Atas
perintah datuk, tingkap yang terdedah saya rapatkan. Guru silat, saya
lihat terus menggeliat. Dedaun dan pepasir yang bertaburan atas lantai
segera disapunya. Datuk nampak tenang tetapi, dahinya berkerut.
Bila
rumah sudah bersih, datuk segera ambil tiga biji bantal. Saya hanya
melihat datuk menyusun tiga bantal itu selari di ruang rumah dan
letakkan bersetentangan dengan tulang bumbung. Saya tidak tahu kenapa
datuk berbuat demikian? Kerja datuk itu, macam kerja orang bodoh.
Kebuntuan dalam kepala saya segera berakhir, bila guru silat mengajukan pertanyaan pada datuk:
“Kenapa bantal diletakkan macam tu?”
“Petua orang tua-tua.”
“Petua apa?”
“Petua menghalang syaitan dari menumpang tidur.”
“Banyak sangat guna petua. Kenapa tak gunakan ayat-ayat Quran untuk halau syaitan.”
“Kita
berusaha mencari sesuatu yang baik. Kalau apa yang kita buat tidak
bercanggah dengan hukum agama, apa salahnya kita gunakan. Kita gunakan
kedua-duanya untuk kebaikan, ini lebih baik dan berkesan.”
“Betul
juga cakap awak tu, kita mencari sesuatu yang baik,” suara guru silat
lembut. Datuk anggukkan kepala beberapa kali. Saya segera menggaru pipi
kanan.
“Sekarang, awak dah tahu rahsianya,” datuk terus menepuk belakang guru silat beberapa kali sambil ketawa.
Saya cuma tersenyum melihat keramahan dan kemesraan yang terjalin.
“Saya dah Faham, saya mahu belajar dari awak lagi,” sahut guru silat bila ketawa datuk berhenti.
“Boleh, asalkan awak sabar.”
“Lebih dari sabar mahu saya buat, apa yang awak cakap semuanya nak saya patuhi.”
“Ini sudah cukup baik,” senyum datuk kian melebar.
“Saya tetap baik untuk selama-lamanya,” tingkah guru silat.
Lagi
sekali datuk dan guru silat berbalas tampar-menampar bahu. Mereka
ketawa dan melangkah serentak menuju ke ambang pintu. Wajah keduAnya,
kelihatan tenang dan penuh keyakinan. Saya mengikuti dari belakang.
Tugas merapatkan daun pintu dan menguncikannya adalah tanggungjawab
saya. Senang rasa hati saya bila tugas itu dapat saya laksanakan dengan
sempurna.
“Berhati-hati sebelum memulakan langkah,” ujar datuk sebaik saja sampai di anak tangga terakhir.
Sepasang
matanya menatap wajah saya dan guru silat, penuh kelembutan. Saya
anggukkan kepala tetapi, guru silat mempamerkan gigi dan gusi pada
datuk.
“Tamar.”
“Ya, tuk.”
“Mulakan melangkah dengan kaki kanan sambil membaca Bismillah, serahkan semuanya pada Allah.”
“Saya faham tuk.”
“Kamu ni, bila aku ingatkan, jawabnya faham. Bila disuruh buat kamu selalu terlupa.”
Saya
segera menundukkan muka. Sindiran datuk cukup tajam tetapi saya tidak
terdaya untuk menafikan kebenaran dari kata-katanya itu. Guru silat
merenung ke arah saya sambil melemparkan senyum. Saya bertambah malu.
Kulit muka terasa tebal.
“Orang muda memang
selalu lupa,” secara mendadak guru silat bersuara. Mungkin guru silat
mahu memberikan kekuatan semangat pada saya.
“Perangai buruk macam tu, mesti dibuang,” balas datuk.
“Betul
juga cakap awak,” sahut guru silat, lalu menghulurkan kaki kanannya
memijak tanah. Kami pun meninggalkan kawasan rumah pusakan peninggalan
orang tua guru silat.
Perjalanan menuju ke
rumah si sakit di malam yang kian larut itu, membekalkan rasa bimbang
dan cemas dalam hati saya. Dengan pertolongan Allah yang Maha Besar dan
Maha Kuasa, kami tidak menghadapi sebarang masalah. Tidak ada perkara
yang tak diingini terjadi. Cuma sesekali, kami diganggu oleh bunyi suara
harimau di kaki langit.
Suara ngauman harimau
itu tidak mendatangkan rasa takut atau cemas. Datuk sudah pun memberikan
kata-kata semangat. Kata datuk, harimau yang mengaum tidak akan
menangkap manusia. Harimau juga tidak akan menyerang manusia, bila
manusia berjalan tiga sederet waktu malam.
Sebagai
manusia, saya tidak dapat menerima bulat-bulat cerita yang datuk
tuturkan. Hati kecil saya terus berdetik cemas, bila terdengar bunyi
dahan yang bergeselan sama sendiri. Suara dari geselan itu, adakalanya
memanjang dan adakalanya pula pendek macam orang mengeluh. Bunyi geselan
dahan itu terus ditingkah oleh suara monyet malam yang dikejutkan oleh
sesuatu.
Suasana malam terasa amat menyeramkan.
Kalau berjalan seorang dIri, sudah pasti saya tidak sanggup
melakukannya. Saya tidak tahu, kenapa datuk kali ini tidak mahu bercakap
banyak. Kalau guru silat bertanya sesuatu, datuk seperti keberatan
untuk menjawabnya. Datuk lebih kerap beristighfar, bila kaki atau
tubuhnya terlanggar sesuatu. Perjalan di larut malam itu berakhir di
rumah si sakit.
PATUH
Beberapa
kaki mahu sampai ke kaki tangga rumah si sakit, datuk menyuruh kami
membaca surah Al-Ikhlas tiga kali berturut-turut. Perintah itu kami
patuhi.
“Biar aku yang ketuk pintu,” datuk renung muka guru silat.
“Silakan,” sahut guru silat.
Datuk
terus ketuk pintu rumah si sakit, tiga kali berturut-turut. Isteri si
sakit buka pintu dan mempersilakan kami masuk. Sebaik saja kami duduk
berdepan dengan si sakit yang kelihatan tenang dan aman itu, secara
tidak diduga bomoh tua pun sampai. Tanpa memberi salam, ia terus berdiri
di ambang pintu. Wajahnya kelihatan masam dan bengis.
Saya
menarik nafas sambil menjeling ke arahnya. Tidak ada kata-kata yang
terungkap dari mulut bomoh tua. Hati saya menjadi cemas dan bimbang.
Saya berdoa semoga tidak akan tercetus sebarang pertengkaran atau
perkelahian.
“Apa khabar, sila duduk,” suara datuk lembut.
“Tak payah,” jawab bomoh tua lalu memusingkan badan ke kanan. Isteri si sakit merenung muka guru silat.
“Maafkan kami, kalau kami tersilap,” guru silat bersuara.
“Saya juga macam tu,” sahut isteri si sakit.
“Tak payah,” cukup keras suara bOmoh tua.
Datuk
segera memusingkan tubuhnya, memberikan belakang pada kami yang berada
dalam rumah. Datuk tunduk merenung lantai, terkejut dengan sikap bomoh
tua.
Perlahan-lahan bomoh tua melangkah, menuju
ke muka pintu. Daun pintu sebelah kanannya ditumbuk dengan sekuat hati.
Perbuatannya itu menimbulkan rasa marah pada guru silat.
“Biadap,
kurang ajar,” kutuk guru silat dan bersedia untuk menerkam ke arah
bomoh tua yang sedang menekan kiri kanan belikatnya dengan sepasang
tangan.
“Biar saya ajar dia,” guru silat minta iZin dari datuk.
“Jangan, musuh jangan dicari.”
“Saya tahu tapi, si tua kutuk ni dah melampau.”
“Sabar dulu.”
“Hati saya tak boleh sabar lagi.”
“Kau mengucap dan kemudian bacalah Surah Al-Ikhlas, semoga Allah akan memberi kesabaran pada kamu.”
Guru
silat menarik nafas panjang. Saya lihat mulutnya berkumat kamit dan
saya yakin, guru silat tersebut mematuhi apa yang diperintah oleh datuk.
Semua biji mata yang berada dalam rumah tertumpu ke arah bomoh tua yang
sedang memijak anak tangga. Dalam beberapa saat saja bomoh tua hilang
ditelan kegelapan malam.
Semua yang ada dalam
rumah berpandangan sama sendiri. Masing-masing mahu mendengar apa yang
mahu dikatakan oleh datuk. Dalam keadaan yang agak kurang tenteram itu,
saya melihat satu bungkusan melayang dari luar masuk ke rumah. Bungkusan
itu tersadai atas lantai.
“Siapa pula yang
baling kita dengan daun keladi,” isteri si sakit bersuara. Wajahnya
nampak cemas dan bersedia untuk mengambil bungkusan dari daun keladi
untuk dicampak kembali keluar rumah.
“Jangan sentuh,” pekik datuk.
“Kenapa?” Sanggah guru silat.
“Tunggu dulu,” jawab datuk tenang.
Tiba-tiba kami terhidu bau najis manusia. Saya yakin bau itu datangnya dari bungkusan daun keladi yang ada di depan kami.
“Awak ada tercium bau busuk?” soal datuk.
“Ya,” sahut isteri si sakit.
“Bau
najis tu datang dari bungkusan daun keladi, kalau ada sesiapa yang
sentuh daun keladi itu, mungkin seluruh badannya berbau busuk sampai
mati,” datuk memberi penjelasan.
Saya kedutkan
dahi, tidak sanggup rasanya menghadapi dugaan seperti ini. Kenapa datuk
harus melalui pekerjaan yang sukat dan menyulitkan ini? Timbul
pertanyaan dalam kepala saya. Semuanya ini berpunca dari bomoh tua sial,
kutuk batin saya sambil menggigit bibir.
“Ambilkan saya segenggam beras dan segelas air,” datuk renung muka isteri si sakit.
Tanpa
bersuara, isteri si sakit terus bangun ambil segenggam beras dan
secawan air lalu menyerahkan pada datuk. Datuk rendamkan beras dalam
cawan beberapa minit sambil telapak tangannya menutup permukaan cawan.
Semua
orang yang berada dalam rumah menyaksikan asap nipis keluar dari celah
jejari datuk yang menutup permukaan cawan. Wajah datuk nampak berpeluh.
Sepasang biji matanya tertumpu ke arah bungkusan daun keladi.
“Curahkan air ini ke daun keladi,” kata datuk.
“Sekarang? Tanya saya ragu-ragu. Datuk anggukkan kepala. Saya renung ke arah guru silat.
“Cepat, Tamar.”
“Biar saya yang buat,” guru silat mohon kebenaran/
“Siapa pun boleh tapi, mesti cepat jangan sampai asap yang kamu nampak hilang,” suara datuk keras.
Guru
silat segera menyentuh badan cawan. Air dan beras yang ada dalam cawan
segera dicurahkan ke arah bungkusan daun keladi. Sebaik saja air dan
beras terkena daun keladi, bau busuk segera berakhir. Semua wajah dalam
rumah tidak berkerut lagi. Malah si sakit yang tadi menutup hidungnya
dengan bantal, segera melemparkan bantal ke tepi dinding.
“Saya buang daun tu boleh tak?” tanya isteri si sakit.
“Biar
saya yang buang,” datuk segera bangun dan menjamah daun keladi.
Sebenarnya daun keladi ni tak isi apa-apa,” kata datuk lagi sambil
membuka bungkusan daun keladi di depan kami.
“Jadi bau busuk datang dari mana?” soal si sakit.
“Daun
keladi ini dijadikan syarat untuk mengirim bau najis. Biasanya hanya
secalit najis saja yang dikenakan pada tulang daun keladi. Kemudian daun
keladi tu dikirimkan melalui angin. Tujuannya untuk memalukan orang
tertentu.”
“Siapa agaknya yang membuat kerja ni?” tanya isteri si sakit. Datuk gelengkan kepala. Saya tarik nafas dalam-dalam.
“Apa
ilmu yang digunakan orang tu?” Guru silat pula mengajukan pertanyaan
pada datuk. Saya lihat datuk termenung sejenak, macam ada sesuatu yang
difikirkannya.
“Saya kurang arif tentang hal ini,” balas datuk.
“Sikit pun awak tak tahu?” guru silat minta kepastian.
“Saya
tak tahu. Biasanya ornag yang menggunakan najis manusia untuk sesuatu
tujuan diamalkan oleh orang yang menuntut ilmu pukau kucing.”
“Pukau kucing tu macam mana,” guru silat terus mendesak.
“Begini,
orang yang gagal memukau penghuni rumah atau gagal mencuri sesuatu dari
rumah yang dihajati akan meninggalkan najis sendiri di mana-mana
bahagian rumah,” datuk memberikan penjelasan.
Guru
silat anggukkan kepala dua tiga kali. Dan datuk melanjutkan kisahnya.
Menurut datuk, kawasan rumah yang jadi sasaran ialah di bahagian bucu
rumah yang menghala ke arah matahari jatuh. Tujuan berbuat demikian
untuk memalukan penghuni rumah yang terlibat.
Sebab
disebut pukau kucing kerana ilmu itu tidak akan menjadi pada penghuni
rumah yang membela kucing terutama kucing jantan yang berjaga sepanjang
hari. Tetapi, bila kucing itu tidur di luar rumah ilmu itu akan menjadi.
“Sekarang kita dah faham, agaknya orang yang
membaling daun keladi tadi ada ilmu yang awak katakan itu,” isteri si
sakit bersuara tenang. Datuk tersenyum. Dua tiga kali ia menelan air
liur. Badan saya mula terasa sejuk. Kokok ayam mula terdengar
sayup-sayup. Embun jantan mula berjatuhan dari langit.
“Saya
tak berani nak cakap. Mungkin cakap awak tu benar, mungkin tidak.
Maklumlah ilmu jahat ni ada bermacam-macam,” suara datuk merendah sambil
memeluk tubuh menahan rasa dingin dari menguasai tubuhnya. Guru silat
terus bangun merapatkan daun pintu yang terdedah.
MENGUAP
Suara
cengkerik kian hebat di luar, ditingkah dengan desiran angin malam yang
bertiup lembut. Kokok ayam terus bersahut-sahutan. Guru silat sudah dua
tiga kali menguap. Kelopak mata saya terasa pedih dan berair. Rasa
mengantuk bertambah berat.
Tetapi, setiap kali
saya cuba merapatkan kelopak mata untuk tidur sambil duduk, saya
terdengar suara si sakit seperti orang melepaskan nafas kepenatan yang
amat sangat.
Rupanya suara si sakit itu dapat
juga didengar oleh datuk dan guru silat. Serentak mereka memandang ke
arah si sakit. Guru silat segera menggerakkan sepasang bulu keningnya.
Ternyata ada sesuatu yang bermain dalam tempurung kepalanya.
“Ada
apa-apa masalah, agaknya kamu susah nak bernafas?” tanpa
bertangguh-tangguh guru silat mengajukan pertanyaan. Si sakit tersenyum
sambil bersuara lembut.
“Tak ada apa-apa.”
“Hum,” guru silat seperti mengeluh sambil merenung ke arah saya dan datuk.
Isteri
si sakit segera bangun menuju ke daput. Gegendang telinga saya
menangkap bunyi sudu berlaga dengan cawan. Saya senyum sendirian. Isteri
si sakit sedang membancuh kopi. Sebentar lagi tekak kami pasti basah
dan rasa mengantuk pasti tidak terasa lagi. Ramalan saya memang tepat,
isteri si sakit meletakkan kopi dan kuih di depan kami.
“Minumlah buat hilang mengantuk,” katanya penuh sopan.
“Terima kasih,” ucap saya setelah isteri si sakit meletakkan cawan kopi di depan saya.
“Agaknya, ada rancangan malam ni?” Guru silat renung muka datuk.
“Tengok keadaan,” pendek saja jawapan dari datuk.
“Dah jauh malam ni,” si sakit seperti merungut.
“Ya, dah dekat pukul satu,” sahut saya.
“Patutlah terasa sejuk,” tingkah guru silat.
Di
luar desiran angin malam yang melanggar dedaun melahirkan suara dalam
nada yang gemersik. Suara burung hantu dan kokok ayam bersama bunyi
cengkerik berpadu menghiasi suasana malam yang kian tua. Bagi
mengurankan rasa sejuk, saya terus menghirup air kopi dan menjamah
goreng keledek yang masih panas.
“Kadang-kadang saya jadi bingung dengna perangai bomoh tua tu,” si sakit membuka rahsia.
Badannya
kelihatan berpeluh. Buncit di perutnya kelihatan menurun dan urat-urat
hijau yang timbul di permukaan perutnya turut berkurangan.
“Apa benda yang kau bingungkan?” celah datuk.
“Bomoh
tua tu suka marah-marah tak tentu fasal. Baik pagi, petang dan malam,
bila datang terus marah-marah,” si sakit membuka rahsia.
“Pelik juga memikirkan perangainya,” guru silat bagaikan mengeluh.
“Siang tadi, ada dia datang?” datuk mencungkil rahsia.
“Ada,
petang tadi dia datang dan marahkan kami, ikut sedap mulutnya. Pedih
hati kami yang mendengarnya,” rahsia yang dicari sudah pun terbongkar.
Isteri
si sakit terus anggukkan kepala, mengiakan apa yang diucapkan oleh
suaminya. Air kopi terus saya hirup. Guru silat perlahan-lahan meraba
pangkal hidungnya. Datuk masih merenung ke arah si sakit yang tidak
dapat bergerak dengan bebas. Bunyi dedaun yang berlaga sama sendiri,
akibat dirempuh angin malam jelas kedengaran.
“Selain
dari memaki hamun kamu berdua, apa lagi yang dikatanya pada kamu?”
Datuk memecahkan suasana yang agak sepi menguasai ruang rumah. Di wajah
isteri si sakit kelihatan keresahan bagaikan mahu merahsiakan sesuatu
dari datuk.
“Apa katanya pada kamu?” Ulang datuk.
“Dia
dah memutuskan, tidak mahu mengubati saya. Kalau ada apa-apa yang
terjadi pada saya, dia tidak mahu bertanggungjawab,” kelopak mata si
sakit terkebil-kebil.
“Semua alat-alat dan ramuan ubatnya habis dibawanya balik,” lanjut isteri si sakit dengan wajah hampa yang amat sangat.
“Segala
mangkuk putih, gelas dan cawan digunakan habis dihempaskannya di
tangga,” si sakit pula memberi penjelasan. Datuk menarik nafas panjang.
“Bila
bomoh dah buat begitu, saya memang tidak yakin yang saya boleh baik dan
hidup. Saya hanya menanti saat saja untuk mati,” si sakit melahirkan
perasaan kecewa dan putus asa.
Sinar matanya
yang tadi kelihatan bercahaya, kini menjadi pudar, begitu juga dengan
isterinya. Kedukaan dan kehampaan yang merajai sepasang hati suami
isteri tergambar juga di wajah guru silat.
“Apa
si sakit tak ada harapan nak hidup?” Guru silat menentang wajah datuk.
Saya lihat datuk menggigit ibu jari kanan. Macam ada sesuatu yang
difikirkannya.
“Aneh dan pelik perangainya,” datuk seperti mengeluh.
“Apa yang pelik dan apa yang aneh?” Soal guru silat. Datuk gelengkan kepala beberapa kali kemudian terus termenung panjang.
Macam-macam
perkara yang buruk datang dalam tempurung kepala saya. Saya bayangkan
kepayahan dan kesukaran yang bakal kami alami. Di samping itu, bukanlah
satu perkara yang mudah untuk mengembalikan keyakinan diri sendiri pada
si sakit yang sudah putuh asa.
“Bila bomoh tu
dah lepas tangan, tak mahu ubat suami saya, apa suami saya boleh hidup?”
Pertanyaan yang tulus ikhlas dari isteri si sakit. Datuk jegilkan biji
mata lalu menatap wajah perempuan yang dalam keresahan itu.
“Kamu tahu nyawa manusia milik siapa?” Tanya datuk pada perempuan tersebut.
“Saya tahu, itu saya tahu.”
“Apa yang kamu tahu, cakap sekarang.”
“Nyawa atau roh manusia milik Allah.”
“Kalau dah tahu begitu, kenapa kamu risau.”
“Tapi dia mengubati suami saya.”
“Hiss kamu,” datu terus genggam penumbuk. Wajahnya jadi merah.
Saya
dan guru silat berpandangan. Datuk terus bangun lalu membuka jendela.
Badan saya terasa sejuk. Dari jendela yang terdedah, saya melihat langit
yang digantungi awan nipis yang lembut. Bintang kelihatan bertaburan di
mana-mana. Suara pungguk kian jelas kedengaran. Datuk merapatkan daun
tingkap rapat-rapat. Ia duduk di tempat asalnya.
Datuk
memperkemaskan silanya. Dengan tenang ia menghirup air kopi. Tiba-tiba
tanpa diduga seekor cicak jatuh di depannya. Dan cicak itu tidak
berusaha untuk melarikan diri. Ekornya terjungkit-jungkit beberapa kali
ke arah datuk. Datuk tidak memperhiraukannya tetapi, jari telunjuk datuk
memetik lantai tiga kali berturut-turut. Anehnya, cicak itu terus
berbunyi dan akhirnya hilang.
“Kita minta
sesuatu pada Allah, kita tidak mintak bantuan dari bomoh dan dukun atau
patung, kita tidak minta sesuatu dari manusia. Allah berkuasa atas
segala-galanya, kerana digerakkan oleh Allah saya datang ke sini,” datuk
bagaikan memulakan satu ceramah pendek.
Saya
mula resah, sesungguhnya saya tidak suka datuk berbuat demikian. Saya
sedar bila dia mula bercakap sesuatu yang ada hubungan dengan hukum
agama pasti memakan masa yang agak panjang dan membosankan.
“Awak faham dengan apa yang saya cakapkan tadi?” Cara mengejut datuk menyoal isteri si sakit. Isteri si sakit anggukkan kepala.
“Kalau dah faham apa yang awak risaukan.”
“Bukan risau cuma saya bimbang.”
“Jangan
risau dan bimbang, yakinlah pada kuasa Allah dan diri sendiri.
Insya-Allah kita selamat,” datuk memberikan secebis nasihat. Isteri si
sakit tunduk merenung lantai sambil mengerutkan dahi luasnya.
Semuanya
tertunduk diam mendengar kata-kata yang diucapkan oleh datuk. Mungkin
pada pendapat dan fikiran mereka kata-kata datuk itu memang benar dan
tidak diragui. Datuk bangun kembali lalu menuju ke arah tingkap yang
terdedah dan terus berdiri di situ.
“Pedulikan bomoh tu,” kata datuk.
“Tapi, bagaimana dengan saya, tak ada sesiapa yang mahu mengubati,” si sakit seperti merayu.
“Bukankah sudah saya minta pertolongan pada Allah,” datuk terus sergah si sakit.
Lagi sekali mata si sakit terbeliak. Dan si sakit terus menarik nafas dalam-dalam dan akhirnya termenung panjang.
TINGKAP
Datuk
yang berdiri dekat tingkap merenung ke arah kami. Angin malam yang
menyerbu masuk ikut jendela menolak rambutnya. Isteri si sakit sudah
tidak mahu berkata apa-apa. Semuanya diserahkan pada keadaan. Kalau
sudah ditakdirkan oleh Allah yang suaminya akan meninggal dunia cara
begitu, ia tetap menerimanya dengan tabah.
“Kita disuruh berusaha dan berikhtiar dan sekarang kita harus berusaha,” ujar datuk lembut.
Wajah
si sakit dan isterinya segera berubah menjadi riang. Begitu juga dengan
wajah guru silat kelihatan berseri-seri. Segaris senyum terpamer di
kelopak bibirnya. Datuk pun melangkah ke arah kami. Tiba-tiba langkahnya
mati diganggu oleh bunyi dengungan yang amat kuat macam dengung
kumbang.
“Jaga-jaga, ada benda masuk ikut
tingkap,” jerit guru silat pada datuk. Bagaikan kilat, datuk palingkan
muka ke arah tingkap. Datuk merendahkan kepalanya dari dilanggar benda
yang masuk ikut tingkap.
Bentuknya bulat sebesar
kelapa gading dan mengeluarkan percikan cahaya. Benda bulat itu terus
meluru ke arah si sakit. Bunyi dengungan cukup kuat memekakkan anak
telinga. Guru silat menutup kedua belah lubang telinganya dengan telapak
tangan.
“Jaga, lindung suami kamu dengan
tikar,” jerit datuk dengan sekuat hati, bila ia melihat benda bulat itu
berlegar di depan muka si sakit. Kali ini bentuknya terus mengecil,
bulat seperti ikan buntal. Isteri si sakit tergamam. Tidak tahu apa yang
harus dilakukannya.
Melihat keadaan yang agak
kelam-kabut itu, guru silat segera menerkam ke arah isteri si sakit.
Perempuan yang terkejut dan terkaku dengan keadaan yang dihadapinya
terus ditolak oleh guru silat hingga jatuh tersungkur. Guru silat terus
menarik tikat mengkuang yang diduduk oleh isteri si sakit.
Akibat
ditarik secara mengejut dan kuar, isteri si sakit bergolek atas lantai
macam buah mempelam yang terlepas dari tangkai lalu bergolek atas
permukaan jalan raya. Dalam keadaan yang cemas itu saya masih sempat
tersenyum melihat telatah isteri si sakit yang melucukan itu.
