereka ketawa berselang seli dengan suara batuk.
Barang kali kawan Alang Abdul Rauf yang itu tidak menghadapi masalah.
Kalau ada masalah terus mereka datang ke sini, kata hati saya sambil
menggaru pangkal leher yang gatal akibat digigit nyamuk.
“Awak
tahu makin terasa cuaca sejuk, makin kuat baunya, saya dah tahu,
sebabnya dalam cuaca yang sejuk udara tidak dapat bergerak dengan
lancar, sentiasa berpusing-pusing sebelum bergerak lebih jauh,” saya
lihat datuk bersuara dengan tenang dan penuh keyakinan.
Apakah
cakap datuk itu memang benar atau sengaja di ada-adakan bagi
menyenangkan hati Alang Abdul Rauf. Saya lihat Alang Abdul Rauf
anggukkan kepala. Setuju dengan apa yang diucapkan oleh datuk. Saya
menggeliat, menghilangkan rasa lenguh di pinggang. Rasa seram tetap
menguasai seluruh badan saya.
“Pak Alang ke mari.”
Serentak
kami memandang ke arah suara memanggil nama Alang Abdul Rauf. Dua orang
lagi kawan Alang Abdul Rauf yang bersandar pada sebatang pokok terus
mendekati datuk. Saya lihat muka keduanya sangat pucat.
“Kamu ke mana? Diam tak bercakap,” Alang Abdul Rauf menyoal kedua-dua orang kawannya dengan wajah bersahaja.
PUTUS
Suara burung hantu dan jampuk masih berterusan. Laungan anjing tidak pernah putus. Tetapi, deru angin malam bertambah lemah.
“Kamu
tengok apa yang dia orang mahu. Tolong dia orang, kalau ada apa-apa
masalah datang bagi tahu aku di sini,” Alang Abdul Rauf mengeluarkan
penintah.
“Baiklah Pak Alang,” kedua-duanya meninggalkan kami.
“Mari kita duduk di sana,” Alang Abdul Rauf meluruskan jari kelingkingnya ke arah sebatang pokok kayu condong.
“Boleh juga, datuk.
“Mari.”
Kami
bertiga terus menuju ke pokok condong. Duduk di situ. Datuk dan Alang
Abdul Rauf duduk berdekatan hingga berlaga bahu. Saya duduk berdepan
dengan mereka. Saya lihat datuk resah tidak menentu.
Dalam saat
yang sama saya bagaikan terasa ada sesuatu yang bergerak di ruang
kosong, antara saya dengan Alang Abdul Rauf. Saya rasa benda yang
bergerak dan tidak dapat dilihat itu seperti kaki gajah. Dedaun kering
dan reranting kecil nampak bergerak dan terbenam di bumi macam dipijak
sesuatu. Meninggalkan tapak yang besar. Bentuknya macam tapak kaki
manusia yang berjari empat.
Alang Abdul Rauf segera bangun.
Sebaik saja Alang Abdul Rauf berdiri. Ia terus jatuh terlentang macam
ditolak sesuatu, baju Melayu yang dipakainya terkoyak bagaikan kena
rentap oleh tangan manusia. Saya segera menghampiri Alang Abdul Rauf.
Dadanya bercalar bagaikan dicakar oleh kuku kucing hutan. Muka Alang
Abdul Rauf berkerut menahan kesakitan.
Datuk segera bertindak,
merentap daun gelenggang yang berbunga tunggal di kanannya. Daun itu
digosoknya dengan kedua belah telapak tangan hingga hancur dan
mengeluarkan air. Kemudian, air dan daun gelenggang itu disapu ke dada
Alang Abdul Rauf. Darah berhenti keluar dan bekas kena cakar itu nampak
kering.
“Aduh!”
Saya terus berguling di tanah. Bahu kanan
saya bagaikan ditikam dengan pisau belati. Pedih dan sakitnya hingga
tidak terkata. Dalam pandangan yang berpinar-pinar itu, saya lihat datuk
bergerak ke sana dan ke sini sambil mengembangkan tangannya. Menepis ke
kiri dan ke kanan. Tidak tahu apa yang datuk tepiskan. Saya tidak
nampak ada orang yang menyerangnya. Pokok-pokok kecil sekitar pokok
condong jadi rata akibat dipijak oleh datuk.
Alang Abdul Rauf
mula bertenaga. Duduk bersila di tanah sambil melagakan jari telunjuk
dengan ibu jari berkali-kali seperti orang membilang tasbih. Pandangan
saya jadi gelap dan saya terdengar suara orang membaca Quran. Saya
mengikut pembacaan itu dalam hati sambil menyerahkan diri pada Allah
yang maha besar. Saya terdaya membuka kelopak mata. Saya toleh ke kanan,
saya lihat Alang Abdul Rauf sedang membaca ayat-ayat suci.
Datuk
yang tertiarap di bumi bangun perlahan-lahan. Sekujur tubuhnya berpeluh
dan baju yang dipakainya penuh dengan tanah kubur. Alang Abdul Rauf
berhenti membaca ayat-ayat suci dan membantu datuk. Saya masih lagi
terkapar menahan rasa sakit. Datuk menghampiri saya lalu menampar bahu
saya yang sakit. Lagi sekali saya terus pengsan. Tidak tahu berapa lama
saya tidak sedarkan diri. Bila saya sedar saya rasa bahu saya tidak
sakit lagi.
Datuk terus mengikat ranting kering dengan kain
hitam. Ranting kering itu ikat bersusun. Ranting kering yang sudah
diikat itu terus dipijak hingga terbenam dalam bumi. Suasana terasa amat
sepi sekali.
“Syaitan kacau kita,” Alang Abdul Rauf.
“Saya tahu,” balas Alang Abdul Rauf.
“Apa ikhtiar kita?”
“Usah bimbang, kuasa Allah tak ada sesiapa yang dapa menentangnya,” balas Alang Abdul Rauf penuh keyakinan.
“Aghhhhh”
Serentak
saya dan Alang Abdul Rauf serta datuk menoleh ke kanan. Kami terbangun.
Dari celah pepohon di atas perkuburan kami terlihat satu lembaga yang
amat menggerunkan, lembaga tanpa badan itu bagaikan muncul dari pohon.
Kami berpandangan sama sendiri. Mata saya kembali tertumpu pada lembaga
tersebut. Keadaannya amat menakutkan.
Mulutnya cukup lebar hingga
bertemu dengan telinga. Bibir bawahnya nipis di pagar dengan gigi yang
halus dan putih, macam gigi ikan haruan. Biji matanya agak tersorok jauh
ke dalam, memancarkan sinar yang garang.
Datuk menarik nafas
dengan kencang sekali. Alang Abdul Rauf toleh kiri dan toleh kanan.
Kulit mukanya nampak pucat. Perhatian saya masih tertumpu pada lembaga
tanpa badan. Rambutnya yang kusut masai menutup dahinya yang luas dan
terdapat bekas jahitan hingga ke pangkal leher.
Kulit pipinya
nampak lembik ke kanan dan ke kiri bersama gerak darah segar. Hidungnya
rasa sama dengan kulit pipi. Bila matanya yang kebiru-biruan menatap
muka saya seluruh badan saya menggeletar.
Bibir Alang Abdul Rauf
membaca ayat Qursi lembaga itu membuka mulutnya lebar-lebar serta
menjelirkan lidahnya yang panjang macam lidah cicak. Setiap kali
lidahnya bergerak, keluar air lendir berwarna putih.
Alang Abdul
Rauf terus membaca ayat-ayat suci. Saya terdengar bunyi ombak yang kuat.
Aneh sekali, macam mana suara ombak boleh terdengar di tanah kubur
sedangkan laut berpuluh-puluh batu jaraknya. Dalam gemuruh bunyi ombak
itu lembaga yang berada di depan kami terus hilang.
Suasana
kembali tenang. Tiada deru ombak, tiada lembaga putih tanpa kepala di
depan mata. Tetapi, keresahan tetap terbayang di wajah Alang Abdul Rauf
dan datuk. Mata mereka sentiasa saja mengawasi kiri dan kanan. Bersedia
menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk.
“Rasanya tak ada
apa-apa yang nak ganggu kita,” datuk renung muka Alang Abdul Rauf.
Perlahan-lahan Alang Abdul Rauf anggukkan kepala.
“Tapi, rasanya
ada baik kita tinggalkan tempat ini,” suara Alang Abdul Rauf lemah.
Matanya tertumpu ke arah kawan-kawannya yang sudah berhenti menggali
kubur.
“Kita ke sana, tengok apa yang dia orang dapat,” tambah Alang Abdul Rauf.
“Mari,” Alang Abdul Rauf cuit bahu datuk.
“Boleh juga,” balas datuk.
Sebelum
melangkah saya merenung arah kubur yang sudah digali. Teringin rasa
hati mahu melihat mayat yang tidak reput dan berbau wangi. Tidak mungkin
saya pergi ke situ sendiri tanpa ditemani oleh datuk dan Alang Abdul
Rauf.
“Mari,” datuk tarik tangan saya. Sinar lampu gasolin terus
menerangi kawasan kubur. Sayang, sinar lampu tersebut tidak mampu
menerangi jalan yang bakal kami lalui. Terpaksa menggunakan lampu picit.
Bila
sudah hampir dengan kubur yang digali oleh kawan-kawan Alang Abdu Rauf
lampu picit tidak perlu digunakan lagi kerana sinar lampu gasolin yang
terpasang di tempat mereka bekerja cukup terang.
Apa yang
menghairankan saya, kawan-kawan Alang Abdul Rauf yang berhenti rehat dan
menggali kubur itu menutup hidung mereka dengan kain yang diikat ke
belakang. Saya tersenyum melihat cara mereka yang sekaligus mengingatkan
saya pada filem cowboy dalam adegan rompakan.
“Awak ada tercium bau busuk?” tanya datuk pada Alang Abdul Rauf.
“Ada, dahlah busuk hapak pula,” Alang Abdul Rauf seperti merungut.
LUBANG
Kian
hampir dengan kawan-kawan Alang Abdul Rauf, makin kuat bau busuk itu
menyucuk lubang hidung. Saya tidak dapat menggambarkan bau busuk itu.
Saya bagaikan mahu muntah tetapi, saya berusaha menahannya dengan
menekan ibu jari ke pangkal dagu hingga terasa sakit.
“Dari mana
bau busuk ini?” Alang Abdul Rauf menyoal kawan-kawannya. Salah seorang
dari kawan Alang Abdul Rauf meluruskan jari telunjuknya pada pada tanah
kubur yang bertimbun.
“Dah jumpa tulang mayat?” tambah Alang Abdul Rauf.
Serentak kawan-kawannya gelengkan kepala. Datuk dan saya hanya berdiam diri saja.
“Kita
tak boleh lambat, kita mesti selesaikan segera,” Alang Abdul Rauf
bersuara dalam nada yang penuh kesal. Kawan-kawannya berpandangan sama
sendiri. Angin tetap bertiup. Suara lolong anjing kian menjadi-jadi.
Suara jampuk dan burung hantu tetap rancak bersenandung riang. Saya
menggaru batang leher dua tiga kali. Datuk memetik beberapa daun pokok
yang berdekatan. Saya tidak tahu kenapa datuk memetik dedaun tersebut.
“Mari kita korek,” Alang Abdul Rauf ambil cangkul dari salah seorang kawannya.
“Kami
bukan tak mahu korek, kami tak tahan dengan bau busuk,” kawan Alang
Abdul Rauf menerangkan dengan penuh jujur. Alang Abdul Rauf melepaskan
ulu cangkul yang dipegangnya. Sepasang matanya merenung tajam pada
datuk. Datuk segera menghampirinya dan menyerahkan daun pada Alang Abdul
Rauf.
“Buat apa?” tanya Alang Abdul Rauf.
“Gulung dan
sumbatkan dalam lubang hidung, tentukan nafas boleh keluar, kalau tidak
awak mati lemas,” ujar datuk. Alang Abdul Rauf segera mematuhi cakap
datuk.
“Memang, tak ada bau busuk,” katanya dengan suara yang
meninggi. Kawan-kawannya segera menerkam ke arah datuk. Mereka mengambil
daun dari datuk. Digulung dan disumbat ke lubang hidung. Kemudian Alang
Abdul Rauf terus menggali kubur di bawah sinar lampu gasolin.
Saya
berdiri di tepi kubur, entah apa malangnya daun yang saya sumbat ke
lubang hidung kerap kali jatuh. Bila daun itu jatuh. Bau busuk segera
masuk ke lubang hidung.
Tetapi entah mengapa saya tidak merasa
jemu atau penat mengambil daun yang jatuh dari lubang hidung untuk
disumbatkan kembali. Kalau tadi datuk tidak mahu melibatkan diri dalam
urusan menggali kubur, kali ini ia terus ambil cangkul dan mengkais-kais
tanah sekitar kubur. Alang Abdul Rauf dan kawan-kawannya menyambung
kembali kerja yang terhenti.
Saya tetap berada di sisi datuk. Ke
mana ia bergerak, di situlah saya berada. Saya tidak mahu bila ada
kejadian buruk yang berlaku, saya terpisah dari datuk.
Saya
kurang ilmu dan kurang pengalaman ditambah pula dengan usia yang masih
hijau. Jadi saya memerlukan seseorang yang boleh jadi tempat saya
berlindung. Buat saat ini, saya kira orang yang paling layak sekali
ialah datuk.
Salab seorang dari kawan Alang Abdul Rauf melompat
dari dalam kubur ke tebing. Tanpa berkata sesuatu ia terus mengambil
lampu gasolin lalu diletakkan betul-betul di tepi lubang kubur. Cahaya
dari lampu gasolin itu menyinari seluruh perut kubur.
“Mayatnya
tak reput juga,” suara Alang Abdul Rauf lantang. Saya terus menerpa ke
tebing kubur. Rasa takut hilang diatasi oleh rasa ingin melihat dengan
apa yang dikatakan oleh Alang Abdul Rauf. Datuk juga mencangkung di tepi
kubur melihat mayat yang dikatakan tidak reput itu.
Alang Abdul
Rauf bersama dua orang kawannya naik ke tebing kubur. Manakala kawan
yang lain berada dalam kubur. Orang yang berada dalam kubur segera
mengangkat mayat tersebut dengan hati-hati sekali.
“Kita sambut
mayat tu baik-baik,” Alang Abdul Rauf keluarkan arahan. Saya ditolak
oleh datuk ke kanan. Saya tahu, datuk tidak mahu saya berdiri dekatnya.
Boleh menghalang kerjanya dan kawan-kawan Alang Abdul Rauf yang mahu
menyambut mayat itu.
Saya merasa beruntung, bila saya berubah
tempat ke kanan, saya dapat melihat gerak-geri mereka dengan jelas
sekali. Setiap pergerakan mereka tidak terlepas dari pandangan saya.
Mereka mengangkat mayat itu dengan berhati-hati sekali. Begitu juga
dengan pihak yang menyambutnya tetap berhati-hati dan berjaga. Mereka
bagaikan tidak mengizinkan mayat yang tidak reput itu terjatuh atau
sebagainya.
Mayat itu selamat sampai di atas. Dietakkan di tanah
yang bersih dengan beralaskan kain bekas tepung gandum yang sudah
dicantumkan. Ketika melihat mayat yang terbujur di depan mata, entah
macam mana daun yang saya sumbatkan ke dalam kedua-dua lubang hidung
terjatuh.
Saya jadi resah dan terus menekup mulut menahan rasa
mahu muntah. Sekarang sudah pasti, bau busuk yang meloyakan tekak itu
datangnya dari mayat yang terbujur di depan saya. Di bawah sinar lampu
gasolin yang memancar itu, saya lihat kuku dan jejari mayat itu membelit
bahagian dadanya. Wajah mayat itu amat menyeramkan.
“Jangan
tengok,” salah seorang kawan Alang Abdul Rauf berbisik pada saya, “belum
pernah saya tengok mayat macam ini, badan saya jadi seram sejuk, kalau
orang dewasa macam saya rasa satu macam, apa lagi kamu,” tambah orang
itu. Saya diam, cakapnya memang benar. Tetapi, keinginan saya yang
tinggi tidak mengizinkan hati saya mematuhi cakapnya.
“Jangan tengok,” Tamar kata datuk.
“Tutup
saja mayat itu dengan kain,” ujar Alang Abdul Rauf. Dan mayat yang
menakutkan itu pun ditutup dengan kain. Datuk duduk dan sandarkan badan
pada sebatang pohon. Alang Abdul Rauf dan kawan-kawannya terus mencari
kayu untuk dijadikan pengusung untuk membawa mayat itu keluar dari
kawasan perkuburan.
Tiba-tiba saya terpandangkan kain penutup
mayat bergerak macam ditolak sesuatu dari dalam. Kemudian kain di hujung
kaki mayat itu juga bergerak. Saya segera mendekati datuk. Saya lihat
datuk tenang. Saya pandang ke arah mayat kembali. Kali ini saya lihat
mayat itu terus duduk mencangkung dengan kain menutup tubuh. Saya jadi
cemas.
“Mayat itu duduk tuk.”
“Kau jangan mengarut, orang dah mati macam mana boleh bangun atau bergerak.”
“Kalau tak percaya cuba tuk tengok.”
Datuk
segera renung ke arah mayat tersebut. Datuk tersenyum lalu menepuk
kepala saya beberapa kali. Perlahan-lahan datuk gelengkan kepala seraya
berkata:
“Aku tak nampak mayat itu bangun, tetap baring maca tadi.”
“Saya nampak tuk.”
“Tengok
mayat tu duduk mencangkung,” tambah saya sambil merenung ke arah mayat.
Dua tiga kali saya gosok kelopak maca. Mayat itu tetap mencangkung.
Aneh
kenapa pandangan datuk dan saya berbeza pada mayat itu. Apakah mata
saya sudah rosak? Fikir saya sambil menggosok-gosok mata.
“Kamu mengantuk,” tambah datuk.
“Tidak,” balas saya.
“Renung muka aku, Tamar.”
Saya
terus renung muka datuk. Saya terdengar suara datuk membaca Bismillah
dan dituruti dengan pembacaan ayat Alhamdulillah hingga akhir. Sebaik
saja pembacaan itu tamat, telapak tangan datuk menyapu sepasang kelopak
mata saya tiga kali berturut-turut.
Pandangan saya jadi
berpinar-pinar. Lampu gasolin yang tergantung saya lihat jadi dua,
begitu juga dengan kawan-kawan Alang Abdul Rauf. Semuanya nampak kembar.
Kelopak mata saya pejam celikkan berkali-kali.
“Kau nampak mayat tu duduk mencangkung lagi?”
Pertanyaan
datuk itu tidak saya jawab. Saya arahkan sepasang mata pada mayat.
Ternyata mayat yang saya lihat sebentar tadi duduk mencangkung tetap
baring kaku. Muka datuk saya tatap sejenak.
“Pelik dah memang
sah, saya nampak mayat tu duduk mencangkung macam mana pula sekarang dia
baring,” kata saya dengan rasa takjub. Datuk menggaru pangkal keningnya
berkali-kali.
“Apa yang kamu lihat tadi bukannya mayat tetapi syaitan yang menyerupai mayat,” jelas datuk.
“Kalau begitu kita balik saja tuk, saya tak suka melihat benda-benda yang ganjil.”
“Sabar, kita tunggu sampai semua urusan mereka selesai.”
Saya
menarik nafas dalam-dalam. Kata-kata datuk itu terus saya patuhi. Kalau
saya membantah, pasti datuk menyuruh saya pulang sendirian. Mana
mungkin saya berani berjalan seorang diri di kawasan kubur yang telah
membekalkan saya dengan berbagai-bagai peristiwa yang tidak
menyenangkan.
Malam kian larut, rasa dingin kian hebat mencengkam
kulit tubuh. Lolongan anjing sudah pun berhenti tetapi, suara jampuk
dan burung hantu tetap kedengaran tetapi tidaklah serancak tadi.
Angin
tidak lagi bertiup. Titisan embun tetap berlanjutan. Dedaun kering di
permukaan tanah kubur melahirkan bunyi bila dirayapi oleh serangga liar
yang berjalan malam.
Beberapa orang rakan Alang Abdul Rauf
sandarkan badan ke pangkal pokok. Ada di antara mereka yang terlelap dan
berdengkur. Suasana di tanah perkuburan lama itu terasa amat sepi
sekali. Datuk dan Alang Abdul Rauf kelihatan tidak mengantuk.
CAKAP
Tiba-tiba
suasana sepi dan hening di tanah perkuburan lama itu diganggu oleh
bunyi ranting patah macam dipijak oleh manusia, serentak dengan itu juga
terdengar bunyi suara orang bercakap yang sukar difahami maksudnya.
Ada
cahaya menyuluh ke arah pepokok besar di kawasan perkuburan. Agak sukar
menentukan dari arah mana cahaya itu datang. Saya lihat muka datuk dan
datuk pandang muka Alang Abdul Rauf dengan rasa yang cemas.
Secara
mendadak saja rakan-rakan Alang Abdul Rauf yang terlena di pangkal
pokok segera bangun, mereka bagaikan digerakkan oleh sesuatu yang aneh.
Mata mereka nampak merah dan muka membayangkan rasa takut.
“Kenapa?” tanya datuk.
“Saya
mimpi mayat ini bangun dan mahu mencekik leher saya,” kata kawan Alang
Abdul Rauf yang bertahi lalat di pipi kiri. Bila ditanya pada
kawan-kawannya yang lain, semuanya mengakui mengalami mimpi yang sama.
Bagaimana perkara macam ini boleh terjadi? Lima orang mengalami mimpi
yang sama, hati kecil saya bersuara.
Alang Abdul Rauf menyuruh
rakan-rakannya membasuh muka dengan air yang dibawa (air itu diisi dalam
botol besar, yang bertujuan untuk dibuat air minuman). Cakap Alang
Abdul Rauf segera dipatuhi. Suara orang bercakap dan bunyi tapak kaki
memijak reranting kering kian kuat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
82. Harta Karun Di Kaki Cangkat
“KITA berjaga-jaga, mungkin orang betul mungkin tidak,” datuk
mengingatkan. Ia terus bangun. Bersedia menghadapi seribu kemungkinan.
Rasa bimbang itu berakhir dengan kemunculan dua anggota polis serta
kawan Alang Abdul Rauf yang telah diperintahkan pergi ke balai polis.
Saya
ketawa sendirian, masalah yang menghantui diri saya dan orang-orang
lain di tanah kubur sudah terjawab. Kedua anggota polis itu merungut
kerana terhidu bau busuk. Setelah Alang Abdul Rauf mengadakan
perbincangan dengan anggota polis kedua-dua mayat yang tidak reput itu
terus diusung keluar dari kawasan tanah perkuburan.
“Pagi esok
saya uruskan untuk ditanam di kawasan baru,” beritahu Alang Abdul Rauf
pada ketua balai Polis. Tidak ada bantahan dari ketua balai tetapi,
kedua-dua mayat itu terpaksa disimpan di hospital Batu Gajah sementara
menanti hari siang.
Semua yang terlibat dengan kerja-kerja menggali mayat di tanah perkuburan lama terus pulang ke rumah masing-masing.
DATANG
Pagi
itu, lebih kurang pukul lapan, kawan-kawan Alang Abdul Rauf yang
menggali kubur malam tadi datang. Alang Abdul Rauf segera menyuruh pergi
ke kawasan tanah perkuburan yang baru untuk menggali lubang bagi
menanam mayat yang tidak reput yang ditemui malam tadi.
“Semuanya
pergi dulu, aku ke balai dulu menyelesaikan semua urusan, tunggu di
sana sampai mayat tiba, boleh jadi aku tumpang jeep polis yang bawa
mayat ke situ,” terang Alang Abdul Rauf. Kawan-kawannya mengangguk tanda
setuju mematuhi cakapnya.
Sebaik-baik saja kawan-kawan Alang
Abdul Rauf pergi saya dan datuk serta Alang Abdul Rauf pun berangkat ke
balai polis. Saya terkejut, bila melihat orang ramai berkumpul d depan
balai.
Semuanya mahu melihat mayat tidak reput yang baru saja
dikeluarkan dari hospital. Kebanyakkannya meninjau dari jauh kerana
tidak sanggup menghidu bau busuk.
“Mana lagi satu mayat,” soal Alang Abdul Rauf pada ketua balai yang berdiri tidak jauh dari jeep.
“Yang
lagi satu sekejap lagi sampailah, kami pakai dua jeep,” jelas ketua
balai. Alang Abdul Rauf renung muka datuk. Saya beredar dari situ menuju
ke tanah lapang. Hidu saya tidak tahan menghidu bau busuk dari mayat
dalam jeep.
“Begini saja, boleh tak datuk sarjan hantar mayat ni
ke masjid, di sana ada orang menanti untuk menguruskannya mayat ini
mahu dimandikan dan dikafankan sebelum ditanam,” ujar Alang Abdul Rauf
dengan wajah yang tenang.
“Kalau begitu, biar saya suruh drebar hantar mayat ke masjid.”
“Itulah yang baiknya, datuk sarjan.”
Waktu
jeep itu mula bergerak, beberapa orang yang tidak menghiraukan bau
busuk rapat ke jeep. Mereka menyelak kain penutup mayat, sebaik sahaja
kain itu terbuka, muka mereka terus pucat tidak berdarah. Tanpa berkata
sepatah pun mereka terus menjauhkkan diri dari jeep. Ada di antaranya
yang muntah.
Jeep yang membawa mayat tidak reput dan berbau busuk
itu meninggalkan kawasan balai menuju ke masjid. Datuk, Alang Abdul
Rauf dan saya tidak ikut serta. Kami menanti mayat yang lagi satu. Orang
ramai masih lagi menunggu di kawasan balai polis. Mereka bagaikan tahu
ada mayat yang akan tiba.
Sepuluh minit kemudian jeep yang
membawa mayat kedua pun tiba. Sebaik saja jeep itu berhenti, orang ramai
terus menghampirinya. Semuanya bersuara mengatakan mayat yang baru
sampai itu berbau wangi.
Dalam keadaan yang agak ketam-kabut itu
ada tangan yang membuka kain penutup mayat. Mana yang sempat melihat
rupa mayat itu terus memberitahu kawan-kawannya yang lain tentang wajah
mayat yang bersih, tenang dalam keadaan tersenyum.
Cerita itu
cukup cepat merebak. Orang kian ramai datang ke kawasan balai polis.
Masing-masing mahu melihat rupa mayat yang tidak reput dan mengeluarkan
bau wangi yang harum.
Dalam keadaan yang tidak menentu itu, ketua
balai menyuruh Alang Abdul Rauf, datuk dan saya masuk ke perut jeep.
Perintahnya itu segera kami patuhi. Sebelum jeep bergerak datuk dan
Alang Abdul Rauf bersalaman dengan ketua balai polis yang berbadan
tegap, memiliki raut muka yang agak garang, berkulit hitam tetapi,
setiap kali bercakap nada suaranya lembut dan bersopan sekali.
Ketika
jeep bergerak perlahan-lahan, keluar dari kawasan balai polis, orang
ramai terus mengikutinya hingga sampai ke pintu pagar. Mereka bagaikan
tidak puas menatap dan mencium bau wangi dari mayat yang tidak reput
itu.
Dalam keghairahan orang ramai yang mahu melihat mayat tidak
reput, pemandu jeep terus menekan minyak. Dan jeep terus meluncur laju.
Orang ramai yang berkerumun di tepi pagar dan terus digayut rasa kecewa
dan hampa yang memanjang.
SELESAI
Sebelum masuk waktu
Zuhur, urusan mengkebumikan dua mayat yang tidak reput itu pun selesai.
Tetapi, kisahnya menjadi buah bibir orang-orang sekitar Batu Gajah. Dan
ceritanya pula berbeza dengan cerita yang sebenar. Sudah ditokok tambah
untuk menyedapkan sesiapa saja yang mendengarnya.
Datuk sudah
tahu cerita sebenarnya hanya tersenyum. Begitu juga dengan Alang Abdui
Rauf. Seronoknya, ada di antara tukang-tukang cerita itu yang tidak tahu
peristiwa tersebut telah dilalui oleh datuk dan Atang Abdul Rauf serta
kawan-kawannya.
Mereka pun bercerita di depan datuk dan Alang
Abdul Rauf, kononnya, kedua-dua mayat yang tidak reput itu telah
memberitahu pada orang yang menemui mereka (mayat), tentang harta karun
yang tertanam di satu tempat yang disebut sebagai Cangkat.
Cangkat
yang dimaksudkan oleh mereka itu ialah sebuah kawasan tanah yang
kedudukannya agak tinggi dengan keadaan tanah sekitarnya dan telah
dibangunkan hospital, pejabat kerajaan, kem tentera serta kawasan
perumahan. Di kawasan kaki Cangkat itulah kononnya ada harta karun yang
nilainya berjuta-juta ringgit.