“Serkup badan yang sakit,” datuk mengeluarkan perintah.
Saya tergamam mendengar arahan yang bertalu-talu dari datuk dalam keadaan cemas itu.
“Saya panas, badan saya berbahang,” sahut guru silat sambil mengangkat tikar mengkuang separas kepalanya.
“Teruskan, baca surah Al-Ikhlas sebanyak yang boleh,” datuk memberi arahan.
“Baiklah.”
Bunyi
dengung tidak juga berkurangan, seluruh ruang rumah mula
terang-benderang dengan cahaya merah dan hijau. Percikan cahaya itu
terkena badan terasa pedih dan sakit.
Kepala
saya mula terasa pening tetapi, mata saya masih dapat melihat kecekapan
guru silat membungkus badan si sakit dengan tikar lalu digolekkan ke
tepi dinding. Benda bulat yang bercahaya itu terus mengecil dan akhirnya
hilang. Telinga saya terasa macam pekak.
Bila
datuk yakin keadaan beransur aman dan tenang, ia mula melangkah menuju
ke arah guru silat yang sedang membuka tikar mengkuang untuk
mengeluarkan si sakit yang berada di dalamnya.
Sayang,
baru tiga tapak datuk melangkah kelihatan satu sinaran cahaya muncul
cara tiba-tiba di tengah bumbung rumah. Cahaya itu jatuh berdentum atas
lantai. Rumah terasa bergegar dan akibat dari gegaran itu, saya
terdorong ke kanan. Mulut saya berlaga dengan papan dinding. Bibir saya
pecah dan berdarah.
“Kepala manusia,” jerit
saya macam kena histeria bila melihat kepala tanpa badan terlekap atas
lantai, betul-betul di tempat cahaya dari bumbung jatuh. Bahagian
lehernya terlekap atas papan dengan darah merah melimpah di permukaan
lantai. Badan saya terus menggeletar.
Saya
renung ke arah isteri si sakit yang terkulai di tepi dinding. Wajahnya
pucat. Dadanya nampak berombak membuang dan menarik naFas cemas. Ia
kelihatan bagaikan tidak bermaya. Guru silat terdiam, begitu juga dengan
si sakit terus diam dalam gulungan tikar mengkuang.
Dalam
keadaan yang takut dan cemas itu, saya terus merenung ke arah kepala
tanpa badan di atas lantai. Wajahnya amat menakutkan. Kulitnya kelihatan
kasar dan penuh parut bekas jerawat. Rambutnya panjang dan lebat
menutup sebAhagian dari permukaan mukanya. Dahinya dililit dengan kulit
ular sawa.
Paling menakutkan bila melihat
hidung yang besar dan dempak itu bergerak setiap kali menarik dan
melepaskan nafas, tidak ubah macam perut katak yang bernafas. Mata
kirinya terpelohong seolah-olah macam ada kepala ular tedung terjengkul
di situ. Biji mata sebelah kanannya tersebul sebesar telur ayam. Ia
bagaikan tersengih ke arah saya mempamerkan giginya yang bersiung di
sebelah kiri.
Kepala itu bergerak ke arah saya
dengan menyemburkan air liur kental berwarna kekuningan macam nanah.
Saya bagaikan kena pukau tidak terdaya menggerakkan badan.
“Tuk, tolong saya,” saya menjerit.
“Kamu jangan bergerak Tamar,” sahut datuk.
“Saya ikut cakap datuk, saya takut tuk.”
“Duduk diam-diam di situ.”
Saya
pun mengeraskan badan. Kepala itu terus bergerak dengan darah yang
berlimpah-limpah. Sesekali saya terpandang kepala ular tersembul dari
mata kirinya. Tanpa disedari seluar yang saya pakai terus basah. Bau
busuk dari kepala tanpa badan mendekati saya membuat saya mahu muntah.
“Hupppp,”
jerut datuk lalu menerkam ke arah kepala tersebut sambil melepaskan
satu sepakan kencang. Kepala atas lantai melayang ke udara macam bola.
Berlegar-legar di udara serentak dengan Itu terdengar bunyi suara orang
bersorak dan menangis.
Angin dan ribut
kedengaran menggila di luar rumah. Terdengar bunyi dahan dan pokok
tumbang dirempuh angin yang amat kuat. Bunyi suara harimau, gajah dan
kerbau serta lembu kedengaran menguasai ruang rumah. Saya tidak tahu
dari mana suara tersebut datang.
Kepala yang
berlegar-legar di awang-awangan itu, terus bergerak dari sudut ke sudut
ruang. Darah bercucuran menitik atas lantai dari bahagian bawah kepala
iaitu di bahagian leher yang terpotong. Darah segar itu terus mengembang
di lantai. Guru silat terpaksa menutup kepala dan badan isteri si sakit
dnegan kain untuk mengelakkan dari terkena titik-titik darah dari
kepala tanpa badan yang terbang.
Datuk terus
meniarap dan menggerakkan badannya seperti ular menuju ke arah guru
silat. Gerakan badan datuk tidak dapat berjalan lancar seperti yang
diharapkan. Kepala tanpa badan yang terapung-apung di awang-awangan itu
terus berlegar-legar mengikut gerakan badan datuk. Apa yang menakjubkan
darah yang menitik tidak menimpa tubuh datuk. Darah itu bagaikan ditolak
kuasa ghaib menuju ke dinding.
“Kita lawan,
biar saya pukul kepala tu dengan kayu,” guru silat mengemukakan
pertanyaan. Tiada jawapan dari datuk. Suara orang bersorak dan menangis
bertambah hebat dan kuat.
“Jangan bertindak,” jawab datuk. Serentak dengan itu saya lihat datuk terus bangun.
Kepala
terbang menuju ke arah datuk. Berhenti betul-betul di depan muka datuk
atau dengan kata lain mereka bertentang wajah. Saya mengerutkan dahi,
bila terlihat ular keluar dari mata sebelah kiri kepala tanpa badan.
Lidah ular yang bercabang itu hampir saja mahu menjamah muka datuk
tetapi, datuk segera bertindak dengan menjatuhkan badannya ke lantai.
Paling menakjubkan bila saya melihat kepala tersebut ikut sama jatuh atas lantai. Dari mulutnya bersemburan air liur.
Bagi
mengelakkan air liur itu mengenai mata dan muka, cepat-cepat datuk
menekupkan mukanya ke lantai sambil memusingkan badannya secepat yang
boleh. Serentak dengan itu, kaki datuk memberi satu pukulan libas yang
amat kencang pada kepala tersebut.
Tendangan
yang cepat dan kuat dari kaki datuk menyebabkan kepala itu melayang ke
kanan lalu melanggar dinding. Dua keping papan dinding terlucut dari
pakunya. Serentak dengan itu, saya terdengar suara orang menjerit
kesakitan. Datuk segera bangun dan menerkam ke arah dinding yang
terkopak.
Isteri si sakit terus diangkat oleh
guru silat, dibawa ke bilik di bahagian bawah rumah. Manakala si sakit
masih berada dalam bungkusan tikar mengkuang. Suasana malam terasa gamat
dengan berbagai0bagai bunyi yang tidak pernah saya dengar. Lantai
terasa terumbang-ambing dan bumbung bagaikan bergoyang.
“Ke
mana kepala sial tu Tamar? Hilang begitu saja,” pekik datuk sambil
mencari kepala ganjil yang tidak diundang itu. saya gelengkan kepala dan
merasa hairan dengan kepala ganjil yang ghaib dengan tiba-tiba. Datuk
merenung melalui lubang dinding yang terkopak. Apa yang datuk lihat
hanya kegelapan malam yang sedang bermaharajalela.
“Ke mari Tamar.”
Saya
terus mendekati datuk dan sama-sama merenung keluar. Saya terlihat
seperti ada seketul bara api yang sedang marak di permukaan tanah. Bara
api itu kelihatan sekejap mengecil dan sekejap mengembang macam ada
manusia yang meniupnya.
“Kau tahu apa benda tu Tamar?”
“Itulah mata syaitan.”
“Mata syaitan,” saya terkejut.
“Ya,” jawab datuk lalu mengambil papan dinding yang jatuh di lantai untuk dipasang ke tempatnya kembali.
Sebaik
saja datuk mengangkat papan dinding separas lutut, seketul cahaya
meluru masuk ikut lubang lalu terkana papan dinding yang dipegang oleh
datuk. Papan itu terlepas dari tangan datuk dan datuk terjatuh tetapi,
datuk berusaha untuk bangun. Usaha datuk berhasil. Benda bulat yang
bercahaya sebesar buah mempelam itu berpusing ligat atas lantai.
Benda
bulat berhenti berpusing dan terus hilang diganti dengan kepala aneh.
Bentuk dan keadaannya tetap macam tadi. Datuk renung kepala itu dengan
renungan tajam. Semua pancaindera datuk teRtumpu ke situ dan saya kira
renungan itu adalah renungan makrifat penuh kebatinan. Datuk menggunakan
apa yang ada pada dirinya untuk menegakkan kebenaran.
“Mahu menguji aku?” Datuk bersuara keras.
Wajahnya
nampak berkerut. Renungan datuk yang tajam itu ditentang oleh sepasang
mata dari kepala aneh. Mata kanan kepala yang tersembul terus mengecil
menjadi macam mata manusia biasa. Begitu juga dengan mata sebelah kiri
yang tadi sering mengeluarkan kepala ular tedung, juga bertukar menjadi
mata manusia biasa.
Datuk terus duduk bersila
di lantai. Sepasang tangannya diletakkan atas kedua belah kepala lutut.
Matanya tidak berkedip menentang sepasang mata dari kepala aneh. Semua
urat-urat di lengan dan tangan datuk kelihatan timbul dan tegang begitu
juga dengan urat di leher dan muka. Peluh-peluh halus mula meruap di
dahi dan pipi.
Tiba-tiba datuk terlentang,
macam kena tendangan yang kuat. Kedua belah tangannya terkapar dengan
jejarinya terbuka dan bengkok. Seluruh badan datuk menggeletar dan
tersentak-sentak seperti terkena kejutan letrik. Kepala aneh terus
terlompat-lompat. Mulutnya mula tersengih mempamerkan gigi besarnya.
Suara angin dari luar begitu keras dan kuat masuk ke dalam perut rumah.
Saya menggeletar dan rasa takut mula menguasai diri.
Datuk
cuba bangun tapi tidak berdaya, dalam keadaan yang samar-samar saya
melihat sepasang kaki yang berbulu tebal memijak bahagian dada datuk
membuat datuk sukar bernafas. Datuk terus berjuang cuba menggerakkan
badannya ke kanan dan ke kiri. Saya cuba menjerit tetapi, suara saya
tidak keluar. Saya terdengar jeritan si sakit memanjang dan meninggi.
Dengan
sepenuh tenaga datuk menghentakkan siku kanannya ke lantai sambil
memusingkan badannya ke kanan. Tangan kirinya melepaskan penumbuk ke
kaki berbulu. Sebaik saja tumbukan itu terkena pada sasarannya, kaki
yang berbulu itu terus ghaib. Jeritan si sakit terus bergema. Datuk
tumbuk lantai lagi sekali. Kali ini jeritan si sakit terus mati.
Datuk
terus bangun. Berdiri gagah dengan kedua belah kakinya terkangkang.
Kedua belah tangannya diluruskan ke depan. Datuk tarik nafas panjang
sambil membengkokkan kaki kanannya. Badannya terus direndahkan. Datuk
hulurkan kaki kanan ke arah dinding.
“Hupppppppp,”
suara datuk keras dan saya lihat datuk melompat hingga kepalanya
tersentuh tulang bumbung. Datuk bagaikan berada di awangan beberapa
saat.
Ketika berada di awang-awangan itu, datuk
kembangkan sepuluh jari tangan dan jari kakinya. Bila semua jari tangan
dan kaki terkembang datuk segera membengkokkan badannya. Tubuh datuk
yang seketul itu kelihatan berpusing beberapa kali sebelum menyentuh
lantai.
Semua gerakan yang datuk lakukan, saya
perhatikan dengan teliti. Datuk duduk bersila di lantai kembali. Kepala
aneh terus bergolek dari sudut ke sudut ruang rumah. Lidahnya yang
terjelir mengeluarkan darah kental bukannya air liur. Darah kental itu
melekat di lantai. Saya mula terhidu bau hanyir.
Sedang
saya mengesan dari arah mana bau hanyir itu datang, saya dikejutkan
oleh bunyi kaki Orang berlari dalam rumah. Saya segera angkat kepala dan
saya terlihat isteri si sakit berdiri di depan saya, seluruh badannya
dibaluti dengan kekabu. Susah untuk saya melihat biji mata dan wajahnya.
Saya menelan air liur bila melihat isteri si
sakit, mengoyakkan bantal panjang yang dibawanya. Semua kekabu itu
berterbangan lalu mengenai muka dan badan datuk. Saya lihat, datuk tidak
berusaha menepis kekabu yang melekat di hidungnya. Dibiarkannya kekabu
itu berada di situ.
Isteri si sakit terus
merapati datuk sambil melepaskan beberapa tendangan yang kencang. Datuk
mengelak ke kiri dan ke kanan. Kerana tendangannya tidak mengenai tubuh
datuk, isteri si sakit jadi marah. Dia berusaha melepaskan tendangan
yang bertalu-talu. Datuk bertindak, kaki kanan iseri si sakit datuk
tangkap dan pusing ke kiri dengan sekuat hati.
Tubuh
isteri si sakit jatuh atas lantai. Serentak dengan itu, terdengar suara
jeritan dari isteri si sakit. Guru silat segera mendekatinya untuk
memberi bantuan.
“Duduk, jangan dekat dia,” suara datuk keras tanpa merenung ke arah guru silat.
“Dia sakit,” sahut guru silat.
“Jangan bantah cakap aku,” sergah datuk. Guru silat patuh dengan cakap datuk.
Datuk
terus memulas kaki isteri si sakit dengan sekuat hati hingga perempuan
malang itu terkencing dan terus diam. Terkulai di lantai, tidak sedarkan
diri. Kepala aneh segera mendekati isteri si sakit untuk menjilat dahi
wanita yang terkapar.
Belum pun sempat lidah
yang panjang dan berwarna merah garang menyentuh dahi isteri si sakit,
datuk segera menepuk lantai dengan tangan kanan. Dia terus melompat dan
menerkam ke arah kepala aneh. Bagaikan kilat datuk menarik telinga kiri
kepala aneh itu.
“Tuk, mulutnya gigit lengan
tuk,” jerit saya bila melihat mulut dari kepala aneh itu menggigit
lengan datuk. Guru silat segera bangun dan mendekati datuk untuk
menolong. Baru tiga langkah guru silat melangkah, satu tamparan kencang
mengenai pangkal lehernya.
Guru silat
tersembam dan tidak berdaya bangun. Saya mencapai sepotong kayu untuk
membantu, saya juga menerima satu tendangan di rusuk kiri. Pandangan
saya berpinar. Lantai rumah terasa bergoyang dan saya terhuyung-hayang
lalu jatuh.
Saya cuma dapat melihat lelehan
darah di lengan kanan datuk. Gigi tajam dari mulut kepala aneh terus
terbenam dalam lengan daging datuk. Muka datuk berkerut menahan rasa
sakit. Datuk hentak kepala aneh ke dinding dengan harapan gigitan di
lengan akan dilepaskan. Usaha datuk itu tidak berhasil, malah lidah dari
mulut kepala aneh itu mula membelit leher datuk. Saya lihat datuk sukar
bernafas. Datuk terus terhuyung-hayang dan akhirnya datuk jatuh atas
lantai.
Datuk terus bergolek atas lantai.
Datuk berusaha menghentak kepala aneh pada tiang seri beberapa kali.
Gigitan di lengan tidak juga terlepas, begitu juga dengan belitan lidah
di leher datuk. Muka datuk berpeluh dan pucat. Batang lehernya terus
dilumur darah dari kepala aneh itu. dengan sekuat tenaga datuk hayunkan
kepala aneh itu ke tiang seri hingga gigitan di lengan datuk terlepas.
Belitan lidah di leher juga terbuka.
Datuk
segera mengambil bantal panjang yang koyak dan terus menyerkup kepala
aneh. Kepala aneh itu terus menggelupur dalam bantal panjang. Kekabu
berhamburan dan berterbangan. Datuk memegang hujung bantal itu dengan
sekuat hati.
“Tamar, mari tolong aku.”
Saya
segera menghampiri datuk, saya diarahkan datuk untuk memotong lengan
baju kirinya separa siku. Perintahnya saya patuhi lengan baju yang sudah
dipotong itu segera saya apitkan ke celah ketiak. Kemudian saya
serahkan pada datuk.
“Sudah kamu ikut petua yang aku berikan.”
“Sudah tuk.”
“Sekarang kamu pergi dekat guru silat, bisikkan surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, kemudian bacakan surah Al-Kursi sekali.”
“Baik tuk.”
Saya
segera mendekati guru silat. Apa yang dipesan oleh datuk segera saya
tunaikan. Saya berhasil, guru silat boleh bangun. Tanpa menerima
perintah dari datuk, saya ajak guru silat mendekati isteri si sakit. Apa
yang saya lakukan pada guru silat, itu jugalah yang saya lakukan pada
isteri si sakit. Saya tidak tahu, kenapa semuanya itu saya lakukan. Saya
seperti didesak oleh suara hati saya untuk berbuat demikian.
Kepala
aneh yang sudah datuk sumbatkan dalam bantal panjang itu terus
bergerak-gerak, berusaha mahu keluar dari dalam bantal tersebut. Datuk
terus mengikat hujung bantal panjang dengan kain lengan baju kiri. Datuk
gantungkan kepala aneh yang berada dalam bantal panjang ke paku di
tiang seri. Bantal itu terus bergerak ke kiri dan ke kanan diiringi
dengan bunyi deru angin yang amat kuat. Datuk segera mendekati kami.
“Bawa
perempuan ni ke dapur dan mandikan dengan air. Bila dah selesai
dimandikan, kunci dalam biliknya,” datuk keluarkan arahan. Deru angin
yang kuat terus ditingkah dengan bunyi petir dan hujan lebat. Dalam
keadaan yang haru-biru itu, semua perintah datuk dapat dilaksanakan
dengan jayanya. Kami mendekati datuk lagi untuk mendengar arahan
selanjutnya.
TERKEJUT
Saya
dan guru silat terkejut, bila melihat datuk mengoyakkan gulung tikar
yang membalut tubuh si sakit. Saya mengucap panjang, tubuh si sakit dah
dipenuhi dengan bulu macam bulu di badan orang utan. Wajah si sakit juga
berubah seperti muka beruk jantan mempamerkan sepasang taring yang
cukup tajam. Si sakit cuba bangun untuk menyerang datuk.
“Jangan
apa-apakan dia, dia tak boleh melakukan apa-apa pada kita,” kata datuk
pada guru silat yang cuba mahu menutup si sakit dengan tikar mengkuang.
Tujuan guru silat berbuat demikian untuk menghalang si sakit yang
berubah rupa itu dari menyerang datuk. Cakap datuk memang betul, si
sakit cuma terdaya duduk saja. Setelah itu ia jatuh terlentang kembali.
Cara
mendadak saja kami alihkan pandangan pada bantal panjang yang
tersangkut di tiang seri. Bentuk dan keadaan bantal sudah berubah, jadi
lebih panjang. Bahagian atas dan bawah terikat, macam mayat yang sudah
dikafankan terbuai-buai diterpa angin yang berputar dalam ruang rumah.
“Haaaaaa,” saya terkejut sambil membeliakkan biji mata.
Ada
tangan terjulur bersama kuku yang panjang dari dalam bantal tersebut.
Saya juga melihat sebahagian dari kain tersebut diresapi dengan darah.
Terdengar suara orang menangis dan mengilai dalam deru hujan dan angin
yang amat keras.
“Macam mana boleh jadi begitu, bantal panjang bertukar jadi kain kafan dan ada mayat pula di dalamnya? Mayat siapa pula!”
“Tak usah banyak cakap, kita tengok saja,” jawab datuk pada rungutan guru silat. Saya renung muka guru silat yang kehampaan.
Datuk
terus termenung panjang. Mulutnya nampak bergerak-gerak macam membaca
sesuatu. Apa yang dibacanya, saya sendiri pun tidak tahu.
“Bantal
itu tetap bantal, cuma pandangan mata kita saja ditipu oleh iblis,”
datuk bersuara lembut. Dia terus bergerak tiga langkah ke belakang.
Berhenti.
Bergerak ke kanan tiga langkah.
Berhenti. Bergerak ke kiri tiga langkah. Berhenti. Datuk tarik nafas
dalam dan matanya tidak berkedip merenung ke arah bantal panjang yang
nampak seperti kain kafan.
Tiba-tiba yang
ditenung oleh datuk terlucut dari tempatnya. Jatuh berdentum atas
lantai. Rumah terasa bergoyang. Benda ganjil itu terus bergolek,
keadaannya juga sungguh luar biasa. Ada waktunya kelihatan menipis, ada
masanya membulat, ada ketikanya memanjang. Sepasang mata datuk terus
menyorok ke arah benda ganjil itu, tidak kira ke mana benda itu
bergolek.
Saya lihat bantal panjang yang tadi
bersarungkan kain warna merah muda sudah bertukar dengan kain biru muda.
Tangan dan kuku yang terjulur tetap seperti tadi, malah kukunya yang
tadi nampak berwarna putih pucat sudah bertukar menjadi kemerah-merahan.
Urat-urat di belakang tangannya mula timbul seperti akar yang timbul di
permukaan bumi.
Datuk masih berdiri. Sepasang
kakinya bagaikan terpaku di lantai. Perlahan-lahan datuk angkat kaki
kanannya agak tinggi dari biasa kemudian menghentakkan ke lantai. Benda
yang bergolek terus terangkat seperti ditarik sesuatu hingga ke paras
palang pintu.
Sebelum benda ganjil itu jatuh,
datuk segera mengambil tikar lalu digulungkannya dengan cepat sekali.
Tikar mengkuang yang sudah digulung itu segera ditegakkan, ditempat yang
diduga benda ganjil itu akan jatuh.
Bila
tikar sudah ditegakkan di tempat yang datuk fikirkan sesuai, datuk
segera berlari mendekati kami. Wajahnya kemerah-merahan dan penuh dengan
peluh. Saya lihat peluh tersebut menuju ke hujung dagu lalu jatuh atas
dada datuk.
“Sekarang bersedia,” kata datuk
lalu merenung muka saya dan guru silat. Saya menggigit bibir, saya
mencari tujuan sebenar kata-kata yang datuk ucapkan itu. Dan saya kira
guru silat juga tidak dapat menangkap maksud dari kata-kata yang datuk
hamburkan itu.
“Sedia apa?” tanya guru silat.
“Bukankah sudah aku cakapkan tadi,” jawab datuk.
“Awak tak beri apa-apa arahan pun.”
“Betulkah saya tak beri arahan?”
“Betul
tuk,” balas saya dan guru silat anggukkan kepala. Datuk terus gosok
pangkal hidungnya beberapa kali. Sinar matanya lembut tertumpu ke wajah
saya.
Datuk senyum dan saya sudah ‘arif benar
dengan perangai datuk. Bila dia senyum begitu, ertinya secara tidak
langsung datuk mengakui kesilapan yang dilakukannya secara tidak
sengaja.
“Kita mesti cepat bertindak, mari
kita baca ayat Al-Kursi sebelum benda itu jatuh atas tikar yang saya
tegakkan tadi,” ujar datuk. Saya dan guru silat segera anggukkan kepala.
Dan kami segera berdiri di sisi datuk.
Kami
pun membaca ayat suci yang dikatakan oleh datuk dalam hati dengan teliti
dan sebutan yang betul. Sebaik saja pembacaan kami berakhir, benda
ganjil tadi terus jatuh atas tikar mengkuang yang ditegakkan, kami
terdengar bunyi petir yang amat kuat di luar rumah.
Tikar
mengkuang yang ditegakkan terus rebah dengan sendirinya. Terdapat api
kecil di sekeliling tikar yang rebah itu. api itu terus marak, macam
disiram petrol.
Ternyata, api itu marak hanya
untuk beberapa minit saja. Kemudian api itu terus padam. Tidak jauh dari
tikar tersebut terdapat bantal panjang dalam keadaan yang elok, tidak
ada yang koyak. Keadaannya tetap seperti asal.
Bunyi
angin yang menguasai ruang rumah terus hilang. Dekat tiang seri dapat
tempurung kelapa jantan yang dibaluti sabut nipis. Tempurung kelapa
jantan itu tergolek di situ. Tiba-tiba anak telinga saya menangkap suara
aZan memecah subuh yang bening. Keadaan dalam rumah jadi tenteram.
“Kau
pergi buka bilik orang yang kau kunci tadi,” datuk keluarkan arahan
pada guru silat. Saya lihat guru silat keberatan untuk memenuhi
permintaan datuk.
“Kenapa diam, pergilah buka,” sergah datuk.
“Tapi.”
“Tak
ada tapi, dia tak akan menjerit atau mencekik kamu, syaitan yang
menguasainya sudah lari,” kata datuk. Guru silat segera pergi ke tempat
yang diarahkan. Datuk dan saya segera mendekati si sakit. Datuk tepuk
dahi si sakit tiga kali. Tanpa diduga, si sakit terus bangun.