Akibat percayakan cakap-cakap yang
tidak bertanggung jawab itu, beberapa orang telah masuk ke kawasan
tersebut dan menggali tanah di kawasan kaki bukit itu, akibatnya mereka
telah diberkas oleh polis kerana menceroboh tanah kerajaan yang sudah
dipagar untuk dibangunkan beberapa projek yang berfaedah untuk orang
ramai.
Walaupun ada yang ditangkap dan dikenakan denda tetapi,
masih terdapat juga orang yang berani menceroboh dan menggali tanah
dikawasan tersebut. Mereka cukup yakin dan percaya dengan cerita yang
sengaja di adakan-adakan oleh pihak yang suka menyebar khabar-khabar
angin.
“Satu hari nanti mereka sedar, apa yang mereka dengar
bukannya cerita yang betul,” kata datuk pada Alang Abdul Rauf yang
kurang senang dengan cerita-cerita yang sampai ke telinganya.
“Cerita mayat wangi dan busuk ini, dah merebak sampai ke Pulau Pinang, entah siapa yang menyebarnya,” keluh Alang Abdul Rauf.
“Mulut
manusia tak ada sesiapa yang boleh menahannya,” sanggah datuk. Mereka
ketawa sambil melihat matahari petang yang kian condong dari anjung
rumah.
“Esok, aku balik Alang,” kata datuk. Alang Abdul Rauf
sambil berhenti menggulung rokok daun bersama tembakau jawa. Muka datuk
direnungnya. Hati saya cukup gembira dengan keputusan yang datuk buat.
Saya sudah bosan tinggal di rumah orang lama-lama.
“Tak apalah,
kalau dah begitu hajat awak, Maghrib ni kita berjemaah di masjid Batu
Gajah,” tutur Alang Abdul Rauf sambil meletakkan rokok nipah ke bibir.
“Kenapa tak jemaah di surau kampung ni, Alang?”
“Ada guru agama dari Selekoh, Bagan Datuk nak bersyarah hal agama, aku rasa elok kita pergi,” balas Alang Abdul Rauf.
“Elok juga tu, kalau begitu elok kita mandi dan bersiap tak lama lagi sampailah waktu Maghnib,” suara datuk riang.
Datuk
menyuruh saya mandi dulu. Kemudian dia pula menyusul dan diikuti oleh
Alang Abdul Rauf. Akhirnya kami pun menuju ke masjid Batu Gajah. Sebaik
saja sampai di masjid salah seorang para jemaah memberitahu datuk bahawa
guru agama itu memang dijemput khas dari Selakoh dan namanya memang
terkenal di negeri Perak.
Selepas menunaikan waktu Maghrib guru
agama itupun menyampaikan ceramah agamanya hingga sampai waktu Isyak.
Setelah menunaikan fardu Isyak para jemaah pun beransur pulang. Alang
Abdul Rauf pun mengajak datuk pulang tetapi, permintaan Alang Abdul Rauf
itu tidak dapat ditunaikan oleh datuk. Alang Abdul Rauf terkejut.
Setelah
diterangkan oleh datuk tujuan sebenarnya. Alang Abdul Rauf segera faham
dan masuk ke masjid kembali. Mereka duduk dekat guru agama yang sedang
bersiap-siap untuk pergi ke rumah imam masjid tempat Ia bermalam.
“Ada apa hajat?” Tanya guru agama itu.
“Saya cuma nak bertanya tentang hal-hal agama dan macam-macam hal lain yang ada hubungannya dengan makhluk Allah,” ujar datuk.
“Silakan,
mana yang saya tahu, saya terangkan, mana yang saya tak tahu, saya
tanya pada orang yang lebih tahu kemudian saya beritahu pada awak,”
terang guru agama itu dengan jujur dan ikhlas.
Datuk dan Alang Abdul Rauf berpandangan. Datuk pun memberikan syarat pada Alang Abdul Rauf untuk mengemukakan pertanyaan.
Alang
Abdul Rauf pun menerangkan pada guru agama tentang peristiwa mayat yang
ditemuinya - satu berbau busuk dan satu berbau wangi tetapi kedua-dua
mayat itu tidak reput. Guru agama itu mendengar dengan khusyuk
keterangan dari Alang Abdul Rauf.
“Kata orang, mayat yang tak
reput tu menunjukkan masa hidupnya si mati hafiz Quran,” cara mendadak
saja Imam masjid yang duduk di sebelahnya mengeluarkan pendapat. Guru
agama terkenal itu diam. In merenung muka Alang Abdul Rauf dan datuk
berkali-kali.
“Saya juga pernah dengar orang kata macam tu,
seseorang yang boleh mengingati ayat Quran dari awal hingga akhir boleh
membaca dengan betul masa hidupnya, bila mati mayatnya tak reput, itu
kata orang-orang, entah benar entahkan tidak Allah saja yang
menentukannya,” jelas guru agama terkenal dengan jujur. Tiba-tiba saja
imam masjid yang berada di sebelahnya tersenyum memandang Alang Abdul
Rauf.
“Rauf,” katanya “kau nak tanya tentang mayat yang aku kafankan pagi tadi?”
Alang Abdul Rauf anggukkan kepala. Imam masjid renung muka guru agama sambil berkata:
“Begini tuan guru, biar saya bercerita tetapi ini cerita saja, entahkan betul entahkan tidak, saya tak berani nak kata.”
“Ceritakan,
barangkali cerita itu ada faedahnya untuk orang yang hidup, boleh
dijadikan panduan,” guru agama itu memberikan kerjasama pada imam
masjid.
Imam masjid itu bercerita, mayat yang tidak reput dan
berbau wangi itu adalah mayat seorang lelaki yang buta tetapi boleh
membaca Quran dengan lancar, semasa hayatnya menjadi guru agama pada
anak-anak raja di istana serta menjadi kadi dan imam masjid, ketika
kawasan Batu Gajah ini mula diterokai. Orang itu berasal dari Kelantan.
“Mana tuk Imam tahu semuanya ni?” tanya guru agama.
“Arwah
ayah saya yang menceritakan pada saya, ayah saya adalah anak muridnya,
masa ayah saya hidup dulu, ayah saya selalu menziarahi kuburnya,” jelas
imam itu.
“Lagi apa cerita ayah awak tentangnya” Soal datuk.
“Kata
ayah saya, orang tu masa mudanya belajar agama di tanah suci,” jelas
imam itu sambil merenung wajah guru agama yang duduk di sisinya.
Serentak Alang Abdul Rauf dan datuk anggukkan kepala.
“Macam mana
dengan mayat yang lagi satu, berbau busuk dan mukanya menakutkan? Mayat
siapa agaknya, Pak Imam tentu tahu ceritanya,” datuk mengajukan
pertanyaan. Saya lihat Pak Imam terdiam sejenak, macam memikirkan
sesuatu.
“Saya tak tahu,” katanya pendek.
Datuk dan Alang Abdul Rauf berpandangan. Rasa kecewa jelas terbayang di wajah mereka.
Saya
lihat guru agama yang duduk di depan kami, meraba-raba hujung serbannya
berkali-kali. Sesekali ia kelihatan merenung ke ruang masjid yang luas.
“Kata orang,” guru agama itu mula bersuara. Alang Abdul Rauf dan datuk memperkemaskan sila masing-masing.
Pak
Imam juga menumpukan seluruh perhatiannya pada guru agama. Matanya
tidak berkedip merenung ke arah bibir guru agama tersebut.
“Mayat
tak reput, berbau busuk dan muka pula berbulu in pernah saya dengar
ceritanya, kata orang mayat yang macam itu, menandakan si mati itu masa
hidupnya orang yang alim tahu hal-hal agama, hafaz Quran tetapi, banyak
mengamalkan perbuatan yang bertentangan dengan hukum agama,” sambung
guru agama itu.
“Maksud tuan guru macam mana?” Tanya datuk.
“Begini,
dia menjalankan semua yang disuruh agama tetapi, dia juga melakukan
perkara yang ditegah, umpamanya dia jadi dukun atau bomoh dan bersahabat
dengan syaitan.”
“Begitu,” sahut Alang Abdul Rauf.
“Ya,
ada orang alim dan dihormati jadi tukang ramal memberi nombor ekor pada
orang ramai dengan mengguna ayat-ayat Quran, jadi tukang tilik, ada juga
yang memutuskan ubat dengan cara berjamu, pada hal dia tahu cara itu
bertentangan dengan ajaran agama tetapi dilakukannya juga,” terang guru
agama itu dengan wajah yang tenang. Kami semua termanggu mendengar
kata-katanya.
“Mayat tak reput, berbau busuk, badan dan muka
berbulu pernah saya dengar ceritanya. Kata orang yang terdahulu dari
kita, mayat-macam itu menandakan yang si mati masa hidupnya orang
berilmu, hafaz Quran tapi, banyak mengamalkan perbuatan yang ditegah
oleh agama,” tokok guru agama itu dengan nada suara yang bersahaja, saya
menggaru pangkal dagu yang gatal secara tiba-tiba.
“Perbuatan yang macam mana itu tuk guru?” Datuk mendesak.
“Begini,”
ujar guru agama sambil membetulkan silanya supaya nampak kemas.
Terdengar suara cicak menjerit dari tulang bumbung masjid. Bunyi dedaun
yang berlaga sesama sendiri jelas kedengaran akibat dirempuh angin
malam.
“Umpamanya,” guru agama menyambung cerita, “banyak
mengamalkan ilmu dunia kebal dan senjata tajam, jadi dukun dan bomoh,
berjamu pokok besar serta bersahabat dengan iblis.”
“Bukankah
jadi dukun dan bomoh itu baik, menolong sesama manusia,” ungkah Alang
Abdul Rauf. Sepasang mata guru agama tertancap ke wajah Alang Abdul
Rauf. Datuk nampak resah dan saya mula menggeliat.
“Tengok
caranya, kalau kita mengamalkan petua yang tidak bertentangan dengan
agama, tidak menjadi salah, kalau sudah sampai menurun panggil roh datuk
nenek, berjamu itu dan ini, tentu tak elok, apa lagi minta tolong pada
keramat itu dan ini, syirik jadinya,” cukup tenang guru agama itu
memberikan penjelasan. Senyum sentiasa bermain di bibirnya.
“Allah
itu maha pemurah, yang baik kamu minta, yang baik diberinya, kalau yang
jahat kamu minta yang jahat juga dibaginya tetapi, kita sebagai makhluk
yang berakal tentu dapat memilih mana yang baik dan yang buruk,” makin
ghairah guru agama itu meluahkan keterangan yang diketahuinya.
“Hum, begitu,” Alang Abdul Rauf bersuara sambil anggukkan kepala.
“Iblis,
tidak pemah berhenti berusaha merosakkan anak Adam, janganlah terkejut,
kaiau ada orang alim jadi tukang tilik, mencari nombor ekor dengan ayat
Quran dan macam- macam lagi, pada hal mereka tahu apa yang mereka
lakukan itu bertentangan dengan ajaran agama tetapi, kenapa perkara itu
dilakukan juga?” Guru agama itu mengemukakan pertanyaan, matanya
merenung muka saya, muka datuk dan Alang Abdul Rauf seolah-olah
mengharapkan jawapan dari pertanyaan yang diajukannya itu.
Imam
masjid duduk dekat guru agama tersebut tetap membatu seperti tadi.
Sesekali kelihatan ia menguap panjang sambil memejam-celikkan matanya.
Saya tahu imam masjid itu mula terasa mengantuk. Kerana tidak ada
sesiapa pun yang mahu memberikan jawapan pada pertanyaannya itu, wajah
guru agama itu nampak seakan-akan kecewa sedikit.
“Mereka
dikuasai iblis,” mendadak saja imam masjid bersuara. Saya lihat guru
agama itu anggukkan kepala. Ia senyum lagi, sinar matanya yang bersinar
tertumpu ke wajah saya.
“Orang yang tidak terdaya melawan nafsu,
selalu jadi mainan iblis, seorang dukun atau bomoh biasanya mempunyai
keinginan dan nafsu yang tinggi, ingin memperlihatkan kebolehan diri
sendiri pada orang lain, bila sudah ada orang percaya, mulalah kenakan
bayaran, pada mulanya murah kemudian mahal bila sampai saat begini,
iblis mencelah lalu memperkudakan keinginan dan nafsunya, kalau dia
sedar betapa lemah dirinya dan betapa besar pula kuasa Allah, dia tidak
akan melakukan semuanya,” satu keterangan dari guru agama yang amat
mengesankan bagi saya. Apakah keberkesanan itu terpancar juga dalam hati
datuk dan Alang Abdul Rauf. Hanya Allah saja yang tahu.
Entah
mengapa malam itu, guru agama itu kian rancak mahu memberi semacam
kursus agama singkat. Guru agama itu mengingatkan kami supaya setiap
kali bangun dari tidur mengucap dua kalimah syahadat sebelum melakukan
sesuatu.
“Kamu tahu, bila kita terjaga dari tidur, iblis sudahpun
mengikat diri kita dengan tiga rantai dan kita perlu memutuskan rantai
itu terlebih dahulu, sebelum kita meneruskan kehidupan, bila tidak
diputuskan rantai iblis terus mengikat diri kita sepanjang hari yang
boleh mendorongkan kita melakukan sesuatu yang dimurkai Allah,” tercetus
kata-kata dari guru agama itu. Saya lihat imam masjid membeliakkan biji
matanya. Datuk kemaskan silanya, begitu juga dengan Alang Abdul Rauf.
“Bagaimana
caranya kita nak memutuskan rantai tu, tuk guru,” saya bagaikan
mendapat satu kekuatan untuk mengajukan pertanyaan padanya. Datuk
menjeling tajam pada saya tetapi Alang Abdul Rauf menepuk bahu saya
sambil berbisik memuji keberanian saya itu.
“Rantai pertama
diputuskan dengan mengucapkan dua kalimah syahadat, sebaik saja tenjaga
dari tidur. Rantai kedua diputuskan dengan mengambil air sembahyang dan
rantai ketiga diputuskan dengan mendirikan solat Subuh,” ujar guru agama
itu, wajahnya nampak berseri-seri tanda kepuasaan. Matanya masih
merenung ke arah saya.
Alang Abdul Rauf terus menegakkan ibu jari
kelingkingnya, beri semangat pada saya untuk mengemukakan sebarang
pertanyaan lagi pada guru agama tersebut. Saya gelengkan kepala sambil
ekor mata melirik pada datuk yang tertunduk merenung lantai.
“Rantai
tu ada di bahagian mana tubuh kita tuk guru?” Alang Abdul Rauf
mengemukakan pertanyaan. Guru agama itu meraba-raba hujung hidungnya
dengan jari kelingking berkali-kali.
“Pertama, iblis tu merantai
hati dan niat kita, kemudian merantai fikiran dan mata kita, bila
iktikad hidup dipesongkan sejak subuh, cubalah kita bayangkan bagaimana
mudahnya iblis menguasai diri kita sepanjang hari,” guru agama itu
menarik nafas dalam-dalam. Matanya merenung ke arah jam yang terlekap di
tiang seri masjid.
Dua tiga kali saya menggosok kelopak mata
hingga berair sambil menguap. Saya mula terasa mengantuk. Pak Imam yang
duduk berdekatan dengan guru agama kelihatan tersengguk-sengguk dua tiga
kali. Alang Abdul Rauf tersenyum panjang melihat telatah Pak Imam
tersebut. Tiba-tiba Pak Imam membeliakkan biji matanya sambil menggeliat
dan terus berdiri.
“Dah pukul sebelas,” terpancut kata-kata dari mulut guru agama.
“Ya,” tingkah Abdul Rauf.
“Kalau begitu eloklah kita balik,” Pak Imam terus memotong. Datuk dan saya berpandangan. Alang Abdul Rauf pula turut berdiri.
Guru
agama masih lagi duduk bersila dengan sepasang tangannya bergerak
lembut menyusun beberapa buah kitab yang berserak di depannya. Semua
kitab tersebut disumbatkannya ke dalam beg bimbit yang dibuat dari kulit
kambing.
“Dah mengantuk?” Guru agama itu mengajukan pertanyaan pada Alang Abdul Rauf.
“Macam
mana tak mengantuk embun jantan pun dah turun,” sambung guru agama itu
lagi bila melihat kami tidak menjawap pertanyaannya. Guru agama itu
segera bangun dengan diikuti oleh datuk.
“Macam mana Pak Imam
bolehkah saya balik?” Guru agama itu tujukan pertanyaan untuk Pak Imam
yang selalu saja menggosok kelopak matanya.
“Boleh, tak salah asalkan tuk guru mahu.”
“Kalau
begitu, lain kali saja, kita bercerita panjang, saya tak pandai cerita
tentang politik dunia dan dalam negeri, saya cuma tahu cerita tentang
agama saja, semua perkara yang dah ceritakan itu saya ambil dari hadis
yang sahih dan ada juga dari hadis yang dhaif".
Walaupun sudah
mahu pulang tetapi, guru agama itu seperti mahu melanjutkan ceramah yang
tidak termasuk dalam jadualnya. Ia berdiri sambil merenung wajah-wajah
kami yang ada di depannya.
“Terima kasih tuk guru, saya cuma nak
tanya sikit saja tadi tak sangka boleh berpanjangan sampai pukul sebelas
malam,” Alang Abdul Rauf melahirkan rasa terkilannya.
“Tak apa,
saya memang suka begitu, orang tanya sikit saya jawab panjang-panjang,
sebabnya bila ada orang bertanya saya menjawab secara tak langsung
mempertajamkan ingatan saya pada ilmu yang saya pelajari, kalau saya tak
dapat jawab ertinya ilmu saya tak cukup lagi dan saya mesti belajar
lagi”
Guru agama itu terus merendah diri. Pak Imam tetap
tersengih. Datuk dan Alang Abdul Rauf tunduk merenung lantai. Kagum
dengan sikap guru agama yang mengamalkan resmi padi, makin tunduk makin
berisi.
Saya terkejut bila saya melihat guru agama itu
menghulurkan tangan pada datuk, pada Alang Abdul Rauf dan saya untuk
bersalam. Memang, dia guru agama yang rendah diri dan hati, bisik hati
saya kerana sebelum mi, saya pernah berhadapan dengan beberapa orang
guru agama, mereka tidak akan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan
orang lain, melainkan orang yang ingin bersalam itu menghulurkan tangan
terlebih dahulu barulah mereka mahu bersalam.
“Kita jumpa lagi
lain kali tuk guru, maaf lahir batin,” kata datuk. Guru agama tersenyum
tangan datuk tetap digenggamnya erat-erat.
“Kalau diizinkan Allah
dan umur kita panjang, kita tetap berjumpa, amalkan kata-kata saya yang
baik dan buangkan mana yang difikirkan tidak baik.”
“Saya tak faham tuk guru.”
“Saya
beritahu awak apa yang saya tahu, kemudian awak cari dan tambahlah
ilmu, saya ni walaupun boleh memberi ceramah tetapi saya masih juga
belajar, ilmu Allah tak ada sempadannya.”
“Saya faham tuk guru,”
nada suara datuk merendah. Guru agama tersenyum kemudian merenung muka
Alang Abdul Rauf. Mereka berbalas senyum.
“Rajin-rajin sembahyang
dan ikut perintah Allah,” secara mendadak saja guru agama itu
menjatuhkan telapak tangan kanannya ke bahu kiri saya, dituruti dengan
tepukan yang bertalu-talu penuh kemesraan. Alang Abdul Rauf, datuk dan
Pak Imam ketawa melihat keadaan saya yang tergamam.
“Anak awak ke?” Guru agama tujukan pertanyaan pada datuk.
“Tidak,” jawab datuk.
“Cucu?” Soal guru agama.
“Ya
cucu saya,” datuk anggukkan kepala. Guru agama berhenti menepuk bahu
saya. Ia terus mendekati datuk dan Pak Imam, kemudian ia mengajak kami
keluar dari perut masjid.
“Dia budak yang cerdik, asuhlah dia
dengan agama sebelum melepaskan dirinya ke mana-mana, bila dirinya sudah
ada asas agama kita tidak bimbang, bila dia pergi ke mana, walaupun
merantau ke kaki langit, dadanya sudah berisi dengan akidah islam,”
demikian guru agama itu menyatakan pada datuk sebaik saja berada di luar
masjid. Saya faham, ungkapan yang diluahkannya itu adalah untuk diri
saya. Datuk mendengar penuh teliti dengan nasihat yang diluahkan oleh
guru agama itu.
Angin yang bertiup membuat badan saya terasa
dingin. Kepala saya dongakkan ke langit, melihat awan-gemawan dan
bintang-bintang yang berserakkan. Dalam saat yang sama terdengar
lolongan anjing sayup-sayup datangnya dari arah pekan Batu Gajah.
“Membentuk
diri seseorang supaya teguh beramal dan mengingati Allah, mestilah
bermula dari kecil, macam kata orang tua-tua membentuk buluh dari
rebungnya,” lanjut guru agama itu dan semua yang mendengarnya anggukkan
kepala, macam itik air bertemu kawan. Lagi sekali datuk, Alang Abdul
Rauf dan saya bersalaman dengan guru agama itu.
Kami berpisah, guru agama dan Pak Imam menghala arah selatan, saya, Alang Abdul Rauf serta datuk menuju ke arah utara.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
83. Bunuh Jembalang
SEPANJANG jalan pulang, kami tidak banyak bercakap. Sekali-sekala datuk
berdehem kecil dan Alang Abdul Rauf menguap. Lebih kurang dalam jarak
lima batas kaki mahu sampai ke kaki tangga rumah Alang Abdul Rauf saya
terdengar sesuatu dari sebelah kanan saya.
Saya segera menoleh,
tidak ada sesuatu yang dapat saya lihat dengan jelas dalam suasana gelap
itu, kecuali gerakan dedaun serunai laut dan senduduk yang
melintuk-lintuk ke kiri dan ke kanan diusik angin malam.
Isteri
Alang Abdul Rauf membuka pintu. Cahaya dalam lampu gasolin yang
tergantung di tengah rumah melimpah di halaman. Isteri Alang Abdul Rauf
yang memakai baju kurung labuh berdiri di muka pintu. Mukanya, kelihatan
resah macam menyembunyikan sebuah kebimbangan yang amat sangat dalam
hatinya.
“Lambat balik,” katanya sambil merenung ke kiri dan ke
kanan halaman rumah. Alang Abdul Rauf terus menguap di kaki tangga dan
buat tidak kisah dengan pertanyaan yang dihadapkan oleh isterinya.
“Oi,
saya tanya kenapa lambat balik,” kali ini tekanan suara isterinya
meninggi. Alang Abdul Rauf garu cuping telinga macam orang baru
terbangun dari tidur. Perbuatannya itu membuat saya ketawa kecil.
Akibatnya,
telinga saya dijentik oleh datuk. Pedihnya bukan kepalang. Saya segera
mengerti, apa yang saya lakukan itu sudah agak keterlaluan.
“Belajarlah menghormati perasaan orang lain,” bisik datuk.
“Saya tak sengaja tuk,”
“Ajar
diri, supaya lepas dari perbuatan tidak sengaja,” lanjut datuk.
Sepasang matanya dijegilkan pada saya. Tidak berani saya menentangnya.
Menentang mata datuk bererti membantah saranan yang diluahkannya. Boleh
menjadikan datuk membebel sepanjang malam. Perkara macam itu tidak saya
relakan berlaku.
“Ada guru agama, ceramahnya elok dan baik, kalau
awak ikut sama tadi tentu beruntung,” Alang Abdul Rauf menjawab
pertanyaan dari isterinya. Jawapan itu memuaskan hati isterinya. Saya
dan datuk buka kasut lalu memijak mata anak tangga seperti yang
dilakukan oleh Alang Abdul Rauf. Kami duduk di ruang rumah dengan pintu
yang masih terbuka.
“Makan, nasi dan lauk dah siap,” beritahu isteri Alang Abdul Rauf.
“Mari kita makan,” jemput Alang Abdul Rauf. Ketika saya mahu bangun, mata saya memandang ke arah pintu yang masih terdedah.
“Tuk
tengok tu,” suara saya separuh meninggi. Serentak Alang Abdul Rauf
serta isteri dan datuk memandang keluar. Muka mereka nampak berubah.
Saya duduk kembali. Badan saya menggeletar dengan tiba dan bulu roma
seluruh badan segera dirapatkannya.
“Masa awak ke masjid tadi,
ada orang ketuk pintu dan panggil nama awak berkali-kali, bila saya buka
pintu tak ada satu pun yang saya nampak, agaknya jembalang itulah yang
mengetuknya,” dari dalam bilik isteri Alang Abdul Rauf terus bersuara.
Datuk renung muka Alang Abdul Rauf dan Alang Abdul Rauf yang mahu
mendekati pintu segera dihalang. Disuruh berdiri sebelah kanannya.
“Jangan mengelabah, kita mesti tenang,” datuk bersuara.
“Inilah kali pertama saya berdepan dengan perkara ganjil macam ni, tolonglah saya,”
“Jangan minta tolong pada saya minta tolong dan perlindungan dari Allah.”
“Agaknya syaitan nak uji kita?”
“Boleh jadi juga,” datuk menjawab pendek.
Datuk
maju setapak ke muka pintu. Alang Abdul Rauf juga melangkah setapak.
Isteri Alang Abdul Rauf secara mengejut keluar dari bilik tidur dengan
keris panjang terhunus di tangan. Rambutnya yang tadi bersanggul rapi
mula mengerbang. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan.
“Mak cik nak ke mana?”
Saya
bangun dan mendekatinya. Badan saya ditolaknya dengan sekuat tenaga
hingga saya terdorong ke dinding dan terus jatuh. Datuk tidak pun mahu
menoleh ke arah saya, kecuali Alang Abdul Rauf yang cuba menerkam ke
arah saya. Tetapi, tidak berhasil kerana tangan datuk memaut bahu
kirinya.
“Jangan pedulikan semuanya tu,” suara datuk parau tanpa
memandang muka Alang Abdul Rauf. Alang Abdul Rauf merenung ke halaman
rumah kembali.
“Biar aku tikam benda celaka tu dengan keris
pesaka ni,” jerit isteri Alang Abdul Rauf lalu merempuh datuk dan Alang
Abdul Rauf yang berdiri di muka pintu. Datuk berpusing ke kiri, bagaikan
kilat tangannya menumbuk lengan kanan isteri Alang Abdul Rauf hingga
keris jatuh terpacak di lantai. Ulu keris yang berbentuk paruh burung
helang itu bergerak-gerak.
Isteri Alang Abdul Rauf jadi marah.
Jeritnya makin keras lengan bajunya dilipat hingga melepasi bahagian
siku. Ia tetap mahu terjun ke halaman rumah. Datuk dan Alang Abdul Rauf
cuba menghalangnya. Dalam saat yang agak kelam-kabut itu, Alang Abdul
Rauf cuba menghalangnya. Dalam saat yang agak kelam-kabut itu, isteri
Alang Abdul Rauf yang tahu langkah silat itu melepaskan satu tendangan
yang kencang ke arah kemaluan suaminya. Alang Abdul Rauf
terbongkok-bongkok menahan kesakitan dan terus jatuh.
Isteri
Alang Abdul Rauf yang seperti kemasukan syaitan itu, mula berhadapan
dengan datuk yang cuba menghalang usahanya. Datuk kali ini, tidak mahu
berlembut lagi. Kalau berlembut keadaan menjadi bertambah tidak tentu
arah.
Saya pula memberanikan diri merenung ke halaman rumah.
Ternyata saya tidak sanggup melihat ke arah tempat tersebut, siapa pun
pasti menggeletar tubuhnya merenung sesuatu yang ganjil lebih-lebih lagi
kalau benda yang dipandang itu tidak tentu bentuknya, boleh berubah
dalam sekelip mata. Sebentar menjadi bentuk manusia yang diselimut
dengan kain putih dari hujung kaki hingga ke kepala, sebentar jadi
harimau atau gajah putih yang berbadan besar tertegun di halaman rumah.
“Tamar
jangan tengok,” sergah datuk. Saya akur dengan cakapnya itu. Datuk
angkat tangan kiri lalu melepaskan satu pukulan yang agak kencang ke
bahagian belikat isteri Alang Abdul Rauf, wanita itu tersandar pada
dinding dan tidak bergerak.
“Rawat pak cik tu,” datuk keluar
perintah, saya terus mengurut-ngurut belakang Alang Abdul Rauf hingga
rasa sengal dan sakit di kemaluannya hilang. Alang Abdul Rauf bangun dan
cuba menyandarkan isterinya tetapi datuk melarangnya. Alang Abdul Rauf
mencabut keris yang terpacak di lantai.
“Nak buat apa Alang?”
“Biar aku bunuh jambalang tu.”
“Jangan, bukan masanya.”
“Kita perlu bertindak.”
“Aku
kata bukan masanya, faham tak?” Suara datuk mula keras. Alang Abdul
Rauf terus meletakkan keris atas lantai kembali. Saya diam tidak
terkata. Tidak tahu, apa yang harus saya lakukan. Hati kecil saya terus
berdoa, semoga tidak akan terjadi perbalahan antara datuk dengan Alang
Abdul Rauf.