“Apa macam,” itu yang diucapkan oleh si sakit pada datuk.
“Kau bagaimana pula?”
“Saya
rasa badan saya segar, macam tak ada sesuatu yang saya tanggung,” jawab
si sakit dengan senyum. Dia terus bangun. Berjalan dalam ruang rumah.
Bila dia mahu keluar datuk segera memegang bahunya.
“Kenapa?”
“Kau
belum boleh pijak bumi selagi matahari belum terbit. Kalau badan kau
dah sihat, pergilah mandi. Kita sembahyang subuh kemudian kau buatlah
sembahyang syukur pada Allah yang menghilangkan penyakit yang kamu
tanggung selama ini.”
“Baik,” jawab si sakit dan terus menuju ke bilik mandi.
Saya
menggigit bibir, lelaki yang setiap kali malam saya lihat terlantar
dengan perut buncit dan bila mahu bangun terpaksa menggunakan bantuan
tali, kini sudah boleh bergerak ke mana saja. Melihat gerak-gerinya,
lelaki itu bagaikan tidak pernah mengalami sebarang sakit.
Kuku
di ibu jari saya gigit dan sepasang mata merauti wajah datuk. Cara
mengejut dan tidak diduga, datuk terus menepuk bahu kanan saya.
“Pergi ambil air sembahyang, Tamar.”
“Sejuk tuk.”
“Pergilah,
jangan banyak cakap,” suara datuk meninggi. Saya terus merenung ke arah
bilik air. Saya terdengar banyak air berjatuhan di lantai. Saya senyum.
Ada orang di bilik air tuk, terpaksa tunggu dia keluar,” suara saya tersangkut-sangkut.
“Siapa?”
“Si sakit tadi tuk.”
“Hum.. aku lupa, kalau begitu kau pergi mandi di telaga.”
“Saya takut tuk.”
“Ha kamu,” datuk beliakkan biji mata sambil menggaru pipi kanannya beberapa kali. Saya tahu datuk mula marah.
Tetapi,
saya merasa bertuah dan beruntung kemarahan yang mula berbunga di hati
datuk segera menurun kerana kehadiran guru silat dan isteri si sakit di
sisi datuk. Senyum pun terkembang di bibir datuk. Tidak lama kemudian si
sakit yang berada di bilik mandi pun datang. Matanya tidak berkedip
merenung wajah isterinya. Dan isterinya terus menatap sekujur tubuh
suaminya.
“Bengkak perut dah hilang dan kau
boleh berjalan, boleh mandi sendiri,” si isteri bersuara. Wajahnya
dibalut keriangan yang amat panjang. Si isteri segera mahu mendekati si
suami. Tanpa rasa segan si isteri angkat tangan kanan menyentuh pipi
suaminya.
“Jangan sentuh dia,” datuk bersuara
keras. Semua biji mata tertumpu ke arah datuk. Semuaya merasa hairan dan
kurang senang dengan sikap datuk.
“Dia suami saya.”
“Saya
tahu, tapi bersabarlah untuk beberapa jam. Bila kita dah selesai
sembahyang Subuh dan bumi sudah cerah disinar matahari, kamu boleh buat
apa yang kamu suka,” kata datuk.
“Kenapa tak boleh buat sekarang?”
“Ini
cara dan petua kalau awak mahu ikut, kalau tak mahu ikut pun tak apa
tetapi, kalau petua dan syarat orang tua-tua dilanggar ada masanya boleh
membawa padah,” satu ingatan yang bersahaja dari datuk. Isteri si sakit
menggigit bibir dan menelan air liur. Sedia mematuhi perintah datuk.
“Kita sembahyang Subuh di sini?” tanya guru silat.
“Ya, di mana lagi? Kalau bukan di sini?” Balas datuk.
“Imamnya?”
“Saya kata datuk. Guru silat tersenyum dan tanpa banyak bicara dia segera menuju ke bilik air mengambil air sembahyang.
DOA
Sebaik
saja selesai menunaikan Fardhu Subuh, kami semua membaca doa. Selesai
baca doa, isteri si sakit terus ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.
Guru silat turun ke halaman rumah lalu
melakukan senaman kecil untuk menggerakkan darah dan menegangkan urat.
Datuk terus membaca beberapa ayat suci. Si sakit yang baru sembuh masih
duduk bersimpuh di sisi datuk. Saya kira tentu ada sesuatu yang mahu
diajukannya pada datuk.
Sangkaan saya tidak salah, sebaik saja datuk berhenti membaca ayat-ayat suci, lelaki bermata cengkung itu menghampiri datuk.
“Berapa lama saya tak boleh bersama isteri saya?”
“Sekejap
lagi bolehlah, kau pergi berdiri dekat tingkap dan lihat matahari. Bila
matahari sudah terbit, kenakan seluruh tubuh kamu dengan sinar
matahari, lepas tu kamu bolehlah bersama.”
“Terima kasih, saya ingatkan sampai berbulan-bulan.”
“Tidak,” datuk tersenyum.
Datuk
mengajak saya turun ke halaman rumah. Cakapnya saya turuti. Saya dan
datuk melakukan senaman harimau menangkap musuh dan beberapa senaman
lain hingga badan saya berpeluh dalam dingin pagi. Selesai menjalani
senaman datuk mengajak saya berjalan keliling kampung sambil membasahkan
kulit dengan air embun.
Saya membantah ajakan
datuk itu. Tidak sanggup rAsanya dalam cuaca pagi yang samar-samar dan
dingin itu menyentuh air embun di hujung daun untuk disapukan ke kulit
tubuh. Protes saya menimbulkan rasa kurang senang dalam hati datuk.
Kerana tidak mahu ketegangan yang terjadi itu berlanjutan, saya segera
mengalah. Datuk gembira. Bila kami mahu memulakan langkah, guru silat
terus bersuara.
“Nak ke mana tu?”
“Mandi embun.”
“Jangan lama-lama, nanti ada masalah di rumah saya tak tahu nak mengatasinya.”
“Belum
matahari keluar kami balik,” jawapan itu amat menyenangkan diri guru
silat. Senyumannya terus terukir di bibir dan dia meneruskan latihan
silatnya.
Berjalan dalam suasana dingin begini
tidak boleh lambat-lambat. Langkah mesti dipercepatkan, biar semua
sendi bergerak lancar lalu melahirkan peluh yang boleh menghilangkan
rasa sejuk dan dingin. Sedang saya dan datuk asyik menghulurkan jejari
pada air embun di hujung daun, kami terdengar bunyi orang memijak
sesuatu dari hutan kecil di sebelah kanan. Langkah datuk dan saya segera
berhenti.
“Ada binatang buas tuk.”
“Pada hemat aku, itu bukannya bunyi langkah binatang.”
“Kalau bukan binatang langkah apa tuk?”
Datuk
terus membisu lalu membongkok kepala lutut kanannya ditemukan dengan
permukaan bumi. Manakala lutut kirinya tetap tegak menentang dada
langit. Kelima-lima jari kirinya dikembangkan dan terus diletakkan di
atas tanah. Hidungnya dihalakan ke arah angin datang. Hidung datuk
nampak kembang kempis menghidu sesuatu.
“Manusia Tamar,” mata datuk bersinar merenung ke arah hutan kecil.
Dahinya
berkedut tetapi wajahnya tetap tenang serta bersedia menghadapI
sebarang kemungkinan. Barangkali, ada orang kampung yang menggunakan
hutan kecil itu sebagai jalan pintas untuk pergi ke suatu tempat, fikir
saya dalam hati.
“Manusia dari mana tuk?” saya menyoal kembali.
“Entah, pedulikan, mari kita pergi,” datuk segera menarik tangan saya. Kami meneruskan perjalanan yang terhenti.
Tidak
beberapa jauh melangkah, datuk berhenti kembali. Macam ada sesuatu yang
tidak menyenangkannya. Dan saya sendiri pun merasakan ada sesuatu yang
mengikuti segala gerak dan langkah kami. Dalam saat-saat tertentu, benda
yang serasa ada itu bagaikan wujud di depan saya dan datuk tetapi,
sukar untuk dilihat apatah lagi untuk dirasa dan dipegang.
RESAH
Keadaan
yang dihadapi membuat saya resah dan gelisah. Saya segera memujuk datuk
supaya pulang ke rumah adik guru silat. Datuk gelengkan kepala sambil
tumit kaki kirinya menghentak-hentak tanah beberapa kali. Tanpa diduga,
datuk terus membengkokkan badan dan kedua belah tangannya menepuk bumi
tiga kali berturut-turut.
“Kerja kamu dah selesai,” saya segera merenung ke kiri.
Saya
lihat bomoh tua berdiri di situ. Matanya tidak berkedip merenung ke
arah saya. Aneh sekali kenapa dia tidak mahu memandang wajah datuk?
Apakah ini cuma satu helah darinya untuk memperdayakan datuk?
Bermacam-macam pertanyaan bermain dalam kepala saya.
“Aku hanya menyelesaikan kerja kamu yang belum selesai,” balas datuk sambil membelakanginya.
Saya
kira, cara datuk itu amat merbahaya. Kenapa dia memberi belakang pada
bomoh tua, kenapa datuk tidak mahu menentang muka bomoh tua?
“Tapi kamu tidak pernah minta iZin dari aku,” saya terdengar suara bomoh tua. Apa yang bermain dalam kepala saya terus hilang.
“Ya, niat saya ikhlas untuk menolong,” suara datuk rendah.
“Cara kamu menyakitkan hati aku.”
“Apa! Kerana aku menolong hamba Allah yang sakit. Boleh membuat kamu marah, aku tak faham dengan cara kamu.”
“Ya, aku nak beRi kamu faham sekarang.”
“Terangkan.”
“Kamu sepatutnya jangan campur dalam hal ini. Kerja aku dengan orang yang minta tolong belum selesai.”
“Kamu terima upAh untuk menjahanamkan orang lain.”
“Kerana si sakit itu memang jahat.”
“Kalau kamu dah tahu dia jahat, kenapa kamu ubati dia?”
“Aku mahu mempermainkan orang yang mengupah aku dan orang yang sakit.”
“Kamu memang iblis,” pekik datuk.
Bomoh tua itu hilang dari pandangan saya. Datuk tergamam bila bomoh tua muncul di depannya dan mengajak beradu tenaga.
“Itu
bukan cara aku. Dalam hidup aku, menjual dan membeli bukan cara aku.
Kita hamba Allah dan umat Nabi Muhammad S.A.W kita disuruh
berbaik-baik,” jawab datuk dengan nada suara yang rendah.
“Agaknya kamu takut, ilmu kamu tidak sebanyak mana,” bomoh tua seperti mengejek datuk.
“Tak
usahlah kita nak tunjuk handal. Kita lupakan semuanya. Kalau saya
tersalah, maafkan saya,” datuk hulurkan tangan pada bomoh tua.
Cepat-cepat bomoh tua menepis huluran tangan datuk sambil membuka
langkah untuk menyerang datuk.
“Kalau benar awak Handal, jawab pertanyaan saya. Kalau semua jawapan awak betul, saya ikut awak,” datuk memberi cadangan.
“Kamu mempermainkan aku.”
“Aku ikhlas, aku tak mahu bermusuh dengan sesiapa pun.”
“BohOng,” suara bomoh tua meninggi. Dia terus menyerang datuk dengan sebatang kayu.
Datuk
tidak bergerak dari tempatnya, menanti serangan bomoh tua dengan
tenang. Datuk hanya mengangkat ibu jari kanannya dan kayu di tangan
bomoh tua terpelanting dengan sendirinya. Bomoh tua jatuh terlentang
macam ada sesuatu yang menolaknya.
Bomoh tua
cuba bangun dan datuk cepat-cepat memusingkan ibu jari kanannya menunjuk
ke bumi, bomoh tua tidak terdaya bangun. Bila datuk menegakkan ibu
jarinya, bomoh tua dapat bangun dan berdiri berdepan dengan datuk,
bersedia untuk melepaskan penumbuk pada datuk.
Lagi sekali datuk meluruskan ibu jarinya ke bawah. Bomoh tua jatuh terlentang terkapar-kapar.
“Cuma
itu saja yang ada pada aku, bangunlah,” kata datuk tenang sambil
memeluk tubuh. Bomoh tua tidak mahu bangun. Dia duduk bersila di tanah.
JarI kelingkingnya terus menguis-nguis tanah.
“Apa yang mahu kamu tanyakan pada aku?”
“Aku cuma nak menyatakan rasa kesal, kerana kamu seperti orang yang beragama tetapi membuat kerja terkutuk.”
“Sudahlah, cakap perkara apa yang mahu kamu tanyakan padaku.”
“Kamu beragama Islam?” datuk memulakan pertanyaan.
“Ya, aku percayakan Allah, Quran dan hari kiamat serta malaikatnya,” jawab bomoh tua penuh keyakinan.
Matahari mula memunculkan diri di kaki langit. Saya terus menyanDarkan badan pada sebatang pokok yang berdaun lebat.
“Sebagai orang Islam aku cuma nak tanya tiga perkara. Harap kamu dapat memberikan jawapannya.”
“Silakan,
apa perkara yang nak kamu tanya sila kemukakan. Fasal agama, adat, ilmu
dunia, ilmu akhirat, silakan,” bomoh tua terus ketawa kecil.
Jari
kelengkengnya tidak berhenti menguis tanah. Tidak memperlihatkan
sebarang rasa kebimbangan. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Datuk raba telinga kemudian terus duduk bertinggung. Muka bomoh tua
direnung dengan tepat tanpa berkedip. Kali ini bomoh tua menentang wajah
datuk.
“Silakan, aku menanti,” bomoh tua seperti mendesak.
“Sebagai orang Islam, aku mahu tahu dari mana kamu datang?” datuk menyambut cabaran dari bomoh tua.
“Apa, ini saja soalannya?”
“Ini soalan pertama, dua soalan lagi akan menyusul kemudian,” terang datuk dengan tenang.
“Aku mahu kamu terus mengemukakan tiga soalan sekali. Aku tak mahu satu-satu, cara itu melambatkan.”
“Baiklah,
kalau itu kemahuan kamu. Soalan pertama aku mahu tahu dari mana kamu
datang,” datuk berhenti bercakap dia. Dia menahan air lir sambil batuk
kecil.
“Apa kamu buat dan ke mana kamu nak pergi?” datuk menambah soalannya.
Bomoh tua kerutkan dahi sambil melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya dua tiga kali.
“Dah habis soalan kamu.”
“Dah habis,” jawab datuk tegas.
Bomoh
tua menggigit kuku di ibu jari kanannya. Matanya merenung ke kiri dan
ke kanan. Sesekali dia garu telinga yang tidak gatal. Saya kira bomoh
tua masih mencari jawapannya. Saya juga berfikir, apakah jawapan yang
tepat pada soalan yang datuk kemukakan. Saya kira, inilah kali pertama
datuk mengemukakan soalan yang sedemikian. Agak aneh dan luar biasa
sekali pada tanggapan saya.
“Soalan yang
mudah, anak cucu aku sendiri boleh jawab. Kamu tahu yang tak pergi
sekolah pun dah tahu jawapannya, ha.. ha…,” bomoh tua ketawa
berdekah-dekah.
“Jawab sekarang, usah ketawa,” suara datuk meninggi.
“Dari
Allah aku datang, aku dilahirkan untuk membuat amalan dan akhirnya aku
pergi pada-Nya juga. Apa kau sudah puas hati sekarang.”
“Kurang puas hati.”
“Sebabnya?” bomoh tua beliakkan biji mata. Cepat-cepat dia berdiri dan terus mencekak pinggang.
Misai tebalnya dipulas beberapa kali, macam lanun dalam drama purbakala yang mahu memperkosa gadis jelita dalam bilik tidur.
“Jawapan kamu masih ada kurang. Membayangkan kamu kurang pengetahuan,” suara datuk lembut.
“Kurang ajar. Cakap apA yang kurang, kalau kamu tak cakap buruk padahnya.”
“Baiklah.
Jawapan pertama begini: dari setitik mani kedua orang tua, kita
dijadikan oleh Allah dan dikeluarkan dari rahim ibu. Tidak kira orang
itu keturunan baik-baik atau tidak, sama ada berkulit hitam atau putih
semuanya keluar dari lubang yang satu,” datuk berhenti bercakap. Dia
menarik nafas dalam-dalam.
“Jawapan yang kedua
pula?” bomoh tua juihkan bibir ke bawah. Datuk segera gosok pangkal
hidung. Perbuatan datuk itu menimbulkan keresahan dalam diri bomoh tua.
“Jawapan kedua apa dia? Cepat cakap. Aku tak ada masa nak dengar temberang kamu.”
“Baiklah sekarang aku…..,” datuk berhenti bersuara.
“Eh, cakaplah. Jangan berdalih lagi.” Bomoh tua mula marah.
“Sekarang
kau sudah tahu dari mana asal-usul kita, kau tahu kenapa kita
dijadikan? Apa yang patut kita buat,” datuk berhenti lagi.
“Eh, aku mahu jawapan dari soalan kedua,” kali ini suara bomoh tua meninggi. Matanya mula menahan marah. Datuk masih bertenang.
“Aku
baru memulakan jawapan untuk soalan kedua. Sekarang aku sambung
kembali. Allah mencipta manusia dan jin semata-mata untuk mengabdikan
diri pada-Nya. Jadi kita semua hamba Allah harus ikut perintah-Nya.
Tidak boleh membesarkan diri, tak boleh minta disanjung atau dipuja
kerana kita ini hamba Allah,” datuk menggaru pangkal pipi sebelah
kanannya. Bomoh tua terus merenung bumi. Sinar matahari mula memancar
lembut menjamah bumi dan dedaun.
“Jawapan yang ketiga pula apa dia?” Desak bomoh tua.
“Kamu
sudah tahu asal kita, tahu apa yang mesti kita buat waktu berada di
dunia. Dan akhir sekali ke mana kita akan pergi,” datuk senyum panjang.
“Akhirnya kita mati,” mendadak bomoh tua mencelah.
“Jawapan yang kurang tepat,” sanggah datuk.
“Habis,” apa yang tepat?”
“Kita
akan kembali pada yang menciptanya. Segala apa yang kita buat di dunia
diperhitung. Perbuatan jahat dibalas jahat, perbuatan yang baik menerima
yang baik. Masa menghitung segala kebaikan dan kejahatan kita tidak
dibeZakan sama ada orang itu keturunan diraja atau hamba, semua duduk
bersama. Hanya di dunia saja manusia mencipta perbezaan. Kau faham
sekarang.”
“Sudahlah. Kamu nak jual temberang, kamu khianat kerja aku,” cara mengejut bomoh tua naik darah.
Melihat
keadaan yang tidak begitu aman, datuk segera menjeling serta melakukan
serangan. Belum pun sempat datuk menemui tempat yang dihajati, bomoh tua
melepaskan penumbuk sulung ke arah bahu kiri datuk. Nasib datuk dapat
mengelak. Bomoh tua terdorong ke depan lalu tersandar di pohon halban
liar.
Datuk segera mengangkatnya. Rupa-rupanya
bomoh tua tidak mahu menjalikan persahabatan dengan datuk. Sebaik saja
dia dapat berdiri, tanpa membuang masa dia terus melepaskan satu
penumbuk lagi. Datuk tidak terdaya mengelakkannya. Penumbuk yang agak
kencang itu terkena pangkal telinga datuk. Saya lihat datuk
terhuyung-hayang macam orang mabuk. Bomoh tua menerpa ke arah datuk
untuk melepaskan serangan.
Kasihan. Atur
langkah bomoh tua tersilap. Walaupun datuk terhuyung-hayang tetapi dia
tidak kurang tenaga dan akal. Tendangan bomoh tua disambutnya dengan
satu tepisan yang kencang. Bomoh tua jatuh terkangkang atas tanah.
“Bunuh
saja tuk. Bila dah mati mayatnya kita buangkan ke sungai,” secara tidak
disengajakan kata-kata itu terungkap dari mulut saya. Bomoh tua yang
kesakitan renung muka saya.
“Kamu jangan biadab Tamar,” sergah datuk.
“Saya tak sengaja tuk.”
“Jaga mulut, jangan celupar sangat.”
“Maafkan saya tuk.”
“Sudahlah, bukan keturunan kita jadi pembunuh. Sikap kita berbaik dengan semua orang.”
Bomoh tua bangun, hulur tangan pada datuk. Dengan wajah yang tenang dan damai datuk menyambut huluran tangan itu.
“Kita sesama hamba Allah. Buat apa kita bermusuhan,” suara bomoh tua merendah.
“Saya sependapat dengan awak.”
“Kalau awak dah sependapat dengan saya, awak kenalah menghormati saya dan menunaikan permintaan saya.”
“Apakah
ini satu syarat?” tanya datuk sambil menatap biji mata bomoh tua. Saya
lihat bomoh tua seperti terkejut mendengar pertanyaan dari datuk. Bomoh
tua menggaru hujung kening kanannya.
“Terpulanglah
pada kamu sendiri. Kalau kamu memikirkan itu sebagai syarat, dia akan
menjadi syarat. Kalau kamu fikirkan itu bukan syarat, dia tidak jadi
syarat,” penjelasan dari bomoh tua berbelit-belit dan berteka-teki serta
mempunyai maksud yang tertentu.
Datuk kerutkan dahi. Dia perlu berhati-hati membalas kata-kata bomoh tua. Silap jawab diri akan terperangkap.
“Saya tidak menganggap itu syarat tetapi apa yang awak minta pada saya itu juga yang saya minta pada awak,” balas datuk.
“Ha, awak bijak.”
“Baiklah, apa yang awak mahu dari saya,” tanya datuk.
“Mudah
saja, saya minta awak jangan ganggu saya. Ini cara saya cari makan.
Saya tahu, awak bukan sebarang orang. Saya tersilap duga. Saya fikir
awak macam orang-orang lain yang pernah saya duga. Lagipun awak tidak
memperlihatkan kebolehan atau rasa sombong. Inilah yang membuat saya
terperangkap,” bomoh tua seperti merayu.
“Saya tak faham,” datuk berdalih.
“Sebenarnya
saya mendamping benda-benda halus yang ada kaitannya dengan angin,
tanah. Benda-benda halus inilah yang banyak membantu saya. Jika ada
orang datang minta ubat, benda-benda halus ini memberitahu saya apa
penyakit yang dihadapi oleh orang itu.
“Oh begitu, barulah saya tahu. Lepas itu apa yang kamu buat?” soal datuk.
“Saya
terus memberitahu pada orang yang datang di mana sakitnya, apa puncanya
hingga mereka percaya pada saya. Saya kenakan bayaran yang mahal. Saya
juga ambil upah membuat orang, kemudian mengubat orang yang kena buatan
itu. Benda-benda halus inilah yang membantu saya,” begitu jujur bomoh
tua menerangkan kedudukan yang sebenar. Saya hanya anggukkan kepala.
Datuk lebih banyak termenung setiap kali menerima penjelasan dari bomoh
tua.
“Salah seorang yang kamu kenakan, orang yang aku tolong?” tanya datuk.
“Ya.”
“Kenapa kamu lakukan perkara tu.”
“Aku sebenarnya dendam padanya dan selalu bertelagah dengan aku tentang hal-hal agama, suka membantah.”
“Aku
fikir kerana kamu mahu mencampurkan perkara karut-marut dalam hal
agama. Umpamanya suruh orang percaya pada keramat, memuja kubur,
membayar niat di keramat. Bukan begitu?
“Ya, memang begitu janji aku dengan makhlus halus.”
“Lagi apa janji kamu dengan makhluk-makhluk halus tu?”
“Berusaha
mengurangkan akidah agama pada orang kampung. Makhluk-makhluk halus itu
pula berusaha menarik perhatian atau mengabui mata orang kampung supaya
memuja dan mengagumi kebolehan aku. Orang-orang di sini kebanyakannya
buta agama.”
Saya mula merenung ke arah
matahari yang kian meninggi. Rasa benci dan menyampah pada bomoh tua
mula bertandang dalam dada saya. Datuk terus meramas sepuluh jari di
tangan yang terasa lenguh dan sakit-sakit.
“Macam mana kamu gunakan buatan pada orang yang aku tolong? Datuk bertanya lagi.
Bomoh tua terdiam sejenak. Dia kelihatan keberatan mahu menceritakan kisah sebenar pada datuk.
“Bagaimana kamu membuatnya?” ulang datuk.
“Satu
hari ada orang mengadu dirinya sakit. Aku katakan kena buatan orang.
Dan orang yang membuatnya adalah orang yang kamu lindungi itu. cara
kebetulan mereka pernah bertengkar satu masa dulu. Apalagi, aku jalankan
jarum,” bomoh tua menelan air liur.
Keningnya bergerak dua tiga kali menahan sinar matahari yang terik.
“Aku
suruh orang itu membalas dendam. Dia setuju aku. Aku pun jalankan
tugas. Bila orang yang didendam sakit, aku pergi mengubatinya,” sambung
bomoh tua itu lagi.
“Ilmu kamu tak sebanyak
mana. Tapi kamu berlagak macam orang pandai kemudian memperdayakan orang
kampung. Kamu pengkhianat,” datuk bersuara dengan keras.
Muka bomoh tua ditentangnya. Saya segera mendekati datuk.