“Kau duduk bersila dekat Tamar, biar aku selesaikan
kerja” itu perintah datuk dan Alang Abdul Rauf sedia mematuhinya, ”apa
yang aku buat jangan ditegur,” tambah datuk lagi. Serentak saya dan
Alang Abdul Rauf anggukkan kepala. Kami (saya dan Alang Abdul Rauf)
berpandangan sama sendiri. Saya tidak tahu apa yang dirasai oleh Alang
Abdul Rauf tetapi, hati kecil saya tetap gementar dan cemas.
Datuk
berdiri di muka pintu. Kedua belah kakinya dikangkangkannya sedikit.
Sepasang tangannya diluruskan untuk beberapa minit saja. Kemudian,
sepasang tangannya itu terus memeluk tubuhnya dengan kejap. Matanya,
tidak merenung halaman rumah.
Angin dinihari yang berputar di
ruang pintu menggerakkan bahagian tepi baju yang dipakai oleh datuk.
Isteri Alang Abdul Rauf masih belum sedarkan diri, kerana rasa dingin
yang beransur kuat membuat saya menegakkan sepasang lutut dan terus
memeluknya. Datuk melangkah memijak mata tangga pertama hingga ke lima.
Saya dan Alang Abdul Rauf merangkak perlahan-lahan ke muka pintu. Duduk
di situ. Datuk memijak bumi dan terus mara ke arah lembaga berkain
putih.
Datuk berdiri berdepan dengan lembaga berkain putih dalam
jarak yang cukup dekat. Andainya, datuk meluruskan tangannya ke depan
sudah pasti ia boleh menyentuh tubuh lembaga itu. Tetapi, datuk tidak
akan berbuat demikian. Ia tetap memeluk tubuhnya. Saya terdengar suara
datuk menyebut Bismillah.... dan disambut dengan beberapa ayat dan al
quran.
Selesai saja datuk menamatkan pembacaannya, saya terdengar
deru angin yang amat kuat, lembaga berkain putih terus berpusing
perlahan-lahan, kemudian bertukar dengan cepat dan ligat macam gasing
dalam deru angin itu juga terdengar bunyi suara orang berkata-kata yang
sukar difahami maknanya.
Lembaga berkain putih itu jadi pipis dan
memanjang tanpa berhenti berpusing. Pakaian datuk nampak bergerak-gerak
dengan hebatnya. Tetapi, tubuhnya tidak bergerak walau satu inci pun
dan tempat ia berdiri.
Saya tersentak bila terpandangkan lembaga
yang berkain putih itu menjadi seketul, macam batang kayu sebesar
pemeluk dan bergolek ke kiri dan kanan. Semuanya tidak dipedulikan oleh
datuk. Ia tetap terpacak di situ, macam paku terlekat di pipi.
Dari
bentuk batang kayu lembaga berkain putih itu bertukar lagi. Tegak
memanjang dan tidak berhenti berpusing sambil mengeluarkan suara yang
menderu seperti angin. Makin lama. lembaga itu makin tinggi melepasi
bumbung rumah dan pepokok yang ada di sekitar halaman rumah.
Bentuknya
juga turut bertukar, menjadi nipis macam asap. Bahagian bawahnya
mengecil dan tajam, macam kayu yang sudah dipertajamkan untuk dibuat
turus pagar, bahagian yang tajam itu bagaikan tidak menyentuh bumi dan
tetap berpusing dengan ligatnya.
Bahagian atasnya tetap dalam
bentuk asal. Terus menjulang bagaikan mahu bercantum dengan dada langit.
Cukup tinggi dan sayup mata memandangnya, tidak berhenti dan berpusing
sambil mengeluarkan angin dan bunyi dengung yang amat, kuat, memekakkan
anak telinga. Datuk menundukkan kepalanya merenung bumi, bunyi dengung
itu beransur perlahan dan lemah.
Muka saya dan Alang Abdul Rauf
terasa panas macam terkena bahang api, muka kami berpeluh. Isteri Alang
Abdul Rauf masih tidak bergerak. Saya tidak tahu apakah rasa dan bahang
panas itu dialami juga oleh datuk atau tidak. Datuk tetap tertegun di
tengah halaman macam tadi, bagaikan tidak terasa apa-apa.
Alang
Abdul Rauf dan saya dikejutkan oleh satu ledakan yang amat kuat. Seluruh
kawasan halaman terang-benderang. Lembaga berkain putih yang meninggi
separas langit terus ghaib, saya lihat datuk terlentang di atas bumi
untuk beberapa saat. Datuk bangun dan masuk ke rumah seluruh badannya
berpeluh, macam orang jatuh dalam danau.
“Apa dia benda tu?” Tanya Alang Abdul Rauf.
“Syaitan,
sengaja mengusik kita,” balas datuk selamba lalu duduk mencangkung di
depan isteri Alang Abdul Rauf. Datuk menyuruh Alang Abdul Rauf menyentap
kaki isterinya dengan sekuat hati. Isteri Alang Abdul Rauf terjaga dan
cuba menerpa ke arah keris yang terlentang di atas lantai. Alang Abdul
Rauf menghalangnya.
Isterinya termenung. Datuk hembus muka isteri
Alang Abdul Rauf dua kali berturut-turut. Isteri Alang Abdul Rauf
sandarkan badannya ke dinding. Ia kelihatan letih dan seperti orang
hilang akal. Alang Abdul Rauf resah melihat keadaan isterinya itu.
“Biarkan di situ, kejap lagi dia pulih macam biasa,” ujar datuk.
“Kenapa
dia jadi macam tu?” Alang Abdul Rauf minta kepastian dari datuk. Saya
lihat datuk termenung sejenak, “tiba-tiba saja bini saya jadi berani,
saya tahu dia memang penakut,” sambung Alang Abdul Rauf dengan wajah
yang agak gusar.
Datuk mengeluh kecil sambil matanya merayap ke
tiap sudut dinding. Datuk menyuruh saya merapatkan daun pintu. Saya
enggan melakukannya, bila didesak untuk kali yang kedua saya terpaksa
mematuhi dengan perasaan yang kecut. Bila daun pintu selesai saya
rapatkan, saya terus duduk kembali dekat Alang Abdul Rauf.
“Seseorang
yang terlalu takut, biasanya tenggelam punca dan perhitungan, bila
sampai pada tahap ini, dia akan menjadi berani membabi buta, masa itulah
syaitan meresap ke tubuhnya, akibatnya apa yang kamu lihat sekarang,”
terang datuk sambil merenung muka saya dan Alang Abdul Rauf berulang
kali.
Bagaimana mahu mengatasinya, bila dah jadi macam tu?” soal Alang Abdul Rauf.
“Kita
bacalah ayat-ayat suci yang boleh menghalau syaitan, minta bantuan dan
pertolongan dari Allah, biasanya bila syaitan dah masuk, kita jadi lupa,
sebelum terjadi kita mesti bersedia.”
“Oh, begitu,” Alang Abdul Rauf menarik nafas dalam dalam, kemudian anggukkan kepalanya dua tiga kali.
Isteri
Alang bergerak ke kiri dan ke kanan, mukanya yang jadi pucat, kelihatan
kemerah-merahan. Ia menegur suami dan datuk dengan penuh sopan.
“Mengucap
dua kalimah syahadat,” kata-kala itu ditujukan oleh datuk untuk isteri
Alang Abdul Rauf. Isteri Alang Abdul Rauf terus mengucapkan
berkali-kali. Datuk tersenyum panjang melihat isteri Alang Abdul Rauf
bangun dan menuju ke dapur. Ia terus menjemput kami ke ruang dapur untuk
makan malam.
“Sebelum tidur, suruh bini kamu sembahyang sunat
dua rakaat, minta pada Allah supaya dijauhkan dari gangguan syaitan,”
bisik datuk pada Alang Abdul Rauf, sebaik saja selesai makan malam.
Alang Abdul Rauf memberi persetujuan untuk mematuhi apa yang dikatakan
oleh datuk.
Saya dan datuk bersyukur pada Allah, sepanjang malam
hingga fajar pagi, tidak ada perkara yang tidak diingini terjadi.
Paling menggembirakan hati, seisi rumah dapat menunaikan sembahyang
subuh bersama-sama datuk.
“Tengah hari sikit, kira-kira matahari
di tengah pucuk kelapa dara, kami nak beransur ke tempat lain,” ujar
datuk sambil menjamah kuih makanan pagi.
“Nak ke mana agaknya?”
“Nak
balik ke tempat sendiri, dah lama benar tinggalkan orang rumah,” balas
datuk lalu menghirup kopi. Alang Abdu Rauf dan isterinya berbalas
senyum.
Saya tunduk merenung lantai tetapi, mulut tidak berhenti
mengunyah lepat pisang berinti kelapa. Kalau datuk rindukan nenek, saya
juga rindukannya. Dan saya memang berharap datuk tidak menukarkan
rancangannya. Kalau boleh saya mahu datuk berangkat segera. Saya
berhenti minum kopi dan berhenti menjamah lepat pisang lalu membasuh
tangan.
Tepat jam sepuluh pagi, rumah Alang Abdul Rauf kami
tinggalkan, sambil melangkah menuju ke pekan Batu Gajah, ada serangkai,
cerita yang tersusun dalam tempurung kepala untuk saya persembahkan pada
nenek.
Saya dapat membayangkan bagaimana rupa wajah nenek bila
mendengar cerita yang mengerikan. Nenek pasti mempamerkan gusi dan
giginya bila mendengar cerita lucu.
Semuanya mendorong dan
membangkitkan keinginan saya untuk melihat wajah nenek. Peluh terus
mercik di dahi. Celah ketiak dan pangkal paha mula terasa bergetah.
Perjalanan kali ini amat menyeronokkan. Datuk cukup ramah dan rajin
bercerita.
“Saya terasa pening tuk,” saya mengadu padanya.
“Hum, kamu ni, kena panas sikit terus sakit kepala, bukankah dah aku cakapkan dengan kamu amalkan petua yang aku berikan dulu.”
“Petua?” Saya terkejut dan memperlahankan langkah.
“Ha, kamu dah lupa?” Nada suara datuk keras.
Saya
terus mengkedutkan dahi. Mengingati apa yang pernah datuk tuturkan pada
saya. Usaha saya tidak berhasil. Kalau saya nyatakan padanya. Pasti
saya kena marah. Dari kena marah ada baiknya saya membisu dan terus
melangkah dalam panas terik.
“Kamu ingat petua tu, Tamar,” pertanyaan itu membuat hati saya cemas.
“Tak ingat, saya tak ingat tuk.”
“Jadi, apa yang kamu ingat?” Sergah datuk. Langkahnya mati. Biji matanya terbeliak. Saya terus membatu.
“Bukankah
sudah aku katakan pada kamu, bila mandi, tidak kira pagi atau malam,
mesti dimulakan dari kaki, ke badan dan akhirnya ke kepala.”
“Saya baru ingat tuk.”
“Lagi apa pesan dan petua dari aku.”
“Dalam sebulan mesti makan pucuk manggis untuk dijadikan ulam, kurangkan makan cili api.”
“Ha tahu pun kamu. ada lagi petuanya, cuba kamu ingati Tamar.”
“Setiap
kali bangun pagi, mesti duduk mencangkung memeluk lutut sambil
merapatkan kepala ke kepala lutut kemudian tegakkan lima kali
berturut-turut, hingga sendawa.”
“Hum tahu, amalkan. InsyaAllah kalau petua itu kamu amalkan setiap hari, kamu tak mudah kena sakit kepala atau pening.”
Saya
anggukkan kepala sambil membuat wajah minta dikasihani. Datuk tersenyum
melihat telatah saya yang melucukan itu. Dengan lembut sekali telapak
tangannya menepuk bahu kanan saya berkali-kali. Penuh kemanjaan dan
kemesraan. Saya tersengih panjang.
Langkah selanjutnya, adalah
langkah yang cukup rancak. Peluh yang mengarisi dahi terus saya kesat
dengan telapak tangan. Saya dan datuk sudah pun melintasi kawasan tanah
lombong yang ditinggalkan. Pepasir nampak berkilau-kilau ditikam
matahari yang amat terik. Tetapi, angin yang amat ramah membekalkan rasa
sejuk ke seluruh badan.
Sesekali terlihat beberapa ekor burung
gagak, mengkais-kais pepasir lombong. Secara diam-diam saya mengambil
seketul batu lalu melemparkan ke arah beburung gagak itu. Saya tersenyum
melihat beburung gagak itu berterbang sambil berbunyi. Datuk berdehem
dua tiga kali berturut-turut. Tandanya, datuk kurang senang dengan apa
yang saya lakukan.
Saya dan datuk sampai ke pekan Batu Gajah dan
terus menuju ke stesen bas. Cara kebetulan bas yang dingini memang sudah
ada menanti. Tanpa membuang masa kami terus naik bas berwarna biru
gelap berjalur merah. Belum pun sempat tempat duduk jadi panas, bas pun
bergerak.
Sampai di pekan kecil Pusing, turun lagi menanti bas
lain yang akan membawa kami ke kampung halaman yang sudah lama
ditinggalkan. Kerana bas yang dikehendaki belum tiba datuk terus duduk
di bangku kayu di kaki lima kedai. Saya minta kebenaran dari datuk untuk
merayau sekitar pekan kecil itu. Permintaan saya diperkenankan. Saya
amat gembira.
TUPAI
Saya terus menuju ke kedai yang
menjual burung dan binatang. Saya terpikat dengan arnab, kucing, tupai
dan musang. Dari situ saya masuk agak jauh ke perut kedai menuju ke
tempat aneka jenis burung, sedang saya asyik memperhatikan beburung
tersebut. Seorang lelaki berusia sekitar empat puluhan masuk ke kedai.
Lelaki
itu berbincang dengan penjual burung. Lama juga mereka berbincang, bila
saya amati ternyata mereka berbincang tentang harga burung. Terkejut
juga hati saya bila lelaki Melayu itu sanggup membeli seekor burung
dengan harga yang amat tinggi. Burung yang mahu dibeli bukanlah jenis
burung yang baik, malah tidak diminati oleh orang langsung.
“Setuju,” tanya penjual burung.
“Saya setuju, kaau tujuh ratus pun saya sauggup bayar.”
“Orang Melayu tak suka burung tu, orang Melayu kata burung jenis ini, bawa sial.”
“Saya
nak buat ubat, sudahlah jangan banyak cakap,” bentak orang yang
mengingati burung tersebut. Penjual burung terus pergi ke bahagian
belakang kedai.”
“Ini dia burungnya, awak tengok,” penjual
buning segera menayangkan seekor burung bubut (setengah orang
menyebutnya sebagai burung but-but) yang berbulu agak kekuning-kuningan
dan bermata merah. Si pembeli membelek-belek burung itu seketika.
Penjual
burung masukkan burung itu ke dalam karung kertas. Setelah
menyelesaikan pembayarannnya. Pembeli terus membawa burung itu keluar.
Sebaik
saja pembeli burung itu hilang di balik bangunan kedai, saya merasakan
ada sesuatu yang aneh pada diri pembeli burung tersebut. Kenapa burung
yang tidak berapa digemari oleh masyarakat Melayu dibeli dengan harga
yang begitu mahal sekali.
Tidak sukar mencarinya, asalkan sanggup
keluar masuk belukar kecil atau di kawasan sawah terutama setelah musim
menuai padi. Mungkin si pembeli mempunyal maksud yang tertentu? Timbul
pertanyaan dalam diri saya.
“Eh kamu”
Satu tepukan singgah
di bahu kiri. Wajah si penjual burung nampak terkejut. Saya toleh ke
belakang. Bola mata saya mencakup wajah datuk dalam keadaan yang kurang
tenang.
“Nak beli burung encik,” si penjual burung aju pertanyaan
pada datuk. Datuk gelengkan kepala. Telapak tangannya masih melekat di
bahu saya.
“Kamu tahu, kerana kamu asyik tengok burung bas dah
tinggalkan kita,” rungut datuk telapak tangannya tidak lagi berada di
bahu saya. Tidak ada sesuatu yang dapat saya katakan padanya.
Datuk
terus mengheret saya keluar dari kedai burung. Si penjual burung
memandang perbualan datuk dengan mata yang terkebil-kebil dan terus
tersenyum panjang. Saya disuruh duduk di bangku kayu dan tidak
dibenarkan ke mana-mana. Saya menyesali diri sendiri kerana terlalu
asyik memikirkan
diri si pembeli burung yang aneh.
“Tuk.”
“Hum kenapa Tamar?”
“Orang beli burung but-but nak buat apa tuk?”
“Manalah
aku tahu! kenapa kau tak tanya sendiri,” datuk seperti melepaskan geram
pada saya. Dan saya terima dengan kerdipan mata kecewa. Bunyi kenderaan
yang lalu dijalan terus menyumbat lubang telinga. Bunyi kenderaan itu
bagaikan menyorak diri saya sendiri.
“Setahu aku burung jenis itu
diindungi oleh pihak Jabatan Mergastua, tak boleh ditangkap apa lagi
dijual, burung jenis tu dah nak pupus,” kali ini nada suara datuk cukup
lembut bersahaja, menghilangkan rasa sesal dalam diri saya.
“Burung
jenis tu susah membelanya, biasanya orang tak suka membelanya, kata
orang burung itu bawa padah buruk pada si pembelanya,” lanjut datuk.
Keinginan saya untuk mengetahui cerita selanjutnya kian menjadi-jadi
dalam hati.
“Kalau dah bawa sial buat apa dibeli?” Saya menyoal.
Datuk menarik nafas panjang. Beberapa orang yang lalu di kaki lima kedai
merenung ke arah datuk. Siapa pun akan merasa pelik melihat orang tua
memakai baju butang lima yang dibuat dari kain keras, berseluar hitam
dari kain kilat yang tidak sesuai dengan warna baju. Paling melucukan
datuk memakai selipar kulit yang tapaknya senget sebelah.
“Biasanya,
orang mencari burung tu untuk ubat patah, tapi burung yang ditangkap
untuk dibuat ubat patah mestilah burung yang di hutan bukannya dibeli,”
datuk seperti merungut.
“Kalau beli di kedai, tak boleh ke tuk?”
“Ada tujuan lain yang tak baik.”
“Saya tak faham cakap tuk.”
“Nak buat aniaya sesama manusia, ini kerja syaitan,” datuk mengeluh. Saya angguk kepala. Bas yang dinanti pun tiba.
“Cepat Tamar.”
Datuk tarus menarik tangan saya. Kami berlari ke pintu bas. Berhenti sebentar di situ memberi laluan pada orang yang mahu turun.
Bila orang habis turun, kami pun terus naik bas. Saya memilih bangku kosong di belakang pemandu.
Tidak
ada bantahan dari datuk. Tidak ada perkara yang kami cakapkan dalam
perut bas. Saya lebih banyak tidur dan memandang keindahan kiri-kanan
jalan.
KISAH
Dari pukul dua petang hingga sampai waktu
maghrib, bermacam-macam kisah saya sampaikan pada nenek di anjung rumah
berbumbung limas. Kalau kisah lucu saya persembahkan, nenek ketawa
terkekeh, kalau kisah seram yang dihidangkan wajah nenek nampak cemas.
Masuk
saja waktu maghrib, datuk terus mengajak saya ke surau, Sampai di surau
saya disuruh melaungkan azan. Berkumandang suara saya ke seluruh
kampung. Selesai menunaikan fardhu maghrib dan isyak, barulah saya dan
datuk pulang ke rumah. Sambung kembali cerita dengan nenek.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
84. Belah Perut Burung
TERASA lucu sekali, bila nenek yang sudah tua itu, masih bertanya pada
saya, kalau datuk terpikat pada wanita lain atau bercerita mahu kahwin
lain.
"Datuk tu baik, ke mana-mana dia tak pernah lupa dengan
nenek, nama nenek selalu dipujinya di depan kawan-kawan," ujar saya pada
nenek. Ia tersenyum. Pipinya yang sudah berkedut kelihatan berpelohong
ke dalam dan bibirnya kelihatan seperti menajam, melindungi giginya yang
sudah hampir separuh tercabut dari gusi.
"Kenapa nenek tanya macam tu?"
"Kamu
tahu Tamar, orang lelaki kalau badannya sihat, sampai umur seratus
tahun pun nafsu dan keinginannya tetap kuat," sanggah nenek. Saya diam,
tidak kuasa melawan cakapnya. Kalau dilawan mungkin boleh melukakan
perasaannya.
Malam itu, hampir pukul dua belas baru saya masuk ke
bilik tidur. dan datuk tetap dengan kegemarannya membaca Quran dan
melakukan sembahyang sunat tengah malam sebelum masuk tidur.
Kali
ini, saya dengan datuk agak lama berada di kampung. Hampir enam bulan
tidak ke mana-mana. Datuk tetap dengan kegemarannya memburu
binatang
pada sebelah petang. Waktupagi dihabiskan di kebun getahnya. Menanam
anak-anak getah di celah pepohon getah yang sudah tua.
Menurut
datuk bila anak-anak getah itu membesar dan boleh ditoreh. Pokok-pokok
getah yang tua dan tidak mengeluarkan susu akan ditebang. Dalam seminggu
cuma dua pagi saja saya menolong datuk.
Saya ada tugas lain yang
diberikan datuk, saya disuruh mengurus kebun pisang. Menjual buah
pisang dan menjual getah dari para penoreh di kebunnya adalah urusan
saya. Saya kira taraf saya dengan taraf seorang kerani.
Walaupun
saya tidak dibayar gaji tetap tetapi, pada setiap bulan saya menerima
wang antara tiga puluh hingga empat puluh sebulan, bergantung pada hasil
penjualan getah dan pisang.
Dengan wang itu, sayaboleh ke mana-mana dan berjaya membeli sebuah basikal lumba.
Saya
berhasrat mahu menjadi seorang jaguh lumba basikal yang terkenal. Demi
hasrat tersebut, pada setiap petang saya kayuh basikal keliling kampung,
berlagak sebagai seorang juara.
Kawan-kawan rapat dan karib
terus mengkagumi dan memuji saya kerana berani kayuh basikal lumba
dengan laju. Bila dipuji begitu, saya terasa yang diri saya ini memang
benar-benar seorang juara.
Anehnya, kehebatan dan kebolehan saya
setakat keliling kampung saja. Tidak berani masuk gelanggang. Mimpi
untuk jadi juara tetap datang dalam tidur saya. Datuk kurang senang
melihat saya keliling kampung dengan basikal lumba, dia bimbang kalau
perbuatan saya itu boleh menimbulkan fitnah atau mendorong saya mengusik
anak dara kampung.
Bagi menghindar kejadian yang tidak diingini
terjadi, datuk mengesyorkan supaya saya mengikuti ilmu persilatan dengan
seorang jaguh silat yang tinggal kira-kira sepuluh batu dari kampung
kami. Apa yang datuk utarakan itu segera saya patuhi.
"Aku mahu
kamu pergi ke tempat kamu belajar silat dengan basikal," kata datuk
dengan senyum. Terasa agak berat mahu kayuh basikal lumba ke tempat
silat. Belajar silat kira-kira pukul sembilan malam dan tamat kira-kira
pukul sebelas atau dua belas. Kemudian, kayuh basikal sepuluh batu
pulang ke rumah.
Bagaimana? Kalau sedang saya asyik kayuh basikal
dalam gelap, tiba-tiba harimau muncul di tengah jalan. Apa yang mesti
saya lakukan? Menentangnya atau lari saja. Macam-macam yang saya
fikirkan bila datuk menyuruh saya kayuh basikal ke tempat belajar silat.
"Sulit tuk," saya membantah.
"Apa yang sulitnya Tamar," datuk beliakkan biji mata.
"Jumpa gajah atau harimau tengah malam, hancur tulang-tulang saya dipatah-patahkannya."
"Kerana itu aku suruh kamu belajar silat, biar berani dan boleh mempertahankan diri bila diserang binatang atau manusia."
"Cara
datuk mengajar saya supaya jadi berani ganjil sekali," nada suara saya
agak keras. Datuk terus menggosok pangkal hidungnya berkali-kali sambil
merenung basikal lumba yang saya sandarkan ke perdu pokok kelapa.
"Bagaimana?
kalau kau setuju aku belikan motosikal untuk kamu, asalkan kamu mahu
belajar jadi manusia berani," satu peluang yang terbaik dari datuk,
tidak wajar dilepaskan begitu saja.
"Saya setuju tuk."
"Ada syaratnya Tamar."
"Syarat? Apa syaratnya tuk," saya terkejut.
"Mudah
saja, kau belajar dulu enam bulan, lepas itu baru aku belikan
motorsikal, itu pun bila kamu dah lulus ujian memandu." tersenyum simpul
datuk memandang ke arah saya. Mudah sungguh ia mengeluarkan syarat
tetapi, bebannya terasa amat berat sekali untuk saya laksanakan.
Setelah
difikirkan dengan teliti dan masak-masak, saya terima dengan syarat
yang diajukan pada saya. Senyum datuk bertambah lebar. Petang itu juga,
datuk membawa saya menemui guru silat. Melihat bentuk tubuhnya yang
tegap, misai melintang dan penuh janggut serta jambang menghiasi wajah
membuat saya gementar.
Saya membayangkan kalau pembukanya yang
datang gagal saya tepis, pasti saya jatuh terlentang ke bumi. Kalau
hinggap dirusuk, sudah pasti tulang rusuk patah. tetapi, kerana mahukan
motosikal. Semua rintangan sanggup saya hadapi.
Tanpa diduga
sedang asyik berborak di halaman rumah pendekar. Secara mengejut
pendekar melepaskan satu penumbuk kencang ke arah saya, kerana pernah
belajar beberapa langkah silat tumbukan itu berhasil saya tepiskan.
"Dah
tahu rupanya," puji pendikar sambil memintal misai lebatnya. Telapak
tangannya yang lebar itu terus menepuk bahu saya berkali-kali. Datuk
tersenyum, datuk mana yang tidak merasa bangga bila cucu kesayangan
dipuji di depan mata. Saya bersyukur pada Allah swt kerana menghadiahkan
kegembiraan padanya.
Setelah berbincang lebih kurang setengah
jam. Kami pun meninggalkan rumah pendekar tersebut. Dua hari kemudian,
saya pun memulakan latihan. Saya berharap kali ini, datuk tidak akan
pergi ke mana-mana. Biarlah datuk duduk terus di kampung meneruskan
kebiasaan yang diminatinya. Saya sudah bosan mahu mengikuti datuk ke
mana-mana.
Apa yang saya bimbangkan selama ini benar-benar
terjadi. Ketika saya pulang dari belajar silat, saya terserempak dengan
seekor harimau yang baring melintang di jalan raya. Saya terus melakukan
brek kecemasan. Saya tercampak atas tanah. Harimau yang terkejut terus
bangun, membuka mulutnya lebar-lebar sambil menjilat tubuhnya dengan
tenang.
Saya cuba bangun tetapi, saya rasakan sepasang tempurung
lutut saya jadi lemah. Saya jadi lembik dan jatuh lagi. Saya serahkan
hidup atau mati saya pada keadaan. Entah macam mana, saya jadi berani
dengan tiba-tiba. Saya berhasil bangun dan mengangkat basikal lumba yang
tersadai atas rumput. Harimau liar itu bergerak di depan saya.
Saya
ikuti pergerakannya dengan teliti. Saya tentang matanya yang bersinar
dalam gelap. Bila harimau bergerak ke arah saya. Saya undur
perlahan-lahan basikal lumba saya jadikan benteng pertahanan. Bila
harimau itu menerkam ke arah saya terlebih dahulu terkena basikal lumba
sebelum melakukan serangan ke atas saya.
Saya bersyukur bila
harimau itu tidak menerkam ke arah saya. Harimau itu cuma mengaum
panjang sebanyak dua kali. Kemudian masuk ke hutan di sebelah kanan.
Saya
terus lompat atas basikal lumba dan mengayuhnya dengan laju tanpa
menoleh ke belakang. Apa yang saya alami tidak saya ceritakan pada
datuk, biarlah peristiwa itu menjadi kenangan diri yang paling berharga
buat saya.
DATANG
Suatu hari guru silat datang menemui
datuk. Saya jadi cemas kalau guru silat tersebut membawa berita yang
kurang menyenangkan tentang diri saya pada datuk. Saya terus mengintip
perbualan mereka dari bawah rumah.
"Saya nak mengajak awak ke Permatang Pauh," terdengar suara guru silat.
"Ada apa di sana?" Soal datuk.
"Adik ipar saya sakit, isterinya, adik saya menulis surat minta saya balik tengok keadaan suaminya yang teruk."
"Kalau kamu mengajak aku ke sana untuk mengubatnya, aku minta maaf, aku tak pandai."
"Tidak
terniat dalam hati, saya cuma nak ajak awak berjalan sauja, adik ipar
saya tu, sekarang ni diubat dan dijaga oleh bomoh, manalah tahu kalau
awak nak berkenalan dengannya."