“Kita dah bersahabat. Kau tak boleh marah,” tingkah bomoh tua.
“Ya.
Aku tak akan melakukan apa-apa pada kamu. Kejahatan kamu adalah urusan
kamu dengan Allah. Tetapi selagi aku masih hidup aku akan melindungi
orang-orang lain dari kejahatan kamu.” Suara datuk merendah.
“Jangan khianati aku kawan.”
“Hum,
datuk juihkan bibir. Kemudian datuk tarik tangan saya. Kami tinggalkan
bomoh tua di situ, di bawah sinar matahari yang kian mengembang.
Hujan
turun mencurah-curah. Dentuman petir memekakkan telinga dan mengecutkan
tali perut. Tempias hujan terus menerpa ke kamar, lalu jatuh atas
halaman akhbar yang tersedai di dada meja. Rasa dingin terasa menggigit
kulit tubuh. Tingkap segera saya rapatkan.
Bunyi
deru hujan amat jelas kedengaran. Dalam saat-saat tertentu saya
tersentak oleh bunyi petir, diikuti dengan cahaya kilat yang tajam
menyelinap menerangi ruang kamar. Bagi menghilangkan kebekuan itu saya
terus membaca berita yang termuat dalam akhbar.
Sejak
pulang dari kampung halaman guru silat, saya dan datuk menghabiskan
masa ke kebun getah ata pisang, pada sebelah pagi. Pada sebelah
petangnya pula, pergi ke sawah. Kalau tidak turun ke sawah kami pergi
memburu ayam hutan atau melihat jerat di pinggir belukar.
Satu
hal yang membanggakan datuk ialah, kerana saya sudahpun menamatkan ilmu
persilatan dengan guru silat. Sudah diadakan ujian dan menutup
gelanggang tetapi, datuk tetap mengatakan apa yang saya tuntut itu masih
belum cukup. Mesti diperlengkapkan dengan pengalaman dan ujian-ujian
yang tidak diduga.
Di samping itu, datuk tetap menyuruh saya menambahkan ilmu mempertahankan diri sebanyak yang terdaya oleh saya.
“Kau
harus belajar lagi, jangan sampai terpesong dari ajaran Islam. Kau
harus mendalami ilmu agama kamu,” secara mendadak sahaja saya teringat
cakap datuk. Saya senyum sendirian. Bunyi deru hujan mula beransur reda.
Sudah
hampir enam bulan saya meninggalkan kampung halaman guru silat. Tidak
ada berita tentang bomoh tua yang disampaikan oleh adik guru silat
kepada datuk. Apakah bomoh tua itu sudah bertaubat atau kian mengganas?
Apakah adik guru silat tidak pernah menulis surat pada abangnya? Timbul
pertanyaan dalam diri saya.
Saya membuat
keputusan sendiri. Besok atau lusa saya akan menemui guru silat untuk
bertanyakan perkara tersebut. Kalau guru silat enggan bercerita, saya
sendiri akan menulis surat pada beberapa orang kawan di kampung halaman
guru silat.
“Bagaimana kalau aku sendiri pergi
ke sana, menyiasat keadaan yang sebenar? Tidak mungkin. Kalau datuk tahu
aku pergi sendirian ke sana, teruk aku kena penamparnya,” bisik hati
kecil saya.
Saya senyum sendirian teringatkan
tingkah laku bomoh tua di hari meninggalkan kampung halaman guru silat.
Bomoh tua itu menahan perjalanan kami yang mahu pergi ke perhentian bas.
Dia mengingatkan datuk tentang hasratnya untuk bersahabat dengan datuk,
ingin belajar sesuatu dari datuk.
Ternyata hati datuk tidak dapat dilembutkannya. Datuk menyuruh dia bertaubat dulu serta kembali ke jalan yang betul.
Pada
mulanya, saya begitu menyesali sikap datuk yang tidak mahu bertolak
ansur itu. saya kesal kerana datuk begitu angkuh dengan orang yang mahu
menjalinkan persahabatan dengannya. Rasa kesal saya itu berakhir bila
saya menerima penjelasan dari guru silat.
“Tuk
kamu tak angkuh Tamar. Dia tahu bomoh tua tu tak ikhlas, bomoh tu mahu
memperdayakan dirinya,” satu penjelasan dari guru silat. Tapi, saya
kurang yakin dengan penjelasan itu. guru silat segera melanjutkannya.
“Kau
sendiri tahu, datuk kau bersikap lembut. Dia suruh bomoh tua itu
bertaubat. Bila bomoh itu mengetahui dan bersedia mahu bertaubat tentu
dia mahu bersahabat. Datuk kau terlalu berhati-hati,” sambung guru silat
ketika berada dalam bas, waktu kami pulang dulu.
Akhirnya
saya percaya dengan apa yang diluahkan guru silat tersebut. Sebabnya
bukan apa-apa. Saya mahu mendapat keterangan yang tepat dari datuk. Kata
datuk, dia memang menghargai hasrat bomoh tua itu. tetapi, dia tidak
yakin apa yang dikatanya itu ikhlas dan jujur. Buktinya, waktu kamu mahu
naik bas, bomoh tua itu cuba menggunakan ilmu hitamnya dengan
memasukkan segenggam pasir ke dalam beg kain yang saya galas.
Pasir
tersebut bila berada dalam beg dalam jangka waktu lebih kurang tiga jam
akan bertukar menjadi habuk yang cukup halus macam habuk rokok. Melekat
pada pakaian. Bila pakaian itu dipakai, seluruh tubuh menjadi bengkak
dan gatal.
Bila terlalu kerap digaru, kulit
akan tercalar lalu berair. Dan air itu akan mengeluarkan bau yang busuk.
Tidak ada ubat yang boleh menghilangkan penyakit tersebut kecuali
dengan cara tradisional iaitu menggunakan pasir yang sudah digoreng
dengan hampas tebu. Hanya orang-orang yang tahu sahaja yang boleh
melakukannya.
Bukan senang mencari orang yang
tahu cara perubatan tradisional itu. kalau tidak menemui orang yang
tahu, alamat si sakit akan menderita sampai mati. Mujurlah datuk sempat
bertindak. Kalau lambat bertindak, padahnya akan ditanggung sampai mati.
Cara datuk mengesan perbuatan bomoh tua itu juga amat menarik.
Bila
datuk terpandangkan bomoh tua menaruh pasir ke dalam beg yang saya
galas, datuk segera mengoyakkan bahagian bucu beg. Semua pasir di
dalamnya terus jatuh di permukaan jalan raya, menjadi debu. Melihat
tindakan datuk itu, bomoh tua berasa malu lalu meninggalkan kami tanpa
mengucapkan sesuatu.
Walaupun begitu datuk
masih yakin bomoh tua itu akan membalas dendam. Bila masanya bomoh tua
mahu bertindak tidak ada sesiapa pun yang tahu. Walaupun begitu, datuk
tetap berjaga-jaga dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Datuk
serahkan segala-galanya pada Allah yang maha kuasa.
“Assalamualaikum.”
Saya tersentak dari lamunan.
“Waalaikumsalam, naiklah.”
Terdengar
suara datuk menjawab. Perasaan saya bagaikan digaru-garu mahu
mengetahui suara siapakah yang memberi salam. Rasa-rasanya saya pernah
mendengar suara itu. Di mana dan bila, saya kurang pasti. Saya terus
mengamati dengan teliti suara orang yang bercakap dengan datuk itu.
“Ah, dia datang.”
Saya
melonjak kegembiraan dan terus bangun. Buku jendela, titik hujan sudah
berhenti luruh dari dada langit. Saya keluar dari kamar lalu menuju ke
ruang tengah. Senyum tetap terukir di bibir dan hati terus dikocak
kegembiraan.
“Kamu dari mana Tamar?” Tanya guru silat.
“Apa lagi, buat tahi mata lebih-lebih lagi waktu hujang begini,” tingkah datuk. Saya terus duduk dekat guru silat.
“Saya tak tidur tuk!”
“Kalau kau tak tidur, kau buat apa dalam bilik?”
“Saya membaca tuk.”
“Kau baca apa?”
“Baca suratkhabar.”
“Hummmmm
aku ingatkan baca kitab,” datuk juihkan bibir sambil menarik naFas
panjang. Guru silat terus senyum. Belakang saya ditepuknya dua tiga kali
berturut-turut.
Saya merenung ke arah jam
dinding. Sudah petang. Secara mendadak saya teringat hari itu adalah
hari Khamis. Bila matahari terbenam di kaki langit, saya akan berada
dalam suasana malam Jumaat. Ada beberapa aturan yang mesti saya patuhi.
Peraturan itu amat membosankan tetapi apakan daya saya terpaksa
mematuhinya.
Biasanya setelah menunaikan
fardhu Maghrib, datuk berwirid panjang. Lepas itu membaca surah
al-Waqiah atau surah al-Mulk atau surah at-Taubat. Jika tidak membaca
salah satu surah itu, dia akan membaca surah Yaasin. Pokoknya, dari
waktu Maghrib hingga sampai waktu Isyak mesti diisi dengan kegiatan yang
mendatangkan faedah. Kegiatan itu ditamatkan setelah menunaikan
sembahyang Isyak.
Memang menjadi kebiasaan
saya, setelah selesai menunaikan fardhu isyak saya menyusur tepi dinding
perlahan-lahan kemudian menyelinap masuk ke kamar lalu mematikan diri.
Saya tidak mahu melibatkan diri dengan datuk untuk membaca Quran.
“Eh, apa yang kamu menungkan, Tamar?”
Nenek
sergah saya. Cepat-cepat saya renung ke arAh datuk dan guru silat.
Mereka juga saya lihat mengelamun tetapi anehnya kenapa nenek tidak
menegur mereka.
“Jangan fikir apa-apa. Minum
kopi panas ni,” tambah nenek lalu meletakkan cawan kopi di depan saya,
di depan datuk dan guru silat. Asap nipis merayap di permukaan cawan.
“Kopi bujang aje ke?” usik datuk.
“Ada kawannya. Tunggulah dulu.”
Nenek
terus menuju ke dapur. Datang kembali bersama mangkuk bubur kacang. Bau
daun pandan yang ditaruh dalam mangkuk bubur membuat selesa saya
terbuka luas.
“Memang bagus ni,” kata guru silat.
“Silakan,” pelawa datuk.
“Ya, sila. Jangan malu,” tingkah nenek.
“Jangan
bimbang, fasal makan saya memang tak tolak punya,” guru silat berjenaka
disambut dengan ketawa. Nenek kembali ke ruan dapur. Saya memang
mengharapkan kedatangan guru silat pada petang itu akan membawa cerita
yang baru dan segar untuk saya.
Kopi dalam
cawan sudah habis, bubur dalam mangkuk juga sudah selesai. Cerita yang
saya harapkan dari guru silat tidak juga muncul. Dia dan datuk asyIk
bercerita tentang harga getah, asyik bercerita tentang babi hutan dan
monyet yang menyerang tanaman di kebun. Cerita yang membosankan. Tetapi,
saya masih bertahan di ruang tamu. Masih mengharapkan cerita dari guru
silat.
LUNTUR
Dalam
cita-cita yang meluap-luap itu tiba-tiba semangat jadi luntur untuk
duduk berdepan dengan guru silat dan datuk. Tidak ada gunanya menjadi
kucing yang menunggu ikan dipanggang. Saya segera angkat punggung.
Meraut bilah buluh di pelantar untuk membuat bubu lebih baik dari duduk
di depan wajah manusia ini, bentak batin saya. Saya segera mencari pisau
raut dan mengeluarkan bilah buluh dari tempatnya.
Sebaik sahaja saya bersila di pelantar, saya terdengar suara datuk mengajukan pertanyaan pada guru silat.
“Apa kau tak dapat berita dari adik kamu?”
“Ada, pagi tadi saya terima surat darinya.”
“Apa
cerita? Soal datuk lagi. Guru silat saya lihat menarik nafas
dalam-dalam. Dia termenung sejenak. Saya terus memasang telinga. Dan
mengharapkan kata-kata yang terhambur dari guru silat akan mengembirakan
hati saya.
Cepatlah, aku nak dengar cerita
daRi kampung halaman kamu guru silat, suara batin saya melonjak-lonjak.
Saya jeling ke arah guru silat dan datuk. Mereka kelihatan tenang dan
bersahaja. Mungkin tidak ada sesuatu cerita yang menarik, sebab itulah
agaknya guru silat tak mahu cerita apa-apa pada datuk, saya cuba
mendamaikan perasaan yang bergelora dalam dada.
“Saya bersyukur pada Allah.”
“Sebabnya?” datuk menyoal.
“Bomoh tua tu…,” gosok batang hidungnya dua tiga kali. Saya keresahan menanti kata selanjutnya dari guru silat.
“Kenapa
dengan bomOh tua tu? Dia dah bertaubat?” suara datuk agak keras,
mungkin tanda protes kerana guru silat lambat sangat menyambung
kata-kata yang terputus.
“Bukan bertaubat.”
“Kalau bukan bertaubat, dia dah mati agaknya,” datuk buat ramalan.
“Dia tak mati.”
“Habis dia buat apa?”
“Pindah ke tempat lain,” guru silat telan air liur.
“Ke mana?” datuk tidak sabar lagi.
“Ke Langkawi.”
“Langkawi,”
mulut datuk separuh terbuka. Guru silat tunduk menatapi permukaan
lantai. Batang tubuh bomoh tua segera terpamer dalam tempurung kepala
saya. Ketika itu juga saya bagaikan terdengar-dengar suaranya di
gegendang telinga saya.
“Biarlah dia dengan
halnya. Tapi, adik ipar kamu macam mana? Aku lebih suka mendengar cerita
tentang dirinya dari mendengar cerita bomoh tua tu,” datuk
memperkemaskan silanya.
Kali ini saya cuba
melintasi di depan datuk. Berdiri dekatnya sebentar. Tiada teguran dari
datuk, ini menandakan datuk tidak akan marah kalau saya duduk di sisinya
untuk mendengar perbualan selanjutnya antara dia dengan guru silat.
Dengan batuknya yang dibuat-buat, saya pun bersila tidak jauh dari guru
silat.
“Menurut suratnya pada saya, dia dah boleh turun ke bendang, sudah boleh membuat kerja-kerja berat,” jelas guru silat.
“Syukurlah.
Aku harapkan apa yang dialaminya akan mendatangkan keinsafan pada
dirinya. Kemudian aku harap dia akan mengikut perintah Allah. Tidak lagi
macam dulu, suka membuat kerja yang sia-sia,” datuk menarik nafas
dalam-dalam.
Saya terus melunjurkan sepasang
kaki. Perbuatan saya segera ditegur oleh datuk. Perbuatan saya itu,
tidak senonoh dan biadab. Teguran dari datuk segera saya patuhi. Guru
silat nampak resah. Sesekali ekor matanya merenung ke arah saya.
“Saya juga harap macam tu,” guru silat bersuara lembut.
“Dari apa yang aku tahu, adik ipar kamu tu buas juga orangnya. Suka berjudi, suka menipu orang,” celah datuk.
“Macam mana awak tahu semuanya ini,” mata guru silat terbeliak.
“Dari orang-orang kampung kamu dulu.”
“Ha, siapa yang cerita?” guru silat kerutkan kening.
“Beberapa orang yang aku jumpa di kedai kopi dulu yang menceritakan pada aku.”
“Tapi, saya tak nampak awak bercakap dengan sesiapa pun masa di kedai tu dulu.”
“Masa aku bercakap dengan mereka kau belum datang lagi ke kedai tu. Bila aku dah selesai bercakap, baru kamu datang.”
“Hum.
Kalau macam tu, tak hairanlah kalau kamu tahu perangainya,” guru silat
ketawa kecil. Perlahan-lahan dia menepuk pangkal paha datuk.
“Aku harap kedua-duanya bertaubat,” ujar datuk.
“Saya
harap juga macam tu. Kedua-duanya lebih kurang saja perangainya,” guru
silat menambah. Senyum terus berbunga di kelopak bibirnya.
“Kau,” guru silat renung ke arah saya.
“Selalulah datang ke tempat aku untuk mendalami ilmu yang ada,” sambung guru silat.
“Betul nasihat kamu tu, ilmu yang ada belum cukup lagi.”
“Bukan
apa-apa. Saya cuma mengingatkan, ramai anak murid saya yang sudah tamat
tak tamu datang lagi ke tempat saya untuk bertanya itu dan ini,” keluh
guru silat. Di wajahnya terbayang kehampaan yang amat sangat.
“Ada
masa saya tetap ke sana. Saya tahu apa yang ada pada saya ni masih
belum cukup. Banyak perkara lagi yang mesti saya pelajari,” itulah janji
saya pada guru silat. Ternyata janji itu menghadiahkan kegembiraan yang
amat sangat untuknya.
“Dah pukul berapa sekarang Tamar?”
“Ha,”
saya segera meraba pergelangan tangan kiri. Hari ini saya terlupa
memakai jam. Saya segera bangun tetapi terpaksa duduk kembali. Guru
silat memegang pergelangan tangan kanan saya.
“Kamu nak ke mana Tamar?”
“Nak tengok jam.”
“Jam tangan kamu yang aku hadiahkan minggu lalu mana dia?”
“Saya lupa pakai pak guru.”
“Tak tahu menghargai pemberian orang. Cuai dan pelupa,” datuk memberi teguran pahit dalam suasana yang tidak menyenangkan.
“Kamu
tak payah tengok jam. Aku tahu, sekarang pukul lima lebih. Kau tengok
jam gantung di dinding,” guru silat mengarahkan jari telunjuknya ke
dinding. Saya segera merenung ke arah yang ditunjuknya.
Kenapa
ketika pertanyaan itu diajukan, saya tidak teringat atau memandang ke
arah jam dinding? Apakah ini menandakan daya ingatan saya terlalu lemah?
Timbul pertanyaan dalam hati saya. Lebih memalukan bila guru silat
berkata:
“Orang muda mesti mempunyai ingatan yang kuat. Mesti ingat apa yang ada dalam rumah.”
“Semuanya itu memerlukan latihan,” datuk turut campur.
“Selain
itu mesti ada rasa cinta atau perhatian pada keadaan sekeliling kita,
saudara-mara kita, keadaan rumah kita sama ada dari luar atau dari
dalamnya. Semuanya ini memerlukan ketelitian,” guru silat memulakan
syarahan pendek.
“Saya cuba belajar semuanya itu.”
“Bagus,” guru silat tepuk bahu saya.
Ternyata
usaha saya untuk membersihkan mereka dari memperkatakan kelemahan diri
saya beroleh kejayaan. Kini tajuk perbualan sudah berubah pada perkara
menanam pokok dan memelihara binatang. Memang saya mengharapkan
perbualan itu akan berjalan terus. Semoga salah seorang daripada mereka
tidak akan mengungkit-ungkit hal saya.
“Biarlah saya balik dulu,” guru silat minta diri.
“Tunggulah sampai maghrib baru balik,” datuk menahan.
“Hajat
saya mhu menyampaikan berita sudah tertunai. Saya juga meinta maaf
kerana terpaksa balik. Bukan tak sudi dengan pelawaan awak, tapi saya
ada hal.”
“Kalau ada hal pun tak akan sampai
tak boleh ditangguhkan,” datuk berusaha agar guru silat memenuhi
permintaannya. Sikap datuk itu membuat guru silat berada dalam keadaan
serba salah.
“Saya minta maaf, balik lepas waktu maghrib merbahaya.”
“Merbahaya?”
“Ya, sekarang musim harimau mengganas,” wajah guru silat cemas.
“Oh. Kalau begitu, saya mula faham. Eloklah kamu balik, musuh jangan dicari.”
“Saya pun berpendapat macam tu.”
Datuk
dan guru silat berjabat tangan. Datuk dan saya hantar guru silat hingga
ke basikal tuanya yang tersandar di pangkal pohon manggis. Sebelum
lompat atas basikal lagi sekali datuk dan guru silat bersalaman. Guru
silat terus kayuh basikal keluar dari kawasan rumah. Saya dan datuk
mendoakan agar perjalanan guru silat diberkati oleh Allah, terhindar
dari segala bencana.
“Cuba kamu pergi tengok jerat aku di kaki bukit.”
“Bila tuk? Esok ke atau petang ni.”
“Petang ni, dah suntuk tuk,” saya mula berdalih.
“Tak
suntuk. Baru pukul lima. Setengah jam berhalan sampailah ke tempat tu.
Cuma ada enam jerat saja. Manalah tahu, kalau dapat ayam hutam. Biasa
lepas hujan ayam hutan selalu keluar.”
“Tapi tuk?”
“Tak ada tapi, pergi sekarang. Bawa parang dan kayu panjang untuk memudahkan kamu berjalan.”
“Saya takut tuk.”
“Eh
budak ni, belajar silat dah tamat. Sebanyak sedikit petua dah tahu. Apa
kamu tak berani pergi ke kaki bukit. Eh Tamar, orang lelaki mesti
berani tau.”
“Saya tau tuk, tapi…”
“Pergiiiii…,” jerkah datuk.
TERKEJUT
Saya
terkejut dan dalam sekelip mata saya seperti memperolehi kekuatan yang
amat sangat. Tanpa berkata apa-apa pada datuk saya meluru ke dalam
rumah. Pakai baju dan seluar. Dengan parang di tangan saya melangkah.
“Kau tak bawa kayu panjang.”
“Tak payah,” jawab saya tegas.
Langkah
saya diatur. Saya tidak tahu apa kata datuk tentang sikap yang saya
tunjuk itu. satu hal yang pasti ketika saya berada agak jauh dari
kawasan rumah saya terdengar sayup-sayup suara batuk datuk memanjang.
Saya
yakin benar bahawa batuk itu sengaja dibuat-buat oleh datuk. Mungkin
dia cuba menarik perhatian supaya menoleh ke arahnya. Saya keras hati
tidak mahu menoleh.
Kali ini saya mahu
buktikan pada datuk yang saya bukanlah seorang cucu yang penakut atau
pengecut. Saya mampu pergi ke mana-mana sendirian. Mampu melakukan apa
sahaja seperti apa yang dilakukan oleh anak-anak muda yang seusia dengan
saya. Langkah pun saya percepatkan.
Berjalan
di celah pepohon kecil selepas hujan memanglah amat menyulitkan. Kesan
air hujan di daunan bila kena baju atau seluar membuat pakaian terasa
lembap. Bila kena kulit, tubuh terasa sejuk. Semuanya terpaksa saya
hadapi. Sesekali saya dongak ke langit. Matahari tidak mahu bersinat
lagi. Dalam waktu tertentu, saya gunakan parang untuk memotong reranting
yang menghalang perjalanan saya.
Dalam
keadaan yang dingin itu, badan saya berpeluh. Nafas tercungap-cungap
terasa amat penat sekali. Siapa pun akan merasai penat bila berjalan
dalam keadaan yang agak mendaki. Cuaca tidak begitu menggalakkan.
Sejak
hujan berhenti, matahari terasa amat malas untuk bersinar. Pada hal
kalau cuaca baik, saya tidak mengalami keadaan seperti ini. Hati kecil
saya terus merungut dan merasakan tindakan datuk memang tidak patut.
Saya jadi marah dengan tiba-tiba.
Rasa marah
itu terus membara dan tidak boleh dikawal lagi. Bagi melepaskan rasa
marah itu, saya patahkan ranting kayu yang menghalang perjalanan saya.
Perbuatan itu tidak mendatangkan kepuasan. Saya ambil parang lalu
ranting yang sudah patah itu saya tetak beberapa kali hingga menjadi
potongan kayu yang amat kecil. Tidak memadai dengan itu, ranting kayu
yang sudah potong itu saya pijak-pihak hingga terbenam dalam bumi.
Semuanya
tidak mendatangkan kepuasan dalam diri. Rasa marah terus menjadi-jadi.
Pertama kali saya mengutuk datuk dengan semahu-mahunya. Saya tuduk datuk
manusia kejam, suka memerintah dan timbul sebuah aZam dalam hati untuk
memusuhi datuk, tidak mahu menghormatinya lagi.
Saya tikam bumi dengan parang, terpacak di sutu. Ulu parang yang dibuat dari gading itu saya urut beberapa kali.
“Yahooooooo, kamu kejam.”
“Begitulah
saya memkik dengan sekuat hati, bergema ke seluruh kawasan di kaki
bukit. Saya kira mengejutkan monyet dan lotong di dahan. Mengganggu
perjalanan beburung dan haiwan. Tidak memadai dengan itu, saya tendang
apa yang ada di kiri kanan saya. Sesungguhnya saya luahkan perasaan
marah saya pada apa sahaja yang ada di sekeliling saya.
Saya
terus menyandarkan tubuh pada sebatang pokok. Saya pejamkan sepasang
mata hingga rasa marah hilang dari sanubari. Kemudian perlahan-lahan
kelopak mata saya buka lebar-lebar. Ketika itu perasaan saya sungguh
aman dan tenteram. Dada saya terasa lapang. Saya meneruskan perjalanan.
Jerat
pertama saya tengok, tak mengena apa-apa tetapi kesan laluan ayam hutan
memang terdapat di situ. Agaknya ayam hutan tahu, di sana ada jerat
untuknya. Saya terFikir dan kemudian tersenyum panjang. Jarak jerat
antara satu sama lain tidak menentu. Ada yang jaraknya sepuluh kaki, ada
yang dua puluh kaki. Sebab jaraknya tidak sama kerana mengikut laluan
binatang yang dihajati.
Waktu saya pergi ke
jerat yang ketiga, letaknya tidak jauh dari kolam kecil. Saya terlihat
laluan pelanduk, saya amati sekelilingnya, memang tidak salah lagi. Di
situ terdapat kesan tapak kakinya. Mungkin pelanduk tersebut pergi ke
kolam kecil untuk minum. Saya ikut kesan tapak kaki itu hingga sampai ke
jerat. Aneh, saya dapati jerat itu bingkas dan ada bekas tapak kaki
pelanduk di situ.
Ini mesti pelanduk yang kena
jerat ni diambil orang. Siapa yang melakukan semuanya ini? Pasti orang
yang sudah lama mengintip gerak-geri datuk. Manusia suka membuat kerja
mudah, rungut hati saya. Jerat yang sudah bingkas itu saya pasang
kembali. Saya berdiri di situ mengingati sesuatu. Kata datuk jerat yang
dipasangnya berjumlah lima jerat semuanya. Ertinya masih ada dua jerat
lagi yang mesti saya lihat.
Kedudukan
kedua-dua jerat ini agAk jauh ke dalam bahagian kaki bukit. Pesan datuk,
saya mesti melihat kelima-lima jerat itu. Kalau tak mahu kelima-limanya
sekali, mesti lihat tiga. Pokoknya saya mesti membuat kerja yang
ganjil. Saya tidak boleh melihat dua atau empat jerat kerana itu
perbuatan genap, saya mesti meninggalkan jumlah ganjil.
Tiba-tiba
saya merasakan, memang wajar melihat semua jerat itu. Siapa tahu, jerat
empat dan lima sudah mengena. Bila sudah mengena, saya tidak pulang
dengan tangan kosong. Saya kira datuk dan nenek tentu gembira melihat
saya pulang ke rumah dengan ayam di tangan. Selain dari itu, saya mahu
menerima pujian dari datuk tentang ketabahan hati saya. Biar dia kagum
dengan apa yang saya lakukan.
“Ya, aku mesti tengok semua jerat.”
Itulah
keputusan muktamad yang saya ambil dalam masa sekelip mata sahaja. Apa
yang terjadi, keputusan yang diambil mesti dilaksanakan. Saya pun
melangkah perlahan menuju ke jerat yang keempat. Letaknya di bawah pokok
yang rendang. Datuk sengaja memilih tempat tersebut untuk menahan
jerat.
Mungkin tempat tersebut dipilih kerana
kedudukan kawasan tanahnya yang agak cerah, tidak ditumbuhi rerumput
yang tebal. Ada dahan sebesar paha manusia melintang arah ke parit
kecil. Pada hemat saya, di ranting besar itu jadi tumpuan ayam hutan
berdiri sambil mengepakkan badan terutama ayam jantan. Amat suka
berkokok di tempat yang agak tinggi.
“Memang pandai datuk memilih tempat.”
Saya
memuji datuk dalam hati. Saya terus melangkah. Hari sudah beransur agak
gelap. Tetapi langit masih kelihatan cerah walaupun matahari tidak
bersinar. Saya sampai ke jerat yang keempat. Kali ini saya melihat
kawasan di situ cukup bersih seperti baru lepas disapu. Tanah di situ
kelihatan seperti baru sahaja dikais-kais oleh ayam. Saya garu kepala
dua tiga kali, terasa suasana seperti itu amat ganjil sekali.
Rasanya
tidak mungkin ayam hutan mampu mengubah dedaun dan reranting yang
terdapat di situ. Lebih menakjubkan jerat yang tidak mengena atau
bingkas tetap macam biasa. Batang jerat kelihatan bergerak macam baru
disentuh oleh tangan manusia. Hati saya mula berdebar.
Saya
renung kiri dan kanan. Bersedia untuk memulakan langkah seribu. Bulu
roma terus tegak berdiri. Mesti ada sesuatu yang tidak kena terjadi di
sini. Mungkin harimau, mungkin beruang, mungkin kucing hutan
berguling-guling di sini. Macam-macam yang timbul dalam hati saya
bersama rasa takut yang amat sangat.
Tiba-tiba
saya lihat pepohon kecil di kanan bergerak, macam dilanggar sesuatu.
Dedaun kering bergerak seperti dipijak sesuatu. Beberapa ekor cengkerik
dan katak keluar dari bawah dedaun kering macam ada sesuatu yang
memburunya. Dalam keadaan yang serba membingungkan itu, saya terlihat
seekor ayam hutan jantan menerpa ke arah jerat dan terus sarungkan
kakinya ke dalam jerat.
Dalam beberapa detik
sahaja jerat tersebut bingkas. Dan ayam jantan hutan tergantung di udara
menggelepar sambil berbunyi. Melihat ayam kena jerat, rasa takut hilang
dari hati saya. Semua perkara yang saya kira ganjil dan aneh hilang
dari ingatan saya. Hati saya bersorak kegembiraan melihat ayam hutan di
depan mata.
Saya mendekati jerat lalu
membongkok untuk merendahkan kayu jerat. Bila tali jerat berada dalam
tangan, kepala ayam jantan itu saya urut berkalI-kali. Ayam itu tetap
menggelepar sambil berbunyi nyaring.
Simpul
jerat di kaki ayam berhasil saya buka. Kali ini kaki ayam tersebut saya
ikat dengan tali guni, lalu saya masukkan ke dalam karung yang dibuat
dari mengkuang.
Di bucu karung ditebuk lubang
kecil untuk udara, memudahkan ayam bernafas. Hujung karung saya ikat
dengan tali lalu saya sandangkan ke bahu. Saya memulakan langkah untuk
pergi ke jerat yang kelima. Kedudukannya, betul-betul berada di lereng
bukit tidak jauh dari pohon bertam. Memang saya mengharapkan jerat yang
kelima akan mengena. Kalau tak dapat ayam hutan dapat napuh atau
pelanduk pun sudah memadai, sebuah harapan berbunga dalam hati saya.
Langkah
kian rancak, cuaca yang sudah beransur samar-samar tidak menjadi
masalah. Kalau cuaca terus jadi gelap saya tidak sudah hati. Kawasan
sekitar kaki bukit itu sudah sebati dengan diri saya. Tidak dinafikan
saya boleh mengingati kedudukan pelbagai jenis pohon besar di situ. Saya
juga tahu di mana letaknya parit atau danau kecil. Kalau saya
dicampakkan ke kawasan tersebut pukul dua pagi, saya masih dapat mencari
jalan pulang.
“Hai, apa khabar? Seorang aje.”
Saya menoleh ke kanan. Mulut saya bagaikan terkunci untuk menjawab.
“Banyak jerat awak yang mengena, berapa ekor awak dapat ayam?”
Saya menjadi bertambah menggelabah.
“Kenapa tak jawab apa yang saya tanya, awak takut?”
Saya
tarik nafas panjang. Renung ke langit, renung kiri kanan. Dada saya
terus berdebar. Sesungguhnya, saya tidak tahu dari mana perempuan muda
itu muncul. Saya amati wajahnya yang sedang senyum. Orangnya memang
menarik. Tetapi, sayang saya tidak kenal dengannya. Ternyata perempuan
ini bukannya anak watan kampung saya.
Sebagai
orang muda, dalam rasa takut dan darah gemuruh itu, keinginan untuk
memikat hati perempuan muda di depan mula bercambah dalam diri. Saya
amati dirinya. Baru memasuki usia dua puluhan. Berkulit putih merah.
Hidung mancung. Saya terpikat dengan sepasang matanya yang lembut tetapi
kelihatan sayu. Mukanya bujur sirih. Aduh! Senyumannya tidak berhenti
menari di bibir nipisnya.
“Kenapa tak sembelih ayam tu di sini? Awak tak bawa pisau?”
perempuan
yang berambut ikal berbulu kening tebal merapati saya. Darah gemuruh
saya terhenti dari bergerak dalam urat saraf. Keinginan mengenali
perempuan itu lebih dekat terus berkocak dalam rongga dada.
“Saya tak bawa pisau menyembelih.”
“Awak mahu pisau? Kalau mahu nanti saya ambil di rumah.”
“Tak payahlah.”
“Macam mana kalau saya minta sikit daging ayam?”
“Boleh, apa salahnya.”
“Sepatutnya saya tak payah minta sebab ayam yang kena jeRat awak itu saya yang punya.”
“Ha…haa..?” mulut saya terlopong.
Perempuan
itu tetap senyum. Hati saya berkata, mungkin perempuan ini mahu
bergurau. Ayam hutan mana ada tuannya. Sesiapa pun boleh menjerat atau
menembaknya. Dengan rasa jijik saya renung wajah perempuan itu. dia
bagaikan tahu yang diri saya tidak mempercayai apa yang diucapkannya.
“Setiap benda di dunia ini ada tuannya, ada penjaganya. Tetapi manusia selalu melupakan semuanya itu.”
“Kamu mengarut dan merepek.”
“Kalau kamu tak percaya tak mengapa, tetapi saya mahu mengambil hak saya kembali.”
Saya
segera mengedutkan kening. Karung mengkuang yang saya sandang terasa
bergerak-gerak. Ayam di dalamnya menggelepar. Karung mengkuang terasa
amat berat macam ada batu pejal di dalamnya. Bahu saya bagaikan mahu
patah dibuatnya. Saya terpaksa meletakkan karung mengkuang atas tanah.
Perempuan itu tetap berdiri di depan saya tanpa mengucapkan sesuatu.
Sepasang anak matanya melihat gerak geri saya dengan teliti.
Paling
mengejutkan saya, tali guni yang saya ikat di hujung karung mengkuang
terbuka dengan sendiri. Ayam yang ada di dalamnya keluar dengan mudah
lalu berkokok bertalu-talu sambil menggoyangkan ekornya. Paling
menyakitkan hati, bila ayam itu menghalakan muncungnya ke arah saya dan
terus berkokok sambil menjungkitkan ekornya tinggi-tinggi. Kalau
diturutkan kata hati mahu rasanya membalingkan seketul kayu pada kaki
ayam itu. biar kakinya patah.
“Suhh..,” pekik saya.
“Jangan halau dia,” suara perempuan itu cukup lembut.
“Kurang ajar punya ayam.”
“Jangan
cakap macam tu. Itu ayam saya, marii..,” saya lihat bapak ayam hutan
terus meluru ke arahnya. Terbang dan hinggap di bahu sebelah kanannya.
Ayam itu berkokok lagi. Saya terpukau dengan suasana yang saya anggap
aneh tetapi melucukan.
“Terima kasih kerana kamu sudah memulangkan hak saya.”
“Tapi ayam tu tak bertuan.”
“Itu pendapat kamu. Hakikat sebenar memang bukan begitu. Terima kasih.”
Perempuan
itu segera memusingkan badannya membelakangi saya. Ayam jantan yang
berbalung merah tetapi berdiri di bahu. Satu perkara yang pasti, waktu
perempuan itu menentang wajah saya, suasana sekitar terasa cerah. Bila
dia membelakangi saya, suasana bertukar menjadi samar-samar.
“Eh, nama saya Tamar.”
Perempuan itu segera tOleh ke arah saya kembali.
“Nama awak siapa?”
Perempuan itu menarik nafas dalam-dalam.
“Cakaplah siapa nama awak?”
“Nanti kita jumpa lain kali. Masa tu saya cakap nama saya.”
“Cakap
sekarang,” kata saya lalu mengejar ke arahnya. Dalam sekelip mata
sahaja perempuan itu ghaib tetapi ayam miliknya masih dapat saya lihat
duduk di ranting dan terus berkokok bertalu-talu. Beberapa detik
kemudian ayam jantan itu pun ghaib.
“Syaitan mempermainkan aku,” kata saya dalam nada suara yang agak tinggi.
Saya
pusing ke kanan. Memulakan langkah pertama, mencari jalan pulang. Saya
terdengar bermacam-macam suara,ada suara kokok ayam. Saya sedar, bila
hati dikuasai rasa takut bermacam-macam yang didengar padahal perkara
itu tidak wujud sama sekali. Cuma perasaan kita sahaja yang merasakan
begitu.
Makin kuat saya menetapkan dalam hati
apa yang saya dengar itu adalah perasaan, makin kuat suara-suara yang
tidak saya ingini datang dalam gegendang telinga saya. Saya terus lari
dengan semahu-mahunya melanggar apa sahaja. Parit lebar saya lompat
kerana saya menyangka parit itu kecil. Akibatnya saya terhumban dalam
parit. Habis pakaian saya basah kuyup. Keluar dari parit saya terus lari
lintang pukang.
Dalam cuaca yang mula
samar-samar itu, saya terus berlari dan berlari hingga sampai di
bahagian dapur rumah. Bila saya jengukkan muka di pintu dapur, nenek
terus menjerit dengan sekuat hatinya. Seluruh kampung dikuasai oleh
suara nenek. Datuk yang berada kira-kira tiga rantai dari rumah segera
menerpa ke bahagian dapur.
“Kenapa muka kamu penuh dengan lumpur, pakaian basah kuyup. Kenapa Tamar?” soal datuk.
“Sayaaa…”
saya tidak dapat meneruskan kata-kata, mata saya terasa pedih dan
hidung saya bagaikan tersumbat dan saya terus bersin dengan sekuat hati.
Beberapa orang jiran tetangga segera datang ke rumah. Mereka ketawa
melihat keadaan saya.
“Saya jatuh parit tuk.”
“Kamu kena kejar harimau?”
“Tidak.”
“Habis kamu kena kejar jembalang?”
“Bukan dikejar jembalang, saya diburu hantu.”
“Hantu?” biji mata datuk terbeliak.
Bila
keadaan sudah kembali tenang. Saya ceritakan pada datuk, pada nenek dan
jiran-jiran yang datang apa yang saya alami. Kebanyakan dari mereka
tidak percaya dengan apa yang saya ceritakan. Nenek secara
terang-terangan mengatakan saya mengigau siang. Perbuatan mereka itu
membuat saya jadi marah dan tidak mahu meneruskan cerita selanjutnya.
Tetapi, datuk cuba melahirkan simpatinya pada saya.
“Itu
perkara biasa, dalam dunia ni selain dari manusia terdapat makhluk
lain. Kau tak usah takut. Barangkali makhluk itu mahu bersahabat dengan
kamu,” kata datuk.
“Satu pengalaman yang menakutkan tuk.”
“Tak mengapa, petang esok kau pergi lagi. Kalau kau jumpa dengannya kau ajak dia datang ke rumah.”
“Mengarut,
tuk mengarut. Agaknya tuk tahu yang saya akan berjumpa dengan benda
macam tu. Kerana tu tuk suruh pergi seorang diri.”
Aku tak tahu Tamar. Tapi dulu aku pernah mengalami perkara semacam tu, itu semuanya syaitan yang cuba nak mengusik kamu.”
“Hum…” saya mengeluh dan tunduk merenung tanah.
Nenek tersenyum. Datuk menyuruh jiran-jiran yang datang pulang ke rumah masing-masing.
Perlahan-lahan
saya angkat muka. Sepasang mata saya terpaku ke wajah datuk.
Kegelisahan segera bersarang dalam dada. Kurang senang rasa hati melihat
senyuman datuk yang saya rasa bagaikan menyindir diri saya.
“Tuk tak percaya dengan apa yang saya cakapkan ni?”
“Sudahlah, pergilah kamu mandi.”
Saya
kerutkan dahi. Dengan langkah yang longlai saya menuju ke perigi.
Setiap kali air perigi menyentuh kulit tubuh, apa yang saya alami segera
terbayang dalam kepala.
Sesungguhnya, apa
yang telah saya alami itu adalah satu pengalaman yang tidak pernah saya
duga akan terjadi dalam hidup saya. Selesai mandi saya segera pulang ke
rumah. Sebelum memijak anak tangga, dua tiga kali saya pusing ke
belakang. Saya takut dan bimbang macam ada sesuatu dekat saya.
“Cepat
naik, jangan pandang kiri kanan lagi. Jangan fikirkan perkara yang
dahulu,” terdengar suara datuk. Saya segera angkat muka. Datuk berdiri
di serambi.
Hari sudah beransur gelap. Suara
burung kuang sayup-sayup kedengaran di pinggir bukit kota. Saya menarik
nafas. Kecantikan paras perempuan yang saya temui bermain-main dalam
tempurung kepala.
“Eh, kami ni. Naik cepatlah.”
Tanpa
tangguh-tangguh lagi saya pijak anak tangga. Berhenti bila sampai anak
tangga kelima. Renung ke halaman yang sudah dikuasai cuaca senja.
“Kita jemaah di masjid, Tamar.”
“Kenapa kita tak sembahyang di rumah tuk?”
“Agama
Islam menggalakkan pengikutnya sembahyang berjemaah di masjid atau
surau. Sekali-sekala bolehlah kita bersembahyang jemaah di rumah. Kalau
dah terlalu kerap berjemaah di rumah, tak elok jadinya.”
“Saya malas nak pergi tuk.”
“Ah, jangan banyak karenah, ikut cakap aku,” bentak datuk keras. Saya tidak ada pilihan lain lagi. Cakap datuk harus dipatuhi.
Saya
masuk ke rumah menukarkan pakaian. Amat selesa rasanya memakai selua
dan baju Melayu warna kuning tanah liat. Datuk senyum panjang. Saya tahu
kenapa datuk senyum begitu. Bukan apa-apa kerana letak songkok saya
melintang. Letak songkok segera saya betulkan. Tanpa banyak soal jawab
saya terus mengekori datuk ke masjid.
Sepanjang
jalan saya lebih banyak mengelamun. Sesekali kelihatan datuk meraba
pangkal telinga sebelah kanannya. Ada masanya datuk batuk kecil. Saya
tidak tahu, apakah batuk itu memang benar-benar terjadi atau batuk yang
sengaja dibuat-buat.
Selesai menunaikan solat
maghrib, saya dan datuk seperti orang-orang kampung yang lain terus
mengikuti tafsiran hadis. Apa yang diungkapkan oleh guru agama tersebut
semuanya tidak masuk dalam kepala saya. Fikiran saya masih memikirkan
apa yang telah saya alami petang tadi. Ada masanya, saya rasakan
peristiwa itu harus berulang dalam hidup saya. Satu ketika yang lain
saya berdoa supaya peristiwa itu jangan berulang dalam hidup ini
“Kalau
mahu dinisbahkan tentang banyaknya makhluk Allah di dunia ini, lebih
kurang begini. Para malaikat 90 peratus, para jin 9 peratus dan manusia
cuma satu peratus saja. Kalau kita boleh melihat para Malaikat dan para
Jin, kita jadi takut dan tidak boleh bergerak,” tutur guru agama. Semua
biji mata dalam masjid terbeliak, tidak jadi mengantuk.
“Allah
itu Maha Mengetahui dan Maha Kaya kerana itu para Malaikat dan para Jin
tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Kalau Allah menghendaki
seseorang itu melihat para Malaikat dan para Jin, perkara itu tetap akan
terjadi,” tambah guru agama. Saya terus gosok pangkal hidung beberapa
kali. Datuk tumpukan seluruh perhatiannya pada guru agama yang
tertonggok di ruang tengah masjid dengan para jemaah mengelilinginya.
“Makhluk
jin juga ada yang baik dan ada yang jahat. Kalaulah ditakdirkan kita
dapat melihat Jin, agak sukar untuk kita menentukan yang mana baik dan
yang mana jahat,” lanjut guru agama itu. pelajaran tafsir itu
berlanjutan hingga menjelang waktu Isyak.
Saya
kira setelah selesai solat Isyak, wajah guru agama tidak akan saya
lihat. Begitulah juga dengan suaranya tidak akan saya dengar. Perkiraan
saya itu meleset sama sekali. Tidak saya duga datuk mengundang guru
agama itu datang ke rumah. Banyak perkara yang datuk tanya pada guru
agama itu. semuanya berkaitan dengan hukum agama.
“Kalau pelajaran tafsiran hadis ni dapat diadakan setiap minggu alangkah baiknya,” datuk bersuara.
“Saya faham, ramai para jemaah berpendapat macam awak. Mereka mahu pelajaran tafsiran ini diadakan pada setiap minggu.”
“Soalnya, bila diadakan dua minggu sekali, perkara yang dipelajari hampir mahu lupa disambung pelajaran yang baru.”
“Ya,
ya saya faham. Kalau boleh saya mahu datang tiap-tiap minggu di sini.
Boleh jumpa awak selalu dan boleh makan dan tidur di sini. Tapi apa
boleh buat semua jadual sudah disusun.”
“Tak bolehkah dirombak?”
“Tunggu tahun depan.”
“Hum…,” datuk seperti mengeluh. Guru agama tersenyum.
CAKAP
Dan
malam itu datuk terus bercakap-cakap dengan guru agama. Datuk terus
membaca Al-Quran di bahagian surah al-waqiah. Guru agama terus membuat
tafsirannya dan menghuraikannya dengan teliti. Datuk terus mendengar
huraian terjemahan itu. dalam waktu tertentu datuk mencatatkan ke dalam
buku kecil.
Guru agama itu juga menasihatkan
datuk, kalau ada masa supaya membaca surah al-waqiah pada setiap malam,
terutama setelah menunaikan sembahyang Subuh. Menurut guru agama itu,
surah tersebut surah yang baik. Lebih-lebih lagi kalau kita sudah
memahami tafsirannya. Sesekali saya terdengar datuk dan guru agama
berdebat panjang. Perdebatan mereka segera terhenti bila mereka dapat
membuat sesuatu kesimpulan.
Saya sandarkan
badan ke dinding bilik. Jari-jemari saya terus melukis sesuatu di
kertas. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini, saya begitu minat pada
lukisan. Saya mahu abadikan apa yang saya lihat ke kertas untuk
dinikmati oleh orang lain. Sambil melukis saya terus pasang telinga.
Mengikuti dengan teliti apa yang dibualkan oleh datuk dengan guru agama.
Ada perkara yang menarik dan ada perkara yang
tidak menarik jadi topik bualan datuk dengan guru agama. Bila perkara
menarik diperkatakan, saya terus jelingkan biji mata dan mengikutinya
dengan penuh minat. Kalau perkara yang membosankan saya terus rasa
mengantuk. Ketika itu saya terdengar suara kedua-duanya sayup-sayup dan
akhirnya menghilang. Dalam saat begitu, saya terus tersengguk-sengguk.
Bila
mereka bincang tentang alam ghaib, mata saya terbeliak besar. Minat
saya untuk mengikutinya bertambah ghairah. Saya tahan mata dari
mengantuk. Saya bersenam memanaskan badan. Sayang seribu kali sayang,
perkara alam ghaib hanya disentuh sambil lalu sahaja. Perkara begini
amat saya kesalkan. Apakan daya, saya tidak ada kuasa untuk menyuruh
datuk dan guru agama memperkatakan perkara yang amat saya minati. Dalam
keadaan demikian, saya terus terlelap.
Macam dikejutkan sesuatu, saya terus
terjaga. Saya lihat jam tua ditangan. Sudah pukul dua pagi. Badan terasa
dingin. Saya segera beredar ke katil. Sebaik sahaja saya rebahkan badan
di katil, perempuan yang saya temui di kaki bukit berdiri di hujung
katil. Pamerkan senyum seiring dengan renungan dari sepasang mata yang
tajam. Saya tergamam, tidak tahu apa yang harus saya lakukan.
"Ubah tempat tidur?"
Saya terus membisu.
"Udah kamu tanya pada orang-orang di sini tentang diri aku?"
Saya gelengkan kepala.
"Cuba tanya nenek kamu, tentang anak Haji Rashid yang bernama Siha. Dia tentu dapat memberikan jawapan yang tepat."
Saya kerutkan dahi, masih belum dapat mengucapkan sesuatu. Dada saya cemas dan sekujur tubuh berpeluh di malam yang begitu dingin. Saya renung kiri kanan, atas dan bawah. Suara datuk dan guru agama masih kedengaran. Mereka tidak lagi berbincang masalah agama, tetapi mereka membaca Quran. Saya cuba menyebut nama datuk, malangnya suara saya bagaikan tersekat di kerongkong.
"Kamu takut dengan aku? Kamu nak panggil datuk kamu?"
Saya anggukkan kepala.
"Datuk kami juga kenalkan aku, sampaikan salam aku padanya."
"Eh, kenapa kau tak jumpa dengannya sendiri, bukankah kamu berada di rumahnya?", cara mendadak sahaja saya bersuara. Saya runung mukanya. Kali ini, saya merasakan diri saya seperti memperolehi kekuatan tenaga yang tersendiri. Saya cuba bangun.
"Aku segan", katanya sepontan. Perempuan yang menamakan dirinya Siha terus duduk di bibir katil. Jari-jemarinya menekan permukaan tilam. Saya resah.
"Biar aku beritahu tuk yang kamu ada di sini"
"Tak payahlah, aku datang cuma nak tengok kamu saha"
"Sebenarnya aku tak suka kamu datang ke sini lagi"
"Baiklah, kalau kamu tak suka, biar aku balik dulu", sebaik sahaja perempuan itu mengakhiri kata-katanya dia terus ghaib dari pandangan saya. Saya terus mengucap beberapa kali.