Mereka berhenti bercakap
sebentar. Sama-sama menikmati, air kopi dan kuih yang dihidangkan. Saya
masih tidak mahu bergerak dari bawah rumah. Saya mahu mengikuti dan
mendengar keputusan yang bakal diambil oleh datuk. Saya yang berada di
bawah rumah terus berdebar.
"Apa sakit adik ipar kamu tu?" Datuk minta penjelasan.
"Pada
mulanya, dia demam, tidak berala lama lepas itu, perutnya terus buncit
macam orang mengandung, sudah puas dibawa berubat ke mana-mana tapi tak
mahu hilang."
"tak bawa ke hospital." soal datuk lagi.
"Sudah, doktor sendiri tidak tahu apa jenis penyakit yang ditanggungnya."
"Berubat dengan bomoh tu, macam mana?"
"Menurut isterinya ada kurang sikit, bomoh tu memang handal, namanya terkenal di tempat saya hingga ke Selatan Siam.
"Kalau begitu aku ingin nak belajar darinya. Bila kamu nak balik ke Permatang Pauh."
"Dua hari lagi."
"Kalau aku dengan cucu aku pergi, tak menyusahkan diri kamu," tambah datuk.
Saya
yang berada di bawah ruma tergamam sejenak. Saya mengambil keputusan
keluar dari bawah rumah. Naik ke atas rumah lalu berdiri di muka pintu.
Guru silat angkat tangan pada saya bersama segaris senyum yang
memanjang. Saya juga angkat tangan.
"Tak jadi hal, rumah
peninggalan orang tua saya besar, sekarang ni kosong, awak boleh duduk
di situ, setakat makan minum awak berdua selama dua tiga hari kamu
kerabat saya boleh tanggung," balas guru silat penuh semangat. Datuk
termenung. saya terus duduk di sisinya. Guru silat garu pangkal
keningnya dua tiga kali.
"Biar kami bawa beras, ikan dan apa yang
patut," dengan wajah selamba datuk menuturkan kata-kata. Guru silat
gelengkan kepalanya dua tiga kali sambil tidak berkata.
"Untuk menyenangkan awak," balas datuk.
"Susah
dengan awak ni, selalu memikirkan tentang diri orang lain, tidak mahu
menyusahkan orang lain dalam hidup awak," guru silat bersuara diakhiri
dengan ketawa memanjang. Datuk hanya tersenyum saja.
Guru silat
minta diri untuk pulang. Datuk dan saya menghantarnya hingga ke kaki
tangga. Terasa di hati ingin melarang datuk supaya jangan pergi ke
Permatang Pauh. Tetapi, apa yang ada dalam hati saya, tidak terdaya mahu
saya luahkan. Takut kena marah.
BERANGKAT
Masa yang
dijanji pun tiba. Kami bertiga pun berangkat ke Permatang Pauh dengan
menaiki bas. Sebelum sampai ke tempat yang dituju kami terpaksa singgah
di beberapa buah bandar, bertukar bas.
Kami sampai di Permatang
Pauh, kira-kira pukul dua petang. Kampung asal guru silat memang
menarik. Dikelilingi sawah yang sayup maa memandang. Saya terpesona
melihat matahari petang yang memancarkancahaya kekuningan ke atas bebuah
padi yang sedang menguning emas.
Kali ini, saya merasa beruntung
dan bertuah. Datuk tidak mengongkong kebebasan diri saya. Satu
perubahan yang amat mengejutkan dari datuk. Saya boleh pergi ke
mana-mana dalam kawasan kampung guru silat.
Dua hari berada di
tempat tersebut, saya sudah berkenalan dengan beberapa orang pemuda yang
sebaya dengan saya di kampung itu. Saya berkawan dengan Zubir, Usman
dan Abdul Fatah. Mereka membawa saya melawat ke Bukit Bendera, Batu
Feringgi dan beberapa tempat yang menarik.
Kadang-kadang mereka
mengajak saya mandi laut di kawasan yang sekarang sudah didirikan hotel
Rasa Sayang. Sebelum itu, di sekitar kawasan tersebut terdapat
perkampungan dan rumah orang Melayu. Cara kebetulan pula ayah saudara
Zubir tinggal di tempat tersebut, menjadi nelayan pantai.
Semua
yang saya alami itu, merupakan satu pengalaman baru dan membuat saya
ingin tinggal lebih lama di tempat tersebut. Abdul Fatah mencadangkan
supaya saya bekerja di Pelabuhan Pulau Pinang seperti dirinya. Cadangan
itu saya tolak, tetapi Zubir berjanji untuk mencarikan saya pekerjaan di
Kebun Bunga yang selalu menjadi tumpuan para pelancong kerana bunga dan
monyetnya yang jinak.
Cadangan Zubir memang menarik hati saya.
Harapan untuk memperolehi kerja tersebut amat cerah kerana abangnya
menjadi pegawai dan diberi kuasa memilih orang untuk bekerja di tempat
tersebut.
Jawapan saya pada cadangan itu : "Nanti aku fikirkan, kemudian aku beritahu kamu keputusannya."
"Bila aku boleh dapat tahu?"
"Biar aku balik dulu ke kampung, kemudian aku tulis surat pada kamu."
"Kalau begitu aku daftarkan nama kamu dulu."
"Ya, kalau baik apa yang kamu fikirkan patut," balasku.
Jawapan
itu memberikan kegembiraan pada tiga sahabat baru, awal-awal lagi
mereka sudah bermuafakat untuk menyewa rumahdi sebuah kampung Melayu
yang letaknya tidak jauh dari Persiaran Gurney. Kalau tidak silap saya,
kampung itu disebut Kelawai. Kata mereka saya amat sesuai untuk tinggal
di sebuah rumah sewa sama mereka.
Kebebasan yang diberikan oleh
datuk itu, membuat saya tidak berminat untuk mengikuti datuk pergi ke
rumah adik ipar guru silat yang terlantar sakit. Hal itu kurang
menyenangkan hati datuk.
"Tamar, petang ni usah ke mana-mana ikut
aku," ujar datuk dengan tenang di tengah rumah peninggalan orang tua
guru silat. Saya berhenti dari menyikat rambut dan terus termenung.
Saya
dapat membayangkan kehampaan kawan-kawan, bila saya tidak dapat
menyertai mereka perti ke Padang Kota seperti yang dijanjikan. Saya
terlepas peluang untuk berdiri di tepi feri sambik menikmati deru ombak
dan melihat matahari hampir terbenam di permukaan laut seperti yang
selalu kami lakukan ketika menyeberangi selat kecil yang memisahkan bumi
Pulau Pinang dengan Tanah Besar.
"Saya dan janji dengan kawan tuk."
"Tuk nak ajak saya tengok orang sakit tu."
"Ya."
"Kalau begitu, biar saya beritahu kawan-kawan yang saya tak dapat pergi ke sana, nanti dia orang tertunggu-tunggu saya."
"Pergi cepat."
Saya
terus menemui kawan-kawan. Ternyata mereka agak terkejut dengan berita
yang saya sampaikan. Akhirnya, mereka dapat menerimanya setelah saya
terangkan keadaan yang sebenar. Saya terharu bila mereka membatalkan
hasrat yang sudah dirancang tanpa penyertaan saya. Kagum saya dengan
semangat setia kawan yang diberikan itu.
LIHAT
Hasrat
datuk saya tunaikan. Ia gembira dan malam itu lebih kurang pukul sepuluh
saya sudah pun berada di rumah adik ipar guru silat. Terharu saya
melihat seorang lelaki terlentang di lantai dengan perut yang membukit.
Di
depan lelaki itu digantung tali belati yang diikat pada alang rumah.
Bila lalaki itu mahu duduk ia terpaksa menggunakan tali belati itu
sebagai tempat berpaut.
Satu pemandangan dan keadaan yang amat
mengharukan perasaan saya. Bila lelaki itu sudah duduk, isterinya segera
meletakkan tiga bantal di belakangnya untuk dijadikan tempat bersandar.
Tanpa bantuan bantal dan tali tersebut, lelaki itu tidak mampu duduk.
Menurut
isteri lelaki itu, suaminya jarang makan dan minum tetapi, perutnya
tetap membesar. Bercakap tidak boleh banyak, kalau bercakap suaminya
akan mengalami sesak nafas dan penat adakalanya terus pengsan.
"Sudah
enam bulan lebih," kata bomoh yang merawat adik ipar guru silat pada
datuk. Saya lihat datuk anggukkan kepala kemudian terus bertanya :
"Bagaimana, ada harapan nak sembuh."
"Entahlah, saya cuma berusaha kalau diizinkan Allah sembuhlah dia," bomoh itu merendah diri.
"Dah lama awak berikhtiar?" tanya datuk lagi.
"Baru
lagi, perkara ini diberitahu pada saya dah lambat, kalau cepat,
barangkali saya dapat berusaha lebih baik lagi." dengan tenang bomoh
yang berusia lebih tua dari datuk memberi penerangan.
Datuk
termenung panjang. Kemudian merenung ke arah adik ipar guru silat yang
terlentang. Datuk menarik nafas panjang. Guru silat yang berada di
sisinya terus membisu. Isteri suami malang menatap sayu ke arah
suaminya.
"Minta maaf, masuk malam ni dah tiga malam saya ikut
awak mengubat, orang sakit ni, macam mana kalau saya turut menolong
awak," datuk cuba memberikan khidmatnya. Bomoh yang duduk disebelahnya
terus tunduk.
Saya kira, permintaan datuk tidak akan
diperkenankan. Mana ada bomoh yang suka kerjanya diganggu atau mahu
bekerjasama dengan orang lain.
"Boleh," satu jawapan yang amat
mengejutkan dari si Bomoh. Muka datuk nampak berubah. Begitu juga dengan
muka guru silat. Datuk segera bangun dan mendekati si sakit. Datuk
pegang tangan pesakit merasai denyut nadinya.Datuk kembali duduk di sisi
bomoh. Buat beberapa minit, tidak ada percakapan yang terjadi di antara
kami.
"Awak setuju tak, kalau saya katakan sakit orang ni memang
teruk," datuk renung muka bomoh. Tiada jawapan yang datuk terima dari
bomoh tersebut. Cara mendadak saja bomoh bangun lalu duduk bersandar di
dinding sambil melunjurkan sepasang kakinya. Songkok hitam diletakkan
atas lantai.
"Tentulah teruk, kalau dah sampai hospital sendiri
tak tahu nak buat apa," tiba-tiba saja bomoh tersebut bersuara. Songkok
atas lantai diambilnya lalu diletakkan atas kepalanya kembali. datuk
segera menghampirinya. Saya perhatikan datuk memperlihatkan sikap mahu
bersahabat dengannya.
"Apa pandangan tuk bomoh, saya memang jahil
dalam hal macam ini," kata datuk merendah diri. Bomoh itu senyum. Dua
tiga kali ia meraba bahagian tepi songkoknya.
"Awak memang sikit pun tak tahu? Bomoh itu bertanya lagi. Datuk anggukkan kepala.
"Hum,
saya sangka awak tadi ada isi, berlagak macam orang pandai rupanya
kosong," tambahnya lagi bersama senyum yang lebar. Datuk hanya diam
sahaja.
"Kalau dah tak tahu apa-apa, jangan banyak cerita tenogk
saya apa yang aku buat," Nada suara bomoh itu mula meninggi. Ia terus
memicit-micit pangkal pahanya. Guru silat yang duduk dekat datuk tetap
anggukkan kepala.
"Awak tahu, orang ni kena buatan manusia, dia
disihir," tiba-tiba sahaja bomoh itu berdiri, sambil mengepal-ngepalkan
penumbuk. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan dalam rumah.
"Kamu
semua tahu puncanya?" tanya bomoh dengan suara keras biji matanya
separuh terbuka. Kerana tidak ada sesiapa yang menjawab pertanyaannya,
muka bomoh jadi merah. Ia terus menjerit :
"Kamu tahu puncanya?"
"Tak
tahu," pekik datuk, pekikan datuk itu mengejutkan bomoh itu sendiri. Ia
jadi tersentap. Tidak jegilkan biji mata. Tidak tunjuk wajah yang
marah. Wajah dan gerakan tubuhnya serta-merta bertukar menjadi lembut
dan sopan.
"Puncanya bukan apa-apa," bomoh tua memperkemaskan silanya. Guru silat dan datuk tumpukan perhatian ke arahnya.
"Puncanya,
yang si sakit ni tak mahu dengar cakap dan nasihat orang. Itu saja
sebabnya," sambung bomoh tua. Biji matanya bulat menatap wajah datuk.
Saya
lihat guru silat renung ke arah datuk. Beberapa saat kemudian, guru
silat terus merapati datuk. Mereka berbisik. Entah apa yang mereka
bisikkan saya sendiri pun tidak tahu. Bomoh tua lunjurkan kaki kiri
sambil menggaru pangkal telinganya berkali-kali.
"Kalau kamu tau
sikit-sikit cara nak mengubatnya beritahu aku jangan sembunyi-sembunyi,"
kata-kata itu ditujukan untuk datuk oleh bomoh tua. Datuk seperti orang
terkejut. Guru silat singgung pangkal paha datuk dengan kepala lutut.
"Saya
tak tahu, saya cuma nak tengok saja, kalau boleh saya nak tumpang
belajar," balas datuk dengan tenang. Bomoh tua tersenyum.
"Kalau begitu, kamu jadi pembantu aku, setuju?"
"Setuju," jawab datuk tegas.
"Bagus, ke mari dekat aku."
Datuk
bangun lalu mendekati bomoh tua. Bomoh tua bangun lalu memegang tangan
datuk erat-erat. Datuk ditarik mendekati orang yang sakit. Mereka duduk
bersimpuh menghadapi orang sakit.
SILAT
Tiba-tiba bomoh
tua itu membuka silat. Menendang ke kiri dan ke kanan. Tendangan itu
semuanya mengarah ke arah datuk. Cepat-cepat datuk mengelak dan menepis
dengan tangkasnya. Bomoh tua berhenti bersilat. Ia ketawa. Saya terasa
macam ada sesuatu yang ganjil tentang cara bomoh tua itu mengubati
orang.
"Maafkan aku, aku cuma menguji diri kamu," kata bomoh tua
dengan wajah yang tenang. Tetapi, datuk tetap berwajah serius.
Seolah-olah tidak dapat menerima dengan apa yang dilakukan oleh bomoh
tua tersebut padanya.
"Bukan masanya untuk menguji, kita mengubat
orang sakit," datuk membantah. Bomoh tua menarik wajah masam. Kurang
senang dengan teguran datuk itu. Guru silat di sebelah saya juga nampak
resah.
"Habis sekarang masa untuk apa?" Ia menyoal datuk dengan nada suara yang keras. Datuk tetap bersikap tenang.
"Masa untuk mengubat orang," balas datuk.
"Kamu
bercakap perkara yang betul, tapi kamu harus tahu ini cara aku. Aku nak
panggil roh datuk nenek membantu," jawab bomoh tua.
"Cara yang salah, bertentangan dengan agama," tiba-tiba saja guru silat bersuara. Datuk nampak resah.
"Ini
urusan aku, kau jangan campur," bomoh tua jadi marah. Ia suruh datuk
bangun dan beredar ke tempat lain. Datuk patuh pada permintaannya. Bomoh
terus duduk bersila. Menabur kemenyan dalam tempat perasap. Kedua belah
tanggannya diletakkan atas kedua kepala lututnya.
Bomoh tua
goyangkan badan ke kiri dan ke kanan. Tiba-tiba ia jatuh terlentang atas
lantai, macam nangka masak gugur dari pokok. Ia bangun perlahan-lahan.
Ketika itu semua tingkap di rumah adik ipar guru silat terbuka sendiri.
Langsir bergerak-gerak kencang ditolak angin. Saya mula cemas...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
85. Katak Ganjil
BIARKAN mereka datang,” kata bomoh dalam keadaan tidak sedar, saya merenung menerusi tingkap dan pintu yang terbuka sendiri.
“Beri
jalan,” suara bomoh lembut. Saya terasa papan rumah seperti dipijak
orang. Angin malam kian kuat terus masuk ke rumah. Beberapa helai daun
mempelam melayang ke rumah.
Datuk tidak melakukan sesuatu. Ia
melihat apa yang terjadi dengan perasaan tenang tetapi penuh persediaan
kewaspadaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak baik. Guru
silat bangun lalu berdiri tidak jauh dari arah rusuk kanan bomoh tua.
Saya pula mengisut perlahan-lahan menuju ke tepi dinding.
Berusaha
mahu menjarakkan diri dengan datuk, guru silat dan bomoh tua. Andainya,
bomoh tua kemasukan roh datuk nenek dan tidak sedarkan diri, mengamuk
atau membaling tempat bara api saya boleh mengelakkan diri dengan terjun
menerusi pintu yang terbuka.
Bomoh tua yang bercakap seorang
diri itu, memperlahankan suaranya, sesekali ia menumbuk lantai, suaranya
seperti orang yang kena cekik. Lagi sekali bomoh tua itu rebah atas
lantai.
Suasana dalam rumah menjadi sunyi. Bomoh tua terus
bangun. Gosok kelopak matanya berkali-kali, macam orang baru bangun
tidur. Renung kiri, kanan dengan sinar mata yang garang.
“Eh,
kamu kenapa datang dekat aku, tengok sekarang datuk nenek aku dah lari,
kamu tolak dia, sekarang dia dah merajuk,” bomoh terus marah-marah
dengan guru silat. Saya tergamam, tidak ada sesiapa pun yang berdiri
dekatnya, sebelum guru silat menghampirinya.
“Saya tak nampak
apa-apa,” mulut celupar saya bertanya. “Kamu tahu, biji mata kamu
semuanya tak nampak dia, kecuali aku, batin aku dengan batin roh datuk
nenek aku sudah bersatu,” kemarahan bomoh tua meluap-luap. Tidak terduga
oleh saya perkara tersebut boleh jadi begitu.
Supaya keadaan,
tidak menjadi kacau-bilau, datuk segera minta maaf. Nasib baik bomoh tua
mahu memaafkannya. Saya segera terfikir kenapa banyak sangat upacara
yang mesti dijalankan untuk mengubati orang yang sedang sakit.
Apakah
bomoh tua itu tidak terfikir cara yang dilakukannya itu menambahkan
beban orang yang memang sudah sakit itu. Saya jadi bosan dengan keadaan
yang sedang saya hadapi.
Saya juga terfikir, perkara itu sahaja
dilakukan untuk melambat-lambatkan tugasnya. Bila sudah larut malam baru
kerja itu dijalankan dengan sempurna. Ini satu taktik, kata hati saya.
Bomoh itu, menjalankan upacaranya kembali. Kali ini isteri si sakit
duduk di depannya.
“Akulah panglima raja Melayu,” suara bomoh berubah, parau dan garang. Isteri si sakit tunduk.
“Siapa nama panglima?” Soal isteri si sakit.
“Datuk Maharajalela, panglima Perak yang datang untuk menyempurnakan hajat anak cucu.”
“Terima kasih kerana panglima sudi datang ke rumah kami.”
“Hum...aku faham, aku dahaga dan lapar.”
“Tunggu, panglima.”
Isteri
si sakit pun meletakkan setalam hidangan di depan bomoh tua yang
menjelma menjadi Datuk Maharajalela. Saya segera rapat pada datuk yang
duduk tidak jauh dari bomoh yang sudah berada di zaman lampau itu.
Saya
lihat dalam talam itu ada dua butir telur ayam, sebutir sudah direbus
dan sebutir tidak. Ada dua cawan, satu berisi kopi, satu berisi air
biasa. Ada dua kepal pulut, satu berwarna kuning dan satu berwarna
putih.
Asap kemenyan terus menguasai ruang rumah. Dalam berbisik
guru silat memberitahu saya, barang-barang ini memang menjadi syarat
setiap kali bomoh tua itu menjalankan tugasnya. Dan barang-barang itu
sentiasa berubah, mengikut malam bomoh tua itu datang.
Isteri si
sakit tahu, kalau bomoh tua datang malam Selasa, persediaannya cuma dua
biji pisang. Satu masak dan satu tidak. Malam Jumaat, persediaannya
seperti yang saya lihat sekarang.
Biasanya, setelah selesai
menjalankan upacara tersebut, bomoh tua akan memberitahu pada orang yang
diubatinya siapa pula yang akan mendampinginya pada malam berikut dan
apa kegemaran orang yang mendampinginya itu mesti disediakan.
Semua
makanan yang dihidangkan itu dimakan oleh bomoh tua yang sudah diresapi
roh panglima itu. Semuanya dimakan separuh saja. Tekak saja menjadi
loya bila melihat bomoh tua itu makan. Air liurnya meleleh, macam orang
kena sawan babi. Sesiapa pun tidak sudi makan sisa makanan yang
ditinggalkannya itu.
Membazir
dan jadi habuan ayam. Itupun kalau ayam tersebut sudi. Fikir saya.
Datuk terus termenung sambil mengerutkan dahinya. Bomoh tua itu selesai
makan.
“Apa hajat cucu,” bomoh tua bersuara.
“Suami saya
sakit, sudah ramai panglima yang datang tapi sakitnya tak kurang juga,
sekarang saya minta tolong pada Pahlawan Perak.”
“Hummmmmmm.,”
bomoh tua itu tunduk, “Sakit suami kau kena buatan orang, dua tiga hari
lagi sembuhlah dia, beri aku kemenyan dan daun kunyit.”
Isteri si sakit serahkan barang yang dikehendaki. Bomoh tua membelek-belek barang tersebut dan diserahkan pada isteri si sakit.
“Kemenyan tu usap ke muka tujuh senja, daun kunyit potong kecil dan diberikan ia makan pada setiap pagi, dan faham cakap aku.”
“Faham.”
“Ada apa-apa lagi yang nak minta.”
“Tak ada apa-apa, kalau tak kurang saya panggil panglima lagi.”
“Boleh,
lain kali aku nak datang dengan Tok Janggut dari Kelantan, sediakan
makanannya, ayam percik sama nasi dagang. Aku nak balik.”
Bomoh
tua itu jatuh ke lantai kembali. Kemudian bangun dan tersenyum,
seolah-olah tidak ada sesuatu yang dilakukan di depan kami. Ia bersalam
dengan kami.
Bomoh tua itu bertanya pada isteri si sakit apa yang
terjadi. Isteri si sakit pun menceritakan apa yang terjadi. Bomoh tua
pun anggukkan kepala. Senyumnya bertambah lebar merenung ke arah kami.
“Kamu
dah banyak kali tengok aku mengubat orang, tapi aku rasa pelik kenapa
malam ini baru kamu nak tolong aku?” Bomoh tua ajukan pertanyaan pada
datuk.
“Saya nak belajar,” jawab datuk.
“Hisss kamu, dah tua-tua nak belajar, hati dah tumpul otak tak boleh terima pelajaran lagi, aku belajar sejak kecil tahu.”
“Saya
faham,” kata datuk menahan rasa malu yang amat sangat. Bomoh tua
tersenyum. Pintu dan tingkap yang terbuka tertutup rapat kembali. Saya
tidak sedar, waktu bila tingkap dan pintu rapat.
“Boleh saya
sentuh tubuh si sakit,” datuk minta izin dari bomoh tua. Ia anggukkan
kepala. Senyumnya tidak juga berakhir di kelopak bibir. Saya tahu,
senyum itu tidak jujur. Senyum menyindir. Datuk rapat pada si sakit.
Pergelangan tangan si sakit di rabanya berkali-kali. Datuk minta segelas
air sejuk pada isteri si sakit.
Segelas air sejuk berada dalam
tangan datuk. Mulut datuk bergerak lancar. Datuk serahkan gelas berisi
air itu pada si sakit. Datuk suruh si sakit minum air tersebut. Baru
sekali teguk saja, si sakit itu terus tersedak, air di mulut bersembur
dan terkena muka bomoh tua.
“Ini semua kerja syaitan, si sakit
disihir orang,” datuk renung muka bomoh tua. Saya lihat bomoh tua
tersengih sambil mengesat kesan air di mukanya.
“Tidak ada harapan nak baik,” ujar bomoh tua.
“Jangan
cakap macam tu, kalau Allah izinkan semuanya elok, kalau janjinya sudah
sampai kita tak boleh buat apa-apa,” suara datuk merendah. Bomoh tua
gelengkan kepala.
“Kalau kamu dah pandai sangat, kamu ubat sendiri. Aku tak mahu campur,” bomoh tua meledakkan kemarahannya.
“Jangan
begitu sama sama kita berusaha menolong orang yang sakit,” datuk
memujuk. Tetapi, pujukan itu tidak berjaya melembutkan hatinya.
“Minta maaf, kalau saya katakan yang kita boleh berusaha, marilah sama kita menolongnya,” rayu datuk.
“Tidak
kamu uruskan aku nak tengok sejauh mana kamu sanggup”, bomoh tua itu
seolah-olah mencabar datuk. Saya lihat datuk termenung panjang. Macam
ada sesuatu yang difikirkannya.
“Minta maaf, menurut petua datuk
nenek saya orang yang sakit ini disihir dengan menggunakan anak kucing
hitam. Kemudian akan disusuli dengan menggunakan burung but-but. Orang
yang mengambil upah membuat kerja ini bukan sebarang orang,” datuk
mengeluarkan apa yang ia tahu, mengikut petua denyut nadi dan gerak
darah dalam urat saraf. Bomoh tua menjuihkan bibirnya ke depan. Datuk
tidak terhenti setakat itu saja. Ia terus melanjutkan kata-katanya:
“Kerja
pertama dah berjalan, hasilnya perut si sakit bengkak, dalam dua tiga
minggu lagi kerja kedua akan dijalankan, kalau kita tak sekat kerja
kedua ini, hanya Allah yang dapat menentukan hidup mati si sakit,” ujar
datuk. Suaranya kali ini bertambah keras penuh dengan keyakinan. Bomoh
tua kerutkan dahi.
“Macam mana caranya, orang tu buat kerja,”
tiba-tiba saja bomoh tua soal datuk. Mahu menguji sejauh mana kebolehan
dan kemampuan datuk.
“Perut anak kucing hitam itu dibelah, isi
perut anak kucing itu dibalutkan dengan kain putih dan dimasukkan ke
dalam perutnya semula lalu ditanam sekitar kawasan rumah, bila
terlangkah pada orang yang ditujukan, sebulan kemudian perut orang itu
buncit, bila kain dalam perut anak kucing reput, orang yang kena tuju
tu, tamat riwayat,” jelas datuk.
Guru silat menggaru pangkal
dagunya berkali-kali. Wajahnya nampak resah. Ekor mata saya masih
tertumpu ke arah bomoh tua yang menjentik-jentik lantai dengan jarinya.
Isteri si sakit termenung sedangkan si sakit yang terbaring mengerdipkan
kelopak matanya berkali-kali.
“Bagaimana dengan adik ipar saya?”
Mendadak saja guru silat bertanya. Bomoh tua berdehem panjang, bagaikan
memberitahu yang pertanyaan itu harus ditujukan pada dirinya, bukan
pada datuk. Perbuatan guru silat itu menjatuhkan mariabat dirinya.
“Adik
ipar awak baru dikenakan peringkat awal, saya yakin kain pembalut perut
anak kucing hitam tu belum hancur lagi, kita masih boleh berusaha.”
“Kalau sudah sampai peringkat kedua bagaimana?” Desak guru silat. Datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali.
“Peringkat
kedua, perut burung but-but dibelah, semua isi perutnya dikeluarkan,
dimasukkan kembali bersama tanah biasa lalu dijahit, ini cukup
merbahaya, bila perut burung but-but hancur, perut adik ipar awak juga
pecah.”
“Dahsyat, bagaimana kita nak mengatasinya,” cemas sekali guru silat bersuara.
“Kita
mohon pertolongan pada Allah,” jawab datuk menenangkan perasaan guru
silat. Lagi, sekali saya merenung ke bomoh tua yang sikapnya agak
berubah dari tadi. Tidak memperlihatkan sikap marah-marah dan sombong.
“Bagaimana
kalau semua kerja ni awak ambil,” terdengar suara bomoh tua. Datuk
segera mendekatinya. Perlahan-lahan datuk genggam tangannya erat-erat.
“Marilah kita bekerjasama untuk menolong orang yang sakit,” kata datuk. Bomoh tua gelengkanan kepala seraya berkata:
“Awak uruskan cara awak, saya cara saya, kita tengok siapa handal.”
“Bukan itu niat saya.”
“Sudahlahhhh...,” bomoh tua terus bangun. Meninggalkan rumah adik ipar guru silat. Hilang dalam kepekatan malam yang garang.
Saya
terus mengerutkan dahi melihat sikap bomoh tua yang di luar dugaan.
Guru silat merenung wajah datuk dan datuk membalas senyuman tersebut
dengan segaris senyum. Tetapi, rasa cemas dan bimbang tergambar di wajah
isteri si sakit.
“Agaknya, dia dah tak mahu nak mengubat aku,”
tanya si sakit (adik ipar guru silat) dengan nada kehampaan. Guru silat
menarik nafas panjang.
Datuk meraba dagunya berkali-kali. Isteri si sakit merenung lantai.
Di
luar, terdengar sayup-sayup suara pungguk. Desiran angin yang melanggar
dedaun jelas kedengaran. Sesekali terdengar lolongan anjing yang
panjang. Saya melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali.
“Bersabarlah,”
kata datuk sambil memandang muka guru silat dan si sakit. Isteri si
sakit menarik nafas kelegaan. Sepasang mata hitamnya merauti paras saya.
“Berapa lama saya harus bersabar, tak tahan rasanya saya menderita begini,” tiba-tiba saja si sakit bersuara.
“Bersabarlah,
saya cuba berusaha. Saya rasa, saya dapat tahu siapa yang membuatnya,
beri saya masa tiga hari dan dengan izin Allah, saya berjaya,” datuk
memberikan pengakuan.
Kata-kata yang datuk hamburkan itu membuat
guru silat tersenyum lagi. Si sakit cuba tersenyum dan isterinya
anggukkan kepala. Di wajahnya terpamer seribu harapan pada datuk.
“Saya
cuma berusaha dan yang menentukan semuanya adalah Allah, kita mohon
pertolongan pada Allah. Niat kita baik, setiap kerja yang balk diberkati
Allah,” datuk menambah.
“Saya faham, kita cuma berusaha yang menentukan semuanya adalah kuasa Allah,” sahut guru silat. Datuk anggukkan kepala.
Saya terus menggosok mata dua tiga kali. Terasa amat mengantuk sekali. Guru silat terus menguap panjang.
“Bagaimana,
kita balik dulu,” guru silat bersuara sambil melunjurkan kaki kanannya.
Kemudian, ia terus memicit pangkal pahanya berkali-kali. Deru angin
malam di luar bertambah kuat.
“Terpulang, kalau nak balik pun elok juga,” balas datuk.
“Kalau begitu, biarlah kami balik dulu,” guru silat memberitahu isteri si sakit. Isteri si sakit pun anggukkan kepala.
Guru
silat segera bangun melangkah tenang menuju ke pintu dengan diikuti
oleh datuk dan saya. Sebaik saja saya berdiri di halaman rumah terdengar
bunyi kucing mengiau panjang. Dengan pertolongan cahaya lampu, saya
cuba mencari kucing yang mengiau. Tidak nampak bayang kucing dan hati
saya mula berdebar.
“Kenapa tercegat, macam patung,” guru silat
menepuk bahu kiri saya dua kali. Datuk terus merenung ke arah saya. Guru
silat melihat langit yang hitam.
“Macam nak hujan, tak ada sebiji bintang pun di langit,” guru silat seperti merungut. Datuk dongak ke langit.
“Langit gelap belum tentu nak hujan,” balas datuk sambil memulakan langkah pulang.
Baru
dua puluh tapak melangkah, guru silat mematikan lampu picitnya.
Perbuatannya itu menimbulkan keraguan dalam diri saya. Cepat-cepat saya
memegang bahagian tepi baju datuk.
“Kenapa?” datuk bersuara.
“Saya macam terdengar benda terbang atas kepala” suara guru silat cemas.
“Angin,” kata saya.
“Bukan angin, macam ada benda lain,” sahut guru silat lalu menyerahkan lampu picit pada datuk.
BURUNG
Angin
malam terus bertiup sesekali kilat memancarkan cahayanya dituruti
dengan bunyi guruh. Datuk menyuluh ke kiri dan ke kanan. Saya terdengar
bunyi benda terbang macam burung mengelilingi kepala saya berkali-kali.
“Burung keliling kepala saya tuk."
Datuk
pun menyuluh ke arah kepala saya. Datuk terkejut melihat seekor burung
berpusing-pusing atas kepala saya sambil mengeluarkan bunyi yang tidak
pernah saya dengar. Guru silat segera mendekati saya dan bersedia untuk
menangkap burung yang tidak diketahui jenisnya.
“Aduh burung
cakar mata saya" jerit guru silat. Datuk suluh muka guru silat. Saya
terkejut melihat pipi guru silat berdarah. Datuk kesat darah di pipi
guru silat dengaa sapu tangan. Burung yang tidak diketahui jenisnya itu
terus melakukan serangan pada guru silat. Tetapi, kali ini guru silat
sudah bersedia untuk menepis serangan burung tersebut dengan tangannya.
“Jangan
tahan dengan tangan, nanti lengan kamu dicakarnya, cari kayu,” datuk
mengeluarkan arahan. Guru Silat segera mencapai dahan kayu dan bersedia
untuk memukul burung aneh yang mahu menyerangnya. Buat beberapa saat,
suasana menjadi tenang. Burung aneh, tidak melakukan sebarang serangan.
“Jalan,
jangan tunggu, burung tu tak datang lagi,” suara datuk meninggi. Saya
dan guru silat segera mematuhinya. Berjalan malam dalam keadaan cemas
memang tidak menyeronokkan, setiap benda yang didengar membuat bulu roma
berdiri. Dua tiga kali langkah saya terhenti akibat diganggu oleh bunyi
ranting kering yang patah akibat dirempuh angin.
Dalam keadaan
yang tidak begitu selesa, saya terasa pipi kanan ditampar oleh kepak
burung dan dituruti dengan cakaran kilat. Saya mula terasa pipi pedih
dan berdarah:
“Burung tu, serang saya tuk.”
“Padamkan
lampu, agaknya dia tak boleh tengok cahaya,” kata guru silat. Datuk
segera memadamkan lampu picit. Atas arahan datuk, kami berbuat demikian.
“Kita
berjalan semula, agaknya burung tu tak ganggu kita lagi,” suara guru
silat tertahan-tahan. Agaknya, ia sudah tidak sanggup lagi duduk
bertinggung. Tidak ada bantahan dari datuk tetapi, datuk mengingatkan
kami yang ia akan menyalakan lampu picit di tangan bila difikirkan
perlu. Teryata perjalanan kami lancar sekali.
Sebaik saja sampai
di kaki rumah tempat saya dan datuk menginap, secara mendadak saja
seekor burung puyuh hinggap di anak tangga ketiga, sambil
mengembang-ngembangkan kepaknya. Sesekali membuka mulutnya macam minta
makan. Guru silat menerpa ke arah burung puyuh tersebut untuk
menangkapnya.
“Jangan,” datuk melarang.
“Kenapa? Bukankah dia nak datang menyerah diri.”
“Belum tentu burung puyuh tu betul betul burung puyuh barangkali benda lain yang menyerupainya”
“Ah
,” guru silat seperta mengeluh. Matanya merenung ke arah datuk dengan
seribu tanda tanya. Datuk hanya menjawab dengan sebuah senyuman.
Burung
puyuh terus meniti di anak tangga sambil melebarkan kedua belah
kepaknya. Sesekali, berbunyi bertalu-talu. Suara burung puyuh itu
ternyata berjaya memikat hati guru silat yang selama ini dikenali
sebagai peminat burung puyuh. Matanya, tidak berkedip melihat telatah
burung puyuh malam di anak tangga.
“Suaranya bagus, boleh jadi
pemikat, gerak jalannya boleh jadi jaguh sabung puyuh,” guru silat
seperti meratap kehebatan si puyuh malam yang dilihatnya.
“Aku
tahu, aku juga pernah jadi peminat puyuh tapi, puyuh yang kita tengok
ini, belum tentu puyuh betul,” datuk menahan keinginan yang bersarang
dalam dada si guru silat.
Si guru silat yang mempunyai
berpuluh-puluh anak murid itu kecewa dengan sikap datuk. Cepat-cepat
datuk mengeluarkan kain ikat kepala berwarna merah dari dalam saku
bajunya. Kain itu dikibaskannya ke arah burung puyuh malam tiga kali
berturut-turut. Burung puyuh itu bersuara nyaring dan melawan kibasan
kain ikat kepala datuk.
“Kau lihat sendiri,” kata datuk setelah
burung puyuh itu hilang dengan serta-merta bila datuk mahu menyerkupnya
dengan kain ikat kepala. Guru silat kedutkan dahi sambil menarik nafas
panjang. Matanya merenung ke kiri dan ke kanan terasa sedikit rasa cemas
dan bimbang.
“Sudah, mari kita naik,” datuk terus menarik tangan
guru silat. Saya mengikutnya dari belakang. Bila pintu rumah dibuka,
lagi sekali kami dikejutkan dengan kehadiran burung puyuh malam di
tengah rumah. Saya lihat mata burung puyuh itu memandang tepat ke arah
saya semacam ada cahaya
kemerah-merahan di biji matanya. Saya jadi cemas.
“Jangan
diganggu biarkan di situ,” datuk mengingatkan saya dan guru silat.
Serentak saya bersama guru silat anggukkan kepala. Saya terkejut bila
burung puyuh malam itu menerkam ke arah kaki guru silat, tanpa
mempedulikan ingatan datuk, guru silat terus menangkap burung puyuh
tersebut.
“Biar kita tangkap dan pelihara, apa yang terjadi kita tanggung sendiri,” guru silat renung muka datuk.
“Terpulanglah pada kamu tapi, lagi sekali aku ingatkan, berhati-hatilah dengan burung itu.”
“Saya faham.”
Guru
silat terus membawa burung puyuh ke ruang dapur. Dimasukkan ke dalam
raga buluh dan ditutup dengan papan. Diletakkan atas para dapur. Datuk
hanya menggeleng-gelengkan kepala takjub dengan keberanian guru silat
yang sanggup menanggung apa saja kesusahan.
“Kita yakin, burung
itu burung puyuh biasa,” bisik guru silat menyakinkan datuk. Tanpa
mengucapkan sesuatu datuk tersenyum sambil meraba-raba misainya. Datuk
mengambil air sembahyang dan terus membaca Quran. Guru silat duduk
bersila di tengah ruang rumah.
KATAK
Di luar hujan mula
turun dengan selebat-lehatnya bersama dengan bunyi halilintar dan petir.
Saya yang kedinginan terus membungkus tubuh dengan kain pelekat. Bunyi
jam tua yang tergantung di tiang seri rumah jelas kedengaran. Saya
renung ke arah jam tua. Sudah pukul dua pagi.
“Ribut di luar,” kata guru silat.
“Ya, saya terdengar bunyi dahan patah,” kata saya.
“Jarang
ribut kuat macam ni, saya bim...,” guru silat tdak dapat meneruskan
kata-katanya diganggu oleh halilintar yang amat kuat. Telinga saya jadi
berdesing.
Saya segera bangun. Datuk dekat guru silat. Gegaran
dan halilintar dan petir membuat semua tingkap rumah terbuka. Tempias
air hujan masuk mencurah-curah dalam rumah. Semua tikar basah tetapi,
datuk tetap meneruskan pembacaan ayat-ayat suci dengan khusyuk sekali.
Cahaya kilat terus menyambar ke dalam, membuat saya jadi resah tidak
menentu.
“Burung puyuhku,” guru silat segera bangun dan saya
bagaikan ditolak sesuatu kuasa mengikutnya ke ruang dapur. Guru silat
membuka penutup raga perlahan-lahan. Saya yang menggigil kesejukan terus
menjenguk ke raga.
“Ya, Allah,” guru silat bersuara, mukanya pucat.
“Kenapa?”
“Kau lihat sendiri Tamar.”
“Tak mahu, masa penutup dibuka tadi, saya dah perasan yang burung itu, bertukar menjadi katak.”
“Ajaib,” guru silat mengeluh.
Dan
memang diduga sama sekali, di tengah suasana hujan yang menggila
bersama petir dan halilintar, katak yang berada daiam raga terus
melompat keluar. Bentuknya agak menakutkan, sepasang biji matanya
tersembul, memancarkan cahaya kemerahan bercampur kebiru-biruan.
Di
bawah bahagian mulutnya, terdapat warna hijau bercampur putih,
kelihatan lembik dan bergerak tanpa berhenti. Mulutnya luas dan tapak
kakinya macam tapak kaki itik serta berkuku panjang dan tajam. Kulit
seluruh badannya lembik seolah-olah dagingnya berada di luar. Dari celah
pelipat kakinya keluar air kental, tidak ubah macam air liur.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
86. Lidahnya Keluar
KATAK aneh terus membesarkan badannya. Sama besarnya dengan raga rotan
di sisinya. Suaranya garang dan menakutkan sesekali suaranya kedengaran
seperti suara budak yang berumur enam bulan menangis. Melihat keadaan
yang tidak pernah saya lihat itu membuat saya ketakutan dan terus
meninggalkan guru silat sendirian.
Saya terus memeluk tubuh datuk
yang sedang membaca Quran. Entah apa malangnya diri saya. Datuk terus
menolak hingga saya tersungkur di sisinya. Tanpa menghiraukan kesakitan
yang saya tanggung, datuk terus membaca Quran tanpa mempedulikan tempias
hujan yang sudah membasahi
sebahagian dari bajunya.
“Tolong, tolong katak serang aku.”
Suara
guru silat bertempik dalam suasana gemuruh hujan dan angin malam yang
amat hebat. Datuk merenung ke wajah saya sambil menutup Quran.
“Mari
ikut aku, tengok apa yang jadi,” datuk terus bangun dan melangkah
menuju ke ruang dapur. Tanpa banyak cakap saya menurut saja.
“Ya
Allah, apa dah jadi,” kata saya dengan kedua belah kepala lutut
menggigil. Biji mata saya terbeliak merenung ke arah guru silat yang
terlentang di lantai. Mukanya terdapat kesan-kesan air kental yang
berbuih. Selalunya air seperti itu hanya terdapat dari mulut katak. Guru
silat menggolek ke kiri dan ke kanan macam orang kesakitan.
“Jangan
pegang dia,” datuk melarang bila saya mahu menjamah bahu kiri guru
silat. Saya terlihat bahagian depan baju guru silat terkoyak dan ada
kesan kena cakar tapi, anehnya, bahagian yang kena cakar itu tidak
mengeluarkan darah. Daging dan tulang dada guru silat jelas kelihatan.
“Kita mesti tolong dia tuk.”
“Biarkan di situ, dia sebenarnya tidak apa-apa, curna penglihatan kita saja yang nampak dirinya teruk.”
“Tapi, ini bukan main-main tuk.”
“Eb,
Tamar kamu faham cakap aku tak?” Datuk terus memekik dan darah saya
tersirap. Rupanya tindakan saya memanaskan darah datuk yang dingin di
malam yang gemuruh dengan hujan, petir dan halilintar.
“Mana raga burungnya Tamar?” Tanya datuk.
“Itu,”
jari telunjuk saya tertuju ke arah raga buluh di tepi tiang seri. Datuk
terus menuju ke situ sambil menarik lengan kanan saya.
“Kau tengok, apa yang ada di dalam Tamar.”
Saya
jenguk ke dalam raga. Apa yang menakjubkan hati dan perasaan saya bila
terlihat burung puyuh duduk di tengah raga buluh dabm keadaan kesejukan.
Matanya merenung lembut pada saya seolah-olah minta dikasihani.
“Apa yang kamu nampak di dalamnya Tamar?”
“Burung puyuh, tuk”
“Jadi, kau tak nampak katak? Bukan begitu Tamar.”
“Ya, tuk,” saya anggukkan kepala.
Saya
mula merenung ke setiap sudut dapur, mencari katak aneh yang tidak
diundang. Usaha saya tidak berhasil tetapi, saya masih dapat melihat
kesan air liur katak yang melekat di lantai. Apa yang telah saya alami
bersama guru silat sebentar tadi, saya ceritakan pada datuk.
Panas
juga hati saya melihat sikap datuk. Dia seperti tidak kisah dengan apa
yang saya katakan. Datuk seolah-olah menganggap apa yang saya sampaikan
padanya satu cerita dongeng yang tidak wujud. Datuk lagi sekali
mendekati raga rotan yang berisi burung puyuh. Kali ini, dia bertindak
di luar apa yang saya fikirkan.
Datuk terus menangkap burung
puyuh. Diangkat tinggi-tinggi melepasi kepalanya. Kemudian disusupnya ke
celah kangkang sebanyak tiga kali berturut. Akhirnya,kepala burung
puyuh diludah lima kali berturut-turut. Datuk terus mendekati tingkap.
Berdiri di situ dalam rimbasan tempias hujan yang menggila, lampu dalam
rumah terus padam.
Kilat terus mencabar dengan hebatnya. Dari
pancaran cahaya kilat itu, saya dapat melihat wajah datuk yang serius,
rambutnya agak mengerbang disentuh angin malam menggila. Bersama
pancaran kilat dan tempias hujan serta hembusan angin, datuk
mencampakkan burung puyuh keluar. Sebaik sahaja burung puyuh itu
terlepas dari tangannya terdengar bunyi petir yang amat kuat, dituruti
dengan bunyi suara orang ketawa dan menangis memanjang.
“Mana
katak sial, biar aku lanyak sampai mampus,” guru silat terus bangun.
Calar di wajah dan dadanya terus hilang. Bajunya yang koyak dibabagian
dada sudah bercantum kembali. Lampu yang padam menyala semula.
“Bersabar,
jangan turutkan perasaan,” datuk menenangkan perasaan guru silat. Saya
menghela nafas panjang. Datuk mengajak guru silat duduk di ruang tengah
rumah.
“Duduk di sini, kita ikhtiar untuk menyelesaikan
semuanya,” tambah datuk. Guru silat terus anggukkan kepala. Setuju
dengan apa yang dikatakan oleh datuk.
Hujan lebat, petir dan
halilintar mula berkurangan tetapi rasa dingin tetap menguasai diri
saya. Datuk memperkemaskan silanya. Datuk menyuruh saya merapatkan semua
tingkap yang terbuka. Perintahnya, saya patuhi dengan perasaan cemas
dan takut.
Megah juga rasa hati, bila semua daun tingkap berhasil
saya rapatkan dengan baiknya. Saya terus mendekati datuk dan guru
silat. Bersila macam mereka.
“Belum pernah saya mengalami perkara macam ini,” ujar guru silat. Matanya liar merenung ke kiri dan ke kanan.
“Ini juga satu pengalaman dalaxn hidup kamu.”
“Saya faham. Apa yang patut kita buat."
“Tak ada apa yang patut kita buat sekarang kita tidur dan lupakan semua yang terjadi.”
“Haaaaaaaa,” mulut guru silat terlopong dengan rasa cemas. Datuk tersenyum panjang.
Keadaan
yang agak tenang itu berkocak kembali, diganggu oleh tendangan yang
kuat. Bomoh tua terpacak di ambang pintu. Tidak terdapat kesan air hujan
di pakaiannya meskipun hujan turun dengan lebat. Kedatangan bomoh tua
yang tidak diduga itu mencemaskan perasaan kami.
“Ada apa hal datang waktu begini?” Soal datuk.
“Mencari burung puyuh saya yang hilang.” jawabnya.
“Burung
puyuh?” Ulang guru silat dan bersedia untuk menyambung kata-katanya
kembali tetapi, tidak diteruskan kerana datuk mengenyitkan mata ke
arahnya dua kali berturut-turut.
“Kami tak nampak burung tu di
sini,” datuk memberikan jawapan. Terbayang keraguan dan kesangsian di
wajah bomoh tua. Tanpa mengucapkan sesuatu bomoh tua terus meninggalkan
kami sambil menjeling ke arah daun pintu yang terkopak. Tugas membaiki
pintu yang terkopak dilakukan oleh guru silat.
“Pelik juga saya
memikirkan apa yang terjadi,” rungut guru silat. Datuk tidak memberikan
sebarang pendapat berhubung dengan rungutan yang diluahkan oleh guru
silat. Datuk terus menyandarkan badannya ke dinding sambil mengedutkan
dahi. Hujan dan petir terus berhenti sama sekali. Kokok ayam mula
terdengar sayup-sayup. Saya terus merebahkan badan dan kelopak mata
terasa amat berat.
Bila saja mahu terlelap, saya terdengar suara
guru silat dalam keadaan yang cemas. Kelopak mata segera saya buka
lebar-lebar. Datuk saya lihat mash tersandar di dinding dengan kedua
belah kelopak matanya tertutup rapat. Saya renung ke arah guru silat.
Tanpa
mengucapkan sesuatu, guru silat meluruskan telunjuknya pada benda yang
tergantung di tulang bumbung rumah. Apa yang saya lihat ialah sekujur
tubuh manusia tergantung di situ dengan tali terjerut di lehernya. Saya
lihat kaki orang yang tergantung itu bergerak-gerak, macam berjalan di
awang-awangan. Bila saya renung ke mukanya, darah saya tersirap badan
saya menggeletar.
Saya segera memejamkan mata, tidak sanggup saya
melihat lidahnya yang terjelir keluar dengan sepasang biji matanya
tersembul, bahagian mata hitamnya bagaikan mahu tercabut dan
terbuai-buai sedangkan bahagian mata putihnya seperti melekat pada kedua
belah pipinya. Sepasang tangannya bergerak ke kanan dan ke kiri.
Dalam
keadaan yang serba tidak kena itu, saya terdengar bunyi benda jatuh,
bila saya buka kelopak mata dan melihat ke arah benda yang jatuh itu,
saya terlihat orang yang tergantung sudah berada di lantai. Bangun
perlahan-lahan seperti menerkam ke arah guru silat. Dan guru silat yang
selama ini saya kagumi kehandalannya mengatur langkah dan buah silat
ternyata tidak sanggup menentang makhluk yang menuju ke arahnya.
Guru
silat terus cabut dan melanggar dinding rumah, dinding rumah terkopak
dan guru silat tercampak ke tanah bersama jeritan yang memanjang di
malam yang sudah mendekati waktu subuh. Anehnya, bila guru silat jatuh
ke tanah, manusia yang terjatuh di lantai terus hilang. Saya sudah tidak
terdaya mahu bergerak, saya cuba menjerit tetapi suara saya tidak
keluar.
Dalam keadaan yang berhempas-pulas untuk mendekati datuk itu, saya lihat datuk terjaga sambil mengucap beberapa kali.
“Aku
tertidur dan mimpi yang bukan-bukan,” kata datuk lalu menggesel-gesel
kelopak matanya. Renung kiri, renung kanan mencari guru silat.
“Mana dia guru silat Tamar?”
“Terjun ke tanah ikut dinding.”
“Kenapa
ikut dinding, bukankah pintu ada,” datuk segera merenung ke arah
dinding yang terlopong. Saya hampir mahu ketawa melihat telatah datuk
yang agak terkejut dengan peristiwa tersebut.
Terdengar suara
guru silat mengeluh di tanah. Datuk dan saya segera mendapatkan guru
silat yang menggeliat menahan kesakitan. Waktu saya dan datuk
menghampiri guru silat, terdengar azan subuh. Langit subuh kelihatan
cerah dan bersih.
“Kau luka?” Tanya datuk.
“Tak ada, cuma pangkal paha saya yang sakit.”
“Kenapa kamu pecahkan dinding?”
“Entah,”
guru silat menjawab pendek dan terus membongkok dan meluruskan badannya
beberapakali hingga mulutnya mengeluarkan sendawa yang panjang macam
orang kekenyangan. Saya ketawa dengan telatahnya.
Dengan
terjengkut-jengkut guru silat melangkah mengikut datuk menuju ke perigi
mengambil air sembahyang. Setelah sembahyang subuh, datuk terus mandi
embun dan guru silat membuka beberapa langkah bunga silat dengan tujuan
untuk menguatkan tubuhnya.
WARUNG
Lebih kurang pukul tujuh
pagi, kami bertiga menuju ke sebuah warung untuk sarapan. Datuk hanya
minum kopi pekat dan sepotong pulut udang. Beberapa orang pelanggan yang
datang ke warung menegur guru silat. Salah seorang lelaki menegurnya
berbadan tegap. Berjambang tanpa misai.
“Dah banyak malam kau
dudak di rumah lama, pesaka orang tua kamu, wah kamu memang berani,”
ujar lelaki itu sambil menepuk bahunya. Guru silat ketawa kecil.
“Rumah
orang tua sendiri, apa yang ditakutkan,” guru silat membalas cakap
kawannya. Datuk dan saya berpandangan saya merasakan macam ada sesuatu
rahsia yang tersembunyi di rumah yang kami duduk. Muka kawan guru silat
saya renung.
“Kalau sampai tiga orang duduk di situ, tak
hairanlah kalau kami tak mengalami apa-apa kejadian buruk,” tambah guru
silat dengan nada suara separuh meninggi. Ekor matanya menjeling lembut
ke arah saya dan datuk. Saya meraba pinggir bibir yang mulai dirayapi
tunggul misai sulung.
Sambil meraba itu, saya membayangkan bila
misai saya tumbuh dengan suburnya, akan saya bentuk menjadi misai yang
menarik macam misai seniman P Ramlee yang berbentuk huruf M. Bila saya
tersenyum, misai saya akan mengembang cantik. Pasti, ada orang yang
memuji dan mengagumi misai milik saya itu. Saya senyum sendirian
melayani angan-angan yang bermain dalam tempurung kepala.
“Kau
hati-hatilah, rumah lama memang ada penunggu. Lebih-lebih lagi kalau
rumah tu ada orang mati berdarah,” sambung kawan guru silat dan membunuh
angan-angan yang berlegar-legar dalam kepala saya. Hati saya bertambah
yakin pasti ada sesuatu yang luar biasa berlaku di rumah tersebut
tetapi, guru silat sengaja tidak mahu menceritakan pada saya dan datuk.
Perbuatannya
itu membuat saya kurang percaya dan yakin atas kebaikan yang
diperlihatkannya pada saya dan datuk. Siapa tahu, guru silat yang
kelihatan baik itu sebenarnya berniat kurang baik terhadap saya dan
datuk. Mungkin ia mengundang saya dan datuk datang ke kampungnya untuk
mengubat adik iparnya hanya sebagai alasan untuk memperdayakan kami.
“Aku nak tengok berapa lama kamu boleh duduk di rumah orang tua kamu,” kawan guru silat ketawa kecil.
“Dengan izin Allah, aku boleh duduk beberapa lama yang aku suka,” balas guru silat sambil merenung muka datuk.
“Cakap
dia betul, kalau diizinkan Allah tidak ada yang ganggu kami,” cara
mengejut datuk meningkah cakap guru silat. Saya lihat wajah kawan guru
silat segera berubah.
Mungkin perubahan itu terjadi, kerana ia
tidak menduga datuk yang sejak tadi membatu mahu ikut campur dalam
percakapan di warung. Kawan-kawan si guru silat menanti wajah datuk
sejenak, macam mencari sesuatu di wajah datuk.
“Mungkin, pak cik
betul, mungkin tidak, kadang-kadang manusia selalu bercakap macam pak
cik untuk menutup kelemahan diri sendiri, cuba berlagak berani dalam
takut.” dengan tenang kawan guru silat meluahkan kata-kata yang saya
kira agak keterlaluan untuk seorang tua seperti datuk.
Kagum
juga saya melihat telatah datuk, tidak memperlihatkan rasa marah. Malah
dengan sopan bahu kawan guru silat itu ditepuknya berkali-kali. Guru
silat terus meughirup kopi dengan tenang tanpa mahu merenung ke arah
pelanggan yang masuk ke warung kopi.
Entah mengapa, guru silat
bertindak demikian. Kebanyakan pelanggan yang datang menegurnya dengan
hormat tetapi tidak dijawabnya. Sesekali guru silat itu melepaskan
keluhan kecil dengan wajah yang tidak damai.
“Semua orang di
sini kenal saya, maklumlah kampung halaman sendiri,” guru silat seperti
mengeluh dan kata-katanya itu sampai ke telinga kawannya.
“Itu
kenyataan,” sahut kawannya. Guru silat mengedutkan keningnya. Muka
kawannya ditatap lagi dengan sinai mata yang garang. Kawannya terus
menghulurkan tangan sambil berkata:
“Maafkan aku kalau apa yang
aku katakan tadi menyinggung perasaan kamu, aku tahu kamu tak suka kisah
lama diungkit-ungkit kembali.”
“Ya, tapi aku tak terdaya menutup mulut orang.”
“Kau hadapilah semuanya dengan tenang, aku nak balik.”
“Nanti
sebelah petang kalau ada masa aku datang ke rumah kamu,” kawannya terus
menepuk bahunya dua kali berturut-turut. Dan kawannya meninggalkan
warung.
Guru silat melihat dengan tenang ke arah motosikal yang
terletak di tepi jalan. Guru silat melambaikan tangan ketika kawannya
memandu motosikal ke arah pekan Bukit Mertajam. Bila motor kawannya
hilang dari pandangan, guru silat segera merenung ke arah datuk.
“Macam mana, kalan kita balik,” guru silat mengajukan pertanyaan pada datuk. Saya segera minum sisa air kopi dalam cawan.
“Ya, kita balik” sahut datuk.
“Pak Achin, tolong kira berapa semuanya,” teriak guru silat pada pemilik warung. Pemilik warung segera menghampirinya.