Saya segera merasa telinga dan bibir. Saya menarik nafas panjang. Saya tidak berkhayal dan juga tidak bermimpi. Saya berada di alam nyata. aneh, kenapa perkara yang tidak masuk di akal itu terjaddi di depan saya. Kalau diceritakan pada orang lain pasti jadi bahan ketawa. Dahi segera saya kedutkan. Badan saya mula menggigil.
Saya cuba berdiri di lantai, ketika itu saya terasa badan terlalu ringan dan sepasang kaki yang bagaikan tidak mampu mengimbangi berat badan. Saya terlayah ke kiri dan ke kanan. Saya rebah ke lantai. Datuk dan guru agama segera mendekti saya. Apa yang saya dengar hanya bunyi kokok ayam hutan bertalu-talu memekakkan telinga. Saya juga terlihat rimbunan hutan tebal. Saya bagaikan berada di dalam hutan yang amat besar.
Saya melihat ular sawa, harimau dan gajah. Semuanya menerkam ke arah saya. Apa yang terdaya saya lakukanialah menjerit sekuat hati dan cuba melarikan diri dari berdepan dengan semua binatang tersebut. Dalam keadaan yang berhempas pulas itu, saya terasa ada telapak tangan menyentuh dai saya.
Daun telinga saya seperti dihembus sesuatu dan diikuti dengan suara lembut mengucapkan kalimat dari Surah Al-Fatihah dan Surah An-Nas berkali-kali. Harimau, gajah, ular dan hutan tebal yan wujud didepan saya terus ghaib. Diganti denan lautan yang bergelombang lembut. Lubang telinga saya terus disumbat ayat-ayat suci yang biasa saya dengar malah pernah saya ucapkan. Maki jelas kalimat-kalimat suci itu masuk ke telinga saya. Makin samar-samar gelombang air laut di depan mata dan akhirnya terus ghaib.
Saya mula melihat tubuh datuk, nenek dan guru agama. Semua menghadap ke arah saya denan wajah yang tenang. Mulut guru agama terus membaca ayat-ayat suci. Dari gerak mulutnya saya yakin, guru agama itu masih membaca Ayatul Kursi dengan penuh khusyuk.
"Bangun anakku", guru agama tepuk bahu kanan saya. "Kau sebenarnya tidak apa-apa", sambungnya dengan tenang. Senyum terus terpamer di kelopak bibirnya. Saya segera menggosok pangkal hidung beberapa kali. Nenek segera mendekati saya, badan saya dipicitnya penuh kemesraan. Datuk tidak berkata apa-apa. Matanya tidak berkedip merenung wajah saya.
"Masa kamu tak sedar tadi, apa yang kamu nampak?", soal guru agama.
"Bila saya tak sedar, bila?", saya menyoal guru agama kembali. Datuk menarik nafas panjang. Dia terus mendekati saya.
"Apa yang kamu nampak tadi?", tanyanya.
"Saya nampak...", saya tidak dapat meneruskan kata-kata. Saya cuba mengingati sesuatu.
"Kamu nampak binatang, kamu nampak laut?", tiba-tiba datuk bersuara. Saya segera anggukkan kepala. Datuk renung muka guru agama. Cepat-cepat guru agama melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali.
"Lupakan apa yang kamu ingat", ujar guru agama penuh sopan. Saya segera mengangguk. Nenek saya lihat menarik nafas lega.
"Tidurlah, kau tak apa-apa, tidurlah", datuk seperti memujuk.
"Tidur cu”, sahut nenek.
Saya pun merebahkan badan atas katil. Datuk dan guru agama segera meninggalkan saya tetapi nenek masih setia menungggu saya di hujung katil. Mata saya masih tertumpu kepada lelangit rumah.
Saya berpusing ke kiri, berpusing ke kanan. Perasaan terasa tidak tenteram sekali. Nenek mengikuti gerak-geri saya dengan teliti. Sesekali dia meletakkan telapak tangan kanannya ke dahi merasa suhu badan saya. Kalau panas sudah pasti saya demam.
"Kamu tak demam Tamar. Hawa badan kamu macam biasa"
"Memang saya tak demam nek"
"Tapi kamu aku tengok resah tak tentu pasal"
"Hum..."
Saya menelentangkan badan. Nenek menyelimutkan sepasang kaki saya dengan gebar. Mungkin kerana rasa mengantuk yang amat sangat, nenek terus merebahkan badannya di lantai. Tidak sampai sepuluh minit nenek terus berdengkur. Saya terdengar suara perempuan memanggil nama saya dihalaman rumah. Saya segera membuka tingkap. Saya lihat perempuan yang baru mengunjungi saya sebentar tadi berdiri di tengah halaman sambil tersenyum ke arah saya. Kali ini dia memakai buju kebaya dan kain putih bersih. Rambutnya terhurai atas sepasang sayap bahu. Tangan kanannya melambai-Iambai ke arah saya.
Tingkap segera saya rapatkan. Mungkin ketika daun tingkap itu bercantum telah mengeluarkan bunyi yang mcnyebabkan nenek terjaga dari tidur. Dia terkejut melihat saya meninggalkan katil.
"Kenapa Tamar?"
Pertanyaan nenek tidak saya jawab. Cepat-cepat saya melangkah dan terus duduk di bibir katil. Sikap membisu saya menimbulkan rasa tidak puas di hati nenek. Dia segera mahu mendapatkan datuk yang berada di ruang tengah rumah. Sebelum nenek melangkah hasratnya itu saya halang.
SAYU
Saya bersyukur pada Allah. Nenek masih mahu mematuhi permintaan saya. Dia duduk di bibir katil merenung sayu ke wajah saya. Saya terus didakap keresahan yang memanjang.
"Kenapa kamu bangun Tamar?"
"Sengaja bangun, nek .. Tak ada apa-apa nek"
"Dengan aku kamu nak berbohong?"
Nada suara nenek merendah. Mengandungi rasa hampa dan kecewa yang amat sangat. Saya rasa bersalah kerana memperlakukan demikian pada nenek.
"Nek kenal tak dengan Siha, anak Haji Rashid?" "Kenapa dengan dia Tamar?"
"Masa saya pergi ke kaki bukit menengok jerat, saya jumpa dengannya. Dia kata ayam hutan di kaki bukit kepunyaannya."
"Baa...", mulut nenek terlopong macam orang terkejut besar. Dia renung kiri kanan. Nenek segera meraba pangkal leher dan terus termenung panjang.
"Agaknya kamu ni mimpi Tamar?"
"Tidak nek, tadi dia datang dan kirim salam pada nenek dan datuk."
"Eh, kamu jangan bergurau Tamar"
"Saya tak bergurau nek. Kenapa nek?", saya minta satu kepastian darinya. Nenek terus gelengkan kepala beberapa kali. Saya bertambah takjub. Kedinginan dinihari kian kuat menguasai kulit tubuh.
"Kenapa dengan perempuan tu nek, saya tak pernah dengar nama Haji Rashid dan anaknya, Siha"
"Kedua-dua manusia tu berada di kampung ni sebelum kamu dilahirkan. Aku kenal baik dengan kedua-duanya. Haji Rashid tu kawan datuk kau. Anaknya, si Siha memang terkenal dengan kecantikannya." .
"Begitu," saya segera memotong kata-kala nenek. Saya lihat nenek tersenyum. Nenek dapat membaca rahsia hati saya yang memang minat dengan cerita yang diluahkannya itu.
"Masa zaman Jepun, Haji Rashid di tangkap kerana menentang tentera Jepun. Dia dipancung hingga mati, mayatnya dibawa ke Pulau Pinang. Sampai sekarang tidak ada sesiapa yang tahu di mana kuburnya", nenek memulakan cerita di malam yang kian mendekati siang. Saya segera melompat dari katil lalu duduk di sisi nenek.
"Anak perempuannya bagaimana nek?" Tanpa sabar-sabar saya terus menyoal nenek yang kelihatan terpinga-pinga. Perlahan-Iahan nenek membetulkan silanya. Renung kiri kanan, macam ada sesuatu yang dibimbangkannya.
"Apa dah jadi pada Siha, bila ayahnya mati?", saya mendesak. Nenek menggigit bibir. Dia keberatan untuk menerangkan tentang Siha. Kenapa? Apakah Siha sudah meningalkan sumpahnya? Apakah cerita diri Siha memang jadi rahsia? Macam-macam persoalan dan pertanyaan timbul dalam tempurung kepala saya. Muka nenek saya tatap.
"Panjang dan sedih ceritanya," nenek memulakan. Silanya diperkemaskannya. Kedinginan terus menggigit kulit tubuh. Suasana dinihari terasa amat sunyi. Saya tumpukan seluruh perhatian pada nenek. Saya berdoa, semoga nenek tidak akan memberhentikan cerita tentang Siha, anak gadis Haji Rashid separu jalan.
"Sayang, gadis yang baik tu jadi korban”
"Korban siapa nek?"
"Korban nafsu tentera Jepun. Dua bulan sesudah ayahnya hilang, ibunya pula meninggal dunia. Dia marah pada Jepun, dia berpendapat semua kecelakaan yang terjaddi tu, berpunca dari Jepun."
"Jadi apa yang dilakukannya nek?"
"Dia terus menyerang pondok kawalan tentera Jepun di kepala simpang dengan pelepah kabung yang sudah ditajamkan, senjata tu dipanggil selegi kabung”
“Berapa orang yang dibunuhnya nek?”
“Tiga orang.”
“Hebat orang perempuan bunuh tiga orang askar Jepun.”
“Bukan sebarang perempuan, dia tu pendekar. Alang-alang lelaki jangan cuba nak rapat”, nenek terus senyum panjang.
Sebaik sahaja nenek selesai bercerita terdengar tapak kaki orang memijak dedaun kering diluar rumah. Saya renung muka nenek. Tidak lama setela itu terdengar suara perempuan batuk. Bulu roma saya mula tegak. Badan saya terus menggeletar bila terdengar bunyi suara orang perempuan berbisik sesuatu di luar rumah. Saya cuba mengamati buah butir perkara yang dibisikkan. Semuanya tidak jelas dan sukar dimengertikan.
“Jangan pedulikan semuanya itu”, datuk urut ibu jari kaki kanannya berkali. Nenek kelihatan tenang. Mala terus bangun menuju kearah pintu. Saya kira nenek mahu membuka pintu. Perkiraan saya itu tidak tepat. Nenek hanya berdiri disitu buat beberapa ketika. Kembali mendekati saya.
“Entah macam mana, Siha dapat diberkas oleh tentera Jepun. Tujuh oran tentera Jepun menangkapnya”, sambung nenek.
“Kemudian dia dibunuh?”, tanya saya.
“Tidak”
“Dia diperkosa tentera Jepun sampai mati?”
“Juga tidak”
“Habis, apa yang jadi padanya, nek?”
“Dia berjaya melepaskan diri dan terjun ke dalam sungai dan terus hilang sehingga sekarang”
“Ke mana agaknya dia menghilang, nek?”
“Entah”, nenek menggelengkan kepala.
Tetapi, nenek berpendapat sebagai makhluk, Siha pasti mati. Kalau masi hidup tentu dia kembali ke kampung halamannya. Lebih-lebih lagi bila dia mengetahui keadaan negaranya yang sudah bebas dari penjajahan Jepun dan Inggeris.
“Masa Jepun menyerah pada orang putih, ada orang melihat Siha berdiri di tepi tebing sungai waktu senja, kemudian ada orang melihat Siha bermain-main di halaman rumahnya waktu terang bulan. Bila ada orang-orang kampung menyebut namanya, dia akan datang dekat orang yang menyebutnya.”
“Berapa lama masa dia datang tu nek?”
“Sekejap aje, lepas tu dia hilang entah kemana. Masa darurat dulu ada orang ternampak dengannya. Kemudian orang-orang kampung baca Yasin beramai-ramai. Dia terus hilang, sekarang dia datang balik. Anehnya, dia mencari kamu", nenek menamatkan ceritanya. Dan saya tidak mahu bertanya tentang Siha pada nenek lagi.
Saya kembali atas katil semula. Nenek masih duduk sambil berdiri lutut. Perlahan-Iahan saya rebahkan badan atas katil untuk beberapa detik sahaja. Saya bangun kembali.
"Apa yang kita dengar tadi nek, bole jadi suara Siha?", saya tatap wajah nenek.
"Dia sudah tak ada, jangan fikirkan tentang dirinya. Kau tidur, jangan fikirkan perkara yang bukan-bukan. Kalau dia datang biar aku selesaikan," jawab nenek. Saya menarik nafas panjang-panjang. Rebahkan badan atas katil, kembali merenung lelangit rumah. Saya baca beberapa ayat Quran untuk mencari ketenangan dan akhirnya saya terlelap.
Bila kelopak mata saya buka, nenek sudah tiada di sisi. Rasa marah dan geram mula bersarang dalam dada. Kenapa saya ditinggalkan sendirian. Ini sudah keterlaluan? Di mana letaknya rasa kasih sayangnya pada saya? Dalam keadaan yang serba tidak kena itu, terdengar suara azan Subuh sayup-sayup menyentuh gegendang telinga.
Saya segera bangun lalu menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Keluar dari bilik air, saya lihat nenek berdiri dekat pintu dapur. Dia merenung ke arah saya dengan senyum.
"Cepat, datuk dan kawannya menanti di kaki tangga"
"Hum, saya fikirkan tadi nak sembahyang di rumah"
"Sudahlah, jangan banyak cerita. Pergi siap"
Saya terus masuk bilik. Pakai kain sarung dan baju kemeja putih. Songkok hitam saya letak melintang dikepala. Melangkah keluar menuju ke pintu.
"Apa yang kamu tanya, apa yang kamu rasakan, semuanya sudah nenek sampaikan pada datuk kamu", kata nenek sebaik sahaja saya melintas di depannya.
"Kenapa nenek cerita dengan datuk?"
"Itu cara yang baik, barangkali dia lebih banyak tahu perkara begitu dari aku”
“Tapi, saya tak suka, nek”
“Suka atau tidak, perkara tu dah terjadi”
Saya diam dan terus menggabungkan diri dengan datuk dan guru agama yang menanti di kaki tangga. Kami meredah kabus pagi yang bangkit dari permukaan tanah kampung. Langkah terus dipercepatkan. Sampai di masjid terus tunaukan sembahyang fardu dengan berimam tuan guru. Lepas itu diadakan kuliah Subuh. Kali ini memperkatakan tentang ilmu Tauhid.
Selesai mengikuti kuliah Subuh, semua paras jemaah bersarapan pagi diluar kawasan ruang sembahyang. Seorang penduduk yang baik bati menyediakan makanan dan minuman untuk sarapan. Satu hal yang membanggakan diri saya, orang kampung yang baik hati itu tidak pernah memberitahu pada para jemaah yang dia menyediakan sarapan pagi setiap kali kuliah Subuh diadakan. Hanya tuk siak dan bilal sahaja yang tahu.
Saya tidak tahu, siapakah manusia dermawan di kampung tumpah darah saya itu. Memang sukar untuk mengesaninya. Siak dan bilal tetap bersikap tutup mulut. Bagi mereka memberitahu nama penderma pada orang lain adalah perbuatan tidak amanah dan bersubahat menggalakkan amalan riak serta takbur dalam masyarakat Islam.
Bagi orang-orang kampung mereka menderma dengan rasa ikhlas pada saudara seagama dan sebangsa. Bukankah meringankan beban saudara seagama itu memang dituntut oleh Allah. Tetapi, bila pertolongan itu jadi bualan atau dihebohkan, perbuatan begitu memang tidak baik dan tidak digalakkan oleh Allah dan boleh mengurangkan pahala dari amalan yang kita lakukan. Orang-orang kampung rata-ratanya mendapat pendidikan dari sekolah atap di zaman penjajah begitu patuh dengan ajaran agama. Mereka tidak buat apa yang ditegah.
Mereka lakukan apa yang disuruh oleh Allah dengan rendah hati dan penuh kejujuran. Mereka bercakap benar. Menjaga amanah yang diberikan. Jika ada orang hulurkan wang derma untuk surau atau masjid, wang itu tetap digunakan untuk masjid, tidak hilan di tangan atau menjadi hak orang lain. Orang yang menderma pula tidak minta resit atau sebarang tanda yang mereka telah menderma.
Prinsip mereka mudah sahaja. Tuas mereka hulurkan derma dengan iklas. Tugas orang yang menerima derma mesti menjalankan kewajipan dengan betul hingga derma itu dapat dimanfaat seperti yang diingini. Kalau tukang kumpul derma menggelapkan wang derma tersebut, itu adalah urusan dirinya dengan Allah.
Oran yang menderma tak perlu mengheboh-hebohkan perkara tersebut. Tidak perlua menceritakan keburukan pengutip derma pada oran. Perbuatan membuka pekung seseorang pada orang lain adalah perbuatan yan ditegah oleh Allah.
Orang yang wajar bertindak iala ahli jawatankuasa masjid atau surau. Mereka boleh bermuafakat dengan orang yang melakukan kesilapan. Minta orang yang terlibat membetulkan kesilapan yang dibuat. Kalau orang yang terlibat tidak mahu, perkara tersebut dibawa ke pengetahuan pihak yang berkuasa.
Biasanya, orang yang melakukan kesilapan akan insaf dan terus membetulkan kesilapan yang dibuat. Bila perbuatannya dibetulkan, dia akan bertindak meninggalkan kampllng pindah ke tempat baru. Malu merenung muka penduduk kampung. Kalau tidak pindah, dia akan mengadakan majlis pertemuan dengan orang-orang kampung dalam masjid.
Dalam majIis pertemuan itu, pak imam akan bertindak sebagai kepala. Menerangkan pada orang kampung apa yang terjadi. Kemudian orang yang melakukan perbuatan salah itu segera bangun secara terbuka tentang perkara yang dilakukannya. Bila orang-orang kampung memberi jawapan yang mereka memaafkan perbuatannya itu, orang tersebut akan menemui setiap orang kampung. Majlis minta maaf itu akan diakhiri dengan pembacaan doa.
Orang-orang kampung diingatkan jangan mengungkit·ungkitkan perkara tersebut oleh pak imam. Biasanya, bila sudah diingati begitu, tidak ada seorang pun yang berani menyebut·nyebut perkara yang lalu. Di kampung, imam dihormati dan buah fIkirannya dikagumi. Biasanya, orang yang jadi imam orang yang sudah berumur, luas pengetahuan agamanya.
"Tamar, apa yang kamu ingat?"
Saya segera garu pangkal leher. Renung ke kanan, menatap wajah kawan yang menegur saya. Dia ketawa kecil. Renung hidangan di depan. Nasi lemak dan air kopi masih seperti tadi, tidak berubah tempat.
"Sejak duduk tadi, aku tengok kamu menung aje, tengok orang dah selesai makan, barang makanan kau tak jamah", tambah kawan itu.
"Aku memikirkan sesuatu"
"Apa yang kau fikirkan?"
"Tentang orang yang menyediakan sarapan pagi ni"
"ltu bukan urusan kita. Itu urusan penderma dengan Allah. Urusan kita ialah makan apa yang ada di depan kita"
"Betul juga cakap kamu", balas saya. Kami ketawa dan saya pula menjamah sarapan pagi.
Selesai sahaja bersarapan, saya terus mendekati datuk dan guru agama yang menanti saya di halaman masjid. Para jemaah seorang demi seorang pulang ke rumah masing-masing di bawah keramahan sinar matahari pagi.
"Datuk kamu dah ceritakan pada aku, apa yang kamu alami," guru agama itu renung muka saya dengan senyum. Saya tidak memberikan sebarang jawapan. Saya kira kisah itu tidak wajar diceritakan pada manusia seperti guru agama. Boleh mengganggu tugasnya.
"Perkara seperti itu tidak mustahil, apa yang mesti kamu fikirkan ialah betapa Maha Kuasa Allah. Boleh mengadakan sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan," lanjut guru agama itu lagi.
Saya renung muka datuk. lngin mendengar pendapat darinya. Datuk terus membisu. Dalam saat-saat demikian, saya kira tidak ada gunanya mengenangi apa yang telah terjadi. Saya mahu segera pulang ke rumah.
"Syaitan tak akan berhenti dari menguji keimanan manusia. Bila dunia dah kiamat, dah hancur baru syaitan berhenti menyesatkan manusia," terdengar suara datuk seperti orang merungut.
Guru agama yang berdiri tidak jauh darinya dapat mengikuti dengan teliti apa yang diucapkan oleh datuk.
"Ini sudah jadi perkara biasa. Kita harus mengawal diri supaya jangan terpengaruh, terutama mengawal keinginan dan nafsu", sahut guru agama sambil meraba-raba pangkal dagunya dua tiga kali.
"Barangkali ini ujian untuk manusia"
"Perkara ini, bukannya barangkali, tetapi memang benar dihadapkan pada manusia untuk menguji sejauh mana kemampuan akal fikiran manusia digunakan dengan sebaik mungkin".
"Ya, itulah kebesaran Allah", ucap datuk setelah mendengar kata-kata yang dihamburkan oleh guru agama.
Guru agama terus mendekati saya. Bahu saya ditepuknya dua tiga kali. Matanya menatap seluruh wajah. Dia senyum.
"Bila kamu diberikan kekayaan, kau jangan lupa kekayaan itu bukan milik kamu"
"Sebab?", saya bertanya.
"Kekayaan itu milik Allah, kau cuma diberikan amanat, untuk menjaga dan menggunakannya. Di akhirat nanti, cara kita menggunakan dan memanfaatkan kekayaan akan disoal”.
"Oh", mulut saya terlopong.
"Kekayaan yang ada itu, pada bila-bila masa saja boleh diambil oleh Allah dengan berbagai-bagai cara seperti dicuri orang, terbakar dan macam-macam lagi."
"Begitu", saya anggukkan kepala.
Senyum guru agama bertambah lebar. Datuk tetap memperhatikan dengan teliti segala tindak-tanduk guru agama pada saya. Sesekali saya lihat datuk senyum.
"Eloklah diberikan nasihat padanya", suara datuk meninggi.
"Bukan nasihat, kami bercerita," jawab guru agama.
"Bercerita?", saya terkejut.
Datuk terus ketawa. Saya tidak tahu apa yang menggelikan perasaannya hingga datuk ketawa begitu.
"Saya bercerita, terpulanglah pada kamu untuk gunakan akal fikiran, apakah perkara yang saya ceritakan itu memang benar atau tidak? Kalau benar atau betul kau ikut, kalau salah kamu buang", lanjut guru agama.
"Cucu saya tu, tak faham bercakap macam tu, dia tak faham bahasa kiasan", sahut datuk.
''Tak apa, suatu hari nanti dia akan faham", sanggah guru agama. Datuk anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat guru agama tersebut.
Panas pagi mula beransur keras, langit nampak cerah dengan gumpalan awan putih bersih. Guru agama segera mendekati datuk. Hulurkan tangan. Buat beberapa saat tangan mereka bergoncangan.
"Saya balik dulu", lembut suara guru agama.
"Selamat jalan. Kalau ada umur kita jumpa lagi".
"Saya juga berharap macam tu. Jaga cucu awak baik-baik".
"Insya-Allah", jawab datuk.
Kami pun berpisah dengan guru agama tersebut. Kata datuk, rumah guru agama agak jauh. Kira-kira lima puluh batu dan terpaksa naik bas.
"Berapa dia dapat duit mengajar tuk?"
"Hum...", datuk seperti tersentak. Langkahnya terus dimatikan matanya merenung langit dan awan.
"Kenapa kamu tanya macam tu Tamar?"
"Setahu saya, bila seseorang itu dipanggil guru dia dapat gaji macam guru sekolah, ada kereta dan rumah tapi guru ini naik bas pula?"
Datuk menggaru kulit pipinya yang tidak gatal. Perjalanan yang terhenti diteruskan kembali.

Sudah hampir lima rantai berjalan.
Datuk tidak juga menuturkan sesuatu. Saya masih sabar menanti jawapan
darinya. Tetapi, lama-kelamaan rasa sabar itu segera bertukar menjadi
rasa cemas dan takut.
Mungkin datuk tersinggung atau mungkian dia marah dengan pertanyaan-pertanyaan yan saya ajukan kepadanya. Tak mengapa, apa pun yang akan terjadi terpaksa saya hadapi. Sesunguhnya, saya ingin mengetahui sesuatu dengan jelas dan tepat. Saya kira apa yang saya lakukan itu meman wajar, fikir saya sendirian.
"Imam beri dia duit, yang dikumpul dari derma para jemaah", tanpa diduga datuk bersuara. Melenyapkan kebimbangan yang bersarang dalam dada saya.
"Berapa dia dapat tuk?"
"Itu aku tak tahu, biasanya tak banyak"
"Tak banyak tu berapa tuk?", saya terus mendesak.
"Kamu ni, suka sangat bertanya. Kamu tahu, dia cuma ambil dit tambang dia datang dan balik, kemudian dia ambil tiga empat ringgit untuk beli beras"
"Kalau macam tu, sampai bila-bila pun dia tak senang".
"Dia bukan nak cari kesenangan, dia mahu menyebarkan ilmu agama pada umat Islam, itu sumbangannya. Kamu harus tahu setiap kita yang hidup ini, bila mati akan disoal apa sumbangan kita pada agama dan manusia".
"Hum... Kalau macam itu sampai bila pun dia tak akan senang"
"Eh kamu", datuk terus menengking saya.