“Seringgit lima kupang semuanya,” kata pemilik warung.
Guru silat keluarkan wang dan saku. Dengan senyum pemilik warung menerima wang tersebut. Mereka berjabat tangan sejenak.
“Jangan lupa esok datang lagi minum di sini.”
“lnsya-Allah, kalau panjang umur kami datang,” datuk menjawab. Pemilik warung tersengih sambil merenung ke muka guru silat.
“Apa
rumah lama tu dah tak buat kacau lagi?” Pemilik warung mengajukan
pertanyaan. Muka guru silat yang tadi dihiasi dengan senyum segera
bertukar menjadi resah dan cemas.
“Tak ada perkara lain yang Pak Achin nak tanya?”
“Bukan apa-apa, cuma nak tahu aje.”
“Entah, saya tak tahu,” suara guru silat keras. Pemilik warung tercengang.
Guru
silat segera menarik tangan datuk keluar dari warung. Saya terpaksa
mengikut. Lebih kurang sepuluh rantai meninggalkan waning, datuk segera
menyoal guru silat.
“Apa rahsia yang ada di rumah kamu?”
“Hum,” guru silat berhenti melangkah.
“Tak ada apa-apa,” katanya selamba.
“Mustahil,
kalau tak ada apa-apa tentu orang tak menyebutnya, usahlah merahsiakan
semuanya dari aku.” tambah datuk lagi. Guru silat merenung ke arah kiri
jalan raya agak sepi dengan sebarang kenderaan.
“Bapa saudara saya...,” guru silat berhenti bercakap, “Kenapa dengan bapa saudara kamu?”
“Gantung diri di rumah tu.” guru silat membuka rahsia.
“Puncanya?” Datuk mendesak.
“Saya sendiri, tak tahu.”
Hati
saya terasa lapang. Guru silat sudah menyelesaikan keraguan yang
menyelubungi diri saya. Tetapi perasaan seram tetap menguasai hati kecil
saya membuat saya enggan melangkah pulang ke rumah arwah orang tua guru
silat. Datuk terus menggosok pangkal telinga kanannya sambil
mengedutkan dahi.
“Jangan berhenti, terus jalan,” kata datuk bila
melihat guru silat mahu memberhentikan langkahnya. Saya terus meraba
pangkal kening yang mula ditumbuhi peluh-peluh halus. Matahari terus
bersinar garang. Langit cerah dengan gumpal awan yang putih bersih.
“Saya
tak suka mengingati semua yang terjadi tetapi, orang lain yang memaksa
saya untuk mengingati semua kisah pahit itu.” sepasang kelopak mata guru
silat bergerak lemah. Air mukanya membayangkan rasa kesal yang amat
pahit.
“Sudahlah, usah fikirkan semuanya itu,” datuk terus memujuknya.
“Saya cuba melupakannya tetapi, bila ada peristiwa macam ini, hati saya terasa sakit.”
“Sabarlah,”
tingkah datuk. Setelah itu perjalanan jadi rancak. Tidak ada perkara
yang mahu diperkatakan. Masing-masing melayani perasaan yang bersarang
di tempurung kepala.
“Kita tak usah balik ke rumah,” satu
cadangan yang tidak diduga datang dari guru silat. Mengejutkan hati dan
perasaan saya serta datuk.
“Habis kita nak ke mana?” Soal saya tanpa sabar.
“Ke rumah adik saya,” jawab guru silat secepat kilat.
“Bagus juga, kalau begitu aku setuju,” balas datuk.
Kami
pun berbelok ke kanan menuju ke rumah adik guru silat. Sebaik saja,
sampai dekat pokok ara besar. Bomoh tua muncul di depan kami. Wajahnya
nampak cemas tetapi dipaksanya tersenyum. Muka kami ditentangnya
sejenak. Direnung ke atas, ke bawah berkali-kali, bagaikan meragui diri
kami.
“Nak kemana?” Bomoh tua bertanya sambil melipat lengan baju
kanannya separas siku. Hujung seliparnya menekan rerumput hijau di gigi
jalan.
“Kamu dipanggil untuk mengubatnya?” Bomoh tua mengajukan
pertanyaan. Biji matanya menatap tubuh datuk dan atas ke bawah, dan
bawah ke atas macam mencari sesuatu di tubuh datuk yang terpaku di
depannya.
“Kami tak dipanggil. Sebagai abang saya mesti menengok adik ipar saya,” jelas guru silat.
“Bukankah adik ipar awak dalam jagaan saya.”
“Ya saya tahu,” guru silat angguk kepala.
“Kau tahu pantang-larangnya?”
“Apa pantang-larangnya?” Guru silat seperti terkejut.
“Kamu tak boleh tengok adik ipar waktu matahari belum condong.”
“Hum...,” guru silat seakan-akan mengeluh dan terus merenung muka datuk dan saya.
Dari
kerutan di dahi datuk, saya dapat menduga rasa hairan dan terkejut
bersarang dalam dadanya. Saya kira belum pernah datuk menemui dukun dan
bomoh yang ada pantang-larang untuk melihat orang sakit. Datuk menentang
biji mata bornoh tua dengan tepat.
“Tengok saudara sendiri pun
tak boleh,” datuk mengecilkan mata kanan. Guru silat terus termenung,
terkejut dengan pantang-larang yang tidak pernah difikirkannya selama
ini.
“Berubat dengan saya, ikut syarat saya,” suara bomoh tua
bertambah keras. Datuk terus mendekati guru silat. Mereka berbisik
sejenak. Bomob tua kelihatañ resah.
“Biarlah, saya langgar
syarat, saya nak tengok adik ipar saya,” ternyata kata-kata yang
diucapkan oleh guru silat it menimbulkan semacam kemarahan pada bomoh
tua. Mukanya jadi merah dan nafasnya tercungap-cungap, bila melihat
datuk dan guru silat meneruskan perjalanan.
“Eh, nanti dulu,” jerit bomoh tua.
Laungannya
tidak diperhiraukan. Kami terus melangkah dalam panas yang kian terik.
Angin ketika itu, tidak terasa bertiup. Badan saya terus berpeluh.
“Eh nanti dulu,” pekik bomoh tua lagi.
Laungannya tidak kami pedulikan. Kami terus melangkah.
“Padah
buruknya, adik ipar kamu yang terima,” kata-kata itu membuat guru silat
berhenti melangkah lalu menoleh belakang merenung bomoh tua yang sedang
membuka sepasang tangannya dengan lebar, macam burung membuka sayap.
“Jangan pedulikan, teruskan hajat kita,” bisik datuk pada guru silat.
“Tapi, saya bimbang.”
“Jangan
bimbang, dia manusia biasa macam kita,” datuk memberikan semangat dan
memaksa guru silat meneruskan langkah yang terhenti. Guru silat menurut
saja arahan datuk.
Dua tiga kali saya mengesat peluh yang mercik
di dahi begitu juga dengan datuk yang tidak putus-putus melurut rambut
di pangkal telinga kanannya dengan tapak tangan kiri. Suara bomoh tua
sudah tidak kedengaran lagi dan kami merasakan perjalanan terasa aman
dan damai. Tidak ada gangguan dari sesiapa.
Saya merasa bertuah
dalam cuaca yang terik itu, terasa hembusan angin menyentuh kulit muka.
Rambut yang terjuntai atas dahi terbuai-buai. Kami memasuki sebuah
lorong kecil yang di kiri kanannya ditumbuhi dengan pepohon senduduk
yang merimbun. Dari kanan lorong saya terdengar bunyi sesuatu yang
bergerak aras dedaun kening. Bila di renung tidak ada sesuatu yang dapat
saya lihat.
“Aduh,” jerit guru silat serentak dengan itu saya
lihat guru silat terjatuh atas tanah. Saya jadi cemas tetapi, datuk
bertindak cepat membangunkan guru silat serta memberi rawatan mengejut
padanya.
Saya menjeling ke kanan sepasang kaki yang dibalut
dengan seluar kelabu tegak kaku di depan saya. Dan bahagian atas lutut
terdapat kain pelekat dua warna, putih dan biru dalam bentuk kotak
kecil. Warna putih dalam kotak dikelilingj oleh garis-garis biru halus.
Keadaan kain itu, seperti orang mengikat kain samping.
“Aku
terpaksa bertindak untuk menjaga nama baik dan pantang-larang aku,”
cepat-cepat saya dongakkan kepala. Mata saya dengan mata bomoh tua
bertembung. Dengan tenang bomoh tua mengapit rokok daun ke bibir.
Perlahan-lahan ia mengalih pandangan matanya pada guru silat.
“Kau jangan tunjuk pandai di sini,” bomoh tua seperti mengherdik datuk yang dalam keadaan terpinga-pinga.
“Apa
salah dia tuk bomoh?” Tanya guru silat. Malang sungguh nasib guru
silat, pertanyaan ikhlas dijawab dengan buah silat dari kanan tetapi,
guru silat yang sudah bersedia terus membuang dan menepis buah silat
dari bomoh tua. Tindakan itu memanaskan lagi hati bomoh tua yang memang
sudah panas.
Mungkin, ia merasai dirinya tercabar. Bomoh tua
terus membalas dengan pukulan buah silat yang kencang. Satu pergaduhan
di bawah pancaran matahari pagi terjadi di depan mata saya dan datuk.
Dua manusia yang memang handal dalam bidang mempertahankan diri
bertarunng dengan hebat seolah-olah pertarungan itu tidak akan berhenti
selagi salah seorang daripada yang bertarung itu rebah atau tewas.
“Ah,”
jerit bomoh tua, serentak dengan itu rumput di kiri kanan lorong terus
layu, macam terkena bahang api yang amat kuat. Guru silat masih dalam
bentuk kekuda pertahanan silat yang cukup kejap. Siku kanannya rapat ke
dada dengan genggaman penumbuk harimau jantan, manakala tangan kanannya
ke depan dengan telapak tangan terkembang, macam ekor ikan menolak arus
air.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
87. Tongkat Berukir Kepala Ular
DARI ilmu yang saya perolehi ternyata guru silat mempergunakan rentak
dan buah silat mendinding diri sambil mencari tempat yang baik untuk
melepaskan satu pukulan, biasanya pukulan begitu hanya akan digunakan
bila keadaan sudah terdesak.
“Hai...,” pekik bomoh tua. Sekujur
tubuhnya hilang dari pandangan saya. Bomoh tua muncul di belakang datuk
dan saya. Wajahnya mula berpeluh.
Tanpa menoleh ke arah bomoh tua, datuk terus bersuara dengan lantang:
“Sudahlah, buat apa kita bergaduh sama sendiri, tak ada untungnya, rugi bangsa sendiri.”
“Ini urusan aku.”
“Ini
nasihat, terpulanglah pada awak sama ada nak percaya atau tidak,” balas
datuk lalu berpaling ke arah bomoh tua. Aneh bomoh tua sudah tidak
berada di situ lagi.
Dalam beberapa detik saja bomoh tua
munculkan diri di sebelah kanan guru silat. Kemudian terus hilang dan
tempat yang ditinggalkannya kelihatan asap nipis mengembang atas
permukaan rumput kiri kanan jalan. Datuk terus mendekati guru silat.
“Mari
kita ke rumah adik ipar awak,” datuk tarik tangan guru silat. Kami
meneruskan perjalanan ke rumah adik ipar guru silat. Bila kami sampai di
halaman rumah, seekor katak puru melompat di depan kami dua tiga kali
dan terus menghilang di bawah dedaun kering. Bomoh tua muncul di anak
tangga pertama dan terus memijak anak tangga dan masuk ke rumah tanpa
memanggil nama tuan rumah.
Kehadiran bomob tua yang mendadak itu,
tidak diperhiraukan oleh datuk. Setelah memberi salam pada tuan rumah
dan menerima jawapan kami dijemput ke dalam rumah.
“Mana bomoh
tadi,” tanya guru silat dan adik iparnya yang terbaring tercengang.
Renung kiri, renung kanan. Isterinya yang berada di sisinya berhenti
menyuapkan nasi bubur ke mulutnya.
“Tak ada sesiapa yang
datang,” ujar isteri si sakit pada abangnya si guru silat. Saya
memandang ke arah datuk penuh, tanda tanya. Datuk bagaikan tahu dengan
apa yang bergoak dalam dada segera memberi jawapan.
“Cuma sangkaan kita saja dia datang.”
“Tapi, kita nampak dia naik ke rumah,” kata guru silat.
“Itu hanya pandangan mata kita saja, maklumlah kita berpanas, pandangan kita juga boleh jadi bermacam-macam.”
“Hum...,” keluh guru silat dan terus duduk.
“Selepas kami balik, macam mana keadaannya,” datuk ajukan pertanyaan pada isteri si sakit.
“Tak boleh tidur, badan saya terasa bisa-bisa dan mahu marah tak tentu fasal,” si sakit menjawab.
“Saya
juga tak boleh tidur, setiap kali mahu tidur saya rasa macam ada orang
berjalan dalam rumah,” celah isteri Si sakit. Menurutnya, ia terpaksa
berjaga hingga siang, kecuali waktu menjelang pagi baru terlelap.
Keterangan
yang disampaikan oleh isteri si sakit membuat datuk dan guru silat
termenung panjang. Bahang panas dari luar terasa amat perit di seluruh
tubuh. Isteri si sakit bangun dan terus menuju ke dapur. Datang kembali
membawa tiga cawan kopi bersama sepiring kuih.
“Begini saja, lupakan semuanya, mari kita berikhtiar ikut petua dan cara tradisional,” datuk menawarkan diri.
“Apa
yang perlu saya buat” Tanya isteri Si sakit. Datuk termenung sejenak.
Kedutkan dahi sambil meraba pangkal dagunya berkali-kali. Guru silat
juga termenung.
“Saya ingat kita cuba buat ubat mengeluarkan
panas dari badannya, sediakan pucuk pisang yang belum kembang dan
mempulur batang pisang, satu baldi air dari kaki bukit” datuk
mengeluarkan arahan.
“Lain-lain tak ada?” Tanya guru silat.
“Tak ada, cuma itu saja petua yang saya tahu.”
“Bila nak di mulakan?” Guru silat bertanya lagi.
“Lepas waktu Asar.”
“Kalau begitu, saya sediakan barang yang dihajati,” itu janji isteri Si sakit. Datuk anggukkan kepala tanda setuju.
Setelah
memberikan syarat serta pesan, datukpun mengajak kami pulang dan
berjanji pada isteri si sakit akan datang selepas waktu Asar. Perjalanan
kali ini terasa tenang dan aman tidak ada sebarang gangguan yang tidak
diingini.
Sebaik saja sampai di rumah pesaka, saya terus duduk
berehat di bahagian anjung rumah, melihat dedaun kelapa yang bergerak
lembut disentuh angin. Datuk kembali membaca Quran. Guru silat pula
berkeadaan agak luar biasa. Seluruh bilik yang ada dalam rumah
diperiksa.
Semua barang dalam bilik yang tidak digunakan terus
dikeluarkan diletakkan di ruang tengah. Antara barang yang menarik minat
saya ialah sebatang tongkat yang kepalanya diukir seperti ular
berkepala dua.
“Cantik,” kata saya.
“Ya,” jawab guru
silat, “tapi tongkat ini jarang digunakan oleh ayah saya,” tambah guru
silat sambil membelek-belek bahagian hujung tongkat yang dibuat dari
kayu keras dan tahan lama.
“Kalau tak digunakan, buat apa
disimpan?” Saya terus merisik rahsia. Guru silat menggigit hujung kuku
ibu jari kanan sambil tersenyum ke arah saya. Pada hemat saya orang yang
membuat tongkat tersebut memang seorang yang teliti dan rajin. Bukanlah
satu perkara mudah untuk mencari kayu keras yang berurat cantik.
Kemudian
kayu itu dibentuk menjadi batang tongkat yang menarik, berkepalakan
ukuran ular kepala dua. Di bahagian hujung dilekatkan dengan timah warna
kuning. Di bahagian badan tongkat diukir dengan awan larat, lalu disapu
dengan sejenis cecair untuk mengilatkannya.
“Sebenarnya, tongkat
ni tongkat pesaka diwarisi oleh orang tua saya dari nenek,” ada sedikit
kebanggaan dalan nada suara guru silat ketika menceritakan riwayat
tongkat di depannya itu.
“Kalau begitu, sudah banyak keturunan yang menyimpannya?” Tanya saya.
“Kira-kiranya begitulah, kalau tak silap saya umurnya dah lebih dari tiga ratus tahun.”
“Hebat,
kalau dah begitu, kenapa tak disimpan di tempat yang baik dan boleh
dijadikan bahan sejarah keturunan tuk guru,” saya meluahkan pendapat
yang ikhlas. Guru silat termenung, kemudian Ia mengeluh kecil macam ada
sesuatu yang terbuku dalam kalbunya.
“Satu pendapat yang baik, says juga pernah terfikir macam tu, tapi...,” guru silat tidak meneruskan kata-katanya.
“Kenapa?” Saya terus mendesak.
“Tak
ada waris yang mahu menyimpannya, kata mereka, tongkat ni keras ada
pembawanya, kalau tak tahan orang yang menyimpannya, boleh jatuh sakit.”
“Huh...,” saya tersentak dengan keterangan itu.
Saya
termenung, memikirkan kata-kata yang diluahkan oleh guru silat itu.
Apakah dia bercakap benar atau sekadar mahu memperolok-olokkan saya.
Guru silat segera mengambil sehelai kain dan terus menggosok batang
tongkat. Badan tongkat nampak bersinar dan urat-urat kayu yang
berselirat kelihatan terserlah.
“Sekarang, saya nak campakkan
tongkat ni ke dalam sungai,” guru silat raba kepala tongkat dan terus
berdiri. Saya terus menggigit lidah.
“Tak ada faedahnya menyimpan
tongkat ni, buat menyusahkan hati kaum keluarga saja,” tambah guru
silat dan terus sandarkan tongkat ke dinding. Ia mula mengemaskan
barang-barang yang berselerak. Dimasukkan ke dalam peti kayu hitam dan
terus ditempatkan di sudut ruang.
“Opppp” guru silat terus
melompat dan buka silat. Ia terkejut besar kerana tongkat yang
disandarkan tepi dinding jatuh sendiri. Datuk tersenyum berdepan dengan
peristiwa yang amat melucukan itu. Guru sila matikan langkah silat dan
ia turut senyun dan akhirnya ketawa kecil.
“Terkejut” katanya pada datuk menutup kelemahan diri sendiri.
“Hum,” datuk anggukkan kepala.
“Saya
nak ajak Tamar buang tongkat ke sungai,” guru silat minta kebenaran
dari datuk. Saya lihat datuk kedutkan kening kemudian sepasang matanya
tertumpu ke arah saya sejenak, lepas itu datuk renung tongkat atas
lantai berkali-kali.
“Macam mana boleh tak?” Guru silat minta kepastian.
“Boleh,” jawab datuk.
“Huh...,” batin saya bersorak riang.
“Apa
kau tak sayang dengan tongkat lama tu,” soal datuk dengan tenang pada
guru silat. Perlahan-lahan guru silat gelengkan kepala sambil bersuara:
“Tidak, tak ada faedahnya disimpan menyusahkan keturunan.”
“Kalau dah begitu keputusannya, terpulanglah pada kamu aku tak masuk campur,” ungkap datuk tenang.
“Mari,” guru silat tarik tangan saya. Tanpa buang masa saya terus bangun ikut langkah guru silat.
IKAN
Setelah
melalui kawasan yang ditumbuhi dengan pokok dengan pepohon senduduk,
kami sampai ke tebing sungai yang airnya mengalir jernih. Anak-anak ikan
bagaikan berlari-lari di celah-celah bebatu yang tertegun menahan arus
air sungai yang deras dan dalam itu.
“Di situ tempat kamu, bukan
di rumah,” suara guru silat agak keras dan terus mengangkat tongkat
berkepala ular separas dada. Tongkat itu terus dicampakkannya ke dalam
sungai. Tongkat tenggelam timbul lalu melanggar bebatu besar. Akhirnya
hilang dari penglihatan saya dan guru silat.
“Biar dihanyutkan
air sungai hingga ke laut Selat Melaka,” guru silat bersuara penuh
kepuasan. Ia tersenyum dan mencekak pinggang di tepi tebing sambil kaki
kanannya memijak seketul batu yang berada di tepi tebing.
“Ini sebagai permulaan,” bisik guru silat pada saya ketika melintasi sebatang parit kecil yang mengalirkan air ke sawah.
“Lepas tu nak buat apa pula?”
“Semua yang ada dalam peti hitam nak aku buangkan ke laut.”
“Bukankah itu barang-barang lama yang berharga.”
“Pada
orang lain mungkin berharga, pada aku tak ada nilainya,” suara guru
silat meninggi sambil menyapu peluh di dahi dengan jari kelingkingnya.
Saya tidak kuasa membantah cakapnya. Ternyata sikap saya itu
menyenangkan hatinya. Guru silat terus bersiul-siul kecil.
“Semuanya
dah selesai?” sambut datuk di kaki tangga dengan segaris senyum
terpamer di bibir. Saya anggukkan kepala tetapi, guru silat terus
mengedutkan dahi luasnya sepasang kening lebatnya turut bergerak macam
ada sesuatu yang difikirkannya. Guru silat berhenti di kepala tangga
menatap wajah datuk sejenak.
“Sudah,” katanya pendek.
“Baguslah, aku harap kamu tak menyesali perbuatan yang kamu buat ni,” sanggah datuk.
“Tidak,”
satu ketegasan terungkap dari mulut guru silat. Penuh ketenangan dan
yakin dengan apa yang dilakukannya itu memang kena pada tempatnya. Tanpa
banyak cakap guru silat terus naik ke rumah dan duduk di ruang tengah
lalu menyandarkan badan ke dinding. Saya juga turut berbuat demikian.
Setelah
menunaikan sembahyang Asar, kami bertiga segera bersiap untuk pergi ke
rumah si sakit. Tidak ada persediaan tertentu yang datuk lakukan. Saya
menarik nafas dalam-dalam, bila terlihat di tangan datuk ada besi kecil
sepanjang dua inci.
“Dari mana dapat besi itu,” secara spontan
guru silat mengajukan pertanyaan. Matanya tertumpu pada besi di tangan
kanan datuk. Perlahan-lahan datuk menatap besi tersebut, beberapa saat
kemudian datuk menjelaskan, besi tersebut ditemuinya di bawah tangga. Ia
tertarik lantas mengambilnya.
“Besi itu juga nak dibawa ke sana?” Guru silat minta kepastian.
“Rasanya, memang ada niat nak membawanya,” jawab datuk.
“Menyusahkan saja.”
“Kadang-kadang besi buruk macam ni ada juga gunanya.”
“Terpulanglah pada awak,” nada suara guru silat agak kecewa.
“Mari kita pergi,” ajak datuk. Saya dan guru silat segera memenuhinya.
MATAHARI
Kerana
pancaran matahari tidak begitu keras, perjalanan ke rumah si sakit
terasa seronok dan tenang. Datuk dan guru silat jalan bersaingan, saya
mengekor dari belakang. Tidak ada perkara penting dan menarik yang
dibualkan sepanjang perjalanan. Guru silat lebih suka menceritakan
tentang sawah padi, tentang zaman kanak-kanaknya waktu di kampung.
Kadang-kadang
datuk dan guru silat ketawa, bila berdepan dengan kisah-kisah yang
lucu. Saya cuma tumpang senyum dari belakang tetapi, mata saya tetap
liar merenung ke arah pepohon ke kiri kanan jalan. Seronok rasa hati
melihat beburung melompat di ranting dan dahan kayu. Angin petang yang
bertiup lembut menghantarkan sebuah kesegaran di tubuh.
“Apa
pendapat awak tentang bomoh tua tu?” Terdengar pertanyaan dari guru
silat. Datuk tidak menjawab pentanyaan tersebut tetapi, datuk
memperlahankan langkahnya, matanya renung kiri kanan, macam mencari
sesuatu.
“Bagaimana pendapat awak tentang bomoh tua tu?” Ulang
guru silat minta sebuah kepastian yang jitu. Datuk tetap kelihatan
tenang. Langkahnya kembali bertenaga dan penuh semangat. la seolah-olah
merasakan pertanyaan itu tidak wajar dijawab. Satu pentanyaan yang
sengaja diada-adakan untuk mengisi masa.
“Bagaimana?” Untuk kali ketiga guru silat minta kepastian.
“Tak ada apa-apa, dia hanya manusia biasa,” jawab datuk dalam nada suara yang merendah.
“Tapi, saya rasa dia tu lain macam aje, mahu cari musuh dengan kita.”
“Itu
pendapat kamu, sudahlah. Pedulikan tentang dirinya, banyak hal lain
yang nak kita fikirkan,” datuk terus tepuk belakang guru silat.
Rupanya
tepukan datuk itu mematikan hasrat hati guru silat untuk memperkatakan
tentang diri bomoh tua. Saya kira guru silat puas hati. Saya berharap,
selepas ini tidak ada pertanyaan yang ada berhubung-kait dengan bomoh
tua itu akan dibangkitkan oleh guru silat. Sesungguhnya saya sudah muak
dan bosan dengan pertanyaan seperti itu. Ternyata harapan saya terkabul.
Mereka tidak lagi memperkatakan perkara yang tidak saya senangi itu.
“Saya
ingatkan tadi tak datang,” riang benar suara isteri Si sakit menyambut
kami di muka pintu. Datuk tidak menjawab cuma tersenyum sambil meraba
besi kecil yang berada dalam saku bajunya.
“Kalau dah janji tu,
hujan ribut pun kami datang,” secara mendadak guru silat bersuara yang
diakhiri dengan ketawa kecil. Saya dan datuk berpandangan lalu
tersenyum. Kami pun naik ke rumah Si sakit.
Semua barang-barang
yang dipesan oleh datuk sudah berada di ruang tengah rumah. Diisi dalam
talam tembaga. Datuk dan guru silat terus duduk bersimpuh depan dulang
tembaga. Isteri Si sakit terus ke dapur untuk membuat kopi. Saya
sandarkan badan ke dinding sambil merenung ke arah dedaun di depan rumah
yang melintuk-liuk disentuh angin petang.
Hembusan angin terasa
menyentuh wajah saya. Datuk dengan tenang menggosok pucuk pisang dengan
belakang tangan kirinya sebanyak tiga kali. Selepas itu ia menjentik
mempulur batang pisang dengan ibu jari kaki kanan tiga kali
berturut-turut. Kelopak bibirnya kelihatan bergerak perlahan-lahan.
“Bawa
barang-barang ni ke tempat si sakit,” ujar datuk. Saya dan guru silat
segera membawa pucuk pisang dan mempulurnya dekat si sakit. Beberapa
saat kemudian, isteri Si sakit datang lalu meletakkan air kopi di tempat
kami mula-mula duduk tadi. Datuk menyuruh isteri si sakit membentangkan
tikar mengkuang di tengah ruang rumah. Perintah datuk dipatuhi.
“Bukakan,
pucuk pisang tu, letakkan atas tikar, kemudian letakkan si sakit atas
pucuk pisang itu,” mata datuk tajam merenung muka guru silat. Saya lihat
guru silat mengangguk.
Tidak lama kemudian, isteri si sakit dan
guru silat mengangkat si sakit dan terus diletakkan atas pucuk pisang.
Datuk pula meletakkan mempulur batang pisang atas dada Si sakit, diatur
memanjang hingga ke pergelangan kaki si sakit.
Si sakit tidak
membantah, merelakan dirinya diperlakukan apa saja, asalkan sakitnya
sembuh. Sepuluh minit sudah berlalu, si sakit kelihatan resah.
Mukanya
berkerut, hujung hidungnya kelihatan merah macam udang kena bakar. Dari
lubang hidungnya keluar air jernih. Perut buncit nampak berombak. Kulit
perutnya juga jadi merah.
“Tunggu di sini, jangan ke mana-mana,”
kata datuk lalu turun ke halaman rumah. Datuk berlari ke sebelah kanan
rumah masuk dalam semak samun. Datuk keluar dari semak samun dengan
sedahan daun gelenggang di tangan. Datuk naik ke rumah dan letak daun
gelenggang atas perut Si sakit.
“Kenapa tak cakap awal-awal,
kalau cakap tadi, saya boleh cari dan sediakan,” isteri si sakit
bersuara dalam nada kesal. Sepasang matanya, merenung sayu ke wajah
datuk yang begitu minta dengan kata-kata yang diluahkannya.
“Kalau
cakap tadi tentu tak susah,” isteri si sakit berusaha menarik perhatian
datuk. Kali ini perlahan-lahan datuk angkat muka lalu menentang wajah
isteri si sakit. Datuk menarik nafas panjang-panjang.
“Bukan niat
nak tunjuk pandai atau nak sakitkan hati tuan rumah, memang begitu
caranya,” nada suara datuk lemah, terbayang rasa kesal dalam kerdipan
matanya. Isteri si sakit termenung panjang. Guru silat segera mendekati
isteri si sakit dan membisikkan sesuatu ke telinga isteri si sakit
segera anggukkan kepala.
Pucuk pisang yang hijau segera kelihatan
beransur kecut dan bertukar menjadi hitam, begitu juga dengan mempulur
batang pisang. Apa yang menakjubkan saya getah yang terdapat pada
mempulur tersebut tidak meleleh atau mengenai badan Si sakit, malah
getah pisang itu terus beku dan menjadi seketul. Si sakit terus
menggeliat ke kiri dan ke kanan. Dia terus berdengkur dan wajahnya
berkerut bagaikan menahan rasa sakit yang amat sangat. Saya pandang muka
datuk dan guru silat.
Kulit perut si sakit yang bengkak
kelihatan bertambah merah macam buah tomato yang cukup masak. Saya jadi
takut melihatnya. Pucuk pisang kelihatan seperti terbakar. Mempulur
batang pisang yang ada atas badan si sakit terus menjadi hitam macam
kayu arang dan kelihatan berasap.
Saya tidak sanggup merenung
perut si sakit, kulit perutnya bertambah tegang dan merah. Urat-urat
perutnya juga kelihatan mengeras dan menegang. Saya berdoa, semoga perut
si sakit tidak akan meletup. Saya memejamkan mata.
Tiba-tiba
saya terdengar si sakit bertempik, serentak dengan itu mempulur pisang
yang berada di atas tubuhnya berterbangan lalu mengenai dinding rumah.
Datuk segera menerkam ke arahnya dan mengambil daun gelenggang yang
jatuh di sisinya.
Tiga helai daun gelenggang datuk aturkan
sebaris atas dahi si sakit. Perlahan-lahan datuk tepuk dahi si sakit
lima kali berturut-turut. Si sakit terus batuk bertalu-talu. Saya lihat
kulit tubuhnya yang tadi merah menyala mula beransur pulih dan akhirnya
kemerahan yang terdapat di tubuhnya terus ghaib.
“Air,” minta Si sakit.
“Berikan air, campurkan dengan air limau dan halia, sebelum diberikan padanya, serahkan pada saya dulu,” itu permintaan datuk.
“Baik.” Isteri Si Sakit segera bangun.
“Bagaimana, ada harapan panasnya keluar dari badan,” tiba-tiba saja guru silat bertanya pada datuk.
Datuk
gosok batang hidungnya berkali-kali sambil menarik nafas. Saya terus
merenung keluar dan sesekali menjeling ke arah si sakit yang terkapar
menyerahkan dirinya pada keadaan.
Isteri si sakit datang lalu
menyerahkan gelas yang berisi air pada datuk. Datuk meletakkan punggung
gelas itu atas telapak tangan kirinya kira-kira dua minit. Kemudian saya
terdengar datuk membaca surah Al-Fatihah tiga kali berturut-turut.
“Berikan
padanya,” datuk serahkan gelas itu pada isteri si sakit, kemudian
isteri si sakit terus membantu suaminya meneguk air dalam gelas. Saya
lihat suaminya terus minum penuh nafsu. Seluruh badannya kelihatan
seperti berasap. Datuk segera mendekati si sakit lantas memicit
pergelangan kaki Si sakit. Si sakit mengeluh menahan kesakitan.
“Bawa
dia ke tempat asalnya,” kata datuk sambil mengangkat tubuh si sakit
dengan dibantu oleh guru silat dan isteri si skit. Saya segera mengambil
pucuk pisang yang hangus itu dan dibuang melalui tingkap, begitu juga
dengan mempulur batang pisang. Dalam beberapa saat saja keadaan rumah
itu kembali bersih.
“Cuba petua saya ni, mudah-mudahan bengkak perutnya boleh hilang.”
“Cuba
ambil daun gelenggang tua dan rebus, airnya diminum tiga kali sehari,
kemudian daun yang direbus itu disapukan pada perutnya yang bengkak dan
buncit, dengan izin Allah bengkak perutnya akan sembuh, cubalah. Ini
ikhiar kita,” datuk memberikan panduan.
Cepat kilat guru silat
renung ke arah saya. Kami berbalas senyum. Ibu jari tangan segera saya
tegakkan. Guru silat anggukkan kepala. Di wajahnya terbayang kepuasan
yang amat sangat kerana datuk sudi berikhtiar dan berusaha untuk
mengubati si sakit.
“Lagi ada apa-apa yang mesti saya buat,”
tanya isteri si sakit. Datuk gelengkan kepala sambil meraba-raba pangkal
dagunya berkali-kali. Mata datuk tertumpu ke arah si sakit yang
kelihatan tenang.
“Apa yang awak pesan, saya patuh,” itu janji isteri Si sakit.
“Buatlah itu dulu, saya masih berusaha,” janji datuk yang amat menyenangkan buat si sakit dan isterinya.
CONDONG
Matahari
petang kian condong. Kicau burung terdengar riang. Beberapa ekor burung
gagak liar berbunyi sambil hinggap di dahan mempelam dan cempaka.
Hembusan
angin terasa amat lemah sekali. Saya lihat jam lama yang tersangkut di
dinding rumah. Sudah hampir pukul enam setengah petang. Rasa bosan mula
bersarang dalam dada saya. Mahu rasanya mengajak datuk pulang.
“Minum,
air kopi dah sejuk,” guru silat mewakili isteri si sakit menjemput
kami. Datuk cuma menghirup dua kali saja kopi panas yang sudah beransur
sejuk itu. Datuk mintak diri dan isteri si sakit mengizinkannya dengan
iringan senyum.
“Malam ni datang lagi?” Tanya isteri si sakit.
“Saya tak tahu nak kata apa, kena tanya dia,” guru silat menuding jari telunjuknya ke arah datuk yang berdiri di kaki tangga.
“Kalau tak ada apa-apa, lepas Isyak kami datang,” kata datuk lalu melangkah.
Baru
tiga langkah datuk melangkah, dia segera kedutkan kening sambil meraba
besi kecil dalam sakunya. Langkahnya terhenti, guru silat dan saya agak
terkejut dan ragu dengan tindakan mengejut dari datuk itu.
Lebih
mengejutkan lagi, bila datuk berpatah balik ke kaki tangga. Berhenti di
situ, datuk keluarkan besi kecil dari sakunya. Datuk keliling rumah tiga
kali berturut-turut, langkah pertama dimulainya dengan kaki kanan,
menuju ke arah matahari naik.
Bila semuanya sudah selesai. Datuk
terus menuju ke pohon rambai yang jaraknya lebih kurang tiga puluh kaki
dari sudut sebelah kiri rumah. Datuk berdiri dekat perdu rambai. Dengan
tenang datuk duduk membongkok lalu menggali tanah di situ dengan besi
kecil yang dibawanya.
Saya dan guru silat segera berlari
menghampirinya, tanpa menghiraukan kami, datuk terus menggali tanah di
pangkai perdu rambai. Mukanya kelihatan merah dengan peluh-peluh halus
meruap di kiri kanan pipinya.
“Apa yang dicari?” Tercungap-cungap guru silat menyoal.
“Hum...,” keluh datuk dan terus mengorek.
“Boleh saya tolong.”
“Tak payah, tunggu saja di sini, tengok dan perhati apa yang aku buat, bila aku minta tolong kamu tolong.”
“Saya faham,” guru silat mengalah.
“Hum...,” nada suara datuk terkulum. Ia terus menggali tanah di pangkal perdu rambai sedalam yang boleh.
“Lihat,” suara datuk separuh meninggi.
Datuk
segera menatang satu bungkusan sebesar penumbuk. Saya dan guru silat
berpandangan. Tidak berani mahu mengajukan sebarang pertanyaan pada
datuk. Dengan hati-hati datuk letakkan bungkusan itu atas tanah. Sukar
untuk mempastikan warna kain pembalut bungkusan tersebut akibat dilekati
tanah yang tebal.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
88. Mayat Berdiri
KERANA
kau waris terdekat pada si sakit, kau berhak mengambilnya dan berhak
membuat keputusan,” datuk jeling ke arah guru silat. Muka guru silat
terus jadi pucat. Dia seperti mahu mengelak dari menyentuh bungkusan
tersebut.
“Tak payah,” katanya.
“Mana boleh cakap macam tu, awak ada hak, ambillah.”
“Eh, saya tak mahu, nanti bala datang pada saya.”
“Ambillah, tak mengapa.”
“Saya tak mahu,” guru silat undur tiga tapak ke belakang. Datuk jadi serba-salah.
“Kalau
kau mahu aku berikhtiar menyembuhkan orang yang sakit, kau harus
mendengar cakap aku,” nada suara datuk mula keras. Guru silat melangkah
tiga tapak ke depan. Berdiri di sisi datuk.
“Macam mana? Kau
setuju nak ambil bungkusan ni, kalau kau tak mahu biar aku tanam
semula,” datuk minta satu kepastian yang muktamad. Kelopak mata guru
silat terkebil-kebil. Dia masih buntu untuk membuat satu keputusan yang
tegas. Dalam keadaan yang tidak menentu itu, datuk terus bersuara:
“Bagaimana? Mahu atau tidak.”
“Mahu,” jawab guru silat.
“Bagus,” datuk tersenyum.
“Boleh saya ambil sekarang?”
“Nanti dulu.”
“Hum, ah...,” guru silat bagaikan mengeluh.
Datuk
terus mengambil sehelai daun rambai kering. Daun rambai itu diramasnya
hngga hancur. Guru silat terpegun melihat gerak-geri datuk. Saya
dongakkan kepala melihat putik rambai yang berjuntaian di dahan dan
nampak terbuai-buai dirempuh angin.
“Ke mari,” datuk panggil guru silat.
“Kenapa?”
“Marilah, jangan banyak cakap.”
Guru
silat segera menghampiri datuk. Saya agak terkejut, bila datuk terus
menyambar tangan kiri guru silat lalu dipulas kebelakang, anehnya guru
silat tidak bertindak. Menyerahkan diri pada keadaan seperti kena pukau.
Dalam
keadaan diri guru silat berada antara sedar dengan tidak itu, datuk
segera mengepal tanah lalu digaulkan dengan daun rambai yang sudah
diramasnya itu. Kedua belah telapak tangan guru silat segera
dilumurkannya dengan tanah dan daun rambai.
“Sekarang, kau ambillah bungkusan itu.”
Guru
silat segera mendekati pangkal pokok rambai. Direnungnya bungkusan yang
kelihatan seketul itu. Guru silat masib ragu-ragu untuk bertindak
selanjutnya.
“Ambillah, jangan tangguh lagi,” perintah datuk.
“Saya takut.”
“Jangan takut, ambillah.”
“Tak ada bala yang dalang.”
“Tak ada, jangan buang masa lagi,” datuk mula marah. Direnungnya muka guru silat dengan renungan yang tajam.
Tanpa
membuang masa lagi, guru silat terus ambil bungkusan tersebut. Datuk
suruh guru silat letakkan bungkusan sebesar penumbuk itu atas daun
rambai kering. Semuanya dipatuhi oleh guru silat dengan tenang dan
teratur sekali.
“Sekarang kamu langkah bungkusan itu dua kali,”
itu arahan datuk yang dipatuhi oleh guru silat. Datuk tersenyum dan
terus menghampiri guru silat. Datuk membisikkan sesuatu ke telinga guru
silat. Saya lihat guru silat tersenyum dan anggukkan kepala beberapa
kali. Guru silat terus duduk mencangkung menghadapi bungkusan sebesar
penumbuk.
Saya segera mendekati. Kain pembalut bungkusan itu
ternyata berwarna hitam pekat dan diikat dengan tali guni yang juga
dilumur dengan warna hitam. Tanah yang melekat pada bungkusan itu nampak
lembap dan berair.
“Buka,” kata datuk.
Guru silat terus membukanya, saya terlihat kain berwarna kuning.
“Buka lagi, biasanya ada tiga lapis kain dan tiga warna,” lanjut datuk dengan penuh keyakinan.
Guru
silat terus membukanya. Kain kuning terbentang atas daun kering. Saya
renung kain putih yang membalut bungkusan itu. Saya kira kain putih itu
adalah kain lapisan yang terakhir. Guru silat buka kain putih, saya
terlihat kain warna biru dan bau hapak mula menusuk lubang hidung dan
saya renung muka datuk. Dia kelihatan tersengih dan menyuruh guru silat
membuka kain warna biru.
Bila kain warna biru dibuka dari
ikatannya, darah gemuruh mula menguasai urat saraf saya. Dua tiga kali
saya pejam celikkan kelopak mata. Saya terlihat bulu burung tersusun.
Kepala burung dibalut dengan kain merah. Badan burung yang sudah dicabut
bulunya kelihatan kering. Di bahagian paha burung yang sudab dicabut
bulunya kelihatan kering. Di bahagian paha burung yang sudah kering itu
terdapat beberapa bilah jarum di samping kulit limau nipis yang sudah
kering.
“Ke tepi,” kata datuk.
Guru silat dan saya ke tepi
memberi ruang untuk datuk bertinggung sambil melihat badan burung.
Datuk ambil sebatang ranting. Badan burung ditolaknya hingga badan
burung tersebut terlentang dengan kedua belah kakinya menghala ke dada
langit. Saya terlihat pada bahagian burung itu, terdapat kesan jahitan.
“Perut
burung ni dibelah kemudian dijahit semula,” kata datuk sambil menekan
perut burung itu. Bau hapak kian terasa. Setiap kali datuk tekan hujung
ranting, kelihatan air keluar dari celah jahitan. Datuk menyuruh saya
mencari pucuk keladi rimba. Saya tidak dapat memenuhi permintaan datuk
itu, mana mungkin mencari daun keladi rimba di tengah kampung.
“Tak
apa, kau pergi ambil mengkuang di bawah rumah,” ujar datuk sambil
menunjuk ke arah sesikat mengkuang dibawah rumah Si sakit. Saya segera
ke situ. Datang kembali pada datuk dengan sehelai mengkuang berduri.
Datuk ambil daun mengkuang. Tanpa minta pertolongan dari saya dan guru
silat datuk terus ambil bangkai burung terus diletakkan atas daun
mengkuang.
Bila daun mengkuang itu dilipatkan untuk dijadikan
pembalut pada badan burung tersebut, saya lihat dun mengkuang menikam
kulit burung ketika itu juga kami terdengar jeritan si sakit dari arah
rumahnya. Suaranya lantang bagaikan menahan kesakitan yang amat sangat.
Datuk tidak memperhiraukan jeritan itu.
Datuk terus membalut
badan burung dengan daun mengkuang, dilipat jadi tiga segi macam kuih
koci. Setelah itu datuk tindih dengan besi yang dibawanya. Suara jeritan
si sakit terus sambung-menyambung. Datuk terus menutup bungkusan itu
dengan daun-daun kering. Kemudian datuk bakar. Suara jeritan si sakit
terus berkurangan. Tidak sampai sepuluh minit bulu dan badan burung
terus menjadi abu.
Apa yang menghairankan saya, kain yang jadi
pembalut badan burung tidak dibakar oleh datuk. Dilipat tiga segi dan
dibalut dengan daun rambai muda. Datuk isi dalam saku seluarnya. Lubang
yang dikorek oleh datuk segera ditimbus kembali, tanpa meninggalkan
sebarang kesan, memang sukar untuk dijejaki oleh orang lain.
Datuk
terus mengajak kami pulang. Tindakan datuk itu menimbulkan keraguan
dalam diri guru silat. Pada sangkaan guru silat, tentulah datuk pergi ke
rumah si sakit, bertanya khabar kenapa si sakit menjerit.
“Tak pergi ke rumah si sakit?” Guru silat memberanikan diri bertanya.
“Tak payah.”
“Kenapa?”
“Usah banyak tanya, mari kita balik,” kata-kata terakhir itu mematikan semangat guru silat untuk bertanya selanjutnya.
Waktu
kami melintasi halaman rumah, isteri Si sakit sudahpun berdiri di muka
pintu sambil melaung-laung nama guru silat dan datuk berkali-kali.
“Singgahlah dulu, tengok perangai suami saya yang lain macam ni” suara isteri si sakit lantang.
“Minta maaf, kami dah lambat,” sahut guru silat.
“Singgah sekejap aje, tengok muka suami saya yang hitam sebelah dan suka menjilat-jilat lantai.”
“Sabar, lepas senja, hitam di mukanya hilang dan dia berhenti menjilat lantai.” balas datuk tanpa memperlihatkan langkahnya.
Jawapan
dari datuk itu amat menghampakan hati isteri si sakit. Dia tidak
terdaya untuk melanjutkan kata-kata, hanya kelihatan kecil saja yang
terungkap dari kedua belah kelopak bibirnya. Saya hanya tunduk merenung
rerumput di tepi jalanan dalam warna hari yang beransur samar-samar itu.
Di hujung langit sudah kelihatan warna kemerah-merahan.
Beburung
kelihatan terbang sekawan demi sekawan pulang ke sarang. Bunyi gemersik
angin yang menyentuh dedaun di hujung ranting jelas kedengaran.
Sesekali terdengar pekik gagak yang pulang senjakala. Saya terus
melangkah tanpa mahu merenung ke kiri dan ke kanan. Saya tahu
pemandangan sekitar saya memang tidak menarik, penuh dengan pepohon yang
tidak dapat memberikan sebarang keindahan.
Saya dapat mengesan
yang perangai datuk berkeadaan lain macam. Kelihatan seperti keresahan
yang tidak menentu. Macam ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
Wajahnya, membayangkan rasa tidak aman yang memanjang. Bila datuk berada
dalam keadaan demikian, saya rasa jalan paling selamat yang wajar saya
pilih ialah membisu seribu bahasa dan patuhi dengan apa yang
diperintahnya.
Kami terus melangkah dalam cuaca yang beransur
gelap. Agas dan nyamuk terasa menyerang pipi dan batang hidung. Langkah
kaki sering saja terhenti akibat tersepakkan akar dan tunggul kayu di
tepi jalan. Kicau burung tidak kedengaran lagi.
“Ah sial, tak ada
tempat lain kamu nak cari makan,” saya merungut lalu menampar pipi
sebelah kiri. Aduh! Kepala sakitnya, nyamuk tak mati, pipi sendiri yang
terasa pedih. Hati saya terus membara dan marah tidak tentu arah. Bagi
melepaskan geram, saya sepak sepotong kayu di tepi jalan dengan sekuat
hati. Guru silat segera menoleh ke arah saya.
“Kenapa?” Tanyanya perlahan.
“Jemu,” sahut saya perlahan.
“Kejap
lagi kita sampai,” guru silat cuba menenangkan perasaan saya. Ketika
itu juga, datuk berhenti me1angkah. Sepasang matanya merenung tajam ke
arah saya, memancarkan rasa marah.
“Ada apa Tamar?”
“Tak ada apa-apa tuk.”
“Aku dengar kamu macam merungut, cakap apa yang kamu tak puas hati.”
“Tak ada apa-apa tuk.”
“Hum,”
suara datuk parau dan terus berhenti merenung wajah saya. Apa yang
dialami sebentar tadi, bagaikan mengingati diri saya supaya hati-hati.
Jangan mengeluh tidak tentu fasal. Perbuatan begitu boleh mengganggu
diri datuk.
“Oh uuuuuuuuppppppppppp.”
Guru silat segera
melompat. Langkah saya dan datuk terus kaku. Mata kami tertumpu ke dada
jalan, seekor katak puru merayap dengan tenang ke gigi jalan, kemudian
menghilangkan diri dalam rimbunan rerumput di situ. Saya melihat datuk
tersenyum. Hatinya terusik dengan telatah guru silat yang mudah
terperanjat. Datuk segera menghampiri guru silat.
“Orang macam
awak ni, sebaik-baiknya jangan mudah terkejut dan melatah. Cubalah kawal
perasaan,” datuk memberikan nasihat. Guru silat terus menarik nafas
dalam-dalam. Ekor matanya masih menjeling ke arah saya.
“Saya cuba mengatasinya.”
“Cubalah, pendekar kalau mudah melompat dan terkejut tak baik nanti pihak lawan tahu sejauh mana kekuatan kita.”
“Saya faham,” suara guru silat lemah.
Datuk
terus melagakan gigi atas dengan gigi bawah dua tiga kali. Saya
berhenti melangkah dan terus menggeliat dua tiga kali. Pangkal belikat
dan pangkal paha mula terasa sakit. Guru silat segera menghampiri saya.
“Tak jauh lagi, tak usah berhenti, jalan saja,” bisiknya ke telinga saya.
“Paha saya sakit.”
“Tak
apa, kejap lagi sampailah,” guru silat terus menarik tangan saya. Datuk
menjeling tajam ke arah saya. Tidak ada pilihan lain untuk saya,
melainkan meneruskan perjalanan.
Saya merenung tajam ke depan.
Nampak berbalam bentuk rumah peninggalan arwah orang tua guru silat.
Hati saya riang, pada hemat saya, lebih kurang lima minit lagi sampailah
ke rumah tersebut dengan syarat tidak berhenti di mana-mana.
“Ha, langkah panjang-panjang biar cepat sampai,” usik guru silat.
“Langkah
pendek pun sampai, dah dekat,” balas saya sambil tersenyum. Guru silat
ketawa kecil sampai menepuk bahu kanan datuk dua tiga kali. Datuk segera
merenung ke arahnya.
“Kenapa?” Tanya datuk.
“Tak ada apa-apa.”
“Kalau tak ada apa-apa, buat apa ditepuk?” Datuk seperti kesal tetapi, guru silat terus tersenyum lebar.
“Aku
rasa malam ni, semuanya selesai,” cetus datuk ketika memasuki halaman
rumah pesaka. Saya menelan air liur dan tertanya-tanya dalam hati maksud
dari kata-kala yang diluahkan oleh datuk.
“Apa yang awak
cakapkan tadi,” guru silat menyoal lalu merempuh saya yang berdiri tidak
jauh dari datuk. Saya terdorong ke sebelah kiri. Marah juga rasa hati
melihat sikap guru silat yang main langgar tanpa memikirkan tentang
orang lain.
“Maafkan aku Tamar, aku tak sengaja terlanggaran kamu.”
“Tak
apa,” balas saya dengan sedikit rasa kesal dalam hati. Guru silat terus
mendekati datuk yang sudah hampir dengan kaki tangga. Muka datuk
direnungnya.
“Apa yang awak katakan tadi? Saya tak dapat dengar
jelas,” nada suara guru silat merendah. Datuk menarik nafas panjang.
Matanya masih tertumpu ke wajah guru silat.
“Malam ni, semuanya selesai,” datuk senyum.
“Maksud awak.”
“Dengan
izin Allah yang kuasa, orang yang sakit beransur sihat dan orang yang
berbuat jahat akan menerima padahnya,” cukup tenang datuk melafazkan
kata-kala itu.
“Awak bergurau?” Guru silat minta kepastian.
“Saya tak bergurau, dengan izin Allah semuanya berjaya.”
“Ha...” mulut guru silat terlopong.
“Dengan izin Allah,” ulang datuk. Guru silat segera mengatupkan mulutnya kembali, Wajahnya seperti orang dungu.
Geli
rasa hati melihat telatahnya. Saya mengharapkan guru silat mengeluarkan
berbagai-bagai pertanyaan. Apa yang saya harapkan tak menjadi
kenyataan. Guru silat terus termenung. Bila guru silat tidak mahu
bertanya, ertinya saya tidak ada peluang untuk menerima cerita dari
datuk.
Guru silat terus duduk di anak tangga bongsu. Merenung ke
arah pepohon di kiri kanan halaman yang kaku dalam suasana kelam yang
kian mencengkam.
“Biar kita ke telaga dulu, mandi dan ambil air
sembahyang,” datuk terus melangkah. Lagi sekali guru silat tergamam dan
terkejut dengan apa yang datuk lakukan. Kenapa datuk tidak mahu
menggunakan air paip seperti selalu? Kenapa mesti menggunakan air
perigi? Timbul pertanyaan dalam diri saya. Cepat-cepat saya renung muka
guru silat.
“Kenapa datuk kamu Tamar? Lain macam saja hari ini.”
“Entah, saya tak tahu sebabnya.”
“Pelik juga air paip ada, kenapa air telaga yang dicari.”
“Biarkan, datuk saya dengan caranya.”
“Ah, pelik, banyak perkara pelik yang dibuatnya,” keluh guru silat sambil merenung wajah saya sejenak. Kami berbalas senyum.
“Biar
saya pergi ke bilik air dulu,” kata saya pada guru silat yang masih
termenung panjang. Agaknya, ia masih memikirkan tentang tindak-tanduk
datuk yang dianggapnya agak luar biasa.
“Pergilah Tamar.”
“Baiklah.”
PULAS
Saya
pun terus menuju ke bilik air yang terletak di bahagian belakang rumah.
Saya pulas kepala paip dan terus basuh muka. Dari basuh muka ada baik
mandi terus, fikir saya dan terus membuka baju dan seluar. Beberapa saat
kemudian seluruh badan saya dibasahi dengan air paip. Badan terasa
segar dan bertenaga.
Sebaik sahaja saya keluar dari bilik air,
guru silat pula masuk. Datuk masih lagi berada di perigi. Saya terus
duduk di anak tangga bongsu, merenung hari yang kain gelap. Tidak lama
lagi saya kira, suara azan pasti berkumandang menguasai seluruh kampung.
Saya
tents mengelamun dan menyusun rancangan dalam kepala, saya bercadang
petang esok, saya mahu minta izin dan datuk untuk ikut kawan-kawan ke
Kuala Juru, melihat perahu nelayan.
Lamunan saya terganggu oleh
suara guru silat di kamar mandi. Saya tidak tahu kenapa nada suara guru
silat meninggi. Mungkin ada sesuatu yang kurang menyenangkan hatinya,
fikir saya sendirian sambil memanjangkan leher meninjau ke arah bilik
air. Tiba-tiba secara mendadak guru silat keluar dari bilik air. Berlari
ke arah saya dengan wajah yang cemas.
“Kenapa?”
“Aku macam ternampak mayat orang berdiri dekat pintu bilik air, bila aku pandang lagi sekali, mayat itu hilang.”
“Ah, pandangan mata saja tu, maklumlah kita letih,” saya mententeramkan perasaan guru silat.
Ternyata
perasaan guru silat tidak tenteram dengan kata-kata yang saya luahkan.
Rasa takut masih dapat dikesan di wajahnya. Saya terus mengajak guru
silat naik ke rumah. Sebaik saja, saya duduk di bangku usang, datuk pun
sampai dengan wajah yang amat tenang.
“Kita jemaah di surau?”
Datuk ajukan pertanyaan pada guru silat. Saya lihat guru silat
mengerutkan dahi, buah halkumnya nampak bergerak bila ia menelan air
liur.
“Saya nak sembahyang di rumah,” jawab guru silat.
“Kalau begitu, biar aku dengan Tamar ke surau, kau sembahyang seorang di rumah.”
“Eh, begini saja, biar saya dan Tamar sembahyang di rumah, awak seorang saja pergi ke surau.”
“Tak apa, saya ikut cakap awak,” jawapan datuk itu ternyata amat menggembirakan hati guru silat.
Datuk
tukar pakaian. Tanpa mengucapkan sesuatu ia terus meninggalkan saya dan
guru silat. Sebaik saja datuk sampai dekat pohon jati, suara Azan terus
berkumandang. Datuk mempercepatkan langkahnya.
Saya dan guru
silat sembahyang di rumah. Setelah selesai sembahyang, saya disuruh oleb
guru silat ke dapur untuk memasak air panas. Hasrat guru silat itu
tidak saya bantah, setelah menyalakan api dan meletakkan cerek atas
tungku. Saya kembali duduk di sisi guru silat.
“Malam ni, kita
makan di rumah, aku masak lauk dan nasi,” kata-kata yang amat
menyenangkan dari guru silat. Saya segera terfikir, lauk apa yang mahu
dimasaknya? Ikan bilis, ikan goreng? Semuanya bahan-bahan ini tidak ada
dalam simpanan guru silat.
“Ikan tak ada, sayur tak ada, nak masak apa?” Tanya saya, guru silat menggigit bibir sambil memperkemaskan silanya.
“Ada Tamar.”
“Ada di mana?”
“Ada
saya beli semalam, saya simpan dalam almari, saya beli ikan kurau
kering, kita buat masak lemak, biar pecah perut kita malam ni. Dah
kenyang makan baru kita pergi ke rumah si sakit. Kau setuju Tamar.”
“Setuju,” jawab saya cepat dan tegas.
“Bagus,” guru silat tegakkan ibu jari kanannya.
“Sekarang,
kamu pergi basuh beras dan letakkan periuk nasi atas tungku,” satu
arahan terkeluar secara spontan dari kedua belah kelopak bibir guru
silat. Kali ini, saya agak keberatan untuk mematuhi perintahnya itu.
Masak nasi kerja leceh. Guru silat bagaikan tahu apa yang ada dalam hati
saya.
“Kau tak suka masak nasi, Tamar?”
“Ya, kerja leceh.”