Saya terdiam, sesungguhnya saya terkejut dengan perubahan sikap datuk dari ramah bertukar menjadi bengis dan marah-marah.
"Aku tak mahu kamu tanya tentang guru tu, dia tidak mengharapkan wang ringgit dari hasil usahanya", kata datuk dan saya mula mengetahui punca datuk menengking saya.
"Dia mengajar dengan ikhals, dia tidak mengharapkan wang ringgit", kata datuk lagi, mengulangi apa yang telah diucapkannya.
"Begitu, tapi ada orang mengajar agama kerana wang".
"Itu bukan mengajar namanya, Tamar".
"Kalau bukan mengajar, nak sebut apa tuk?"
"Jangan kamu tak tahu, itu namanya gunakan agama untuk cari duit, itu perbuatan tak ikhlas, faham. Jangan tanya-tanya hal itu lagi".
"Baiklah tuk".
Perjalanan seterusnya terasa sunyi. Cuma kicau burung yang terdengar. Saya mengambil sikap mengunci mulut dan berazam tidak akan menyoal datuk hinga sampai ke kaki tangga. Tanpa diduga, datuk bersuara.
"Kamu balik dulu, aku ada hal".
"Tuk nak kena mana?"
"Aku nak pergi ke kaki bukit, nak tengok jerat yang kamu tinggalkan petang semalam".
"Baik tuk balik dulu, lepas tu kita pergi bersama".
"Tak payah, beritahu pada nenek kamu aku ke sana".
"Jangannnnnn...", jerit datuk. Mukanya nampak merah. Saya segera mempercepatkan langkah ke rumah.
Dalam asyik melangkah itu, saya terpandangkan sepasang anak kucing bermain-main di tepi jalan. Timbul keinginan untuk menangkapnya. Saya terus mendekati dan sepasang anak kucing itu melompat ke dalam semak. Saya terus memburu. Rupa sepasang anak kucing itu sungguh menarik, berbeza dengan anak kucing peliharaan. Bulunya memikat dengan jalur yang besar dan terang.
Makin saya kejar, makin manja sepasang anak kucing itu melompat-lompat di hadapan. Seolah-olah mcncabar saya supaya menangkapnya. Keghairahan saya kian menjadi untuk memiliki dan memelihara sepasang anak kucing tersebut. Kerana asyik memburunya, dua tiga kali saya terjatuh. Akibatnya kain yang saya pakai terus koyak, begitu juga dengan baju. Songkok yang dipakai, tidak lagi berada di kepala. Sudah hilang, entah di mana jatuhnya, saya sendiri tidak tahu. Pedulikan dengan songkok.
Tiba-tiba saya dapati diri saya sudah berada jauh dalam hutan. Saya tidak mahu sorot kembali, walau apa pun yang terjadi, sepasang anak kucing itu mesti saya tangkap. Badan saya mula berpeluh dalam sinar matahari pagi yang kian keras. Dalam keadaan yang tercungap-cungap itu, hutan tebal saya redah.
BERHENTI
Sepasang anak kucing itu berhenti dari berlari, masuk ke kawasan yang ditumbuhi dengan pepokok kecil. Tidak jauh dari pepokok kecil itu terdapat sepohon pokok yang amat besar. Akar-akar berjuntaian di dahan, kerana daunnya terlalu lebat, sinar matahari tidak sampai ke kawasan tanah di bahagian pangkal pokok. Walaupun begitu, keadaan sekitar kawasan bawah pokok kelihatan bersih.
Dalam sekelip mata sahaja sepasang anak kucing hilang di pangkal pokok besar. Saya kira, anak-anak kucing itu pasti menyembunyikan diri dalam lubang yang terdapat di perdu pokok. Saya melangkah dengan perlahan-lahan, saya berusaha supaya ranting dan daun kering yang dipijak tidak mengeluarkan bunyi yang akan mengejutkan anak-anak kucing tersebut.
Hidung saya mula terhidu bau yang kurang menyenangkan. Saya yakin bau itu adalah bau binatang. Tetapi, saya tidak dapat mempastikan apakah bau itu dari binatang yang merbahaya atau sebaliknya. Kerana mahu menangkap anak-anak kucing, bau tersebut tidak saya perhiraukan, saya terus berjalan membongkok menyusup di bawah akar-akar yang berjuntaian.
Secara mendadak sahaja hati saya berdebar, kaki saya tidak berdaya melangkah, perkara yang tidak pernah terlintas dalam otak, kini wujud di depan mata. Badan saya berpeluh.Ya Allah, selamatkan aku dari kecelakaan dan bencana ini. Sesungguhnya, kerana gagal mengawal nafsu dan keinginan membuat aku jadi susah. Mencari celaka sendiri. Tolonglah, suara batin saya terus meraung. Badan terus menggigil. Perlahan-lahan saya rendahkan badan lalu duduk dibalik pokok besar.
Saya kumpulkan tenaga untuk memulakan langkah seribu. Ternyata saya tidak berupaya berbuat demikian. Saya rasa, maut sudah hampir benar dengan saya. Dalam keadaan terdesak saya teringatkan surah Al-Fil. Kata datuk, kalau surah itu dibaca dalam keadaan diri kita terdesak, boleh menguatkan jiwa, berani mengadap sesuatu dengan cekal.
Dengan terketar-ketar saya menyebut surah al-Fil yang bermula dengan: Alam tarakai fafa 'ala Rabukka bi asha bil fil... ayat itu saya ulang berkali-kali. Rasa gementar pun hilang. Saya serahkan diri saya pada Allah. Kalau janji saya mahu mati di pangkal pokok besar ini, tetap saya terima. Kalau saya terselamat saya bersyukur pada Allah kerana usia dilanjutkan lagi.
Perlahan-lahan saya bangun dan merenung ke arah tanah yang agak lapang. Saya perhatikan sepasang anak harimau (yang pada awalnya saya sangka anak kucing) bermain-main dengan ibunya. Ekor ibunya bergerak-gerak. Sesekali menampar dan menggigit badan anaknya yang nakal. Entah macam mana, ibu harimau itu terpandang ke arah saya. Ia segera bangun dan membuka mulut, memperlihatkan gigi dan lidahnya.
Semuanya, terpaksa saya hadapi dengan tenang. Hati saya tidak pernah penat membaca Surah Al-Fil. Satu saat mata saya dengan mata harimau bertentangan. Perlahan-lahan harimau merendahkan badan. Berguling-guling di bumi bermesra dengan sepasang anaknya yang comel.
Saya segera meletakkan telapak tangan ke bibir. Saya terkejut melihat perangai harimau beranak dua itu. Tidak mempedulikan kehadiran saya. Ternyata harimau itu tidak mahu menjadikan diri saya sebagai musuh utamanya. Saya harus menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin. Ketika itu juga, saya teringat kata orang tua-tua yang berbunyi "Musuh jangan dicari. Tuah jangan ditolak". Berpegang pada kata-kata tersebut, saya segera berundur setapak demi setapak.
Setelah dihitung, lebih dari dua puluh tapak saya undur ke belakang dan yakin harimau tidak akan mengikuti saya. Cepat-cepat saya memusingkan tubuh (membelakangi harimau) lalu memulakan langkah seribu. Saya terus memecut dengan sekuat hati, bagaikan tidak cukup bumi. Sambil berlari, saya merenung ke belakang. Saya bimbang, kalau harimau beranak dua menyusuri jejak langkah saya.
SELEKOH
Sampai di satu selekoh kecil yang kerap digunakan oleh orang-orang kampung sebagai jalan pintas pergi ke hutan mencari rotan, saya toleh ke belakang. Dalam perhitungan saya, itulah renungan terakhir untuk harimau dan anak-anaknya. Beberapa langkah dari selekoh kecil itu adalah kawasan perkampungan yang subur dengan pepohon pisang dan perdu tebu.
“Aduh”
Saya terasa bahu sebelah kanan terlanggar sesuatu yang lembut dan badan saya ikut jatuh bersama benda yang saya langgar itu. Apa yang saya lihat ialah kepulan awan putih. Saya tidak terdaya mahu merenung ke kiri dan kekanan. Bila saya gerakkan anggota tubuh terasa sakit. Dalam keadaan yang agak cemas itu, saya terasa benda yang saya langgar bergerak lemah. Serentak dengan itu saya terdengar desir nafas.
Apakah desir nafas itu dari manusia? Atau dari ular sawa? Timbul pertanyaan dalam diri. Kata orang, hembusan nafas ular sawa yang tertindih, tidak jauh bezanya dengan hembusan nafas manusia. Saya jadi panik dan saya kira saya jatuh atas lingkaran badan ular sawa. Saya tidak berani menggerakkan badan dan saya pasrah pada Allah.
Saya segera membayangkan, sebentar lagi ular sawa yang tertindih itu akan membelit tubuh saya lalu menjerutnya dengan sekuat hati. Segala tulang-temulang saya remuk. Badan menjadi lembik dan ular menelan saya perlahan-lahan. Benda yang saya tindih terasa bergerak dan sepasang tangan memeluk tubuh saya erat-erat. Saya cuba meronta-ronta. Sehelai daun tebu jatuh atas pipi kiri. Saya mula terasa miang.
“Babi kamu Tamar, lari tak tengok orang,” terdengar rungutan.
Serentak dengan itu badan saya di angkat dan ditolak ke kanan dengan kuat. Saya jatuh atas dedaun tebu kering. Saya terpaksa bangun perlahan-lahan diperdu tebu.
"Kamu tak ada otak”, sambung Mazlan lalu mencabut golok perak di pinggang. Saya lihat mukanya bercalar terkena tebu muda. Bajunya koyak, kain ikat kepalanya terlucut.
"Kalau orang lain, aku tikam kamu dengan golok ini sampai terburai isi perut. Kamu tengok botol kopi aku pecah, nasi bekal aku habis bertabur atas tanah", lanjut Mazlan yang kerja sehari-hariannya mencari rotan. Saya terdiam.
Saya lihat air kopinya yang meresap ke bumi, saya lihat bekalnya bertaburan. Timbul rasa belas dalam hati.
"Kamu bayar semua ini?”, Mazlan mula mengugut.
"Aku tak sengaja”.
"Tak sengaja, kepala bapak kamu".
“Maafkan aku Mazlan, aku tak sengaja"
“Bodoh, sial", kutuk Mazlan.
“Cakap jangan sebarang, silap cakap buruk padahnya", rasa marah mula meruap dalam dada saya. Terasa malu dan hilang harga diri bila disebut bodoh dan sial. Mazlan yang lebih besar bentuk tubuhnya itu saya renung.
“Ada mata, tak tahu nak guna, lari membabi buta inilah akibatnya. Ada otak tak tahu guna”, Mazlan membakar perasaan saya dengan kata-kata yang amat menyakitkan.
“Kamu juga tak tahu gunakan mata, kalau kamu gunakan mata tentu kamu boleh mengelak bila aku datang", saya meningkah. Kata-kata itu menaikkan kemarahan Mazlan seratus-peratus. Matanya tidak berkedip merenung muka saya. Mazlan menerpa ke arah saya sambil mengangkat goloknya tinggi-tinggi. Bila dia menjatuhkan goloknya ke arah bahu kanan saya, Cepat-cepat saya mengelak dan melepaskan buah silat lalu menendang tangan yang memegang golok. Mazlan terdorong ke kiri. Mata goloknya yang tajam sempat merebahkan lima batang tebu dalam sekelip mata.
Andainya saya tidak sempat mengelak, bukanlah satu perkara yang mustahil tali perut saya bertabur atas bumi. Mazlan yang marah itu terus bangun serta-merta. Dia membuka langkah silat. Saya tergamam. Bukanlah mudah untuk menentang kawan seperguruan. Masing-masing tahu kelemahan dan kelebihan rentak serta langkah masing-masing. Siapa silap membaca langkah dan lambat bertindak, orang itu pasti tewas.
“Jaga kamu Tamar”
Mazlan terus menyerang. Saya mengelak lagi sambil menyusun langkah di balik batang tebu. Mazlan bertambah marah. Dia tahu saya cuba menjadikan batang-batang tebu yang tumbuh itu sebagai perisai. Dia terpaksa merebahkan batang-batang tebu terlebih dahulu, sebelum menghunuskan mata goloknya ke tubuh saya. Mazlan terus bertindak macam orang gila. Semua batang tebu yang saya jadikan perisai habis rebah ke bumi. Saya terdesak.
“Hei, kamu tahu, aku langgar kamu tadi kerana harimau kejar aku”, saya menjerit. Langkah silat dan gerak tangan Mazlan yang pantas bergerak, terhenti serta-merta.
“Apa Tamar?”
“Aku dikejar harimau, fasal tu aku lari”
“Tamar", suara Mazlan lemah. Golok di tangannya terlepas.
“Harimau, aku dikejar harimau",saya bersuara dengan keras dan berpusing ke kanan lalu lari.
“Tamar, nanti dulu”, pekik Mazlan. Saya berhenti berlari dan menoleh ke arahnya.
“Aku tak boleh tunggu kamu, Mazlan. Aku takut”
“Tunggulah, aku maafkan kamu. Jangan tinggalkan aku”, suara Mazlan bertambah lantang. Rasa belas timbul dalam hati. Ingin sekali saya memenuhi permintaannya. Bagaimana? Bila sudah berdekatan dia bertindak lain pula, mana tahu dia terus menyerang. Mungkin saya menemui ajal di hujung goloknya atau cedera parah. Cakapnya, bukan boleh dipercayai. Hati manusia selalu berubah. Sebelum sesuatu yang buruk terjadi. Ada baiknya, saya melupakan tentang dirinya. Pergi jahanam dengan Mazlan. Saya membuat keputusan nekad.
“Maafkan aku Mazlan, aku tidak boleh menolong kamu", jerit saya lalu membuka langkah semula. Melihat saya tidak mahu menunggunya, Mazlan segera renung kiri dan kanan dengan wajah yang amat cemas. Beberapa detik kemudian, Mazlan terus membuka langkah seribu. Saya lari arah ke rumah datuk dan Mazlan lari ke rumahnya. Dia terus berteriak sepanjang masa berlari.
"Tolong, harimau, harimau masuk kampung", teriaknya bertali-tali. Berjaya menarik perhatian para penduduk kampung. Mereka keluar beramai-ramai ke halaman rumah dengan rasa terkejut dan hairan. Beberapa orang dari mereka yang turun ke sawah dan ke kebun pagi itu terpaksa membatalkan rancangan mereka. Anehnya, tidak sampai setengah jam kemudian, keadaan kampung jadi haru-biru.
Bermacam-macam cerita yang menakutkan mula timbul.
MENGADU
"Dah dua orang di baham harimau keramat", kata seorang penduduk yang datang mengadu pada datuk. Saya yang kepenatan terus duduk di kerusi kayu dekat tiang seri di bawah rumah. Datuk pula yang kebetulan baru sahaja pulang dari melihat jerat di kaki bukit termenung sejenak. Wajah penduduk kampung yang singgah di kaki tangga direnungnya.
“Jadi kamu ni nak ke mana?”, tanya datuk.
“Nak ikut orang-orang kampung menghalau harimau keramat dan nak ambil mayat orang yang dibahamnya", terang penduduk tersebut. Saya melagakan gigi atas dengan gigi bawah dua tiga kali. Baru setengah jam saya meninggalkan pinggir hutan bermacam-macam cerita terjadi.
“Siapa yang kena baham harimau tu?”
“Zaharin, anak Alang Usman"
“Mana kamu tahu?", soal datuk bersungguh-sungguh. Rasa penat yang menguasai diri saya beransur kurang. Saya lihat beberapa orang kampung membawa kayu dan parang berlari ke arah pinggir hutan. Datuk jadi cemas melihat keadaan tersebut.
“Aku baru balik dari kaki bukit, aku tak nampak apa-apa", datuk menarik nafas sambil menggaru pangkal dagunya.
“Itu saya tak tahu, orang-orang kampung semuanya dah bersiap sedia nak halau harimau”
“Dari mana kamu tahu semuanya ini?", datuk mula mencungkil rahsia.
“Si Ramli beritahu. Dia dapat cerita dari Suhaimi dan Suhaimi pula dapat tahu dari Syamsuri dan Syamsuri dapat cerita dari siapa saya tak tahu", orang itu menelan air liur. Di mukanya terbayang keresahan. Tidak suka dirinya disoal begitu.
“Kalau awak nak ikut mari, saya nak bantu orang kampung, kemudian nak cari mayat si Zaharin", orang itu memberi kata putus lalu melangkah meninggalkan datuk. Dua tiga kali datuk gosok pangkal hidung. Dia jadi serba salah. Hati menyuruh pergi, sedangkan fikirannya menyuruh dia bersabar.
Setelah ditilik dan ditimbang dengan teliti, datuk membuat keputusan untuk mengikut kata hatinya. Datuk segera mengikut langkah lelaki itu. Dua kali saya memanggil nama datuk. Sayang, seribu kali sayang, panggilan saya tidak dapat ditangkap oleh gegendang telinga datuk. Dia memburu lelaki itu. Mereka bersatu dan melangkah seiring sebaik sahaja sampai dekat pokok tualang yang mati pucuk. Rasa sesal mula bertandang dalam hati. Kerana penat berlari saya tidak dapat menerangkan keadaan sebenar pada datuk.
Apa yang perlu dilakukan sekarang? Perkara yang wajar dibuat, ikut datuk dan lelaki itu. Terangkan keadaan sebenar pada mereka. Itu keputusan yang saya ambil. Tanpa berlengah-lengah lagi saya terus mengejar datuk. Bukan mudah mahu mendekati mereka. Mereka sudah terlalu jauh. Saya terus berlari. Saya berazam, bila datuk menoleh ke belakang, saya akan melambaikan tangan ke arahnya.
Apa yang saya harapkan itu tidak menjadi kenyataan. Datuk dan lelaki itu sampai ke pinggir hutan (di tempat saya melanggar Mazlan hingga jatuh). Bila saya sampai ke tempat tersebut, datuk dan lelaki itu sudah meninjau ke arah lain. Melihat batang-batang tebu yang bcrsepah. Badan saya berpeluh, saya lihat ramai orang-orang kampung di situ. Beberapa orang dari mereka memikul senapang kampung berlaras satu dan dua. Sebahagiannya membawa kayu dan parang panjang. Keadaan di situ memang kelihatan sibuk.
Semua yang hadir bercakap besar. Masing-masing mahu membantai harimau jahanam sampai mampus. Beberapa orang pemuda membawa buluh kuning yang sudah ditajamkan.“Kamu hidup lagi, tadi dia orang kata kamu dibaham harimau, badan kamu dah dibawa harimau ke dalam hutan", kata Shahril lalu melihat tubuh saya atas bawah. Dia bagaikan tidak percaya yang dirinya sedang berdepan dengan kawan sekampung yang pernah main gasing dan guli. Malah pernah bertumbuk kerana kalah main congkak.
“Dari mana kamu dengar cerita ni, Sha?”
“Jaafar, dia dapat cerita dari Mazlan", Shahril terus memerhatikan pakaian saya yang terdapat kesan tanah dan koyak. Dia melihat lengan kanan saya luka dan bercalar. Wajahnya jadi cemas.
“Kau berjaya selamatkan diri dari harimau, kau gunakan ilmu silat menentang harimau, kau memang handal", jerit Shahril hingga menarik perhatian orang-orang lain. Dalam beberapa detik sahaja saya terus dikerumuni oleh orang-orang kampung. Saya jadi resah. Terasa seram sejuk, bila bercupak-cupak biji mata orang kampung tertumpu ke arah saya.
Dari raut muka dan gerak-geri beberapa orang dari mereka secara terang-terangan mengagumi kehebatan saya. Mulut Shahril yang tidak terkawal itu terus memuji-muji diri saya. Dalam keadaan yang serba tidak kena itu, saya lihat datuk dan kawannya berdiri tidak jauh dari depan saya.
“Mana satu yang betul, tadi orang ini mengatakan Zaharin anak Alang Usman yang dibaham harimau. Sekarang dah lain pula orangnya",datuk melangkah setapak, memisahkan dirinya dari kumpulan orang ramai. Jari telunjuknya masih mengarah kepada lelaki di sebelahnya.
“Siapa di antara kita yang berbohong. Perkara mati jangan dibuat main-main, boleh menyusahkan orang yang hidup, terutama keluarga yang terbabit", sambung datuk lagi. Semua wajah orang kampung ditatapnya satu-persatu.
“Kamu Sha", jari telunjuk datuk menghala ke arah Shahril,"Jumpa Jaafar di mana?”, lanjut datuk lagi.
“Dekat kedai, dia dapat cerita dari Mazlan", jawab Shahril dengan tenang dan penuh keyakinan. Orang kampung berpandangan sama sendiri. Mereka masih tertanya sesama sendiri, macam mana cerita seperti ini boleh tersebar dengan luasnya.
“Itu dia Zaharin", kata salah seorang dari kumpulan orang kampung. Semua biji mata tertumpu arah selatan. Zaharin berjalan dengan tenang keluar dari rerumpun pokok kecil sambil membuka kain ikat kepalanya. Dia mendekati kumpulan orang kampung.
“Kenapa berkumpul? Ada apa-apa masalah?”, tanyanya.
“Kami dapat tahu kamu dibaham harimau", jawab rakan datuk.
“Dibaham harimau? Siapa yang beritahu?”, Zaharin kehairanan.
“Mazlan", jawab datuk.
“Hiss...ini dah mengarut, memang kami berdua nak ke hutan mencari rotan. Saya masuk ke hutan dulu dan berjanji dengannya bertemu di tempat biasa”, Zaharin berhenti bercakap. Sepasang matanya merenung tepat ke wajah saya. Dia menarik nafas dan melepaskannya dengan perlahan-lahan. Hati orang-orang kampung terus berdebar, menanti cerita darinya.“Saya tunggu-tunggu, dia tak datang. Saya keluar ni nak cari dia", terang Zaharin dengan wajah kesal. Dia sendiri terasa aneh, macam mana cerita dirinya dibaham harimau boleh timbul.
“Kita ni sebenarnya, salah faham. Bila dah salah faham kita pula tak mahu mencari macam mana punca salah faham tu boleh timbul", datuk bersuara dengan rasa kecewa. Tanpa disangka-sangka sepasang mata datuk tertumpu ke arah saya.
“Kamu ni, apa kena calar-balar? Pakaian koyak-rabak apa fasal? Apa tadi kamu tak terus pulang ke rumah", saya tergamam dengan pertanyaan yang tidak diduga sama sekali keluar dari mulut datuk. Saya renung ke arah Shahril minta simpati dan bantuan darinya.
“Kamu mesti selesaikan perkara ini, terangkan pada kami kedudukan sebenar. Macam mana kamu dengan Zaharin disebut-sebut sudah dibaham harimau?", terdengar suara dari arah belakang. Saya renung ke arah datuk. Dia nampak serius. Tunduk merenung bumi.
“Ceritakan, kami nak tahu siapa yang bawa cerita palsu ini?", terdengar lagi suara dari arah belakang.
“Ya, kami nak tahu", sahut dari sebelah kiri. Saya jadi serba salah.
“Begini mulanya, sa...”, saya tidak terdaya meneruskan kata-kata. Diganggu oleh bunyi sorakan yang kuat dari arah pangkal kampung. Saya segera menoleh ke arah tersebut. Apa yang saya lihat amat mengejutkan. Mazlan dipegang oleh beberapa orang lelaki dan dibawa ke arah kami. Mazlan meronta-ronta dan cuba menendang ke kiri dan ke kanan. Usahanya itu tidak mendatang apa-apa hasil. Orang-orang kampung yang memegangnya bukan orang lain tetapi dari keluarganya sendiri.
“Sekarang terangkan pada kami macam mana perkara ini boleh terjadi", Usman, Abang Mazlan yang paling tua bersuara. Mazlan merenung ke arah saya.
“Kau terangkan Tamar", katanya.
“Aku, Mazlan?”
“Ya, siapa lagi kalau bukan kamu”
“Hum", kata saya lalu renung muka datuk Perlahan-lahan datuk anggukkan kepala suruh tunaikan permintaan Mazlan. Semua orang kampung yang berada di situ tatap muka saya kembali.
"Tadi balik dari masjid saya nampak anak harimau. Saya ikut sampai dalam hutan dan tengok ibunya. Kemudian saya lari kerana takut. Masa lari tu saya terlanggarkan Mazlan", dengan tenang saya mulakan cerita. Semua orang kampung terdiam. Masing-masing pasang telinga mahu dengar cerita dari saya.
Tangan Mazlan tidak lagi dipegang oleh keluarganya. Dia dilepaskan. Miang daun tebu jelas kelihatan lekat di pipi dan baju Mazlan. Lengan dan pipinya calar balar. Ada kesan lukadipangkal kening kirinya.
"Bila saya langar Mazlan, dia terus marah dan nak tikam saya dengan golok", saya sambung kembali cerita yang terputus.
“Lepas tu apa yang terjadi?, soal Abang Mazlan.
"Kami bergaduh. Masa bergaduh tu saya beritahu Mazlan ada harimau kejar saya. Mazlan terkejut. Masa Mazlan tergamam tu saya tinggalkan dia"
"Kamu lari ke mana?", datuk ajukan pertanyaan.
“Saya lari ke rumah, Mazlan saya tak tahu ke mana dia pergi"
“Habis siapa yang beritahu orang kampung tentang harimau yang mengganas?", lelaki di sisi datuk menyoal. Saya terdiam dan terfikir bahawa soalan yang diajukan ada kena-mengena dengan diri Mazlan. Ada baiknya Mazlan menjawab pertanyaan tersebut.
“Saya yang beritahu, saya menjerit sepanjang masa saya berlari. Saya beritahu, harimau, harimau", Mazlan menyelesaikan kebuntuan yang bersarang dalam hati saya.
“Habis, macam mana boleh timbul aku yang kena baham harimau?”, mendadak sahaja Zaharin menyoal. Saya lihat Mazlan menarik nafas lemah.
“Masa lari tu, saya jumpa Jaafar dia tanya kamu, aku kata kamu di hutan. Itu saja", dengan penerangan Mazlan itu kesilapan kian terserlah. Dan tanpa diduga, Jaafar yang ada dalam kumpulan orang kampung tampil ke depan.
“Cakap Mazlan tu betul. Apa yang saya dengar saya beritahu orang kampung, saya cuma menambah sikit cerita tu dengan menyebut mungkin Tamar mati dibaham harimau, begitu juga dengan Zaharin yang ikut Mazlan ke hutan. Entah macam mana cerita itu boleh berubah begitu jauh", Jaafar bersuara dengan rasa penuh kesal.
Orang-orang kampung segera gelengkan kepala. Beberapa orang dari mereka segera mencampakkan kayu yang mereka bawa ke dalam hutan. Manakala yang memikul senapang terus mengeluh dengan penuh rasa kesal.
“Semuanya terjadi kerana tidak ada usul periksa, terlalu cepat bertindak ikut perasaan. Apa salahnya bila dah dengar khabar ada yang kena baham harimau pergi tanya keluarganya dulu sebelum beritahu orang lain", lelaki di sisi datuk melepaskan kehampaan. Dia wajahnya terbayang rasa kecewa yang amat sangat. Mungkin dia merasa dirinya bersalah kerana menyampaikan berita yang tidak tepat kepada datuk dan kemudian mengheret datuk ke mari.
“Tak apalah, jadilah semuanya ini satu pengalaman dan pengajaran. Di masa-masa akan datang jangan diulangi", ujar datuk dalam nada suara yang lembut. Dengan penuh hormat datuk menggesa orang-orang kampung yang berkumpul itu supaya bersurai. Permintaan datuk diperkenankan.
MARAH
Kerana marah dileter oleh datuk agak lama, saya mengambil keputusan memprotes perbuatannya itu. Saya mengelakkan diri dari memandang wajahnya serta tidak mahu bertutur walau sepatah pun perkataan dengannya.
Sejak lepas makan tengah hari, saya terus meninggalkan rumah. Menghabiskan masa dengan kawan-kawan bermain catur di bawah pokok cempedak dekat surau. Jemu main catur, kami main gasing atau godam. Kawan-kawan bagaikan bersimpati dengan saya. Tidak seorang pun yang mahu bertanya berhubung dengan peristiwa pagi tadi. Mereka melupakan terus bagaikan peristiwa itu tidak pernah terjadi.
“Tamar, aku nak cari kerja, kau nak ikut?”, Najib anak anggota polis yang baru bersara membisikkan ke telinga saya.
Saya tergamam sebentar. Otak saya ligat berfikir, apakah cadangan Najib itu wajar saya terima atau saya tolak.
“Kerja apa kau nak minta?”
“Aku nak minta polis, aku dapat tahu tak lama lagi polis nak cari orang baru. Aku nak minta kerja tu di Alor Setar"
“Kenapa nak pergi ke sana. Alor Setar tu jauh Jib"
“Di sana peluang aku cerah”
"Peluang kau cerah di sana?”, saya bertanya hairan. Sukar untuk menerima alasan yang dikemukakan oleh Najib. Mungkin dia mahu bergurau dengan saya. Mungkin kerana Najib tidak mahu rancangannya diketahui oleh kawan-kawan yang lain dia segera menarik tangan saya menuju ke warung Wak Dollah. Kami duduk di bangku yang agak tersorok dari pandangan orang ramai. Najib minta dua cawan kopi sambil memberitahu saya:
“Kamu jangan bimbang Tamar, hari ini aku belanja kamu. Tapi, kamu mesti ingat, aku cuma belanja minum saja. Kalau kamu makan kuih, sendiri bayar”
"Aku tahu, kamu bukannya ada duit sangat”
“Kamu bijak", jawab Najib bérjenaka. Serentak kami ketawa. Beberapa detik kemudian air kopi yang dipesan diletakkan oleh Wak Dollah atas meja depan kami.
“Sebab aku nak ke Alor Setar kerana harapan aku nak dapat kerja cukup cerah", Najib membuka rahsia. Memang saya tahu, kedua orang tua Najib berasal dari Alor Setar. Datang ke kampung kelahiran saya sejak Najib dilahirkan. Kedua orang tuanya mahu memperjudikan nasib di rantau orang. Mereka membeli tanah sawah. Ternyata usaha kedua orang tua Najib berhasil. Dari sekeping tanah, mereka berjaya membeli berpuluh keping tanah sawah dan jadi orang yang agak kaya dan ternama di kampung saya.
“Bapa saudara aku jadi OCPD di Alor Setar, dia boleh tolong rekemenkan aku. Kalau kamu mahu, dia boleh tolong", satu cadangan dan harapan yang amat baik dari Najib. Soalnya, apakah datuk bersedia mengizinkan saya pergi ke Alor Setar mengikut Najib.
“Apa macam nak ikut tak?", tanya Najib.
“Kena tanya datuk aku dulu”
“Kalau dia tak izinkan, macam mana?”
“Aku tak pergilah”
“Tapi, kamu nak jadi polis, bukan begitu”
“Tentu", saya anggukkan kepala.
Najib terus menghirup air kopi. Otak saya terus bekerja untuk mencari jalan bagaimana mahu memujuk datuk. Kalau permintaan saya tidak diperkenankan apakah yang wajar saya lakukan.
“Kalau datuk kamu tak kasi, kamu lari saja dari rumah ikut aku", Najib memecahkan kebuntuan yang bersarang dalam kepala saya.
“Itu satu cadangan yang baik tapi, sulit untuk aku kerjakan Najib”
“Tak sulit, kau bukan lari untuk selama-lamanya, lari sehari dua untuk cari kerja. Sama ada dapat kerja atau tidak kau balik juga ke rumah"
“Betul juga cakap kamu Najib", kata saya riang.
Susulan dari keriangan itu, cepat-cepat telapak tangan Najib saya sambar. Buat seketika tangan kami bergoncangan. Mata berpandangan penuh sejuta makna.
“Jadi", kataku.
“Berjaya", sahut Najib. Senyum kami pun bertambah lebar. Serentak kami menghirup kopi dalam cawan hingga habis.
“Bila kita mulakan?”, saya menyoal tanpa sabar.
“Aku tulis surat dulu pada bapa saudara aku, bila pemilihan itu mahu diadakan, bila dapat jawapan kita terus pergi"
“Kau jangan main dan tipu aku"
“Tidak, aku berjanji", jawab Najib. Lagi sekali telapak tangan kami bercantum dan bergoncang. Warung Wak Dollah kami tinggalkan. Saya mula membayangkan betapa hebatnya saya memakai pakaian seragam polis dengan kayu cota di pinggang. Bertindak cergas menangkap orang jahat.
Saya senyum sendirian.

"Kita pergi ke tempat sabung ayam",
cadangan dan permintaan yang tidak pernah saya duga akan terucap dari
mulut Najib. Saya berhenti melangkah. Secara mendadak sahaja saya
membayangkan wajah datuk dan pesannya yang melarang saya pergi ke tempat
menyabung ayam.
Kata datuk perbuatan manusia menyabung ayam adalah penyeksaan pada binatang. Allah melarang manusia menyeksa binatang dan dosa itu akan bertambah bila sabung ayam dijadikan judi. Mahu saya katakan perkara itu pada Najib. Entah mengapa, saya bagaikan tidak terdaya mahu meluahkan kata-kata itu.
Saya bagaikan dipukau mengikut rentak langkah Najib. Kawasan sabung ayam itu bukannya dekat. Kami terpaksa naik bas menuju ke tempat yang bernama Air Terjun terletak dalam daerah Larut-Matang. Turun dari bas terpaksa jalan kaki meredah kawasan hutan yang berpaya kira-kira sebatu jauhnya.
Mungkin untuk kemudahan para penyabung ayam, kawasan yang berpaya itu dibina jalan kecil yang dibuat dari batang kayu bakau. Saya lebih suka menyebutnya sebagai titi atau jambatan tetapi Najib menyebutnya "Jati", kependekan dari atau gabungan dari nama Jalan dan Titi.
Cuma orang-orang tertentu dan biasa berkunjung ke kawasan tersebut sahaja yang tahu mencari jalan rahsia itu. Dari gigi jalan raya, jalan kayu itu tidak akan dapat dilihat kerana dilindung oleh pepohon tebal. Di celah-celah rimbunan pepohon tersebut terdapat lorong kecil yang boleh dilalui oleh manusia, basikal dan motosikal.
Di penghujung lorong itu, terdapat kawasan lapang dengan beberapa buah bangsal yang dibina khas, beratapkan daun rumbia. Semua basikal dan motosikal orang yang mahu pergi ke tempat menyabung ayam ditinggalkan di situ. Bagi orang-orang yang datang dengan kereta, mereka menempatkan kereta di kawasan rumah orang yang terletak di sebelah kanan jalan raya, kira-kita dua rantai dari tempat kami turun dari bas.
Kerana jalan kayu bakau itu dicantum kan tiga dan kemudian diikat dengan akar kayu rotan, membolehkan orang yang berani dan keras semangat berbasikal atau bermotosikal di titi tersebut tetapi, jumlah orang yang berbuat demikian tidak ramai.
"Dalam paya ini banyak sawa rendam, ikan pun banyak", Najib memulakan cerita setelah sekian lama berdiam diri. Saya anggukkan kepala sambil melangkah dan memijak dengan hati-hati batang bakau beratur tiga.
Kawasan paya yang tidak berair, jadi tempat beburung dan biawak bermain. Ada ketikanya saya melihat ulat bergerak di kawasan tersebut. Semua yang saya lihat amat menyenangkanserta menghiburkan. Najib yang kerap berkunjung ke tempat tersebut terus menceritakan keadaan sekitar pada saya dengan terperinci.
Apa yang menakjubkan saya bila melihat bebunga teratai yang berkembang segar di pennukaan air. Kalau boleh saya mahu berhenti diatas titi kayu bakau untuk menikmati keindahan alam yang terpencil itu. Bila saya nyatakan hasrat tersebut itu pada Najib, dia segera membantah.
"Tak ada sesiapa yang dibenarkan berhenti?”
"Kenapa?”, saya minta kepastian.
"Itu aku tak tahu, tetapi perkara itu sudah menjadi semacam syarat dan undang-undang. Tak ada seorang pun dibenarkan berhenti dalam perjalanan. Kalau ada melanggar, buruk padahnya. Penjelasan yang diberikan oleh Najib membuat saya ingin mengetahui padah yang akan terjadi. Sambil melangkah macam-macam yang saya fikirkan tentang padah buruk yang dikatakan oleh Najib.
"Apa padahnya Najib?”, saya berhenti melangkah. Cepat-cepat Najib menolak tubuh saya supaya meneruskan perjalanan. Dari air mukanya, ternyata Najib tidak berkenan dengan tindakan yang saya lakukan.
"Apa padahnya, Najib?”, saya mengulangi.
"Dipanah petir, dibaham harimau atau sebagainya", suara Najib tersangkut-sangkut. Langkahnya diperlahankan. Dia kelihatan bimbang dan seperti menyesal menjawab pertanyaan saya. Matanya merenung ke kawasan paya yang ada tanah dan ditumbuhi pepohon rendang.
"Kau tengok, Tamar”, jari telunjuk Najib menunjuk ke arah pepohon rendang. Saya terkejut, seekor ular sawa sebesar pemeluk bergerak di situ, menuju ke kawasan berpaya lalu berenang dalam paya. Perasaan saya jadi gementar, ular sawa itu menuju ke arah kami. Dan saya mula yakin tentang penunggu yang dikatakan oleh Najib.
"Jib", kata saya lemah, bila melihat ular sawa mendekati titi.
"Sabar, kau jangan tegur, kau cakap...”, Najib berhenti bercakap. Wajahnya nampak pucat. Air dalam paya terus beralun akibat gerak badan ular sawa. Dalam sekelip mata ular sawa yang bercorak, macam kain batik itu sudah berada dalam jarak yang dekat dengan kami.Dalam beberapa minit dia boleh memanjat tiang jambatan lalu membelit dan menelan kami. Mengingati semuanya itu, perasaan gementar saya tidak boleh ditahan-tahan lagi.
"Nak cakap apa Najib?", tanya saya terketar-ketar.
"Aku dah lupa Tamar”
"Kalau lupa, kita mati”
"Mati", kata Najib dalam nada suara yang lemah.
MULUT
Saya toleh ke kanan, saya lihat wajah Najib seperti mahu menangis. Mulutnya separuh terbuka dan sepasang matanya merenung ke setiap sudut kawasan yang berpaya itu. Air paya terus beralun dan bergelombang. Ular sawa besar itu sudah pun berada di bawah titi lalu memanggungkan kepalanya. Saya bertambah cemas dan menyerahkan segala-galanya pada keadaan. Bila-bila masa sahaja ular sawa itu boleh memanjat ke atas titi.
"Kita mesti bertindak, Najib", saya bersuara.
"Bertindak? Bertindak apa?”, Najib bagaikan terkejut dari satu lamunan yang panjang. Dia sudah lupa dengan apa yang diucapkannya sebentar tadi. Barangkali dia terkena badi penunggu paya, fikir saya.
"Kau kata tadi, kita mesti baca. Apa yang nak kita baca?", saya cuba mengingatkan. Kali ini, saya lihat Najib kedutkan dahi. Dia tersenyum. Langkahnya dipendekkan.
"Kita cakap macam ini Tamar: Datuk nenek penunggu paya, anak cucu nak tumpang lalu, janganlah kacau kami, izinkan kami lalu", kata Najib dengan nada suara yang cukup tinggi,boleh didengar oleh sesiapa yang berada dalam jarak lima enam rantai. Dan saya tanpa segan-segan terus mengikuti kata-kata yang diucapkan oleh Najib dengan kuat. Suara saya dan Najib menguasai kawasan paya itu.
Ular sawa di bawah titi bagaikan faham dengan apa yang kami katakan. Ekornya melibas ke kiri dan ke kanan, hingga air paya bergelombang. Kemudian ular sawa itu memusingkankepalanya ke kanan dan ke kiri macam mencari sesuatu. Akhirnya terus menyelam. Apa yang kami lihat ialah gelombang air paya yang bercampur dengan selut. Pepohon kecil di tepi paya bergerak lemah.
"Selamat kita, penunggu paya tahu cakap kita", ujar Najib, mukanya kembali merah. Keriangan dan rasa megah terpamer di wajahnya.
"Kau jangan berhenti lagi, berniat nak berhenti pun jangan ada dalam hati", satu ingatan keras dari Najib.
"Ular sawa tu lari kerana terkejutkan suara kita, bukan kerana dia faham cakap kita, mana ada binatang yang faham cakap manusia", saya meningkah.
"Kamu jaga mulut Tamar, kalau tak ada penunggu yang kacau kamu, aku hentak kamu dengan penumbuk ini", Najib acukan buku lima ke batang hidung saya.
Sakit rasa hati dengan tindakan Najib itu. Dia mencabar kejantanan saya. Tak mengapalah, kepercayaannya pada perkara tahyul dan mengarut tidak boleh dibantah buat sementara waktu, fikir saya sambil menggigit bibir.
Kami pun sampai ke tempat yang dituju. Memang tidak saya sangka kawasan sabung ayam itu cukup bersih dan cantik. Tidak jauh dari gelanggang sabung terdapat dua buah pondok yang lengkap dengan tandas, telaga, tempat tidur dan dapur masak. Pondok yang sebuah lagi itu, saya kira sebuah warung yang mennjual makanan, rokok dan lain-lain. Terdapat beberapa jalan rahsia untuk menyelamatkan diri jika diserbu oleh pihak berkuasa.
Waktu saya tiba, dua ekor ayam sedang berlaga. Saya mendapat tahu salah seekor dari ayam itu, adalah ayam sabung jaguh dari Kelantan yang datang khas untuk melawan ayam jaguh tempatan. Orang yang bertaruh wang pun bukan sedikit jumlahnya. Kawasan hutan itu, bergegar dengan tempik sorak orang berjudi.
Sedih saya melihat ayam sabung tempatan kalah dengan jaguh ayam sabung dari Kelantan. Tuan punya ayam sabung yang datang dari Kelantan itu kecil orangnya. ,Dia tidak mahu menyebut dirinya datang dari Kelantan. Dia megah, kalau disebut sebagai orang Melayu Pattani.
"Mana jaguhnya?", seorang lelaki muncul di tepi gelanggang. Orangnya berbadan tegap, berkulit gelap dan memperkenalkan dirinya sebagai Agam sahaja. Semua orang berada di situ merenung ke arah Agam. Beberapa orang segera menghilangkan diri. Mereka syak, Agam anggota polis yang datang menyamar sebagai penyabung ayam. Dalam keadaan yang agak berkocak itu, Udin Tarzan muncul dari belakang warung. Mata Udin Tarzan tertumpu ke wajah saya.
"Apa kamu buat di sini Tamar?”, soalnya.
"Saja datang”
"Datuk kamu tahu kamu datang ke sini?”
"Tak tahu”
"Hum, kamu yang bawa orang yang bernama Agam ke sini?”
"Tidak, baru kenal di sini”
"Hummmm", keluh Udin Tarzan.
Saya kenal benar dengan Udin Tarzan yang berbadan tegap. Lengan dan pahanya nampak berulas-ulas. Jaguh gaduh dan kaki pukul. Tetapi, dia pernah kecundang dengan datuk dan akhirnya amat menghormati datuk. Patutlah saya jarang bersua dengannya. Rupa-rupanya Udin Tarzan sudah jadi pengawal keselamatan tempat sabung ayam, bisik batin saya. Din Tarzan terus memerhatikan gerak-geri si Agam.
Saya teringat secara tiba-tiba bagaimana Udin Tarzan mencabar datuk di depan masjid Kampung Kota, sebaik sahaja datuk keluar dari masjid setelah menunaikan sembahyang Zuhur. Udin Tarzan terus menghulurkan tangan kanan tetapi kakinya cuba menyepak pangkal paha datuk. Sebelum sepakan itu kena paha datuk, datuk undur setapak ke belakang.
"Dengar khabar awak orang tua handal, boleh saya cuba?", tanyanya.
"Saya tak pandai dan handal. Kau tahu, yang paling handal dan kuat ialah Allah, saya minta pertolongan dari-Nya", jelas datuk.
"Saya anak Pulau Pangkor dari Sungai Pinang. Saya nak uji awak", Udin Tarzan terus mencabar.
"Tak usahlah", kata datuk.
"Saya nak cuba", Udin Tarzan keluarkan golok panjang. Datuk jadi cemas. Datuk terus membongkok dan ambil sepotong kayu.
"Tak usahlah bergaduh, baik kau balik",datuk terus memujuk.
"Orang tua penakut", Udin Tarzan terus mencabar.
"Baiklah, kau berhajat kau tetak saja kayu ini, kalau putus aku mengaku kalah", kata datuk lalu menghulurkan kayu yang dipegangnya pada Udin Tarzan.
"Hiss...”, sindir Udin Tarzan dengan sekaligus dia menetak kayu yang dihulurkan oleh datuk kepadanya.
Dengan sekali tetak kayu itu putus dua, bahagian hujung yang terputus itu melayang ke depan lalu memukul pangkal kemaluan Udin Tarzan. Dia terpekik terlolong menahan kesakitan. Datuk segera merawatnya. Bila sakitnya hilang, dia segera berjabat tangan dengan datuk.
"Saya tahu awak bukan orang tua sebarangan. Tua awak tua berisi. Belum pernah kayu yang ditetak datang pada orang yang menetaknya, bukan sekali dua saya menetak kayu yang dihulurkan orang, tetapi dengan awak saya terkena", kata Udin Tarzan.
"Kamu mesti belajar lagi", ujar datuk sambil mengosok-gosok kepala Udin Tarzan. Sejak itu, rasa hormatnya pada datuk tidak terhingga. Kadang-kadang amat keterlaluan. Bila dia menghormati datuk dengan sendirinya dia amat segan dengan saya. Dia selalu memikirkanyang datuk telah mencurahkan bermacam-macam ilmu pada saya.
"Kamu dari mana?", Udin rapat pada Agam. Apa yang saya fikirkan dalam kepala semuanya tumpas. Agam tersenyum sambil melurut kepala ayam sabungnya dengan manja.
"Aku dari Ulu Bernam. Dengar khabar ayam di sini jaguh-jaguh belaka, aku nak mencuba”
"Kamu mata gelap polis", tuduh Udin Tarzan.
"Tidak, kalau tak percaya sila periksa", jawab Agam segera diperiksa oleh kakitangan Udin Tarzan. Mereka puas hati, Agam bukan hantu polis.
Udin Tarzan segera memberitahu ketuanya, (orang yang menjalankan judi sabung ayam haram) seorang lelaki keturunan Pakistan (emak Melayu, ayah Pakistan) yang berbadan tegap. Dia hanya muncul sekali-kali untuk mengutip bayaran pada orang yang menggunakan gelanggangnya. Orang yang menang kena bayar dan yang kalah pun kena bayar. Kalau membantah, Udin Tarzan akan bertindak.
Bila ketua Udin Tarzan puas hati dengan laporan yang diberi, Udin Tarzan pun mengumumkan yang gelanggang boleh digunakan. Sebelum ayam sabung dilepaskan dalam kawasan gelanggang, Udin Tarzan minta tiga ringgit seorang dari orang yang mahu bersabung ayam.Orang ramai mula bersorak, orang dari Kelantan mula melepaskan ayam sabungnya di gelanggang. Agam masih berdiam diri. Orang dari Kelantan terpaksa mengambil ayamnya kembali.
Agam terus duduk di bucu gelanggang. Matanya renung setiap wajah yang adadi situ. Bila matanya bertentang dengan mata saya, dada saya terus berdebar.
"Aku rasa lain macam aje orang tua tu", bisik saya kepada Najib.
"Ya, aku pun macam tu. Matanya macam ada satu kuasa. Namanya pun ganjil. Mana ada orang nama Agam, kalau Adam tu adalah", Najib memberikan pendapatnya.
Saya tidak berani menentang mata Agam tetapi, saya merasa yakin kedatangan Agam disitu bukan untuk menyabung ayam.Dia ada mempunyai niat yang lain. Apakah tujuannya yang sebenar, saya tidak dapat memberikan jawapan.
"Jangan-jangan dia penunggu paya yang menyerupai manusia", tercetus kata-kata itu dari Najib. Saya segera menjuihkan bibir ke depan. Kemudian saya senyum sinis padanya. Najib segera menarik wajah masam. Dia kurang senang dengan tingkah laku saya.
"Kamu tak percaya dengan apa yang kamu tengok?”, soal Najib mendadak. Saya terus gosok pangkal hidung beberapa kali. Sukar untuk memberikan jawapan. Silap jawab, boleh mengecilkan hati dan perasaannya.
"Kau tak percaya, Tamar?”, Najib minta kepastian.
"Susah aku nak cakap, Najib”
"Sama ada kau percaya atau tidak, itu hak kamu. Aku tak boleh paksa. Masing-masing ada pendirian. Aku harap pendirian kita yang berbeza, tak merosakkan hubungan kita”
"Aku setuju Najib, pendirian dan persahabatan memang tidak sama”
"Ya, kau betul, Tamar”
Hati saya cukup lega. Najib terhindar dari rasa kecil hati. Saya yakin hubungan kami pasti terus erat. Masing-masing bersedia bertolak ansur. Menghormati dan menghargai pendirian serta pendapat antara satu sama lain. Saya menarik nafas lega dalam sinar matahari petang yang kian meredup.
WAJAH
Saya dongak ke langit, melihat gumpalan awan putih yang berarak menuju arah selatan. Beberapa orang yang berada di bucu gelanggang menjeling ke arah Agam dengan penuh rasa curiga. Saya lihat Agam tetap tenang, sesekali dia mengukir senyum sambil mengguris-guris tanah di depannya dengan ranting kayu.
"Mana ayam awak? Gelanggang tak boleh dibiar lama-lama begini", Udin Tarzan bercekak pinggang depan Agam. Tanpa membuang masa Agam terus toleh kiri dan toleh kanan.
"Tengok apa?”, suara Udin Tarzan makin keras dan garang.
"Heh, nanti orang bawa ayam datang”
"Berapa lama saya nak tunggu?", Udin Tarzan genggam penumbuk. Terus berlegar-legar di depan Agam. Saya segera renung wajah Najib dengan rasa cemas.
Bagaikan diarah oleh kuasa ghaib, serentak saya dan Najib beredar dari tepi gelanggang menuju ke pohon kundang condong. Saya kira, berada dalam jarak jauh dari gelanggang paling selamat. Kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini, boleh angkat kaki dengan segera.

No comments:
Post a Comment