“Tak apa, kau buat kopi sudahlah, masak nasi dan lauk biar saya buat. Kau setuju bukan?”
“Setuju,” suara saya riang dan terus bangun menuju ke ruang dapur untuk membuang kopi.
Baru
lima langkah, saya melangkah guru silat segera mendekati saya.
Cepat-cepat Ia menarik tangan saya. Perbuatannya itu amat mencemaskan
hati saya.
“Kenapa?”
“Kau tengok tu,” guru silat
meluruskan jari telunjuknya ke arah dinding. Saya kerutkan dahi. Dua
tiga kali kelopak mata saya pejam celikkan. Saya yakin, apa yang saya
lihat di depan mata bukannya hanya sekadar tersilap pandang, saya yakin,
saya sedang melihat sesuatu yang benar. Dada saya jadi berdebar.
“Kau nampak Tamar?”
“Nampak.”
“Kau sendiri tengok aku membuangnya ke dalam sungai, siang tadi.”
“Ya, pelik macam mana tongkat yang dah dibuang ada dalam rumah semula. Siapa yang membawanya?”
“Itulah
yang memeningkan kepala aku sekarang,” guru silat seperti mengeluh. Ia
terus menarik tangan saya mendekati tongkat yang tersandar di dinding.
Saya hanya menurut saja tetapi, saya rasa gementar dan cemas tetap
berada dalam hati.
“Cuba kan tengok Tamar.”
Saya terus
membongkok dan menatap tongkat tersebut. Memang itulah tongkat yang
dicampakkannya ke dalam sungai. Anehnya, macam mana boleh berada di
rumah kembali.
“Cuba kau pegang Tamar.”
“Tak mahu, pak gurulah pegang.”
“Cubalah Tamar.”
“Minta
maaf, pak guru,” ujar saya dengan nada suara yang lembut bersama wajah
yang minta dikasihi. Guru silat terus mengambil kain pelekat yang berada
tidak jauh darinya.
Kain pekekat dicampakkan oleh guru silat ke
arah tongkat tersebut. Kain pelekat terus melekat di kepala tongkat dan
terus memberat ke kanan. Tongkat itu terus jatuh berdentum. Bunyinya
cukup kuat tidak padan dengan bentuk dan berat tongkat.
“Kau berani pegang Tamar?”
“Minta maaf pak guru.”
“Kalau kau tak berani biar aku pegang tapi, kau mesti tunggu di situ.”'
“Baik pak guru.”
Guru
silat terus mendekati tongkat yang berbalut dengan kain pelekat. Dalam
jangkaan saya, sudah pasti guru silat terus memegang tongkat yang berada
dalam kain itu. Jangkaan saya salah. Guru silat terus menyentap kain
pelekat dengan sekuat hati hingga kain pelekat terpisah dengan tongkat.
Tongkat
pun tergolek di tepi dinding kepalanya yang berbentuk dua kepala ular
itu mengarah pada saya dan guru silat. Saya tiba-tiba merasa seram.
“Saya
rasa tak ada apa-apa pak guru, cuba pegang,” saya terus mengajukan
cadangan. Guru silat menggigit bibir. Ia masih bimbang dan ragu untuk
melakukan dengan apa yang saya katakan. Guru silat menggenggam penumbuk.
Matanya tertumpu ke wajah saya. Perlahan-lahan guru silat mendekati
tongkat tersebut.
“Cubalah pak guru.”
“Ya, aku cuba, kalau syaitan kita binasa.”
“Nanti dulu.”
“Kenapa Tamar.”
“Cuba
pak guru baca beberapa ayat dan Quran...,” kata saya mengingatkan guru
silat. Saya jadi hampa dan agak kecewa kerana saranan saya tidak
diterima oleh guru silat.
“Tak payah,” katanya pendek.
Saya
tidak dapat berbuat apa-apa. Apa yang mampu saya buat ialah melihat
dengan sepasang mata tindak-tanduk guru silat yang kian ghairah untuk
memegang tongkat.
Guru silat terus menyambar tongkat tersebut.
Dalam sekelip mata saja tongkat aneh itu sudah berada dalam tangan guru
silat. Saya lihat wajahnya cukup riang.
“Memang benar, tongkat
ini tongkat pesaka,” suara guru silat penuh keriangan. Ia terus menarik
tangan saya untuk menjamah badan tongkat. Saya menolak, cepat-cepat saya
menarik tangan saya yang dipegangnya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
89. Cawan Bergerak Sendiri
“KENAPA Tamar?”
“Saya tak mahu pak guru.”
“Kamu takut, kalau tongkat ni bukan tongkat sebenar, tongkat palsu.”
“Hum...” saya tertunduk merenung lantai.
Guru
silat terus menggosok-gosok batang tongkat dengan secebis kain kuning.
Saya hanya tersenyum merenung ke arah guru silat. Saya terus ke dapur
membuat air kopi. Datang ke ruang tengah dengan dua cawan kopi yang
masih panas.
Guru silat senang hati melihat dua cawan kopi yang
berasap di depannya. Ia terus letak tongkat atas lantai. Dengan tenang
guru silat menghirup kopi.
Bila guru silat berpusing ke kanan. Cawan
kopi yalig dipegangnya terlepas dari tangan. Jatuh atas lantai. Air kopi
melimpah dan serpihan tembikar cawan berserakan. Telinga saya mula
diasak oleh bunyi deru angin yang amat kencang di luar. Muka guru silat
terus menjadi pucat.
“Kenapa pak guru?”
“Tongkat tadi dah hilang, kau lihat sendiri.”
“Ya,” ungkap saya cemas sambil merenung ke arah lantai yang beberapa saat tadi terdapat sebatang tongkat berada di situ.
Saya jadi menggelabah, selera untuk minum kopi terus mati.
Badan
terus terasa dingin, desiran angin bertambah hebat bunyinya di luar.
Saya mula terlihat dedaun tingkap yang rapat seakan-akan bergerak-gerak
seperti ada sesuatu yang menekannya dari luar.
“Aku rasa ada
sesuatu yang tak kena di rumah ni. Sekarang kau tengok sendiri Tamar.
Bukankah sudah aku katakan tongkat pesaka itu memang berpuaka.”
“Ya,” saya mengangguk dengan nasa gementar.
“Sepatutnya
tadi, aku bakar saja tongkat sial itu,” sebaik guru silat berkata
demikian, terasa seluruh rumah bergegar dan bergoyang. Cawan kopi jatuh
dan air kopi terus melimpah di lantai. Saya dan guru silat terpaksa
berpaut pada dinding.
Anehnya, gegaran itu cuma berlaku beberapa
minit saja. Bila keadaan kembali tenang, saya pun terdengar suara Azan
berkumandang. Bunyi deru angin yang hebat terus menyepi. Guru silat yang
tersandar di dinding meluruskan kedua belah kakinya. Sepasang matanya
merenung tajam ke arah lelangit rumah.
“Aku pening Tamar.” Sebaik
saja guru silat mengakhiri kata-katanya, Ia terus terkulai di situ.
Saya jadi cemas, tidak tahu apa yang harus saya lakukan untuk mengatasi
keadaan yang agak gawat itu. Entah macam mana, saya merasai badan saya
melayang-layang.
Tiba-tiba saya terasa ada sesuatu yang
menghentak pangkal bahu sebelah kanan. Pandangan saya jadi
berpinar-pinar. Sayup-sayup terdengar gema besi berlaga sama sendiri
yang amat memekakkan.
Seluruh sendi saya terasa lemah. Saya tidak
terdaya berdiri. Badan terasa melayang-layang. Ketika itu juga saya
terasa berada di satu tanah yang lapang. Saya melihat bermacam-macam
jenis binatang dari yang berkaki empat hingga berkaki dua dan termasuk
dari jenis yang melata atas bumi.
Di hujung tanah lapang, saya
melihat api yang cukup besar. Bahangnya terasa menyentuh kulit tubuh.
Badan saya berpeluh dan api yang marak itu kian mendekati saya.
Cara
yang paling baik dan terselamat dari hangus dimamah api ialah berlari
ke mana-mana dengan sekuat hati. Saya pun berlari arah ke utara dengan
sekuat hati. Tidak saya duga api yang marak itu terus memburu saya. Apa
yang terdaya saya lakukan ialah berlari dan terus berlari hingga sampai
ke kawasan pinggir gunung. Sebaik saja sampai di situ, seorang lelaki
berbadan besar dengan rambut hitam lebat menutup kedua belah sayap
bahunya, ketawa ke arah saya.
Lelaki berbadan besar itu mengambil
seketul batu besar di kaki gunung. Batu itu dilemparkannya ke arah
saya. Tidak ada kesempatan untnk saya menyelamatkan diri. Saya terpaksa
menyerahkan diri pada keadaan. Batu itu terus menghempap badan saya.
Kesakitan
yang dirasai membuat saya menjerit dengan sekuat hati. Mungkin kerana
saya menjerit terlalu kuat membuat lelaki berbadan tegap itu menjadi
marah. Mulut saya terus ditendangnya dengan sekuat hati.
QURAN
Sayup-sayup
saya terdengar suara orang membaca Quran. Makin lama, makin jelas
kedengaran. Saya amati pembacaan tersebut. Ternyata suara yang saya
dengar itu sedang membaca ayat al-Kursi. Saya cuba mengikutinya dengan
perlahan-lahan dalam hati.
Saya bagaikan digerakkan oleh tenaga
ghaib untuk mengucap dua kalimah syahadat. Sebaik saja saya selesai
mengucap, kelopak mata saya terus terbuka. Apa yang saya lihat wajah
datuk yang sedang membaca ayat al-Kursi. Saya renung ke kanan, saya
lihat di depan guru silat terletak satu baldi air. Di tepi baidi
tersusun dua tiga biji buah limau nipis dan sehelai kain hitam. Guru
silat terkapar di situ dengan mulut yang terbuka.
“Bangun Tamar.”
“Bila tuk balik dari surau?”
“Dah
lama. Kamu berdua dirasuk syaitan. Waktu aku sampai tadi aku tengok
kamu berlari dalam rumah. Si guru silat berenang atas lantai.”
“Ha...,” saya terkejut mendengar penjelasan dari datuk. Saya cuba mengingati apa yang telah berlaku.
Lagi
sekali saya merenung ke arah guru silat. Perlahan-lahan saya kedutkan
dahi, bila melihat kiri kanan bibirnya meleleh dengan air liur. Badan
guru silat menggeletik macam ikan kena penukul. Datuk mengepal tangan
kiri dan terus didekatkan ke hujung hidung. Mulutnya kelihatan
bergerak-gerak macam membaca sesuatu.
“Huuuuppppp...,” pekik
datuk lalu membuka buku limanya, kelima-lima jari kirinya terkembang dan
mengarah kepada guru silat. Datuk terus menepuk lantai tiga kali
berturut-turut.
Serentak dengan itu, guru silat terus melompat
sambil melepaskan buah silat yang cukup kencang ke dinding. Kakinya
terus menendang baldi air. Guru silat terus bersilat dengan
semahu-mahunya. Gerakan dan tendangannya cukup pantas.
Datuk
terus membongkok dan merangkak perlahan-lahan mengambil buah limau yang
masih belum menjadi mangsa kaki guru silat. Dua kali datuk menepis
tendangan guru silat yang hampir mengenai rusuk kirinya.
Datuk
berjaya mencekup sebiji limau. Cepat-cepat datuk membalingkan ke arah
saya. Dengan kepandaian tersendiri saya menyambut buah limau tersebut
dengan penuh bergaya. Datuk memberi isyarat yang Ia memerlukan dua biji
lagi limau nipis.
Saya lihat kedua-dua biji buah limau yang
dikehendaki itu berada di hujung kaki guru silat, Bukan mudah untuk
mendapatkannya. Silap langkah, bukan buah limau yang dapat tetapi,
penendang dari guru silat yang boleh menghilangkan gigi dan
membengkakkan pipi. Paling malang, kalau buah himau yang dikehendaki
dipijak oleh guru silat yang sudah diresapi syaltan.
Perlahan-lahan
datuk mengisut ke arah kaki guru silat. Tiba-tiba guru silat bertempik
dan melompat lalu melepaskan satu tendangan yang kencang ke arah datuk.
Secepat
kilat datuk menyambar telapak kaki guru silat lalu memusingkannya
dengan sekuat hati, ditolak ke belakang hingga guru silat jatuh
terlentang. Ketika itu, datuk terus sambar buah limau. Dicampakkan pada
saya bagaikan penjaga pintu gol yang handal saya menyambut buah limau
tersebut.
“Ah..."
Guru silat terus menyerang datuk. Macam
tadi juga, datuk tetap bertahan dan mengelak. Memang bukan tujuan datuk
mahu beradu kuat dengan guru silat. Matlamat utama datuk mengambil
sebiji lagi buah limau nipis supaya jumlahnya menjadi tiga biji dalam
tangan saya.
Memang sukar untuk datuk mengambil buah limau yang
terakhir ini. Guru silat bagaikan tahu apa yang diingini oleh datuk.
Ekor matanya, tetap merenung ke arah buah limau tersebut.
Hati
saya berdebar bila guru silat mengangkat kaki kanannya untuk memijak
buah limau. Saya berdoa supaya cita-citanya tidak dilaksanakannya. Doa
saya diperkenankan oleh Allah. Guru silat menjauhkan kakinya beberapa
inci dari buah limau.
Dengan hujung ibu jari kanannya ia mencuit
buah limau. Buah limau itu bergolek ke arah tiang seri. Datuk tersenyum.
Kerjanya menjadi mudah, saya kira, beberapa saat lagi limau yang sebiji
itu pasti berada dalam tangan saya.
Datuk merendahkan badannya.
Perlahan-lahan datuk golekkan badannya menuju arah buah limau. Malang
sungguh nasib datuk, kali ini guru silat terus bertindak macam orang
gila.
Dengan sebatang kayu di tangan, guru silat terus menikam ke arah datuk bertubi-tubi.
Mujurlah,
datuk bergolek ligat macam gasing. Tikaman yang dilakukan oleh guru
silat tidak kena badan datuk. Guru silat terus marah, ia cuba melepaskan
tendangan yang bertalu-talu ke arah datuk.
Semuanya dapat
ditepis oleh datuk dengan aman dan tenang. Dalam suasana yang
berdentum-dentum dengan bunyi telapak kaki di lantai serta ditingkah
dengan bunyi tepisan tangan dan kaki dari datuk menjadikan dengan guru
silat.
Suara datuk dan guru silat saling tingkah-meningkah. Saya
terlupa dengan keadaan di luar, terlupa pada malam, terlupa pada bunyi
cengkerik dan katak. Antara terhibur dan cemas saya menyaksikan
peristiwa datuk dengan guru silat.
“Wahhhhhh...”
Datuk
menjerit dengan kuatnya. Saya lihat datuk berjaya menyambar tangan guru
silat dan terus dipulas ke belakang sambil menekan ke kanan. Guru silat
berusaha melepaskannya tetapi tidak terdaya. Pegangan datuk cukup kuat
dan kejap.
Dengan lembut dan perlahan-lahan datuk menekan tangan
guru silat ke bawah hingga badan guru silat melengkung dan akhirnya
tersembab di lantai. Datuk segera mengambil buah limau di 1antai dan
terus diserahkan pada saya.
“Basuh limau itu Tamar.”
Saya
terus ke dapur dan membasuh buah limau. Datang kembali mendekati datuk.
Guru silat tertiarap di lantai dengan kedua belah kaki dan tangannya
terkedang. Bunyi nafasnya cukup kuat, macam nafas kerbau.
“Tamar.”
“Ya, ada apa tuk.”
“Kau belah dua semua limau tu, perah airnya dalam cawan. Campurkan dengan garam dan cabai. Lepas itu kau diangkan dekat api.”
“Baik tuk.”
“Buat sekarang jua.”
Saya
segera mematuhi saranan yang datuk luahkan. Saya terus ke dapur.
Menyediakan barang-barang yang dikehendakinya. Sepeninggalan saya ke
dapur, saya tidak tahu apa yang datuk lakukan terhadap guru silat.
Satu
perkara yang pasti bila saya datang ke ruang tengah kembali, saya lihat
guru silat sudah berubah kedudukan. Kalau tadi ia tertiarap, kini ia
terlentang mengandah ke tulang bumbung dengan sepasang kaki dan tangan
rapat ke tubuh.
SILAT
Datuk terus merenung wajah guru
silat. Kelopak mata guru silat dibukanya perlahan-lahan. Telinga kiri
guru silat dihembusnya bertalu-talu. Badan saya mula terasa sejuk dan
suara pungguk merayu bulan sayup-sayup kedengaran. Desiran angin mula
tçrdengar.
“Ambilkan aku pisau Tamar.”
“Pisau tak ada, di mana saya nak cari tuk.”
“Ambil dalam beg kecilku. Bawah kain pelekat ada pisau belati cap kuda terbang. Pergi ambil sekarang.”
“Baiklah,”jawab
saya lemah. Saya segera pergi ke beg kecil datuk yang terletak di sudut
dinding. Saya punggah isinya hingga bertabur atas lantai. Akhirnya,
saya jumpa dengan pisau belati yang dimaksudkan oleh datuk. Saya segera
menyerahkan padanya.
Datuk keluarkan pisau belati dari sarungnya.
Ditatapnya mata pisau itu dengan teliti. Datuk tegakkan badan dengan
sepasang matanya tertumpu ke dinding. Saya hanya melibat gerak-geri
datuk dengan hati-bati.Datuk terus menimang-nimang mata pisau belati di
telapak tangan.
“Ke mari Tamar.”
Saya segera mendekati datuk.
“Tekan kedua belah kakinya.”
“Baik
tuk,” saya terus menekan kedua belah kaki guru silat. Datuk angkat
pisau belati tinggi-tinggi. Kemudian, badan pisau belati dilarikan pada
buah betis guru silat.
“Tamar.”
“Ya tuk.”
“Aku mahu
meluahkan kaki guru silat ini. Bila darahnya keluar kau terus taruh air
limau di tempat lukanya. Bila dia menjerit kau tutup mulutnya dengan
kain pelekat,” datuk mengeluarkan arahan. Datuk pun mengambil kain
pelekat di atas lantai. Kain pelekat itu dilangkah dua kali.
“Nah kain pelekat ni, letak dekat kepala lutut kamu. Ingat, apa yang aku pesan Tamar.”
“Ingat tuk.”
“Kamu mesti tenang dan jangan takut.”
“Baik tuk.”
“Huhhhhhh..,”
datuk menatap wajah saya sejenak. Bahu kanan saya ditepuknya tiga kali
berturut-turut. Datuk melakukan semuanya itu untuk memperteguhkan dan
menguatkan semangat saya.
Saya terkejut besar bila datuk
membenamkan hujung belati ke buah betis guru silat. Saya lihat darah
pekat meleleh di kulit betis dan menitik atas lantai. Saya bagaikan
terpukau melihat semuanya itu. Saya lupa dengan pesan datuk.
“Hei apa lagi?” sergah datuk.
“Apa?
Apa benda,” saya seperti orang bangun tidur, tidak tahu apa yang mesti
saya lakukan. Muka datuk kelihatan merah padam. Saya mencampakkan pisau
belati yang ada kesan darah ke dinding. Pisau belati terpancak di situ.
“Bodoh,”
pekik datuk sambil merampas air limau dalam cawan. Tidak memadai dengan
itu, datuk terus menolak saya hingga terjatuh. Saya terus membatu,
tidak berani membantah. Semuanya kerana kelalaian dan kesalahan saya.
“Tak boleh harap,” kutuk datuk.
“Maafkan saya tuk, saya tak sengaja.”
“Hummmmmmmmmm...”
Datuk
terus menuangkan air limau ke atas buah betis guru silat yang sudah
dilukakan oleh datuk. Saya lihat seluruh badan guru silat bergerak ke
kiri dan ke kanan.
Sepasang kakinya juga bergerak ke kiri ke
kanan. Guru silat mengeruh macam lembu kena sembelih. Saya sudah
bersedia dengan kain pelekat. Kalau ia menjerit, sudab pasti kain
pelekat menutup mukanya.
Lama juga saya menanti. Guru silat tidak
menjerit tidak mengeluh. Dia membuka kelopak matanya perlahan-lahan.
Merenung lelangit rumah. Datuk terus mengesat kesan darah di kaki. Air
limau tidak lagi dituangkan pada tempat yang luka.
“Tamar?” Guru silat bersuara.
“Cuba mengucap pak guru.”
“Ashadu..” guru silat terus mengucap dengan tenang.
“Bagaimana
pak guru,” saya menyoalnya kembali. Guru silat termenung macam ada
sesuatu yang difikirkannya. Datuk terus mendiamkan diri.
“Datuk kamu tak balik lagi Tamar?”
“Dah
balik,” sahut datuk lalu mendekati guru silat. Mereka berpandangan.
Datuk memicit bahu kanan guru silat beberapa kali. Macam digerakkan oleh
sesuatu, saya terus bangun mengambil cawan dan pisau belati.
Semua barang-barang itu saya letakkan di tempat di bahagian dapur.
Saya
datang semula mendapatkan datuk dan guru silat. Kali ini guru silat
sudah pun duduk. Ia bagaikan tidak terasa apa-apa yang terjadi pada
kakinya.
“Saya baru berjumpa dengan orang besar, saya berlawan
dengannya. Dia kalah tetapi dia berjanji nak mencari saya,” guru silat
membuka rahsia dirinya. Datuk tersenyum.
“Kau sebenarnya tak ke mana-mana, kau pengsan,” datuk menjelaskan keadaan sebenar.
“Ya,
saya ingat apa yang jadi patda saya dan Tamar, mana tongkat tadi,
Tamar, agaknya dah hilang terus,” guru silat ajukan pertanyaan pada
saya. Cepat-cepat saya mengangkat kedua belah sayap bahu sambil
menggelengkan kepala.
“Kalau ikut langkah dan petua, kamu berdua
dirasuk syaitan, ingatan dan fikiran kamu dipisahkan dari pancaindera
kamu, kalau tidak ditolong, kamu boleh jadi lari ke hutan, masuk gunung
atau gua,” terang datuk.
“Semuanya kerana tongkat sial,” sahut guru silat.
“Bukan
kerana tongkat, kamu lalai, kamu lupa kuasa Allah, kamu tidak
mengingatinya pada setiap saat,” sanggah datuk. Guru silat terdiam.
Datuk
terus menarik balutan di kaki guru silat. Bila balut itu terbuka, saya
tidak dapat melihat kesan luka atau parut. Kaki guru silat tetap
berkeadaan seperti biasa. Cuma sesekali guru silat terasa sakit bila
melipatkan kakinya.
Datuk segera menepuk bahagian kaki yang
dikatakan sakit tu, dua kali tepuk, guru silat terus menyatakan tidak
terasa sebarang sakit.
“Tak usah banyak cerita lagi, bersiap
sekarang juga kita pergi rumah si sakit,” datuk keluarkan arahan.
Matanya masih merenung ke setiap sudut ruang rumah.
“Dah jauh malam begini, tuk nak pergi juga?” Sanggah saya.
“Dah pukul sebelas malam,” guru silat menyokong pendapat saya.
“Tak
usah banyak cakap, kalau terlalu banyak cakap satu kerja pun tak jadi,
ingat, manusia dipegang pada janji, kerbau dipegang pada tali,” tekanan
suara agak keras dan meninggi. Kedua-dua biji matanya dibeliakkan ke
arah guru silat dan saya.
Dengan rasa kesal saya segera tukar
seluar dan baju. Saya tidak tahu apa perasaan guru silat ketika itu.
Dari gerak-geri dan riak wajahnya ternyata ia tidak menyimpan rasa
kecewa atau hampa. Guru silat tetap mematuhi perintah datuk.
“Kita belum makan lagi tuk.”
“Tak
usah gaduh fasal makan, kalau rezeki kita ada, kite makan di mana-mana,
kalau tak ada. kita minum kopi saja,” datuk menyelesaikan masalah yang
menghantui diri saya.
“Tak usah bimbang Tamar, bila semuanya
sudah selesai kita balik nanti, aku masak nasi untuk kamu,” itu janji
dari guru silat yang cukup menggembirakan.
LANGKAH
Sebelum
membuka langkah menuju ke rumah si sakit,datuk mengambil masa sejenak
untuk membaca surah Yasin. Selesai baca Yasin datuk balut kepala dengan
kain merah. Pakai seluar hitam dan baju hitam tetapi, tidak memakai
samping hitam seperti kebiasaannya.
Kali ini datuk mengenakan kain samping berwarna kuning. Cara ikatnya juga tidak seperti selalu. Ikatannya lebih banyak ke kanan.
“Tongkat tadi Tamar,” jerit guru silat.
Sepasang
mata saya tertuju ke arah tongkat yang di dinding. Kepalanya yang
terukir bentuk dua kepala ular nampak berkilau-kilau. Datuk juga
merenung ke arah tongkat tersebut. Datuk tidak memperlihatkan rasa
terkejut. Ia cuma tersenyum.
“Inilah tongkat yang berpuaka itu,”
guru silat beritahu pada datuk. Saya lihat datuk tersenyum. Datuk
menyuruh saya membuka tingkap sebelah kanan dengan seluas-luasnya. Cakap
datuk saya patuhi.
Bila tingkap terdedah, apa yang saya lihat
ialah kegelapan yang pekat. Pepohon kelihatan kaku tetapi, di lantai
masih ada bintang mengerdip. Tiba-tiba saja saya terasa seram. Bulu
tengkuk saya meremang dengan tiba-tiba.
Datuk membuka kain ikat
kepalanya. Dengan hati-hati kain itu dililitkan ke hujung jari
kelingking. Dan jari kelingking itu diarahkannya pada tongkat yang
tersandar di tepi dinding. Ketika itu terasa angin masuk dengan deras ke
dalam rumah melalui jendela yang terdedah.
Beberapa helal daun
kering dan reranting kecil yang dibawa angin bertaburan atas lantai.
Suara orang ketawa terdengar sayup-sayup ditingkah dengan bunyi lolongan
anjing yang memanjang. Suara jampuk dan burung hantu bersahut- sahutan.
Tidak
memadai dengan reranting dan daun kering, angin yang bergerak kencang
itu membawa pasir dan tanah merah serta serpihan batu nisan. Semuanya
bertabur di atas lantai. Saya lihat baju dan seluar datuk bergerak-gerak
ikut rentak angin yang bertiup.
Guru silat macam ditolak
sesuatu. Ia terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan macam orang mabuk.
Datuk tidak peduli apa yang berlaku dalam rumah. Ia berdiri lurus. Jari
kelingkingnya yang berbalut itu digerakkannya ke kanan dan ke kiri,
membentuk sebuah bulatan di udara. Matanya tidak berkerdip merenung ke
arah tongkat di dinding.
Urat-urat di mata datuk kelihatan merah
dan seakan-akan timbul. Makin lama saya merenung mata datuk, saya
seperti melihat bebunga api yang membara dalam kolam matanya. Wajah
datuk kelihatan serius. Misainya kelihatan seakan-akan bergerak ke
kanan. Datuk angkat jari kelingking hala ke barat daya. Tongkat di tepi
dinding terus bergerak, terangkat antara lantai dan letangit rumah.
Muka
datuk kelihatan berpeluh. Datuk terdorong ke belakang macam ada sesuatu
yang menumbuk dadanya dengan kencang. Datuk melawan hingga ia kembali
berdiri tegak. Mulut datuk kelihatan bergerak-gerak. Dengan kekuatan
yang ada di tubuhnya datuk macam melemparkan sesuatu ke arah tingkap
yang terdedah. Ketika itu juga saya melihat tongkat tersebut melayang
sambil mengeluarkan cahaya.
Tongkat itu meluru keluar. Datuk
masih tidak berganjak dari tempat ia berdiri. Biji mata guru silat
terbeliak melihat peristiwa yang memang tidak pernah diduganya.
Saya
terkejut bila terjadi ledakan kecil di tempat tongkat aneh itu berdiri
sebentar tadi. Bila ledakan itu berhenti kelihatan asap hitam berkepul
lalu menguasai ruang rumah.
Datuk terus menepuk tangan tiga kali
berturut-turut. Tepuk pertama asap yang tebal beransur kurang. Tepuk
kedua asap bentambah nipis dan tepuk ketiga asap yang ada terus hilang
dan guru silat yang tadi kelihatan lemah mula bertenaga. Mukanya, jadi
merah dan bersedia menghadapi apa saja.
“Kita diuji lagi, semuanya ada hubungan dengan si sakit,” kata datuk tenang sambil membuka lilitan kain di jari kelingking.
Kain itu terus dililitnya ke kepala. Datuk sapu mukanya dengan telapak tangan kiri berturut-turut.
“Apa kita akan diuji lagi?” Guru silat minta kepastian.
“Tak tahu, tak berani nak cakap, kalau ada ujian yang datang kita tentang.”
“Kalau kita kalah apa macam?”
“Segala-galanya kita serahkan pada Allah,” suara datuk merendah. Saya dan guru silat berpandangan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment